Mac 2012


Saya ingin mengetahui apakah hukumnya sekiranya seorang Islam mengambil orang bukan Islam untuk bekerja sebagai pembantu rumah membuat kerja-kerja mengemas rumah dan menjaga anak-anak di rumahnya?

JAWAPANNYA:

Tiada larangan dalam nas Qur’an ataupun hadis tentang hukum mengambil orang bukan Islam sebagai Pembantu rumah. Akan tetapi oleh kerana dia bekerja dengan kita, maka hendaklah menerangkan peraturan-peraturan dalam Islam yang berkaitan aurat dan makan minum.

Walaubagaimanapun, adalah disarankan berusaha mencari pembantu rumah yang beragama Islam terlebih dahulu bagi mengelakkan timbul masalah pada masa hadapan.

Wallahu A’lam.

Advertisements

salam uztaz. saya ingin mendapatkan kepastian berhubung talak 3 yang dijatuhkan suami keatas saya di rumah di hadapan anak2 saya berumur 15thn, 14thn dan 11thn. saya dan suami telah berumahtangga di luar (majlis agama narathiwat) selama 7 bulan dan kes permohonan pendafftaran di malaysia juga masih belum selesai setelah permohonan di hantar di pejabat agama. masalah kami : suami saya telahpun beristeri dan saya adalah isteri kedua. semenjak kawin saya didapati sakit terkena ilmu sihir yang setelah disahihkan oleh ramai uztaz, dr dan pengubat tradisional yang beragama islam dimana isteri pertama sejak awal mensihirkan saya malah juga telah mensihirkan suami sejak awal perkahwinan mereka.

soalan saya : suami saya, seorang yg sgt dikenali kerana kami sekampung, satu sekolah dan satu tmpt mengaji. bila dia berkeadaan normal dia berkelakuan waras dan sembahyang tetapi bila ada tika dia terkena “angin” dalam ketawa juga mampu diam dan mula marah tdk menentu sehingga mengasari malah pernah memukul saya. dan hari yang “angin” pasti akan balik ke rumah isteri pertama dan mengambil masa lama kerumah saya. walaubagaimanapun, jika tiada duit / masalah kewangan pasti cari saya sehingga saya telah melebihi kadar sepatutnya membantu kerana saya berniat membantu suami tetapi ianya bukanlah spt saya sangkakan kerana apa sahaja bantuan saya cuma lah atas kehendak isteri pertama yang boleh saya katakan “idup biar papa asal bergaya”. dalam keadaan normal suami mengatakan dia amat menyayangi saya malah dpd sekolah lagi.

sejak saya berubat secara islam, maka makin menjadi lah buatan sihir ke atas saya malah semakin hari semakin kuat perlakuan mereka. isteri pertama dibantu oleh ibu dan keluarganya dalam menjalankan sihir dan ilmu songsang yg saya ketahui salah satunya ilmu bathil. dia berjaya pisahkan saya dengan suami, seluruh anggota keluarga, malah kwn2 yang dulunya sgt rapat.

dalam keadaan sebegini : adakah talak 3 sebutan suami yg dtg kerumah dalam keadaan marah dan menuduh tidak menentu itu jatuh ke atas saya uztaz? saya berharap uztaz dpt bagi pandangan kerana masalah ini membelenggu saya sehingga mengganggu xtvt harian saya. saya seorang ibu tunggal yang tiada ibu bapa.

terima kasih.

JAWAPANNYA:

Salam.

Perkara ini sangat sukar untuk dibuktikan. Buat masa sekarang, tiada peruntukan undang-undang di Mahkamah Syariah utk membuktikan adanya unsur2 sihir dalam masalah yang timbul di antara suami isteri yang datang mengadu.

Memang pernah ada kes perceraian di bawah pengaruh sihir. Tapi Mahkamah tetap menjatuhkan hukum cerai itu sah kerana sihir tak dapat dibuktikan.

