Soal jawab ini asalnya dari perbincangan yang ambe sertai dalam forum web zaharuddin.net, seorang ulama’ muda yang tidak asing lagi terutamanya dalam bidang ekonomi Islam. Beliau sekarang menjawat jawatan pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa.
Kemusykilan:
hidangan majlis tu ialah daging kambing akikah, boleh ke daging ibadah akikah tu diberi makan kepada orang kafir? bagaimana pula dengan daging ibadah korban
Jawapan:
Aqiqah disebut dalam hadith :-
” Bersama bayi yang lahir itu aqiqah, maka kerna itu mengalirkanlah darah (sembelihan) untuknya, dan jauhkan baginya segala kesakitan (godaan syaitan) ( Riwayat Al-Bukhari)
“Setiap anak perlu dipajakkan (terhutang) dengan aqiqah, disembelih untuknya pada hari ketujuh umurnya, dan diberi nama dan dicukur rambut kepalanya” ( Riwayat Ashabus Sunan )
Aqiqah itu pula dari sudut bahasanya adalah ‘tolakan’, iaitu tolakan dari gangguan dan godaan Syaitan.
Berkenaan beri kepada non muslim, saya dapati tiada dalil mahupun pendapat ulama yang meletakkan syarat bahawa si penerima adalah orang Islam sahaja. Justeru…wallahu a’lam.. saya kira ianya adalah harus.
Cuma sudah tentu yang lebih baik adalah penerima dari kalangan orang Islam kerana diharapkan adalah sipenerima memahami lalu mendoakan si kanak-kanak tadi apabila menerima hidangan hasil aqiqah itu. Jika beri pada bukan Islam, manalah mereka faham aqiqiah tu apa ..
Falsafah ‘aqiqah adalah sebagai tanda kesyukuran bagi anugerah cahaya mata yang dikurniakan oleh Allah SWT. Justeru ia lebih baik di kongsi sesama Islam. Ini kerana ia juga seumpama satu peringatan kpd yg lain untuk beraqiqah juga untuk anak mereka (jika belum). Non-Muslim tiada peruntukan aqiqah..
Sebagai tambahan info ; Kebanyakkan ulama menggalakkan daging dari hasil sembelihan itu dimasak terlebih dahulu sebelum di edarkan kepada faqir miskin, jiran tetangga walaupun mereka kaya.
Bagaimanapun, menurut satu pandangan :-
” Daging aqiqah dan korban haram diberi kepada bukan Islam kerana korban dan aqiqah merupakan amal ibadah kepada Allah. Ia bertujuan untuk bertaqarrub kepada Allah. Ini ada disebut dalam Fatwa Syeikh Ahmad al Fatthani.
Tapi kalau bukan Islam nak beli satu bahagian daripada daging lembu itu untuk kegunaan peribadi, bukannya utk korban, maka harus hukumnya menurut Syeikh Daud al fatthani dalam Furu’ul masaa’il. ”
Komen saya :
Ada benarnya, ini salah satu ijtihad yang sangat boleh dipegang. Bagaimanapun, ia tidak qat’ie dan ia masih dalam kategori perkara furu’/cabang.
Jika hujjah utama oleh beberapa ulama terulung tempatan di atas adalah “ia hal taqarrub”..maka anda boleh berhujjah bahawa hal taqarrub itu adalah terhenti di ketika niatnya, sembelihan dan hidangan dibuat..adapun hal ehwal mengedarkannya tidak lagi termasuk dalam hal yang menjadi syarat kepada taqarrub itu. Ia lebih kepada hal kemasyaratan sahaja.
Seperti solat.. ia adalah hal taqarrub kpd Allah..maka ada rukun dan syaratnya untuk memenuhi taqarrub yang disasarakan demikian juga solat di tempat yang suci adalah syarat sah utk taqarrub solat ini, tapi samada sejadah itu dibeli dari kedai non muslim atau tidak.. maka ia tidak memberi kesan kpd ibadah solat…ia cuma kurang digalakkan sahaja.
Dan mengedarkannya daging aqiqah kpd muslim sahaja, bukanlah menjadi syarat sah aqiqah dalam semua mazhab (kecuali jika saya tersilap, iaitu ada mazhab yg menajdikannya syarat sah aqiqah).
Malah jika seseorang bersedeqah kepada seorang bukan Islam di ditemuinya di keadaan yang amat memerlukan. Adakah tiada pahala baginya Ini tidak benar sama sekali, derma dan kebaikan yang dilakukan oleh Umat Islam adalah bersifat ‘taqarrub’ kepada Allah, dan ia pasti diterima walaupun penerima bantuan itu seorang kafir. Cuma, jika ada dua peminta antara Muslim dan kafir, sudah tentu lebih besar pahalanya diberikan kepada si Muslim. Bagaimanapun, ia tidak menjadikan hukum HARAM untuk diberi kepada si bukan Islam.
Justeru ia kekal isu yang sangat furu’ dan bebas memilih dalam kedua-dua fatwa ulama. wallahu ”lam.
Mac 16, 2008 at 6:58 pm
Apakah hukum akikah bagi anak zina?
November 4, 2011 at 8:55 am
Dan iaitu sunat muakkad bagi orang yang wajib atasnya nafkah kanak-kanak yang diperanakkan dia, maka sunat atas ibu pada anak zina . Khilaf bagi Syeikh Ramli .
Mac 17, 2008 at 10:32 am
DIHARUSKAN.
SETAKAT BACAAN SAYA, ULAMA’ TIADA MENYEBUT TTG TIDAKBOLEHNYA AKIKAH ANAK ZINA.YG DISEBUT DLM KITAB2 FIKH IALAH BERKAIT DGN SYARAT SAH AKIKAH IAITU BINATANG ITU SENDIRI, BUKANNYA ANAK YANG KITA NIATKAN AKIKAH UNTUKNYA.
November 19, 2009 at 3:37 am
Tambahan jawapan,
PENDAPAT MUKTAMAD DI SISI SYEIKH IBNU HAJAR DALAM KITAB TUHFAH DAN SYEIKH RAMLI DALAM KITAB NIHAYAH, MENYATAKAN SUNAT JUGA BUAT AKIKAH ATAS ANAK ZINA.
ADAPUN SYEIKH KHATIB SYARBINI DALAM MUGHNI MENYATAKAN BAHAWA TIADA SUNAT LAGI BUAT AKIKAH ANAK ZINA KERANA BOLEH MENAMBAH AIB.
WALLAHU A’LAM.
Mac 27, 2008 at 7:14 am
Assalamualaikum,…..
saya mewakili sahabat2 saya,untuk minta pandangan dan jawapan daripada Tuan tentang Pemakaian Gelang tangan bagi lelaki yang saya sertakan bersama email ini,persoalannya Apakah Hukumnya yang sebenarnya tentang Pemakaian Gelang tangan bagi lelaki dari sisi islam?,dan adakah benar apa yang di coretkan didalam Attachment yang disertakan bersama email ini ?,segala sumber,pandangan dan jawapan diatas perkara ini amat saya harapkan.
STK.
*Ustaz Zainudin Hashim*
Salam buat sahabat-sahabatku. .
*Rasulullah larang pakai gelang tangan bagi kaum lelaki walaupun untuk
tujuan perubatan *
* *
Antara perkara yang dilupakan oleh orang Islam hari ini bagi memperkasa jati
dirinya ialah dengan memperdalami ilmu-ilmu fardu ‘ain dan mengetahui
perancangan musuh Islam yang setiap masa mencari jalan bagi menghancurkan
pegangan dan hubungan mereka kepada Allah SWT.
Permusuhan mereka telah disebut oleh Allah dalam al-Quran, antaranya
menerusi ayat 120 surah al-Baqarah maksudnya *: “Orang-orang Yahudi dan
Nasrani tidak akan reda kamu (sebagai orang Islam) hingga kamu mengikut
agama mereka*”.
Menerusi ayat 82 surah al-Maidah pula, Allah menegaskan maksudnya : *”Kamu
akan dapati bahawa orang paling dahsyat menimpakan permusuhan ke atas
orang-orang Islam adalah di kalangan Yahudi dan yang sekutu dengan mereka *
“.
Justeru, kejahilan dan kedangkalan untuk tidak memperdalami ilmu-ilmu agama
boleh menyebabkan seseorang itu terikut-ikut dengan tindakan, penampilan,
cara hidup orang-orang Kafir.
Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam juga
terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan, sebagai contoh mereka
mencipta alat bagi mengurangkan tekanan darah dan sebagainya dalam bentuk
gelang tangan, bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya sebagai
satu kaedah perubatan terkini, sedangkan banyak cara atau kaedah lain yang
boleh berbuat demikian, tapi kerana memakai gelang itu adalah dilarang untuk
dipakai oleh lelaki muslim, maka itulah cara terbaik diperkenalkan oleh
musuh agar kaum muslim dilaknat oleh Allah, apabila dilaknat sudah tentu
mereka tidak akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh
mereka.
Larangan memakai gelang tangan walaupun untuk tujuan perubatan telah
ditegaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadisnya daripada
‘Imran Bin Hussain r.a, bahawa Rasulullah s.a.w telah melihat pergelangan
tangan seorang lelaki yang memakai gelang diperbuat daripada tembaga, maka
baginda bertanya kepada lelaki berkenaan, Apakah bendanya ini? (iaitu yang
dipakai oleh lelaki tersebut di pergelangan tangannya), beliau berkata : Ia
adalah gelang perubatan, tegas baginda Rasulullah : Sesungguhnya benda itu
(gelang tangan itu) tidak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan
perubatan), buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekiranya anda mati
dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat)
selama-lamanya. *Hadis Sohih* yang ke 19885 riwayat Imam Ahmad dalam
musnadnya.
Pakai gelang tangan menjadi trend dan budaya baru. Di Malaysia ia bermula
pada zaman dahulu kala di mana gelang hitam diberikan sebagai hadiah kepada
kaum keluarga terdekat dan sahabat-sahabat oleh orang yang baru balik Mekah.
Aku pun dulu pernah pakainya masa kecil-kecil.
Sekarang ini pula ia dibenarkan oleh Tabung Haji kepada Jemaaah haji apabila
berada di tanah suci kerana faktor mudah untuk dikenali kalau-kalau berlaku
apa-apa kemalangan di sana atau sebarang kes hilang, maka mudahlah untuk
dikenali. Ohh.. ini Jemaah Haji Malaysia, sebab ada gelang.
Yang peliknya Pak-pak Haji yang lelaki ni bila balik ke Malaysia tak mau
cabut buang gelang itu. Dipakainya ke mana-mana termasuk ke surau masjid.
Kalau orang tua tunjuk contoh begitu, bila orang muda pakai janganlah hentam
orang muda sahaja.
*
Jenis – jenis gelang yang haram bagi lelaki: *
1- Gelang Kayu Koka
2- Gelang Kristal
3- Gelang Tasbih
4- Gelang Getah plastik
5- Gelang Besi magnetik
6- Gelang Besi Tabung Haji (bila dah sampai Malaysia)
dan gelang-gelang lain yang bila dilihat orang, orang ramai kata ianya
gelang, hatta budak kecil pun kata gelang.
*Jenis-jenis gelang yang diharuskan :*
1- Gelang pesakit semasa di hospital. Ia ditanda nama pesakit dan wad.
2- Gelang penjenayah/pesalah. Ianya dipakaikan oleh pihak polis bila
tangkapan dibuat.
3- Gelang kaki bagi pesakit gila.
* Sekiranya ada yang hendak pakai sangat, maka dia hendaklah berusaha
jadikan dirinya salah satu daripada * *3 golongan yg diharuskan di atas *.
Mac 27, 2008 at 8:45 am
Hadith ini diriwayatkan daripada ‘Imran bin Husain, Lafaznya ialah:
أن النبي -صلى الله عليه وسلم- رأى رجلا في يده حلقة من صفر فقال: ما هذه? قال: من الواهنة، قال: انزعها فإنها لا تزيدك إلا وهنًا، فإنك لو مت وهي عليك ما أفلحت أبدًا
Maksudnya lebih kurang: “Bahawasanya Nabi saw telah melihat seorang lelaki di tangannya ada gelang daripada tembaga, Nabi saw bertanya: “Apakah ini?” Orang itu menjawab: “ianya daripada al-Wahinah.” Sabda Nabi saw: “Tanggalkannya segera, sesungguhnya dia tidak menambahkan kepadamu melainkan kelemahan, sesungguhnya jika kamu mati dan gelang itu ada padamu, kamu tidak akan berjaya selama-lamanya.”
Dalam hadith ini tidak disebut siapakah lelaki yang memakai gelang tersebut, namun di dalam al-Mustadrak al-Hakim dinyatakan lelaki tersebut ialah ‘Imran bin Husain sendiri.
Tentang hadith ini para ulama berbeza pendapat akan kesahihannya. Hadith ini diriwayatkan daripada al-Hasan daripada ‘Imran bin Husain. Para ulama berbeza pendapat apakah al-Hasan (الحسن) benar-benar mendengar daripada ‘Imran bin Husain (عمران بن حسين) ataupun tidak. Demikian juga di dalam hadith ini ada periwayat yang bernama Mubarak bin Fadhalah (مبارك بن فضالة), ia juga diperselisihkan di kalangan ulama hadith. Kesimpulannya para ulama tidak sepakat dalam mensahih dan mendhoiefkan hadith ini.
Jika kita mengambil pendapat ulama hadith yang mensahihkan hadith tersebut, tinggal kepada kita untuk benar-benar memahami maksudnya sehingga kita boleh berhukum dengannya dengan cara yang betul. Perkara ini perlu supaya kita tidak keras mengharam sesuatu yang sebenarnya tidak haram seperti yang kita sangka.
Al-Syeikh Soleh bin Fauzan bin Abdullah al-Fauzan menyebut, pertanyaan Nabi saw: “Apakah bendanya ini.” Yang zahir, pertanyaan ini adalah pertanyaan yang menunjukkan pengingkaran, namun dikatakan juga pertanyaan Nabi saw itu adalah untuk mengetahui tujuannya memakai gelang tersebut.
Manakala jawapan lelaki tersebut: “ianya daripada al-Wahinah.” Membawa maksud, aku memakainya untuk mengelakkan al-Wahinah, untuk dia melindungi aku daripadanya (yakni melindungi daripada al-Wahinah). Al-Wahinah adalah penyakit yang kena pada tangan, dinamakan di kalangan orang Arab dengan al-Wahinah, termasuk di dalam kebiasaan mereka memakai gelang untuk berlindung daripada kesakitannya dan mereka percaya gelang tersebut akan melindungi dari penyakit tersebut.
(Sila lihat di sini:
http://www.alfawzan.ws/AlFawzan/Library/tabid/90/Default.aspx?view=page&PageID=35&pageno=1&bookid=32§ionid=2)
Al-Syeikh ‘Abdul Hakim (Kuliah al-Syariah Uni. Al-Imam Muhammad bin Saud) di dalam laman islamtoday berkata: Para ulama berbeza pendapat tentang maksud al-Wahinah, namun mereka bersepakat akan illah (sebab) larangan tersebut… Ulama telah bersepakat bahawa illah (sebab) larangan tersebut ialah kerana orang menjadikannya (al-Wahinah) seperti tangkal, yang terdapat larangan menggantungnya.
(Sila lihat:
http://www.islamtoday.net/questions/show_question_content.cfm?id=43737)
Berdasarkan fatwa ini, ia menunjukkan larangan memakai al-Wahinah yang ada di dalam hadith tersebut bukanlah semata-mata kerana ianya gelang, dan bukan juga larangan dari berubat dengan gelang. Sebaliknya larangan tersebut disebabkan ia dipakai dan dianggap seperti tangkal bertujuan memelihara diri dari penyakit. Tangkal yang dianggap boleh berubat ini, yang dinamakan sebagai al-Wahinah oleh orang Arab tidak ada sebarang bukti menunjukkan ia boleh menghalang dari penyakit samaada bukti dari Nas Syara’ (al-Quran atau al-Hadith) mahupun penemuan sebab-sebab dia boleh bertindak sebagai ubatan. Kerana itu ia dilarang oleh Nabi saw. Ringkasnya larangan itu adalah disebabkan tangkal yang tidak ada bukti berperanan sebagai pengubat melainkan khayalan dan khurafat semata.
Maka apabila terdapat nas Syara’ atau penemuan saintifik yang dapat membuktikan sesuatu bahan seperti logam atau seumapamanya yang jika dipakai dibadan dapat melancarkan perjalanan darah atau seumpamanya, sudah tentu bahan tersebut boleh digunakan insyaallah. Ini termasuk cara perubatan yang ditemui, hasil dari kajian melalui sebab musababnya.
Ini kerana perubatan yang dibenarkan itu terdiri daripada:
1. Perubatan dengan ayat-ayat al-Quran dan al-Hadith.
2. Perubatan dengan bahan-bahan yang disebut di dalam al-Quran dan al-Hadith seperti Madu, Habbah al-Sauda dan seumpamanya.
3. Perubatan berdasarkan kajian saintifik terhadap sebab-sebabnya, atau berdasarkan pengalaman mengunakannya.
Para ulama berbeza pendapat tentang hukum orang lelaki memakai gelang, sebahagian mengatakan harus dan sebahagian yang lain mengatakan haram. Namun para ulama yang mengharamkan pemakaian gelang bagi lelaki, setakat penelitian saya tidak ada yang menjadikan hadith di atas sebagai dalil dalam pengharam tersebut. Sebaliknya hadith tersebut banyak digunakan ketika berbicara tentang tangkal dan azimat yang dianggap dapat melindungi dan mengubati tanpa sebarang bukti dari nas syara’ mahupun kajian saintifik. Al-Sindiy ketika mensyarahkan hadith di atas di dalam Sunan Ibn Majah menyatakan larangan tersebut kerana ianya sama dengan al-Tama-im atau tangkal yang dilarang penggunaannya. Kadangkala tangkal itu digantung bersama dengan manik, yang dinamakan Manik al-Wahinah (خرز الواهنة)
Penggunaan sesuatu tangkal (terdiri dari potongan besi, tembaga, simpulan benang dan lain-lain) untuk berubat dan memelihara diri, ada perbezaan yang cukup besar dengan cara perubatan dengan sesuatu bahan hasil dari penemuan saintifik. Kepercayaan kepada tangkal yang dapat berubat adalah suatu khayalan yang tidak diterima di dalam syara’, dan ianya tidak ada kaitan langsung dengan unsur-unsur perubatan. Berbeza dengan penggunaan sesuatu bahan hasil dari kajian saintifik dan terbukti memberi manfaat kepada manusia.
