Ambe terima beberapa keping surat yang mengandungi pelawaan menilik nasib dan nombor ekor daripada Kuil-kuil buddha di sebelah utara semenanjung seperti Kangar Perlis dan Kedah. Ada juga dimuatkan testimoni orang yang kesempitan wang tiba-tiba menjadi kaya kerana ikut nasihat Sami Buddha Siam.

Surat ini seolah-olah ditujukan kepada semua orang kerana bukan setakat ibu ambe yang menjadi mangsa, bahkan pejabat ambe pun terima beberapa kali.

Apakah tujuan sebenarnya? Adakah semata-mata untuk mencari untung atau lebih dari itu, iaitu untuk menyesatkan umat Islam di Malaysia?

Kita harus ingat bahawa mempercayai bomoh sebegini boleh merosakkan aqidah. Nabi pernah bersabda yang maksudnya, ” Barangsiapa yang mendatangi kahin atau arraf(tukang ramal perkara ghaib atau tok bomoh guna jin), tertolak amalannya selama 40 hari, dan barangsiapa yang membenarkannya, maka sesungguhnya ia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada (Nabi) Muhammad (sallallahu alaihi wasallam).”

Advertisements