ISU PASAR BORONG DARUL IMAN (PBDI), GONG PAUH KUALA TERENGGANU – KENYATAAN BOHONG, FITNAH DAN MENGHINA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU
________________________________________________________________________
1. Latarbelakang
1.1 Pasar Borong Darul Iman (PBDI), Gong Pauh, Kuala Terengganu di tubuhkan dibawah Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu, dan dirasmikan pembukaannya sempena Pelancaran Pelan Induk Petanian Negeri pada 26 September, 2002 (1)
1.2 Tapak asal PBDI adalah tapak jualan hasil tani Agromart, yang diletakkan dibawah kawalan Jabatan Petanian.
1.3 Syarikat KPK Trading Sdn Bhd (KPKTSB) diberikan tanggungjawab untuk menguruskan perjalanan PBDI. (2) dan Persatuan Peniaga-peniaga Pasar Borong (PPPB) ditubuhkan bagi menjaga kebajikan dan kepentingan para peniaga.
1.4 Seramai lebih kurang 400 orang peniaga telah memulakan peniagaan mereka di PBDI dengan membayar sewa tapak. KPKTSB telah mengutip hasil sewaan tapak sebanyak lebih kurang RM 7,000.00 sebulan Selain itu, para peniaga mesti mempunyai lessen peniagaan yang dibayar setiap tahun kepada MPKT.
1.5 Pada akhir tahun 2004, Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) menamatkan khidmat KPKTSB dengan notis selama 3 bulan.
1.6 Pengurusan PBDI diambil alih oleh Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT). Sejak itu, pelbagai kemudahan asas dihentikan dan penyelenggaraan peralatan tidak dilaksanakan.(3) Walaupun MPKT terus mengutip sewaan tapak dan menerima bayaran lessen perniagaan dari para peniaga setiap tahun.
1.7 Pihak PPPB telah menghantar beberapa surat kepada MPKT memohon untuk ditingkatkan kemudahan asas termasuk bekalan air bersih, elektrik dan tempat letak kereta.
1.8 Pada lebih kurang jam 12.30 malam, 18 April, 2007, beberapa 7 buah lot kedai didalam PBDI telah terbakar. Kebakaran yang berlaku boleh dielakkan sekiranya terdapat kemudahan asas PBDI (4)
1.9 Antara yang musnah didalam kebakaran adalah kabel bekalan elektik dan kemudahan tandas awam. Sejak itu, sebahagian peniaga tidak mempunyai bekalan elektrik dan peniaga serta pengunjung PBDI menghadapi kesukaran kerana tidak ada kemudahan tandas.
1.10 Berikutan dari itu, pada 27hb April, satu perjumpaan telah diadakan diantara PPPB dengan MPKT. Pihak MPKT telah membei akujanji akan membina tandas awam yang baru dan membaiki kemudahan awam yang rosak. (5)
1.11 Namun sehingga laporan ini dibuat, belum ada tanda-tanda, atau mana-mana pegawai yang datang mengambil tindakan susulan bagi perlaksanaan akujanji tersebut

