September 2007


Seorang jurukamera yang menghadiri Pertandingan BungaApi Antarabangsa di Putrajaya pada malam 18hb Ogos 2007, ternampak sesuatu yang menarik di langit.

Beliau terperasan akan pembentukan awan2 kumulus nipis sedang berarak di langit.. kemungkinan dihembus oleh angin sepoi2 bahasa di atas langit tu. Apabila beliau perhatikan betul2, awan2 yang berarak tersebut seolah-olah sedang membentuk satu corak yang sangat ‘familiar’.. bila beliau amat-amati, beliau suspek.. awan2 tersebut sedang membentuk sebuah kalimah..

Beliau dah cuba utk share perkara ni dengan Utusan dan Berita Harian, nampaknya tak keluar pun.. tak kisahlah tu.. cuma beliau rasa elok juga kalau boleh share gambar2 ni dengan penunjung internet… kerana pada pendapat beliau, awan yang berarak itu telah membentuk kalimah ‘Allah’ dalam tulisan Arab..

Perhatikanlah gambar2 di bawah:

kalimah 4JJI d Llangit PutrajayaKalimah 4JJI d langit Putrajaya

amacam? Ada nampak? Kalau nampak, alhamdulilllah. kalau tak nampak,………………..no comment.

Muqaddimah

Apabila bercakap berkenaan tamadun, umum terbayangkan bangunan-bangunan, kemajuan teknologi, sistem pentadbiran dan kerajaan, dan seumpamanya. di zaman Arab jahiliyah, mereka terkenal dengan suatu bangsa yang tidak mempunyai tamadun kerana tidak ada kerajaan. Bangsa Arab ketika itu bergantung kepada kekuatan puak2 atau suku kaum masing2. Ketika itu, sudah tertegak tamadun yang besar seperti Rom dan Parsi. Mereka mempunyai kerajaan yang memerintah negara. Mereka mampu membina pembangunan fizikal yang membanggakan rakyat mereka. Itulah barangkali yang dianggap tamadun. Tapi tidak ramai yang melihat bahawa di sana ada perkara yang lebih penting daripada pembangunan fizikal iaitu sistem nilai. Dan sistem nilai yang terbaik adalah milik ISLAM.

Lantaran mengkesampingkan sistem nilai inilah yang menyebabkan runtuhnya satu2 bangsa. Ketidakpedulian kerajaan terhadap sistem nilai akan menyebabkan manusia menjadi mangsa pembangunan fizikal yang melahirkan manusia yang tidak berhati perut, tidak pentingkan nilai2 agama, meletakkan kebendaan sebagai keutamaan dalam membuat keputusan baik kecil mahupun besar.

Akibat daripada kecuaian manusia yang bergelar pemerintah dan ulama’, masalah kerosakan sistem nilai yang mengakibatkan gejala sosial yang tidak terkawal, bahkan KRONIK berlaku dengan mendadak dan tanpa kecaknaan pihak berkuasa secara serius. Penyakit apa lagi yang tidak melanda umat di Malaysia? Masalah dadah, arak, judi, pelacuran, HIV/AIDS, hubungan seks remaja, rokok, jenayah, Kemalangan jalanraya, kehidupan yang penuh stres, hutang, rasuah, salahlaku di sekolah, kes juvana, masalah keciciran sekolah, buang anak, bunuh diri, lumba haram, pengangguran, Along, pekerja asing, bahan2 lucah, keruntuhan institusi keluarga dan lain-lain. Semua ini mencatatkan angka yang hebat2 dalam ilmu statistik.
DADAH

penagih.jpgKerajaan seolah2 sangat bersungguh2 dalam memerangi ‘MUSUH NO 1 NEGARA ‘ ini. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk membendung gejala penyalahgunaan dadah sehinggakan sebuah Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan khas untuk menangani masalah ini sejalk tahun 2004. Akta Dadah Merbahaya 1952 dipinda beberapa kali untuk memberi hukuman yang lebih berat kepada pesalah. PEMADAM sendiri pun sudah berumur lebih 30 tahun(1976). Manakala Agensi Dadah pula sudah bertapak sejak 1996. Tapi kenapa masalah ini semakin lama semakin parah? Sudah tentu sesuatu yang tidak kena dengan undang2 atau pelaksanaannya.

Menurut AADK, kerajaan membelanjakan sebanyak 19 juta setahun bagi menampung kos pemulihan seramai 5,200 penagih dadah yang ditempatkan di 28 pusat serenti seluruh negara. Bayangkan wang 19 juta kalau tiada penagih dadah, sudah tentu boleh disalurkan kepada program2 yang lebih bermanfaat untuk pembangunan manusia. kos tersebut akan bertambah sekiranya masalah dadah tidak dapat dibendung dengan segera.

Menurut satu laporan akhbar pada 15 Oktober 2006, dikatakan 10% daripada penagih yang ada sekarang kemungkinan besar akan jadi gila menjelang tahun 2020 akibat daripada mengambil dadah sintetik.

ARAK

arak.jpg Rakyat Malaysia membelanjakan sejumlah 2 bilion setahun untuk air syaitan ini!!Diulangi, 2 bilion setahun!! Banggakah kita mempunyai masyarakat yang ketagihkan arak. Arak boleh menyebabkan masalah-masalah lain timbul seperti keganasan rumahtangga produktiviti menurun, kemalangan jalanraya dan kesihatan yang teruk. Menurut satu kajian, arak merupakan penyebab kedua keganasan rumahtangga di peringkat kebangsaan.

JUDI

judi.jpg Budaya berjudi sudah semakin diktiraf dalam masyarakat kita. Judi sudah dimaklum secara ‘darurat’ dalam agama bahawa ianya haram. Tetapi berapa ramai umat Islam yang terlibat dengan judi? Baik sama ada judi itu yang HARAM di sisi kerajaan mahupun yang ‘HALAL’. TOTO, MAGNUM 4 DIGIT, PAN SWEEP sudah menjadi perkara biasa di kalangan masyarakat awam. Ada di antara kanak2 yang disuruh beli nombor ekor oleh ibubapanya. Ini amat menjijikkan!!

SIAPA yang tidak kenal GENTING. Itulah antara lokasi yang menjadi kebanggaan kerajaan dan rakyat Malaysia. Genting merupakan antara 10 syarikat judi terbesar di Asia. Itu tidak mengambil kira judi kecil-kecilan yang semakin popular di kalangan penonton tv sekarang ini seperti rancangan Insomnia. Mereka tidak lagi menghormati Institusi agama seperti Jabatan Mufti. Walaupun perkara itu sudah difatwakan haram baik dari Ulama’ luar dan dalam negara, kerajaan masih tetap membenarkan ianya berleluasa.

Bayangkan di Malaysia ini, terdapat 12 buah industri Arak dan judi dan 12 orang Muslim Melayu yang menjadi Ahli Lembaga Pengarahnya. Lebih parah lagi, rakyat Malaysia diheret dalam pelaburan secara langsung dalam Syarikat perjudian melalui KWSP, Lembaga Tabung Angkatan Tenteram Amanah Raya Sdn Bhd, Kementerian Kewangan Malaysia dan Bank Negara Malaysia!!.

PELACURAN

pelacur.jpg Malaysia dikatakan menjadi destinasi pelancongan pelacuran. sERAMAI 142,000 pelacur di Malaysia. Ini bilangan rasmi, bukannya bilangan sebenar kerana agak sukar untuk mengumpul bilangan sebenar pelacur lantaran kerajaan tidak mrngumpul statistik pelacur. Tetapi jumlah tersebut sudah cukup membayangkan betapa parahnya masalah pelacuran di negara kita. Lebih-lebih lagi apabila timbul isu ‘fatwa’ orang agama dalam kerajaan yang membolehkan melacur dalam keadaan dharurat!!

HIV/AIDS

pengidap-aids.jpg Pada tahun 2004 sahaja, 4.9 juta pengidap baru HIV dikesan. Ini bermakna , ada 10 orang pengidap baru bagi setiap minit. HIV di Malaysia dikesan bermula tahun 1986 seramai 3 lelaki manakala kes AIDS dan kematian 1 orang.Menjelang taun 2000, dalam tempoh 14 tahun, jumlahnya naik mendadak sebanyak 5107 bagi HI, manakal bagi kes AIDS ialah 1168.

