Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Bismillahirrahmanirrahim pemula bicara. Alhamdulillah, segala puji milik Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Tajuk pos ini mungkin biasa didengar dan dibaca sekiranya tajuknya tanpa tanda soal(?). Sengaja Penulis letak tanda soal untuk menarik perhatian pembaca. Kini, banyak bahan bacaan yang kita boleh dapat berkaitan tajuk di atas baik berupa buku, artikel, mahupun dalam bentuk VCD. Alhamdulillah masyarakat Islam semakin mudah untuk mempelajari cara solat dengan adanya teknologi yang membantu kerja-kerja dakwah dan penyampaian ilmu Islam. Tetapi sejauh mana benarnya ajaran dalam bahan-bahan bantu mengajar itu menjadi persoalannya. Sekarang, melalui internet pun banyak bahan pembaca boleh dapatkan. Umpamanya melalui klip-klip video dalam youtube. Insan-insan yang rajin dan ikhlas kerana Allah memasukkan video kaedah solat cara Nabi. Kita lihat di bawah ini:
Betulkah begitu? Hadis yang dipetik memang benar sahih tetapi benarkah cara pentafsirannya terhadap cara mengisyaratkan jari telunjuk ketika tasyahhud begitu(minit ke 8.10)? Tidak pernah diketahui mana2 ulama’ muktabar yang mentafsirkan maksud hadis yang berkait isyarat jari telunjuk sebegitu. Sila teliti pula penjelasan Sheikh Abi Ishaq al Howaini yang menaqalkan pendapat Sheikh Al Albani ketika beliau sempat bertemu dan berdialog isu jari telunjuk ketika tasyahhud dgn Al Albani.
Penulis hairan dengan pendirian sesetengah ustaz ‘salafi’ yang sangat ber’kiblat’kan Al Albani, mempertahankan pendapat mereka dalam soal ini sedangkan Sheikh mereka sendiri pun tidak berpendirian begitu. Ini jelas menunjukkan mereka mentafsirkan hadis yang mereka baca dari kitab ‘sifat solat nabi’ Al Albani mengikut fahaman mereka sendiri.
Wallahu a’lam.
al Faqir ilallah
ibnuabbas
Oktober 1, 2009 at 3:37 am
tuan,
pada saya amalan dlm ibadah biar bersandar kitab2 imam muktabar, bukan ambil satu hadis dan jadikannya tiang amalan. pada mereka AlBani tu sama taraf dgn 4 imam mazhab (atau mungkin lebih), doakanlah agar segala amalan kita diterima, kerana hajatnya cuma itu