Pada yang saudara seagama denganku, pasti saja melenting apabila mekah dilawankan dengan apple mekah yang terdapat di New York.Betapa kurang ajarnya negara POLIS DUNIA itu tanpa mengambil kira senstiviti masyarakat beragama ISLAM. Dan betapa dayusnya masyarakat beragama ISLAM seandainya tidak mempertahankan hak mereka apabila diinjak-injak begitu.
Kali ini, model Baitullah dibina di New York. Tapi bangunan berbentuk segi empat dan berwarna hitam itu bukan sekadar model. Sebaliknya, bangunan yang dikenali sebagai Apple Mecca ini sebenarnya adalah sebuah night club.
Denganperbandingan gambar kaabah dan juga objek yang diberi nama apple mecca ini jelas menunjukkan sikap tidak prihatin yang ada pada masyarakat Amerika yang kononnya melaungkan hak kebebasan manusia.
Hak kebebasan manusia dan hak kebebasan bersuara inilah yang menyebabkan mereka secara membuta-tuli dan sesuka hatinya menyakiti hati masyarakat beragama Islam di seluruh dunia dengan menyentuh sensitiviti masyarakat Islam. Apatah lagi baitullah yang ada di tanah haram adalah rumah Allah yang dikunjungi oleh umat Islam di seluruh dunia saban tahun.
Apa sahaja ya, dendam mereka yang belum usai pada masyarakat Islam? Apa sahaja ya yang membuatkan mereka begitu membenci umat Islam? Cuba merosak dan menjatuhkan umat Islam?
Ternyata janji Allah itu memang benar… umat Islam akan sentiasa cuba dijatuhkan oleh mereka yang dilaknat ALLAH ini.
“
Februari 1, 2008 at 6:32 am
allahu akbar!!!
ya allah,betapa ceteknya pemikiran orang barat disana!!!betapa jahilnya mereka!!!semoga allah memberikan balasan yang setimpalnya..
Februari 13, 2008 at 6:13 am
betapa Islam itu agama yang dicemburui kafirin
tentu sahaja mereka cemburu, bagaimana bisa ka’abah, binaan segi empat hitam itu menerima pengunjung berjuta-juta umat Islam saban waktu,,,tentu sahaja kekeliruan yang ditimbulkan ini atas dasar kecemburuan agar negara mereka juga menerima maklum balas yang sama selepas pembinaan apple mereka tu,,,
jangan ragu dan gundah, kaabah tetap di bawah penjagaan ALLAH
Yang batil itu pasti akan lenyap dan yang haq itu pasti akan menang (QS Al-Isra’ 17:81)