Dengan “charter” yang d anugerahkan oleh Raja Inggeris pada Syarikat India Timur membolehkan kompeni tersebut menyerang dan menjajah negara-negara lain atas nama Ratu atau Raja England . Penaklukan yang mereka lakukan bukan sahaja bertujuan untuk memonopoli perdagangan dunia tetapi untuk memperkayakan diri dan negara.Tujuan yang paling utama ialah untuk meneruskan agenda Knight Templer (kini di kenali dengan Zionis atau Freemason) yang tewas di tangan Salahuddin Al Ayubi. Islam yang dilihat mampu menghalang agenda penguasaan dunia oleh puak zionis yang bersifat sifat tamak maka “preamtive plan” dilakukan dan negara-negara islam yang lemah dan kecil dijadikan keutamaan untuk diserang dan ditakluki terutama yang berada di bawah pengaruh kerajaan Islam Turki. Richard “The Lion Heart” iaitu Raja England yang juga merupakan “Knight Templer” bernasib baik kerana tidak meneruskan tentangan tidak seperti “Knight Templer” yang lain termasuk ketua mereka yang menerima hukuman mati oleh Salahuddin Al Ayubi. Mereka dihukum pancung kerana didapati berperang bukan atas dasar agama tetapi untuk kepentingan diri dan kumpulan serta berlaku zalim pada penduduk Jerusalem yang majmuk. Ekoran dari itu kesedaran mulai menjengah golongan Di Raja Eropah dan dikalangan anggota gereja serta dengan penglibatan Pope maka penyiasatan telah dilakukan terhadap knight templer yang pulang dari Jerusalem. Pengkhianatan dan penyelewengan golongan knight templer mula terbongkar melalui inkues yang dilakukan dan mereka akhirnya mengaku menyembah Iblis ( kini dalam kitab injil versi King James di gelar malaikat bintang pagi ). Setelah ratusan tahun menjarah dan merompak khazanah jerusalem serta negeri-negeri berhampiran dan menerima hukuman mati dari Kerajaan Perancis dengan fatwa Pope maka ramai golongan Knight Templer yang terselamat bertebaran melarikan diri dan mulai membina empayar perdagangan dan kewangan dari hasil penjarahan hingga akhirnya berjaya mempengaruhi golongan istana di seluruh Eropah. Sistem kewangan riba yang memang menjadi kepakaran Zionis Yahudi dijadikan etika hingga kebanyakan negara di Eropah yang dikucar-kacirkan oleh golongan knight templer terpaksa menerima tawaran pinjaman dari mereka untuk memulihkan kewangan negara. Pengaruh dari faedah pinjaman yang begitu mencengkam maka knight templer berupaya untuk menyusup kedalam kerajaan perancis hingga mengheret negara itu ke dalam revolusi perancis yang kita kenali. Melalui Revolusi Perancis yang mereka berperanan mencetuskannya maka dendam mereka akhirnya terlaksana dengan seluruh keluarga bangsawan perancis serta golongan paderi di hukum pancung dengan Gilotin. Islam yang didendami hasil pengusiran mereka oleh Salahuddin Al Ayubi menjadi sasaran terpendam dalam rencana terakhir mereka.
Bertakhta atas pengaruh Knight Templer yang kini di kenali dengan nama Zionis, kerajaan England mula merasai bertanggung jawab untuk meneruskan kebanyakan agenda penjajahan untuk memperkuatkan Empayar British yang telah melahirkan Republik Freemason pertama iaitu Amerika Syarikat. Bagi mengatasi masaalah logistik serta perbelanjaan dan pemberontakan oleh warga tempatan yang rumit untuk di tangani maka kemerdekaan terpaksa juga diberi. Sebelum kemerdekaan negara jajahan diserahkan maka perlu ada agenda halus dan mereka berjaya menyemai benih yang kemudiannya hidup dan subur sebagai satu jaminan dari kemerdekaan yang terpaksa mereka anugerahkan. Mereka tidak mahu agenda zionis mereka tersekat separuh jalan dan dengan kepakaran minda yahudi yang mahir mengenai sosio budaya dan tradisi masyarakat dunia agenda “divide and rule” di semai di Tanah Melayu dengan membawa masuk terlalu ramai pendatang-pendatang asing untuk menyekat penguasaan total bangsa melayu islam jika diberi kemerdekaan yang telah ditindas dan tertekan selama beratus tahun dijajah.
Dengan sisa-sisa pengaruh atau doktrin yang menular dalam masyarakat dan pentadbiran juga benih benih perkauman yang mula berpengaruh maka negara seperti malaysia terpaksa menelan tawaran yang telah sedia ada. Kebijaksanaan untuk bersatu dan bertoleransi perlu ada yang bakal menentukan nasib kemerdekaan negara yang mereka anugerahkan. Kebanyakan negara yang merdeka hanya mampu untuk merdeka dari segi zahir tetapi lemah dan mudah dikotak katikkan dari bangun untuk bersaing dengan kekuatan yang miliki oleh zionis barat. Sebuah Empayar Islam Melayu seperti Melaka tidak boleh dibangkitkan kembali dan mereka telah berjaya mengimpot dan memaksakan ke dalam Negeri Tanah Melayu dengan potensi-potensi masaalah yang bakal melumpuhkannya untuk bangun kembali.

