Ogos 2007


لَا يَزْنِي الزَّانِي حِين يَزْنِي وَهُوَ مُؤْمِن , وَلَا يَسْرِق السَّارِق حِين يَسْرِق وَهُوَ مُؤْمِن , وَلَا يَشْرَبُ الْخَمْر حِين يَشْرَبُهَا وَهُوَ مُؤْمِن

Hadis Abu Hurairah r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Seorang penzina tidak akan berzina jika ketika itu dia berada di dalam keimanan. Seorang pencuri tidak akan mencuri jika ketika itu dia berada di dalam keimanan iaitu iman yang sempurna. Begitu juga seorang peminum arak tidak akan meminum arak jika ketika itu dia berada di dalam keimanan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya Faizul Abbas. Nama blog ibnuabbas kira sesuai lah pasal saya anak abbas. nak belajar curahkan idea, artikel, diskusi dll dlm alam maya ini. harap ramai yg sudi bersahabat.

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

Ada sahabat yang emailkan….HARGA DAN PENGISIAN KEMERDEKAAN

 

Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan-tuan dan puan-puan, para peminat Mutiara FM yang dimuliakan. Tidak beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut Hari Kemerdekaan negara kita Malaysia yang tercinta bagi kali yang ke-49. (Muhtar: Tahun 2007 ini adalah kali yang ke-50). Lagi sekali kita mengatakan bahawa kita bersyukur kepada Allah SWT yang telah mengizinkan negara yang tercinta ini merdeka daripada cengkaman asing khususnya cengkaman dari Barat.

 

Namun kemerdekaan ada harganya. Harganya terpaksa dibayar oleh pejuang-pejuang kemerdekaan dari kalangan para ulama’, cendekiawan, para intelek dan masyarakat secara amnya iaitu masyarakat majmuk di Malaysia yang sama-sama berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan bagi Malaysia. Kita bersyukur kepada Allah di atas semua ini. Hari ini yang hendak kita tekankan ialah tentang pengisian kepada kemerdekaan itu sendiri. Pengisian berdasarkan acuan kita. Apa yang hendak kita isi selepas kita merdeka. Alhamdulillah Malaysia telah mencapai kemajuan yang pesat. Dalam banyak sudut kita tidak melupakannya. Di sudut ekonomi, pembangunan, infrastruktur, prasarana-prasarana yang kita perlukan alhamdulillah. Kita telah melangkah jauh ke depan dan kita sedang mengejar Wawasan 2020 yang hendak kita capai insya Allah pada tahun yang sama.

 

Semua ini merupakan berita-berita yang menggembirakan. Namun di celah-celah berita yang gembira ini ada kesedihannya. Di celah-celah infrastruktur yang hebat ini ada kejelikannya. Di celah-celah pembangunan yang melibatkan bangunan-bangunan yang besar, tiba-tiba ada pembangunan yang sedikit terabai yang bernama pembangunan insan yang memfokuskan kepada aspek spiritual. Maka sekarang kita mendengar di mana-mana sahaja, kita membaca di dada-dada akhbar, kita melihat sebagai contohnya di Edisi Siasat di NTV7 berita tentang satu budaya baru yang dengan ghairahnya menyerang remaja-remaja kita.

 

Apa nama budaya baru ini tuan-tuan dan puan-puan. Namanya ialah budaya Hedon. Budaya Hedon berasal dari kalimat Hedonisme. Ia merupakan satu doktrin yang menekankan bahawa keseronokan ialah kemuncak kepada kebaikan. Dalam bahasa mudah, kebaikan yang paling tinggi dan hebat ialah seronok. Jadi pada hari ini kita bercakap tentang bahasa seronok, dalam bahasa Inggerisnya bermaksud enjoy, happy dan sebagainya. Itu bahasa yang digunakan dalam budaya Hedon.

 

Jom Taubat

Hiburan sebegini tentunya akan membawa kepada cinta dunia, lupa Akhirat!

