Soal jawab ini asalnya dari perbincangan yang ambe sertai dalam forum web zaharuddin.net, seorang ulama’ muda yang tidak asing lagi terutamanya dalam bidang ekonomi Islam. Beliau sekarang menjawat jawatan pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa.
Kemusykilan:
hidangan majlis tu ialah daging kambing akikah, boleh ke daging ibadah akikah tu diberi makan kepada orang kafir? bagaimana pula dengan daging ibadah korban
Jawapan:
Aqiqah disebut dalam hadith :-
” Bersama bayi yang lahir itu aqiqah, maka kerna itu mengalirkanlah darah (sembelihan) untuknya, dan jauhkan baginya segala kesakitan (godaan syaitan) ( Riwayat Al-Bukhari)
“Setiap anak perlu dipajakkan (terhutang) dengan aqiqah, disembelih untuknya pada hari ketujuh umurnya, dan diberi nama dan dicukur rambut kepalanya” ( Riwayat Ashabus Sunan )
Aqiqah itu pula dari sudut bahasanya adalah ‘tolakan’, iaitu tolakan dari gangguan dan godaan Syaitan.
Berkenaan beri kepada non muslim, saya dapati tiada dalil mahupun pendapat ulama yang meletakkan syarat bahawa si penerima adalah orang Islam sahaja. Justeru…wallahu a’lam.. saya kira ianya adalah harus.
Cuma sudah tentu yang lebih baik adalah penerima dari kalangan orang Islam kerana diharapkan adalah sipenerima memahami lalu mendoakan si kanak-kanak tadi apabila menerima hidangan hasil aqiqah itu. Jika beri pada bukan Islam, manalah mereka faham aqiqiah tu apa ..
Falsafah ‘aqiqah adalah sebagai tanda kesyukuran bagi anugerah cahaya mata yang dikurniakan oleh Allah SWT. Justeru ia lebih baik di kongsi sesama Islam. Ini kerana ia juga seumpama satu peringatan kpd yg lain untuk beraqiqah juga untuk anak mereka (jika belum). Non-Muslim tiada peruntukan aqiqah..
Sebagai tambahan info ; Kebanyakkan ulama menggalakkan daging dari hasil sembelihan itu dimasak terlebih dahulu sebelum di edarkan kepada faqir miskin, jiran tetangga walaupun mereka kaya.
Bagaimanapun, menurut satu pandangan :-
” Daging aqiqah dan korban haram diberi kepada bukan Islam kerana korban dan aqiqah merupakan amal ibadah kepada Allah. Ia bertujuan untuk bertaqarrub kepada Allah. Ini ada disebut dalam Fatwa Syeikh Ahmad al Fatthani.
Tapi kalau bukan Islam nak beli satu bahagian daripada daging lembu itu untuk kegunaan peribadi, bukannya utk korban, maka harus hukumnya menurut Syeikh Daud al fatthani dalam Furu’ul masaa’il. “
Komen saya :
Ada benarnya, ini salah satu ijtihad yang sangat boleh dipegang. Bagaimanapun, ia tidak qat’ie dan ia masih dalam kategori perkara furu’/cabang.
Jika hujjah utama oleh beberapa ulama terulung tempatan di atas adalah “ia hal taqarrub”..maka anda boleh berhujjah bahawa hal taqarrub itu adalah terhenti di ketika niatnya, sembelihan dan hidangan dibuat..adapun hal ehwal mengedarkannya tidak lagi termasuk dalam hal yang menjadi syarat kepada taqarrub itu. Ia lebih kepada hal kemasyaratan sahaja.
Seperti solat.. ia adalah hal taqarrub kpd Allah..maka ada rukun dan syaratnya untuk memenuhi taqarrub yang disasarakan demikian juga solat di tempat yang suci adalah syarat sah utk taqarrub solat ini, tapi samada sejadah itu dibeli dari kedai non muslim atau tidak.. maka ia tidak memberi kesan kpd ibadah solat…ia cuma kurang digalakkan sahaja.
Dan mengedarkannya daging aqiqah kpd muslim sahaja, bukanlah menjadi syarat sah aqiqah dalam semua mazhab (kecuali jika saya tersilap, iaitu ada mazhab yg menajdikannya syarat sah aqiqah).
Malah jika seseorang bersedeqah kepada seorang bukan Islam di ditemuinya di keadaan yang amat memerlukan. Adakah tiada pahala baginya
Ini tidak benar sama sekali, derma dan kebaikan yang dilakukan oleh Umat Islam adalah bersifat ‘taqarrub’ kepada Allah, dan ia pasti diterima walaupun penerima bantuan itu seorang kafir. Cuma, jika ada dua peminta antara Muslim dan kafir, sudah tentu lebih besar pahalanya diberikan kepada si Muslim. Bagaimanapun, ia tidak menjadikan hukum HARAM untuk diberi kepada si bukan Islam.
Justeru ia kekal isu yang sangat furu’ dan bebas memilih dalam kedua-dua fatwa ulama. wallahu ”lam.
Mac 16, 2008 at 6:58 pm
Apakah hukum akikah bagi anak zina?
Mac 17, 2008 at 10:32 am
DIHARUSKAN.
SETAKAT BACAAN SAYA, ULAMA’ TIADA MENYEBUT TTG TIDAKBOLEHNYA AKIKAH ANAK ZINA.YG DISEBUT DLM KITAB2 FIKH IALAH BERKAIT DGN SYARAT SAH AKIKAH IAITU BINATANG ITU SENDIRI, BUKANNYA ANAK YANG KITA NIATKAN AKIKAH UNTUKNYA.
November 19, 2009 at 3:37 am
Tambahan jawapan,
PENDAPAT MUKTAMAD DI SISI SYEIKH IBNU HAJAR DALAM KITAB TUHFAH DAN SYEIKH RAMLI DALAM KITAB NIHAYAH, MENYATAKAN SUNAT JUGA BUAT AKIKAH ATAS ANAK ZINA.
ADAPUN SYEIKH KHATIB SYARBINI DALAM MUGHNI MENYATAKAN BAHAWA TIADA SUNAT LAGI BUAT AKIKAH ANAK ZINA KERANA BOLEH MENAMBAH AIB.
WALLAHU A’LAM.
Mac 27, 2008 at 7:14 am
Assalamualaikum,…..
saya mewakili sahabat2 saya,untuk minta pandangan dan jawapan daripada Tuan tentang Pemakaian Gelang tangan bagi lelaki yang saya sertakan bersama email ini,persoalannya Apakah Hukumnya yang sebenarnya tentang Pemakaian Gelang tangan bagi lelaki dari sisi islam?,dan adakah benar apa yang di coretkan didalam Attachment yang disertakan bersama email ini ?,segala sumber,pandangan dan jawapan diatas perkara ini amat saya harapkan.
STK.
*Ustaz Zainudin Hashim*
Salam buat sahabat-sahabatku. .
*Rasulullah larang pakai gelang tangan bagi kaum lelaki walaupun untuk
tujuan perubatan *
* *
Antara perkara yang dilupakan oleh orang Islam hari ini bagi memperkasa jati
dirinya ialah dengan memperdalami ilmu-ilmu fardu ‘ain dan mengetahui
perancangan musuh Islam yang setiap masa mencari jalan bagi menghancurkan
pegangan dan hubungan mereka kepada Allah SWT.
Permusuhan mereka telah disebut oleh Allah dalam al-Quran, antaranya
menerusi ayat 120 surah al-Baqarah maksudnya *: “Orang-orang Yahudi dan
Nasrani tidak akan reda kamu (sebagai orang Islam) hingga kamu mengikut
agama mereka*”.
Menerusi ayat 82 surah al-Maidah pula, Allah menegaskan maksudnya : *”Kamu
akan dapati bahawa orang paling dahsyat menimpakan permusuhan ke atas
orang-orang Islam adalah di kalangan Yahudi dan yang sekutu dengan mereka *
“.
Justeru, kejahilan dan kedangkalan untuk tidak memperdalami ilmu-ilmu agama
boleh menyebabkan seseorang itu terikut-ikut dengan tindakan, penampilan,
cara hidup orang-orang Kafir.
Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam juga
terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan, sebagai contoh mereka
mencipta alat bagi mengurangkan tekanan darah dan sebagainya dalam bentuk
gelang tangan, bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya sebagai
satu kaedah perubatan terkini, sedangkan banyak cara atau kaedah lain yang
boleh berbuat demikian, tapi kerana memakai gelang itu adalah dilarang untuk
dipakai oleh lelaki muslim, maka itulah cara terbaik diperkenalkan oleh
musuh agar kaum muslim dilaknat oleh Allah, apabila dilaknat sudah tentu
mereka tidak akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh
mereka.
Larangan memakai gelang tangan walaupun untuk tujuan perubatan telah
ditegaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadisnya daripada
‘Imran Bin Hussain r.a, bahawa Rasulullah s.a.w telah melihat pergelangan
tangan seorang lelaki yang memakai gelang diperbuat daripada tembaga, maka
baginda bertanya kepada lelaki berkenaan, Apakah bendanya ini? (iaitu yang
dipakai oleh lelaki tersebut di pergelangan tangannya), beliau berkata : Ia
adalah gelang perubatan, tegas baginda Rasulullah : Sesungguhnya benda itu
(gelang tangan itu) tidak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan
perubatan), buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekiranya anda mati
dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat)
selama-lamanya. *Hadis Sohih* yang ke 19885 riwayat Imam Ahmad dalam
musnadnya.