Kerana itu, al-Syeikh ‘Abdul Halim di dalam fatwa yang sama (yang saya sebutkan sumbernya di atas) membenarkan penggunaan potongan besi (yang digunakan dalam perubatan moden) yang ditanam pada beberapa gigi, atau di tempat-tempat tertentu di tubuh badan yang berperanan menyerap aliran elektrik yang boleh menjadi sebab seseorang hilang ingatannya (pengsan). Beliau menyambung jika seseorang pesakit mendapat manfaat dengan cara sebegini dengan pengakuan individu berkeahlian yang dipercayai, maka ianya tidak mengapa insyaallah. Cuma beliau di dalam fatwanya mencadangkan lebih baik jika bahan seperti potongan besi itu digunakan ditempat yang tersembunyi sebagai mengelak dari buruk sangka orang ramai.
Demikian juga di dalam laman islam-online, al-Ustaz Muhammad Sa’di (Penyelidik laman islam-online) ketika ditanya tentang hukum memakai gelang dari tembaga yang diperbuat bagi tujuan perubatan apakah dibenarkan atau ia termasuk di dalam Syirik yang kecil, beliau menjawab: “Jika terbukti kemanfaatan gelang tersebut sebagai perubatan, maka perbuatan itu tidak mengapa, adapun jika tidak ada padanya sebarang manfaat, maka jangan dipakaikan kerana ketika itu ia termasuk dalam kumpulan memakai tangkal dan azimat.”
(Sila lihat soalan ke 11:
http://www.islamonline.net/livefatwa/Arabic/Browse.asp?hGuestID=n4MV6S)
Seperti yang saya sebutkan di atas, para ulama berbeza pendapat tentang hukum pemakaian gelang bagi lelaki. Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah menyebut di sisi mazhab al-Syafieyyah terdapat dua wajah tentang hukum perhiasan lelaki selain cincin perak seperti gelang tangan dilengan (الدملج) dan gelang (السوار) dan kalung (الطوق) dan mahkota (التاج). Pertama mengatakan haram dan kedua mengatakan harus selama mana tidak menyerupai wanita, kerana tidak thabit dalam (pengharaman) perak melainkan pengharaman untuk bekas-bekas (seperti pinggan, mangkuk dll), dan perhiasan dalam bentuk menyerupai wanita. (al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah 18/110 bawah bab al-Huliy)
Darul Ifta’al-Misriyyah pula di dalam laman webnya menyebut perkataan al-Rafi’e (ulama mazhab al-Syafie) di dalam Syarh al-Wajiz yang mengatakan harus bagi lelaki memaki cincin perak berdasarkan riwayat cincin Nabi saw daripada perak dan harus juga memakai selain cincin dari perhiasan perak seperti gelang dan gelang lengan dan kalung. Demikian juga perkataan Abu Said al-Mutawali yang mengatakan apabila harus memakai cincin perak, maka tidak ada beza antara jari-jari dengan anggota lainnya, sama seperti perhiasan emas yang dihalalkan untuk wanita, maka diharuskan untuk orang lelaki memakai gelang di lengan, kalung di tengkuk dan gelang di tangan dan selainnya kerana tidak thabit pengharaman perak melainkan pengharaman kepada bekas-bekas dan pengharaman menyerupai wanita.
(Sila lihat laman rasmi Dar al-Ifta’ al-Misriyyah: http://www.dar-alifta.com/)
Kesimpulan dari jawapan di atas ialah:
1. TIDAK HARAM berubat dengan gelang yang terbukti melalui kajian saintifik atau pengakuan individu yang berkelayakan dan boleh dipercayai agamanya.
1. Larangan memakai gelang yang dinamakan al-Wahinah di dalam hadith bukan merujuk kepada gelang semata-mata dan bukan juga merujuk kepada larangan berubat dengan gelang, sebaliknya ia merujuk kepada merubat dengan tangkal atau gelang yang hanya semata-mata tangkal.
Orang-orang yang menggunakan gelang atas sebab-sebab yang dibenarkan hendaklah memerhatikan yang mereka tidak sampai ke tahap yang dilarang seperti pembaziran dan menyerupai wanita dalam penggunaannya.
http://al-qayyim.dtdns.net/v01/index.php?option=com_content&task=view&id=279&Itemid=2
Posted in Perhiasan, perubatan.
=====================
jawapan di atas diambil dr soaljawab.wordpress.com.
Kesimpulan yang boleh dibuat ialah ulama’ sepakat dalam menghukumkan HARAM LELAKI PAKAI GELANG(HUKUM ASAL). Tetapi mereka berbeza pendapat pada menyatakan hukum lelaki pakai gelang untuk tujuan perubatan. Pendapat yang dikemukakan oleh Ustaz Zainudin Hashim cenderong kepada hukum HARAM walaupun untuk perubatan. Adapun huraian yang saya attachkan di atas pula lebih cenderong kepada HARUS tetapi BERSYARAT sebagaimana dihuraikan.
Walaubagaimanapun, cara terbaik ialah kita bersifat wara’ iaitu mengambil kaedah khuruj minal khilaf awla(keluar drp perbezaan pendapat adalah lebih utama. Dalam konteks ini, Kalau kita tak pakai gelang utk perubatan, kita ikhtiar cari ubat lain, maka kita terselamat dlm percanggahan pendapat itu. Mereka yg mengkaji dalil secara terperinci termasuk dlm golongan ahli ilmu. maka mereka berhak berpegang dgn pendapat masing2. Bahkan HARAM kalau bagi Mujtahid mengikut pendapat Imam lain(dlm konteks ustaz Zainudin, beliau tidaklah dikenali sebagai mujtahid). Maknanya beliau boleh mengemukakan pendapat yg dirasakan benar tetapi tidak menghukumkan orang lain melakukan perkara HARAM kerana ia termasuk dlm perkara khilaf(memakai gelang utk perubatan). Yg wajib kita tentang ialah perkara HARAM secara Ijma’/ittifaq seperti lelaki pakai gelang untuk suka2.
Bagi orang awam, ia boleh mengikuti mana2 pendapat yg dirasakan lebih dekat dgn kebenaran. Yang mana lebih dekat dengan kebenaran? Kalau hati kita bersih, maka tanyalah hati. Sabda nabi yang bermaksud, “Sekiranya kamu ingin melakukan sesuatu, maka letakkan tanganmu di dadamu; kerana sesungguhnya hati itu berdebar/tidak senang dgn yang haram, dan ia tenang dengan yang halal.”
WALLAHU A’LAM.
April 24, 2008 at 11:42 am
perlukah ditanam lebih2an tulang binatang akikah?
April 27, 2008 at 10:13 am
setahu saya tidak perlu. lagipun zat tulang binatang merupakan makanan jin Islam.
April 29, 2008 at 8:53 am
Hanya satu kemuskilan, untuk anak lelaki dan perempuan apakah ada syarat untuk melaksanakan ibadah akikah? Ada yang berkata, untuk anak lelaki diwajipkan 2 ekor kambing, manakala perempuan hanya seekor sahaja.
Mei 2, 2008 at 10:04 am
Maaf lambat respon. Hukum 2 ekor kambing untuk anak lelaki itu hanya SUNAT bukan WAJIB. Kalau mampu, maka buatlah 2 ekor kerana afdhal. Kalau tak mampu, memadai dengan seekor.Menurut satu hadis riwayat yang bersumber dari Ibnu Abbas r.a., menyatakan :
Rasulullah SAW telah mengakikahkan buat Hasan dan Husain masing-masing satu ekor kibasy. (HR Abu Dawud).
wallahu a’lam
Mei 8, 2008 at 6:22 am
saya ada anak leleki tiga orang bolehkah saya akikah lembu sebagai ganti kambing
Mei 8, 2008 at 8:03 am
Harus.
Sebagai ganti kambing, boleh dibuat 2 bahagian lembu utk setiap orang. Bermakna puan perlukan 6 bahagian lembu.Biasanya kalau musim Aidil Adha, seekor lembu dibahagi 7. Bermakna cukup seekor lembu utk 3 org anak lelaki puan.
Oktober 17, 2008 at 4:18 am
tuan saya tgh konpius ni… ade yang kata orang yang beraqiqah tak leh makan daging aqiqah yang dia buat, ade yang kata boleh makan sikit… yang mana satu betul ni?
Oktober 21, 2008 at 4:17 am
Tidak benar. Yang HARAM dimakan ialah daging korban wajib/nazar.Korban sunat , boleh diambil sebahagian dagingnya utk kegunaan sendiri. Yang afdhal ambil sedikit, kemudian sedekah fakir miskin selebihnya. Ada ulama’menyarankan bahagi tiga. satu bahagian utk kegunaan sendiri, satu lagi sedekah fakir miskin, dan satu lagi utk hadiah orang kaya.
WALLAHU A’LAM.
Oktober 21, 2008 at 6:59 am
assalamualaikum..
saya ada sedikit kemuskilan berkenaan dengan aqiqah..saya baru dikuniakan seorang anak lelaki,oleh itu saya bercadang untuk membuat aqiqah untuknya,soalan saya adakah aqiqah itu hukumnya wajib dijalankan dan berapa bahagian daging yang perlu saya ambil sekiranya saya ingin menumpang lembu pada hari raya korban nanti.sekiranya saya ambil 1 bahagian sahaja disebabkan tidak mampu adakah aqiqah saya terlaksana
Oktober 21, 2008 at 7:19 am
assalamualaikum..
saya ingin bertanya adakah aqiqah dan korban dibolehkan untuk niat bersama, contohnya saya ingin memasang niat korban dan aqiqah pada 2 bahagian lembu yang saya ambil pada satu masa.
Oktober 24, 2008 at 12:12 pm
wa alaikumussalam nik,
sila rujuk pada ruangan soaljawab agama. InsyaALLAH saudara akan temui jawapan soalan 13.
November 4, 2008 at 2:23 am
assalamualaikum..
saya ingin bertanya tentang akikah untuk anak perempuan saya yang baru berumur 5 bulan, perlukah daging akikah itu dibuat kenduri atau disedekahkan saja
sekian..TQ
November 4, 2008 at 9:12 am
wa alaikumussalam zue,
kedua2nya boleh. kenduri afdhal. Yg lagi afdhal ialah hantar masakan itu ke rumah jiran2 yg fakir.
wallahu a’lam
November 13, 2008 at 12:38 pm
Kami memperkenalkan aqiqah dan qurban online,dengan sate yang empuk dan gule khas masakan padang segera hubungi kami (021) 9368.9647 !
(Mohon maaf jika iklan ini mengganggu Anda)
November 19, 2008 at 5:52 am
assalamualaikum
saya macam kurang paham ttg akikah.
bolehkan kanak2 atau org dewasayg belum akikah, kita lakukan akikah skrg….dlm erti kata mungkin dulu org berwajib amik remeh temeh dan mudah ttg akikah ni?? soklan ke-2 saya, bolehkan ianya dilakukan bersama2 dgn bayi yg berumur 7-8 bln??
sekian…terima kasih
November 24, 2008 at 3:59 am
Boleh aje. asalkan cukup bahagiannya. Orang dewasa yang belum aqiqah hendaklah mengaqiqahkan dirinya sendiri. Manakala anak2 kita yang sudah baligh, tidak sunat lagi bagi walinya(ibubapa @penjaga) mengaqiqahkannya. Dia hendaklah buat aqiqah sendiri bila mampu(sunat).
November 24, 2008 at 4:01 am
Maaf yatie, soalan no 2 tu pun sama jawapannya. Boleh saja dilakukan bersama2 dgn bayi berusia 7-8 bulan.
Disember 3, 2008 at 2:16 am
Assalammualaikum..
Saya ade kemusykilan di sini. Saya dimaklumkan oleh imam di kariah saya (masjid shah alam), akikah untuk anak lelaki jika menggunakan lembu hanya sebahagian sahaja,tidak perlu 2 bahagian seperti yang di terangkan di atas.Berlainan dengan kambing, jika mampu buatlah 2 ekor, jika tidak seekor pon memadai. Boleh huraikan mana yang sebetulnya tentang lembu korban ini?..1 bahagian atau 2 bahagian untuk anak lelaki?. Terima kasih
Disember 3, 2008 at 6:38 am
wa alaikumussalam..
Wahida,
Yang benar ialah satu bahagian lembu bersamaan satu ekor kambing. akikah anak lelaki disunatkan 2 ekor kambing atau bersamaan 2 bahagian lembu. Kalau seekor pun sudah memadai. begitu juga dengan lembu, satu bahagian sudah mencukupi. 2 bahagian atau 2 ekor kambing itu afdhal. Bukannya WAJIB!!!
Disember 3, 2008 at 7:02 am
ok..terima kasih..baru saya faham..
Disember 5, 2008 at 1:54 am
boleh ke sy nak buatkan aqiqah untuk anak sy,sedangkan saya belum buat aqiqah untuk diri sendiri..
Disember 7, 2008 at 4:44 am
boleh saja. Yg afdhal buat utk diri sendiri dahulu. kalau serentak pun boleh.Tapi kalau kewangan terhad, kemudian umur anak ialah 7 hari, maka buat utk anak afdhal.
Disember 9, 2008 at 2:43 am
assalamualaikum….
Saya ada sedikit kemusyikilan ttg binatang korban sembelihan. kakak saya telah menjlnkan ibadah korban ini. akan tatapi lembu trsbt telah dibelinya dgn duit sendiri ttp diniatkan bg arwah keluarga kami seramai 7 org. apa hukumnya? adakah niat korban nya itu memenuhi syarat? terima kasih, wassalam.
Disember 10, 2008 at 2:42 am
salam…
sy ade sedikit kemusykilan..
daging korban boleh yg tak habis dimakan..boleh ke diberi pada kucing atau binatang utk dimakan???
Disember 10, 2008 at 3:50 am
Assalamualaikum
Saya dan suami belum buat akikah.Anak perempuan kami berumr 10 bulan.Maknanya kami perlukan 4 bahagian lembu untuk akikah.Soalan..
Bolehkah kami bertiga memakan daging tersebut?
Apakah hukum sekiranya duit membeli daging tersebut adalah lebihan dari baki pinjaman untuk mengubahsuai rumah?
Terima kasih.
Disember 10, 2008 at 10:39 am
tatie,
Hukumnya Harus buat korban niat utk si mati. Tapi kalau diri sendiri belum buat, lebih baik buat utk diri sendiri dahulu kerana Nabi s.a.w. tak pernah buat korban utk isterinya Khadijah atau bapa saudaranya Hamzah Abdul Muttalib setelah kematian mereka.
Disember 10, 2008 at 10:47 am
Hajar,
Harus beri makan daging korban yg tak habis kpd kucing atau lain-lain binatang.
November 20, 2010 at 6:56 am
tp sy de tbace kat web lain ckp jgn sewenang2nye bg kat kucing mkn…..
mane yg betul ek…..
Disember 10, 2008 at 10:49 am
Yana,
Puan dan keluarga boleh makan daging akikah itu. Harus dan sah akikah yg puan buat dgn menggunakan duit lebihan pembiayaan perumahan itu.
wallahu a’lam.
Disember 14, 2008 at 12:08 am
apakah hukumnya menanam tulang-tulang atau sisa-sisa daging korban
Disember 14, 2008 at 4:18 am
fadli,
Tanam pun takpe, buang begitu shj pun takpe. Ingat! sisa bagi kita, jadi makanan utk makhluk lain…
Januari 22, 2009 at 3:59 am
Assalamualaikum…
Uztaz.. saya ingin bertanya.. boleh daging aqiqah saya sedekah mentah atau mmg wajib dimasak dahulu sblm disedekahkan..
Januari 22, 2009 at 6:40 am
Saya nak buat pertanyaa,boleh kah kita memeberi makan dagig aqiqah kepada ord kafir? Ada yang mengatakan boleh dan ada yang mengatakan haram.Mana yang betul?
Februari 8, 2009 at 3:24 pm
saya nk tanye…saya nak buat akikah utk anak saya iaitu 2 ekor kambing…boleh tak saya bagi daging tu selain fakir miskin..tetapi islam atau diharuskan bagi beberapa bahagian kepada fakir miskin.
terima kasih
Februari 9, 2009 at 5:21 am
mohd nazril,
Boleh.
Februari 9, 2009 at 5:26 am
dina Says:
Januari 22, 2009 at 6:40 am e
Saya nak buat pertanyaa,boleh kah kita memeberi makan dagig aqiqah kepada ord kafir? Ada yang mengatakan boleh dan ada yang mengatakan haram.Mana yang betul?
……………..
Jawapannya:
Dua2 betul kerana ianya merupakan ijtihad ulama’, termasuk dlm perkara khilaf dlm masalah yang furu’/cabang. Yang mengatakan haram itu ialah di sisi mazhab Syafie.
Februari 9, 2009 at 5:28 am
noraziah Says:
Januari 22, 2009 at 3:59 am e
Assalamualaikum…
Uztaz.. saya ingin bertanya.. boleh daging aqiqah saya sedekah mentah atau mmg wajib dimasak dahulu sblm disedekahkan..
………………….
jAWAPANNYA:
DAGING AQIQAH sunat dimasak, tidak wajib. Sedekah mentah pun sah. Pahalanya kurang.
