Jumaat, 14 September 2007


keluarga-mithali.jpgRM20 SEJAM


Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya
yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu
bertanya kepada ayah…..

Anak: Ayah…ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?
Ayah: Hmmm….nak tanya apa?
Anak: Ayah…berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya?
Si ayah mula menengking.
Anak: Amin saja nak tahu ayah… Tolonglah beritahu berapa
pendapatan ayah sejam di pejabat?
Si anak mula merayu pada ayahnya.
Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu?
Jerkah ayahnya lagi.
Anak: Oh..20 ringgit..
Amin menundukkan mukanya.
Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?
Si ayah mula menjadi berang dan berkata, “Oh, itu ke sebabnya kamu
tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu?
Mintak sampai 10 ringgit?
Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu
senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur!
Dah pukul berapa nih…!!”
Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si
ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil
itu meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ayah
kembali

tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan

duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta
wang sebegitu banyak sebelum ini.

Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik
anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur. “Kamu benar-benar
perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni” Si ayah mengeluarkan sekeping
duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang.
“Terima kasih banyaklah
ayah!”

Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10
ringgit yang sudah renyuk terhim pit oleh bantal.
Bila ternampak duit itu, si
ayah kembali berang. “Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu
dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??”

Amin tunduk… tak berani dia merenung ayahnya.
Sambil menggenggam
kemas duit itu, dia menerangkan…..”Duit ni Amin kumpul dari
belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit

kat ayah sebab Amin tak cukup duit…”

“Tak cukup duit nak beli apa??”
Jerkah ayahnya lagi.

“Ayah…. sekarang Amin dah ada 20 ringgit..
Nah..ayah ambil duit
ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah
balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah..”
Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya…

Moral:
Kongsilah cerite ni ngan sesape aje yg anda suka tapi..yang penting
sekali, kongsilah masa sebanyak 20 ringgit itu
bersama2 dgn insan yang
anda sayangi. Ini hanyalah setitis peringatan kepada sesiapa yang
bekerja keras sepanjang hidupnya..yang bakal kerja sok lusa… atau
sesiapa saja yang selalu sibuk…
Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa dinikmati bersama2
dengan mereka2 yang begitu rapat dengan kita..yang sentiasa berada
di hati kita..

Bayangkan…bila dah kerja nanti…kalau kita mati..pihak syarikat
akan senang2 cari orang lain..gantikan kita.
Tapi..keluarga, rakan2 yang
kita tinggalkan kat dunia ni pasti akan berasa suatu kehilangan
sepanjang hidup mereka…Fikirlah…selama ni…apa yang kita dah
buat untuk keluarga kita?.. untuk insan yang kita sayang??

Konsep iman terjemahkan dengan pelaksanaan

Oleh: DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

DI DALAM siri yang lalu dinaqalkan beberapa kelebihan taqwa sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam Ghazali dalam kitabnya, Minhaj al-Abidin. Berikut sebahagian lagi kelebihannya yang disebut di dalam al-Quran :

1. Cinta Allah. Maka sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaqwa. (Ali Imran : 76)

2. Amal yang diterima. Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) daripada orang -orang yang bertaqwa. (Al-Maidah : 27)

3. Kemuliaan dan kehormatan. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. (Al-Hujurat : 13)

4. Khabar gembira. (Iaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa. Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan (dalam kehidupan) di akhirat. (Yunus : 63-64)

5. Terhindar dari neraka. Kemudian Kami akan menyelamatkan orang-orang yang bertaqwa. (Maryam : 72). Dan kelak akan dijauhkan orang yang paling bertaqwa dari neraka itu. (Al-Lail: 17)

6. Kekal di dalam syurga. Yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. (Ali Imran : 133)

7. Limpahan taufik dan keredhaan Allah. Bahawa Allah beserta orang-orang yang bertaqwa. (Al-Baqarah : 194)

8. Kebaikan beramal. Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu. (Al-Ahzab : 71)

* IAITU MEREKA YANG BERIMAN KEPADA YANG GHAIB, MENDIRIKAN SOLAT DAN MENAFKAHKAN SEBAHAGIAN REZEKI YANG kAMI ANUGERAHKAN KEPADA MEREKA. (Ayat 3)

Dijelaskan dengan lebih terperinci sifat-sifat muttaqin yang mendapat hidayah pada ayat ini hingga ayat lima. Di antara sifat-sifat mereka:

i. Beriman dengan perkara ghaib.

ii. Mendirikan solat.

iii. Sedekah/membelanjakan daripada kurniaan Allah.