Pada tahun 2004, 60,621 rakyat Malaysia dilaporkan positif HIV sejak kes pertama tahun 1986. Manakala pada tahun 2005, ia naik mendadak kepada 70559 HIV, 10663 AIDS, sementara yang mati kerana AIDS seramai 8179.

Lebih 80% daripada mereka yang mengidap HIV/AIDS adalah di bawah usia 39 tahun.

ZINA

zina.jpg Masalah zina di kalangan remaja sekarang sebenarnya amat menakutkan. Walaupun mereka tahu risiko atau bahaya berzina, mereka tetap melakukannya kerana dorongan hawa nafsu yg tak dapat dibendung lagi. gejolak nafsu tidak mengenal usia, baik muda atau tua, semuanya ada risiko digoda. Hanya orang yang benar2 beriman, dengan bekalan taqwa mereka merempuh kehidupan yang penuh dengan godaan nafsu ini.

Kajian seorang ahli akademik mendapati semua 887 pelajar perempuanyang menuntut di sekolah menengah di sebuah negeri dikategorikan sebagai ‘berisiko tinggi’ kecuali seorang, mengaku pernah melakukan hubungan seks.

Ini merupakan suatu penemuan yang mengejutkan dan menunjukkan kemerosotan mendadak nilai moral remaja perempuan di negara ini.

Dalam satu kajian yang dibuat oleh seorag pakar psikologi dari UKM, beliau mendapati ada 7 daripada 31 responden mengaku melakukan seks seawal usia belum mencecah 15 tahun! Dalam satu temuramah rancangan TV3, seorang gadis di sebuah pusat pemulihan swasta ditemubual, mengakui mula mengenali perilaku seks melalui vcd lucah yang ditonton bersama dengan ahli keluarganya(ibubapa sekali) dan gadi tersebut mengakui terlalu gian dengan seks sehinggakan berkata bahawa ia memikirkan tentang seks setiap kali melihat lelaki termasuklah yang menemubualnya!!

Antara faktor lain yang menyuburkan seks bebsa ialah wujudnya sub budaya di kalangan remaja kini. golongan yang dipanggil Punk, Skinhead, Black Metal dan Gothik merupakan sebahagian sub budaya yang wujud di Malaysia dan dianuti oleh muda mudi, terkenal dengan perlakuan seks bebas apabila berlaku perhimpunan atau pertemuan pada hujung minggu di lokasi2 yang ditetapkan.

ROKOK

Bilangan kematian yang disebabkan oleh rokok secara rasminya adalah seramai 10,000 setahun. mengikut data yang dikeluarkan oleh kerajaan, seramai 4.6 juta rakyat Malaysia adalah perokok. Bayangkan lebih 20% rakyat Malaysia adalah perokok. Majoriti perokok adalah golongan remaja dan belia. Ini yang membimbangkan kerana bayangkan orang yang bakal mewarisi negara ini suatu masa nanti terdiri daripada golongan perokok atau orang yang berpenyakit jantung, paru2 dan yang diakibatkan oleh rokok.

JENAYAH

bunuh.jpg Sila teliti statistik PDRM di bawah:

1.5 orang dibunuh setiap hari

4.7 orang dirogol setiap hari

68.2 pecah rumah berlaku setiap hari

23.6 kereta dicuri setiap hari

141.3 motosikal dicuri setiap hari

41.3 rompakan berlaku setiap hari.

Kalau pembaca budiman teringat, pernah masuk surakhabar bahawa ada remaja berumur belasan tahun ditangkap bersama beberapa orang yang lain kerana merompak.

Jenayah bunuh anak sendiri juga tak kurang berlaku di negara kita. Lupakah kita kisah seorang ibu membunuh 2 anak Muhammad Aliff Haqii , 6 tahun dan Muhammad Aliff Hazmi 17 bulan dengan menjerut mereka ketika tidur di Batu Maung, P.Pinang pada Februari 2007 lalu?

Beberapa hari sebelum itu, seorang bapa mencekik anaknya yang berumur 10 dan 9 tahun. beliau kemudian membunuh diri.

Pada 22 Februari tahun yang sama pula seorang bapa berketurunan India didakwa membunuh anaknya yang berusia 2 tahun dengan mendang dan memukulnya.

Banyak lagi insiden bunuh diri yang tercatat dalam sejarah Malaysia.

Kisah pilu Nurin Jazlin Jazimin, 8 tahun bukanlah isu baru, malah negara telah merakamkan tujuh tragedi sedih yang telah melibatkan kanak-kanak Malaysia yang tidak berdosa yang dirogol dan dibunuh kejam.

Pada Disember 2004, seorang kanak-kanak malang ditemui orang ramai dalam keadaan menyayat hati dan sedang menangis di tepi sebuah tangki air di sebuah semak di Kampung Chendering, Kuantan. Mangsa dipercayai menjadi korban nafsu seorang lelaki yang dipercayai berusia dalam lingkungan 40-an dalam semak di kampung itu kira-kira pukul 8.30 malam.

Sehari sebelum itu, mayat Siti Syazwani, 9 pula ditemui mati 100 meter dari rumahnya- dirogol dan dibunuh oleh seorang pekerja asing Indonesia.Mayatnya ditemui mati dalam parit di ladang kelapa sawit Tikam Batu, Sungai Petani dengan hanya berbaju kurung, tersembam ke dalam parit sedalam 2 meter.

Kisah setrusnya begitu menggemparkan negara, sehingga rata-rata masyarakat mecadangkan pelakunya dibunuh atau dikasi kemaluannya lantaran tindakan mereka terhadap Nurul Huda Abd Ghani,Murid Tahun 4 yang dirogol dan diliwat bergilir-gilir oleh tiga lelakidi Pondok Pengawal Stesen Janakuasa TNB Kg. Pekajang, Gelang Patah, Johor Bharu pada 17 Januari 2004.

Selain itu bulan yang sama,Haserawati Saridi, 10- dirogol dan dibunuh ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Menggatal, Sabah.

Pada 6 November 2002 pula Siti Nurliyana Shamimi Rosdi, 2- diculik, dirogol dan dibunuh, dijumpai dalam keadaan bogel pada jam 9 pagi di tebing Sungai Kedah, 500 meter dari rumahnya di Kampung Seberang Terus.

Ada kesan koyak pada kemaluan mangsa, selain lebih 40 kesan luka pada badan dan pendarahan dalam otak mangsa, dipercayai akibat dipukul dengan benda keras.

Dua remaja berusia 19 tahun pula telah merogol kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun sehingga terkeluar usus ketika merompak keluarga mangsa di rumahnya di Taman Maluri, Kepong 13 Ogos 2001.

Dan akhir pada 23 Oktober 2000,Nur Shuhada, 6 ditemui mati dalam tangki air di bumbung bangunan kediaman 3 tingkat jenis town house di Selayang dalam keadaan separuh bogel dan lebam pada muka dan tangan.

Masyarakat Malaysia diseru supaya melindungi kanak-kanak daripada manusia gila yang sedang berada dimana-mana yang sentiasa mengundang kecelakaan maruah dan nyawa anak-anak kita.

RASUAH

rasuah.jpg Rasuah semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini. Bukan kerana sebelum ini tidak ada atau kurangnya orang terlibat dalam gejala rasuah. Tetapi sikap pemimpin sebelum ini lebih suka melindungi maklumat-maklumat rasuah yang melibatkan kes berprofail tinggi. Zaman pemerintahan Pak Lah pula, seolah-olah memberi peluang kepada BPR atau media mendedahkan kes rasuah sebebas-bebasnya. Lalu timbullah pelbagai kes-kes berprofail tinggi di dada akhbar dan media massa yang lain. Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri mengakui bahawa Rasuah di Malaysia sudah jadi satu budaya. Ini bermakna orang ramai sudah tidak segan silu lagi melakukan rasuah.

Pada tahun 14 Februari 2004, akhbar-akhbar melaporkan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan yang ketika itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Rais Yatim mendedahkan 18 lagi kes rasuah yang membabitkan individu berprofil tinggi termasuk menteri, telah memasuki peringkat akhir siasatan. Tetapi isu itu ‘didiamkan’ selepas pendedahan ‘berani mati’ Dr. Rais Yatim itu.

Kedudukan Malaysia dalam indeks rasuah yang dikeluarkan oleh Transparency International yang menunjukkan Malaysia tergelincir ke tangga 37 dunia pada tahun 2004 masih menjadi tandatanya kepada rakyat Malaysia apakah pihak kerajaan serius ingin membanteras rasuah.

