Penulis dihubungi seorang sahabat seminggu lepas bertanyakan hukum menyertai dan memasang ‘candlelight vigil’. Pada mulanya penulis agak keberatan untuk menjawab kerana tidak tahu asal usul upacara itu. Sahabat penulis minta sungguh-sungguh agar penulis selidik hukumnya. Setelah mencari-cari, ini yang penulis jumpa:
“A candlelight vigil is an outdoor assembly of people carrying candles, held after sunset. Such events are typically held either to protest the suffering of some marginalized group of people, or in memory of lives lost to some disease, disaster, massacre or other tragedy.
Such vigils may also have a religious or spiritual purpose. On Christmas Eve many churches hold a candlelight vigil.”
Terjemahannya:
(Upacara) Candlelight Vigil merupakan satu perhimpunan terbuka di mana pesertanya membawa lilin, yang dinyalakan selepas matahari terbenam. Biasanya ia dianjurkan sebagai satu protes bagi mewakili kesengsaraan kelompok2 tertentu yang tertindas dalam masyarakat; ataupun sebagai suatu peringatan kepada mereka yang terkorban akibat wabak penyakit, bencana, huru hara, atau tragedi tertentu.
Upacara seumpama itu juga mungkin ada tujuan keagamaan. Di malam Krismas , banyak gereja yang mengadakan upacara bertafakur sambil memegang lilin.
Hari ini sebahagian masyarakat Islam mengutuk perbuatan YB Nizar Jamaluddin kerana melakukan Upacara itu. Ada yang kata boleh, ada yang kata haram. Ini mengelirukan masyarakat Islam yang rata2 tidak tahu apa hukum sebenar terhadap perbuatan itu. Lebih2 lagi ada yang bergelar ulama’ yang tidak bersedia untuk mengharamkannya.Bahkan ada yang mengatakan ianya harus kerana tidak melibatkan upacara keagamaan, cuma budaya sahaja. Kadang-kadang, masyarakat tidak pandai membezakan yang mana benar-benar budaya/adat, yang mana benar-benar upacara keagamaan. Bukankah ada upacara keagamaan itu membentuk budaya sesuatu kaum?
Ada blogger yang membela tindakan Nizar, membawakan contoh budaya Cina Tanah Besar yang menyalakan colok di luar Masjid sambil melaungkan takbir sebelum memasukinya. Blogger tersebut mendakwa pegang lilin dan colok merupakan amalan turun temurun masyarakat cina sejak berkurun lamanya. Penulis nak bertanya samakah orang pegang colok sambil bertakbir dengan orang pegang lilin sempena kematian seseorang? Beliau berpendapat bahawa tindakan Nizar samalah macam amalan masyarakat Cina Islam itu.Hujjah ini hujjah orang awam, bukannya ahli ilmu dalam masalah ini. Mengqiaskan hukum pegang lilin dengan pegang colok cina tidak kena. Qias ma’al fariq. Mana aslun nya, far’un nya, hukumnya, dan illah nya?
Ulama’ harus tegas dalam menyelesaikan masalah ini. Kalaupun perkara itu tidak jelas, mereka harus duduk semeja mengkaji hukum tersebut. Penulis berpendapat hukum memegang lilin dengan tujuan bertafakur atas kematian seseorang adalah haram hukumnya. Ia berasal dari amalan gereja kristian (sebagaimana petikan di atas)yang kemudiannya diperluaskan kepada perkara lain seperti bencana alam, kezaliman, peperangan dan seumpama dengannya.
Dalam isu memegang obor api olimpik contohnya, bukankah ulama’ mengharamkannya kerana asalnya ialah upacara penganut agama Greek Kuno menyembah dewanya Olympus? Ia tetap haram walaupun yang memegangnya itu tidak berniat untuk menyembah dewa itu, hanya sekadar istiadat kesukanan sahaja….
