April 2012
Monthly Archive
April 9, 2012
Posted by ibnuabbas under Pelbagai
Tinggalkan Komen
SOALAN:
assalamualaikum ustaz..saya nk tnya…jiran saya selalu memberi buah buahan kepada sya..tp dia bukan islam…malah buah buahan tersebut bukan milikya tp milik majikannya yg juga bukan beragama islam…apakah hukum memakan buah tersebut?
JAWAPAN:
Tidak ada larangan dari hadis mahupun al Qur’an berkenaan larangan menerima buah-buahan daripada non muslim. Asalkan buah itu halal zatnya di sisi syarak, maka harus diterima dan harus dimakan. Masalahnya di sini ialah buah tersebut bukan miliknya. Maka hendaklah dengan penuh sopan memberitahu kepadanya bahawa Islam melarang mengambil sesuatu yang bukan hak kita. Kalau majikannya tahu dan membenarkan beliau mengambil buah tersebut untuk diberi kepada saudara, maka hukumnya HARUS.
WALLAHU A’LAM.
April 9, 2012
Posted by ibnuabbas under Pelbagai
Tinggalkan Komen
SOALAN:
assalamualaikum ustaz..
saya nak tanya apakah perbezaan antara murtad dan kafir ?? dan berdosa ke jika seseorang itu murtad atau sekiranya kafir??
JAWAPAN:
Wa’alaikumussalam warahmatullah..
Murtad itu istilah bagi orang yang sudah muslim tetapi melakukan perkara-perkara yang menggugurkan Islamnya sama ada dengan perbuatan seperti menyembah berhala, atau perkataan seperti berkata undang-undang Islam adalah lapuk, atau iktiqad(pegangan dalam hati) yang salah seperti meyakini Islam bukan satu-satunya agama yang benar di sisi Allah @ meragui Islam sebagai agama yang benar di sisi Allah. Sekadar menyebut satu dua contoh sahaja. di sana masih banyak perkara2 yang boleh menyebabkan gugurnya Islam seseorang.
Manakala Kafir itu lebih umum merujuk kepada semua yang tidak beriman kepada Allah dan Rasulnya serta rukun2 Iman yang lain.
Dari satu sudut, kafir boleh dibahagikan kepada dua: Kafir Asli dan Kafir Murtad. Kafir Asli ialah mereka yang asalnya sejak lahir adalah kafir. Manakala Kafir murtad ialah yang asalnya beriman tetapi keluar daripada Islam sebagaimana huraian ringkas di atas.
wallahu a’lam.
April 9, 2012
Posted by ibnuabbas under Pelbagai
Tinggalkan Komen
SOALAN:
assalamualaikum..ustz, sy ada beberapa soalan nak tya pendapat ustz..sy ada seorg adik yg msh bljr dan selama ini setiap kali adik sy minta duit sy akan bagi cuma bulan ini sy xbagi sebab sy kene bayar roadtax dan insurans kereta. disebabkan itu, mak sy marah pd sy dan xpercaya sy xde duit nak bg adik sy sdgkan sy dh terangkan byk kali, sikit sy bolehla bg tp kalau byak, sy xdpt tolong..malangnya, mak sy mmg sgt marah pd sy sehingga mengatakan suami sy penyebab sy xbg duit pd adik sy sedangkan suami sy xpernah menghalang… sy sgt sedih bila mak sy cakap macam2 terhadap suami sy dan sy pertahankannya, sy ckp suami sy xpernah menghalang malah support tapi mak sy xpercaya..sekarang ini, boleh dikatakan seluruh ahli keluarga sy menganggap suami sy control duit sy tapi hakikatnya suami sy xpernah sentuh pun duit sy..sy nak tya, adakah saya anak derhaka kerana membuatkan mak sy terasa sy xbg duit pd adik sy? dan yg ke2, adakah sy derhaka pada mak saya sebab saya pertahankan suami saya? saya harap ustzh dpt bantu sy jawab persoalan ini. sy pernah tya mak sy, nape mak xpernah tel sy walaupun sekali, mak sy jawab kalau dia tel sy, hbsla duit dia sedangkan setiap hari, 3 @ 4 x dia akn tel adik sy..sy sgt sedih dgr mak sy ckp mcm2…
JAWAPAN:
Berselisih pendapat dengan ibu bapa atau sesiapa sahaja dalam keluarga kita adalah perkara biasa. Tiada kehidupan manusia yang ‘sempurna’ sehingga tidak pernah berselisih antara satu sama lain. Bak kata pepatah melayu, “Sedangkan lidah lagi tergigit.” Kalaulah betul sebagaimana yang diceritakan, maka memang salah ibu puan yang menuduh yang bukan-bukan. Puan pula tidak dikira derhaka pada ibu kerana mempertahankan yang benar tentang suami puan. Walaubagaimanapun, untuk mengekalkan hubungan yang baik antara puan, suami puan dengan ibu, maka elakkan bicara isu ini lagi. Biarkan ia ditelan masa.