Pakai gelang tangan menjadi trend dan budaya baru. Di Malaysia ia bermula
pada zaman dahulu kala di mana gelang hitam diberikan sebagai hadiah kepada
kaum keluarga terdekat dan sahabat-sahabat oleh orang yang baru balik Mekah.
Aku pun dulu pernah pakainya masa kecil-kecil.
Sekarang ini pula ia dibenarkan oleh Tabung Haji kepada Jemaaah haji apabila
berada di tanah suci kerana faktor mudah untuk dikenali kalau-kalau berlaku
apa-apa kemalangan di sana atau sebarang kes hilang, maka mudahlah untuk
dikenali. Ohh.. ini Jemaah Haji Malaysia, sebab ada gelang.
Yang peliknya Pak-pak Haji yang lelaki ni bila balik ke Malaysia tak mau
cabut buang gelang itu. Dipakainya ke mana-mana termasuk ke surau masjid.
Kalau orang tua tunjuk contoh begitu, bila orang muda pakai janganlah hentam
orang muda sahaja.
*
Jenis – jenis gelang yang haram bagi lelaki: *
1- Gelang Kayu Koka
2- Gelang Kristal
3- Gelang Tasbih
4- Gelang Getah plastik
5- Gelang Besi magnetik
6- Gelang Besi Tabung Haji (bila dah sampai Malaysia)
dan gelang-gelang lain yang bila dilihat orang, orang ramai kata ianya
gelang, hatta budak kecil pun kata gelang.
*Jenis-jenis gelang yang diharuskan :*
1- Gelang pesakit semasa di hospital. Ia ditanda nama pesakit dan wad.
2- Gelang penjenayah/pesalah. Ianya dipakaikan oleh pihak polis bila
tangkapan dibuat.
3- Gelang kaki bagi pesakit gila.
* Sekiranya ada yang hendak pakai sangat, maka dia hendaklah berusaha
jadikan dirinya salah satu daripada * *3 golongan yg diharuskan di atas *.
Mac 27, 2008 at 8:45 am
Hadith ini diriwayatkan daripada ‘Imran bin Husain, Lafaznya ialah:
أن النبي -صلى الله عليه وسلم- رأى رجلا في يده حلقة من صفر فقال: ما هذه? قال: من الواهنة، قال: انزعها فإنها لا تزيدك إلا وهنًا، فإنك لو مت وهي عليك ما أفلحت أبدًا
Maksudnya lebih kurang: “Bahawasanya Nabi saw telah melihat seorang lelaki di tangannya ada gelang daripada tembaga, Nabi saw bertanya: “Apakah ini?” Orang itu menjawab: “ianya daripada al-Wahinah.” Sabda Nabi saw: “Tanggalkannya segera, sesungguhnya dia tidak menambahkan kepadamu melainkan kelemahan, sesungguhnya jika kamu mati dan gelang itu ada padamu, kamu tidak akan berjaya selama-lamanya.”
Dalam hadith ini tidak disebut siapakah lelaki yang memakai gelang tersebut, namun di dalam al-Mustadrak al-Hakim dinyatakan lelaki tersebut ialah ‘Imran bin Husain sendiri.
Tentang hadith ini para ulama berbeza pendapat akan kesahihannya. Hadith ini diriwayatkan daripada al-Hasan daripada ‘Imran bin Husain. Para ulama berbeza pendapat apakah al-Hasan (الحسن) benar-benar mendengar daripada ‘Imran bin Husain (عمران بن حسين) ataupun tidak. Demikian juga di dalam hadith ini ada periwayat yang bernama Mubarak bin Fadhalah (مبارك بن فضالة), ia juga diperselisihkan di kalangan ulama hadith. Kesimpulannya para ulama tidak sepakat dalam mensahih dan mendhoiefkan hadith ini.
Jika kita mengambil pendapat ulama hadith yang mensahihkan hadith tersebut, tinggal kepada kita untuk benar-benar memahami maksudnya sehingga kita boleh berhukum dengannya dengan cara yang betul. Perkara ini perlu supaya kita tidak keras mengharam sesuatu yang sebenarnya tidak haram seperti yang kita sangka.
Al-Syeikh Soleh bin Fauzan bin Abdullah al-Fauzan menyebut, pertanyaan Nabi saw: “Apakah bendanya ini.” Yang zahir, pertanyaan ini adalah pertanyaan yang menunjukkan pengingkaran, namun dikatakan juga pertanyaan Nabi saw itu adalah untuk mengetahui tujuannya memakai gelang tersebut.
Manakala jawapan lelaki tersebut: “ianya daripada al-Wahinah.” Membawa maksud, aku memakainya untuk mengelakkan al-Wahinah, untuk dia melindungi aku daripadanya (yakni melindungi daripada al-Wahinah). Al-Wahinah adalah penyakit yang kena pada tangan, dinamakan di kalangan orang Arab dengan al-Wahinah, termasuk di dalam kebiasaan mereka memakai gelang untuk berlindung daripada kesakitannya dan mereka percaya gelang tersebut akan melindungi dari penyakit tersebut.
(Sila lihat di sini:
http://www.alfawzan.ws/AlFawzan/Library/tabid/90/Default.aspx?view=page&PageID=35&pageno=1&bookid=32§ionid=2)
Al-Syeikh ‘Abdul Hakim (Kuliah al-Syariah Uni. Al-Imam Muhammad bin Saud) di dalam laman islamtoday berkata: Para ulama berbeza pendapat tentang maksud al-Wahinah, namun mereka bersepakat akan illah (sebab) larangan tersebut… Ulama telah bersepakat bahawa illah (sebab) larangan tersebut ialah kerana orang menjadikannya (al-Wahinah) seperti tangkal, yang terdapat larangan menggantungnya.
(Sila lihat:
http://www.islamtoday.net/questions/show_question_content.cfm?id=43737)
Berdasarkan fatwa ini, ia menunjukkan larangan memakai al-Wahinah yang ada di dalam hadith tersebut bukanlah semata-mata kerana ianya gelang, dan bukan juga larangan dari berubat dengan gelang. Sebaliknya larangan tersebut disebabkan ia dipakai dan dianggap seperti tangkal bertujuan memelihara diri dari penyakit. Tangkal yang dianggap boleh berubat ini, yang dinamakan sebagai al-Wahinah oleh orang Arab tidak ada sebarang bukti menunjukkan ia boleh menghalang dari penyakit samaada bukti dari Nas Syara’ (al-Quran atau al-Hadith) mahupun penemuan sebab-sebab dia boleh bertindak sebagai ubatan. Kerana itu ia dilarang oleh Nabi saw. Ringkasnya larangan itu adalah disebabkan tangkal yang tidak ada bukti berperanan sebagai pengubat melainkan khayalan dan khurafat semata.
Maka apabila terdapat nas Syara’ atau penemuan saintifik yang dapat membuktikan sesuatu bahan seperti logam atau seumapamanya yang jika dipakai dibadan dapat melancarkan perjalanan darah atau seumpamanya, sudah tentu bahan tersebut boleh digunakan insyaallah. Ini termasuk cara perubatan yang ditemui, hasil dari kajian melalui sebab musababnya.
Ini kerana perubatan yang dibenarkan itu terdiri daripada:
1. Perubatan dengan ayat-ayat al-Quran dan al-Hadith.
2. Perubatan dengan bahan-bahan yang disebut di dalam al-Quran dan al-Hadith seperti Madu, Habbah al-Sauda dan seumpamanya.
3. Perubatan berdasarkan kajian saintifik terhadap sebab-sebabnya, atau berdasarkan pengalaman mengunakannya.
Para ulama berbeza pendapat tentang hukum orang lelaki memakai gelang, sebahagian mengatakan harus dan sebahagian yang lain mengatakan haram. Namun para ulama yang mengharamkan pemakaian gelang bagi lelaki, setakat penelitian saya tidak ada yang menjadikan hadith di atas sebagai dalil dalam pengharam tersebut. Sebaliknya hadith tersebut banyak digunakan ketika berbicara tentang tangkal dan azimat yang dianggap dapat melindungi dan mengubati tanpa sebarang bukti dari nas syara’ mahupun kajian saintifik. Al-Sindiy ketika mensyarahkan hadith di atas di dalam Sunan Ibn Majah menyatakan larangan tersebut kerana ianya sama dengan al-Tama-im atau tangkal yang dilarang penggunaannya. Kadangkala tangkal itu digantung bersama dengan manik, yang dinamakan Manik al-Wahinah (خرز الواهنة)
Penggunaan sesuatu tangkal (terdiri dari potongan besi, tembaga, simpulan benang dan lain-lain) untuk berubat dan memelihara diri, ada perbezaan yang cukup besar dengan cara perubatan dengan sesuatu bahan hasil dari penemuan saintifik. Kepercayaan kepada tangkal yang dapat berubat adalah suatu khayalan yang tidak diterima di dalam syara’, dan ianya tidak ada kaitan langsung dengan unsur-unsur perubatan. Berbeza dengan penggunaan sesuatu bahan hasil dari kajian saintifik dan terbukti memberi manfaat kepada manusia.