3. Permasalahan Pasar Borong Darul Iman
3.1 Kemudahan Asas yang tidak di selenggarakan dan dipertingkatkan
i. Beberapa kemudahan asas seperti bekalan elektrik, bekalan air bersih, dan lampu jalan tidak diselenggarakan dengan baik malah dipotong terus dari pekhidmatan
ii. Para peniaga, terutamanya peniaga ikan dan ayam menyedut air dari taliair bersebelahan dengan tapak PBDI untuk digunakan bagi tujuan cucian.
iii. Kemudahan tempat letak kereta tidak dipetingkatkan menyebabkan wujudnya lubang-lubang besa yang menjadi lopak air, sekiranya hujan turun.
iv. Para peniaga dan pengunjung terpaksa menumpang, menggunakan tandas di pejabat Pertanian Daerah Kuala Terengganu untuk membuang air.
v. Walaupun ada perkhidmatan mengangkut sampah yang diswastakan oleh MPKT, tetapi cucian longkang dan pembesihan kawasan tidak dilakukan.
3.2 Hala Tuju Pasar Borong
i. Beberapa peniaga telah mengajukan persoalan terhadap kegusaran mereka berkaitan masa depan PBDI.
ii. Kerajaan UMNO/BN Terengganu telah mengumumkan pembinaan sebuah pasar borong baru bernilai RM 5 juta, yang dikatakan akan dibina di Bukit Payong, Kuala Terengganu.(6)
iii. Kebimbangan para peniaga adalah meujuk kedudukan mata pencarian mereka yang akan terjejas, sekiranya PBDI di Gong Pauh ditutup dan mereka tidak diberi ruang niaga di pasar borong yang baru.
iv. Selain itu, para peniaga berpendapat, cadangan tapak pasar borong yang baru adalah terlalu jauh yang akan menimbulkan masalah kepada peniagaan mereka.
3.3 Kepimpinan Persatuan
i. Terdapat beberapa kelemahan didalam kepimpinan PPPB. Selaku Pengerusi PPPB, Pak Mansor didalam ucapannya beberapa kali meminta supaya para peniaga memberikan sokongan kepada pihak persatuan.
ii. Persatuan tidak dapat mengambil alternatif lain dan hanya berharap kepada pihak berkuasa bagi menyelesaikan pemasalahan PBDI, walaupun pemasalahan telah wujud sejak pengambil alihan pengurusan PBDI pada akhir tahun 2004.

4. Pendedahan Oleh TV3
4.1 Pada 5hb Jun, 2007, TV3 melalui siaran berita telah menyiarkan masalah-masalah yang dihadapi oleh para peniaga Pasar Borong secara terperinci.(7)
4.2 Pendedahan dibuat oleh PPPB, ekoran dari kegagalan Kerajaan Negeri mengambil tindakan membaikpulih keadaan PBDI. Antara masalah-masalah yang diutarakan adalah masalah bekalan air dan infrastruktur.
4.3 Pendedahan TV3 telah memberi impak negatif yang besar kepada Kerajaan Negeri Terengganu, terutamanya kepada Menteri Besar (MB), kerana TV3 meminta maklumbalas dari pihak MB secara spontan dan MB gagal memberi jawapan yang konkrit.
4.4 Selain itu, pendedahan isu PBDI menunjukkan kelemahan Kerajaan Negeri kerana masalah-masalah PBDI telah berlanjutan dari tahun 2005, tanpa sebarang tindakan

5. Kenyataan Media Kerajaan Negeri
5.1 Susulan dari pendedahan TV3, Kerajaan Negeri Terengganu telah membuat kenyataan media pada 13hb Jun, 2007. Kenyataan ini dibahagikan kepada tiga bahagian seperti berikut;
i. kenyataan rasmi Unit Komunikasi (UKOM) Negeri Terengganu yang dikeluarkan di Laman Web Kerajaan Negeri Terengganu (8)
ii. kenyataan rakaman percakapan MB ketika sidang media diadakan (9)
iii. kenyataan rakaman percakapan Pengerusi JawatankuasaPerumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Terengganu, Dato’ Ahmad Said ketika siding media.
5.2 Kenyataan rasmi UKOM yang disiarkan melalui laman rasmi Kerajaan Negeri Terengganu adalah seperti yang dimuat turun dibawah;
Terminal Agro RM40 Juta di Bukit Payung

