Ambe siarkan permintaan seorang sahabat untuk sama2 kita membantu mangsa TRAGEDI BATU BUROK baru2 ni..

DPPKT ingin mengajak orang ramai sama-sama menderma kepada Tabung Mangsa Tragesi Batu Burok yang akan dihadapkan ke Mahkamah untuk perbicaraan kes rusuhan yang berlaku pada 8 September lalu di Jalan Sultan Mahmud Batu Burok. Salah seorang daripada mangsa tembakan iaitu Azman Aziz merupakan seorang pemuda daripada Kampung Pasir Panjang , Kuala Terengganu, dan DPPKT merasa bahawa membela beliau merupakan tanggungjawab kita bersama terutamanya mengurangkan bebanan kewangan yang bakal dihadapi beliau dalam menjalani perbicaraan kelak.

Bersama-sama ini disertakan berita Pelancaran Tabung Mangsa tersebut.

PAS lancar Tabung Mangsa Batu Burok 8 September
Posted on Friday, September 14 @ 22:35:31 CDT by reformis
Berita Tuan Guru Abdul Hadi meminta PAS di semua peringkat membuat tabung itu dan terangkan kepada orang ramai apa yang berlaku sebenarnya bukan sebagaimana yang dilaporkan oleh media milik BN.

KUALA TERENGGANU, 13 Sept: PAS melancarkan Tabung Mangsa 8 September bagi membantu kos rawatan dan perbelanjaan guaman yang bakal dihadapi oleh mangsa Tragedi Batu Burok Khamis lepas.

(Gambar: Presiden PAS bersama pimpinan PAS Terengganu melancarkan Tabung Mangsa 8 September di Pejabat Perhubungan PAS Terengganu.)
Pelancaran itu dibuat oleh Presiden PAS sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan diperhatikan oleh para pemimpin PAS Terengganu.
Ia dilancarkan di Pejabat Perhubungan PAS Terengganu.
“Kita memang akan membantu semua mangsa tragedi ini tetapi kita juga mahu bebanan ini dipikul oleh semua ahli kita di semua peringkat,” kata Presiden PAS kepada Siasah.

Sehubungan itu, beliau meminta PAS di semua peringkat membuat tabung itu dan terangkan kepada orang ramai apa yang berlaku sebenarnya bukan sebagaimana yang dilaporkan oleh media milik BN.
Sebelum ini, PAS mendakwa, tragedi itu dirancang oleh Umno dan pihak-pihak tertentu untuk memburukkan nama PAS selepas PAS mula mendapat sambutan kembali di Terengganu selepas kalah pada tahun 2004.
Dalam kejadian itu, Suwandi Abdul Ghani, 37, cedera parah pada dadanya selepas terkena tembakan polis di dadanya. Beliau kini masih menerima rawatan lanjut di Hospital USM Kubang Kerian selepas peluru itu berjaya dikeluarkan.
Muhamad Azman Aziz, 21 juga terkena tembakan dalam tragedi itu. Beliau kini mendapat rawatan lanjut di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.
Kedua-duanya direman oleh polis dan disiasat atas kesalahan jenayah.
Kedua-duanya terpaksa menanggung kos rawatan dan bakal menanggung kos guaman apabila mereka didakwa nanti.

Advertisements