Februari 13, 2009 at 7:40 am
berapa umur kambing untuk dijadikan akikah
Februari 17, 2009 at 7:11 am
ustaz,kalau seseorang perempuan itu berkahwin tetapi telah tiada dara, apakah perkahwinannya sah? sedangkan dalam borang nikah itu menyatakan butir diri bahawa pengantin adalah masih dara. di akhir zaman ini, tidak mustahil ramai gadis yang telah hilang maruahnya.
Februari 17, 2009 at 8:22 am
zamzuri Says:
Februari 13, 2009 at 7:40 am e
berapa umur kambing untuk dijadikan akikah
……………
Jawapan:
yang gugur gigi hadapannya dan sempurna umur 2 tahun, masuk tahun ketiga.
Februari 17, 2009 at 8:26 am
awien Says:
Februari 17, 2009 at 7:11 am e
ustaz,kalau seseorang perempuan itu berkahwin tetapi telah tiada dara, apakah perkahwinannya sah? sedangkan dalam borang nikah itu menyatakan butir diri bahawa pengantin adalah masih dara. di akhir zaman ini, tidak mustahil ramai gadis yang telah hilang maruahnya.
………………………….
Jawapan:
Setahu saya, tidak ada tuntutan dalam borang sama ada masih ada dara atau tiada. Yang ada ialah status sahaja sama ada bujang, duda , janda atau sudah berkahwin.
Kalau dia bohong sekalipun bahawa dia masih dara sedangkan sudah tiada dara, pekahwinan masih dikira sah sebab perkara itu tidak termasuk dalama SYARAT SAH NIKAH.
wallahu a’lam.
Februari 19, 2009 at 2:22 am
umur kambing 2 tahun tu, mengikut mazhab yang mana ustaz? ataupun ada hadis yang manyatakan demikian. saya minta tolong ustaz untuk dapatkan nas dari quraan ataupun hadis sebagai rujukan saya
Februari 19, 2009 at 2:45 am
zamzuri,
Hadis Nabi sallallahu alaihi wasallam sebut:
Maksudnya: “Jangan kamu menyembelih korban melainkan yang telah musinnah kecuali jika kamu sukar mendapatkannya, maka sembelihlah anak daripada biri-biri.”
(Hadis riwayat Muslim)
Adapun musinnah itu ialah ats-tsaniy (yang gugur gigi hadapannya) daripada binatang ternakan unta, lembu dan kambing. Maka ukuran umur bagi binatang aqiqah itu ialah:
a.Unta yang gugur gigi hadapannya ialah yang telah sempurna umurnya lima tahun dan masuk tahun keenam.
b.Lembu dan kambing yang gugur gigi hadapannya ialah yang telah sempurna umurnya dua tahun dan masuk tahun ketiga.
c. Manakala kambing biri-biri dan kibasy memadai yang berumur cukup satu tahun atau yang gugur gigi hadapannya walaupun belum cukup umurnya satu tahun dengan syarat telah melimpasi umurnya enam bulan. (Al-Majmu‘ 8/286-287 dan I‘anah ath-Thalibin 2/518)
Februari 19, 2009 at 2:52 am
zamzuri,
tambahan skit lagi, jawapan dlm mazhab syafie.
Februari 27, 2009 at 6:58 am
salam….saya telah bernazar untuk membuat aqiqah anak lelaki saya. boleh kah saya mengaqiqahkan sekali diri saya dan suami (mualaf/ saudara islam) dengan menggunakan seekor lembu. bolehkah suami dan anak saya makan daging tersebut? betulkah saya tidak boleh makan daging tersebut
Mac 3, 2009 at 10:12 am
Benar, orang yang bernazar haram memakan daging binatang sembelihan yg dinazarkannya. Suami dan anak puan boleh memakan daging aqiqah tersebut.
Mac 23, 2009 at 4:04 am
Saya pernah melaksanakan akikah untuk anak lelaki saya 2 tahun lalu dengan 1/7 bahagian. Kini saya ingin melaksanakan akikah untuk anak lelaki kedua saya 2/7 bahagaian bersama-sama dengan sepupu2nya menjadikan keseluruhannya 5/7. 2 bahagian lagi untuk majlis perkahwinan.Adakah ia dibolehkan daging akikah dan dan daging untuk majlis perkahwinan itu dimasak bersama2 dan diberi makan untuk majlis perkahwinan?. Adakah boleh saya menambahkah 1/7 bahagian lagi untuk anak lelaki saya yang sulung pada masa akan datang??
Mac 25, 2009 at 11:23 am
Lin Says:
Mac 23, 2009 at 4:04 am e
Saya pernah melaksanakan akikah untuk anak lelaki saya 2 tahun lalu dengan 1/7 bahagian. Kini saya ingin melaksanakan akikah untuk anak lelaki kedua saya 2/7 bahagaian bersama-sama dengan sepupu2nya menjadikan keseluruhannya 5/7. 2 bahagian lagi untuk majlis perkahwinan.Adakah ia dibolehkan daging akikah dan dan daging untuk majlis perkahwinan itu dimasak bersama2 dan diberi makan untuk majlis perkahwinan?. Adakah boleh saya menambahkah 1/7 bahagian lagi untuk anak lelaki saya yang sulung pada masa akan datang??
……………..
Jawapan:
Harus dimasak bersama daging akikah dan daging majlis perkahwinan.
Puan buat akikah utk anak lelaki bersekali dgn sepupunya baru jadi 4 bahagian. bukannya 5 bahagian. Kalau puan niatkan utk qadha’ 1 bahagian bagi anak lelaki terdahulu, itu tidak harus kerana akikah yg dahulu sudah sempurna walaupun dgn satu bahagian. Tidak perlu ditambah 1 bahagian lagi di lain waktu. 2 BAHAGIAN UTK ANAK LELAKI HUKUMNYA SUNAT, BUKANNYA WAJIB. Jadi, tidak perlu diulangi atau ditambah lagi pd masa akan datang. Sekiranya mampu, buatlah 2 bahagian. Kalau tidak, memadai dgn 1 bhgian shj.
April 2, 2009 at 7:48 am
ASSALAMMUALAIKUM…
saya ade 2 soalan:
1)bole tak kalo saya nk buat aqiqah dgn menggantikan seekor lembu untuk diri saya, suami saya dan ank saya yg berusia 1 tahun?
atau
2)bole tak kalo saya nk buat aqiqah dgn menggantikan seekor lembu untuk anak saya dan 2 orang anak buah saya?
April 3, 2009 at 2:27 am
Assalamualaiku,
Sekolah anak saya ada menganjurkan maulid dan menawarkan ibubapa yg ingin menyertai aqiqah. Jadi saya telah mengambil 2 bhgn lembu bg anak lelaki saya yg berumur 7 thn. Pihak sekolah yg menguruskan daging tersebut ( dimasak dan diberi mkn kepada kanak2 sek tersebut dlm majlis maulid ) dan memberi 2kg daging kepada kami..boleh ker?
April 9, 2009 at 8:04 am
boleh sahaja. Harus hukumnya.
April 16, 2009 at 9:17 am
Assalamualaikum,
Istri saya telah niat untuk aqiqah.
tetapi setelah melahirkan dia telah
meninggal/tiada.
wajibkah saya mengaqiqahkan istri saya?
April 23, 2009 at 7:11 am
tuan,
bolehkah tulang-tulang daging akikah ni di patah-patahkan, saya ada terbaca diman tulang -temulang ini tidak boleh dipatah-2kan..
April 23, 2009 at 9:35 am
andri Says:
April 16, 2009 at 9:17 am e
Assalamualaikum,
Istri saya telah niat untuk aqiqah.
tetapi setelah melahirkan dia telah
meninggal/tiada.
wajibkah saya mengaqiqahkan istri saya?
Balas
……………..
Jawapan:
Maaf, lambat jawab, soalan saudara terlepas pandang. HARUS DIINGAT HUKUM AKIKAH SUNAT MU’AKKADAH , BUKANNYA WAJIB. WALAUBAGAIMANAPUN, IA MENJADI WAJIB SEKIRANYA DINAZARKAN. SAUDARA KENA PASTIKAN SAMA ADA ARWAH SI ISTERI BERNAZAR ATAU TIDAK. KALAU SETAKAT BERNIAT UTK BUAT AKIKAH, MAKA HUKUMNYA SUNAT MU;AKKADAH. TIDAK BERDOSA SEKIRANYA TIDAK DILAKSANAKAN. LEBIH2 LAGI BELIAU TELAH MENINGGAL. YG DINAZARKAN SHJ WAJIB DILAKSANAKAN WALAUPUN SETELAH MENINGGAL.
April 29, 2009 at 8:07 am
SALAM..
SAYA INGIN BERTANYA BERKENAAN AKIKAH. SY MASIH KELIRU.
BOLEH TAK MERTUA SY INGIN MEMBUAT AKIKAH UTK 2ORANG ANAK LELAKI & 3 ANAK PEREMPUAN YG TELAH BALIGH (SUDAH BERKAHWIN)?
SEKIRANYA BOLEH, BERAPA BAHAGIAN YG PERLU DIAKIKAHKAN? SAMA ADA LEMBU ATAU PUN KAMBING?
ADAKAH BOLEH KELUARGA KAMI MENIKMATI DAGING AKIKAH TERSEBUT? BERAPA BAHAGIAN YG BOLEH DIMAKAN?..
SEKIAN, TERIMA KASIH..
HARAP DAPAT MEMBANTU
Mei 3, 2009 at 11:14 am
boleh. Kalau lembu, 2 bahagian utk lelaki dan 1 bahagian utk perempuan. Kalau tidak mampu, cukup 1 bhgian utk lelaki dan 1 bhgian utk perempuan.Kalau kambing, 2 ekor utk lelaki(sekiranya mampu), seekor utk perempuan.
Puan boleh makan daging akikah. seelok2nya dibahagikan 3, satu utk makan sendiri, satu utk fakir miskin, satu utk hadiah jiran2 yg kaya sebagaimana yg dinajurkan oleh ulama2 syafi’iyah.
Mei 3, 2009 at 2:54 am
Assalamualaikum,
adakah harus melaksanakan akikah untuk bayi yang hidup tak sampai 1 hari?hanya hidup 5 jam saja
Mei 3, 2009 at 11:17 am
kalau sudah meninggal, tidak harus lagi. Yg diketahui dari kitab2 fikah ialah sunat pd hari ketujuh. Kalau meninggal x sampai satu hari, maka gugur sunat mu’akkadah itu.
Mei 17, 2009 at 1:32 pm
Salam,
boleh kah daging aqiqah diedarkan ke luar kawasan. saya pernah mendengar ceramah di radio bahawa daging korban hanya boleh diedar kepada orang2 dan fakir miskin dikawasan korban dikorbankan. cth, sembelih korban di Klang, tak boleh edarkan daging korban ke Johor Baru.
Mei 18, 2009 at 9:43 am
memang disebut dlm kitab2 fikh khususnya as sayafi’iyyah bhw binatang akikah yg disembelih di satu2 negeri tidak boleh diagihkan keluar dari negeri itu.
Yang banyak orang buat sekarang ialah kirim duit utk buat akikah atau korban di luar negara. binatang yg disembelih akan diagihkan dagingnya di tempat atau negeri ia disembelih. Itu diHARUSkan oleh syarak.
Mei 18, 2009 at 12:47 pm
apakah jantina binatang yang hendak di korban/akikah? kebanyakkan/hampir semua korban yang saya lihat adalah jantan. adakah memang hanya jantina jantan yang boleh dikorban/akikah kan?
Mei 21, 2009 at 5:09 am
TIDAK DISYARATKAN BINATANG AKIKAH ITU MESTI JANTAN.
Jun 11, 2009 at 7:53 am
Assalamualaikum tuan,
(Soalan 1)
Saya pernah berniat untuk melaksanakan aqiqah (kenduri) dan mencukur rambut anak saya yg baru lahir setelah umurnya mencapai 7 hari setelah kelahiran(tidak pernah memberitahu kpd sesiapapun tentang niat tersebut tetapi pernah membincangkannya dgn isteri sebelum kelahiran)..namun, setelah genap umurnya 7 hari selepas kelahiran, saya tidak dapat melaksanakan tujuan tersebut atas beberapa masalah tertentu (iaitu tidak dapat membuat kenduri)….Apakah hukum yang jatuh ke atas saya dan apa yang perlu saya buat seterusnya?
Jun 11, 2009 at 9:58 am
Wa’alaikumussalam.
Kalau saudara bernazar, maka wajib laksanakan. Tp kalau sekadar azam shj, maka ia jadi sunat mu’akkad. Carilah tarikh yg berganda dari hari ketujuh tersebut. Umpamanya hari ke 14, 21, 28 dan seterusnya.
Walaubagaimanapun, menurut pendapat yg muktamad di sisi Mazhab Syafie, kalau saudara tidak buat akikah itu pd hari ke 7 kerana tidak mampu, maka gugur sunat mu’akkad. Kalau saudara tidak buat kerana ksibukan atau masa yg tidak sesuai, maka sunat mu’akkad tidak gugur.maka,bolehlah buat pd hari yg dicadangkan di atas.
Jun 13, 2009 at 8:43 pm
assalamualaikum
bolehkah seseorang melakukan ibadah akikah dengan cara berhutang?saya mendahulukan wang modal untuk ibadah itu kepada anak saudara yang sudahpun remaja,dalam tempoh tertentu beliau segera melunaskan nilai tersebut kepada saya.adakah hukum-hukum tertentu berkenaan tindakan tersebut?
Jun 15, 2009 at 3:20 am
wa alaikumussalam.
Pada pendapat muktamad di sisi mazhab Shafie, sunat mu’akkad akikah telah gugur kerana ketidakmampuan dari sudut kewangan. Ia menjadi sembelihan biasa dan tiada fadhilat akikah lagi.
Jun 17, 2009 at 5:22 am
salam..saya ingin bertanya saya ingin melkuakan ibadah aqikah untuk anak saya..tp mertua saya kata bapanya kena aqikah dulu sebelum mengaqiqah aanak saya betul ke?
Jun 21, 2009 at 8:48 am
Tak mengapa akikah anak dulu drp bapanya yg belum akikah. Kalau nak akikah anak yg memang belum lepas usia 7 hari, maka afdhal dahulukan anak drp akikah bapa.
Jun 23, 2009 at 7:28 am
apakah hukum akikah utk anak saya kalau saya buat pd hari raya haji akan dtg ni (27/11/09) dan pd ketika itu umurnya sudahpun 1 thn 8 bln?
sy tidak buat pd hari ke 7 kelahirannya kerana saya masih berpantang, tiada org yg hendak menguruskan akikah tersebut, kewangan pun tidak stabil pd ketika itu.
Jun 25, 2009 at 8:41 am
SEKIRANYA puan tidak dpt melaksanakannya hanya kerana tiada org yg boleh menguruskannya sedangkan kewangan ada, puan boleh laksanakan bila2 masa sahaja sebelum ia baligh. Tetapi sekiranya kemampuan kewangan tidak ada dlm tempoh 7 hari usianya, maka gugur sunat mu’akkad. Kalau dibuat juga, jadi sembelihan biasa dan tidak dinamakan akikah. Itulah yg muktamad di sisi mazhab Syafie(rujuk al iqna’, kifayatul akhyar dll). Adapun di sisi mazhab lain, sah akikah itu(rujuk fiqhus Sunnah sayed sabiq).
Jun 23, 2009 at 8:50 am
Saya berniat ingin melakukan aqiqah untuk anak perempuan (4 thn) & anak lelaki (8 bln) pada tahun hadapan 2010, adakah boleh saya membuat ansuran bulanan bayaran terhadap pembelian kambing..maksudnya bermula dr sekarang telah membuat ansuran dan sehingga tarikh yg ditetapkan telah habis bayaran. Adkah sah aqiqah yang akan dilakukan.
Bolehkah daging akikah digunakan untuk menjamu tetamu untuk kenduri majlis perkahwinan?
Jun 25, 2009 at 8:45 am
Sah akikah itu. Boleh jamu daging akikah utk tetamu kenduri kahwin tetapi haram mengambil wang (ngeler mengikut istilah melayu TRG) yg dihulurkan tetamu yg hadir sebagaimana amalan kenduri kahwin masyarakat Melayu.
Julai 2, 2009 at 8:09 am
masakan utk aqiqah adalah masakan yg mrkonsepkan manis2..so apakh masakan yg paling ideal tok dmsk semasa kenduri.. boleh beri sikit senarai masakan utk aqiqah.., sekian.., terima kasih..wassalam
Julai 9, 2009 at 6:21 am
minta maaf banyak2. saya bukan pakar masakan. kalau ada sesiapa yg boleh respon soalan ni.
November 25, 2009 at 4:12 am
Boleh masak kuzi sbb agak manis.selalunye utk customer2 saya, cadangkan masak kuzi.tapi ustad ramai je nak yg buat roasted lamb,ia x manis, bolehkan?
Julai 5, 2009 at 8:59 am
askum…
sya nk tnya camner nk tau beza nazar atau niat.. selepas bersalin anak kembar,da beberapa kali saya terfikir tuk buat akikah anak kembar sya.tp tiap kali tiba msa tuk,keadaan kewangan sya tak mngizinkan.
Julai 9, 2009 at 6:24 am
“beberapa kali terfikir..” saya kira puan hanya berazam/berniat. ia tidak dikira nazar kerana nazar memerlukan lafaz seperti “aku bernazar nak akikah anak yg akan lahir nanti”.
Julai 8, 2009 at 7:13 am
soalan.., adakah kita boleh mengeqahkan diri sendiri bersama2 anak2..?