KESIMPULAN

Banyak lagi penyakit-penyakit kronik yang hinggap pada batang tubuh Malaysia. Pendedahan fakta2 dan ulasan isu di atas hanyalah sedikit daripada banyak isu2 dan fakta2 yang terkandung dalam batang tubuh Malaysia yang entah kan bila lagi menemui ajalnya…

Inilah akibatnya apabila nilai-nilai agama diabaikan. Jalan penyelesaian untuk mengubati dan merawat penyakit-penyakit tersebut hanyalah satu iaitu ‘KEMBALILAH KEPADA ISLAM YANG SYUMUL. JANGAN LAGI BERPALING KE BARAT, MAHUPUN TIMUR. GENGGAMLAH ERAT2 FORMULA RAWATAN ISLAM YANG TERMAKTUB DALAM AL QUR’AN DAN SUNNAH NABI JUNJUNGAN SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM.’

TAKBIR!!!TAKBIR!!!TAKBIR!!!

Ambe siarkan permintaan seorang sahabat untuk sama2 kita membantu mangsa TRAGEDI BATU BUROK baru2 ni..

(selanjutnya…)

ORANG RUGI –

MENUKAR PETUNJUK DENGAN KESESATAN

Oleh DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI


ALLAH menyebut beberapa sifat orang-orang fasiq dengan firman-Nya: “IAITU ORANG-ORANG YANG MELANGGAR PERJANJIAN ALLAH SESUDAH PERJANJIAN ITU TEGUH, DAN MEMUTUSKAN APA YANG DIPERINTAHKAN ALLAH KEPADA MEREKA UNTUK MENGHUBUNGKANNYA DAN MEMBUAT KEROSAKAN DI MUKA BUMI. MEREKA ITULAH ORANG-ORANG YANG RUGI.” (Al-Baqarah ayat 27)

Di antara sifat tersebut, iaitu orang-orang yang melanggar perjanjian Allah sesudah perjanjian itu teguh, yakni mereka yang melanggar apa yang dijanjikan kepada mereka oleh kitab-kitab samawi daripada beriman dengan Muhammad s.a.w. atau memutuskan segala perjanjian yang kukuh daripada beriman dengan Allah, membenarkan Rasul-Nya dan beramal dengan syariat.

Ibn Jauzi berkata, “Ada tiga pendapat ulama mengenai maksud perjanjian itu, iaitu :

i. Apa yang dijanjikan kepada ahli kitab berhubung sifat Muhammad s.a.w. dan wasiat supaya mengikutinya. Inilah pendapat Ibn Abbas dan Muqatil.

ii. Apa yang dijanjikan kepada mereka tentang al-Quran. Mereka mengakuinya, kemudian mereka kufur dan melanggar perjanjian itu. Inilah pendapat as-Suddi.

iii. Iaitu perjanjian semenjak dikeluarkan zuriat Adam daripadanya lagi. Inilah pendapat az-Zajjaj.

Kemudian Allah menerangkan sifatnya lagi dan memutuskan apa yang diperintahkan Allah kepada mereka untuk menghubungkannya, iaitu daripada hubungan silaturahim dan kerabat.

Lafaz ini adalah umum pada setiap keputusan yang Allah tidak meredhai-Nya, seperti memutuskan hubungan antara nabi-nabi, memutuskan hubungan kaum-kerabat dan meninggalkan kasih-sayang serta hormat terhadap orang-orang yang beriman.

As-Samarqandi menaqalkan di dalam tafsirnya, Bahr Al-Ulum, riwayat ad-Dahhak dan Ata’ daripada Ibn Abbas katanya, “Sesungguhnya mereka disuruh beriman dengan semua nabi. Malangnya mereka beriman dengan sebahagian dan tidak beriman dengan sebahagian yang lain.” Inilah makna dan maksud firman tersebut.

Sebaliknya mereka melakukan perbuatan yang keji, sebagaimana firman Allah tersebut dan membuat kerosakan di muka bumi.

Di antara kerosakan tersebut ialah melakukan banyak maksiat, membuat pelbagai fitnah, menegah orang daripada beriman kepada Allah dan menyebar-luaskan segala syubhat tentang al-Quran.

Ibn Jauzi berkata, “Ulama berselisih pendapat mengenai maksud kerosakan yang mereka lakukan di bumi kepada tiga:

i. Seruan mereka kepada manusia ke arah kekufuran. Inilah pendapat Ibn Abbas

ii. Amalan maksiat yang mereka lakukan. Inilah pendapat as-Suddi dan Muqatil.

iii. Mereka menyekat orang yang berhijrah kepada nabi bagi menghalang mereka memeluk Islam.

Sebenarnya, merekalah golongan yang disifatkan Allah sebagai `mereka itulah orang-orang yang rugi’ kerana mereka yang bersifat demikian termasuk dalam golongan yang benar-benar rugi, disebabkan mereka menukar petunjuk dengan kesesatan dan pengampunan dengan azab.

Justeru itu, neraka adalah tempat yang paling layak bagi mereka.

Ibn Kathir berkata, “Allah berfirman dengan berhujah mengenai kewujudan-Nya dan kekuasaan-Nya. Juga Allahlah yang Maha Pencipta kepada sekalian hamba-Nya.”

Allah mengemukakan persoalan sebagaimana firman-Nya yang berikut:

* “MENGAPA KAMU KAFIR KEPADA ALLAH PADAHAL KAMU TADINYA MATI, LALU ALLAH MENGHIDUPKAN KAMU, KEMUDIAN KAMU DIMATIKAN DAN DIHIDUPKAN-NYA KEMBALI, KEMUDIAN KEPADA-NYA LAH KAMU DIKEMBALIKAN?” (Al-Baqarah ayat 28)

Persoalan ini dimulakan dengan pertanyaan, `mengapa kamu kafir kepada Allah’ yang menunjukkan kehinaan dan keingkaran mereka.

Pandangan

Ibn Jauzi mengatakan bahawa ada dua pandangan ulama berhubung dengan persoalan ini, iaitu:

i. Soalan itu bermakna takjub dan hairan bagi orang yang beriman dengan maksud hairan daripada kalangan mereka bagaimana mereka boleh bersikap kufur, sedangkan telah sabit hujah Allah atas mereka. Inilah pendapat Ibn Qutaibah dan az-Zajjaj

ii. Soalan yang keluar daripada bentuk pengakuan kepada celaan dengan maksud celaka kamu. Mengapa kamu kufur dengan Allah? Inilah pendapat al-Ajjaj.

Seterusnya, mengapa kamu menentang dan derhaka kepada Pencipta dan kamu mengingkari-Nya, sedangkan padahal kamu tadinya mati, yakni daripada tiada hinggalah dibentuk air mani pada sulbi ayah dan rahim ibumu, kemudian melalui proses Allah hidupkan kamu, iaitu dengan dikeluarkan kamu daripada kandungan ibu lahir ke dunia.

Tetapi ingatlah akan kesudahannya, iaitu kemudian kamu dimatikan Apabila sampai ajal, kamu akan dimatikan dengan apa jua keadaan, sekalipun sebagai hukum dan sunah alam ini.

Seterusnya `dan dihidupkan-Nya kembali’, iaitu dibangkitkan dari kubur selepas berada di alam kubur atau barzakh beberapa ketika dan berlakunya kiamat.

Akhirnya, `kemudian kepada-Nyalah kamu dikembalikan’ yang tujuannya adalah untuk memberi pembalasan yang setimpal.

Bagi orang yang baik, diberi balasan baik dan sebaliknya orang yang derhaka, diberi balasan azab. As-Samarqandi berkata, “Iaitu di akhirat, kamu akan diberi pahala dengan amalan kamu.”

Al-Maghari berkata, “Selepas Allah menyebut beberapa tanda kekuasaan-Nya pada diri manusia dengan menyatakan permulaan dan kesudahan hidup, Dia menyebut juga beberapa tanda kekuasaan-Nya pada ufuk yang menunjukkan tanda kekuasaan-Nya dengan segala sesuatu dan nikmatnya yang melimpah-ruah kepada hamba-hamba-Nya, dengan menjadikan segala apa yang di bumi sebagai tempat persediaan hidup untuk mendapat manfaat.”

As-Samarqandi menaqalkan daripada al-Kalbi, “Tatkala dinyatakan masalah kebangkitan selepas mati, orang Yahudi hanya berdiam diri kerana memahaminya, sedangkan orang-orang musyrikin pula berterusan mengingkarinya seraya bertanya, “Siapa yang mampu menghidupkan kami selepas berlakunya kematian?”

