Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub telah mengemukakan usul tergempar dibawah peraturan 18 (1) bagi merundingkan dan membincangkan peristiwa keganasan polis pada 8 September 2007, di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu.

Sekira dibenarkan oleh Speaker Dewan Rakyat, usul tersebut akan dibacakan oleh Salahuddin pada 11 September 2007 jam 11.30 pagi.

Teks penuh usul adalah seperti berikut:

YB. Tan Sri Ramli Ngah Talib
Yang DiPertua,
Dewan Rakyat Parlimen Malaysia,
50680 Kuala Lumpur.

9 September 2007

YB. Tan Sri,
USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT PERKARA 18 (1)

Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2), dengan ini diberikan notis bahawa saya akan mengusulkan supaya mesyuarat ini ditangguhkan untuk membincangkan usul yang melibatkan perkara tertentu, berkepentingan ramai dan perlu disegerakan8

YB. Tuan Salahuddin Haji Ayub (Kubang Kerian) mohon mencadangkan:

“Bahawa mesyuarat ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan dewan yang mulia ini merundingkan dan membincangkan peristiwa keganasan polis pada 8 September 2007, di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu”

Tan Sri Yang diPertua,

Pada hari Sabtu 8 September 2007, lebih kurang jam 11.45 malam , seorang anggota polis yang tidak beruniform telah bertindak melepaskan beberapa das tembakan dengan menggunakan dengan sengaja peluru hidup dan akibatnya dua orang awam telah mengalami kecederaan yang sangat seruis.

Mangsa pertama Encik Swandi bin Abd Ghani, 37 tahun telah menggalami kecederaan parah dan sehingga usul ini dikemukakan beliau telah dipindahkan daripada Hospital Besar Kuala Terengganu ke Hospital Kubang Kerian, Kota Bahru, beliau masih dalam keadaan yang amat kritikal. Mangsa kedua, Encik Mohd Azman Bin Abd Aziz, 21 tahun juga mengalami kecedaraan parah dan masih dirawat di Hospital Besar KualaTerengganu.

Dewan yang mulia ini seharusnya diberikan peluang yang sebaiknya dan seadilnya untuk isu dan tragedi ini dibincang dan diperbahaskan secara terbuka agar keadilan dan maklumat sebenarnya dapat ditegakkan. Pihak Kementerian Keselamatan Dalam Negeri perlu memperjelaskan kepada seluruh rakyak Malaysia kenapa peluru hidup perlu digunakan keatas orang awam yang tidak bersenjata.

Integriti pihak polis sangat–sangat dipersoalkan dalam peristiwa ini dimana seolah-olah budaya “trigger happay” diaplikasikan keatas orang awam tanpa memperhitungkan nyawa dan keselamatan awam.

Persoalannya, adakah penggunaan peluru hidup telah menjadi satu pendekataan baru pasukan Polis DiRaja Malaysia?. Tragedi hitam dan sedih ini tidak mungkin akan berlaku sekira pihak keselamatan memberikan keizinan (permit) kepada mana-mana pihak yang berhasrat ini menganjurkan perhimpunan aman sepertimana yang diperuntukan oleh perlembagaan Negara dan semangat demokrasi didalam Negara kita.

Saya mohon mencadang,
SALAHUDDIN HAJI AYUB

Advertisements