Perang Dunia Kedua sudah lama berkubur tetapi luka yang amat besar takkan dilupakan dengan begitu mudah. Bagi sesetengah pengkaji, perang yang akan datang akan muncul dalam bentuk Perang antara agama. Pengkaji daripada Israel sendiri meramalkan bahawa Perang Dunia Ketiga merupakan Perang yang berasaskan Ramalan kitab suci tentang kemunculan Ya’juj dan Ma’juj.
Mereka percaya bahawa ancaman nuklear daripada Iran mampu mencetuskan perang dunia ketiga yang dimaksudkan. Sebelah pihak terdiri daripada Russia, Iran, China, Syria dan Korea Utara; manakala sebelah pihak lagi terdiri daripada blok Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan German. Presiden Bush sendiri dalam ucapan sidang akhbarnya mendakwa bahawa keghairahan Iran dalam mempertingkatkan keupayaan senjata nuklear nya akan menaikkan risiko tercetusnya perang dunia ketiga. Ini sebahagian petikan ucapan Bush dalam kempen menentang Ahmadenijad;
“If Iran had a nuclear weapon, it’d be a dangerous threat to world peace,” Bush said. “So I told people that if you’re interested in avoiding World War III, it seems like you ought to be interested [in preventing a nuclear Iran]…I take the threat of Iran with a nuclear weapon very seriously.”
Sudah menjadi skrip tetap Presiden US apabila ada negara musuh ketatnya membangunkan nuklear, ia kaitkan dengan keganasan dan perang. Yang selamat jaga senjata nuklear hanyalah US dan Israel sahaja!!Seolah-olah mereka sahaja yang tidak mengancam keselamatan dunia.
Yahudi juga percaya sebagaimana kita percaya dari sumber-sumber hadis nabi bahawa suatu ketika nanti Ya’juj dan Ma’juj akan keluar memerangi manusia seluruhnya sehinggalah mereka menuju ke Tanah Suci umat Islam di Palestine, Baitul Maqdis.
Ya Allah, kalaulah kami sempat berada di zaman fitnah besar Ya’juj dan Ma’juj, Engkau kukuhkan hati kami dalam ketaatan kepadaMu dan keelokan beribadah kepada Mu. Jadikan kami golongan yang berjihad di jalanMu ya Allah…Ya arhamarraahimiin.
April 24, 2008 at 9:23 pm
Dalam hal ini, aku tak sokong mana-mana pihak samada usa atau iran. Iran berfahaman syiah, dan ada agenda tersembunyi. Mereka memusuhi sunni, menghalalkan darah sunni. Bayangkan jika iran memiliki kekuatan senjata nuklear. Habis negara islam sunni akan di serang jika tidak tunduk pada syiah. Agenda tersembunyi syiah itu ada terbuku didalam sebuah penulisan oleh dr. abdullah al-ghifari.
Pada mulanya, saya sokong iran. Bila fikir tentang syiah ni. barulah terfikir tentang agenda tersembunyi iran-syiah.
Walau apapun, kita tunggu dan lihat saja. Semua ini adalah ketentuan….
Mei 24, 2008 at 12:56 am
dalam islam…kita mestilah menykong stp umat islam dalam melawan musuh(kafir)…dalam bab melawan musuh, kita mestilah ketepikan dahulu masalah fahaman,tak kiralah syiah ke,sunni ke…yang penting dia 2 islam…kita mesti bersatu menentang musuh….bukannya dok bertengkar pasal fahaman…lau tak..ble umat islam nak menang….
November 8, 2008 at 8:27 am
hidup islam
Januari 5, 2009 at 10:46 am
PD ketigar umat islam tidak terlibat didalamnya, seperti halnya pd 1 & pd 2. Di surat yasin Allah swt berfirman “aku hantam mereka dengan kekuatan yang dahsyat, ketika mereka sedang berperang. Golongan mana yang saling berperang?.sudah pasti negara-negara yang memiliki senjata nuklir. Biarkan mereka saling menghancurkan satu sama lain, umat islam yang bakal menjadi pemenangnya tanpa harus berperang…demikianlah janji Ajjah.
Februari 15, 2009 at 1:11 pm
Mulakan penyatuan Islam di negara kita dahulu
September 11, 2009 at 8:54 am
kita sepatutnya bersatu, bukan sahaja di dalam negara, tapi diseluruh dunia. Jangan sempitkan minda kita dengan sempadan yang diciptakan oleh manusia ini.
Oktober 30, 2009 at 4:31 pm
orang fahaman syiah masuk syurga ke? dorang tak termasuk dalam ali sunnah wal-jamaah kan?