Kerana itu, al-Syeikh ‘Abdul Halim di dalam fatwa yang sama (yang saya sebutkan sumbernya di atas) membenarkan penggunaan potongan besi (yang digunakan dalam perubatan moden) yang ditanam pada beberapa gigi, atau di tempat-tempat tertentu di tubuh badan yang berperanan menyerap aliran elektrik yang boleh menjadi sebab seseorang hilang ingatannya (pengsan). Beliau menyambung jika seseorang pesakit mendapat manfaat dengan cara sebegini dengan pengakuan individu berkeahlian yang dipercayai, maka ianya tidak mengapa insyaallah. Cuma beliau di dalam fatwanya mencadangkan lebih baik jika bahan seperti potongan besi itu digunakan ditempat yang tersembunyi sebagai mengelak dari buruk sangka orang ramai.
Demikian juga di dalam laman islam-online, al-Ustaz Muhammad Sa’di (Penyelidik laman islam-online) ketika ditanya tentang hukum memakai gelang dari tembaga yang diperbuat bagi tujuan perubatan apakah dibenarkan atau ia termasuk di dalam Syirik yang kecil, beliau menjawab: “Jika terbukti kemanfaatan gelang tersebut sebagai perubatan, maka perbuatan itu tidak mengapa, adapun jika tidak ada padanya sebarang manfaat, maka jangan dipakaikan kerana ketika itu ia termasuk dalam kumpulan memakai tangkal dan azimat.”
(Sila lihat soalan ke 11:
http://www.islamonline.net/livefatwa/Arabic/Browse.asp?hGuestID=n4MV6S)
Seperti yang saya sebutkan di atas, para ulama berbeza pendapat tentang hukum pemakaian gelang bagi lelaki. Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah menyebut di sisi mazhab al-Syafieyyah terdapat dua wajah tentang hukum perhiasan lelaki selain cincin perak seperti gelang tangan dilengan (الدملج) dan gelang (السوار) dan kalung (الطوق) dan mahkota (التاج). Pertama mengatakan haram dan kedua mengatakan harus selama mana tidak menyerupai wanita, kerana tidak thabit dalam (pengharaman) perak melainkan pengharaman untuk bekas-bekas (seperti pinggan, mangkuk dll), dan perhiasan dalam bentuk menyerupai wanita. (al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah 18/110 bawah bab al-Huliy)
Darul Ifta’al-Misriyyah pula di dalam laman webnya menyebut perkataan al-Rafi’e (ulama mazhab al-Syafie) di dalam Syarh al-Wajiz yang mengatakan harus bagi lelaki memaki cincin perak berdasarkan riwayat cincin Nabi saw daripada perak dan harus juga memakai selain cincin dari perhiasan perak seperti gelang dan gelang lengan dan kalung. Demikian juga perkataan Abu Said al-Mutawali yang mengatakan apabila harus memakai cincin perak, maka tidak ada beza antara jari-jari dengan anggota lainnya, sama seperti perhiasan emas yang dihalalkan untuk wanita, maka diharuskan untuk orang lelaki memakai gelang di lengan, kalung di tengkuk dan gelang di tangan dan selainnya kerana tidak thabit pengharaman perak melainkan pengharaman kepada bekas-bekas dan pengharaman menyerupai wanita.
(Sila lihat laman rasmi Dar al-Ifta’ al-Misriyyah: http://www.dar-alifta.com/)
Kesimpulan dari jawapan di atas ialah:
1. TIDAK HARAM berubat dengan gelang yang terbukti melalui kajian saintifik atau pengakuan individu yang berkelayakan dan boleh dipercayai agamanya.
1. Larangan memakai gelang yang dinamakan al-Wahinah di dalam hadith bukan merujuk kepada gelang semata-mata dan bukan juga merujuk kepada larangan berubat dengan gelang, sebaliknya ia merujuk kepada merubat dengan tangkal atau gelang yang hanya semata-mata tangkal.
Orang-orang yang menggunakan gelang atas sebab-sebab yang dibenarkan hendaklah memerhatikan yang mereka tidak sampai ke tahap yang dilarang seperti pembaziran dan menyerupai wanita dalam penggunaannya.
http://al-qayyim.dtdns.net/v01/index.php?option=com_content&task=view&id=279&Itemid=2
Posted in Perhiasan, perubatan.
=====================
jawapan di atas diambil dr soaljawab.wordpress.com.
Kesimpulan yang boleh dibuat ialah ulama’ sepakat dalam menghukumkan HARAM LELAKI PAKAI GELANG(HUKUM ASAL). Tetapi mereka berbeza pendapat pada menyatakan hukum lelaki pakai gelang untuk tujuan perubatan. Pendapat yang dikemukakan oleh Ustaz Zainudin Hashim cenderong kepada hukum HARAM walaupun untuk perubatan. Adapun huraian yang saya attachkan di atas pula lebih cenderong kepada HARUS tetapi BERSYARAT sebagaimana dihuraikan.
Walaubagaimanapun, cara terbaik ialah kita bersifat wara’ iaitu mengambil kaedah khuruj minal khilaf awla(keluar drp perbezaan pendapat adalah lebih utama. Dalam konteks ini, Kalau kita tak pakai gelang utk perubatan, kita ikhtiar cari ubat lain, maka kita terselamat dlm percanggahan pendapat itu. Mereka yg mengkaji dalil secara terperinci termasuk dlm golongan ahli ilmu. maka mereka berhak berpegang dgn pendapat masing2. Bahkan HARAM kalau bagi Mujtahid mengikut pendapat Imam lain(dlm konteks ustaz Zainudin, beliau tidaklah dikenali sebagai mujtahid). Maknanya beliau boleh mengemukakan pendapat yg dirasakan benar tetapi tidak menghukumkan orang lain melakukan perkara HARAM kerana ia termasuk dlm perkara khilaf(memakai gelang utk perubatan). Yg wajib kita tentang ialah perkara HARAM secara Ijma’/ittifaq seperti lelaki pakai gelang untuk suka2.
Bagi orang awam, ia boleh mengikuti mana2 pendapat yg dirasakan lebih dekat dgn kebenaran. Yang mana lebih dekat dengan kebenaran? Kalau hati kita bersih, maka tanyalah hati. Sabda nabi yang bermaksud, “Sekiranya kamu ingin melakukan sesuatu, maka letakkan tanganmu di dadamu; kerana sesungguhnya hati itu berdebar/tidak senang dgn yang haram, dan ia tenang dengan yang halal.”
WALLAHU A’LAM.
April 24, 2008 at 11:42 am
perlukah ditanam lebih2an tulang binatang akikah?
April 27, 2008 at 10:13 am
setahu saya tidak perlu. lagipun zat tulang binatang merupakan makanan jin Islam.
April 29, 2008 at 8:53 am
Hanya satu kemuskilan, untuk anak lelaki dan perempuan apakah ada syarat untuk melaksanakan ibadah akikah? Ada yang berkata, untuk anak lelaki diwajipkan 2 ekor kambing, manakala perempuan hanya seekor sahaja.
Mei 2, 2008 at 10:04 am
Maaf lambat respon. Hukum 2 ekor kambing untuk anak lelaki itu hanya SUNAT bukan WAJIB. Kalau mampu, maka buatlah 2 ekor kerana afdhal. Kalau tak mampu, memadai dengan seekor.Menurut satu hadis riwayat yang bersumber dari Ibnu Abbas r.a., menyatakan :
Rasulullah SAW telah mengakikahkan buat Hasan dan Husain masing-masing satu ekor kibasy. (HR Abu Dawud).
wallahu a’lam
Mei 8, 2008 at 6:22 am
saya ada anak leleki tiga orang bolehkah saya akikah lembu sebagai ganti kambing
Mei 8, 2008 at 8:03 am
Harus.
Sebagai ganti kambing, boleh dibuat 2 bahagian lembu utk setiap orang. Bermakna puan perlukan 6 bahagian lembu.Biasanya kalau musim Aidil Adha, seekor lembu dibahagi 7. Bermakna cukup seekor lembu utk 3 org anak lelaki puan.
Oktober 17, 2008 at 4:18 am
tuan saya tgh konpius ni… ade yang kata orang yang beraqiqah tak leh makan daging aqiqah yang dia buat, ade yang kata boleh makan sikit… yang mana satu betul ni?
Oktober 21, 2008 at 4:17 am
Tidak benar. Yang HARAM dimakan ialah daging korban wajib/nazar.Korban sunat , boleh diambil sebahagian dagingnya utk kegunaan sendiri. Yang afdhal ambil sedikit, kemudian sedekah fakir miskin selebihnya. Ada ulama’menyarankan bahagi tiga. satu bahagian utk kegunaan sendiri, satu lagi sedekah fakir miskin, dan satu lagi utk hadiah orang kaya.
WALLAHU A’LAM.
Oktober 21, 2008 at 6:59 am
assalamualaikum..
saya ada sedikit kemuskilan berkenaan dengan aqiqah..saya baru dikuniakan seorang anak lelaki,oleh itu saya bercadang untuk membuat aqiqah untuknya,soalan saya adakah aqiqah itu hukumnya wajib dijalankan dan berapa bahagian daging yang perlu saya ambil sekiranya saya ingin menumpang lembu pada hari raya korban nanti.sekiranya saya ambil 1 bahagian sahaja disebabkan tidak mampu adakah aqiqah saya terlaksana
Oktober 21, 2008 at 7:19 am
assalamualaikum..
saya ingin bertanya adakah aqiqah dan korban dibolehkan untuk niat bersama, contohnya saya ingin memasang niat korban dan aqiqah pada 2 bahagian lembu yang saya ambil pada satu masa.
Oktober 24, 2008 at 12:12 pm
wa alaikumussalam nik,
sila rujuk pada ruangan soaljawab agama. InsyaALLAH saudara akan temui jawapan soalan 13.
