Pendahuluan
Globalisasi merujuk kepada suatu proses di mana peranan negara dan sempadan geo-politik menjadi kurang penting dalam hubungan antarabangsa. Bumi menjadi satu kampung yang kecil dengan berlakunya proses globalisasi. Ini kerana informasi dengan mudah dan cepatnya sampai ke destinasi yang dikehendaki. Komunikasi menjadi mudah, dan dunia maklumat melangkaui sempadan negara bangsa.
Kesan globalisasi dilihat mempunyai peranan yang besar dalam membentuk sikap manusia terhadap isu antarabangsa. Ada yang positif dan ada yang negatif. Penulis tidak mahu membicarakan sisi positifnya. Apa yang akan dibicarakan ialah cabaran globalisasi terhadap aqidah umat manusia seluruhnya dengan timbulnya pelbagai ajaran-ajaran baru.
Ajaran Sesat Dalam Kitab Tauhid
Sesiapa yang berkesempatan menelusuri pengajian ilmu usuluddin, aqidah, atau tauhid akan bertemu dengan istilah muktazilah, syiah, khawarij, qadariah, jabariah, jahmiyyah, mu’attilah, musyabbihah, mujassimah dan banyak lagi istilah-istilah yang mewakili aliran aqidah yang bercanggah dengan ahli sunnah wal jamaah. Itu firqah-firqah yang terdahulu. Sekarang ini, banyak timbul ajaran-ajaran sesat baru yang berlindung di sebalik istilah-istilah moden yang ramai masyarakat umum tidak menyedari bahawa ianya termasuk dalam ajaran sesat. Ada Ulama’ tanahair mengarang kitab aqidah yang membicarakan tentang ajaran-ajaran sesat zaman moden seperti Sekularime, Liberalisme, Nasionalisme, Pragmatisme, Kapitalisme, Sosialisme, Komunisme, Ahmadiyah dan sebagainya. Sebenarnya, banyak ajaran-ajaran ini menyerupai pegangan ajaran sesat terdahulu dari sudut kefahamannya atau kecenderungannya. Liberalisme umpamanya merupakan jelmaan semula muktazilah kerana mengagungkan akal melebihi nas al Qur’an itu sendiri. Nasionalisme sebenarnya merupakan manifestasi ajaran ‘asobiyyah’ yang disebut oleh Rasulillah sebagai ‘bukan di kalangan kami’.
Ajaran Sesat Terbaru
Muta’akhir ini, banyak ajaran sesat baru timbul mengelirukan umat manusia antarabangsa dengan mem’promote’kan ajaran mereka melalui saluran internet-dunia tanpa sempadan. Ajaran-ajaran yang mempergunakan tema keamanan dan kesejahteraan sejagat mudah sekali diterima oleh masyarakat yang tiada ilmu aqidah yang kukuh, apatah lagi yang buka Islam. Antaranya ialah seorang lelaki dari India yang dianggap Tuhan oleh pengikutnya kerana banyak melakukan perkara-perkara mencarik adat seperti mengeluarkan tepung dan emas dari tangannya, mengubati orang buta, menghantar seorang tua ke Mekah dalam sekelip mata, pergi ke suatu tempat dengan kelajuan awan, dan banyak lagi. Dajal zaman moden ini tidak mempunyai ajaran tetap dan khusus tetapi ia banyak mempengaruhi orang ramai dengan keajaiban pada dirinya. Pengikutnya banyak memasukkan klip video dalam internet untuk meyakinkan manusia tentang Sai Baba ini.
Yang terbaru penulis jumpa dalam internet ialah ajaran Raelian Movement. Satu laman web khusus dibina untuk menyebarkan ajaran songsang peringkat antarabangsa ini yang boleh dilayari dalam hampir semua bahasa yang ada atas mukabumi ini termasuklah Bahasa Melayu(Indonesia). Pengasasnya merupakan seorang jornalis perancis yang mengaku bertemu dengan makhluk asing pada tahun 1973, yang dipercayai sebagai “Pencipta” manusia atas bumi ini.
Jornalis itu mendakwa bahawa makhluk asing itu memberitahu bahawa apa yang manusia sembah dan anggap sebagai tuhan sebenarnya adalah mereka. Mereka lah yang mencipta manusia dengan teknologi terkini. Makhluk asing itu berpesan agar bersiap sedia untuk menerima mereka nanti di bumi. Banyak lagi maklumat tentang gerakan ini. Yang pasti, semua ini perancangan licik Yahudi untuk merosakkan aqidah umat manusia.
Inilah cabaran umat islam masa kini. Bukan setakat terpaksa berhadapan dengan perbalahan sesama sendiri dalam bab ilmu aqidah, lebih teruk lagi ialah terpaksa bertungkus lumus menyanggah dakwaan-dakwaan palsu proksi-proksi Yahudi atas mukabumi ini.
April 27, 2009 at 10:33 am
salam..
layari blog saya yg dlm usaha menentang ajara=n sesat & islam liberal di malaysia.
harap boleh bertukar link..
April 28, 2009 at 9:18 am
insyaAllah. jazakumullah