Julai 9, 2009 at 6:25 am
Harus
Julai 8, 2009 at 9:55 am
soalan 1.., adakah kita boleh mengeqahkan diri sendiri bersama2 anak2..?
soalan 2.., masakan utk aqiqah adalah masakan yg mrkonsepkan manis2..so apakh masakan yg paling ideal tok dmsk semasa kenduri.. boleh beri sikit senarai masakan utk aqiqah.., sekian.., terima kasih..wassalam
Julai 9, 2009 at 8:38 am
soalan yg sama dgn no. 70 dan 72. TQ
Julai 12, 2009 at 5:43 pm
A’skum ustaz
Terima kasih atas jawapan2 yg telah byk membantu dlm saya mencari kemusykilan aqiqah ini namun begitu saya ada 2 soalan yg masih menggangu saya:
1. Bolehkah kami menerima wang yg diberikan oleh tetamu yg saya jemput hadir meraikan kenduri aqiqah ini?
2. Saya seorg suami namun begitu majlis aqiqah ini telah dirancang oleh isteri saya dan akan mengunakan wang beliau sepenuhnya tanpa dari saya oleh kerana saya masih tidak berkemampuan, adakah ianya dibolehkan?
Julai 16, 2009 at 8:45 am
jawapan soalan 1
Sesetengah ulama’ mengharamkannya kerana bukan tujuan asal kita buat akikah untuk terima duit. Sebab itu ada fatwa dari ulama’ alam jawi menyebutkan bahawa cara untuk elakkan dari amalan kebiasaan masyarakat melayu yang menerima duit tetamu yg datang kenduri kahwin ialah dengan melaksanakan akikah utk diberi makan kepada tetamu kenduri kawin. Kemudian hendaklah memberi tahu tetamu bahawa kita buat akikah. Memang sudah menjadi kebiasaan, apabila mereka tahu bahawa apabila kita buat akikah, maka ia bermakna tidak payah sumbangkan duit.
jawapan soalan 2
HARUS bagi saudara utk menggunakan wang isteri saudara dengan syarat dengan kerelaannya, bukan paksaan!!!
Julai 12, 2009 at 5:58 pm
Minta maaf ustaz hadir satu lg kemusykilan, utk pengetahuan ustaz isteri saya merupakan seorang saudara baru (mualaf) walaupun keseluruhan keluarga beliau telah memeluk islam namun beliau masih mempunyai makcik dan pakcik (bukan islam) yg berlainan agama yg bakal dijemput menghadiri majlis ini adakah menjadi salah jika mereka bersama2 menikmati daging aqiqah ini? Perlukah kami menyediakan hidangan yg berbeza utk santapan mereka?
Segala petunjuk dan ilmu yg ada dari ustaz amat2 diharapkan, terima kasih
Julai 16, 2009 at 8:53 am
Sebaiknya begitu sekiranya saudara berpegang kpd mazhab Syafie. Ada sebahagian ulama’ mengharuskannya atas alasan tiada dalil yang jelas mengharamkan orang bukan Islam memakan daging korban mahupun akikah. Ada pula yg mengharuskan hanya kepada kafir zimmi. Maknanya kafir harbi(yg jelas memerangi Islam)tetap haram.
Tapi Sekiranya saudara merasakan amat berat untuk melaksanakan pendapat Syafie, maka tidak mengapa saudara bertaqlidkan kpd pendapat yg membolehkan memberi daging akikah kpd bukan Islam dengan syarat ia kafir zimmi(yg tidak memerangi Islam).
Julai 14, 2009 at 1:33 pm
assalamualaikum ustaz,
saya ada pertanyaan tentang binatang yang boleh disembelih untuk ibadah akikah. ada yang mengatakan lembu tidak dibenarkan. adakah dalil yang mengesahkannya.
Julai 16, 2009 at 9:36 am
Lembu boleh dijadikan binatang akikah.Sila rujuk pd ruangan soaljawab agama.Ada jawapannya. Kesimpulannya, jelas hadis nabi s.a.w. menyebutkan boleh lembu dijadikan binatang akikah. Untuk pengetahuan, binatang korban dan akikah sama sahaja syaratnya.
Ogos 1, 2009 at 4:24 am
assalamualaikum ustaz
saya nak tanya,
akikah untuk anak perempuan sunat 1 ekor kambing, maknanye klu tiada kambing tapi buat kenduri akikah boleh ke.
bagaimana cara bernazar. apakah jenis nazar yang wajib tunai, samada niat dalm hati atau lafaz maka ianya menjadi sah dan wajib tunai.
Ogos 3, 2009 at 3:46 am
1.Akikah terlaksana dgn adanya binatang yg diakikahkan. Kalau tiada binatang akikah, bermakna ia menjadi kenduri kesyukuran. Tiada pahala fadhilat buat akikah. Kenduri akikah tidak semestinya dgn kambing. ia boleh dgn lembu, unta, biri2 dan seumpamanya.
2.Nazar hendaklah dgn lafaz seperti ” Kalau aku lulus exam, aku akan puasa.” Kalau tiada lafaz, ia tidak dinamakan nazar, Cuma azam sahaja. Nazar yg wajib tunai ialah yg tidak bercanggah dgn syarak. Biasanya dlm bentuk qurbah(amalan dekat diri dgn Allah) seperti puasa,sedekah, solat sunat, umrah dan seumpamanya.
Syarat Sah Nazar : i)org yg bernazar hendaklah Islam. ii)Baligh dan berakal(gila dan kanak2 tidak sah). Org Mabuk sah nazarnya. iii)Perkara yg dinazarkan hendaklah tidak bercanggah dgn syarak seperti “kalau aku lulus exam, aku nak pergi disco.”
Wallahu a’lam. Panjang sebenarnya bab Nazar. InsyaAllah ADA MASA kita buat artikel
Ogos 7, 2009 at 8:11 am
Assalamualaikum ustaz,
Saya ada satu kemusykilan,benarkah jika akikah tidak dilakukan sebelum anak itu akil baligh dan jika ditakdirkan anak itu meninggal dunia sebelum akil baligh anak itu tidak diiktiraf sebagai anak kita diakhirat kelak? Harap ustaz dapat memberi jawapan..terima kasih
Ogos 10, 2009 at 4:36 am
tidak benar sama sekali. Yang ada dlm hadis ialah,
Samirah, katanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Setiap anak itu digadaikan dengan aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuhnya, diberi nama dan dicukur kepalanya. (HR Ashabus Sunan).
Lagipun, hukumnya sepakat 4 mazhab sunat mu’akkad. Kalau sampai anak itu tidak diiktiraf di akhirat kelak, seolah2 kita telah melakukan dosa krn tidak buat akikah di dunia.
Ogos 12, 2009 at 1:02 am
assalamualaikum…
sy ingin bertanya.sy ingin membuat akikah kepada anak saya menggunakan daging lembu. soalnya, bolehkah sy membuat akikah berseorangan utk 1 bahagian sahaja. bermakna bahagian yg lain itu dijual oleh org yg sembelih lembu tersebut. terima kasih…
Ogos 12, 2009 at 3:16 am
Boleh.Harus hukumnya. Masalah ini ada disebut dlm kitab furu’ul masa’il karangan Syeikh Daud al Fathoni
Ogos 12, 2009 at 8:06 am
salam…
sy ade kemuskilan ttg mmberikan makanan aqiqah kpd org kafir. seperti jwpn ustaz ‘ikut mazhab Syafie adlh haram ttp sebahagian ulama’ mengharuskannya atas alasan tiada dalil yang jelas mengharamkan orang bukan Islam memakan daging korban mahupun akikah. Ada pula yg mengharuskan hanya kepada kafir zimmi. Maknanya kafir harbi(yg jelas memerangi Islam)tetap haram.’
mcm mana kita nak tau org kafir tue kafir harbi @zimmi?
Ogos 13, 2009 at 7:14 am
Kafir Harbi=orang2 kafir yg memerangi @ mengisytiharkan perang dgn org Islam. Manakala Kafir Zimmi = Orang kafir/bukan Islam yg bernaung di bawah kerajaan Islam dan patuh kpd undang2 kerajaan seperti membayar jizyah dsbnya.
Oktober 6, 2009 at 1:06 pm
Istilah Kafir Harbi:
1) “Harb” bermaksud “perang”, manakala Kafir Harbi adalah golongan Kuffar samada Kafir Kitabi (Yahudi & Nasrani) atau Kafir Musyrik (penyembah berhala seperti Hindu, Buddha, dll) yang menzahirkan permusuhan mereka terhadap Islam atau orang Islam (melalui peperangan atau penindasan atau penghapusan etnik Islam atau menghalang orang Islam dari menzahirkan syi’ar Islam seperti Solat, Haji, Puasa, Pembinaan Masjid, Azan, Pemakaian Tudung, dll).
Kafir Zimmi:-
1) “Zimmah” bermaksud perlindungan, manakala Kafir Zimmi menurut MAJORITI FUQAHA’ & ULAMA’ adalah golongan Kafir yang diberi perlindungan dari kalangan KAFIR KITABI (Yahudi & Nasrani) sahaja (termasuk Majusi) yang tinggal dibawah naungan / daulah negara (kerajaan) Islam yang patuh dengan hukum-hukum Islam SETELAH MEMBAYAR JIZYAH (cukai kepala) setiap tahun. Adapun Kafir Musyrik (penyembah berhala) tidak diterima Jizyah dari mereka melainkan Islam.
* Jizyah adalah CUKAI perlindungan yang dikutip dari kalangan Kafir Kitabi setiap tahun setelah mereka diperangi oleh Pemerintah Islam tetapi mereka enggan memeluk Islam, maka mereka dibenarkan tinggal di bawah naungan Pemerintah Islam tersebut dan mengamalkan agama Kitabiyah dengan syarat yg ketat & patut terhadap hukum Islam. Cukai ini memberi mereka perlindungan sebagai jaminan bahawa nyawa dan harta mereka selamat dan tidak ditumpahkan darah mereka selagi mana mereka patuh dgn hukum Islam yg ditetapkan iaitu:
1) Mereka dikenakan Hadd (hukuman hudud) jika mereka melakukan zina
2) Jika mereka berzina dgn wanita Islam negara tersebut maka perlindungan BATAL secara serta merta
3) Tidak boleh menzahirkan salib, babi ataupun arak melainkan di dalam rumah mereka atau tempat ibadat mereka
4) Tidak boleh melaungkan bunyi loceng gereja
5) Tidak boleh memukul/membunuh orang Islam
6) Tidak boleh membina gereja atau tempat ibadat Yahudi yang lebih tinggi dari bangunan orang Islam
7) Hanya boleh memperbaiki gereja lama, tidak boleh meninggikannya dan tidak boleh meluaskannya.
Wassalam.
Ogos 20, 2009 at 9:11 am
salam…..
saya ada 2 org anak seorang lelaki dan seorang perempuan…anak lelaki berumur 2thn 8bln dan anak perempuan berumur 1thn….saya ingin tahu berapa ekor kambing untuk anak2 saya nie?
Ogos 20, 2009 at 9:16 am
salam….ustaz
apa hukum kalau suami masih tak akikah? boleh ke kalau akikah suami dgn anak2 sekali?
Ogos 27, 2009 at 11:08 am
Assalammualaikum…
Saya ingin bertanya mengenai hukum aqiqah ini.
1. Adik saya ingin membuat aqiqah terhadap arwah suaminya yg semasa kecilnya tidak pernah membuat aqiqah. Apakah hukumnya?
2. Benar ke kalau seseotg itu tidak membuat aqiqah maka tidak blh membuat ibadah korban?(peru buat aqiqah dahulu kemudian korban)
3. Kesimpulannya, apakah hukum membuatkan ibadah aqiqah dan korban terhadap orang yang telah meninggal dunia?
Wassalam. terima kasih
September 6, 2009 at 5:22 am
Sunat di sisi mazhab Syafie, tetapi Imam Malik(mazhab Maliki)menyatakan tidak sunat.
2.Tidak benar. Sseorang yang belum buat akikah, boleh sahaja buat korban. Cuma yang afdhal ialah akikah diselesaikan terlebih dahulu. Maknanya ia merupakan masalah afdhaliat sahaja(yg mana lebih utama). Bukan masalah boleh atau tidak boleh.
3.Sama seperti no 1. Sunat hukumnya AKIKAH untuk orang mati. Adapun korban, ada dua pendapat dalam mazhab syafie. pendapat pertama mengatakan HARUS buat korban untuk si mati. Manakala pendapat kedua mengatakan Tidak Sah kecuali ada wasiat oleh si mati. Pendapat kedua menjadi pegangan majoriti ulama’ syafi’iyah.
September 1, 2009 at 1:59 am
salam,
saya ada kemusykilan. waktu anak-anak kecil, kami tidak berkemampuan untuk buat aqiqah. sekarang saya ingin buat aqiqah untuk mereka tapi masaalahnya suami berpendapat aqiqah tidak perlu dibuat kerana sunat muakkad, memadai dgn buat korban sahaja. Ada yg berpendapat aqiqah tetap perlu diteruskan walaupun anak-anak sudah besar kerana dianggap masih berhutang dgn Allah. Apa pendapat ustaz?
September 6, 2009 at 6:04 am
Soalan seumpama ini pernah ditanya. Jawapannya:
1.Pendapat muktamad di sisi mazhab Syafie ialah akikah tidak lagi menjadi sunat mu’akkad sekiranya saudari dan suami tidak berkemampuan ketika anak berusia 7 hari. Tetapi kalau mahu bertaklidkan kpd pendapat lain, maka jumhur ulama’ mengatakan harus akikah walaupun hari ketujuh sudah berlalu hatta kalau sudah dewasa sekalipun.
2.Kalau anak2 sudah besar dengan ertikata melepasi usia baligh, maka di sisi mazhab syafie, sunat bagi dirinya sendiri mengakikahkan. Tidak sunat bagi ibubapa @ walinya.
Oktober 11, 2009 at 2:51 pm
Salam,
saya ada sedikit kemuskilan ingin ditanya,
saya ada 3 orang anak lelaki, untuk buat akikah. betulkah perlukan 6 bahagian lembu atau 6 ekor kambing.?
jika saya ingin buat dengan lembu, dari jawapan yang sedia ada lembu punyai 7 bahagian, bolehkan saya gunakan yang 1 bahagian lagi untuk diri saya sendiri atau boleh dicampur dengan 1 ekor kamabing ?
mintak kepastian dari ustaz
terima kasih
November 3, 2009 at 12:25 am
SALAM,
Adalah sunat 2 bahagian utk setiap anak lelaki. Kalau mahu dan mampu, persilakan 6 bahagian lembu utk 3 anak lelaki saudara atau yang afdhalnya 6 ekor kambing. Anjuran itu bermaksud sunat, tidaklah wajib. maka kalau tak mampu, buatlah 3 bahagian lembu atau 3 ekor kambing. itu memadai.
Yang kedua, 1 bahagian lagi boleh digunakan untuk apa sahaja sama ada untuk akikah atau korban. Seeloknya, jangan dicampurkan bahagian lembu dan kambing. sudah memadai satu bahagian lembu utk saudara.
Oktober 12, 2009 at 2:59 am
assalamualaikum,
isteri sy ingin melaksanakan ibadah akikah tetapi tidak mahu membuat kenduri di rumah.daging akikah itu akan di berikan kepada sepupunya untuk kenduri perkahwinannya.adakah sah ibadah akikah itu?
November 3, 2009 at 1:19 am
wA’ALAIKUMUSSALAM
Jangan bimbang, sah ibadahnya. maaf, lambat respon. sibuk program kemasyarakatan.
Oktober 25, 2009 at 4:09 pm
Salam ustaz,
Saya ingin membuat aqiqah untuk 4 org anak perempuan, 1 org lelaki dan suami.
Persoalannya:
1) Duit untuk membeli lembu adalah dari pinjaman dari bank. Apakah hukumnya?
2) Cukupkah dengan seekor lembu, 4 bahagian perempuan, 2 bahagian untuk anak lelaki & 1 bahagian untuk suami.
November 3, 2009 at 1:57 am
1)akikah disunatkan kepada orang yang mampu. Sunat mu’akkadah nya gugur apabila tiada kemampuan. Maka akikah yang dibuat menjadi sembelihan biasa. Tiada fadhilat buat akikah padanya.Islam tidak membebankan seseorang melainkan dlm lingkungan kemampuannya.
2)Memadai insyaALLAH
Oktober 26, 2009 at 5:30 am
assalamualaikum ustaz..
saya ada beberapa soalan cni.
1. Saya bercadang untuk bantu ahli kuarga saya yang rata2nya belum melakukan akikah lagi untuk anak2 mereka berikutan kurang kemampuan kewangan.oleh yang demikian, bagi memastikan mereka saya mampu melakukan ibadah akikah@korban, maka saya telah membeli seekor lembu korban dengan harga semasa dan menjualnya semula dengan ahli kuarga saya dengan harga yang sangat murah berdasarkan kepada kemampuan diorang..tujuan saya buat suma ni, supaya mereka dapat menjalankan ibadah tersebut..soalan saya, adakah kaedah yang sy buat ini,dibolehkan dalam melakukan ibadah akikah ni??
2. Ada pendapat yang mengatakan bahawa, jika menggabungkan ibadah korban dan akikah, berkongsi keatas seekor lembu yang sama, hendaklah bhagian korban mesti melebihi bahagian akikah..spt 4 bhgian korban dan 3 bahagaian akikah…bhgian akikah tidak boleh melebihi ibadah korban..betul ke pendapat ni?
3. satu lagi yang memusykilkan saya adalah, pendapat yang mengatakan bahawa tidak boleh melakukan akikah@korban sekaligus 7 bahagian untuk 1 keluarga@adik beradik sahaja..maknanya mesti ada disertai sekurang2nya 2 bahagian dari org luar(yang tidak mempunyai pertalian kuarga)..bleh ustaz bagi komen ckit…
November 3, 2009 at 3:00 am
1)SAH AKIKAH ITU DAN INSYA ALLAH SAUDARA MENDAPAT GANJARAN PAHALA YG SGT BESAR KRN MENOLONG SAUDARA YG SUSAH UTK MELAKUKAN IBADAH AKIKAH.
