Soalan:
Apakah hukum membaca doa awal tahun dan akhir tahun?
Jawapan:
Sememangnya menjadi amalan sebahagian masyarakat Muslim Melayu berhimpun pada hari terakhir tahun hijri untuk berdoa dengan doa awal tahun dan akhir tahun. Doa yang selalu dibaca dan kononnya datang daripada Nabi berbunyi:
اللهم ما عملته في هذه السنة مما نهيتني عنه ولم ترضه ، ونسيته ولم تنسه ، وحلمت عليَّ في الرزق بعد قدرتك على عقوبتي ، ودعوتني إلى التوبة بعد جراءتي على معصيتك ، اللهم إني استغفرك منه فاغفر لي ، وما عملته فيها من عمل ترضاه ووعدتني عليه الثواب فأسألك يا كريم ، يا ذا الجلال والإكرام أن تقبله مني ، ولا تقطع رجائي منك يا كريم ، وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم Ulasan
Hadis tidak diriwayatkan dalam mana kitab-kitab hadis. Penentuan awal tahun dan akhir tahun hanya berlaku di zaman Umar iaitu pada tahun ke 17 hijrah atau selepas 7 tahun kewafatan Nabi. Bagaimana mungkin baginda menjelaskan hadis ini dan doa awal tahun kepada para sahabat?
Justeru hadis ini adalah palsu dan haram serta tidak wajar disebarkan.
Baginda bersabda:مَنْ كَذَبَ عَلَىَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ
Maksudnya: “sesiapa yang berdusta menggunakan nama ku,maka tersedialah untuk dirina satu tempat duduk dalam neraka.” (hadis riwayat Bukhari dan Ahmad)
Diriwayatkan daripada Samurah bahawa Nabi bersabda:
مَنْ حدَّثَ عنِّي بحديثٍ يرى أنَّه كذبٌ فهو أحدُ الكاذبيـن
Maksudnya: “sesiapa yang bercerita atas namaku satu hadis yang dirasakannya bohong, maka dia adalah salah seorang pembohong. (hadis riwayat Muslim)
Januari 9, 2008 at 7:50 am
ko mmg bodoh…
Januari 10, 2008 at 4:17 am
terima kasih saudara naqiudin krn kata ambe bodoh. Tak pernah pulak ambe mengaku cerdik sebelum ini. Cuba anta dan sesiapa yg baca blog ambe baca disclaimer di bawah blog, sisi kanan. Tidak semua artikel yg dipaparkan itu melambangkan pendirian atau sikap ambe terhadap satu2 isu atau masalah.
soaljawab di atas bukannya ambe yg jawab. ambe ambil drp web lain. Tapi yg membacanya berfikrlah secara positif. Pendirian ambe ialah doa awal tahun memang tiada dalam nas yang sarih dan sahih tetapi ia ada pada nas yang umum iaitu ayat al Qur’an yg berbunyi: “Ud’uuni astajib lakum.” yg bermaksud: “Berdoalah kepadaKu nescaya Aku mustajabkan untuk kamu.”
Jadi, sikap yg terbaik dgn tidak melampau kpd mana2 pihak ialah , Jgn iktikad bhw doa itu dtg dr Nabi. Doa yg dikarang itu sebagai panduan shj. Apa2 bentuk ayat yg nak didoakan HARUS shj didoakan asal tidak bercanggah apa yg diminta itu.
“JAUHILAH TA’ASUB, AMALKAN KETERBUKAAN PD PERKARA2 KHILAFIAH.”
Januari 10, 2008 at 4:21 am
Jumhur Ulama’ mengatakan bhw HARUS kita berdoa dgn doa yg dikarang sendiri walaupun Nabi tidak pernah berdoa dgn doa itu. Bila berdoa dgn doa yg tidak ma’thur , janganlah pula iktiqad doa itu lebih baik drp doa yg didatangkan dr Qur’an dan Sunnah.
Julai 5, 2009 at 5:19 am
Assalamualaikum….bagi pendapat sy tak salah berdoa cam tuan hamba perkatakan tadi. ermm apa sahaja yg amalan baik yg kita lakukan insyaAllah akan di beri ganjaran. tiada amalan baik yg di lakukan akan mendapat dosa, ader yg kata apa yg kita lakukan adalah bercanggah ngn aper yg nabi lakukan tp aper yg nabi lakukan bnyk lak yg tak kita lakukan tu kita tak persoalkan lak kan. so pikir-pikirkan lah