Dalam perbincangan bab talak, ada dua keadaan di mana talak tidak jatuh iaitu dalam keadaan mabuk dan gila. Sepakat ulama mengatakan bahawa tidak jatuh talak sekiranya Mabuk itu yang tidak disengajakan. Adapun mabuk yang disengajakan seperti sengaja minum arak, kemudian mabuk dan seterusnya menceraikan isteri, ulama; berselisih pendapat dalam hal ini. Jumhur Ulama’ mengatakan jatuh talak.

wallahu a’lam.

salam ustaz,
saya sudah berkahwin dan ada seorang anak bru 1 thn. sy tggal berasingan dr ibu bapa sy. sy dan suami jarang melawat ibu bapa saya kerana sy ade seorang abang(penagih) yg tggal bersama orang tua sy. abg sy jd mcm tu sudah berthn2 tp bapa sy tetap tak ambil apa2 tindakan untuk pulihkan dia. malah bapa sy selalu meminjam duit anak2 yg lain atau org lain supaya boleh beri duit kpd abg sy untuk beli dadah. bapa sy bertindak begitu sbb tak mahu lihat abg sy mengamuk2 minta duit. utk pengetahuan ustaz, keadaan abg sy sudah teruk, dia akan buat apa sj utk dptkan duit. dia pernah bergaduh dgn suami sy psl duit. suami sy mmg xnak dtg rumah bapa saya lagi sejak kejadian tu. setiap kali saya dan suami dtg menziarah ibu bapa saya mesti ada berlaku konflik dgn abang saya. suami saya kurang senang dgn bapa saya kerana bapa saya sanggup pinjam duit utk abang sy. saya dan adik beradik sudah banyak kali nasihatkan bapa utk hantar abang sy tu ke pusat pemulihan tetapi dia enggan.
Dalam 2 thn lepas, sy dan suami pernah buat laporan polis atas keganasan abang sy terhadap ibu bapa saya tetapi bapa saya sanggup ikat jamin dan minta dilepaskan. kejadian ni menambahkan lagi rasa tak senang suami sy kerana bapa saya sendiri yg suruh buat laporan polis.

Jadi, persoalan saya:
1) wajarkah bapa saya bertindak begitu kerana dia betul2 sygkan abang sy sehingga x mahu dihantar ke pusat pemulihan?
2) berdosakah saya dan suami jarang melawat mereka dgn tujuan untuk mengelakkan pergaduhan dgn abg sy?
3) sy sbg anak perempuan yang telah berkahwin – nak utamakan suami atau ibu bapa yg sentiasa ada masalah dgn keadaan abg yg penagih. saya merupakan satu2nya anak yg tggl berdekatan dgn ibu bapa manakala adik beradik yg lain (semuanya lelaki) tinggal berjauhan.

Tolong saya ustaz. saya sangat buntu sekarang. saya bimbang saya dikatakan anak yang tak kenang budi ibu bapa padahal semua ini berlaku hanya berpunca dr kelakuan abang saya. bapa saya lebih utamakan dia dr anak2 yg lain.

terima kasih ustaz.

JAWAPAN:

1)Walau sayang bagaimana sekalipun terhadap anak-anak, perkara yang salah di sisi syarak tetap dikira salah. Nabi memerintahkan kita agar mencegah kemunkaran. Menagih dadah merupakan suatu kemunkaran yang tidak dapat disangkal lagi. Maka, sesiapa yang ada kemampuan untuk mencegahnya, maka wajib mencegahnya. Antara cara mencegahnya ialah repot polis dan dihantar ke pusat pemulihan dadah. Kalau kita tak yakin dengan pusat pemulihan dadah, sekarang banyak tempat alternatif rawatan secara Islam dan tradisional untuk menghilangkan ketagihan itu. Ikhtiarlah agar dia sembuh. Jangan dituruti kehendaknya kerana ia bercanggah dengan syarak.

2)Tidak berdosa kalau puan dan suami tidak melawat atas dasar untuk mengelakkan pergaduhan tetapi carilah cara untuk memujuk ibubapa puan agar hantar abang puan ke pusat pemulihan.

3)Ketaatan puan wajib dicurahkan kepada suami dahulu, kemudian kepada ibubapa. Apabila bercanggah ketaatan antara kedua belah pihak, maka utamakan ketaatan kepada suami selagimana bukan maksiat yang disuruhnya.

Wallahu a’lam.