2)Ya memang benar ada pendapat itu tetapi ia bukan syarat sah atau suatu kewajipan dlm melaksanakan korban mahupun akikah. Cuma anjuran ulama2 shj. Nabi pun tidak pernah sebut.
3)Setakat yang saya baca drp kitab2 antaranya Fiqhul Manhaji, Sabila Muhtadi, Furu’ul Masa’il, Fathul Mu’in dan Mu’inul Mubin, tiada disebut masalah itu. Mungkin drp kitab2 lain. Belum sempat saya telaah Kitab Majmuk AnNawawi. InsyaAllah
November 19, 2009 at 2:44 am
sambungan jawapan soalan 3:
Telah saya ajukan soalan saudara kpd salah seorang tok guru fekah saya, katanya dlm kitab2 fikah yg besar2 pun tak ada sebut masalah itu.
Saya beranggapan pendapat itu tidak benar kerana tiada dalil syar’ie yg menyuruh kita berbuat demikian.
Oktober 30, 2009 at 4:56 am
saya punya anak laki2 baru lahir pada hari minggu dini hari jam 00.27 hari ketujuh jatuh hari apa? rambut bayi kan harus dicukur trus siapa yang berhak mencukur?
November 19, 2009 at 3:11 am
Kata Syeikh Muhammad Arsyad al Banjari;
“Hendaklah menyembelih akikah itu pada hari yang ketujuh daripada hari wiladah, dan masuklah hari wiladah itu di dalam bilangan. Tetapi jika beranak ia pada malam, maka tiadalah masuk malam itu pada bilangan dan hendaklah dimulai bilangan itu daripada hari yang mengiringi dia…(m/s 233 sabila muhtadin juzuk kedua)”.
jawapan soalan kedua:
Orang yg paling berhak mencukur rambut nya ialah bapanya. kemudian, afdhal juga diminta orang2 soleh seperti ulama’,kiyai, pak imam dan lain2.
November 1, 2009 at 6:14 am
Salam Uztaz,
1)Saya nak tanya ustaz,daging yang kita akikah tu kena masak sendiri atau boleh tak kita upah orang lain yg masak dan kemudian disedekahkan fakir miskin??sbb nak masak kambing bukan semua orang tau nak mengerjakannya.
2)Bagaimana kita hendak mengerjakkan ibadah Akikah?contoh macam niat sahaja atau membuat majlis?
Tq ustaz.
November 19, 2009 at 3:15 am
1)Kalau pandai masak kambing, maka afdhal masak sendiri. Kalau tidak, bolehlah diupah orang yg pandai.
2)Sunat daging akikah yg telah dimasak diagihkan sendiri kpd fakir miskin, jiran tetangga dan kaum keluarga. Tetapi harus/boleh juga dibuat majlis kenduri akikah. Yg afdhal, agih sendiri tanpa buta majlis makan di rumah.
November 18, 2009 at 4:12 am
saya ada membeli seekor lembu untuk untuk dibuat akikah untuk anak lelaki saya yg berumur 7 bulan pada raya haji nanti.
seorang rakan saya ingin berkongsi mengakikahkan anak lelakinya bersama-sama dengan anak saya nanti.
tetapi masalah nya sekarang, majlis akikah tersebut akan dijalan di kampung saya di kedah. (sekarang saya dan rakan menetap di k.l). kemungkinan besar, rakan saya tidak dapat hadir di majlis tersebut.
soalan saya ialah.. boleh kah, akikah anaknya, di wakilkan kepada saya sahaja?
terima kasih
November 19, 2009 at 3:18 am
Boleh/diharuskan. ambil nama anak lelakinya dan serahkan kpd tukang sembelih sebagai menyempurnakan wakalah.
November 19, 2009 at 3:24 am
salam uztaz.
sy ada kemusykilan. ada yg mengatakan, 1/4 dr daging akikah adalah utk disedekahkan, dan 3/4 utk dibuat kenduri.
apa pendapat ustaz? boleh ustaz jelaskan dr segi pembahagian daging akikah ini?
terima kasih.
Disember 6, 2009 at 8:25 am
Tidak ada perintah dari nabi agihan sebegitu. Daging akikah sunat diagihkan dalam keadaan sudah dimasak. tetapi sah kalau agih daging mentah. Nak buat kenduri pun tak apa. 1/4 dan 3/4 yg disebutkan itu hanya contoh sahaja, panduan bagi org yg mahu buat kenduri dgn daging akikah. Yg disebut jelas ialah berkaitan daging korban sbgaimana dlm ayat berikut “Maka makanlah daripadanya dan beri makanlah kepada orang-orang yang sangat fakir”. (Surah Al-Hajj: 28).
November 25, 2009 at 4:31 am
Salam ustad,
saya dari event company byk handle akikah deco-buai, makan , canopy etc.
saya nak check, slalunya kami dapatkan nama baby & nama bapak n bagi dekat tukang sembelih n dia sembelih dgn niat akikah atas nama baby tuh. Bolehke?saya x sure kena salam ke/bapak baby tuh kena pegi sendiri kat tempat penyembelihan ke? Boleh x kalau tukang sembelih tuh sembelih je & niatkan akikah tuh utk baby tuh.kena ada mewakilkan atau mcm mana prosedure nye?
Lagi satu, saya ada dengar x perlu ada marhaban. Kalau buat marhaban, bacaan yasin, tazkirah atau bernasyid apa hukum nye?Kalau niat tuh sbenarnye utk meraikan baby/ bersyukur atas kelahiran & nak baby dengar ayat2/selawat.Sorry panjang sgt..hehe.terima kasih
Disember 6, 2009 at 8:30 am
Jawapan Soalan 1: Sah sebagaimana yg dilakukan. Ini masuk dlm bab wakalah. Sila baca artikel di bwh label FIQH : IBADAH KORBAN DAN HUKUM YANG BERKIATAN DENGANNYA=BAB WAKALAH.
Jawapan Soalan 2: Tidak ada acara sebegitu di zaman Nabi tetapi hukumnya Harus. Ia termasuk dlm dlm Bid’ah yg Mubah. jangan iktiqad acara itu sunnah nabi atau hukum wajib. Kalau tidak, ia akan bertukar menjadi BId’ah yg HARAM!!!
November 25, 2009 at 4:35 am
Salam ustad,
saya dari make a wish event mgmt services byk buat akikah deco-buai, makan , canopy etc.
saya nak check, slalunya kami dapatkan nama baby & nama bapak n bagi dekat tukang sembelih n dia sembelih dgn niat akikah atas nama baby tuh. Bolehke?saya x sure kena salam ke/bapak baby tuh kena pegi sendiri kat tempat penyembelihan ke? Boleh x kalau tukang sembelih tuh sembelih je & niatkan akikah tuh utk baby tuh.kena ada mewakilkan atau mcm mana prosedure nye?
Lagi satu, saya ada dengar x perlu ada marhaban. Kalau buat marhaban, bacaan yasin, tazkirah atau bernasyid apa hukum nye?Kalau niat tuh sbenarnye utk meraikan baby/ bersyukur atas kelahiran & nak baby dengar ayat2/selawat.Sorry panjang sgt..hehe.terima kasih
November 29, 2009 at 11:40 am
Assalamualaikum ustaz,
1)sy ada ank angkat yg tak sah tarafnya. bagaimana nk menguruskan akikah ank tsb? bole ke sy suruh org lain menguruskannya termasuk memasak dan sy cuma mengagih2kan masakan tsb? sy tidak bercadang membuat kenduri di rumah, adakah mencukur rambut itu salah satu syaratnya? kalu x cukur rambut, adakah sah akikah tsb?
2) kalu x buat akikah ini tpi terus buat korban bersama dgn keluarga sy, adakah dibole kan? skian, tima kasih
Disember 6, 2009 at 8:56 am
1)Boleh serahkan urusan itu kpd org lain. Mencukur rambut adalah sebahagian dari sunnah nabi apabila masuk hari ketujuh. Kalau hari akikah berbetulan pd hari ketujuh kelahiran, maka sunat kita cukur rambut bayi itu. tetapi hendaklah kesemuanya. Tidak dapat fadhilat ikut sunnah nabi sekiranya dicukur sebahagian shj rambut bayi itu. Akikah tanpa cukur rambut masih sah.
2)X buat akikah tp buat korban pun boleh juga. Buatlah akikah pd masa yg lain bila mampu dan ada kelapangan selagi Kanak2 itu belum baligh.
November 30, 2009 at 7:35 am
Salam Ustaz,
Saya telah kehilangan anak semasa dilahirkan seramai 3 orang(kembar 3). dan pada hari raya korban baru-baru ini saya telah melakukan akikah iaitu 3 bahagian lembu dan saya mempunyai beberapa kemusykilan berkaitan dengan akikah iaitu:-
1. Daging akikah tersebut telah dimasak dan dijamu kepada orang ramai manakala ada sedikit daging mentah yang saya perolehi itu diagihkan kepada orang ramai atau perlu juga dimasak terlebih dahulu?
2. Saya masih belum ‘akikah’ lagi sejak kecil dan apakah hukumnya sekiranya semua anak-anak telah diakikahkan melangkaui saya?Ini kerana saya berpendapat saya mahu melaksanakan akikah untuk diri sendiri menggunakan wang sendiri tanpa menggunakan wang suami?
3. Ada pendapat mengatakan kalau wanita atau lelaki yang (akil baligh) tidak perlu akikah memadai melakukan ibadah korban sahaja?
terima kasih atas bantuan Ustaz
Disember 6, 2009 at 9:02 am
maaf kpd semua pembaca krn lama x jawap soalan akibat musibah kemalangan pd raya ke 3 baru2 ni.
1.Tak mengapa kalau nak agihkan secara mentah. Masak lebih afdhal.
2.tidak mengapa anak diakikahkan terlebih dahulu. Ada kemampuan dan kelapangan, boleh buat akikah utk diri sendiri lain kali.
3.Lelaki atau wanita yg sudah baligh tidak sunat lagi diakikahkan oleh walinya(ibubaba atau penjaga). Tetapi masih lagi sunat bagi diri mereka sendiri buat akikah dengan harta sendiri.
Disember 1, 2009 at 8:09 am
Salam,
Saya ada kemusykilan tentang akikah…saya da terbaca syarat akikah; kambing disembelih ketika matahari naik..bagaimana jika penyembelihan kambing tu dilakukan pada selepas asar?
Disember 6, 2009 at 9:07 am
tiada syarat kambing mesti disembelih ketika matahari naik. selepas asar pun tidak mengapa. Cuma makruh sembelih waktu malam kerana dibimbangi tidak sempurna penyembelihan atau berlaku kecederaan kepada penyembelih atau yg menolong.
Yg ada syarat waktu sembelih ialah binatang Korban. Mula waktu korban ialah selepas naik matahari 10 Zulhijjah selepas solat raya aidil adha hinggalah habis waktu asar(tenggelam matahari) hari tasyrik ketiga iaitu 13 Zulhijjah.
Disember 2, 2009 at 10:50 am
assalamualaikum uztaz ..
sy ade kemuskilan ..sy ingin melakukan aqiqah untuk diri saya tetapi ank sepupu sy juga ingin melakukannye (anak nya 2 org lelaki berumo dlm lingkungan 3-5 thun)..bole kah sy berkongsi seekor lembu / kambing dgan mereka ???
Disember 6, 2009 at 9:13 am
Boleh berkongsi lembu kerana lembu boleh dibahagikan kpd 7 bahagian. Tetapi tidak boleh kongsi seekor kambing utk 3 org. seekor kambing hanya utk seorang sahaja. Kalau lembu, saudari boleh ambil satu bahagian, 4 bahagian(afdhal) lagi utk 2 org sepupu lelaki, 2 bahagian lagi boleh ditawarkan kpd sesiapa shj yg nak beli daging tersebut ataupun utk akikah og lain.
Disember 29, 2009 at 5:34 am
salam.soalan saya apakah hukumnya semasa majlis aqiqah dilakukan upacara gunting rambut bayi sedikit tetapi bukan bercukur sepenuhnya? ini kerana menurut pemahaman saya qaza yang dilarang rasullullah s.a.w. adalah mencukur bertompok-tompok kepada kepala baby. wallahhualam.
Disember 29, 2009 at 5:45 am
salam. Ikutlah Rasulullah dlm apa jua amalan Islam. Rasulullah bertindak mencukur keseluruhan rambut bayi, bukannya separuh, setompok, jambul shj dan sebagainya. Kalau kita rasa sukar utk selesaikan cukur keseluruhan rambut dlm majlis, maka cukurlah kesemuanya selepas majlis berakhir.
Wallahu a’lam.
Disember 30, 2009 at 12:24 pm
salam.maaf nak tanya sekali lagi. kalau begitu maksud tuan pekerjaan menggunting sedikit jambul/rambut ini bukan lah qaza yang dilarang rasullullah s.a.w.?
Disember 31, 2009 at 5:14 am
Hadis tentang sebagaimana di bawah:
قَوْله : ( أَخْبَرَنِي عُمَر بْن نَافِع عَنْ أَبِيهِ عَنْ اِبْن عُمَر أَنَّ النَّبِيّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ الْقَزَع . قُلْت لِنَافِعِ : وَمَا الْقَزَع ؟ قَالَ : يُحْلَق بَعْض رَأْس الصَّبِيّ وَيُتْرَك بَعْض )
Hadis riwayat Umar bin Nafi’daripada ayahnya, daripada Ibn Umar r.a. berkata bahawa Nabi s.a.w. melarang qaza’. Lalu Ubaidillah(org yg mendengar hadis drp Nafi’) bertanya kpd Nafi’, apa itu qaza’? Lalu Nafi’ berkata, ” Dicukur sebhgian kepala bayi, dan ditnggalkan sbhgian (rambut).”
HUKUMNYA
Pertama, Nabi menyebutkan dlm hadis ini baginda melarang qaza’. Larangan tersebut dalam bentuk Makruh Tanzih.Imam Nawawi dlm syarah muslim menyebutkan bahawa jawapan yg diberikan kemudian itu daripada Nafi’, bukannya Nabi s.a.w. Ia tafsiran dari Nafi’ atau Ubaidillah(orang yg meriwayatkan hadis).
Tambah Imam Nawawi lagi, ada sebhgian ulama’ berpendapat maksud qaza’ ialah cukur rambut secara terpisah2(bertompok2). Inilah yg saudara Asri maksudkan. Tapi yang asoh(lebih sohih) kata An Nawawi ialah pendapat pertama, kerana ia merupakan tafsiran periwayat hadis, dan tidak bercanggah dgn maksud zohir hadis. Dan wajib beramal dengannya, dan ulama telah ijmak bahawa makruh melakukan qaza’ sekiranya ia bertompok2, kecuali dgn tujuan perubatan(seperti berbekam di kepala-huraian penulis)dan seumpamanya.
Imam Nawawi juga menambah lagi bahawa di sisi mazhab syafie, hukumnya makruh secara mutlak baik untuk lelaki mahupun perempuan.
Januari 3, 2010 at 8:50 am
Boleh kah jika saya sekalikan puasa nazar dan puasa ganti untuk tahun lepas (2009)ke tahun ini…2010?atau puasa nazar dan puasa ganti tidak boleh de sekalikan..sekian, terima kasih
Januari 3, 2010 at 10:25 am
Salam, Gee.
Tidak boleh sekalikan puasa ganti dan nazar.
Januari 3, 2010 at 1:09 pm
Assalamualaikum….
Saya nak bertanya adakah saya perlu mandi nifas jika saya melakukan D&C keguguran semasa kandungan berusia 7 minggu?Adakah saya boleh bersolat tanpa perlu mandi nifas.Ini kerana saya pernah membaca satu forum bahawa jika kandungan berusia 7 minggu tidak di perlukan mandi nifas kerana ia hanyalah darah penyakit dan belum cukup sifat…harap pihak tuan dapat menjawab segala kemusyikilan saya ini. sekian terima kasih.
Januari 11, 2010 at 4:24 am
Hukum yg berkaitan dgn keguguran sama dgn hukum nifas walau berapa minggu sekalipun. Inilah yg muktamad dlm mazhab Syafie.
Apabila seseorang perempuan melahirkan bayi yang mati atau seketul daging sama ada berbentuk manusia atau tidak, dan bidan menyatakan itu adalah daging manusia(janin), maka sabitlah hukum nifas ke atasnya. Ulama Mazhab Hambali pun sependapat dgn Syafie dlm masalah ini.
Adapun pendapat yg saudari baca dlm forum itu merupakan pendapat mazhab Hanafi kerana mereka berpendapat anak yg gugur yg nyata sebahagian tubuhnya seperti kelihatan tangan, kaki, jari,atau kukunya barulah dikira bernifas.Jika tidak nyata kejadiannya, (kurang drp 120 hari)maka ia tidak dikira bernifas.
Januari 4, 2010 at 1:10 pm
Assalammualaiku………
saya nak bertanyakan beberapa soalan mengenai akikah…
1)saya ingin mmbuat akikah anak saya dan pada hr yg sama adik ipar saya melangsungkan majlis akad nikah.bbrp pihak menyatakan haram jika melakukan pd hr yg sama.apakah hukumnya?
2)pada majlis perkahwinan adik ipar sy,majlis akikah berlangsung juga,bapa mertua sy menyatakan bahawa daging akikah yg telah dimasak tidak perlu diletakkan dihadapan sebaliknya didapur sahaja…alasannya org ramai yg hadir tak mkn daging kambing dan ramai menghidap darah tinggi.soalannya jika lauk akikah tak habis dimakan apakah yg perlu sy buat?
3)benarkah semasa potong jambul bapa kepada bayi tersebut tidak elok memegang anaknya kerana yg berada disekeliling adalah perempuan.