Konsep iman ini seperti yang disyaratkan oleh ulama usuluddin ialah tiga:

i. Membenarkan dengan hati.

ii. Iqrar dengan lidah.

iii. Beramal dengan anggota badan.

Imam as- Syafie dalam kitab al-Fiqh al-Akbar menambah yang keempat dengan makrifat rukun-rukun iman.

Justeru itu, fahamlah kita bahawa iman bukan semata-mata konsep kepercayaan dan iqrar sahaja tetapi hendaklah diterjemahkan dengan pelaksanaannya.

Beriman dengan yang ghaib, iaitu yang ghaib daripada pancaindera dan setiap yang tersembunyi adalah ghaib, seperti syurga, neraka dan mizan.

Al- Gharib berkata, “Ghaib ialah apa yang tidak dapat dikesan oleh pancaindera.”

Ibnu Abbas berkata “Ghaib dengan apa yang datang daripada-Nya yakni daripada Allah.”

Terdapat banyak tafsiran tentang ghaib , antaranya :

i. Al-Quran, seperti pendapat Abu Razin dan Zir bin Hubaish.

ii. Wahyu, seperti pendapat Ibnu Abbas dan Ibnu Juraij.

iii. Allah, seperti pendapat Ata’ dan Said bin Jubair.

iv. Apa yang ghaib daripada manusia seperti syurga, neraka yang disebut dalam al-Quran, seperti pendapat as-Suddi daripada guru-gurunya Abu al-A’liah dan Qatadah.

v. Takdir Allah, seperti pendapat az-Zuhri dan Zaid bin Aslam.

vi. Beriman dengan Rasul pada hak yang tidak dilihatnya, seperti kata Amir bin Murrah.

Sifat yang kedua ialah mendirikan solat, mengikut cara yang paling sempurna dengan memenuhi segala syarat, rukun khusus dan adab-adabnya.

Solat pada bahasa bermaksud doa. Pada syarak ia bermaksud segala perlakuan, percakapan mengikut sifat-sifat tertentu. Dinamakan solat kerana tiga sebab:

i. Kerana tingginya.

ii. Kerana lembut. Orang yang bersolat menjadi lembut dan baik jiwanya.

iii. Kerana doa dan bermohon.

Ibnu Abbas mentafsirkan maksud iqamat as-sholat dengan menyempurnakan rukuk, sujud, bacaan dan khusyuk.

Syeikh Rasyid Ridha berkata “Iqamat as-sholat dengan mendatangkan ibadah ruhiyyah badaniah sesempurna mungkin. Ini kerana solat mempunyai gambaran zahir dan roh. Gambaran zahir ialah ibadat anggota. Sedangkan rohnya ibadat hati.”

Sifat yang ketiga ialah dengan bersedekah atau membelanjakan rezeki Allah mengikut jalan keredhaan Allah seperti zakat, sedekah dan juga segala nafkah yang dimestikan ke atasnya. Inilah pilihan Ibnu Jarir.

As-Syeikh As-Syanqiti dalam tafsirnya, Adwa’ al-Bayan menjelaskan, “Dinyatakan `min’ iaitu `daripada’ di sini bermaksud daripada sebahagian iaitu ( tabi’diah). Harta yang dibelanjakan itu hanya sebahagian bukan semuanya.”

* Kenapa terlalu banyak ayat yang disekalikan antara solat dengan menginfak harta?

Ibnu Kathir menjelaskan kerana solat adalah hak Allah yang mengandungi tauhid, pujian dan keagungan kepada Tuhan. Sedangkan infak ialah ihsan kepada makhluk, iaitu hak hamba.

Justeru kebaikan hamba akan sempurna dengan wujudnya hablun minal Allah dengan hablun minan nas. (Khaliq dengan makhluk).

* DAN MEREKA YANG BERIMAN KEPADA KITAB (AL-QURAN) YANG TELAH DITURUNKAN KEPADAMU DAN KITAB-KITAB YANG TELAH DITURUNKAN SEBELUMMU, SEDANGKAN MEREKA YAKIN AKAN ADANYA (KEHIDUPAN) AKHIRAT. (Ayat 4)

Mereka beriman dengan apa yang diturunkan, bermaksud mereka membenarkan tanpa ingkar apa yang rasul-rasul datangkan daripada Tuhan mereka.