Lantas Allah menurunkan firman-Nya:

* “DIALAH ALLAH YANG MENJADIKAN SEGALA APA YANG ADA DI BUMI UNTUK KAMU DAN DIA BERKEHENDAK (MENUJU) LANGIT LALU DIJADIKAN-NYA TUJUH LANGIT DAN DIA MAHA MENGETAHUI SEGALA SESUATU.” (Al-Baqarah ayat 29)

Kemudian Allah menambahkan lagi keterangan bukti kebangkitan. “Dialah Allah yang menjadikan segala apa yang ada di bumi untuk kamu’, yang bermaksud Allah menciptakan bumi dan segala apa yang ada di dalamnya supaya manusia dapat mengambil manfaat dengannya serta iktibar bahawa Allah bersifat Maha Pencipta lagi Pemberi Rezeki.

Dan `Dia berkehendak menuju langit’, iaitu Allah berkehendak dengan iradah-Nya menuju ke langit.

An-Nasafi berkata, “Istawa di sini ialah dengan maksud iktidal dan istiqamah, iaitu qasad atau menuju, juga menghadap.”

Syeikh Abdul Rahman as-Sa’di berkata, “ Terdapat tiga makna istawa, iaitu:

i. Kesempurnaan dan lengkap.

ii. Tinggi dan atas.

iii. Menuju.

Seterusnya, `lalu dijadikan-Nya tujuh langit’ yang bermaksud Allah mencipta langit sebanyak tujuh lapis dengan penuh kehebatan dan kekuatan. Yang demikian, menjadi dalil kekuasaan yang amat nyata bagi Allah.

Justeru, Allah bersifat `Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu’, yakni dengan kata lain, jika segala yang besar pun mampu Allah cipta, apakah untuk menghidupkan manusia kembali, suatu perkara yang susah? Sudah tentu tidak, kerana Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu..

GLOSARI

* Menaqalkan : memindahkan pendapat.

KHALIFAH DI BUMI – DARIPADA ADAM KE GENERASI SETERUSNYA

Oleh DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI


KURNIAAN Allah dan limpahan rahmat serta nikmat terhadap hamba-Nya bermula daripada penciptaan sehinggalah penguasaan mereka terhadap segala yang ada di bumi. Lantas Allah mengiringi ayat seterusnya berhubung dengan mukadimah penciptaan Adam.

Begitu juga kurniaan ke atas mereka, iaitu kemuliaan yang diberikan kepada Adam a.s. dengan menjadikannya sebagai khalifah dan meletakkannya di negeri yang penuh kemuliaan, di samping arahan kepada semua malaikat untuk bersujud kepadanya sebagai lambang kemuliaan dan penghormatan.Justeru amatlah munasabah Allah mengingatkan mereka dengan segala nikmat tersebut yang dikurniakan-Nya kepada mereka.

DAN (INGATLAH) KETIKA TUHANMU BERFIRMAN KEPADA MALAIKAT: “SESUNGGUHNYA AKU HENDAK MENJADIKAN SEORANG KHALIFAH DI BUMI.” MEREKA BERTANYA (TENTANG HIKMAT KETETAPAN TUHAN ITU DENGAN BERKATA): “ADAKAH ENGKAU (YA TUHAN KAMI) HENDAK MENJADIKAN DI BUMI ITU ORANG YANG AKAN MEMBUAT BENCANA DAN MENUMPAHKAN DARAH (BERBUNUH-BUNUHAN), PADAHAL KAMI SENTIASA BERTASBIH DENGAN MEMUJI-MU DAN MENSUCIKAN-MU?” TUHAN BERFIRMAN: “SESUNGGUHNYA AKU MENGETAHUI AKAN APA YANG KAMU TIDAK MENGETAHUINYA.

(Al-Baqarah ayat 30)

v `Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat’. Ingatlah ketika dan waktu memberi dua maksud. Syeikh al-Mubarrad berkata: “Jika perkataan `iz’ yang bermaksud (Ingatlah) diletakkan sebelum fi`il mudhari’ (perbuatan yang sedang dan akan berlaku), ia memberi pengertian perkara yang sudah berlaku. Sebaliknya jika `iza’ yang membawa maksud (apabila) diletakkan sebelum fi`il madhi (perbuatan yang telah lepas) perkara itu merujuk kepada perkara yang akan datang.”

Syeikh Muhammad at-Tohir atau lebih dikenali sebagai Ibn A’syur melalui kitabnya, At-Tahrir wa at-Tanwir menyatakan bahawa `iz’ daripada nama-nama masa yang kesamaran menunjukkan kepada masa lampau. Ayat ini mengingatkan kepada Nabi Muhammad mengenai firman Allah kepada malaikat tentang kejadian Adam untuk diceritakan kepada kaumnya.

Malaikat sebagaimana kata Ibn Hajar al-`Asqalani: “Malaikat adalah bentuk jama’ (banyak atau ramai) daripada kata `malak’. Perkataan malaikat diambil daripada akar kata `al-Ulukah’ iaitu `ar-Risalah’ yang ertinya utusan atau pesuruh.” Inilah pendapat Sibawaih dan jumhur ulama.

Dan berkata jumhur ahli kalam dari kalangan umat Islam: “Malaikat adalah jisim halus yang diberikan oleh Allah kudrat (kemampuan) merubah diri dalam pelbagai bentuk, dan tempat tinggal mereka adalah di langit.”

Malaikat adalah makhluk ghaib yang mempunyai jisim nurani yang sangat halus dan mereka tidak dapat dilihat dalam keadaan biasa, tetapi Allah memberikan kemampuan bertukar pelbagai bentuk jasmani yang boleh dilihat oleh manusia, mempunyai kekuatan yang luar biasa, dan mereka sangat hampir kepada Allah, mematuhi-Nya dan tidak pernah menderhaka kepada-Nya, tidak berkahwin dan tidak mempunyai zuriat, tidak makan dan tidak minum.

Mulia

Mereka adalah hamba-hamba Allah yang mulia, membawa risalah Allah kepada semesta alam, menunaikan tugas

masing-masing dengan cemerlang di atas ketentuan Allah.

Ibn Jauzi di dalam Zad al-Masir berkata: “Terdapat dua pendapat tentang malaikat: Pertama, semua malaikat. Inilah pendapat as-Suddi daripada guru-gurunya. Kedua, mereka yang bersama iblis ketika diturunkan ke bumi. Inilah yang disebut oleh Abu Soleh daripada Ibn Abbas.

v `Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi’. Terdapat enam pandangan ulama berhubung perkhabaran Allah kepada malaikat mengenai kejadian Adam a.s: Pertama, Allah Maha Mengetahui wujudnya sifat takbur pada diri iblis. Justeru itu Dia mahu supaya malaikat mengetahuinya dan menzahirkan dalam ilmu-Nya. Yang demikian ini adalah riwayat ad-Dahhak daripada Ibn Abbas dan as-Suddi daripada guru-gurunya.

Kedua, untuk menguji ketaatan malaikat. Ia sebagaimana yang dikatakan oleh al-Hasan. Ketiga, tatkala diciptakan neraka, nescaya takutlah malaikat seraya bertanya: “Hai Tuhan kami, untuk siapakah Kamu ciptakan ini?” Jawab Allah: “Untuk penderhaka kepada-Ku.” Lantas mereka takut untuk melakukan maksiat, sedangkan mereka tidak mengetahui kewujudan makhluk selain mereka. Inilah pendapat Ibn Zaid.

Keempat, Allah hendak menzahirkan kelemahan malaikat daripada penguasaan ilmu. Kelima, Allah hendak mengagungkan Adam a.s. dengan menyebutnya sebagai khalifah sebelum wujudnya lagi. Keenam, Allah hendak memberitahu malaikat bahawa ciptaan-Nya adalah penghuni bumi sekalipun ada ciptaan-Nya di langit. Semua pendapat ini dinyatakan oleh Ibn Jauzi di dalam kitabnya Zad al-Masir.

Inilah kenyataan Allah untuk menjadikan makhluk yang bernama manusia bermula dengan Adam a.s. memegang tampuk amanah sebagai khalifah Allah di bumi. Ahli bahasa Arab berpendapat, khalifah ialah orang yang menggantikan orang lain dan mengambil tempatnya. Diwazankan di atas wazan fai’il dengan makna fa`il (pelaku). Wujudnya `ta’ di belakangnya (khalifah) sebagai tanda mubalaghah. Dinamakan khalifah itu kerana bertanggungjawab menggantikan daripada Allah segala perlaksanaan

hukum-hakam dan juga arahan-arahan Allah.