November 4, 2008 at 2:23 am
assalamualaikum..
saya ingin bertanya tentang akikah untuk anak perempuan saya yang baru berumur 5 bulan, perlukah daging akikah itu dibuat kenduri atau disedekahkan saja
sekian..TQ
November 4, 2008 at 9:12 am
wa alaikumussalam zue,
kedua2nya boleh. kenduri afdhal. Yg lagi afdhal ialah hantar masakan itu ke rumah jiran2 yg fakir.
wallahu a’lam
November 13, 2008 at 12:38 pm
Kami memperkenalkan aqiqah dan qurban online,dengan sate yang empuk dan gule khas masakan padang segera hubungi kami (021) 9368.9647 !
(Mohon maaf jika iklan ini mengganggu Anda)
November 19, 2008 at 5:52 am
assalamualaikum
saya macam kurang paham ttg akikah.
bolehkan kanak2 atau org dewasayg belum akikah, kita lakukan akikah skrg….dlm erti kata mungkin dulu org berwajib amik remeh temeh dan mudah ttg akikah ni?? soklan ke-2 saya, bolehkan ianya dilakukan bersama2 dgn bayi yg berumur 7-8 bln??
sekian…terima kasih
November 24, 2008 at 3:59 am
Boleh aje. asalkan cukup bahagiannya. Orang dewasa yang belum aqiqah hendaklah mengaqiqahkan dirinya sendiri. Manakala anak2 kita yang sudah baligh, tidak sunat lagi bagi walinya(ibubapa @penjaga) mengaqiqahkannya. Dia hendaklah buat aqiqah sendiri bila mampu(sunat).
November 24, 2008 at 4:01 am
Maaf yatie, soalan no 2 tu pun sama jawapannya. Boleh saja dilakukan bersama2 dgn bayi berusia 7-8 bulan.
Disember 3, 2008 at 2:16 am
Assalammualaikum..
Saya ade kemusykilan di sini. Saya dimaklumkan oleh imam di kariah saya (masjid shah alam), akikah untuk anak lelaki jika menggunakan lembu hanya sebahagian sahaja,tidak perlu 2 bahagian seperti yang di terangkan di atas.Berlainan dengan kambing, jika mampu buatlah 2 ekor, jika tidak seekor pon memadai. Boleh huraikan mana yang sebetulnya tentang lembu korban ini?..1 bahagian atau 2 bahagian untuk anak lelaki?. Terima kasih
Disember 3, 2008 at 6:38 am
wa alaikumussalam..
Wahida,
Yang benar ialah satu bahagian lembu bersamaan satu ekor kambing. akikah anak lelaki disunatkan 2 ekor kambing atau bersamaan 2 bahagian lembu. Kalau seekor pun sudah memadai. begitu juga dengan lembu, satu bahagian sudah mencukupi. 2 bahagian atau 2 ekor kambing itu afdhal. Bukannya WAJIB!!!
Disember 3, 2008 at 7:02 am
ok..terima kasih..baru saya faham..
Disember 5, 2008 at 1:54 am
boleh ke sy nak buatkan aqiqah untuk anak sy,sedangkan saya belum buat aqiqah untuk diri sendiri..
Disember 7, 2008 at 4:44 am
boleh saja. Yg afdhal buat utk diri sendiri dahulu. kalau serentak pun boleh.Tapi kalau kewangan terhad, kemudian umur anak ialah 7 hari, maka buat utk anak afdhal.
Disember 9, 2008 at 2:43 am
assalamualaikum….
Saya ada sedikit kemusyikilan ttg binatang korban sembelihan. kakak saya telah menjlnkan ibadah korban ini. akan tatapi lembu trsbt telah dibelinya dgn duit sendiri ttp diniatkan bg arwah keluarga kami seramai 7 org. apa hukumnya? adakah niat korban nya itu memenuhi syarat? terima kasih, wassalam.
Disember 10, 2008 at 2:42 am
salam…
sy ade sedikit kemusykilan..
daging korban boleh yg tak habis dimakan..boleh ke diberi pada kucing atau binatang utk dimakan???
Disember 10, 2008 at 3:50 am
Assalamualaikum
Saya dan suami belum buat akikah.Anak perempuan kami berumr 10 bulan.Maknanya kami perlukan 4 bahagian lembu untuk akikah.Soalan..
Bolehkah kami bertiga memakan daging tersebut?
Apakah hukum sekiranya duit membeli daging tersebut adalah lebihan dari baki pinjaman untuk mengubahsuai rumah?
Terima kasih.
Disember 10, 2008 at 10:39 am
tatie,
Hukumnya Harus buat korban niat utk si mati. Tapi kalau diri sendiri belum buat, lebih baik buat utk diri sendiri dahulu kerana Nabi s.a.w. tak pernah buat korban utk isterinya Khadijah atau bapa saudaranya Hamzah Abdul Muttalib setelah kematian mereka.
Disember 10, 2008 at 10:47 am
Hajar,
Harus beri makan daging korban yg tak habis kpd kucing atau lain-lain binatang.
Disember 10, 2008 at 10:49 am
Yana,
Puan dan keluarga boleh makan daging akikah itu. Harus dan sah akikah yg puan buat dgn menggunakan duit lebihan pembiayaan perumahan itu.
wallahu a’lam.
Disember 14, 2008 at 12:08 am
apakah hukumnya menanam tulang-tulang atau sisa-sisa daging korban
Disember 14, 2008 at 4:18 am
fadli,
Tanam pun takpe, buang begitu shj pun takpe. Ingat! sisa bagi kita, jadi makanan utk makhluk lain…
Januari 22, 2009 at 3:59 am
Assalamualaikum…
Uztaz.. saya ingin bertanya.. boleh daging aqiqah saya sedekah mentah atau mmg wajib dimasak dahulu sblm disedekahkan..
Januari 22, 2009 at 6:40 am
Saya nak buat pertanyaa,boleh kah kita memeberi makan dagig aqiqah kepada ord kafir? Ada yang mengatakan boleh dan ada yang mengatakan haram.Mana yang betul?
Februari 8, 2009 at 3:24 pm
saya nk tanye…saya nak buat akikah utk anak saya iaitu 2 ekor kambing…boleh tak saya bagi daging tu selain fakir miskin..tetapi islam atau diharuskan bagi beberapa bahagian kepada fakir miskin.
terima kasih
Februari 9, 2009 at 5:21 am
mohd nazril,
Boleh.
Februari 9, 2009 at 5:26 am
dina Says:
Januari 22, 2009 at 6:40 am e
Saya nak buat pertanyaa,boleh kah kita memeberi makan dagig aqiqah kepada ord kafir? Ada yang mengatakan boleh dan ada yang mengatakan haram.Mana yang betul?
……………..
Jawapannya:
Dua2 betul kerana ianya merupakan ijtihad ulama’, termasuk dlm perkara khilaf dlm masalah yang furu’/cabang. Yang mengatakan haram itu ialah di sisi mazhab Syafie.
Februari 9, 2009 at 5:28 am
noraziah Says:
Januari 22, 2009 at 3:59 am e
Assalamualaikum…
Uztaz.. saya ingin bertanya.. boleh daging aqiqah saya sedekah mentah atau mmg wajib dimasak dahulu sblm disedekahkan..
………………….
jAWAPANNYA:
DAGING AQIQAH sunat dimasak, tidak wajib. Sedekah mentah pun sah. Pahalanya kurang.
Februari 13, 2009 at 7:40 am
berapa umur kambing untuk dijadikan akikah
Februari 17, 2009 at 7:11 am
ustaz,kalau seseorang perempuan itu berkahwin tetapi telah tiada dara, apakah perkahwinannya sah? sedangkan dalam borang nikah itu menyatakan butir diri bahawa pengantin adalah masih dara. di akhir zaman ini, tidak mustahil ramai gadis yang telah hilang maruahnya.
Februari 17, 2009 at 8:22 am
zamzuri Says:
Februari 13, 2009 at 7:40 am e
berapa umur kambing untuk dijadikan akikah
……………
Jawapan:
yang gugur gigi hadapannya dan sempurna umur 2 tahun, masuk tahun ketiga.
Februari 17, 2009 at 8:26 am
awien Says:
Februari 17, 2009 at 7:11 am e
ustaz,kalau seseorang perempuan itu berkahwin tetapi telah tiada dara, apakah perkahwinannya sah? sedangkan dalam borang nikah itu menyatakan butir diri bahawa pengantin adalah masih dara. di akhir zaman ini, tidak mustahil ramai gadis yang telah hilang maruahnya.
………………………….
Jawapan:
Setahu saya, tidak ada tuntutan dalam borang sama ada masih ada dara atau tiada. Yang ada ialah status sahaja sama ada bujang, duda , janda atau sudah berkahwin.
Kalau dia bohong sekalipun bahawa dia masih dara sedangkan sudah tiada dara, pekahwinan masih dikira sah sebab perkara itu tidak termasuk dalama SYARAT SAH NIKAH.
wallahu a’lam.
Februari 19, 2009 at 2:22 am
umur kambing 2 tahun tu, mengikut mazhab yang mana ustaz? ataupun ada hadis yang manyatakan demikian. saya minta tolong ustaz untuk dapatkan nas dari quraan ataupun hadis sebagai rujukan saya
Februari 19, 2009 at 2:45 am
zamzuri,
Hadis Nabi sallallahu alaihi wasallam sebut:
Maksudnya: “Jangan kamu menyembelih korban melainkan yang telah musinnah kecuali jika kamu sukar mendapatkannya, maka sembelihlah anak daripada biri-biri.”