 

Mengikut laporan kajian kesihatan seksual dan reproduktif remaja di Malaysia tahun 2003 yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan, kajian ini menunjukkan remaja terutama pelajar sekolah di negara ini aktif melakukan kegiatan seks termasuk hubungan seks di luar nikah. Ini satu berita yang cukup menggerunkan. Kemudian tinjauan Metro hari Ahad baru-baru ini mendapati ada laman-laman web tertentu di negara ini yang berdaftar sebagai laman web seks. Mengikut tinjauan Metro terdapat lebih kurang 1794 ribu ahli yang berdaftar di laman web seks ini. Mereka akan membuat pertemuan, perjumpaan untuk melakukan seks secara berkumpulan dari masa ke semasa.

 

Ini juga berkaitan dengan budaya Hedon. Tambahan dari itu kita juga telah membaca banyak statistik tentang kes penyalahgunaan najis dadah. Sebagai contoh mengikut laporan Berita Harian bertarikh 24 Februari 2005 bersempena dengan Karnival 6 Jahanam anjuran Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan, mengikut laporan ini menunjukkan bahawa pada tahun 2004 sahaja kes penagih dadah telah meningkat 4.53%. Inilah berita-berita yang menyedihkan bila kita bercakap tentang kemerdekaan. Pembanggunan sudah baik tetapi spiritual sedang menjunam. Remaja-remaja kita berada di persimpangan yang membimbangkan. Seks bebas makin berleluasa dan ia dilakukan secara terbuka dan berani sekali. Penyalahgunaan najis dadah peratusnya semakin meningkat dan begitulah seterusnya.

 

Seronokkah kita bila mendengar statistik dan perangkaan ini. Sudah pasti kita tidak seronok. Cukupkah sambutan kemerdekaan sekadar kita bersorak Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!. Cukupkah sambutan kemerdekaan sekadar kita melakukan ekspedisi kemerdekaan pusing Pulau Pinang dengan bendera yang berkibar-kibar kemudian pada esok harinya kita lupa bab solat dan terus dengan agenda seks bebas kita. Tidak cukup!!!

 

Makan Dalam Yang SureDosa

Apakah perasaan ibu bapa mereka? Betapa sedih dan hancurnya harapan ibu bapa mereka yang impikan anak yang soleh dan solehah

 

Tuan-tuan dan puan-puan, bersempena dengan bulan kemerdekaan ini mari sama-sama kita memainkan peranan agar negara kita dimerdekakan daripada gejala-gejala negatif seperti budaya kuning yang saya sebutkan tadi. Ibubapa didiklah anak agar menjadi anak yang soleh dan solehah. Jangan lupa anda sebagai ibubapa, anda memainkan peranan yang amat penting untuk memastikan anak-anak anda berjaya di dunia hingga ke Akhirat. Nasihat yang sama juga saya berikan pada Dr. Danial bin Zainal Abidin sebab dia juga seorang bapa kepada 8 orang anak. Ini peranan yang perlu kita lakukan. Jangan asyik menonton gusti, cari gincu yang mahal lagi terbaik, seronok ke salon yang dapat mencantikkan diri kita. Jangan asyik itu. Bukan tidak boleh tapi jangan asyik sehingga kita melupakan benda yang paling besar ertinya pada kehidupan kita iaitu mendidik anak-anak menjadi hamba Allah yang sebenarnya.

 

Anda dan saya sebagai ibubapa mempunyai tanggungjawab yang besar. Itu yang pertama. Kedua sistem pelajaran atau pendidikan kita. Guru-guru tolonglah belajar tentang bagaimana hendak bercakap dengan remaja-remaja di sekolah. Ada guru-guru yang hanya tahu mengajar tetapi tidak tahu nak berkomunikasi dengan pelajar-pelajar di sekolah terutamanya pelajar remaja. Mereka bercakap kepada remaja dengan menggunakan bahasa bodoh!! bahalol!!, minta maaf tetapi inilah bahasa yang guru-guru gunakan tetapi bukan kesemua guru. Sebahagian ada menggunakan kalimat ini. Guru-guru itu perlu dididik terlebih dahulu tentang cara hendak mendidik remaja-remaja.

 

Ketiga kerajaan atau pihak yang berwajib tolonglah jaga media massa. Janganlah disemarakkan aktiviti konsert yang melampau. Semua ini menghancurkan anak bangsa. Ini Dr. Danial sebutkan di bulan kemerdekaan agar kita tidak hanya bersorak merdeka sedangkan di bawah sana kita bukannya merdeka, kita sebenarnya masih belum bebas dengan budaya-budaya yang menghancurkan bangsa, negara apatah lagi agama.