Al-Imam al-Mawardi di dalam mukadimah kitabnya, al-Ahkam as-Sultaniah mendefinisikan imamah sebagai tajuk atau tempat bagi menggantikan kenabian dalam urusan memelihara agama dan bersiasah dengannya. Justeru dapat difahami bahawa khalifah ini terpikul kepada Adam a.s., juga keturunannya daripada satu generasi kepada generasi seterusnya.

Di dalam kitab An-Nukat wa Al-Uyun pada khilafah Adam dan zuriatnya, terdapat tiga pandangan: Pertama, tatkala penghuni bumi iaitu jin merosakkan bumi dengan maksiat, lantas digantikan Adam dan zuriatnya.

Inilah pendapat Ibn Abbas. Kedua, bahawa dikehendaki kaum yang menggantikan sebahagian mereka daripada yang lain pada menegakkan kebenaran dan memakmurkan bumi. Inilah pendapat Hasan al-Basri. Ketiga, Allah hendak menjadikan khalifah di bumi yang menggantikannya dalam melaksanakan hukum. Inilah pendapat Ibn Mas`ud.

Isyarat

Sebahagian ulama berpendapat, perkhabaran Allah kepada malaikat tentang

ciptaan Adam dan menjadikannya khalifah di bumi, sebagai isyarat dan pengajaran kepada manusia supaya melaksanakan sistem syura dalam urusan mereka, sebelum melaksanakan sesuatu perancangan. Ini akan membuahkan hasil yang baik.

v `Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan)?’ Pertanyaan malaikat ini bagi menunjukkan kehairanan dan rasa ingin tahu, bukan mengingkari atau membangkang ketentuan Allah s.w.t. Seolah-olah mereka berkata, “Bagaimana mungkin Tuhan menciptakan makhluk yang bernama manusia bersifat merosakkan dan membuat bencana di muka bumi di samping berbunuh-bunuhan.”

Sebahagian ulama menyatakan bahawa persoalan ini timbul kerana Allah telah mencipta jin sebelum manusia untuk menghuni dunia tetapi mereka melakukan beraneka maksiat dan penderhakaan kepada Allah. Hafiz Ibn Kathir berkata, “Ucapan malaikat `Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan)’, bukan kerana bangkangan terhadap Allah dan bukan juga kerana hasad dengki kepada Bani Adam. Sebaliknya semata-mata pertanyaan untuk mengetahui hakikat hikmah pada penciptaan tersebut.

Atas dasar inilah persoalan tersebut diajukan, lantas mereka menyebut perihal sifat mereka, `Padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu?’ Ulama berkata, tasbih bermakna membersihkan Allah daripada segala yang tidak baik. Sebagaimana riwayat Talhah bin Ubaidillah katanya: “Aku telah bertanya Rasulullah s.a.w. tentang tafsir `subhanallah’.” Sabda Rasulullah s.a.w.: Iaitu membersihkan Allah azza wajalla daripada setiap keburukan.

Asal kalimah tasbih daripada perkataan `as-sabh’ iaitu berjalan, mengalir dan pergi. Dalam erti kata yang lain, orang yang bertasbih sentiasa berjalan pada menyucikan Allah. Terdapat empat pandangan ulama pada pengertian tasbih: Pertama, ia bererti solat. Inilah pendapat Ibn Mas`ud dan Ibn Abbas. Kedua, ucapan Subhanallah. Inilah pendapat Qatadah. Ketiga, iaitu membesar dan memuji. Inilah pendapat Abu Soleh. Keempat, rendah diri dan perasaan hina kepada Allah. Inilah pendapat Muhammad bin al-Qasim al-Anbari.

Adapun taqdis pula dengan makna mensucikan Allah, berlawanan dengan tanjis iaitu menajiskan. Dikatakan bumi muqaddasah iaitu disucikan, begitu juga ruh al-Qudus (roh yang suci) iaitu malaikat. Justeru maksud taqdis Allah ialah memuji, mengagungkan dan mensucikan-Nya daripada apa yang tidak layak dengan-Nya.

Seterusnya jawapan yang diberikan oleh Allah seperti berikut: Tuhan berfirman, sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya. Ibn Jarir di dalam tafsirnya, at-Tabari berkata: “Ulama telah khilaf berhubung maksud tafsiran ayat ini, sama ada pengetahuan Allah terhadap iblis, maksiatnya di samping sifat takbur yang disembunyikannya. Iaitu Aku Maha Mengetahui segala kemaslahatan yang tersembunyi daripadamu, dan aku mempunyai pengetahuan hikmah pada penciptaan khalifah yang kamu tidak mengetahuinya.

Glosari :

v Wazan: Timbangan mengikut istilah ulama saraf (Bahasa Arab ).

v Mubalaghah: Melampau, lebih atau utama.

v Khalifah: Pemerintah .

v Khilafah: Pemerintahan.

keluarga-mithali.jpgRM20 SEJAM


Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya
yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu
bertanya kepada ayah…..

Anak: Ayah…ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?
Ayah: Hmmm….nak tanya apa?
Anak: Ayah…berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya?
Si ayah mula menengking.
Anak: Amin saja nak tahu ayah… Tolonglah beritahu berapa
pendapatan ayah sejam di pejabat?
Si anak mula merayu pada ayahnya.
Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu?
Jerkah ayahnya lagi.
Anak: Oh..20 ringgit..
Amin menundukkan mukanya.
Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?
Si ayah mula menjadi berang dan berkata, “Oh, itu ke sebabnya kamu
tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu?
Mintak sampai 10 ringgit?
Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu
senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur!
Dah pukul berapa nih…!!”
Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si
ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil
itu meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ayah
kembali

tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan

duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta
wang sebegitu banyak sebelum ini.

Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik
anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur. “Kamu benar-benar
perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni” Si ayah mengeluarkan sekeping
duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang.
“Terima kasih banyaklah
ayah!”

Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10
ringgit yang sudah renyuk terhim pit oleh bantal.
Bila ternampak duit itu, si
ayah kembali berang. “Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu
dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??”

Amin tunduk… tak berani dia merenung ayahnya.
Sambil menggenggam
kemas duit itu, dia menerangkan…..”Duit ni Amin kumpul dari
belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit

kat ayah sebab Amin tak cukup duit…”

“Tak cukup duit nak beli apa??”
Jerkah ayahnya lagi.

“Ayah…. sekarang Amin dah ada 20 ringgit..
Nah..ayah ambil duit
ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah
balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah..”
Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya…

Moral:
Kongsilah cerite ni ngan sesape aje yg anda suka tapi..yang penting
sekali, kongsilah masa sebanyak 20 ringgit itu
bersama2 dgn insan yang
anda sayangi. Ini hanyalah setitis peringatan kepada sesiapa yang
bekerja keras sepanjang hidupnya..yang bakal kerja sok lusa… atau
sesiapa saja yang selalu sibuk…
Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa dinikmati bersama2
dengan mereka2 yang begitu rapat dengan kita..yang sentiasa berada
di hati kita..

Bayangkan…bila dah kerja nanti…kalau kita mati..pihak syarikat
akan senang2 cari orang lain..gantikan kita.
Tapi..keluarga, rakan2 yang
kita tinggalkan kat dunia ni pasti akan berasa suatu kehilangan
sepanjang hidup mereka…Fikirlah…selama ni…apa yang kita dah
buat untuk keluarga kita?.. untuk insan yang kita sayang??