Syeikh Rasyid Ridha berkata, “Beriman dengan apa yang diturunkan kepadamu ialah iman tafsili (terperinci) daripada al- Quran. Sedangkan apa yang diturunkan sebelum itu dengan ijmali atau umum sahaja.”

Syeikh Muhammad Abduh berkata, “Diulangkan lafaz `allazina’ kerana mentahqiqkan perbezaan antara dua golongan. Yang paling tinggi ialah di sini kerana segala sifatnya membawa kepada sifat-sifat yang telah disebut dan ditambah.”

`Al Inzal’ bermaksud diturunkan di sini ialah daripada Rububiyyah yang maha tinggi kepada hamba-hamba-Nya daripada petunjuk Ilahi.

Dengan akhirat mereka beriman iaitu berkaitan dengan kebangkitan, kiamat, syurga, neraka, hisab, mizan dan lain-lain. Sedangkan dinamakan akhirat kerana ia berlaku selepas dunia.

Yakin ialah iktikad yang bersamaan dengan realiti tanpa syak dan ragu. Yakin ialah ilmu. Dikatakan yakin ialah ilmu daripada istidlal (meminta dalil atau bukti). Justeru, tidak dinamakan Allah yang yakin kerana ilmunya tidak bersumberkan daripada istidlal seperti kata Imam Al-Baghawi.

* Apakah mereka yang mempunyai sifat ini sama seperti ayat kedua?

Ibnu Jarir memberi tiga pendapat ulama :

i. Yang disifatkan di sini sama seperti sifat pertama. Mereka yang beriman, orang Arab, ahli kitab dan lain- lain.

ii. Kedua-duanya satu iaitu mereka yang beriman di kalangan ahli kitab. Justeru jadilah `wau’ di antara dua ayat ini ataf iaitu sifat di atas sifat.

iii. Sifat yang pertama untuk orang beriman di kalangan orang-orang Arab dan kedua, di kalangan orang beriman ahli kitab. Inilah yang diperoleh daripada Ibnu Jarir.

GLOSARI

* Dinaqalkan: Dipindahkan sesuatu ucapan atau perkataan daripada seorang kepada seorang yang lain.

* Diiqrarkan: Diakui atau diucapkan oleh seseorang.

* Ta’wil: Suatu pentafsiran ulama terhadap sesuatu ayat, hukum atau tafsir.

* Makrifat :

1. Pengetahuan yang mendalam.

2. Berlawanan dengan nakirah.

Maksudnya dalam ilmu nahu ialah nama-nama yang dikenali. Contohnya, Muhammad, Malaysia.

* nakirah : Suatu perkataan itu didatangkan dalam bentuk yang umum yang mana tidak hanya terhad kepada sesuatu. Contohnya : Perkataan `lelaki’ menunjukkan kepada semua lelaki .

* Mizan : Neraca atau timbangan amalan di akhirat.

* Muttaqin: Orang-orang yang bertaqwa di kalangan orang Islam.

* Tabi’diah : Sebahagian bukan semuanya.

* Infak : Membelanjakan harta pada jalan Allah.

* Hablun minal Allah dan hablun minan nas (Khaliq dan makhluk). Tali antara Allah dan manusia yang bermaksud hubungan dan ikatan antara pencipta iaitu Allah Taala dan manusia.

* Mentahqiqkan : Menguatkan dan menjelaskan sesuatu.

* Istidlal : Pencarian dalil-dalil dengan bersandarkan kepada bukti-bukti yang thabit daripada al-Quran dan hadis.

Indonesian quakes trigger tsunami alerts

By ANTHONY DEUTSCH, Associated Press Writer 1 hour, 12 minutes ago

PADANG, Indonesia – Three powerful earthquakes jolted Indonesia in less than 24 hours, triggering tsunami alerts Thursday and sending panicked residents fleeing to high ground. At least nine people were killed in the tremors.

The first two quakes in western Indonesia — magnitudes 8.4 and 7.8 — were followed by a 6.2-magnitude temblor in the east, according to the U.S. Geological Survey.

The largest spawned nearly 10-foot-high waves on Sumatra island Wednesday, and the other two triggered tsunami alerts Thursday, Indonesia’s meteorological agency said. The alerts were later lifted.