(Hadis riwayat Muslim)
Adapun musinnah itu ialah ats-tsaniy (yang gugur gigi hadapannya) daripada binatang ternakan unta, lembu dan kambing. Maka ukuran umur bagi binatang aqiqah itu ialah:
a.Unta yang gugur gigi hadapannya ialah yang telah sempurna umurnya lima tahun dan masuk tahun keenam.
b.Lembu dan kambing yang gugur gigi hadapannya ialah yang telah sempurna umurnya dua tahun dan masuk tahun ketiga.
c. Manakala kambing biri-biri dan kibasy memadai yang berumur cukup satu tahun atau yang gugur gigi hadapannya walaupun belum cukup umurnya satu tahun dengan syarat telah melimpasi umurnya enam bulan. (Al-Majmu‘ 8/286-287 dan I‘anah ath-Thalibin 2/518)
Februari 19, 2009 at 2:52 am
zamzuri,
tambahan skit lagi, jawapan dlm mazhab syafie.
Februari 27, 2009 at 6:58 am
salam….saya telah bernazar untuk membuat aqiqah anak lelaki saya. boleh kah saya mengaqiqahkan sekali diri saya dan suami (mualaf/ saudara islam) dengan menggunakan seekor lembu. bolehkah suami dan anak saya makan daging tersebut? betulkah saya tidak boleh makan daging tersebut
Mac 3, 2009 at 10:12 am
Benar, orang yang bernazar haram memakan daging binatang sembelihan yg dinazarkannya. Suami dan anak puan boleh memakan daging aqiqah tersebut.
Mac 23, 2009 at 4:04 am
Saya pernah melaksanakan akikah untuk anak lelaki saya 2 tahun lalu dengan 1/7 bahagian. Kini saya ingin melaksanakan akikah untuk anak lelaki kedua saya 2/7 bahagaian bersama-sama dengan sepupu2nya menjadikan keseluruhannya 5/7. 2 bahagian lagi untuk majlis perkahwinan.Adakah ia dibolehkan daging akikah dan dan daging untuk majlis perkahwinan itu dimasak bersama2 dan diberi makan untuk majlis perkahwinan?. Adakah boleh saya menambahkah 1/7 bahagian lagi untuk anak lelaki saya yang sulung pada masa akan datang??
Mac 25, 2009 at 11:23 am
Lin Says:
Mac 23, 2009 at 4:04 am e
Saya pernah melaksanakan akikah untuk anak lelaki saya 2 tahun lalu dengan 1/7 bahagian. Kini saya ingin melaksanakan akikah untuk anak lelaki kedua saya 2/7 bahagaian bersama-sama dengan sepupu2nya menjadikan keseluruhannya 5/7. 2 bahagian lagi untuk majlis perkahwinan.Adakah ia dibolehkan daging akikah dan dan daging untuk majlis perkahwinan itu dimasak bersama2 dan diberi makan untuk majlis perkahwinan?. Adakah boleh saya menambahkah 1/7 bahagian lagi untuk anak lelaki saya yang sulung pada masa akan datang??
……………..
Jawapan:
Harus dimasak bersama daging akikah dan daging majlis perkahwinan.
Puan buat akikah utk anak lelaki bersekali dgn sepupunya baru jadi 4 bahagian. bukannya 5 bahagian. Kalau puan niatkan utk qadha’ 1 bahagian bagi anak lelaki terdahulu, itu tidak harus kerana akikah yg dahulu sudah sempurna walaupun dgn satu bahagian. Tidak perlu ditambah 1 bahagian lagi di lain waktu. 2 BAHAGIAN UTK ANAK LELAKI HUKUMNYA SUNAT, BUKANNYA WAJIB. Jadi, tidak perlu diulangi atau ditambah lagi pd masa akan datang. Sekiranya mampu, buatlah 2 bahagian. Kalau tidak, memadai dgn 1 bhgian shj.
April 2, 2009 at 7:48 am
ASSALAMMUALAIKUM…
saya ade 2 soalan:
1)bole tak kalo saya nk buat aqiqah dgn menggantikan seekor lembu untuk diri saya, suami saya dan ank saya yg berusia 1 tahun?
atau
2)bole tak kalo saya nk buat aqiqah dgn menggantikan seekor lembu untuk anak saya dan 2 orang anak buah saya?
April 3, 2009 at 2:27 am
Assalamualaiku,
Sekolah anak saya ada menganjurkan maulid dan menawarkan ibubapa yg ingin menyertai aqiqah. Jadi saya telah mengambil 2 bhgn lembu bg anak lelaki saya yg berumur 7 thn. Pihak sekolah yg menguruskan daging tersebut ( dimasak dan diberi mkn kepada kanak2 sek tersebut dlm majlis maulid ) dan memberi 2kg daging kepada kami..boleh ker?
April 9, 2009 at 8:04 am
boleh sahaja. Harus hukumnya.
April 16, 2009 at 9:17 am
Assalamualaikum,
Istri saya telah niat untuk aqiqah.
tetapi setelah melahirkan dia telah
meninggal/tiada.
wajibkah saya mengaqiqahkan istri saya?
April 23, 2009 at 7:11 am
tuan,
bolehkah tulang-tulang daging akikah ni di patah-patahkan, saya ada terbaca diman tulang -temulang ini tidak boleh dipatah-2kan..
April 23, 2009 at 9:35 am
andri Says:
April 16, 2009 at 9:17 am e
Assalamualaikum,
Istri saya telah niat untuk aqiqah.
tetapi setelah melahirkan dia telah
meninggal/tiada.
wajibkah saya mengaqiqahkan istri saya?
Balas
……………..
Jawapan:
Maaf, lambat jawab, soalan saudara terlepas pandang. HARUS DIINGAT HUKUM AKIKAH SUNAT MU’AKKADAH , BUKANNYA WAJIB. WALAUBAGAIMANAPUN, IA MENJADI WAJIB SEKIRANYA DINAZARKAN. SAUDARA KENA PASTIKAN SAMA ADA ARWAH SI ISTERI BERNAZAR ATAU TIDAK. KALAU SETAKAT BERNIAT UTK BUAT AKIKAH, MAKA HUKUMNYA SUNAT MU;AKKADAH. TIDAK BERDOSA SEKIRANYA TIDAK DILAKSANAKAN. LEBIH2 LAGI BELIAU TELAH MENINGGAL. YG DINAZARKAN SHJ WAJIB DILAKSANAKAN WALAUPUN SETELAH MENINGGAL.
April 29, 2009 at 8:07 am
SALAM..
SAYA INGIN BERTANYA BERKENAAN AKIKAH. SY MASIH KELIRU.
BOLEH TAK MERTUA SY INGIN MEMBUAT AKIKAH UTK 2ORANG ANAK LELAKI & 3 ANAK PEREMPUAN YG TELAH BALIGH (SUDAH BERKAHWIN)?
SEKIRANYA BOLEH, BERAPA BAHAGIAN YG PERLU DIAKIKAHKAN? SAMA ADA LEMBU ATAU PUN KAMBING?
ADAKAH BOLEH KELUARGA KAMI MENIKMATI DAGING AKIKAH TERSEBUT? BERAPA BAHAGIAN YG BOLEH DIMAKAN?..
SEKIAN, TERIMA KASIH..
HARAP DAPAT MEMBANTU
Mei 3, 2009 at 11:14 am
boleh. Kalau lembu, 2 bahagian utk lelaki dan 1 bahagian utk perempuan. Kalau tidak mampu, cukup 1 bhgian utk lelaki dan 1 bhgian utk perempuan.Kalau kambing, 2 ekor utk lelaki(sekiranya mampu), seekor utk perempuan.
Puan boleh makan daging akikah. seelok2nya dibahagikan 3, satu utk makan sendiri, satu utk fakir miskin, satu utk hadiah jiran2 yg kaya sebagaimana yg dinajurkan oleh ulama2 syafi’iyah.
Mei 3, 2009 at 2:54 am
Assalamualaikum,
adakah harus melaksanakan akikah untuk bayi yang hidup tak sampai 1 hari?hanya hidup 5 jam saja
Mei 3, 2009 at 11:17 am
kalau sudah meninggal, tidak harus lagi. Yg diketahui dari kitab2 fikah ialah sunat pd hari ketujuh. Kalau meninggal x sampai satu hari, maka gugur sunat mu’akkadah itu.
Mei 17, 2009 at 1:32 pm
Salam,
boleh kah daging aqiqah diedarkan ke luar kawasan. saya pernah mendengar ceramah di radio bahawa daging korban hanya boleh diedar kepada orang2 dan fakir miskin dikawasan korban dikorbankan. cth, sembelih korban di Klang, tak boleh edarkan daging korban ke Johor Baru.
Mei 18, 2009 at 9:43 am
memang disebut dlm kitab2 fikh khususnya as sayafi’iyyah bhw binatang akikah yg disembelih di satu2 negeri tidak boleh diagihkan keluar dari negeri itu.
Yang banyak orang buat sekarang ialah kirim duit utk buat akikah atau korban di luar negara. binatang yg disembelih akan diagihkan dagingnya di tempat atau negeri ia disembelih. Itu diHARUSkan oleh syarak.
Mei 18, 2009 at 12:47 pm
apakah jantina binatang yang hendak di korban/akikah? kebanyakkan/hampir semua korban yang saya lihat adalah jantan. adakah memang hanya jantina jantan yang boleh dikorban/akikah kan?