Konsep iman terjemahkan dengan pelaksanaan

Oleh: DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

DI DALAM siri yang lalu dinaqalkan beberapa kelebihan taqwa sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam Ghazali dalam kitabnya, Minhaj al-Abidin. Berikut sebahagian lagi kelebihannya yang disebut di dalam al-Quran :

1. Cinta Allah. Maka sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaqwa. (Ali Imran : 76)

2. Amal yang diterima. Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) daripada orang -orang yang bertaqwa. (Al-Maidah : 27)

3. Kemuliaan dan kehormatan. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. (Al-Hujurat : 13)

4. Khabar gembira. (Iaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa. Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan (dalam kehidupan) di akhirat. (Yunus : 63-64)

5. Terhindar dari neraka. Kemudian Kami akan menyelamatkan orang-orang yang bertaqwa. (Maryam : 72). Dan kelak akan dijauhkan orang yang paling bertaqwa dari neraka itu. (Al-Lail: 17)

6. Kekal di dalam syurga. Yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. (Ali Imran : 133)

7. Limpahan taufik dan keredhaan Allah. Bahawa Allah beserta orang-orang yang bertaqwa. (Al-Baqarah : 194)

8. Kebaikan beramal. Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu. (Al-Ahzab : 71)

* IAITU MEREKA YANG BERIMAN KEPADA YANG GHAIB, MENDIRIKAN SOLAT DAN MENAFKAHKAN SEBAHAGIAN REZEKI YANG kAMI ANUGERAHKAN KEPADA MEREKA. (Ayat 3)

Dijelaskan dengan lebih terperinci sifat-sifat muttaqin yang mendapat hidayah pada ayat ini hingga ayat lima. Di antara sifat-sifat mereka:

i. Beriman dengan perkara ghaib.

ii. Mendirikan solat.

iii. Sedekah/membelanjakan daripada kurniaan Allah.

Konsep iman ini seperti yang disyaratkan oleh ulama usuluddin ialah tiga:

i. Membenarkan dengan hati.

ii. Iqrar dengan lidah.

iii. Beramal dengan anggota badan.

Imam as- Syafie dalam kitab al-Fiqh al-Akbar menambah yang keempat dengan makrifat rukun-rukun iman.

Justeru itu, fahamlah kita bahawa iman bukan semata-mata konsep kepercayaan dan iqrar sahaja tetapi hendaklah diterjemahkan dengan pelaksanaannya.

Beriman dengan yang ghaib, iaitu yang ghaib daripada pancaindera dan setiap yang tersembunyi adalah ghaib, seperti syurga, neraka dan mizan.

Al- Gharib berkata, “Ghaib ialah apa yang tidak dapat dikesan oleh pancaindera.”

Ibnu Abbas berkata “Ghaib dengan apa yang datang daripada-Nya yakni daripada Allah.”

Terdapat banyak tafsiran tentang ghaib , antaranya :

i. Al-Quran, seperti pendapat Abu Razin dan Zir bin Hubaish.

ii. Wahyu, seperti pendapat Ibnu Abbas dan Ibnu Juraij.

iii. Allah, seperti pendapat Ata’ dan Said bin Jubair.

iv. Apa yang ghaib daripada manusia seperti syurga, neraka yang disebut dalam al-Quran, seperti pendapat as-Suddi daripada guru-gurunya Abu al-A’liah dan Qatadah.

v. Takdir Allah, seperti pendapat az-Zuhri dan Zaid bin Aslam.

vi. Beriman dengan Rasul pada hak yang tidak dilihatnya, seperti kata Amir bin Murrah.

Sifat yang kedua ialah mendirikan solat, mengikut cara yang paling sempurna dengan memenuhi segala syarat, rukun khusus dan adab-adabnya.

Solat pada bahasa bermaksud doa. Pada syarak ia bermaksud segala perlakuan, percakapan mengikut sifat-sifat tertentu. Dinamakan solat kerana tiga sebab:

i. Kerana tingginya.

ii. Kerana lembut. Orang yang bersolat menjadi lembut dan baik jiwanya.

iii. Kerana doa dan bermohon.

Ibnu Abbas mentafsirkan maksud iqamat as-sholat dengan menyempurnakan rukuk, sujud, bacaan dan khusyuk.

Syeikh Rasyid Ridha berkata “Iqamat as-sholat dengan mendatangkan ibadah ruhiyyah badaniah sesempurna mungkin. Ini kerana solat mempunyai gambaran zahir dan roh. Gambaran zahir ialah ibadat anggota. Sedangkan rohnya ibadat hati.”

Sifat yang ketiga ialah dengan bersedekah atau membelanjakan rezeki Allah mengikut jalan keredhaan Allah seperti zakat, sedekah dan juga segala nafkah yang dimestikan ke atasnya. Inilah pilihan Ibnu Jarir.

As-Syeikh As-Syanqiti dalam tafsirnya, Adwa’ al-Bayan menjelaskan, “Dinyatakan `min’ iaitu `daripada’ di sini bermaksud daripada sebahagian iaitu ( tabi’diah). Harta yang dibelanjakan itu hanya sebahagian bukan semuanya.”

* Kenapa terlalu banyak ayat yang disekalikan antara solat dengan menginfak harta?

Ibnu Kathir menjelaskan kerana solat adalah hak Allah yang mengandungi tauhid, pujian dan keagungan kepada Tuhan. Sedangkan infak ialah ihsan kepada makhluk, iaitu hak hamba.

Justeru kebaikan hamba akan sempurna dengan wujudnya hablun minal Allah dengan hablun minan nas. (Khaliq dengan makhluk).

* DAN MEREKA YANG BERIMAN KEPADA KITAB (AL-QURAN) YANG TELAH DITURUNKAN KEPADAMU DAN KITAB-KITAB YANG TELAH DITURUNKAN SEBELUMMU, SEDANGKAN MEREKA YAKIN AKAN ADANYA (KEHIDUPAN) AKHIRAT. (Ayat 4)

Mereka beriman dengan apa yang diturunkan, bermaksud mereka membenarkan tanpa ingkar apa yang rasul-rasul datangkan daripada Tuhan mereka.

Syeikh Rasyid Ridha berkata, “Beriman dengan apa yang diturunkan kepadamu ialah iman tafsili (terperinci) daripada al- Quran. Sedangkan apa yang diturunkan sebelum itu dengan ijmali atau umum sahaja.”

Syeikh Muhammad Abduh berkata, “Diulangkan lafaz `allazina’ kerana mentahqiqkan perbezaan antara dua golongan. Yang paling tinggi ialah di sini kerana segala sifatnya membawa kepada sifat-sifat yang telah disebut dan ditambah.”

`Al Inzal’ bermaksud diturunkan di sini ialah daripada Rububiyyah yang maha tinggi kepada hamba-hamba-Nya daripada petunjuk Ilahi.

Dengan akhirat mereka beriman iaitu berkaitan dengan kebangkitan, kiamat, syurga, neraka, hisab, mizan dan lain-lain. Sedangkan dinamakan akhirat kerana ia berlaku selepas dunia.

Yakin ialah iktikad yang bersamaan dengan realiti tanpa syak dan ragu. Yakin ialah ilmu. Dikatakan yakin ialah ilmu daripada istidlal (meminta dalil atau bukti). Justeru, tidak dinamakan Allah yang yakin kerana ilmunya tidak bersumberkan daripada istidlal seperti kata Imam Al-Baghawi.

* Apakah mereka yang mempunyai sifat ini sama seperti ayat kedua?

Ibnu Jarir memberi tiga pendapat ulama :

i. Yang disifatkan di sini sama seperti sifat pertama. Mereka yang beriman, orang Arab, ahli kitab dan lain- lain.

ii. Kedua-duanya satu iaitu mereka yang beriman di kalangan ahli kitab. Justeru jadilah `wau’ di antara dua ayat ini ataf iaitu sifat di atas sifat.

iii. Sifat yang pertama untuk orang beriman di kalangan orang-orang Arab dan kedua, di kalangan orang beriman ahli kitab. Inilah yang diperoleh daripada Ibnu Jarir.

GLOSARI

* Dinaqalkan: Dipindahkan sesuatu ucapan atau perkataan daripada seorang kepada seorang yang lain.

* Diiqrarkan: Diakui atau diucapkan oleh seseorang.

* Ta’wil: Suatu pentafsiran ulama terhadap sesuatu ayat, hukum atau tafsir.

* Makrifat :

1. Pengetahuan yang mendalam.

2. Berlawanan dengan nakirah.

Maksudnya dalam ilmu nahu ialah nama-nama yang dikenali. Contohnya, Muhammad, Malaysia.

* nakirah : Suatu perkataan itu didatangkan dalam bentuk yang umum yang mana tidak hanya terhad kepada sesuatu. Contohnya : Perkataan `lelaki’ menunjukkan kepada semua lelaki .

* Mizan : Neraca atau timbangan amalan di akhirat.

* Muttaqin: Orang-orang yang bertaqwa di kalangan orang Islam.

* Tabi’diah : Sebahagian bukan semuanya.

* Infak : Membelanjakan harta pada jalan Allah.

