27 Disember 2007, Benazir Bhutto dibunuh dalam satu perhimpunan Pilihanraya di Rawalpindi, Pakistan. Dunia mula mencari-cari siapakah dalang di sebalik pembunuhan tersebut. Sebagaimana biasa, tidak lama kemudian, Barat menuding jari ke arah A l Qaedah dan Pengganas Antarabangsa yang terlibat.

alkaeeda.jpg

Ambe sendiri pun tidak tahu siapakah yang sebenarnya membunuh Benazir Bhutto terbunuh. Tapi sekiranya ada ‘suicide bombing seumpama itu, sudah tentu mereka tanpa segan silu dan ragu2 , menuduh Al Qaedah lah yang bertanggungjawab. Apabila Bush menuduh ini adalah kerja pengganas/ Al Qaedah, maka pemimpin-pemimpin negara2 lain pun akan turut serta menuduh orang yang sama. In yang dipanggil US HEGEMONY.

Sama ada Benazir mahupun Musharraf, kedua-duanya mempunyai persamaan iaitu tidak beriltizam dengan pelaksanaan hukum-hukum Islam.  Tapi kesan daripada pembunuhan itu  menyebabkan suasana negara menjadi kucar kacir, rusuhan di merata-rata tempat. Ini lah antara keburukannya apabila keta’suban sudah menjadi darah daging dalam diri masyarakat.

Bersyukurlah walaupun masyarakat  berbeza pendapat dan berbeza fahaman politik di Malaysia ini, rakyat belum lagi hilang akal untuk bertindak sedemikian. Ia mungkin kerana budaya masyarakat melayu yang lemah lembut, dan mungkin juga tahap kezaliman belum lagi ke tahap maksima. Janganlah sampai ada pemimpin politik yang dibunuh (terutamanya pembangkang) kerana tidak mustahil peristiwa seumpama itu akan terjadi di negara kita.

Advertisements