Rujukan dari laman2 Freemason dan Anti Freemason.
.

Persoalan dan permasaalahan yang timbul……

Kini sebagai sebuah negara yang majmuk mahu atau tidak orang-orang melayu perlu ada jati diri untuk meneruskan kemandirian mereka serta membina kerangka susun atur bangsa untuk generasi penerus. Segala yang telah berlaku merupakan sejarah yang harus dikenang dan dijadikan pengajaran agar melayu terus berusaha dengan lebih gigih bagi mengembalikan maruah dan ketuanan mereka. Ketuanan di sini bukan bermaksud untuk menindas atau menafikan hak bangsa lain yang turut berjasa dalam waktu getir diakhir era pemerintahan Inggeris dan penaklukan jepun.
Menafikan ketuanan bangsa melayu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab seolah-olah menafikan kewujudan bangsa melayu selama beribu tahun membina tamadun mereka sendiri di bumi ini yang kemudiannya telah dihancurkan oleh penjajah barat berulang kali. Di mana lagi melayu yang ujud di negara ini untuk berbangga akan asal usul mereka yang lebih dahulu mendiami tanah ini dan berakar umbi membentuk satu tamadun dan satu bangsa yang melakar sejarah tersendiri. Segala kekecewaan dan kerosakan akibat penyelewengan yang dilakukan pemimpin-pemimpin melayu yang leka dan hanyut dengan kuasa dan keseronokan perlu diketepikan kerana apa yang telah berlaku terbit dari kesilapan dan kelalaian kita semua dalam membiarkan segalanya berlaku.
Andainya umat melayu telah benar-benar sanggup untuk berada pada satu pembaharuan yang menggamit mereka ke pentas kebebasan, keadilan dan kesamaan bagi semua kaum di bumi melayu ini maka melayu tersebut perlu untuk cerminkan diri dahulu dan mengukur kemampuan mereka. Andainya keyakinan atas kemampuan mereka menyebabkan pilihan ini di buat maka teruskanlah kerana melayu bukan bangsa yang benar-benar lemah seperti yang digembar-gemburkan dari sejarah putar-belit oleh sarjana-sarjana zionis yang memang menginginkan bangsa melayu akhirnya lesu kerana mempercayainya.

Apabila menyebut tentang pengkhianatan memang benar melayu telah dikhianati oleh bangsa sendiri dan sejarah kerajaan Melaka sebagai contohnya. Tentang kemampuan untuk bersaing memang ada melayu yang mampu bersaing tetapi tidak seberapa peratusannya dan mereka ini memang bertuah kerana mampu untuk awal sedar dan bersaing tetapi secara umumnya bagaimana? Begitu indah bunyinya untuk satu pembaharuan yang diterima ramai, tetapi adakah pembaharuan tersebut berupaya untuk berjalan seiring dengan niat dan ikrar yang dilafaz ketika ghairah meneguk minuman dalam bejana politik pilihanraya? Dalam dunia yang semakin serba mencabar dan rumit dan senario manusia umumnya yang ramai hanya mementingkan diri dan keluarga untuk “survival” adakah sifat insan murni yang diangan-angankan itu mampu menghiasi jiwa-jiwa majmuk di negara yang seakan telah punah ekonominya.
Ini belum lagi dibicarakan mengenai kepercayaan dan ketaksuban sesuatu penganut mengenai agamanya. Nyata dan jelas masing-masing agama terdapat banyak pertentangan mengenai asas kepercayaan mereka iaitu tentang ketuhanan. Memang ada beberapa persamaan tetapi bertentangan pada akidah dan konsep kesucian mampu mencetus konflik yang lebih rumit andainya masing-masing hanya sekadar bersetuju hanya untuk satu tujuan iaitu merealisasikan satu perubahan kuasa untuk memerintah. Jangan kerana ghairah merayakan satu kemusnahan yang diharapkan kita lupa untuk memulakan pembinaan insan dalam diri hingga masa-masa yang mendatang bakal menghalakan kita pada satu kemusnahan yang lebih besar dan kemusnahan itu akan melibatkan keseluruhannya. Bercakaran sesama sendiri tanpa kesudahan dan menganggu-gugat perjalanan kerajaan sama ada kerajaan yang memerintah negara atau kerajaan negeri yang ditadbir pembangkang tidak akan memperkuatkan atau menstabilkan negara untuk kebaikan.
Dunia kini berhadapan dengan pelbagai krisis yang rumit yang belum pernah berlaku sewaktu dekad-dekad lampau. Krisis pemakanan bakal menular ke setiap pelosok dunia dan sistem kewangan yang dimonopoli zionis telah berjaya menghancurkan kestabilan USD yang sengaja dilakukan bagi mengikis nilai kewangan negara-negara yang bergantung dengannya. Kenaikan harga minyak yang mencatat rekod baru dalam 6 hari berturut-turut sudah tentu melemahkan instituisi kewangan negara-negara yang kecil ekonominya. Kita tidak tahu apakah langkah yang akan diambil oleh Amerika Syarikat bagi menangani keruntuhan ekonomi mereka dan apakah seperti yang sudah-sudah mereka akan merealisasikan satu lagi serangan ke atas sebuah negara lain untuk mengalih isu sebenar yang mereka sedang hadapi. Kiranya berlaku satu lagi serangan maka keadaan dunia akan lebih parah lagi.