Januari 11, 2010 at 4:32 am
1)HARUS hukumnya. Tiada dalil yg mengharamkannya. Sila nyatakan sebab kenapa ada pihak yg menyatakannya haram.
2)Boleh diagihkan kpd jiran2 khususnya yg miskin. Boleh juga dihadiahkan kpd orang2 kaya.
3)Kenapa pula perempuan yg berada di sekeliling? Seeloknya lah kalau majlis akikah dan cukur rambut dikendalikan sepenuhnya oleh perempuan, maka perempuan jugalah yg mendokong bayi itu. Tetapi kalau yg hadir itu semuanya mahram kepada si bapa bayi, maka tidak ada sebab utk menghalang si bapa daripada memegang anaknya bahkan itulah yg afdhal.
Januari 12, 2010 at 4:05 pm
4)majlis akikah ini diuruskan oleh bapak mertua saya….dan pada hari yg sama berlangsungnya majlis potong jsmbul & perkahwinan.yg merisaukan saya adalah…bapa mertua saya ini mempunyai niat ingin menunjukkan kepada org kampung…bahawa beliau dapat melakukan pelbagai majlis dalam 1 masa ini disebabkan org kampung tidak menyukainya.persoalannya adakah akikah itu sah dilakukan.
5)
Januari 12, 2010 at 4:06 pm
4)majlis akikah ini diuruskan oleh bapak mertua saya….dan pada hari yg sama berlangsungnya majlis potong jsmbul & perkahwinan.yg merisaukan saya adalah…bapa mertua saya ini mempunyai niat ingin menunjukkan kepada org kampung…bahawa beliau dapat melakukan pelbagai majlis dalam 1 masa ini disebabkan org kampung tidak menyukainya.persoalannya adakah akikah itu sah dilakukan.
Januari 14, 2010 at 10:06 am
InsyaAllah sah. Adapun niat bapa puan itu hanya Allah yg tahu. Kalau dia menzahirkan niat itu dgn menyebutnya, maka dia tidak mendapat sebarang pahala bahkan berdosa kerana ingin menunjuk2.Ini termasuk dlm dosa Riya’. Na’uzubillah.
Setiap ibadah yg dilakukan hendaklah kerana Allah. Ibadah aqiqah merupakan suatu manifestasi qurbah krn Allah(mendekatkan diri kpd Allah). Kalau benarlah ada niat begitu, maka ia akan menyebabkan bapa puan makin jauh dari Allah.
Cubalah nasihat dgn cara terbaik. Cari org yg bapa puan segan utk nasihatkan dia.
Kalau tidak mampu, bersabarlah dan berdoalah agar Allah buka pintu hati.
Februari 8, 2010 at 1:51 pm
Asalammuailaikum, saya ingin bertanya boleh kah aqiqah dilaksannakan utk ank luar nikah? Jika Ya, bila daging kambing itu disembeleh kan harus kah nama nya di binte kan Abdullah.
Februari 11, 2010 at 6:14 pm
soalan ini pernah dijawab. Jawapannya dibolehkan. Ada Ulama’ yang memakruhkannya kerana ia boleh menimbulkan aib kepada si ibu.
Harus namanya dibintikan kpd Abdullah.
Februari 15, 2010 at 10:28 am
assalamualaikum ustaz…
saya ingin kepastian, abang saya ingin membuat korban pada tahun ini… adakah saya boleh membuat akikah pada daging korban tersebut untuk ank saya… dan bolehkah daging tersebut dimasak untk majlis perkahwinan dan apakah hukumnya. sekian..
Februari 18, 2010 at 3:32 am
Akikah dan Korban pada daging yang sama tidak dibolehkan. Yang diHARUSkan di sisi syara’ ialah diBOLEHkan buat korban dan akikah pada lembu yg sama tapi bahagian yang berbeza.
HARUS hukumnya daging korban dimasak utk majlis perkahwinan tetapi jangan diambil duit daripada tetamu/jemputan. Yang afdhal tetap diberi mentah kpd fakir miskin, dan sebahagian kecil dihadiahkan kpd orang kaya.
Februari 22, 2010 at 6:42 am
Salam
saya igin bertanya,saya ingin mambuat akikah untuk anak saya,adakah daging akikah itu perlu di masak ke semua nya,dan boleh kah kalau saya menyimpan daging yang blum dimasak itu..
Februari 23, 2010 at 8:06 am
Sunat dimasak kesemuanya. Dibolehkan utk menyimpan daging yg belum dimasak.
Februari 25, 2010 at 2:36 am
Salam ustaz, saya ingin bertnya..
saya mafhum akan aqiqah sunnat dilakukan. 2ekor kmbing bgi anak lelaki manakala seekor bagi anak perempuan. Saya nk tnye, ape special nye anak lelaki diaqiqahkan 2 kambing (klw seekor pon tk jadi amsalah sbb ianya hanya sunnat saja) cume saya musykil, nk tau kenapa anak llki 2 ekor kmbing sedangkan anak perempuan seekor sahaja.. mungkin ustaz boleh terangkan sedikit? Syukran..
April 26, 2010 at 10:37 am
Lelaki tanggungjawabnya berat. Ia menjadi ketua keluarga. الرجال قوامون على النساء
Mac 3, 2010 at 3:15 pm
assalamualaikum ustadz..
saya ingin bertanya, benarkah yang mengakikahkan harus dari si bapak, kalaupun istri/keluarga ingin membantu dari biaya harus diberikan kepada si bapak terlebih dahulu?
terimakasih atas jawabannya ustadz..
April 26, 2010 at 10:32 am
kalau ada yg mahu biaya tidak mengapa. Cuma tidak afdhal. sah tetap sah.
Mac 14, 2010 at 4:23 pm
salam…..
ustaz saya nak tanya….
sekiranya majlis cukur jambul diadakan…dan dihadiri oleh kaum lelaki…apakah hukumnya sekiranya si ibu memegang anaknya ketika cukur jambul..ada pihak mengatakan tiada salahnya
Mac 15, 2010 at 9:39 am
Kalau semuanya mahram, maka tidak mengapa si ibu yg memegang bayi tersebut.
Mac 29, 2010 at 9:45 am
sekiranya bkn mahram….apakah hkm nya….patutkah si ibu yg memegang anaknya itu…..saya was2
Mac 30, 2010 at 5:21 am
Elakkan. Itu yg terbaik. Ia bertujuan utk elakkan ikhtilat(percampuran antara perempuan dan lelaki yg bukan mahram.
Hukumnya Makruh
April 13, 2010 at 12:11 am
Assalammualaikum……..
Saya mempunyai masalah dengan ibu saya…..saya sering kali bergaduh disebabkan masalah org lain…..
antaranya……ibu saya terlalu mempercayai orang lain dari anak sendiri…..,setiap kali bergaduh mulut ibu saya akan bercakap yg bukan2 serta mendoakan anak dgn perkara yg x baik….sedih melihat ibu dgn perangainya….
soalan saya…….
1)adakah berdosa menegur ibu?
2)apakah balasan yg sy akan dapat….
3)apakah cara yg baik untuk mengatasi
perkara sebegini supaya tidak menjadi perkara yg bukan2
4)apakah keampunan sy diterima kelak
April 26, 2010 at 10:49 am
Tegurlah ibu saudari dgn cara terbaik agar tidak mengecilkan hatinya. Biarlah kita korbankan hati kita sementara ibu masih ada. Terlalu berat dosanya menyakiti hati ibu walaupun dia yang salah.
jAWAPAN kpd soalan2:
1.Tak salah tegur ibu tapi dgn cara yg terbaik. Jgn tinggi suara, jgn buat ibu kecil hati walaupun dgn tingkahlaku sahaja, tanpa suara. Kalau dah tau ibu akan bertengkar dgn kita kalau ditegur, lebih baik dgn cara tunjuk teladan yg baik. Tegur kesalahan ibu dgn cara menegur org lain yg lebih muda dari kita kalau kesalahannya sama. Mudah2an kalau ibu lihat, terdetik di hatinya utk berubah. Berdoa byk2. Jgn tegur kesalahan yg tiada sangkut paut dgn syariat.
2)Ibu yg berkecil hati akibat teguran kita yg menyakitkan hatinya merupakan satu dosa. Derhaka namanya. Kalau berkata ‘uff’ pun dikira berhaka…Inikan pula berbalah….
3)Cuba lihat dlm diri sendiri, ada tak kelemahan pd diri kita yg tidak disedari. Cuba baiki dahulu..Semua org lakukan kesalahan dan kesilapan. Bertaubat ubatnya. Maafkan salah org pada kita, minta ampun dari Tuhan dan minta maaf dari manusia yg kita buat salah terutamanya ibu kita utk keberkatan hidup dunia akhirat.
4)ALLAH MAHA PENGAMPUN WALAU DOSA SEBANYAK BUIH DILAUTAN. DOSA DGN MANUSIA HENDAKLAH DILANGSAIKAN DGN MANUSIA, KERANA ITU SYARAT ALLAH AMPUNKAN DOSA KITA DGN MANUSIA. DOSA DGN ALLAH BILA2 MASA ALLAH BOLEH AMPUNKAN JIKA KITA BERTAUBAT NASUHA..
WALLAHU A’LAM
April 15, 2010 at 9:42 pm
assalamualaikum….ustaz…sya tlh mngandung sblm brkhwin..dan skrg ank itu tlah lahir..blhka sya buat kenduri akikah utk ank saya?
lagi satu apa kah yg diperlukan utk kenduri tersebut…dan boleh ka sy mmnghidang kan masakn lain selain daripada kmbing yg dijdkan korban tetapi sedekahkan saja dlm keadaan mentah
April 26, 2010 at 10:52 am
Boleh sahaja tapi jgn dihebohkan sekiranya mendatangkan fitnah. Harus hukumnya agihkan daging akikah dlm keadaan mentah tetapi seeloknya biarlah dimasak. Tak mengapa kalau ingin hidangkan masakan lain asalkan ada binatang yg diakikahkan sebagai syarat sah akikah itu
April 21, 2010 at 12:54 pm
Assalamulaikum tuan,
saya mempunyai seorang anak saudara lelaki yg berumur 7 bln skg dan saya ingin membuat aqiqah utk beliau ttp ank saudara saya ank luar nikah dan boleh ker saya sebagai bapa saudara melakukan aqiqah tersebut???? tertanya2…..
April 26, 2010 at 11:02 am
Kalau riz yang membela anak saudara itu, maka riz lah sebagai walinya/penjaganya. Sah akikah yg dibuat dan boleh sahaja riz akikahkan dia
Mei 8, 2010 at 3:21 am
asakum nak tanya ustaz.saya nak akikah menggunakan se ekur lembu betina,bagi 7 bahagian..masaalah saya,saya ada se ekur lagi lembu yang cukup umurnya tapi cacat.lembu cacat ini saya hendak sembeleh dan nak masak bersama dengan lembu kurban tadi bagi menambahkan hidangan kenduri ..bolihkah ustaz.
Mei 16, 2010 at 9:07 am
salam buat abu bakar,
Boleh saja.Harus hukumnya.Asal jangan niatkan lembu cacat tadi sebagai lembu akikah atau kurban
Mei 8, 2010 at 3:24 am
maaf ustaz. maksud saya lembu cacat tadi di masak bersama dengan lembu yang di niatkan akikah tadi.
Mei 13, 2010 at 9:00 am
Salam ustaz….saya nak bertanya,boleh atau tidak bagi seseorang memakan daging binatang yang diakikahkan untuknya…
Mei 24, 2010 at 8:42 am
boleh.
Mei 18, 2010 at 3:57 am
Askm…sy ingin bertanya…
Saya akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Masalahnya keluarga saya ingin mengadakan akikah utk kakak, abg2 saya dan saya yg belum buat akikah semasa kecil tetapi menggunakan duit hantaran saya(bukannya duit mas kahwin saya ye)serta menggunakan duit yg emak saya pinjam dari saudara (ibu saya ada sawah padi tapi diberikan kepada saudara utk membuatnya.. dan saudara itu akan bagi duit pada ibu..duit hasil sawah padilah) duit itulah yg ibu ambil utk buat akikah.
1) bolehlah akikah dijalankan menggunakan duit cara sebegitu?
2)Sekiranya anak2 dah bekerja sudah menjadi tanggungjawab si anak utk membuat akikah utk dirinya sendiri tetapi kalo si anak tidak berkemampuan bolehkan mengharapkan si ibu membuatnya akikah dgn duit seperti yg saya sebutkan di atas..bolehkah cara begitu ?
3) Sekiranya kita tidak membuat akikah masa kecil..ada org berkata, bila sudah dewasa kita digalakkan membuat korban bukannya akikah lagi.Benarkan pendapat itu..
(saya mengharap sangat2 jawapan dari ustaz dan terima kasih)
Mei 24, 2010 at 9:30 am
1)boleh
2)boleh tapi tidak afdhal
3)Di sisi mazhab Syafie, pendapat yang muktamad ialah gugur hukum sunat mu’akkadah buat akikah sekiranya bayi itu sudah melebihi usia 7 hari dalam keadaan walinya tidak mampu buat akikah. Kalau mampu tetapi tak sempat kerana sibuk atau lainnya, maka bolehlah buat pada hari ke14,atau 21, atau hari gandaan ganjil seterusnya selagimana belum baligh. Selepas baligh, maka hukum sunat tersebut berpindah kepada tuanpunya diri. Maknanya Akikah masih boleh dibuat walaupun sudah dewasa.Kalau tiba musim korban, maka korban adalah lebih utama(afdhal).
wallahu a’lam
Mei 26, 2010 at 8:20 am
Salam..
Saya telah melaksanakan akikah untuk anak lelaki saya sebahagian lembu ketika kenduri kahwin sepupu ketika anak saya berusia 2 bulan. saya memang berniat untuk melaksanakan akikah tersebut. Kemuskilan timbul apabila, ibu saudara saya (ibu sepupu saya) tu menerima wang salam ketika kenduri kahwin beliau. Apakah hukum akikah saya. Adakah perlu saya membuat akikah sekali lagi kepada anak saya. Sekian,
Jun 19, 2010 at 9:20 am
xperlu. akikah anak puan sah. Cuma sepatutnya yg berlaku ialah tuan rumah jemput orang atas dasar kenduri kesyukuran, bukannya kenduri kahwin. Kerana masyarakat telah dapat menerima secara uruf(adat), kalau disebut kenduri kesyukuran, maka tak perlu dihulur2 wang lagi sebagai hadiah. Kalau disebut kenduri kahwin, biasanya orang hulur wang.
Yang terbaik ialah jemput orang atas dasar kenduri akikah.
Walaubagaimanapun, benda dah berlaku. Anggaplah pemberian wang itu hadiah perkahwinan, bukannya bayaran atas jamuan drp daging akikah kerana ianya bukan utk dijualbeli, tapi menandakan kesyukuran kita atas kelahiran anak.
Puan boleh dapatkan pandangan kedua dari ustaz yg lebih arif.
wallahu a’lam.
Jun 4, 2010 at 3:06 am
salam ustaz,
saya ade sedikit masalah,,dari kecil hingga besar saya tidak pernah meninggikan suara kepada ibu n bapa saya,,setelah saya berkahwin saya banyak membantu keluarga saya sehingga mengorbankan perasaan suami saya,,suami saya hanya diam dan mengikuti sahaja permintaan saya,,tp pada bulan lepas saya tidak dapat membantu ibu n bapa saya dlm menangani masalah adik saya,,ibu n bapa saya teros mengatakan “setelah berkahwin saya dah taknak tolong mereka lg”,,saya sangat sedih dan merasa tidak dihargai,,sedangkan kakak saya yang tidak perlu berkorban seperti saya untuk membantu mereka tidak pula dimarahi,,suami saya mula bersuara dan mangatakan “mulai hari ini abg tak mahu ummi keluarkan lagi duit utk keluarga ummi”,,dan oleh kerana saya sangat berkecil hati saya mula menjauhkan diri dari ibu n bapa saya,,,saya sgt merindui mereka tp saya sangat sedih,,,apakah hukumnya saya ustaz,,,adakah saya ttp digelar anak derhaka walaupun saya sudah berkahwin,,apakah hukumnya jika saya ttp memberi ibu saya duit melalui org lain tanpa pengetahuan suami saya,,,
Jun 19, 2010 at 9:43 am
salam buat nurul,
Ini fenomena biasa berlaku kpd perempuan yg sudah berumahtangga. duit hasil titik peluh nurul adalah hak nurul. Suami tidak berhak untuk melarang puan utk memberikan kpd sesiapa yg puan mahu, lebih2lagi ibubapa puan. Tidak dinamakan nusyuz apabila puan dlm sembunyi memberikan duit puan kpd ibubapa puan. Kecuali duit itu adalah hasil pendapatan suami yg diamanahkan kpd puan utk menguruskannya. Barulah HARAM bagi puan memberinya kepada ibubapa puan jika tidak diizinkan.
Adapun perbuatan menjauhkan diri drp ibubapa itu adalah perbuatan yg tidak wajar. Manusia mana yg sunyi drp permainan perasaan? lebih2 lagi perempuan. Korbankan perasaan kita demi syurga yg berada di telapak kaki ibu(dengan syarat tidak menderhakai suami). Kita terpaksa lupakan salah silap ibubapa sendiri demi untuk kebaikan bersama. Syaitan sentiasa mencari jalan utk rosakkan hubungan kita sesama manusia. kalau kita taatkan Allah dgn bersolat, zakat, puasa dan haji, ia cari jalan utk kita derhakakan ibubapa. kalau kita taatkan ibubapa, ia cari jalan utk jadikan kita derhaka suami. itu yg berlaku kpd manusia sehingga kiamat. Perasaan kecil hati akan dijadikan senjata oleh syaitan utk jadikan kita anak durhaka.
Puan,
Hidup ini penuh dgn cubaan. Kalau tidak cubaan fizikal, ia datang dalam bentuk rohani.