* Hablun minal Allah dan hablun minan nas (Khaliq dan makhluk). Tali antara Allah dan manusia yang bermaksud hubungan dan ikatan antara pencipta iaitu Allah Taala dan manusia.

* Mentahqiqkan : Menguatkan dan menjelaskan sesuatu.

* Istidlal : Pencarian dalil-dalil dengan bersandarkan kepada bukti-bukti yang thabit daripada al-Quran dan hadis.

Indonesian quakes trigger tsunami alerts

By ANTHONY DEUTSCH, Associated Press Writer 1 hour, 12 minutes ago

PADANG, Indonesia – Three powerful earthquakes jolted Indonesia in less than 24 hours, triggering tsunami alerts Thursday and sending panicked residents fleeing to high ground. At least nine people were killed in the tremors.

The first two quakes in western Indonesia — magnitudes 8.4 and 7.8 — were followed by a 6.2-magnitude temblor in the east, according to the U.S. Geological Survey.

The largest spawned nearly 10-foot-high waves on Sumatra island Wednesday, and the other two triggered tsunami alerts Thursday, Indonesia’s meteorological agency said. The alerts were later lifted.

Indonesia, the world’s largest archipelago, is prone to seismic upheaval due to its location on the so-called Pacific “Ring of Fire,” an arc of volcanos and fault lines encircling the Pacific Basin.

In December 2004, a massive earthquake struck off Sumatra island and triggered a tsunami that killed more than 230,000 people in a dozen countries, including 160,000 people in Indonesia’s westernmost province of Aceh.

Wednesday’s quake triggered a nearly 10-foot wave that slammed into at least one village on Sumatra, the island that was ravaged in 2004. Smaller waves were recorded further down the coast.

Rukhlan, a 43-year-old fisherman, said residents in Muara Maras were horrified Wednesday when they saw the ocean retreat and then fire back to shore.

“I heard people screaming and yelling tsunami … tsunami!” he said, adding that the water flooded the village and damaged dozens of homes. “Then I ran to find my children, but they had already run to the hills.”

Two other powerful tremors followed on Thursday in western and eastern Indonesia. The third quake, which had a preliminary magnitude of 6.2, struck off Sulawesi island — a different fault line.

Look at this First:

———— ——— ——— ——— ——— ——— ——— —

Russia tests ‘world’s most powerful vacuum bomb’

September 12, 2007 – 1:35PM

The test of the huge vacuum bomb is shown in this undated television image shown by Russian Channel One. Inset, the bomb before the blast. television.The test of the huge vacuum bomb is shown in this undated television image shown by Russian Channel One. Inset, the bomb before the blast. television.

Russia has tested the world’s most powerful vacuum bomb, which unleashes a destructive shockwave with the power of a nuclear blast, the military said today, dubbing it the “father of all bombs”.

The bomb is the latest in a series of new Russian weapons and policy moves as President Vladimir Putin tries to reassert Moscow’s role on the international stage.

The report said the new bomb was much stronger than the US-built Massive Ordnance Air Blast bomb – MOAB, also known under its name “Mother of All Bombs”.

“So, Russian designers called the new weapon ‘Father of All Bombs’,” it said.

“Test results of the new airborne weapon have shown that its efficiency and power is commensurate with a nuclear weapon,” Alexander Rukshin, Russian deputy armed forces chief of staff, told Russia’s state ORT First Channel television. The same report was later shown on the state-sponsored Vesti channel.

“You will now see it in action, the bomb which has no match in the world is being tested at a military site.”

It showed a Tupolev Tu-160 strategic bomber dropping the bomb over a testing ground. A large explosion followed.

Pictures showed what looked like a flattened multi-storey block of flats surrounded by scorched soil and boulders. “The soil looks like a lunar landscape,” the report said.

“The defence ministry stresses this military invention does not contradict a single international treaty. Russia is not unleashing a new arms race.”

Such devices generally detonate in two stages. First a small blast disperses a main load of explosive material into a cloud, which then either spontaneously ignites in air or is set off by a second charge.

This explosion generates a pressure wave that reaches much further than that from a conventional explosive. The consumption of gases in the blast also generates a partial vacuum that can compound damage and injuries caused by the explosion itself.

“The main destruction is inflicted by an ultrasonic shockwave and an incredibly high temperature, ” the reports said. “All that is alive merely evaporates.”

Rukshin said: “At the same time, I want to stress that the action of this weapon does not contaminate the environment, in contrast to a nuclear one.”

The Tu-160 supersonic bomber that dropped the bomb, widely known under its NATO nickname of “Blackjack“, is the heaviest combat aircraft ever built. Putin, who has overseen the roll-out of new tactical and anti-aircraft missiles and combat aircraft, has ordered “Blackjacks” and the Tu-95 “Bear” bombers to patrol around the world.

Showing the orange-painted US prototype, the report said the Russian bomb was four times more powerful – 44 tonnes of TNT equivalent – and the temperature at the epicentre of its blast was two times higher.

In 1999 Russian generals threatened to use vacuum bombs to wipe out rebels from the mountains during the “anti-terrorist operation” in its restive Chechnya province.

New York-based Human Rights Watch then appealed to Putin to refrain from using fuel-air explosives. It remains unclear if weapons of this type were used during the Chechen war.

US forces have used a “thermobaric” bomb, which works on similar principles, in their campaign against al-Qaeda and Taliban forces in the mountains of eastern Afghanistan.

“It (the bomb) will allow us to safeguard our state’s security and fight international terrorism in any circumstances and in any part of the world,” Rukshin said.

REUTERS

Huruf-huruf hija’ – Rahsia Allah dalam al-Quran

Tafsir Al-Quran & Asbabun Nuzul

Siri 11

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
ALIF LAAM MIIM. Mu-qadimah surah al-Ba-qarah dengan alif laam miim yang dikenali sebagai huruf hija’ yang termasuk dalam ayat- ayat mutasyabih (samar), hanya Allah sahaja yang mengetahui kehendak maksudnya, justeru itu kita wajib beriman dan mengembalikan maknanya kepada Allah. Faedah dinyatakan di sini seperti pendapat Imam al-Baghawi dalam tafsirnya, supaya dituntut beriman dengannya.

Abu Bakar as-Siddiq berkata, “Pada setiap kitab ada rahsia, dan rahsia Allah pada al-Quran ialah awalan-awalan surah.” Daud bin Abi Hind pernah bertanya kepada Sya’bi mengenai pembukaan surah, jawabnya, “Hai Daud, sesungguhnya setiap kitab mempunyai rahsia dan rahsia al-Quran itu pembukaan surah, tinggallah dan bertanyalah kepada yang lain.”

Imam al-Qurtubi menghikayatkan dalam tafsirnya daripada Abi Bakar, Umar, Uthman, Ali, Ibnu Mas`ud, juga dinyatakan oleh as-Sya’bi dan Ath-Thauri. Inilah yang dipilih oleh Ibnu Hibban. Muqadimah dengan huruf- huruf hija’ ini bagi menarik golongan penentang al-Quran dengan lafaz-lafaz yang asing dalam ucapan mereka. Ia diharap dapat menarik perhatian mereka.

Abu Rauq, Atiah bin al-Haris al- Hamadani berkata, “Adalah Rasulullah s.a.w. membaca al-Quran dengan suara yang nyaring dan jelas dalam solat. Orang-orang musyrikin bertepuk tangan dan bersiul mengejek, lantas diturunkan huruf-huruf yang terputus ini ( hija’). dan mereka mendengar dengan kehairanan. Inilah yang dinaqalkan oleh Ibnu al-Jauzi dalam kitabnya Zad al- Masir.

Huruf-huruf ini juga sebagai peringatan tentang mukjizat al-Quran yang bukannya kalam makhluk. Mereka lemah dalam mengkritiknya. Inilah pendapat jemaah ahli tahqiq seperti kenyataan Ibnu Kathir. Pendapat ini juga diikrarkan oleh az-Zamakhsari dalam al-Kasyaf dan Imam Ibnu Taimiah.

Termasuk pendapat tanpa ta’wil ini ialah Syeikh Muhammad Abduh seperti yang dinaqalkan oleh Syeikh Muhammad Rasyid Ridha dalam tafsirnya al-Manar. Katanya dengan tegas, “Cukup bagi kita dengan apa yang dinyatakan para sahabat dan tabiin, bukan daripada agama dalam perkara menyusahkan yang melampau, lalu mencipta illah/sebab yang mengakibatkan sedikit sahaja yang selamat daripada tergelincir.”

