gambar hiasan
Soalan:
Apa hukumnya kita bersolat di Masjid yang ada kubur di dalamnya?
Jawapan:
Solat di masjid itu tidak mengapa(harus) tetapi dengan syarat kita tidak menghadap kubur tersebut apabila menghadap kiblat. Akan tetapi yang afdhalnya ialah sepatutnya masjid-masjid tiada kubur di dalamnya secara mutlak, kerana kewujudan kubur dalam masjid hatta di hujung masjid sekalipun, menyebabkan solat kita jadi makruh.
Yang berlaku di Malaysia sekarang ini berbeza kerana kebiasaannya tanah perkuburan dibina bersebelahan dengan masjid atau surau(di luar masjid) , bukan di dalamnya.
wallahu a’lam.
Mei 5, 2010 at 2:00 am
ada gambar masjid di jerman yang halamannya ada kuburan,gimana ya
ini linknya
http://majestad.wordpress.com/2009/11/30/sehitlik-mosque-moschee-masjid-berlin-berlin-germany/
Mei 17, 2010 at 1:15 am
tidak mengapa. itu sama sahaja keadaannya macam di Malaysia. Perkuburan itu di luar masjid, bukan di dalamnya. Ulama’ Syafi’iyyah mengharuskannya. Mudah2an ahli kubur dapat keringanan azab apabila mendengar bacaan al Qur’an dari Masjid.
Lagipun, orang yang solat di dalam Masjid tidak nampak kubur di hadapannya ketika mendirikan solat.
wallahu a’lam.