Pasar Borong Gong Pauh yang berkeadaan kurang selesa akan digantikan dengan Terminal Agro yang akan dibina di Bukit Payung.
Oleh: Suriati Ali
Kerajaan Negeri memperuntukkan kira-kira RM40 juta bagi membina pasar borong baru yang dikenali sebagai Terminal Agro di Bukit Payung, Marang.
Pembinaan terminal yang menggantikan Pasar Borong Gong Pauh itu masih lagi dalam perangkaan pelan dan dijangka siap akhir 2009.
Apabila siap kelak ia mampu memenuhi hasrat peniaga terutama mereka yang menjalankan jualan secara borong memperluaskan ruang niaga masing-masing.
Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh berkata, pembinaan Terminal Agro dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi peniaga yang sekarang ini masih menggunakan pasar borong lama iaitu di Gong Pauh.
Katanya, isu kekurangan bekalan air yang dibangkitkan peniaga sebelum ini adalah disebabkan beberapa faktor dalaman yang mana sebelum ini dipegang Yayasan Amal PAS Malaysia.
Katanya, ada di kalangan ahli yayasan itu kurang berpuas hati selepas Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT) mengambil alih pengurusan pasar itu.
“Mereka sanggup bertindak diluar batasan dengan mencabut hampir keseluruhan pili air sehingga menyukarkan peniaga mendapatkan sumber air untuk menjalankan peniagaan masing-masing
“Bagi meredakan keadaan pegawai MPKT telah mengadakan perbincangan bersama peniaga pada 25 April lalu dan dalam perjumpaan itu, MPKT bersetuju membaiki segala kelengkapan yang rosak selain bertindak membersih longkang, surau dan menyusun semula aturan keluar masuk ke pasar itu sementara menunggu Terminal Agro siap,” katanya.
Menurutnya, Kerajaan Negeri turut kesal dengan sikap yayasan itu kerana tiada perancangan teliti bagi memenuhi keselesaan peniaga.
“Demi keuntungan hasil sewa, mereka sanggup membuka ruang kepada 327 individu untuk berniaga walaupun menyedari pasar itu hanya mampu memuatkan 60 ruang niaga,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, di Wisma Darul Iman, hari ini (13 Jun).
Sementara itu, Dato, Seri Idris turut menjawab pertanyaan pemberita yang ingin mengetahui mengenai status sistem pengangkutan keretapi yang ingin diwujudkan di Terengganu.
Katanya, beliau sering membangkitkan isu pembinaan keretapi di Terengganu ketika bermesyuarat bersama Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana memikirkan sistem keretapi perlu bagi menarik pelancong selain dapat menjana ekonomi negeri Terengganu.
Jika diwujudkan ia menjadi pelengkap untuk sistem pengangkutan dan sektor pelancongan selain ada kemudahan pengangkutan lain termasuk Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dan lapangan terbang bertaraf antarabangsa.
Unit Komunikasi Negeri.

