Isteri 15 tahun dirogol bergilir
Tindakan seorang isteri berusia 15 tahun berani menumpang kereta lelaki tidak dikenali untuk pergi ke rumah rakannya setelah berselisih faham dengan suaminya mendorong dia dilarikan sekumpulan lelaki sebelum dirogol secara beramai-ramai di sebuah rumah kosong, dekat Felda Ketengah Jaya, di sini, malam kelmarin.
Menurut Ketua Polis Daerah Dungun, Supritendan Dahlan Mohd Noor, kejadian dipercayai berlaku antara jam 9 malam hingga 2 pagi ketika mangsa yang baru sahaja mendirikan rumah tangga dikatakan cuba melarikan diri dari rumah.
“Ketika sedang berjalan seorang diri di tepi jalan berhampiran Pejabat Pos Paka, wanita itu dihampiri sebuah kereta jenis Perodua Kancil dan di dalamnya terdapat beberapa orang lelaki tidak dikenali bertanyakan arah tujuan mangsa sebelum mempelawanya untuk ke bandar Dungun.
“Mangsa yang secara kebetulan ingin ke Dungun tanpa bercakap panjang terus menaiki kereta tersebut. Namun, mangsa tidak dibawa ke Dungun, sebaliknya kumpulan lelaki itu melencong ke arah lain menghala ke Felda Ketengah Jaya,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Menurut Dahlan, semasa berada di dalam kereta, mangsa diarahkan supaya menundukkan kepala dan sebaik sahaja sampai di lokasi tersebut, wanita itu kemudian dibawa masuk ke dalam sebuah rumah kosong sebelum kumpulan lelaki terbabit bertindak menanggalkan pakaian mangsa lalu merogolnya secara bergilir-gilir.
Sementara itu, mangsa yang ditemui Sinar Harian berkata, semasa kumpulan lelaki itumenanggalkan pakaiannya, dia cuba meronta-ronta untuk melepaskan diri namun dihalang oleh lelaki terbabit yang bertindak menekup mulut sebelum menamparnya.
“Saya tidak mampu berbuat apa-apa dan semasa salah seorang daripada mereka merogol saya, rakan-rakannya yang lain turut memegang tangan saya dan menutup mulut saya di samping mengugut akan mencederakan saya sekiranya saya menjerit meminta tolong,” ujarnya.
Menurut mangsa, setelah diperkosa, dia kemudian dibawa menaiki kereta oleh kumpulan lelaki terbabit sebelum dia ditinggalkan berhampiran sebuah stesen minyak di bandar ini.
“Tidak lama kemudian, saya bertemu dengan seorang lelaki tua dan selepas menceritakan kejadian sebenar yang menimpa saya, pak cik itu membawa saya pulang bermalam di rumahnya.
“Pada keesokan hari, saya menghubungi kakak ipar untuk memaklumkan kejadian tersebut dan selepas itu kami terus pergi membuat laporan di Balai Polis Paka kira-kira jam 11.00 pagi semalam,” ujarnya.
Berikutan laporan tersebut, polis terus melancarkan operasi memburu suspek yang disyaki dan hasilnya kira-kira jam 7.00 petang semalam, sepasukan polis dari Cawangan Siasatan Jenayah Daerah diketuai Inspektor Som Phong berjaya menahan seorang lelaki untuk membantu siasatan.
Januari 16, 2008 at 7:28 am
berita ini disiarkan dlm sinarharian edisi terengganu hari ini. Ambe harap ia jadi teladan kepada surirumah2 lain yg selisih faham dgn suami, jgn ambik tindakan terburu2 @ yg boleh dikategorikan sebagai nusyuz. sabar adalah lebih baik utk kamu. Kduanya, jgn sekali2 tumpang org yg tidak dikenali…….
Januari 17, 2008 at 11:05 am
bahaya naik kete org yang tidak dikenali, apatah lagi sorg2 diri…
Januari 19, 2008 at 1:35 pm
tak salah kawin muda,tapi kena fikir jg halangan2nya.klo mrk kawin atas dasar nafsu nafsi,itulah jadinya.
Februari 17, 2008 at 4:26 am
Februari 19, 2008 at 2:04 am
jadikan pengejaran buat isteri2…mudanya dia kawin…teringatkan anak2 buah pmpuan sy masih lagi mengalas beg utk ke sek…
April 11, 2008 at 1:40 am
sebelum wat sesuatu perkara perlu fikir dulu….
Mei 8, 2008 at 7:59 am
jgn jd manusia yg bengong……………….pk dulu sblm ambil sesuatu keputusan……….
Mei 9, 2008 at 3:54 pm
sedih kalu dengar anak2 melayu bragama islam buat cm ni…
Mei 23, 2008 at 8:57 am
allah telah tunjukkan bala itu sebagai jawapan kpd isteri yg menderhakai suami .kerana lari meninggalkan suaminya
Oktober 9, 2008 at 5:55 am
umat Islam, dikehendaki menahan dari marah – solat adalah pembakar marah.
Marah adalah digunakan untuk membetul sesuatu keadaan dgn cara yg betul. namun, sesetengah pihak lebih cenderung kepada negatif. contohnya : berfikiran kurang waras – lalu dirasuk syaitan (badan mengeletar dsbya) dan buat tindakan yg salah.
Akhirnya, tindakan yg salah mendapat balasan yg salah juga.
Oktober 17, 2008 at 1:44 am
Hiduplah berlandaskan hukum agama. bukan berlandaskan hukum suka atie ja….. takan tak tau tanggungjawab sebagai isteri.. tak senyum kat suami pun dosa tau!!!
November 10, 2008 at 9:36 am
Itulah bahana jika ikutkan hati dan marahkan suami. Fikir dulu sebelum maju. Siapa yang rugi.Silap2 silap kandung anak bukan benih suami.Inilah yang akan berlaku diakhir zaman.
April 26, 2009 at 5:26 am
mak ai…mudanyer da kawen…
bersabarlah…ada hikmah di sebalik ape yg terjadi…
mungkin mengajar erti seorang isteri supaya menghormati,menghargai insan bernama suami…..
Julai 23, 2009 at 9:35 am
muda nya kwin…pk la dlu bla nk wt sesuat2 keptsn k jgn iktkn ati sngt…jdkn ini taladan untk semua perempuan2 zaman skrg…
September 21, 2009 at 5:41 am
terlalu muda untuk berkahwin,tidak boleh berfikir dgn matang.seharusnya perogal itu dhukum dgn cara masyarakat afrika dgn memotong alat kelamin perogol itu.INI SAYA SOKONG SEPENUHNYA
Oktober 23, 2009 at 9:23 pm
itulah gatal,gelenyah sangat nak kahwin muda..ikutkan nafsu..engko ingat sonang ko kahwin ni..bodoh punya perempuan!!!!!!!!
menyesal lah sampai mati!!!!!!!!
November 2, 2009 at 2:08 pm
tu lah laki ada kat rumah kau tinggalkan…baru kawen plak tu.laki kau pun satu bahalol bukan nak pujuk kau….kau ngan laki kau pun sama jugak lah…dol dan samdol jadi dodol..