 

Semoga di bulan kemerdekaan ini kita menjadi orang yang bertanggungjawab berdasarkan tuntutan Al-Quran dan juga As-Sunnah. Jangan lupa “Kuntum khaira ummatin uhrijat linnas”. Kata Allah dalam surah Ali-Imran ayat 110 yang bermaksud “Kamu sebaik-baik umat yang dikeluarkan bagi manusia”. Buktikannya. Buktikan bahawa kita sebaik-baik umat bukan seteruk-teruk manusia. Semoga Allah memberikan kekuatan dan kesedaran kepada kita di bulan kemerdekaan ini untuk memainkan peranan yang positif untuk menjadikan Malaysia sebuah negara contoh insya Allah.

 

Sila baca juga: ‘Makan Dalam’ yang SureDosa.. Jom Taubat!

 

Full Time Muslim

Full Time Muslim… There’s no such thing as a Part-Time Muslim

 

ATUK MERDEKA

 

Cucuku..
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?

 

Atukku..
Aku ingin menjadi kayu.

 

Jika kau menjadi kayu
Jadilah kayu golf
Disebut kayu tetapi besi
Diulit Dato’, tauke dan menteri
Jangan kau menjadi tunggul!

 

Cucuku..
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?

 

Atukku..
Aku ingin menjadi pagar.

 

Jika kau menjadi pagar
Jadilah pagar karan
Dipicit suis power berjalan
Dirempuh diusik boleh pengsan
Jangan kau jadi pagar makan padi!

 

Cucuku..
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?

 

Atukku..
Aku ingin menjadi mangkuk.

 

Jika kau menjadi mangkuk
Jadilah mangkuk purba zaman batu
Buruan ahli arkeologi setiap waktu
Membawa bukti tamadun dan ilmu
Jangan kau menjadi mangkuk hayun!

 

Cucuku..
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?

 

Atukku..
Aku ingin menjadi bintang.

 

Jika kau menjadi bintang
Jadilah bintang di langit
Tiada boleh ditukar wang ringgit
Tidak boleh dijolok dikait
Jangan jadi bintang tiga!

 

Cucuku..
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?

 

Atukku..
Aku ingin menjadi seluar dalam.

 

Jika kau menjadi seluar dalam
Jadilah seluar dalam superman
Sarung di luar nampak gentleman
Tiada manusia memberi komen
Jangan kau menjadi seluar dalam model playboy!

 

Cucuku..
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?

 

Atukku..
Aku ingin MERDEKA.

 

Jika kau ingin MERDEKA
Lupakan tentang perarakan di Dataran Merdeka
Simpanlah budget kereta berhias dan pentas lintas hormat
Untuk membeli kayu
Untuk membeli pagar
Untuk membeli mangkuk
Untuk membeli bintang
Untuk membeli seluar dalam
Dan.. Untuk membeli MERDEKA!

 

UJANG
Kuala Lumpur 1992

Wallahu a’la wa a’lam.


Wasiat Ustaz Hasan Al Hudhaibi
 
Wahai Ikhwan, sesungguhnya Allah telah menjadikan kamutentera untuk menegakkan kebenaran, kemuliaan danketinggian di tanah air kamu dan di dunia Islam seluruhnya.kewajipan tentera yang ikhlas ialah sentiasa bersedia untukmelaksanakan tanggungjawab dalam mengharungi medanperjuangan. oleh itu menjadi kewajipan kamu,bersedia setiap masa untuk melakukan apa saja yang bolehmembawa kepada kemenangan di medan pengislahandan pembebasan ummah. maka sucikanlah jiwamu,bersihkan hatimu, perangi hawa nafsumu sebelum kamumemerangi musuhmu. Sesungguhnya orang yang tidakmampu menewaskan nafsunya, lebih tidak mampu untukmengalahkan musuhnya di medan perang bersenjata.Jadilah kamu contoh bagi apa yang kamu cakapkandengan mempamirkan akhlak al-Quran agar kamu dikenalimanusia dengan akhlak kamu sebelum mereka mengenalikamu dengan kata-katamu.

