Ulama Antarabangsa tidak bersetuju penggunaan istilah “Islam Hadhari” Artikel Umum Majma’ al Fiqh al Islami di bawah OIC selesai bersidang di Putrajaya Sabtu 14 Julai 2007 lalu. Persidangan ini kali ke 18. Kerajaan Malaysia telah mengambil kesempatan sebagai tuan rumah dan pengerusi OIC untuk mewar-warkan aUlama dunia tidak bersetuju penggunaan istilah “Islam Hadhari”Artikel UmumMajma’ al Fiqh al Islami di bawah OIC selesai bersidang di Putrajaya Sabtu 14 Julai 2007 lalu. Persidangan ini kali ke 18. Kerajaan Malaysia telah mengambil kesempatan sebagai tuan rumah dan pengerusi OIC untuk mewar-warkan agenda Islam hadharinya. Satu sesi khusus diadakan untuk perbincangan mengenai Islam hadhari. Istilah yang dipilih ialah “manhaj al Islam al Hadhari”. Sengaja ditambah perkataan ”manhaj” di hadapan Islam Hadhari bagi membayangkan ianya hanya stu pendekatan, bukan agama baru. Ini tentu sahaja mendapat nasihat dari ulama’ kerajaan yang tahu sentiviti ulama’ peringkat dunia mengenai istilah Islam hadhari.Allahu Akbar, Nampaknya 128 ulama’ yang bersidang tidak tertipu. Mereka sedar dengan kerja licik untuk membawa bid’ah besar ini ke dalam kerangka Islam. Resolusi akhir perhimpunan ini mengenai topik Islam hadhari jelas tidak memilih penggunaan Islam hadhari. Sebaliknya mendahulukan perkataah hadharah sebelum perkatan Islam. Tepat sekali sanggahan Hj Abdul Hadi Awang terhadap Islam hadhari dengan judul bukunya ” Hadharah Islamiyyah bukan Islam Hadhari ”. ( Pembangunan/ketamdunan Islam bukan Islam membangun/bertamadun)Majma’ al Fiqh al Islami memilih istilah al manhaj al hadhari fi Islam atau al manhaj al hadhari al Islami. ( Metod Pembangunan/ketamadunan dalam Islam ). Resolusi ini mempertegaskan keperluan kembali kepada pegangan Islam yang asal dalam menuntut pembangunan. Punca malapetaka kemuduran sebenarnya adalah terpisah dari ajaran agama dan terpengaruh dengan sistem ciptaan manusia.