Lima rakyat Palestin dibunuh Rejim Israel termasuk ibu dan anak perempuannya
Posted on Friday, January 04 @ 12:21:52 MYT by admin
sern writes “
Jumaat, 4/1/08 – KHAN YOUNIS, (PIC)– Lima rakyat Palestin telah terbunuh dalam kepungan Rejim Israel di daerah Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza termasuk empat sekeluarga bersama seorang pejuang penentang.
Sumber perubatan di Hospital Nasser, bandar Khan Younis berkata Karima Fayyad, 55, bersama anak-anaknya Asmaa, Sami dan Ahmed telah terbunuh dalam rumah tempat pengepungan Rejim Israel dengan sejumlah kanak-kanak lain cedera termasuk bapa mereka, Hamdan Fayyad.
Mereka memberitahu wartawan PIC yang sebuah peluru berpandu Rejim Israel dilepaskan ke rumah mereka menyebabkan berlaku pembunuhan tersebut.
Seorang anggota Briged Qassam, sayap puak bersenjata Hamas juga terbunuh pada Khamis lalu dan mencederakan yang lain dalam serangan udara Rejim Israel di timur Khan Younis.
Sumber-sumber perubatan terdahulu memaklumkan PIC bahawa tujuh pejuang penentang itu, kebanyakannya bergabung dengan Briged Qassam telah tercedera dalam siri serangan udara Rejim Israel di kawasan tersebut.
Note: sumber : http://www.palestine-info.com
penterjemah : hijjaz79”
Tinggalkan Jawapan