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt…

Petikan dari Akhbar Sinar Harian 24 Ogos 2007:400 hantar memorandum bantah Pejabat Tanah
Kira-kira 400 penduduk di daerah ini berkumpul beramai-ramai bagi meng­hantar memorandum ban­tahan kepada Pejabat Ta­nah dan Daerah Setiu yang dikatakan bertindak mengambil semula lot-lot tanah di bawah Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) yang diusahakan peserta terbabit.

Mereka mula berkumpul di hadapan Restoran Tera­pung Puteri pada jam 10 pagi semalam, dengan has­rat untuk menyerahkan sendiri surat yang dina­makan Memorandum Ban­tahan Rakyat itu kepada pihak berwajib.

Selepas itu, kumpulan berkenaan terus berarak menuju ke bangunan Kompleks Pejabat Kerajaan, sebelum memorandum ter­sebut diserahkan kepada Penolong Pegawai Daerah Setiu, Lizan Che Mat yang bertindak sebagai wakil jabatan.

Sepanjang perhimpunan itu diadakan, mereka di­awasi dengan kawalan ke­tat seramai 60 anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah dan 60 anggota Unit Simpanan Perse­ku­tuan (FRU) Infantri serta 9 anggota FRU Water Canon yang bersedia sejak awal pagi di kawasan ber­kenaan sebagai langkah berjaga-jaga.

Ketua Pemuda Pas Te­rengganu, Azman Safawi Abdul Rani yang menge­tuai kumpulan tersebut ber­kata, pihaknya terpaksa menghantar memorandum berkenaan kerana terlalu kesal dengan sikap Pejabat Tanah yang bertindak me­ngambil semula pem­berian tanah di bawah projek RTB itu.

“Kita kesal kerana se­belum ini lot-lot tanah ter­sebut diberi dan diuruskan sendiri oleh pihak Pen­tadbir Pejabat Tanah, se­baliknya mereka kemudian bertindak ‘merampas’ se­mula tanah-tanah berke­naan.

“Apa yang dikesalkan lot-lot tanah RTB yang diusahakan oleh penduduk di daerah ini membabitkan antara 6,000 hingga 7,000 lot,” katanya ketika ditemui selepas perarakan terse­but.

 
 
 
 
 

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا خَطَبَ احْمَرَّتْ عَيْنَاهُ وَعَلَا صَوْتُهُ وَاشْتَدَّ غَضَبُهُ حَتَّى كَأَنَّهُ مُنْذِرُ جَيْشٍ يَقُولُ صَبَّحَكُمْ وَمَسَّاكُمْ وَيَقُولُ بُعِثْتُ أَنَا وَالسَّاعَةُ كَهَاتَيْنِ وَيَقْرُنُ بَيْنَ إِصْبَعَيْهِ السَّبَّابَةِ وَالْوُسْطَى وَيَقُولُ أَمَّا بَعْدُ فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ وَخَيْرُ الْهُدَى هُدَى مُحَمَّدٍ وَشَرُّ الْأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ ثُمَّ يَقُولُ أَنَا أَوْلَى بِكُلِّ مُؤْمِنٍ مِنْ نَفْسِهِ مَنْ تَرَكَ مَالًا فَلِأَهْلِهِ وَمَنْ تَرَكَ دَيْنًا أَوْ ضَيَاعًا فَإِلَيَّ وَعَلَيَّ. (مسلم وغيره(

 

 

 

Maksudnya:

Dari Jabir bin Abdullah r.a., katanya: Pernah Rasulullah s.a.w apabila berpidato merah menyala matanya, lantang suaranya dan bersangatan marahnya, sehingga seolah-olah Baginda seorang pemberi amaran yang menyatakan kepada angkatan tentera (tentang kedatangan musuh) dengan katanya: Bahawa musuh akan datang menyerang kamu pada pagi-pagi hari dan (mungkin) pada waktu petang!; serta Baginda bersabda: “(Masa) aku diutuskan dan masa berlakunya qiamat seperti dua jari ini,” lalu Baginda menyatukan kedua jari tangannya – jari telunjuk dan jari tengah, serta baginda bersabda lagi: “(Ketahuilah) selain dari itu, maka sebenar-benar perkataan ialah kitab Allah dan sebaik-baik jalan pimpinan ialah jalan pimpinan Muhammad (s.a.w) dan (sebaliknya) sejahat-jahat perkara ialah perkara-perkara baharu (yang) diada-adakan dalam agama), sedang tiap-tiap perkara baharu (yang diada-adakan dalam agama) itu adalah bid’ah dan tiap-tiap bid’ah itu sesat”. Kemudian Baginda bersabda lagi: “Aku adalah berhak menolong tiap-tiap seorang mukmin lebih daripada ia menolong dirinya sendiri, – sesiapa yang meninggalkan harta benda maka itu adalah untuk waris-warisnya dan sesiapa yang meninggalkan hutang atau orang yang kehilangan tempat bergantung maka terserahlah kepadaku menjaganya atau akulah yang menanggung hutangnya”.

