Khamis, 6 Disember 2007


JAKIM :-1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM

1)McDonald

2) A&W

3) Secret Recipe

Restoran/syarikat berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal:

1) Victoria Station

2)Kam Lun Tai

3)Lotus

Family Restoran

Restoran/syarikat berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) San Francisco Steakhouse

2)Chicken Rice shop

3)Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM.
Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat.

KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarikbalik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah S/B, syarikat

ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM.

3. Assalamualaikum Terima Kasih Pada yang bertanya,

Mewarnakan rambut dr segi hukum syarak terbagikepada :

1.Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam.Warna hitam hannya harus bagi yang berpenyakit sahaja.

2.Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda.

3.Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua.

4.Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan.

5.Harus mewarnakan rambut dengan izin Suami.

Dari segi ingredient pewarna rambut yg ada dipasaran terbahagi kepada 2 jenis yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut menyerap air atau tidak ??

Pewarna rambut yang dipasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENTDYE.

Mengikut kajian jenis yang Semi-Pamenent Dye adalah jenis yang tidak menyerap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang islam.Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ianya di kilangkan di luar negara. Utk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal utk produk yang diproses di malaysia sahaja .

Wassalam

4. Sehingga kini pengeluar supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha , kebanyakan supplement food dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray,Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalahkerana itu adalah produk import, maka pengedar dan

pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan islam dinegara asal produk tersebut diimport.

5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan/minuman yang disediakan di restoran ini.

6. Soalan : Saya ingin tahu samada semua stall di foodcourt Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yg membezakan gerai yg halal dengan yg tidak halal. saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels,Cinnabon, Al-Marjan, Bong Sen (Vietnamese), Chinoz On the Park, Dome Caf , Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.

Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

7. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor ), La Boheme

tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.

King’s Confectinery telah mendapat pengesahan halal JAKIM, Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM, manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernahmendapat pengesahan halal JAKIM.

9. sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

10. Pernyataan mencampurkan minyak babi untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas, memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM, maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan/produk di tempat tersebut.

AYAM DINDINGS JUAL BANGKAI KEPADA UMAT ISLAM….

Edisi Nasional METRO: Ayam haram
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

KUALA LUMPUR : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menarik balik sijil pengesahan halal yang diberikan kepada syarikat Dindings Poultry Processing Sdn Bhd berikutan proses penyembelihan ayam di kilangnya meragukan.

Difahamkan antara kesalahan dikesan Jakim iaitu sesetengah ayam disembelih dua kali selepas penyembelihan pertama tidak sempurna dan ada ayam sudah mati sebelum disembelih.

Pengumuman berhubung penarikan balik sijil itu disiarkan dalam laman web Jakim melalui [link]
bertarikh 3 Januari lalu.

Laman web itu yang menjadi rujukan rasmi sijil halal Jakim menjelaskan Sijil Pengesahan Halal Jakim bagi Syarikat Ayam Dindings Poultry Processing Sdn Bhd ditarik balik sehingga diberitahu kelak.

Pengarah Bahagian Kajian Makanan dan Barangan Gunaan Islam Jakim, Che Hassan Fahmi Che Mamat yang dihubungi Harian Metro, petang semalam, mengesahkan mengenai tindakan Jakim itu.

Menurutnya, setiap pemegang sijil halal bertanggungjawab ke atas sebarang penyalahgunaan syarat ditetapkan Jakim.

Dalam kes ini, saya menganggap tindakan menarik semula sijil halal syarikat itu dapat memberi pengajaran kepada industri besar supaya tidak menganggap isu halal sebagai remeh.

Isu ini tidak harus dipandang main-main kerana kesannya amat serius kepada umat Islam di negara ini, katanya yang meminta tindakan Jakim itu tidak perlu dipertikaikan.

Ini kerana Sijil Pengesahan Halal boleh ditarik balik atau ditamatkan tempoh sahnya bila-bila masa apabila didapati ia menyalahi Prosedur Pensijilan Halal Malaysia yang sudah ditetapkan atau terdapat perkara atau cara pengendalian yang meragui dari segi hukum syarak.