Lengkapkan ilmu agama utk puan fahami tugas puan sebagai seorang isteri dan seorang anak. ketahui batas2 seorang isteri dan seorang anak yg sudah bersuami. ketahui juga hak2 seorang isteri. Hak suami utk ditaati, maka ada hak isteri utk diberi nafkah. Selain nafkah, Ada hak isteri yg jarang2 digunakan iaitu hak mendapat upah drp suami apabila kita menjalankan tanggungjawab sebagai surirumahtangga. memasak, membasuh pakaian, menggosok pakaian,dan lain2 sebenarnya bukan kewajipan asal seorang isteri. Apabila dilaksanakan, kita berhak mendapat upah, kecuali si isteri redha melakukannya tanpa upah. Suami berhak suruh kita masakkan makanan, gosokkan pakaiannya. Kita wajib taat dgn perintahnya, tetapi kita berhak minta upah yg sepadan, dan suami wajib memberinya. Ini yg disebut oleh ulama2 fekah tetapi ramai yg mengabaikannya.
Wallahu a’lam.
Jun 25, 2010 at 6:58 am
assalammualaikum…..
saya nak tanya apakah hukum nya sekiranya ibu dan ayah mertua saya telah membomohkan suami saya dengan menjampi seperti kopi,gula dan makanan lain bertujuan untuk menundukkan anaknya supaya mengikuti segala perintah mereka.
saya mengetahui perkara ini selepas ibu mertua saya terlepas cakap kepada saya.
selama setengah tahun ini,saya sering menghadap masalah dengan suami saya,segala masalah,suami saya akan menuduh semua berpunca drp saya,suami saya sering berahsia akan sesuatu hal.saya sering makan hati dengan kelakuan suami terhadap saya….walhal saya telah cuba buat yg terbaik untukknya.
saya x sangka ibu dan ayah mertua sy sanggup membuat perkara sebegitu.saya tak pernah halang suami saya untuk balik ke kg….dan sebagainya…
saya sering menangis mengenangkan nasib saya….suami saya suka melebihkan org lain drp isterinya.sering menuduh saya mata duitan…tamak….walhal saya bukan yg boros…saya cuba menasihatinya agar jgn terpengaruh dgn cara hidup org dan membazir.
apakah disebabkan perbuatan ibu dan ayah mertua saya,suami saya jadi begini,?
apakah patut saya menegur ibu dan ayah mertua saya?
apakah yg patut saya lakukan untuk menghadapi semua perkara ini?
saya berharap ustaz dapat menolong saya
Jun 29, 2010 at 5:08 am
wa ‘alaikumussalam.
Dunia ini cubaan buat manusia sama ada beriman atau tidak. Adapun orang beriman, ia lalui cubaan dunia dengan panduan suluhan al Qur’an dan sunnah nabi s.a.w.
Tatkala dada rasa sempit, bacalah surah al insyirah(الم نشرح)sebanyak mungkin. Allah menguji manusia sesuai dengan kemampuannya. Jangan putus asa dengan rahmat Allah.
Kalau benarlah begitu tindakan ibu dan ayah mertua ila, maka menegur mereka bukan caranya.
BAWA BERUBAT
Pujuklah suami dengan cara terbaik, di saat ila dan suami di katil. Bertawakkal kepada Allah sebanyak2nya sebelum mulakan pujukan. pandang matanya dengan penuh kasih sayang. Minta maaf banyak2 sebelum mulakan bicara. Kemudian nyatakan kpd suami hasrat utk bertemu dengan ustaz2 atau bomoh2 Islam yg diiktiraf amalannya seperti Tuan Guru Dr Harun Din, Tuan Guru Ustaz Ismail Kamus yg terbukti sebagai orang-orang yg soleh dan pakar dlm bidang perubatan Islam.
Datang ke tempat rawatan Islam dgn hati yg terbuka, jauhi prasangka buruk terhadap sesiapa shj termasuk suami dan mertua. Ceritakan yg sebenarnya berlaku. Jgn libatkan prasangka buruk kita kerana sebahagian sangkaan merupakan dosa.
UBAH SUASANA RUMAH
Di rumah pula, elakkan perkara yg bercanggah dgn syarak seperti hiburan yg melalaikan(rancangan tv,vcd,dll) patung-patung, gambar2 majalah yg membuka aurat, gosip artis dll. Ini untuk mengelakkan syaitan sentiasa berada bersama2 kita dan mengundang Malaikat Rahmat. Banyakkan baca al Qur’an,solat sunat, beri salam apabila masuk ke rumah, tutup tingkap dan pintu apabila senja(maghrib), dan seumpamanya.
Tiada jalan singkat utk mewujudkan baiti jannati. begitu juga dgn masalah ila. Kena banyak bersabar dan sentiasa berdoa agar Allah menerima taubat dan amal soleh kita. Banyakkan bersedekah sekiranya mampu terutamanya kpd fakir miskin dan anak yatim. Sedekah menghilangkan dukacita di hati.
Kalau puan ila di Terengganu. Saya boleh tunjukkan tempat rawatan Islam.
wallahu a’lam
Julai 1, 2010 at 5:39 am
salam…..
ustaz boleh berikan alamat rawatan diterengganu tu…..insyaallah kalau tiada halangan saya nak pergi….ustaz boleh send kat email saya.
saya nak ucapkan terima kasih byk2 segala nasihat ustaz kat saya,
Julai 6, 2010 at 5:43 am
minta emailnya.pkppit@yahoo.com email saya
Julai 6, 2010 at 6:28 am
Cawangan Kuala Terengganu
Lot 126, Kg Dusun,
Kuala Ibai,
20400 Kuala Terengganu.
Darussyifa Setiu
Bandar Permaisuri,
22100,Setiu,Trengganu Pagi Sabtu Sahaja
Setiap Sabtu 8.30pg hingga 12.30tgh
Tel. Pejabat: 09-6662128
1. Embong Ali HP: 013 9867828
2. Ust Zainal HP: 019-9362510
3. Ketua Perawat HP: 013-9439642
Julai 19, 2010 at 5:05 am
Assalamualaikum Ustaz,
1. Saya ingin membuat kepastian dari segi umur binatang yang hendak diakikahkan. Ada yang mengatakan 1 tahun lebih dan ada yang mengatakan 2 tahun lebih. Serta syarat-syarat binatang ternakan tersebut.
2. Sekiranya binatang akikah yang TELAH disembelih mencurigakan dari segi umur atau didapati bunting, adakah kita harus mengganti yang lain.
Terima kasih.
Julai 22, 2010 at 3:45 pm
wa ‘alaikumussalam,
1.umur binatang akikah:
Adapun musinnah itu ialah ats-tsaniy (yang gugur gigi hadapannya) daripada binatang ternakan unta, lembu dan kambing. Maka ukuran umur bagi binatang korban itu ialah:
*
o Unta yang gugur gigi hadapannya ialah yang telah sempurna umurnya lima tahun dan masuk tahun keenam.
o Lembu, kerbau dan kambing yang gugur gigi hadapannya ialah yang telah sempurna umurnya dua tahun dan masuk tahun ketiga.
o Manakala kambing biri-biri dan kibasy memadai yang berumur cukup satu tahun atau yang gugur gigi hadapannya walaupun belum cukup umurnya satu tahun dengan syarat telah melimpasi umurnya enam bulan.
(Al-Majmu‘ 8/286-287 dan I‘anah ath-Thalibin 2/518)
dah ada artikel saya pasal ni. cuba di sini https://ibnuabbas.wordpress.com/?s=aqiqah
Utk jawapan 2 dan 3 pun, sila baca lanjut di pautan di atas.
wassalam.
Julai 23, 2010 at 12:37 am
Salam tuan,
saya ingin mengadakan aqiqah bagi 2 org ank lelaki saya dan sorang ank prmpn,
bolehkah sya mengorbankan sekor lembu bg tujuan tersebut.
Ogos 30, 2010 at 10:16 am
SALAM Ishadi,
sunat 2 bhgian utk anak lelaki. Jadi, dua anak lelaki bersamaan 4 bahgian. manakala anak perempuan 1 bhagian. ada 5 bahagian utk lembu tersebut dijadikan akikah.
Boleh atau tidak? BOLEH sahaja.
Julai 23, 2010 at 12:50 am
maksud sya kenduri aqiqah tu dijalan kan serentak bagi ketiga2 anak saya dengan mengorbankan seekor lembu tersebut.terima kasih.
Ogos 30, 2010 at 10:17 am
sama jawapan di atas.
wallahu a’lam
Ogos 22, 2010 at 12:56 pm
Saya bercadang untuk mengadakan kenduri aqiqah kepada anak saya berumur setahun.. Apa yang mengganggu fikiran saya adalah, ramai mengatakan daging aqiqah tersebut hanya boleh di berikan kepada orang muslim.. Bagaimana dengan saya yang mempunyai ramai keluarga non-muslim. Ini kerana ayah saya seorang mualaf, dan hubungan kekeluargaan kami sangat rapat walaupun berlainan agama. Lagi satu, separuh daripada penduduk kampung saya adalah non-muslim.
Ogos 30, 2010 at 10:24 am
Memang benar dalam mazhab Syafie, daging akikah tidak boleh diagihkan kepada bukan Islam.
Walaubagaimanapun, dalam kes puan, kalau dengan mengikuti pendapat mazhab Sayfie itu menyebabkan puan rasa sempit dada, renggang hubungan keluarga, bukan Islam pandang serong terhadap Islam, tidak salah puan bertaqlidkan pendapat ulama di luar mazhab Syafie yg berpendapat HARUS memberikan daging akikah kepada bukan Islam kerana tidak larangan secara jelas di zaman nabi s.a.w.
Ini termasuk dalam perkara khilafiah di kalangan ulama fikah. Gunakan kaedah “al maru iza dhoqo, ittasa’a”. yg bermaksud, “Urusan itu kalau sempit, perluaskan.”
Maknanya bertaqlid dgn pendapat mazhab lain dlm keadaan kita biasanya ikut mazhab syafie dlm banyak perkara (kerana kita org awam), adalah dibolehkan DENGAN SYARAT kita bukan pindah pendapat itu kerana hawa nafsu tetapi kerana ada maslahat atayu kesempitan.
WALLAHU A’LAM.
September 4, 2010 at 4:30 pm
asalamualaikum,
saya nak berbincang tentang akikah iaitu selain dari kambing binatang apakah yg boleh dijadikan sebagai akikah.contoh rusa.
berapa ekorkah binatang yg patut diakikahkan kepada bayi perempuan dan lelaki.
terima kasih
Disember 7, 2010 at 4:08 am
tak boleh dibuat akikah mahupun korban binatang selain unta, lembu, kerbau, kambing dan biri2.
perempuan 1 bahagian, lelaki 2 bahagian(unta,lembu dan kerbau). ATAU perempuan seekor, lelaki 2 ekor (kambing @ biri2).
Namun begitu, bukan syarat sah akikah mesti 2 bahagian/ekor bagi lelaki, ia hanya sunat.
September 12, 2010 at 2:19 pm
ASSALAMUALAIKUM,,bolehkah saya tahu bagaimana lafaz niat akikah bagi anak lelaki. bolehkah kita berniat akikah pada binatang kepumyaan orang lain sekiranya diberi keizinan oleh tuanya. dan haruskah tuan punya tersebut sedekahkan dahulu bahagian yg hendak dijadikan akikah itu.
September 21, 2010 at 5:11 am
binatang yg boleh diakikah selain kambing: lembu, kerbau, unta dan seumpamanya. pendek kata, binatang ternakan. (bahimatul an’aam). Rusa.. x sempat tgk kitab. Kalau yg ternak, itu ada kemungkinan tapi perlu rujuk kitab dulu. wallahu a’lam.
2)lelaki 2 bahagian, perempuan 1 bahagian. kalau kambing=lelaki 2 ekor, perempuan 1 ekor. 2 ekor utk lelaki tu sunat sahaja, bukan wajib.
Oktober 28, 2010 at 5:07 am
Hukum Zakat Korban Dan Aqiqah Ke Atas Ternakan Rusa
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-32 yang bersidang pada 10-11 Jun 1993 telah membincangkan Hukum Zakat Korban Dan Aqiqah Ke Atas Ternakan Rusa. Muzakarah telah memutuskan bahawa rusa tidak diwajibkan zakat dan tidak boleh dijadikan binatang korban dan aqiqah. Jika sekiranya diperniagakan, maka dikenakan zakat perniagaan dengan kadar 2.5 %.
Oktober 7, 2010 at 7:45 pm
assalammualaikum…..
saya ingin bertanyakan beberapa soalan….
1)apakah hukumnya,sekiranya si suami tidak menjalankan tanggunggjawabnya seperti menunaikan solat…dari segi keewangan tidak pernah beliau abaikan?
2)sering meletakkan kesalahan keatas bahu siisteri…tatkala menegurnya untuk melaksanakan ibadat sembahyang?
3)kadang2 saya tertekan dengan semua ini ya ustaz….apakah yg perlu saya lakukan….?
Disember 7, 2010 at 4:16 am
Ia menjadi dosa suami. Isteri tak dipertanggungjawabkan atas dosa yg suami buat apabila isteri telah menegurnya. Bersabar atas dosa suami juga dianjurkan. Dlm masa yg sama, teruskan berdoa agar Tuhan buka pintuhatinya utk bertaubat.
Puan Ila kena banyak bersabar. Tabah atas atas apa yang berlaku itu sebahagian dari sifat orang yang beriman. di saat tertekan, ingat Allah banyak2.
Byk ayat yang menjelaskan bhw tanda keimanan ialah fala khoufun alaihim wala hum yahzanun(mereka tidak takut dan tidak bersedih).
Oktober 15, 2010 at 7:18 am
assalamualaikum us..
bagi aqiqah dan korban boleh tak kalau menggunakan seekor lembu iaitu 5 bahagian untuk korban dan 2 bahagian untuk aqiqah?
Oktober 16, 2010 at 5:21 am
Assalamualaikum…
saya ada sedikit kemuskilan dgn aqiqah.saya baru kematian anak lelaki ketika di lahirkan.Soalan asya perlukan saya mengaqiqahkan anak itu,Ada mengatakan saya perlu mengaqiqahkan anak itu ada mengatakan tidak perlu kerana anak itu lahir tidak mengeluarkan bunyi ( menanggis ) ketika dilahirkan.Harap saya menperolehi jawapan yg boleh membantu saya dalam hal ini.
Oktober 22, 2010 at 3:39 pm
assalammualaikum,
saya ade kemuskilan disini dan ingin bertanya jika bapa belum buat aqiqah untuk dirinya sendiri dan ingin buat aqiqah untuk anaknya bagai mana…..adakah sibapa harus buat untuk dirinya dulu, tetapi dikira korban atau aqiqah
Oktober 30, 2010 at 5:07 pm
yang ingin tahu
November 2, 2010 at 9:16 am
Salam, suami saya dan adik beradiknya ingin membuat korban tetapi mereka belum melaksanakan akikah lagi, menurut pendapat suami saya akikah tidak perlu dilakukan kerana itu hanya utk org yg blm baligh, bagi yg dewasa hanya korban sj perlu dilakukan, apa pendapat ustaz, yg mana perlu didahulukan akikah atau korban, dan adakah pendapat suami saya itu blh diguna pakai?
Satu soalan lagi, adakah wajib bagi saya utk meminta kebenaran dari suami utk menggunakan setiap sen aliran wang gaji sendiri kerana pendapatnya, suami saya ada hak terhadap gaji saya kerana dia telah berikan kebenaran untuk bekerja, Sekarang ni suami saya telah menetapkan tanggungan wajib yang perlu saya bayar? Bagaimana ustaz?
Harap Ustaz blh merahsiakan emel saya, terima kasih.
November 6, 2010 at 12:53 pm
saya nak tanya,bagaimana nak niat nak buat akikah,saya cadang nak buat akikah untuk 2 anak lelaki,2 anak perempuan dan isteri saya.terima kasih….
November 8, 2010 at 4:17 am
Asalamualaikum ustaz, saya ada satu soalan.. Bolehkah seorang bapa yang belum beraqiqah mengaqiahkan anaknya?
November 8, 2010 at 5:06 am
Assalamualaikum Ustaz,
Sy ada beberapa soalan ingin ditanye kepada Ustaz. Sy mempunyai anak lelaki berumor 1 thn.
i)Sy pernah berkata “Duit nie, nnt nak buat akikah (akikah anak lelaki saya)”. Adakah kata2 sy itu dikira nazar?.
ii)sy ingin menjalankan akikah anak lelaki sy dengan seekor lembu – 2 bhgian akikah anak lelaki sy dan 5 bahagian lg adalah korban ahli keluaga abg.Adakah dibolehkan berkongsi seekor lembu utk tujuan akikah dan korban?
iii) Ada pula pendapat mengatakan tidak boleh mengakikahkan 2 bhagian pada seekor lembu yang sama..betol ke pendapat tersebut?
Terima Kasih
November 12, 2010 at 6:47 pm
Assalamualaikum wm wb ustaz,
Saya ada 3 kemusykilan dan ingin mohon pertolongan ustaz menjelaskannya:
1) Ibu saya pernah melaksanakan akikah pada
10 tahun dahulu untuk anak lelakinya
yang meninggal semasa dilahirkan.
Apa pendapat ustaz sekiranya ibu saya
ingin melaksanakan ibadah akikah buatnya
untuk kali kedua?
2) Ibu saya kadang2 menyebut “Mak niat
ingin nak buat akikah lagi untuk arwah
abang kau yang telah meninggal masa
dilahirkan dulu”, adakah itu sudah
dikira bernazar?
3) Yang mana paling afdal, melaksanakan
ibadah korban / akikah di negara2 lain
yang mempunyai ramai penduduk miskin
jika berpeluang(cth:Kemboja, Sumatera
Utara,Bangladesh dll)ATAU di negara kita
sahaja?