(Muslim dan Lain-lainnya).

Hadis yang pertama ini mengandungi tentang:

(1) Gaya Rasulullah s.a.w semasa berpidato.

(2) Masa baginda diutus oleh Allah Taala dan saat berlakunya qiamat.

(3) Kitab Allah ialah sebenar-benar perkataan dan jalan pimpinan Rasulullah s.a.w ialah sebaik-baik jalan pimpinan.

(4) Perkara-perkara baharu yang diada-adakan dalam agama adalah seburuk-buruk perkara.

(5) Keadaan Rasulullah s.a.w dengan orang-orang mukmin.

Huraiannya:

Pertama – Gaya Rasulullah s.a.w semasa berpidato:

Tabligh (tugas menyampaikan perintah-perintah agama) adalah tujuan pokok dari perutusan Rasulullah s.a.w, manakala pidato adalah salah satu cara bagi Baginda menjalankan tugas tabligh. Dengan jalan pidato, Rasulullah s.a.w menyampaikan perkara-perkara yang mesti disampaikan dari perkara-perkara yang sekecil-kecilnya hingga kepada yang sebesar-besarnya, apakala keadaan menghendakinya.

Semasa berpidato, tergambar pada anggota-anggota lahir Baginda kesungguhan hatinya mengenai apa yang hendak disampaikannya melalui pidatonya itu, lebih-lebih lagi pada perkara-perkara yang hebat, seperti berlakunya qiamat. Baginda melafazkannya dengan suara yang lantang, merah matanya, dengan rupa marah nampaknya, seperti keadaan seorang panglima memerintah tentera, memberi amaran tentang serangan musuh, yang akan datang menyerbu entah pada waktu pagi dan petang.

Keadaan yang demikian adalah sangat mustahak untuk menarik perhatian dari seluruh ahli satu-satu rapat umum, kerana segala gerakan dan keadaan air muka pemberi pidato itu besar kesannya kepada mereka.

Kedua – Masa Baginda diutus dan saat berlakunya qiamat:

Meskipun masa berlakunya hari qiamat tidak ada sesiapa yang mengetahuinya dengan tepat melainkan Allah, tetapi Rasulullah s.a.w telah menerangkan secara umum bahawa masa berlakunya qiamat itu telah hampir. Baginda membuat bandingan tentang kehampirannya itu seperti hampirnya jari telunjuk dengan jari tengah, yakni antara dua jari itu tidak ada diselangi oleh jari lain, maka begitulah masa Baginda diutus dengan masa berlakunya qiamat, tidak ada Rasul yang membawa wahyu yang lain yang menyelanginya atau bezanya masa berlaku qiamat dengan masa Rasulullah s.a.w diutus adalah seperti bezanya panjangnya jari tengah dari jari telunjuk.

Ketiga – Kitab Allah Adalah Sebenar-benar Perkataan:

Benar bererti tepatnya sesuatu yang disebut dengan keadaannya yang sebenar.

Ketetapan itu ialah apabila yang menyebut itu mempunyai pengetahuan yang luas meliputi segala hal keadaan yang dinyatakannya; pengetahuan yang sedemikian tidak dipunyai melainkan oleh Allah Subhanahu wa Taala.

Kitab Allah, kitab suci Al-Qur’an Al-Karim, antara lain mengandungi kisah-kisah kejadian yang berlaku, sama ada yang berlaku sebelum daripada masa turunnya, semenjak zaman purba ataupun yang berlaku kemudian daripada masa turunnya hingga hari qiamat.

Mengenai perkara-perkara yang telah berlaku, Al-Qur’an Al-Karim telah menceritakan dalam keadaan yang terbuka kepada segala lapisan masyarakat dan apa yang telah diceritakannya itu tidak ada sesiapapun yang menentangnya, dari golongan ahli pengetahuan yang jujur.