5.3 Kenyataan rakaman percakapan MB ketika sidang media adalah seperti dibawah;
“ Isu Pasar Borong Gong Pauh, itu merupakan isu peninggalan PAS. Kalau dahulunya pasar borong ini ada di Cabang Tiga Kuala Terengganu, dan dipindahkan kepada Gong Pauh. Bila dipindahkan kepada Gong Pauh memang ada strateginya supaya diberikan kepada satu persatuan yang dimiliki oleh PAS sendiri. Yang memungut 55,000 (RM) sebulan sebenarnya. Dan dengan cara demikian mereka boleh membuat keuntungan daripada pemindahan pasar borong dari Cabang Tiga ke Gong Pauh. Bila Gong Pauh ini dibina hanya untuk 60 orang peniaga tapi terlajak sehingga 327, dari 60 hingga 327, memang, memangnya kelengkapan tidak mencukupi, bekalan air tidak mencukupi, infrastrukturnya tidak apa ni, apa ni, jalannya tidak ditar, ataupun tidak disimen, jadi banyak perkara lah, bangunan tidak dibina dengan baik, jadi timbul masalah. Dan apabila diserahkan tahun 2005 apabila diserah kepada MPKT timbul lagi masalah apabila kepala paipnya dibuang semua sekali, tidak diserah dengan baik. Jadi inilah dan memang telah kita cuba beberapa kali, tapi inilah isu-isu yang kadang-kadangkala memakan masa. Sama juga isu katakanlah yang ditulis didalam suratkhabar tentang Pusat Penyu di Rantau Abang, Pusat Penerangan, sebenarnya selepas kita mengambil alih, saya dah saya ingat dalam kerajaan negeri kita telah memberi beberapa peruntukan. Memang peruntukan pun kita tidak mencukupi lagi kerana mungkin ada keutamaan yang diberikan kepada pendidikan, kepada kemiskinan, keutamaan tidak diberikan kepada Pusat Penerangan Penyu mungkin. Jadi saya nak mengatakan 3 perkara ini merupakan yang dahulunya tidak sepatutnya kita kebelakang kerana Pusat Penerangan Penyu memang telah ada dahulu, ditinggalkan dibiarkan begitu sahaja oleh kerajaan PAS, ia jadi kita perlu kembali ke tapak yang lama”.
5.4 Kenyataan Dato Ahmad Said menjawab pertanyaan wartawan adalah seperti berikut;
“ Masa dia buat makna dia tubuhkan, purposely dia buat, dia pindahkan daripada Cabang Tiga tu, kerana dia tak boleh control sebab itu dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional dulu, so bila dia pindah ketempat lain sekurang-kurang bila dia buat satu Konsortium Petani Komersial dia dapat hasil dari itu. Kita tengok pun yang mengetuainya pun macam bekas pegawai pertanian negeri, dia pun memang orang kuat PAS, bekas apani Bendahari Risikan Malaysia, Parti PAS Malaysia, orang-orang dia semua, so dia dapat hasil dan dia buat dengan minimum punya kemudahan, jalan tidak tar, surau tidak ada, semua sekali. Sepatutnya tempatkan 60 orang dia muatkan 327, sebab sewanya banyak that’s why dia dapat lebih 55,000 sebulan, hasilnya. (Sewanya) ada 180 ada 150 ada 80 ringgit, macam-macamlah. Cara dia buat macam pasar Kedai Buluh, macam ke kat Hj Hadi begitulah, dengan tiang kayu reja, begitulah dia buat. Itulah pun ‘mentality’ dia orang. Cuba tengok kat Hj Hadi, macamana dia berniaga hari Jumaat, atas tanah, atas gerai-gerai gitulah. Pasal tu kita kerajaan negeri apa ni untuk (nak) buat Pengkalan Agro Base yang baru tu di Bukit Payong Forty Million kita buat. Kita baru buat plan design semua sekali dan akan bentang tak lama untuk keputusan. Cuma masalah kita macam baru ni, perjumpaan telah dibuat dengan Yang Dipertua MPKT, MPKT dah sanggup untuk menyediakan kemudahan-kemudahan, tapi lepas tu dia panggil Wahid Endut pulak. Lepas perjumpaan tu kita hantar air sementara, bekalan sementara, paip masa kita ambil alih dia cabut semua sekali. Itulah ‘mentality’ orang dia, 90% lebih orang dia. Ini yang susahnya kita, macam sekarang ni dia orang tak bayar, sebahagian besar tak bayar sewa dengan MPKT. Bila siap yang baru kita akan pindah. Air sekaang ni kita dah hantar secara sementara, dengan lori”.

6. Pembohongan, Fitnah dan Penghinaan
6.1 Pembohongan, fitnah dan penghinaan telah dibuat didalam kenyataan kerajaan Barisan Nasional/ UMNO Terengganu berhubung isu Pasar Borong Darul Iman.
6.2 Melalui kenyataan UKOM, sebagai media rasmi kerajaan telah melakukan pembohongan dan fitnah, dengan menyatakan bahawa Yayasan Amal Malaysia terlibat didalam kerosakan paip dipasar Borong Darul Iman.
6.3 Didalam kenyataan Dato’ Seri Idris Jusoh, sebagai MB Terengganu, telah menyatakan pembohongan secara borong, bahawa semua masalah-masalah yang ada pada kerajaan Terengganu sekarang adalah masalah yang ditinggalkan oleh kerajaan PAS yang memerintah Terengganu 2000 – 2004. Ini termasuk masalah infrastruktur pasar borong dan juga masalah Pusat Penerangan Penyu di Rantau Abang.
6.4 Dato’ Ahmad Said, dalam kenyataannya menyatakan fitnah kepada PAS bahawa penubuhan Pasar Borong DarulIman adalah bertujuan untuk PAS untuk mengaut keuntungan. Sedangkan syarikat KPK yang mengendali Pasar Borong Darul Iman, tidak ada kena mengena dengan PAS.
6.5 Dato’ Ahmad Said juga menghina rakyat Terengganu, peniaga-peniaga kecil, peniaga-peniaga di pasar mingguan Kg Rusila, Kedai Buluh, Hj Hadi dan orang-orang PAS dengan meletakkan cemuhan, bahawa mereka semua mempunyai ‘mentality’ (pemikiran) yang rendah.

Sekian.

Advertisements