November 14, 2010 at 8:42 am
asalamualaikum……
saya ada anak seorang perempuan dan seorang lelaki,anak perempuan saya dah buat aqiqah.tapi anak lelaki saya cuma buat satu bahagian dulu,boleh ka saya buat begitu dan saya akan buat sebahagian lagi kemudian?
November 18, 2010 at 2:28 pm
assalamualaikum,
ustaz, saya ada satu kemusykilan, saya ada menanam sisa daging dan tulang utuk haiwan yang dikorbankan. Saya yakin saya telah menanamya sedalam 2 kaki. Tetapi apabila keesokan harinya, sisa tersebut telah hilang dan dikuatiri di makan oleh anjing. Apakah yang perlu saya lakukan dan apakah hukum nya. Terima kasih..
November 19, 2010 at 1:49 am
assalamualaikum…
adakah niat dan bernazar adalah sama? saya ada niat untuk melakukan akikah sekiranya mendapat bayi perempuan dan ade bercerita dengan kakak.. adakah itu dikira nazar?
November 23, 2010 at 5:46 am
salam..ustaz leh tak saya wat akikah tuk arwah ayah…mana lebih afdal wat akikah ke korban….lagi satu…saya ada anak yang lom di akikahkn lagi…mana lebih penting untuk arwah ayah atau anak saya dulu perlu saya buat akikah…terima kasih ustaz…salam….
Disember 7, 2010 at 4:24 am
akikah x sunat lagi apabila seseorang telah meninggal. Buatlah untuk anak saudara.
Ia juga bukan hutang si mati dengan Allah seperti haji sbb hukumnya hanya sunat
November 26, 2010 at 7:09 am
Ass, wr.wb.
Saya wanita berusia 28 tahun, dr lahir sampai sekarang sy belum di aqiqah oleh orang tua saya. bgmn hukumny apabila di usia saya ini saya beraqiqah u/anak2 di pesantren yg notaben nya bnyk anak yatim piatu..??? Apakah msh boleh, krn yg sy tau aqiqah dilakukan dihari ke 7 setelah lahir..terima kasih
Wass. wr.wb
Disember 7, 2010 at 4:29 am
saudari masih boleh mengakikahkan diri saudari sendiri sebagaimana pernah nabi s.a.w. mengakikahkan dirinya sendiri.
Soalan kedua saya kurang faham. Kalau maksud saudari, nak sedekahkan daging akikah kpd anak2 yatim di pesantren, ia sangat terpuji. Kalau maksud saudari nak buat akikah bagi pihak anak2 yatim itu, juga diharuskan.
Disember 4, 2010 at 10:38 am
Assalamualaikum….
Saya bercadang utk mengadakan kenduri aqiqah utk anak perempuan saya dengan menyembelih seekor lembu…Insyallah.
Soalan saya :
1. Bolehkah saya melakukan Aqiqah dgn menyembelih seekor lembu walaupun hanya utk anak perempuan saya seorg shj.
2. Bolehkah saya menjemput jiran2 serta rakan2 yg bukan beragama islam?
Terima kasih.
Disember 7, 2010 at 4:35 am
1.boleh sahaja kerana tiada batasan sebanyak mana bahagian atau berapa ekor binatang yang diakikahkan.
2.Tidak dibolehkan di sisi mazhab Syafie atas alasan iabdah akikah dan korban merupakan ibadah khusus dan orang bukan Islam tak layak menerima daging hasil dari ibadah khusus yang kita niatkan taqarrub ilallah(mendekatkan diri kepada Allah). Tetapi ada ulama’ di luar mazhab Syafie yang membolehkannya. Jikalau saudara rasa mahu berpegang dengan pendapat yang mengatakan boleh, maka niatkan utk berdakwah kepada mereka.
Disember 9, 2010 at 4:26 pm
salam…..
saya mempunyai 1 masalah iaitu mengenai ayah mentua saya.sebelum ni beliau pernah sakit disebabkan oleh perbuatan manusia.beliau berubat dengan dukun dan telah sembuh.
masalahnye sekarang,ayah mentua saya ni taksub dengan bomoh dan tidak sanggup menhadapi segala penyakit yg dihadapinye….sbg cth….lenguh2 kaki…disebabkan hantu,semput…disebabkan org….dan sebagainye….
ni dah msk kali 3 minggu berturut2,anak2nye berulang alik ke kg,disebabkan hal ini,….beliau asyik pergi kerumah bomoh…mengadukan beliau sakit,sesampai dirumah bomoh…beliau ok sahaja..seperti tidak berlaku apa2,kdg 1 hari suntuk dirumah bomoh tu…ini mengakibat anak2nya sering tidak berkerja,ada yg hampir dibuang kerja…selalu cuti dan sbg nye…
suami saya adalah anak sulung beliau,sering menegur bapa beliau….tetapi beliau x dapat menerima dan melenting.
1)apa yg patut saya buat?
2)adakah perbuatan ayah mentua saya ini disaja2kan….
Disember 20, 2010 at 8:23 am
Saya brsimpati atas apa yg berlaku. Jawapan saya;
1)Apa yg patut saudari buat? mmg ayah ibu yg telah tua menjadi ujian kpd anak menantu. Kenangkan ketika mereka jaga kita waktu kecil. Allah sengaja menguji hambaNya dgn pelbagai cara termasuklah dgn sakit ayah ibu yg tua. Saya pun x tau sakit mcm mana yg dia alami menyebabkan sampai sanggup bbertemu bomoh berulang kali. Jadi x berani nk komen lebih.
2)Saya pun tak tau ayah mertua saudari saja2 atau sungguh2 sakit.
Waktu hantar kpd bomoh, dah tau ke bomoh itu betulkah amalannya? ditakuti bomoh yg berdamping dgn jin, mmg biasa berlaku kpd pesakit2 yg seringkali berulang2 pergi jumpa bomoh yg sama krn taktik berniaga. Sebenarnya banyak bomoh yg menggunakan jin utk menyebabkan orang sakit, kemudian pesakit itu dtg berubat dgnnya. itu caranya dia beroperasi.
Kalau betul bomoh itu guna jin, maka wajib bagi saudari sekeluarga menghalangnya pergi bertemu lagi bomoh itu kerana hukumnnya HARAM dan boleh jatuh murtad sekiranya percaya dengan apa yg dia ceritakan ttg perkara ghaib.
Nabi s.a.w. bersabda, “Sesiapa yg mendatangi tok bomoh/tok dukun atau ahli nujum, tertolak amalannya selama 40 hari, dan sesiapa yg membenarkan apa yang diberitahu olehnya, maka dia telah kafir dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah kepada Muhammad s.a.w.”
Disember 29, 2010 at 4:18 pm
[…] Teringat pula kata-kata Dr Bani Isa ketika di Jordan dahulu apabila kami lupa apa yang di ajarnya “Al 3ilmu fi-al kutub laisa fi-as sudur” (ilmu itu di buku, bukan di dada)-sindiran ni- hehe.(tidak ada kaitan dengan soal Aqiqah). Saya kurang pasti sebenarnya pendapat yang telah saya keluarkan kepada mereka yang berdebat tadi.Tergerak hati saya untuk mencari jawapan di internet.. segera saya naik ke bilik dan membuka laptop. Alhamdulillah Allah permudahkan.. berjumpa jawapan dari komen dan soal jawab orang ramai tentang masalah seperti ini jugak. Lihat di sini. […]
Januari 3, 2011 at 2:46 pm
Assalamualaikum wbt..ustaz.. maaf,menggunakan sedikit pendapat ustaz (jawapan yang diberikan ustaz untuk menjawab soalan pelawat blog ni)untuk entry di blog saya.. maaf ya, lambat minta izin.. tapi saya sertakan link ke blog ustaz ni..untuk rujukan..
Januari 8, 2011 at 10:21 am
wa’alaikumussalam
takpe. ambiklah…
Januari 10, 2011 at 5:31 pm
Menantu saya bercadang hendak mengaqiqahkan anak lelakinya dengan seekor lembu. Dia menggunakan 2 bhg. dpd. lembu itu untuk tujuan tst. Manakala 3 bhg. dpdnya telah dibeli oleh anak angkat saya(lelaki) utk aqiqahkan dirinya & ibunya. Bhg2 lain lembu tst. disedekahkan utk majlis kenduri sempena aqiqah2 tst nanti di rumah saya.
Yang musykilkan saya: ada orang yang mengatakan bahawa aqiqah cucu saya tst tidak boleh dilakukan pada lembu yang sama kalau dibuat bersama dgn orang lain yang tidak sepertalian keluarga dgn. saya. (Anak angkat saya tiada sepertalian keluarga dgn. saya) Mohon ustaz komen kemusykilan saya ini.
Januari 19, 2011 at 7:26 am
tak benar. tiada syarat sedemikian. siapa sahaja di kalangan orang islam boleh berkongsi bahagian lembu itu jika mahu utk akikah mahupun korban.
Januari 21, 2011 at 12:31 pm
asalamualaikum ustaz,
saya ingin bertanya apakah hukum seseorang ibu yang tidak pernah menyusuhkan anak nya tetapi menyusuhkan anaknya dengan susu tepung seperti dipasaran.
Februari 7, 2011 at 8:07 am
tiada nas al qur’an mahupun hadis nabi yang melarangnya. Ia termasuk dalam perkara HARUS
Februari 18, 2011 at 8:20 am
ASSALAMUALAIKUM…
SAYA INGIN BERTANYAKAN SOALAN..
BARU2 INI ISTERI SAYA TELAH SELAMAT MELAHIRKAN ANAK LELAKI..SAYA INGIN MEMBUAT AKIKAH PADA ANAK SAYA ITU..TETAPI SAYA DAPATI DARI SESEORANG JIKA ISTERI SAYA TIDAK PERNAH MEMBUAT AKIKAH TERHADAP DIRINYA SENDIRI MAKA DENGAN ITU ANAK SAYA TIDAK DAPAT MEMBUAT AKIKAH TERSEBUT..PERLUKAN JIKA ISTERI SAYA INGIN MEMBUAT AKIKAH UNTUK DIRINYA ISTERI SAYA KENA MINTA WANG DARI BAPANYA WALAUPUN SEDIKIT..
November 5, 2011 at 9:46 am
Tidak benar. Saudara boleh buat akikah untuk anak saudara walaupun isteri saudara belum diakikahkan. Isteri saudara bolehlah mengakikahkan diri nya sendiri jika mahu mengikut satu pendapat. Pendapat yang muktamad di sisi mazhab Syafie, sekiranya bapa mertua saudara tidak buat akikah ke atas isteri saudara ketika berusia 7 hari disebabkan tidak mampu, maka tidak sunat lagi melakukan akikah baginya oleh walinya(bapa tadi).
Wallahu a’lam.
Mac 18, 2011 at 4:02 pm
Salam ustaz,saya ingin bertanya mengenai hukum aqiqah.
1)Apakah hukum jika saya ingin membuat aqiqah untuk anak lelaki kakak saya sedangkan saya sendiri masih belum diaqiqahkan?
2)Adakah sah jika saya yg niat untuk aqiqahkan anak kakak saya sedangkan dia masih mempunyai bapa cuma tidak berkemampuan?
3)Bolehkah saya aqiqahkan dengan seekor kambing kerana tidak mampu untuk mengaqiqahkan dua ekor sekaligus untuk anak kakak saya?
Harap sangat jawapan dari ustaz kerana saya telah beli seekor lembu untuk diakikahkan.
November 5, 2011 at 9:51 am
Salam.
1)Yang afdhal, buatlah untuk diri sendiri dahulu. Kalau nak buat juga untuk anak saudara, tiada masalah. Akikah tetap sah.
2)Hendaklah walinya yang niatkan untuknya. Harus diingat akkah disunatkan kepada yang mampu. Maka, saudara niatkan sedekah haiwan akikah atau sedekah wang untuk beli haiwan akikah itu kepada bapanya.
3)Boleh akikah dengan seekor kambing kerana hukum 2 ekor kambing untuk bayi lelaki hanyalah sunat sahaja.
Mac 24, 2011 at 4:12 pm
saya baru sebulan melahirkan seorang anak lelaki, tetapi bayi tersebut meninggal dunia ketika dilahirkan. walau bagaimana pun bayi yg saya lahirkan belum cukup bulan (7 bulan) tp sudah cukup sifatnya. apakah sy boleh melakukan ibadah akikah kpd arwah bayi saya.
November 5, 2011 at 9:52 am
Tiada akikah lagi bagi yang telah meninggal.
wallahu a’lam
April 11, 2011 at 5:05 am
Apakah hukum kalau kita potong daging kambing untuk aqiqah kecil2 sedikit(potong antara tulang)?Sebab ada pihak yang potong besar2 dan saya tengok ada tetamu yg datang tak dapat habiskan bila potong besar2 dan buang begitu saja (membazir)
November 5, 2011 at 9:54 am
Dibolehkan. Cuma sunat dipotong pada sendi2nya kerana pesanan nabi supaya tidak dipatah2kan tulangnya.
April 15, 2011 at 3:17 am
Assalamualaikum.
Saya ingin bertanya, adakah kita boleh memakan daging aqiqah yang kita buat.
Minta ustaz emailkan jawapan kepada saya.
Terima kasih.
November 5, 2011 at 9:59 am
Boleh sahaja.
Emailnya mana?
Mei 13, 2011 at 8:32 am
assalamualaikum..sy nk bertanye mengenai aqiqah..bolehkah lembu yg dibeli untuk majlis perkahwinan dibuat aqiqah? blhkah org yg dibuat aqiqah mkn daging tersebut..
November 5, 2011 at 10:03 am
lembu kenduri kahwin boleh dibuat akikah . orang yang buat akikah boleh makan daging tersebut.
Mei 27, 2011 at 3:30 pm
askum….sy nk bertanya seandainya org bukan islam memakan daging akikah yg telah dimasak apa kah hukumnya…
Mei 31, 2011 at 10:20 am
dah banyak kali pengunjung tanya soalan ini. Cuba ‘search’ jawapannya.
Ringkasnya, di sisi mazhab syafie, HARAM hukumnya daging aqiqah dan qurban diberikn kpd bukan islam.
ada ulama’ di luar mazhab syafie mengharuskannya.
wallahu a’lam.
September 23, 2011 at 7:08 am
As Salam,
saya berniat untuk membuat akikah bagi anak perempuan saya yang berumur 1 tahun. saya juga ingin membuat majlis hari jadi untuk dia. bolehkah saya sekalikan majlis hari jadi dan juga akikah? perlukah saya panggil orang masjid atau saya cuma minta bapa mentua untuk membacakan doa sebelum majlis bermula?
harap ustaz dapat membantu saya.
Oktober 12, 2011 at 10:38 pm
Assalamualaikum…saya nak bertanya bolehkah seekor lembu yang di buat 3 bahagian untuk korban dan 4 bahagian lagi buat untuk aqiqah…di campur-campurkan..
Minta ustaz berikan penjelasan
terima kasih…
Oktober 14, 2011 at 2:41 am
assalamualaikum..
Sy berhajat nak buat korban pada tahun ini di kampung di pahang. Soalan saya. bolehkah saya bawak balik daging samaada yang mentah atau yang sudah masak ke kuala lumpur untuk makan sendiri dan diberi pada org di tempat kediaman saya. kerana menurut ayah saya, daging korbang tidak boleh di bawa keluar dari kawasan/daerah atau negeri tempat korban itu di lakukan.
November 5, 2011 at 9:40 am
Ada 2 hukum korban iaitu sunat mu’akkadah dan wajib. Daging korban wajib TIDAK BOLEH diagihkan ke luar negeri. Manakala korban sunat, hanya bahagian milik kita sahaja boleh dibawa keluar negeri. Oleh kerana antara syarat sah korban ialah dagingnya hendaklah disedekahkan kepada fakir miskin walaupun sedikit, maka asingkan bahagian yang hendak diberikan kepada fakir miskin. Sebagaiman yang dianjurkan oleh ulama, daging korban dibahagikan kepada tiga. satu pertiga diberi kepada fakir miskin, satu pertiga diberi kepada jiran tetangga dan sanak saudara yang bukan di bawah tanggungan kita, dan satu pertiga untuk diri sendiri. Maka yang diperuntukkan bagi diri sendiri inilah yang boleh dibawa balik ke KL. Kalau nak bawa balik banyak, maka niatkan 1/3 untuk fakir miskin di kampung, manakala 2/3 lagi untuk diri sendiri. Tidak sah korban sekiranya semuanya sekali untuk diri sendiri.
wallahu a’lam.
November 1, 2011 at 2:39 am
assalamualaikum.., bolih ke saya berniat – korban lembu ini atas nama AAA (yang hidup) dan pahala dari korban itu di hadiahkan kepada arwah ibu saya atau arwah lain2..,
Pandangan ini saya dengar dari seorang ustaz, dapat kiranya second opinion dari ustaz.
Terima Kasih
November 1, 2011 at 7:25 am
Boleh insyaAllah.
Mei 7, 2012 at 9:50 am
As salam Ustaz,
Saya ingin bertanya, saya ingin melakukan akikah untuk ank lelaki & ank perempuan saya pada hari perkahwinan adik saya. bermakna 3/7 adalah akikah dan 4/7 adalah untuk kenduri. persoalan saya, jika daging tersebut dimasak & dihidang lalu dimakan juga oleh orng kafir, adakah terbatal ibadah akikah saya?
adakah perlu diasingkan masakan untuk bahagian akikah supaya tidak dimakan oleh orang kafir? ini kerana, 10% jiran ibubapa saya adalah bukan org islam.
terima kasih.
Mei 8, 2012 at 3:07 am
Sudah banyak dijawab dlm soalan2 yg lepas. Sila rujuk jawapan2 yg lepas.
Julai 8, 2012 at 12:43 pm
jikalau tidak untuk mengakikah kan anak…….
tidak mempunyai uang untuk membeli kambing, apa hukumnya?