Demikian juga, mengenai perkara-perkara yang akan datang, Al-Qur’an telahpun menceritakannya dan di antaranya ada yang telah berlaku menjadi kenyataan sebagaimana yang telah diceritakannya dan setengahnya yang lain lahir ke alam nyata melalui kajian-kajian sains.

Ini adalah di antara bukti-bukti yang menunjukkan bahawa kisah da kejadian-kejadian yang disebut dalam kitab Allah itu adalah benar, maka demikianlah pula mengenai bahagian-bahagian yang lain, seperti bahagian hukum, bahagian pengajaran dan seterusnya adalah semuanya benar belaka. Kitab Allah adalah sebenar-benar perkataan, kerana ilmu Allah itu adalah meliputi segala-galanya.

 

Pimpinan Rasulullah s.a.w.:

Nabi Muhammad s.a.w diutuskan untuk memimpin umat manusia ke jalan yang benar, yang boleh menyampaikan kepada matlamat kebahagiaan sejati. Jalan pimpinan Baginda adalah sebaik-baik jalan pimpinan kerana pimpinan baginda adalah dengan panduan wahyu melalui malaikat yang diutus oleh Allah Azza wa Jalla pencipta seluruh alam.

Dalam buku-buku karangan mengenai pimpinan-pimpinan dunia yang masyhur, terdapat Nabi Muhammad s.a.w disebut dari jumlah mereka. Ya, sungguh benar, Baginda termasuk dalam jumlah pemimpin-pemimpin dunia yang terkenal, tetapi yang lebih benarnya ialah pimpinan Rasulullah s.a.w tidak boleh ditandingi dengan pemimpin-pemimpin dunia yang lain, yang dalam hal memimpin rakyat, mereka hanya berpandu kepada fikiran masing-masing yang sangat terbatas, dalam keadaan dan masa yang terbatas.

Keempat – Perkara-perkara Baharu yang diada-adakan dalam Agama:

Dimaksudkan dengan perkara-perkara baharu yang diada-adakan dalam agama itu ialah perkara-perkara yang menyalahi dengan maksud isi kandungan Kitab Allah, Sunnah Rasulullah s.a.w, Aathar sahabat dan Ijma Ulama.

Perkara-perkara baharu yang demikian itulah dia bid’ah yang merupakan jalan baharu yang menyeleweng dari jalan yang sebenar, maka sudah tentu tidak akan sampai kepada matlamat kebahagiaan yang sejati. Kebahagiaan yang memang dikehendaki ini bukan sahaja dalam kehidupan dunia ini semata-mata, bahkan yang terutama sekali ialah kebahagiaan di akhirat kelak dan jalan ke akhirat itu tidak sesiapa yang mengetahuinya dan tidak akan berhasil dengan cara diagak-agak dan direka-reka sendiri oleh sesiapapun. Dengan sebab itu maka perkara-perkara yang menyalahi itu sudah tentu membawa bahaya yang besar dan balasan yang seburuk-buruknya.

Kelima – Keadaan Rasulullah s.a.w dengan orang-orang Mukmin:

Sebagaimana yang sedia maklum bahawa tiap-tiap orang adalah berhak menjaga keadaan diri sendiri lebih dari orang-orang lain, tetapi Rasulullah s.a.w berhak menjaga keadaan setiap orang mukmin lebih daripada orang mukmin itu menjaga diri sendiri.

Dengan sifat seorang pemimpin negara dan pemimpin agama, yang membawa perutusan dari Allah Subhanahu wa Taala, Baginda mencurahkan segala daya upaya, segala kebolehan dan segala perasaan untuk kebaikan umat di dunia dan di akhirat, jauh sekali Baginda melakukan kecuaian dalam menjalankan tugas untuk kebaikan dan tidak sekali-kali Baginda berusaha untuk kepentingan diri sendiri.

Di antara cara-cara Baginda menjaga kebaikan orang-orang mukmin ialah kesanggupan Baginda menjaga orang-orang yang kehilangan tempat bergantung dan membayar hutang yang ditinggalkan oleh si mati yang tidak meninggalkan harta benda.

Laman Berikutnya »