Indonesia, the world’s largest archipelago, is prone to seismic upheaval due to its location on the so-called Pacific “Ring of Fire,” an arc of volcanos and fault lines encircling the Pacific Basin.

In December 2004, a massive earthquake struck off Sumatra island and triggered a tsunami that killed more than 230,000 people in a dozen countries, including 160,000 people in Indonesia’s westernmost province of Aceh.

Wednesday’s quake triggered a nearly 10-foot wave that slammed into at least one village on Sumatra, the island that was ravaged in 2004. Smaller waves were recorded further down the coast.

Rukhlan, a 43-year-old fisherman, said residents in Muara Maras were horrified Wednesday when they saw the ocean retreat and then fire back to shore.

“I heard people screaming and yelling tsunami … tsunami!” he said, adding that the water flooded the village and damaged dozens of homes. “Then I ran to find my children, but they had already run to the hills.”

Two other powerful tremors followed on Thursday in western and eastern Indonesia. The third quake, which had a preliminary magnitude of 6.2, struck off Sulawesi island — a different fault line.

Look at this First:

———— ——— ——— ——— ——— ——— ——— —

Russia tests ‘world’s most powerful vacuum bomb’

September 12, 2007 – 1:35PM

The test of the huge vacuum bomb is shown in this undated television image shown by Russian Channel One. Inset, the bomb before the blast. television.The test of the huge vacuum bomb is shown in this undated television image shown by Russian Channel One. Inset, the bomb before the blast. television.

Russia has tested the world’s most powerful vacuum bomb, which unleashes a destructive shockwave with the power of a nuclear blast, the military said today, dubbing it the “father of all bombs”.

The bomb is the latest in a series of new Russian weapons and policy moves as President Vladimir Putin tries to reassert Moscow’s role on the international stage.

The report said the new bomb was much stronger than the US-built Massive Ordnance Air Blast bomb – MOAB, also known under its name “Mother of All Bombs”.

“So, Russian designers called the new weapon ‘Father of All Bombs’,” it said.

“Test results of the new airborne weapon have shown that its efficiency and power is commensurate with a nuclear weapon,” Alexander Rukshin, Russian deputy armed forces chief of staff, told Russia’s state ORT First Channel television. The same report was later shown on the state-sponsored Vesti channel.

“You will now see it in action, the bomb which has no match in the world is being tested at a military site.”

It showed a Tupolev Tu-160 strategic bomber dropping the bomb over a testing ground. A large explosion followed.

Pictures showed what looked like a flattened multi-storey block of flats surrounded by scorched soil and boulders. “The soil looks like a lunar landscape,” the report said.

“The defence ministry stresses this military invention does not contradict a single international treaty. Russia is not unleashing a new arms race.”

Such devices generally detonate in two stages. First a small blast disperses a main load of explosive material into a cloud, which then either spontaneously ignites in air or is set off by a second charge.

This explosion generates a pressure wave that reaches much further than that from a conventional explosive. The consumption of gases in the blast also generates a partial vacuum that can compound damage and injuries caused by the explosion itself.

“The main destruction is inflicted by an ultrasonic shockwave and an incredibly high temperature, ” the reports said. “All that is alive merely evaporates.”

Rukshin said: “At the same time, I want to stress that the action of this weapon does not contaminate the environment, in contrast to a nuclear one.”

The Tu-160 supersonic bomber that dropped the bomb, widely known under its NATO nickname of “Blackjack“, is the heaviest combat aircraft ever built. Putin, who has overseen the roll-out of new tactical and anti-aircraft missiles and combat aircraft, has ordered “Blackjacks” and the Tu-95 “Bear” bombers to patrol around the world.

Showing the orange-painted US prototype, the report said the Russian bomb was four times more powerful – 44 tonnes of TNT equivalent – and the temperature at the epicentre of its blast was two times higher.

In 1999 Russian generals threatened to use vacuum bombs to wipe out rebels from the mountains during the “anti-terrorist operation” in its restive Chechnya province.

New York-based Human Rights Watch then appealed to Putin to refrain from using fuel-air explosives. It remains unclear if weapons of this type were used during the Chechen war.

US forces have used a “thermobaric” bomb, which works on similar principles, in their campaign against al-Qaeda and Taliban forces in the mountains of eastern Afghanistan.

“It (the bomb) will allow us to safeguard our state’s security and fight international terrorism in any circumstances and in any part of the world,” Rukshin said.

REUTERS