Ambe baru je dapat sms dari seorang kawan. Bunyinya begini:

Ustaz Harun Din, korang kenalkan? Dalam ceramah dia, ada membaca sebuah artikel yang menceritakan bahawa dunia ni dah nak kiamat. Planet Marikh (planet ke-4 dan paling dekat dengan bumi) telah mengalami pusingan yang terbalik pada bulan September lepas. Maknanya, planet yang dekat dengannya juga (bumi) akan bertukar arah pergerakan dia juga. Maka pada saat itu akan terjadi kejadian matahari tenggelam sebelah timur (tanda-tanda besar kiamat). Ingat, matahari terbit sebelah barat, pintu taubat dah ditutup. Tiada harapan lagi!! Maklumat ni juga telah dihentikan penyebarannya oleh NASA kerana akan menguntungkan pihak Islam. Tolong sebarkan untuk kemaslahatan kita bersama. Wassalam

Dan di bawah ini ambe copy paste kan artikel jawapan kepada isu tersebut:

Oleh:
Ahmad Saifuddin Amran
Tahun 2, Fakulti Perubatan
Jordan University of Science and Technology

Salam. Mesti baca!! And sorry for the interruption. Ustaz Harun Din, korang kenalkan? Dalam ceramah dia, ada membaca sebuah artikel yang menceritakan bahawa dunia ni dah nak kiamat. Planet Marikh (planet ke-4 dan paling dekat dengan bumi) telah mengalami pusingan yang terbalik pada bulan September lepas. Maknanya, planet yang dekat dengannya juga (bumi) akan bertukar arah pergerakan dia juga. Maka pada saat itu akan terjadi kejadian matahari tenggelam sebelah timur (tanda-tanda besar kiamat). Ingat, matahari terbit sebelah barat, pintu taubat dah ditutup. Tiada harapan lagi!! Maklumat ni juga telah dihentikan penyebarannya oleh NASA kerana akan menguntungkan pihak Islam. Tolong sebarkan untuk kemaslahatan kita bersama. Wassalam

Khabar angin tentang dunia hampir kiamat kian bertahun lamanya berlegar-legar di dunia maya. Atas nama menyedarkan orang ramai, ramai antara kita tidak sedar yang sebenarnya kita telah menyebarkan perkhabaran palsu yang sangat dilarang oleh Rasulullah SAW. Bahkan tanpa kita sedari, hal ini boleh mendatangkan keaiban yang besar terhadap umat Islam kerana terang-terangan meninggalkan amalan yang dianjurkan Al-Qur’an iaitu “memastikan kebenaran berita”.

Biarpun yang mengatakannya adalah seorang alim ulama, namun tidak semestinya setiap patah kata yang keluar dari mulut beliau adalah tepat dan boleh diterima. Lebih-lebih lagi jika perkara yang disampaikan itu bukan dari bidang yang dikuasai. Menjadi kewajipan juga menegur kesilapan walaupun di kalangan ulama kerana manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. Bukan saja pemerintah yang perlu ditegur, kadangkala ulama juga.

Alhamdulillah, penghargaan kepada imakubex, salah seorang forumer di portal iluvislam.com yang telah berjaya memperbetulkan kesilapan ini. InshaAllah dalam artikel kali ini, saya akan cuba menghuraikan semudah yang mungkin secara saintifik fenomena yang berlaku. (Saya pohon rakan-rakan aliran fizik untuk perbetulkan kesalahan jika ada)

Retgrograde Motion

Fenomena retrograde motion (peredaran songsang) adalah fenomena semulajadi yang berlaku pada beberapa planet dalam sistem solar kita. Begitu juga yang berlaku pada planet Marikh. Marikh menyongsang setiap 25.6 bulan selama 72 hari. Kebiasaannya, kita akan melihat di langit pada waktu malam bahawa semua planet akan beredar dari Timur ke Barat. Fenomena normal ini dinamakan direct motion atau prograde motion (peredaran biasa). Namun yang demikian, kadangkala juga pergerakan planet dilihat dalam bertentangan arah iaitu dari Barat ke Timur untuk satu waktu yang seketika. Fenomena inilah yang dinamakan retrograde motion seperti yang ditunjukkan dalam video berikut:

Video di atas menunjukkan peredaran Marikh yang dilihat dari Bumi yang mengalami retrograde motion pada tahun 1994-1995. Planet lain yang mengalami fenomena yang sama ialah:

  • Musytari (Jupiter) selama 121 hari setiap 13.1 bulan
  • Zuhal (Saturn) selama 138 hari setiap 12.4 bulan
  • Uranus selama 151 hari setiap 12.15 bulan
  • Neptun selama 158 hari setiap 12.07 bulan

Sistem Ptolemy

Model sistem solar yang dibina Ptolemy (87 – 150 AD) adalah perbaikan berdasarkan model alam semesta Aristotle (384 – 322 BC). Model ini mengandungi beberapa siri bulatan sepusat (concentric sphere) dalam keadaan Bumi menjadi pusat (geocentric). Dalam model ini, Matahari, Bulan dan bintang-bintang beredar mengelilingi Bumi.

Ptolemy menjelaskan, dalam model ini planet-planet beredar secara epikitaran (epicycles) iaitu planet beredar dalam satu bulatan orbit yang kecil dan dalam masa yang sama juga mengelilingi Bumi. Hal ini dapat dijelaskan dalam video yang berikut:

Animasi di atas menunjukkan bagaimana Model Geosentrik Ptolemy menghasilkan peredaran planet secara retrograde motion untuk planet mempunyai orbit di luar orbit Bumi.

(selanjutnya…)