Bersurai!!Bersurai!!…..Tangkap!! tangkap!!……ALLAHU AKBAR!!ALLAHU AKBAR!!!

Peristiwa berlaku tanggal 8 september 2007, Sabtu. itulah antara suara2 kedengaran malam Ahad lalu apabila orang ramai yang berkumpul di Jalan Sultan Mahmud dan juga berhampiran Warong Pak Maidin berhampiran Taman Selera Batu Burok. Petang itu, ada sahabat yang bagitau bahawa ceramah batal, pentas dah dirobohkan polis. aku ketika itu yang masih bermesyuarat, sudah membayangkan kebarangkalian yang akan berlaku malam nanti.

Selepas solat maghrib, aku merasakan mata ini termat berat untuk dibuka lagi . lalu aku buat keputusan untuk ‘charge bateri’ sementara menunggu Isya’ kononnya… tau,tau…jam dah menunjukkan hampir 10malam. ku gagahkan diri bangun untuk bersolat Isya’. HP berbunyi, terpampang nama Saiful di skrin, ” Assalamualaikum” “Waalaikumussalam”, jawabku ringkas. katanya, “Org tanya ana ceramah jadi ke? kalau jadi, kat mana pindah? org kata pentas kene rombok doh.” Aku jawab, ” Takdok maklumat pun kene pindah tempat. “Jawabku dalam keadaan aku sendiri pun tak pasti apa yang berlaku. ” Anta tak pegi ke?” tanyaku lagi. ” Org tanya ana, ana tak pegi. Anta tak pegi jugok?” Kata Saiful. “Ana mengantuk, tidur dulu tadi, ni baru bangun. nak pegi la ni.” Jawab aku walaupun aku sendiri pun belum pasti sama ada nak pegi atau tidak. OK , takpelah. nanti ana tanya org lain. ”

Keesokan harinya, aku dapat berita dari kawan2ku, mengatakan ada yang kene tembak, ada yang dipukul dengan blantan dengan parah. “jo, betul ke ada org mati di batu burok semalam?” tanya mamud beria2 nak tau. “mu pegi ke?” sudah menjadi kebiasaan aku berbahasakan aku mung dengan mamud. “Aku ada semalam, tapi stakat aku ada dinung, adalah hok kene tembak tapi dok mati lagi. zuki yang papoh.”Katanya dengan yakin kepada ku. ” Aku dapat maklumat dari kawang2 hok tunggu spital smlm, budok tu tak mati, tapi serius sebab peluru masuk dalang paru2. spital tranung tak buat. kene hantor kubang kerian.” kataku. “ok aaa…kalu ada mende2 mung kabor ke aku.” balas mamud mengakhiri perbualan kami.

Aku ke pasar mencari surat kabor keesokan harinya (10 sept), memang dahsyat gambaran wartawan terhadap apa yang telah berlaku malam itu.

RUSUHAN TERBURUK. itulah tajuk berita muka depan SINAR HARIAN, surat khabar pilihanku sejak kelahirannya.

Aku dimaklumkan kengkawan yang hadir pada malam itu , ada dua orang pemuda ditembak. seorang di bahu, seorang lagi di leher. Tapi alhamdulillah kedua2nya selamat. dimaklumkan pemuda yang ditembak di bahu itu, pelurunya terkena paru2 dan terpaksa dibedah di Kubang kerian kerana tiada kepakaran di hospital k.t. katanya ditembak oleh polis muda berpakaian preman. aku tergamam seketika. dalam benakku, tak pernah berlaku polis menggunakan pistol berpeluru hidup untuk meleraikan perhimpunan aman parti politik pembangkang. Ini sudah melampau! adakah kerajaan atau polis sendiri berniat untuk menakut2kan rakyat dan mengugut rakyat agar jangan berceramah dan dengar ceramah?

Teringat aku beberapa hari lalu, terbaca kisah demonstrasi menghalang kerajaan daripada bertindak merobohkan ladang BABI d Melaka. sebanyak 148,000 BABI daripada 88 buah ladang di sekitar 4 kawasan yang dilaporkan. Polis terpaksa membatalkan niat merobohkan ladang BABI tersebut kerana demonstrasi peladang2 BABI seramai kurang lebih 100 orang termasuk kanak2 berpakaian sekolah!!

Apabila dua keadaan dibuat perbandingan, kesimpulan yang ada di benakku ini ialah berlaku DOUBLE STANDARD dalam polis menjalankan tugas. ataupu adakah kerana POLIS TERENGGANU di bawah TELUNJUK BARISAN NASIONAL???

Ini berita dipetik dari BERITA HAIRAN.

4 polis cedera rusuhan di Kuala Terengganu


BERTINDAK LIAR: Anggota FRU mengawal keadaan selepas
rusuhan di Kuala Terengganu, malam kelmarin.

KUALA TERENGGANU: Empat anggota polis termasuk tiga daripada Unit Simpanan Persekutuan (FRU), cedera diserang dan dibaling termasuk dengan bom api, dipercayai oleh penyokong parti pembangkang selepas polis mengarahkan mereka bersurai daripada menghadiri perhimpunan haram di Batu Burok dan Jalan Sultan Mahmud di sini, malam kelmarin.

Seorang daripada empat anggota polis itu, Azmi Husin, 29, dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) akibat cedera di tangan terkena kaca yang dibaling perusuh di tempat letak kenderaan Hotel Permai Inn. Tiga lagi anggota polis dirawat di hospital yang sama sebagai pesakit luar.

Dua lagi lelaki, masing-masing berumur 21 hingga 38 tahun turut cedera di bahu dan leher akibat terkena tembakan dilepaskan seorang konstabel yang mempertahankan diri dan kini dirawat di HSNZ.

Seorang lagi perusuh turut dimasukkan ke HSNZ akibat cedera di kepala terkena balingan batu.

Polis menahan 23 lelaki berusia antara 20 hingga 30 tahun kerana membaling batu, botol, kayu dan bom api ke arah anggota polis serta merosakkan harta benda awam termasuk membakar Jalur Gemilang pada perhimpunan haram bermula 10 malam itu.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob, berkata kira-kira 11.45 malam, seorang anggota polis menjalankan tugas berhampiran kawasan tempat letak kereta Permai Inn dihampiri kira-kira 20 lelaki yang bertindak mengugut dan memukulnya dengan kayu.

Banyak yang tidak dilaporkan apabila dibandingkan dengan cerita kawang2 yang ada di tempat kejadian. Antaranya, siapa yang mulakan dulu? Ada individu 2 yang tidak dikenali membakar semangat orang ramai yang ada di sekitar tempat itu sehinggakan mereka membaling batu..Selepas keadaan bertambah buruk, individu2 tadi menhilangkan diri. Wartawan juga TERLUPA  melaporkan bahawa ada gas pemedih mata yang terkena rumah kedai penduduk tempatan sehinggakan menyebabkan anak kecil mengalami sesak nafas.

fikir2kan……………….WALLAHU A’LAM

Advertisements