Dalam kitab fiqh manhaji, ada disebut panduan menentukan sama ada satu2 jenis permainan itu dibolehkan oleh syarak atau tidak. Contohnya permainan daun terup, kalau tidak berjudi, haruskah ia? Ulama’ Syafi’iyyah menyebutkan bahawa oleh kerana asalnya dicipta untuk berjudi, maka kalau tidak berjudi pun , ia tetap haram. Begitulah juga dengan menangani isu pegang lilin ini. Kalau bertafakur pegang lilin itu memang asal usulnya dicipta ada kaitannya dengan amalan agama Kristian atau agama lain dari Islam, maka ianya tetap haram walaupun kita ikut tanpa pengetahuan tentang itu.
Jadi, kalau benar memegang lilin itu merupakan budaya/adat yg tiada kaitan dengan iktiqad keagamaan, ianya dibolehkan. Penulis harap janganlah sesiapa ,mempolitikkan isu ini dan ikhlas lah dalam memberi pendapat sama ada ianya dilarang ataupun tidak. Janganlah kerana orang yang melakukannya itu ‘orang kita’, maka kita wajib pertahankan walaupun jelas akan haramnya!!!(Pada pendapat penulis). Sekali lagi penulis seru para ahli ilmu agama dapat sepakat dalam menjelaskan hukum pegang lilin tersebut , sebagaimana jelasnya hukum haram pegang obor olimpik dan bertafakur di tugu negara. Wallahu a’lam.
Julai 28, 2009 at 1:17 am
jika hukumnya haram maka ia tetaplah haram walau siapa yg melakukannya.
namun, pada saya (org awam), perkara2 yg boleh mendatangkan fitnah, kekeliruan, terutama dari segi pandangan umum, baiklah dijauhkan.
Julai 29, 2009 at 12:38 pm
itu dipanggil wara’ . Memang ia merupakan sifat yg terpuji dlm ilmu akhlak. Nabi berpesan دع ما يريبك الى ما لا يريبك . bermaksud: ” Tinggalkan apa2 yg meragukan kamu kepada apa2 yg tidak meragukan(yakin).” Jadi sepatutnya org yg wara’ jaga dirinya drp apa2 yg meragukan sama ada di hatinya mahupun di hati org2 beriman yg lain.
Julai 29, 2009 at 12:41 pm
Harap ada kaum Cina Islam yg respon artikel ni. Saya cuma nak tau benarkah pegang lilin ketika ada kematian itu sebahagian dari budaya Cina dan tiada kaitan dgn upacara keagamaan? Sebab pada fahaman saya, ianya menjadi budaya Cina Kristian. Dan asalnya pegang lilin dlm agama Kristian memang ada kaitan upacara keagamaan sebagaimana dlm artikel.
Julai 30, 2009 at 8:28 am
jom singgah
berkongsi ilmu memngenai msg yg pnah kta trima dahulu di
http://anamukmin3.blogspot.com/
Julai 30, 2009 at 8:32 am
sya hrap saudara bertanya la secara terus kepada kaum tersebut berdasarkan pengamatan dan apa yg saya tau apa yg dorg laksanakan adalah budaya yg mmang ada dalam budaya kaum cina. sekiranya saudara berpeluang untuk pergi ke negara china saudara akan jmpa perkara yg sana bgaimana penduduk cina islam membawa colok pergi ke masjid dan ini juga klu kita melihat seperti ajaran agama cina tetapi sekiranya kita bertanya mereka ternyata ianya hanyala adat budaya mereka.
Julai 30, 2009 at 11:04 am
adat budaya yg dimulakan sudah tentu ada sebab musababnya. Pegang lilin ni kita nak tau apa sejarahnya. Tak cukup dgn mengatakan ianya adat semata2. Saya sudah bawa conth sejarah pegang lilin dlm kristian. Saya juga sudah menyebutkan bhw beza antara bawa colok di Masjid (bertakbir) dgn pegang lilin dgn tujuan tafakur mengenangkan kematian seseorang!