Agenda zionis menakluk dunia dan kita lihat disisi kita dan ianya bermula dengan bendera ini.

Imej ( kemegahan Knight Templer) bendera pihak yang menjajah dan menjarah hasil bumi dan maruah Tanah Melayu iaitu Syarikat India Timur.

From 1707 to approximately 1800, Wilson shows the Honourable East India Company ensign with the British Union flag.

Ikuti kenyataan mengenai Sejarah Bendera Malaysia atau Jalur Gemilang. Bermula denga satu peraduan mencipta ………

Flag Proposals 1949
Document, BT 11/4189, in the Public Record Office at Kew explains some of the thinking behind the design of the Malaysian Flag.
Federation of Malaya Order No.61 of 1949 announced that a committee had been set up to make recommendations for the design of a Federation Flag. A competition was organised with the suggestion that, in any design submitted, the flag should be simple, and have not more than four colours, which might perhaps be yellow, red, white and blue, the colours most frequently used in the flags of the nine states and two settlements of the federation. Suitable symbols would include the kris (a Malayan sword), tiger, and crescent.A total of 373 entries were received. The committee chose three to put before the Legislative Council:

(Contoh lakaran yang memasuki pertandingan akhir mencipta bendera Malaysia)
image by Eugene Ipavec, 7 September 2007

In the centre of a blue flag, two crossed red kris, surrounded by a circle of eleven white five pointed stars. (Crossed kris can be seen behind the anchor on the Malaysian naval ensign).
Explanation. Colours; red was found on six state/settlement flags, white on five, and blue on three, and all were colours of the Union Jack. Eleven stars of equal size, equally spaced, represented the states/settlements in no particular order, and each of equal importance. Kris was of great antiquity and peculiar to the Malayan archipelago, thus identifying the flag with Malaya.


( Contoh lakaran yang memasuki pertandingan akhir mencipta bendera Malaysia)

image by Eugene Ipavec, 7 September 2007

Similar to the first proposal, but with the stars arranged in two concentric circles, one of six stars, outside one of five stars.
Explanation. The same as first proposal, with the inner circle of stars representing the Unfederated Malay States and the outer circle the four Federated States and two Settlements.

( Contoh lakaran yang memasuki pertandingan akhir mencipta bendera
Malaysia)

image by Eugene Ipavec,

Six blue and five white horizontal stripes. A red canton half the length of the flag resting on top of the white stripe second from the bottom. A yellow five point star, oriented with one point in the six o’clock position, in the centre of the canton, and a yellow crescent, arranged like a C, between the star and the hoist.

same as the third proposal, but with crossed kris instead of the crescent and star.

Berlaku ubah suaian beberapa kali kerana tidak diperkenankan oleh Raja Inggeris


The newspaper Malay Mail published the designs and organised a poll. 42 percent favoured the third proposal, 27 percent wanted the fourth, with kris instead of the crescent and star, and 25 percent wanted a Union Jack included.
On 6 March 1950 the Federal Legislative Council decided that none of the designs were acceptable, and asked for a revised design that would be considered on 19 April. At this meeting the Council approved a
revised version of (3) in which, the blue stripes were replaced by red stripes, the red canton was replaced by a blue canton, and the five point star was replaced by an eleven point star.

Hakikatnya siapa sebenarnya pemenang peraduan mencipta bendera tersebut?

Akhirnya dengan persetujuan dari Raja Inggeris rupanya jadi begini!

Setelah diubahsuai beberapa kali, rekabentuk tersebut telah teliti pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950.
Rekabentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan Raja George VI pada 19 Mei 1950….

Ini pula bendera Amerika Syarikat atau dikenali dengan First Republik Of Freemason ( rujuk pada perlembagaan dan bahan-bahan sejarah yang terukir di statue of liberty serta bangunan-bangunan bersejarah mereka).

Advertisements