Mei 21, 2009 at 5:09 am
TIDAK DISYARATKAN BINATANG AKIKAH ITU MESTI JANTAN.
Jun 11, 2009 at 7:53 am
Assalamualaikum tuan,
(Soalan 1)
Saya pernah berniat untuk melaksanakan aqiqah (kenduri) dan mencukur rambut anak saya yg baru lahir setelah umurnya mencapai 7 hari setelah kelahiran(tidak pernah memberitahu kpd sesiapapun tentang niat tersebut tetapi pernah membincangkannya dgn isteri sebelum kelahiran)..namun, setelah genap umurnya 7 hari selepas kelahiran, saya tidak dapat melaksanakan tujuan tersebut atas beberapa masalah tertentu (iaitu tidak dapat membuat kenduri)….Apakah hukum yang jatuh ke atas saya dan apa yang perlu saya buat seterusnya?
Jun 11, 2009 at 9:58 am
Wa’alaikumussalam.
Kalau saudara bernazar, maka wajib laksanakan. Tp kalau sekadar azam shj, maka ia jadi sunat mu’akkad. Carilah tarikh yg berganda dari hari ketujuh tersebut. Umpamanya hari ke 14, 21, 28 dan seterusnya.
Walaubagaimanapun, menurut pendapat yg muktamad di sisi Mazhab Syafie, kalau saudara tidak buat akikah itu pd hari ke 7 kerana tidak mampu, maka gugur sunat mu’akkad. Kalau saudara tidak buat kerana ksibukan atau masa yg tidak sesuai, maka sunat mu’akkad tidak gugur.maka,bolehlah buat pd hari yg dicadangkan di atas.
Jun 13, 2009 at 8:43 pm
assalamualaikum
bolehkah seseorang melakukan ibadah akikah dengan cara berhutang?saya mendahulukan wang modal untuk ibadah itu kepada anak saudara yang sudahpun remaja,dalam tempoh tertentu beliau segera melunaskan nilai tersebut kepada saya.adakah hukum-hukum tertentu berkenaan tindakan tersebut?
Jun 15, 2009 at 3:20 am
wa alaikumussalam.
Pada pendapat muktamad di sisi mazhab Shafie, sunat mu’akkad akikah telah gugur kerana ketidakmampuan dari sudut kewangan. Ia menjadi sembelihan biasa dan tiada fadhilat akikah lagi.
Jun 17, 2009 at 5:22 am
salam..saya ingin bertanya saya ingin melkuakan ibadah aqikah untuk anak saya..tp mertua saya kata bapanya kena aqikah dulu sebelum mengaqiqah aanak saya betul ke?
Jun 21, 2009 at 8:48 am
Tak mengapa akikah anak dulu drp bapanya yg belum akikah. Kalau nak akikah anak yg memang belum lepas usia 7 hari, maka afdhal dahulukan anak drp akikah bapa.
Jun 23, 2009 at 7:28 am
apakah hukum akikah utk anak saya kalau saya buat pd hari raya haji akan dtg ni (27/11/09) dan pd ketika itu umurnya sudahpun 1 thn 8 bln?
sy tidak buat pd hari ke 7 kelahirannya kerana saya masih berpantang, tiada org yg hendak menguruskan akikah tersebut, kewangan pun tidak stabil pd ketika itu.
Jun 25, 2009 at 8:41 am
SEKIRANYA puan tidak dpt melaksanakannya hanya kerana tiada org yg boleh menguruskannya sedangkan kewangan ada, puan boleh laksanakan bila2 masa sahaja sebelum ia baligh. Tetapi sekiranya kemampuan kewangan tidak ada dlm tempoh 7 hari usianya, maka gugur sunat mu’akkad. Kalau dibuat juga, jadi sembelihan biasa dan tidak dinamakan akikah. Itulah yg muktamad di sisi mazhab Syafie(rujuk al iqna’, kifayatul akhyar dll). Adapun di sisi mazhab lain, sah akikah itu(rujuk fiqhus Sunnah sayed sabiq).
Jun 23, 2009 at 8:50 am
Saya berniat ingin melakukan aqiqah untuk anak perempuan (4 thn) & anak lelaki (8 bln) pada tahun hadapan 2010, adakah boleh saya membuat ansuran bulanan bayaran terhadap pembelian kambing..maksudnya bermula dr sekarang telah membuat ansuran dan sehingga tarikh yg ditetapkan telah habis bayaran. Adkah sah aqiqah yang akan dilakukan.
Bolehkah daging akikah digunakan untuk menjamu tetamu untuk kenduri majlis perkahwinan?
Jun 25, 2009 at 8:45 am
Sah akikah itu. Boleh jamu daging akikah utk tetamu kenduri kahwin tetapi haram mengambil wang (ngeler mengikut istilah melayu TRG) yg dihulurkan tetamu yg hadir sebagaimana amalan kenduri kahwin masyarakat Melayu.
Julai 2, 2009 at 8:09 am
masakan utk aqiqah adalah masakan yg mrkonsepkan manis2..so apakh masakan yg paling ideal tok dmsk semasa kenduri.. boleh beri sikit senarai masakan utk aqiqah.., sekian.., terima kasih..wassalam
Julai 9, 2009 at 6:21 am
minta maaf banyak2. saya bukan pakar masakan. kalau ada sesiapa yg boleh respon soalan ni.
Julai 5, 2009 at 8:59 am
askum…
sya nk tnya camner nk tau beza nazar atau niat.. selepas bersalin anak kembar,da beberapa kali saya terfikir tuk buat akikah anak kembar sya.tp tiap kali tiba msa tuk,keadaan kewangan sya tak mngizinkan.
Julai 9, 2009 at 6:24 am
“beberapa kali terfikir..” saya kira puan hanya berazam/berniat. ia tidak dikira nazar kerana nazar memerlukan lafaz seperti “aku bernazar nak akikah anak yg akan lahir nanti”.
Julai 8, 2009 at 7:13 am
soalan.., adakah kita boleh mengeqahkan diri sendiri bersama2 anak2..?
Julai 9, 2009 at 6:25 am
Harus
Julai 8, 2009 at 9:55 am
soalan 1.., adakah kita boleh mengeqahkan diri sendiri bersama2 anak2..?
soalan 2.., masakan utk aqiqah adalah masakan yg mrkonsepkan manis2..so apakh masakan yg paling ideal tok dmsk semasa kenduri.. boleh beri sikit senarai masakan utk aqiqah.., sekian.., terima kasih..wassalam
Julai 9, 2009 at 8:38 am
soalan yg sama dgn no. 70 dan 72. TQ
Julai 12, 2009 at 5:43 pm
A’skum ustaz
Terima kasih atas jawapan2 yg telah byk membantu dlm saya mencari kemusykilan aqiqah ini namun begitu saya ada 2 soalan yg masih menggangu saya:
1. Bolehkah kami menerima wang yg diberikan oleh tetamu yg saya jemput hadir meraikan kenduri aqiqah ini?
2. Saya seorg suami namun begitu majlis aqiqah ini telah dirancang oleh isteri saya dan akan mengunakan wang beliau sepenuhnya tanpa dari saya oleh kerana saya masih tidak berkemampuan, adakah ianya dibolehkan?
Julai 16, 2009 at 8:45 am
jawapan soalan 1
Sesetengah ulama’ mengharamkannya kerana bukan tujuan asal kita buat akikah untuk terima duit. Sebab itu ada fatwa dari ulama’ alam jawi menyebutkan bahawa cara untuk elakkan dari amalan kebiasaan masyarakat melayu yang menerima duit tetamu yg datang kenduri kahwin ialah dengan melaksanakan akikah utk diberi makan kepada tetamu kenduri kawin. Kemudian hendaklah memberi tahu tetamu bahawa kita buat akikah. Memang sudah menjadi kebiasaan, apabila mereka tahu bahawa apabila kita buat akikah, maka ia bermakna tidak payah sumbangkan duit.
jawapan soalan 2
HARUS bagi saudara utk menggunakan wang isteri saudara dengan syarat dengan kerelaannya, bukan paksaan!!!
Julai 12, 2009 at 5:58 pm
Minta maaf ustaz hadir satu lg kemusykilan, utk pengetahuan ustaz isteri saya merupakan seorang saudara baru (mualaf) walaupun keseluruhan keluarga beliau telah memeluk islam namun beliau masih mempunyai makcik dan pakcik (bukan islam) yg berlainan agama yg bakal dijemput menghadiri majlis ini adakah menjadi salah jika mereka bersama2 menikmati daging aqiqah ini? Perlukah kami menyediakan hidangan yg berbeza utk santapan mereka?
Segala petunjuk dan ilmu yg ada dari ustaz amat2 diharapkan, terima kasih
Julai 16, 2009 at 8:53 am
Sebaiknya begitu sekiranya saudara berpegang kpd mazhab Syafie. Ada sebahagian ulama’ mengharuskannya atas alasan tiada dalil yang jelas mengharamkan orang bukan Islam memakan daging korban mahupun akikah. Ada pula yg mengharuskan hanya kepada kafir zimmi. Maknanya kafir harbi(yg jelas memerangi Islam)tetap haram.
Tapi Sekiranya saudara merasakan amat berat untuk melaksanakan pendapat Syafie, maka tidak mengapa saudara bertaqlidkan kpd pendapat yg membolehkan memberi daging akikah kpd bukan Islam dengan syarat ia kafir zimmi(yg tidak memerangi Islam).