Bagaimanapun, Jakim sedia bertolak ansur sekiranya pihak pengurusan syarikat itu membuat rayuan. Terpulang kepada keupayaan mereka untuk membetulkan kesilapan dan meyakinkan semula Jakim berhubung perkara yang menjadi isu.

Rayuan terbabit akan dipertimbangkan oleh Panel Pengesahan Halal Jakim dan penilaian akan dibuat secara teliti bagi memastikan kesalahan itu diperbetulkan, katanya.

Beliau turut mengatakan Jakim boleh menyenaraihitamkan mana-mana syarikat yang gagal mematuhi syarat dan peraturan Prosedur Pensijilan Halal Malaysia.

Sementara itu, menurut sumber Jakim, sepasukan pegawai penguat kuasa Jakim dengan bantuan pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengadakan pemeriksaan mengejut di kilang pemprosesan ayam milik syarikat itu di Kawasan Perindustrian Kampung Aceh, Setiawan, Perak, Rabu lalu.

Katanya, pemeriksaan mendapati terdapat beberapa kesalahan membabitkan proses penyembelihan yang meragukan.

Menurutnya, kesalahan ketara adalah sesetengah ayam disembelih dua kali disebabkan penyembelihan pertama tidak sempurna.

Ini sekali gus membuktikan ayam terbabit haram dimakan. Penyembelihan yang dilakukan dengan pantas itu menyebabkan tidak putus salah satu urat sama ada urat halkum atau urat marikh pada ayam terbabit yang diwajibkan mengikut syarak, katanya.

Justeru, penguat kuasa Jakim segera melakukan soal siasat bergilir-gilir terhadap tukang sembelih ayam yang bertugas di kilang itu untuk mendapatkan penjelasan terperinci.

Sumber itu mengatakan pekerja berkenaan mengaku ada menyembelih ayam dua kali untuk menjimatkan masa berikutan terlalu banyak ayam yang perlu diproses.

Malah, kami turut menemui bukti apabila mendapati ada ayam yang disembelih tidak putus urat leher sepenuhnya.

Selain itu, proses melayikan ayam menggunakan air panas didapati dikawal oleh pekerja bukan Islam. Ini secara langsung melanggari syarat sah penyembelihan untuk haiwan halal yang mewajibkan ia dilakukan oleh individu beragama Islam, katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati terlalu banyak keraguan yang munasabah berikutan penemuan berpuluh ayam yang disembelih dalam keadaan tidak sempurna iaitu haram untuk dimakan oleh orang Islam.

Jakim tidak mempunyai pilihan dan terpaksa menarik sijil pengesahan halal diberi walaupun ia sepatutnya luput pada 14 Disember tahun ini, katanya.

Beliau berkata, syarikat itu tidak sekadar menjadi pembekal ayam siap diproses ke pasar raya utama seluruh negara, malah kepada syarikat makanan segera.

Disebabkan ayam yang diproses syarikat itu mendapat permintaan tinggi, katanya, Jakim sudah menghantar surat rasmi mengenai penarikan sijil pengesahan halal terbabit kepada pasar raya dan syarikat makanan segera.

Surat sama turut dihantar kepada pejabat agama Islam dan pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) setiap negeri.

Pusat beli-belah terkemuka, pasar raya dan pemborong perlu menghentikan serta merta penjualan ayam keluaran syarikat terbabit, katanya.

Berikutan pengumuman Jakim itu, pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melakukan siasatan terhadap 10 pusat beli-belah dan pasar raya utama di ibu kota , semalam.

Mereka mendapati masih terdapat beberapa premis yang menjual produk berasaskan ayam keluaran syarikat terbabit.

Koordinator Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin, berkata tindakan diambil selepas pihaknya menerima pengumuman rasmi melalui laman web Jakim pagi semalam.

Menurutnya, kebanyakan pasar raya utama sudah menghentikan penjualan ayam dari kilang ayam itu di Perak, namun produk siap diproses seperti ayam bersalut tepung dan nugget yang mempunyai logo halal Jakim masih dijual.

Hukuman lebih berat perlu digubal kerana hukuman sedia ada terlalu ringan, katanya yang meminta sudah tiba masanya Akta Halal digubal bagi mengawal kegiatan penyalahgunaan atau penyelewengan sijil halal Jakim.