Syeikh Ahmad Syakir dalam mukhtasar Ibnu Kathir yang dinamakan Umdah at- Tafsir berkata, “Keseluruhan huruf yang disebut pada awal-awal surah dengan dibaca secara berulang-ulang sebanyak 14 huruf iaitu: alif, lam, mim, shad, ra, kaf, ha’, ya, ain, tha, sin, ha, qaf dan nun. Mungkin sekiranya dikumpul pada lisanmu berbunyi, `nas hakim qat`ie lahu sir’ bermaksud nas Tuhan yang maha bijaksana lagi tetap mempunyai sir atau rahsia.”

Tanpa dinafikan terdapat ulama yang cuba menta’wilkannya dengan menaqalkan pendapat-pendapat seperti Ibnu Abbas, ar-Rabi’ bin Anas, Muhammad bin Kaab, Said bin Jubair, Qatadah, Mujahid, Ibnu Zaid, al- Akhfus dan lain- lain lagi. Penulis lebih cenderung kepada pendapat yang pertama kerana inilah rahsia kitab Allah yang ditinggalkan ta’wilnya, hatta Rasulullah s.a.w. sendiri termasuk kebanyakan sahabat-sahabat seperti abu Bakar, Umar, Uthman, Ali dan lain -lain.

Syeikh Rashid Ridha menghuraikan beberapa nokhtah daripada ayat pertama:

i. Huruf ini dibaca satu demi satu (putus) kerana ia tidak termasuk dalam susunan kalam yang dii’rabkan dengan harakat .

ii. Dengan tidak dii’rabkan, dapat ditarjihkan bahawa hikmah pembukaan sebahagian surah yang khusus untuk peringatan dan mukjizat al-Quran.

iii. Sebagai cabaran kepada pakar-pakar bahasa Arab dan sasterawan untuk menunjukkan hikmahnya dan mukjizat al-Quran.

iv. Selemah-lemah yang dikatakan pada huruf-huruf hija’ ini sebagai masa umat ini.

v. Ada sebahagian ulama sejarah berpendapat bahawa melihat burung-burung sebagai tanda-tanda kepada sebahagian hakikat agama dan sejarah yang akan berlaku kepada makhluk.

Akhirnya, tawaqquf daripada tafsiran huruf ini lebih selamat daripada menyebut ta’wilan yang tidak qat`ie. Ada pendapat yang mentafsirkan Kitab dengan Taurat dan Injil seperti yang dinaqalkan oleh Ibnu Jarir dan lainnya.

– KITAB (AL-QURAN) ITU TIDAK ADA KERAGUAN PADANYA, PETUNJUK BAGI ORANG-ORANG YANG BERTAQWA. Kitab itu yakni al-Quran. Kitab pada bahasa Arab adalah kumpulan, seperti kumpulan tentera, kumpulan lembaran kertas dinamakan kitab. Di sini yang kita maksudkan adalah al-Quran. Ada pendapat yang menyatakan Kitab sebagai Taurat dan Injil seperti yang dinaqalkan oleh Ibnu Jarir dan lainnya.

Disebut `itu’ bermaksud isim isyarat yang jauh `itu’ dengan `ini’ seperti pendapat Mujahid, Ikrimah, Said bin Jubair. Ibnu al-Jauzi berkata, ada dua pendapat pada tafsiran `itu’:

a. Dengan makna ini, iaitu pendapat Ibnu Abbas, Mujahid, Ikrimah, al-Kisai, Abi Ubaidah dan al-Akhfas. Inilah yang dinyatakan oleh Ibnu al-Anbari dalam syair Khafaf bin Nudbah.

b. Ia dengan maksud isyarat kepada yang ghaib. Daripada tafsiran ini terbahagi kepada tiga pendapat:

i. Apa yang terdahulu daripada turunnya al-Quran.

ii. Apa yang dijanjikan dengan apa yang diwahyukan kepadanya.

iii. Apa yang dikehendaki dengan janji Ahli Kitab kerana mereka mendustakan nabi dan kitab.

– RAIBA bermakna syak dan tidak terang. Tidak syak di sini bermaksud jangan kamu syak seperti yang ditafsirkan oleh al- Baghawi.

– MENJADI HIDAYAH KEPADA ORANG BERTAQWA. Yang dimaksudkan hidayah ini ialah sesuatu yang tetap pada hati, iaitu iman. Ini semua tidak mampu dilakukan oleh makhluk untuk memasukkannya ke dalam hati hamba-Nya kecuali Allah, seperti ayat 56 daripada surah al- Qasas. Inilah pendapat Ibnu Kathir. Juga terdapat beberapa makna seperti penerangan kebenaran dan penjelasannya sebagaimana ayat 52 surah as-Syura. Ada yang berpendapat kebaikan seperti ayat 10 daripada surah al-Balad.

Syeikh al- Syanqiti dalam Adhwa al-Bayan berkata “Dikehendaki dengan hidayah pada ayat ini ialah hidayah khas iaitu melebihkan dengan taufiq kepada agama yang sebenar bukan hidayah umum.” Pada bahasa, taqwa dengan makna selamat daripada kejahatan yang dijadikan dinding.

Terdapat banyak definisi taqwa. Di antaranya:

i. Ibnu Abbas menyatakan, “Mereka yang menjauhi syirik dengan beramal dan taat kepada Allah.”

ii. Al-Hasan Basri, “Takutlah apa yang diharamkan ke atas mereka dan lakukan segala yang fardu.”

iii. Syahir bin Hausyab berkata, “Orang bertaqwa ialah meninggalkan apa yang tidak patut dilakukan dan takut terlibat dengan yang tidak boleh.”

iv. Umar bin Abdul Aziz, “Taqwa ialah meninggalkan apa yang diharamkan dan menunaikan apa yang difardukan.”

v. Abu Bakar ar-Rauzabari mendefinisikan taqwa dengan menjauhkan daripada segala yang menjauhkanmu daripada Allah.

vi. Zu an-Nun al-Misri mentakrifkan taqwa ialah sesiapa yang tidak dikotori zahirnya dengan segala pertentangan dan begitu juga dengan batinnya, di samping sentiasa berdiri di sisi syariat Allah.

vii. Ibnu Ata’ berkata: “Bagi taqwa ada zahir dan batin,zahirnya dengan menjaga hudud/batasan syariat sedangkan batin dengan niat dan ikhlas.”

viii. Talq bin Habib menyatakan taqwa ialah amalan menjuruskan ketaatan Allah atas petunjuk nur Allah.

ix. Abu Hafsin menyebut, taqwa hanya pada halal semata- mata tidak yang lain.

x. Saidina Ali r.a. berkata, “Penghulu manusia di dunia ialah dermawan dan penghulu manusia di akhirat ialah ahli taqwa.”

xi. Imam al-Qusyairi melalui kitabnya, Risalah al-Qusyairiah membahagikan taqwa kepada beberapa darjat :

a. Bagi orang awam daripada syirik.

b. Bagi orang khusus daripada maksiat.

c. Bagi wali-wali Allah daripada tawassul dengan perbuatan.

d. Bagi anbia’ daripada nisbah kepada perbuatan.

Pertanyaan Umar bin al-Khattab kepada Kaab al-Ahbar tentang taqwa. Jawabnya, “Adakah pernah melalui jalan yang penuh dengan ranjau dan duri?” Jawab Umar, “Ya.” Ditanya lagi, “Bagaimana perjalanan yang diambil?” Jawab Umar, “Dengan penuh hati-hati dan waspada.” Kaab berkata, “Itulah taqwa.”

Akhirnya penulis menutup perbincangan taqwa dengan menaqalkan kelebihannya seperti pendapat Imam al-Ghazali di dalam kitabnya, Minhaj al-Abidin. Di antara firman Allah itu adalah seperti berikut:

1. Pujian bagi orang-orang yang bertaqwa. Jika kamu bersabar dan bertaqwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan. (Ali Imran: 186 )

2. Perlindungan daripada musuh. Jika kamu bersabar dan bertaqwa, nescaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudharatan kepadamu. (Ali Imran : 120 )

3. Dokongan dan pertolongan Allah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan. (An-Nahl: 128 )

4. Keselamatan dan rezeki yang halal. Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. (Ath-Thalaq: 2-3 )

5. Kebaikan beramal. Hai orang- orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan- amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. (Al-Ahzab : 70-71 )


« Laman SebelumnyaLaman Berikutnya »