Julai 14, 2009 at 1:33 pm
assalamualaikum ustaz,
saya ada pertanyaan tentang binatang yang boleh disembelih untuk ibadah akikah. ada yang mengatakan lembu tidak dibenarkan. adakah dalil yang mengesahkannya.
Julai 16, 2009 at 9:36 am
Lembu boleh dijadikan binatang akikah.Sila rujuk pd ruangan soaljawab agama.Ada jawapannya. Kesimpulannya, jelas hadis nabi s.a.w. menyebutkan boleh lembu dijadikan binatang akikah. Untuk pengetahuan, binatang korban dan akikah sama sahaja syaratnya.
Ogos 1, 2009 at 4:24 am
assalamualaikum ustaz
saya nak tanya,
akikah untuk anak perempuan sunat 1 ekor kambing, maknanye klu tiada kambing tapi buat kenduri akikah boleh ke.
bagaimana cara bernazar. apakah jenis nazar yang wajib tunai, samada niat dalm hati atau lafaz maka ianya menjadi sah dan wajib tunai.
Ogos 3, 2009 at 3:46 am
1.Akikah terlaksana dgn adanya binatang yg diakikahkan. Kalau tiada binatang akikah, bermakna ia menjadi kenduri kesyukuran. Tiada pahala fadhilat buat akikah. Kenduri akikah tidak semestinya dgn kambing. ia boleh dgn lembu, unta, biri2 dan seumpamanya.
2.Nazar hendaklah dgn lafaz seperti ” Kalau aku lulus exam, aku akan puasa.” Kalau tiada lafaz, ia tidak dinamakan nazar, Cuma azam sahaja. Nazar yg wajib tunai ialah yg tidak bercanggah dgn syarak. Biasanya dlm bentuk qurbah(amalan dekat diri dgn Allah) seperti puasa,sedekah, solat sunat, umrah dan seumpamanya.
Syarat Sah Nazar : i)org yg bernazar hendaklah Islam. ii)Baligh dan berakal(gila dan kanak2 tidak sah). Org Mabuk sah nazarnya. iii)Perkara yg dinazarkan hendaklah tidak bercanggah dgn syarak seperti “kalau aku lulus exam, aku nak pergi disco.”
Wallahu a’lam. Panjang sebenarnya bab Nazar. InsyaAllah ADA MASA kita buat artikel
Ogos 7, 2009 at 8:11 am
Assalamualaikum ustaz,
Saya ada satu kemusykilan,benarkah jika akikah tidak dilakukan sebelum anak itu akil baligh dan jika ditakdirkan anak itu meninggal dunia sebelum akil baligh anak itu tidak diiktiraf sebagai anak kita diakhirat kelak? Harap ustaz dapat memberi jawapan..terima kasih
Ogos 10, 2009 at 4:36 am
tidak benar sama sekali. Yang ada dlm hadis ialah,
Samirah, katanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Setiap anak itu digadaikan dengan aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuhnya, diberi nama dan dicukur kepalanya. (HR Ashabus Sunan).
Lagipun, hukumnya sepakat 4 mazhab sunat mu’akkad. Kalau sampai anak itu tidak diiktiraf di akhirat kelak, seolah2 kita telah melakukan dosa krn tidak buat akikah di dunia.
Ogos 12, 2009 at 1:02 am
assalamualaikum…
sy ingin bertanya.sy ingin membuat akikah kepada anak saya menggunakan daging lembu. soalnya, bolehkah sy membuat akikah berseorangan utk 1 bahagian sahaja. bermakna bahagian yg lain itu dijual oleh org yg sembelih lembu tersebut. terima kasih…
Ogos 12, 2009 at 3:16 am
Boleh.Harus hukumnya. Masalah ini ada disebut dlm kitab furu’ul masa’il karangan Syeikh Daud al Fathoni
Ogos 12, 2009 at 8:06 am
salam…
sy ade kemuskilan ttg mmberikan makanan aqiqah kpd org kafir. seperti jwpn ustaz ‘ikut mazhab Syafie adlh haram ttp sebahagian ulama’ mengharuskannya atas alasan tiada dalil yang jelas mengharamkan orang bukan Islam memakan daging korban mahupun akikah. Ada pula yg mengharuskan hanya kepada kafir zimmi. Maknanya kafir harbi(yg jelas memerangi Islam)tetap haram.’
mcm mana kita nak tau org kafir tue kafir harbi @zimmi?
Ogos 13, 2009 at 7:14 am
Kafir Harbi=orang2 kafir yg memerangi @ mengisytiharkan perang dgn org Islam. Manakala Kafir Zimmi = Orang kafir/bukan Islam yg bernaung di bawah kerajaan Islam dan patuh kpd undang2 kerajaan seperti membayar jizyah dsbnya.
Oktober 6, 2009 at 1:06 pm
Istilah Kafir Harbi:
1) “Harb” bermaksud “perang”, manakala Kafir Harbi adalah golongan Kuffar samada Kafir Kitabi (Yahudi & Nasrani) atau Kafir Musyrik (penyembah berhala seperti Hindu, Buddha, dll) yang menzahirkan permusuhan mereka terhadap Islam atau orang Islam (melalui peperangan atau penindasan atau penghapusan etnik Islam atau menghalang orang Islam dari menzahirkan syi’ar Islam seperti Solat, Haji, Puasa, Pembinaan Masjid, Azan, Pemakaian Tudung, dll).
Kafir Zimmi:-
1) “Zimmah” bermaksud perlindungan, manakala Kafir Zimmi menurut MAJORITI FUQAHA’ & ULAMA’ adalah golongan Kafir yang diberi perlindungan dari kalangan KAFIR KITABI (Yahudi & Nasrani) sahaja (termasuk Majusi) yang tinggal dibawah naungan / daulah negara (kerajaan) Islam yang patuh dengan hukum-hukum Islam SETELAH MEMBAYAR JIZYAH (cukai kepala) setiap tahun. Adapun Kafir Musyrik (penyembah berhala) tidak diterima Jizyah dari mereka melainkan Islam.
* Jizyah adalah CUKAI perlindungan yang dikutip dari kalangan Kafir Kitabi setiap tahun setelah mereka diperangi oleh Pemerintah Islam tetapi mereka enggan memeluk Islam, maka mereka dibenarkan tinggal di bawah naungan Pemerintah Islam tersebut dan mengamalkan agama Kitabiyah dengan syarat yg ketat & patut terhadap hukum Islam. Cukai ini memberi mereka perlindungan sebagai jaminan bahawa nyawa dan harta mereka selamat dan tidak ditumpahkan darah mereka selagi mana mereka patuh dgn hukum Islam yg ditetapkan iaitu:
1) Mereka dikenakan Hadd (hukuman hudud) jika mereka melakukan zina
2) Jika mereka berzina dgn wanita Islam negara tersebut maka perlindungan BATAL secara serta merta
3) Tidak boleh menzahirkan salib, babi ataupun arak melainkan di dalam rumah mereka atau tempat ibadat mereka
4) Tidak boleh melaungkan bunyi loceng gereja
5) Tidak boleh memukul/membunuh orang Islam
6) Tidak boleh membina gereja atau tempat ibadat Yahudi yang lebih tinggi dari bangunan orang Islam
7) Hanya boleh memperbaiki gereja lama, tidak boleh meninggikannya dan tidak boleh meluaskannya.
Wassalam.
Ogos 20, 2009 at 9:11 am
salam…..
saya ada 2 org anak seorang lelaki dan seorang perempuan…anak lelaki berumur 2thn 8bln dan anak perempuan berumur 1thn….saya ingin tahu berapa ekor kambing untuk anak2 saya nie?
Ogos 20, 2009 at 9:16 am
salam….ustaz
apa hukum kalau suami masih tak akikah? boleh ke kalau akikah suami dgn anak2 sekali?
Ogos 27, 2009 at 11:08 am
Assalammualaikum…
Saya ingin bertanya mengenai hukum aqiqah ini.
1. Adik saya ingin membuat aqiqah terhadap arwah suaminya yg semasa kecilnya tidak pernah membuat aqiqah. Apakah hukumnya?
2. Benar ke kalau seseotg itu tidak membuat aqiqah maka tidak blh membuat ibadah korban?(peru buat aqiqah dahulu kemudian korban)
3. Kesimpulannya, apakah hukum membuatkan ibadah aqiqah dan korban terhadap orang yang telah meninggal dunia?
Wassalam. terima kasih
September 6, 2009 at 5:22 am
Sunat di sisi mazhab Syafie, tetapi Imam Malik(mazhab Maliki)menyatakan tidak sunat.
2.Tidak benar. Sseorang yang belum buat akikah, boleh sahaja buat korban. Cuma yang afdhal ialah akikah diselesaikan terlebih dahulu. Maknanya ia merupakan masalah afdhaliat sahaja(yg mana lebih utama). Bukan masalah boleh atau tidak boleh.
3.Sama seperti no 1. Sunat hukumnya AKIKAH untuk orang mati. Adapun korban, ada dua pendapat dalam mazhab syafie. pendapat pertama mengatakan HARUS buat korban untuk si mati. Manakala pendapat kedua mengatakan Tidak Sah kecuali ada wasiat oleh si mati. Pendapat kedua menjadi pegangan majoriti ulama’ syafi’iyah.
September 1, 2009 at 1:59 am
salam,
saya ada kemusykilan. waktu anak-anak kecil, kami tidak berkemampuan untuk buat aqiqah. sekarang saya ingin buat aqiqah untuk mereka tapi masaalahnya suami berpendapat aqiqah tidak perlu dibuat kerana sunat muakkad, memadai dgn buat korban sahaja. Ada yg berpendapat aqiqah tetap perlu diteruskan walaupun anak-anak sudah besar kerana dianggap masih berhutang dgn Allah. Apa pendapat ustaz?
September 6, 2009 at 6:04 am
Soalan seumpama ini pernah ditanya. Jawapannya:
1.Pendapat muktamad di sisi mazhab Syafie ialah akikah tidak lagi menjadi sunat mu’akkad sekiranya saudari dan suami tidak berkemampuan ketika anak berusia 7 hari. Tetapi kalau mahu bertaklidkan kpd pendapat lain, maka jumhur ulama’ mengatakan harus akikah walaupun hari ketujuh sudah berlalu hatta kalau sudah dewasa sekalipun.
2.Kalau anak2 sudah besar dengan ertikata melepasi usia baligh, maka di sisi mazhab syafie, sunat bagi dirinya sendiri mengakikahkan. Tidak sunat bagi ibubapa @ walinya.
Oktober 11, 2009 at 2:51 pm
Salam,
saya ada sedikit kemuskilan ingin ditanya,
saya ada 3 orang anak lelaki, untuk buat akikah. betulkah perlukan 6 bahagian lembu atau 6 ekor kambing.?
jika saya ingin buat dengan lembu, dari jawapan yang sedia ada lembu punyai 7 bahagian, bolehkan saya gunakan yang 1 bahagian lagi untuk diri saya sendiri atau boleh dicampur dengan 1 ekor kamabing ?
mintak kepastian dari ustaz
terima kasih
November 3, 2009 at 12:25 am
SALAM,
Adalah sunat 2 bahagian utk setiap anak lelaki. Kalau mahu dan mampu, persilakan 6 bahagian lembu utk 3 anak lelaki saudara atau yang afdhalnya 6 ekor kambing. Anjuran itu bermaksud sunat, tidaklah wajib. maka kalau tak mampu, buatlah 3 bahagian lembu atau 3 ekor kambing. itu memadai.
Yang kedua, 1 bahagian lagi boleh digunakan untuk apa sahaja sama ada untuk akikah atau korban. Seeloknya, jangan dicampurkan bahagian lembu dan kambing. sudah memadai satu bahagian lembu utk saudara.
Oktober 12, 2009 at 2:59 am
assalamualaikum,
isteri sy ingin melaksanakan ibadah akikah tetapi tidak mahu membuat kenduri di rumah.daging akikah itu akan di berikan kepada sepupunya untuk kenduri perkahwinannya.adakah sah ibadah akikah itu?
November 3, 2009 at 1:19 am
wA’ALAIKUMUSSALAM
Jangan bimbang, sah ibadahnya. maaf, lambat respon. sibuk program kemasyarakatan.
Oktober 25, 2009 at 4:09 pm
Salam ustaz,
Saya ingin membuat aqiqah untuk 4 org anak perempuan, 1 org lelaki dan suami.
Persoalannya:
1) Duit untuk membeli lembu adalah dari pinjaman dari bank. Apakah hukumnya?
2) Cukupkah dengan seekor lembu, 4 bahagian perempuan, 2 bahagian untuk anak lelaki & 1 bahagian untuk suami.
November 3, 2009 at 1:57 am
1)akikah disunatkan kepada orang yang mampu. Sunat mu’akkadah nya gugur apabila tiada kemampuan. Maka akikah yang dibuat menjadi sembelihan biasa. Tiada fadhilat buat akikah padanya.Islam tidak membebankan seseorang melainkan dlm lingkungan kemampuannya.
2)Memadai insyaALLAH
Oktober 26, 2009 at 5:30 am
assalamualaikum ustaz..
saya ada beberapa soalan cni.
1. Saya bercadang untuk bantu ahli kuarga saya yang rata2nya belum melakukan akikah lagi untuk anak2 mereka berikutan kurang kemampuan kewangan.oleh yang demikian, bagi memastikan mereka saya mampu melakukan ibadah akikah@korban, maka saya telah membeli seekor lembu korban dengan harga semasa dan menjualnya semula dengan ahli kuarga saya dengan harga yang sangat murah berdasarkan kepada kemampuan diorang..tujuan saya buat suma ni, supaya mereka dapat menjalankan ibadah tersebut..soalan saya, adakah kaedah yang sy buat ini,dibolehkan dalam melakukan ibadah akikah ni??
2. Ada pendapat yang mengatakan bahawa, jika menggabungkan ibadah korban dan akikah, berkongsi keatas seekor lembu yang sama, hendaklah bhagian korban mesti melebihi bahagian akikah..spt 4 bhgian korban dan 3 bahagaian akikah…bhgian akikah tidak boleh melebihi ibadah korban..betul ke pendapat ni?
3. satu lagi yang memusykilkan saya adalah, pendapat yang mengatakan bahawa tidak boleh melakukan akikah@korban sekaligus 7 bahagian untuk 1 keluarga@adik beradik sahaja..maknanya mesti ada disertai sekurang2nya 2 bahagian dari org luar(yang tidak mempunyai pertalian kuarga)..bleh ustaz bagi komen ckit…
November 3, 2009 at 3:00 am
1)SAH AKIKAH ITU DAN INSYA ALLAH SAUDARA MENDAPAT GANJARAN PAHALA YG SGT BESAR KRN MENOLONG SAUDARA YG SUSAH UTK MELAKUKAN IBADAH AKIKAH.
2)Ya memang benar ada pendapat itu tetapi ia bukan syarat sah atau suatu kewajipan dlm melaksanakan korban mahupun akikah. Cuma anjuran ulama2 shj. Nabi pun tidak pernah sebut.
3)Setakat yang saya baca drp kitab2 antaranya Fiqhul Manhaji, Sabila Muhtadi, Furu’ul Masa’il, Fathul Mu’in dan Mu’inul Mubin, tiada disebut masalah itu. Mungkin drp kitab2 lain. Belum sempat saya telaah Kitab Majmuk AnNawawi. InsyaAllah
November 19, 2009 at 2:44 am
sambungan jawapan soalan 3:
Telah saya ajukan soalan saudara kpd salah seorang tok guru fekah saya, katanya dlm kitab2 fikah yg besar2 pun tak ada sebut masalah itu.
Saya beranggapan pendapat itu tidak benar kerana tiada dalil syar’ie yg menyuruh kita berbuat demikian.
Oktober 30, 2009 at 4:56 am
saya punya anak laki2 baru lahir pada hari minggu dini hari jam 00.27 hari ketujuh jatuh hari apa? rambut bayi kan harus dicukur trus siapa yang berhak mencukur?
November 19, 2009 at 3:11 am
Kata Syeikh Muhammad Arsyad al Banjari;
“Hendaklah menyembelih akikah itu pada hari yang ketujuh daripada hari wiladah, dan masuklah hari wiladah itu di dalam bilangan. Tetapi jika beranak ia pada malam, maka tiadalah masuk malam itu pada bilangan dan hendaklah dimulai bilangan itu daripada hari yang mengiringi dia…(m/s 233 sabila muhtadin juzuk kedua)”.
jawapan soalan kedua:
Orang yg paling berhak mencukur rambut nya ialah bapanya. kemudian, afdhal juga diminta orang2 soleh seperti ulama’,kiyai, pak imam dan lain2.
November 1, 2009 at 6:14 am
Salam Uztaz,
1)Saya nak tanya ustaz,daging yang kita akikah tu kena masak sendiri atau boleh tak kita upah orang lain yg masak dan kemudian disedekahkan fakir miskin??sbb nak masak kambing bukan semua orang tau nak mengerjakannya.
2)Bagaimana kita hendak mengerjakkan ibadah Akikah?contoh macam niat sahaja atau membuat majlis?
Tq ustaz.
November 19, 2009 at 3:15 am
1)Kalau pandai masak kambing, maka afdhal masak sendiri. Kalau tidak, bolehlah diupah orang yg pandai.
2)Sunat daging akikah yg telah dimasak diagihkan sendiri kpd fakir miskin, jiran tetangga dan kaum keluarga. Tetapi harus/boleh juga dibuat majlis kenduri akikah. Yg afdhal, agih sendiri tanpa buta majlis makan di rumah.
November 18, 2009 at 4:12 am
saya ada membeli seekor lembu untuk untuk dibuat akikah untuk anak lelaki saya yg berumur 7 bulan pada raya haji nanti.
seorang rakan saya ingin berkongsi mengakikahkan anak lelakinya bersama-sama dengan anak saya nanti.
tetapi masalah nya sekarang, majlis akikah tersebut akan dijalan di kampung saya di kedah. (sekarang saya dan rakan menetap di k.l). kemungkinan besar, rakan saya tidak dapat hadir di majlis tersebut.
soalan saya ialah.. boleh kah, akikah anaknya, di wakilkan kepada saya sahaja?
terima kasih
November 19, 2009 at 3:18 am
Boleh/diharuskan. ambil nama anak lelakinya dan serahkan kpd tukang sembelih sebagai menyempurnakan wakalah.
November 19, 2009 at 3:24 am
salam uztaz.
sy ada kemusykilan. ada yg mengatakan, 1/4 dr daging akikah adalah utk disedekahkan, dan 3/4 utk dibuat kenduri.
apa pendapat ustaz? boleh ustaz jelaskan dr segi pembahagian daging akikah ini?
terima kasih.