Sikap suka bersangka buruk merupakan penyakit ramai umat manusia. Ia sukar dibuang. Yang lebih teruk apabila ia membawa kepada tuduhan tanpa bukti. Ini sangat dilarang oleh Allah. Kekadang manusia tidak dapat membezakan manakah fakta dan manakah andaian(sangkaan). Mudah-mudahan Allah bukakan hati ibu puan dan beri kesedaran bahawa apa yang disangkakan itu adalah suatu dosa. Dalam masa yang sama, jangan putuskan hubungan dengannya dengan sentiasa berbuat baik walaupunm hati pun sudah terluka dengan tuduhannya. Banyakkan berdoa dan menyerah
April 9, 2012
Posted by ibnuabbas under Pelbagai
Tinggalkan Komen
SOALAN:
Assalamualaikum w.b.t…apakah kaedah terbaik bagi mengatasi penyakit takutkan sesuatu tanpa sebab sehingga menimbulkan perasaan tidak berani untuk melakukan sesuatu kerana takutkan kematian mendatang.sy telah lama mengalami perasaan ini-mohon nasihat
JAWAPAN:
Perasaan takut adalah fitrah manusia. Cuma bagaimana kita uruskan perasaan takut itu agar menjadi ibadah semata-mata. Soalan saudara adalah umum. Jadi saya terpaksa jawab secara umum juga. ‘Takut lakukan sesuatu tanpa sebab’ merupakan sifat yang negatif. Pelik kerana apabila seseorang dilanda perasaan takut, sepatutnya ia datang bersebab. Tidak jelas bagaimana takut datang tanpa ada sebab. Ketakutan yang amat sangat, dihasilkan oleh sikap negatif terhadap apa yang dilakukan dan berlaku.
Di bawah ini 5 cara mengawal ketakutan.
Berfikiran positif– 99% perasaan takut yang dihadapi bukanlah disebabkan ianya realiti, ia hanyalah pemikiran sahaja. Fikiran yang selalu memikirkan mengenai kisah lampau, apa akan terjadi, kesan terhadap sesuatu yang dilakukan lebih banyak mendorong untuk berasa lebih takut. Disebabkan pemikiran inilah yang selalu menjadi penghalang untuk mencuba sesuatu yang baru, dan berkemungkinan jika cuba dilakukan, dapat memberbaiki lagi kehidupan. Sebagai contoh yang boleh diberikan adalah sekiranya diberi peluang untuk mengendalikan sesuatu projek syarikat, tetapi berasa takut untuk mengendalikannya kerana kesalahan lampau yang dilakukan telah merugikan syarikat. Untuk mengawal perasaan takut, tidak perlu terlalu memikirkan kisah lampau yang telah dilakukan, sebaliknya terus fokus terhadap tugasan yang diberi dan cuba untuk membuktikan kepada diri sendiri bahawa mampu untuk melakukannya.
Ketahui punca ketakutan– Mengapakah berasa takut?? Apakah puncanya?? Adakah perasaan takut akan memberikan manfaat atau sebaliknya?? Untuk mengawal perasaan takut, perlu tahu jawapan bagi persoalan di atas. Ini adalah untuk memfokuskan lebih kepada situasi atau keadaan dan bukannya perasaan takut yang dihadapi. Sekiranya terlalu memikirkan perasaan takut, ia tidak akan memberi apa-apa perubahan terhadap kehidupan. Nilai sesuatu situasi itu, sekiranya ia tidak memberi apa-apa faedah, alihkan fokus kepada perkara lain. Tetapi sekiranya perasaan takut itu menjadi penghalang untuk menjadi lebih berjaya, jangan fokuskan kepada perasaan takut itu dan fokuskan kepada matlamat asal yang difikirkan. Jangan sesekali biarkan perasaan takut mengawal keadaan sekirannya sesuatu keadaan itu memberi faedah kepada diri sendiri.
Sealiran– Apabila anda berasa takut, anda mempunyai pilihan untuk menolak atau sealiran dengan perasaan takut itu. Hasil daripada kajian, seseorang yang berperasaan takut dan cuba mengabaikan, menyembunyikan atau menolak perasaan itu akan menambahkan lagi ketakutan yang sedang dihadapinya. Sebaliknya cara yang terbaik untuk mengawal perasaan takut adalah sealiran dengan perasaan itu. Sealiran bermaksud seseorang itu tidak menolak terus perasaan takut yang dihadapi sebaliknya cuba menghilangkan perasaan itu berperingkat dengan cara mendapatkan keyakinan terhadap diri sendiri. Keyakinan tidak boleh dibina dalam sekelip mata dan ia perlu melalui satu proses. Hilangkan perasaan takut terhadap sesuatu situasi itu berdasarkan keyakinan yang telah dibina dan jangan sesekali menolak terus sesuatu perasaan takut itu kerana ia akan menambahkan lagi perasaan takut.
Kepercayaan– Kepercayaan terhadap diri sendiri adalah penawar untuk perasaan takut dan ianya amat penting kerana akan menyokong segala perkara yang dilakukan, mengambil berat terhadap diri sendiri, dan untuk perkembangan atau evolusi di dalam kehidupan seseorang. Tiada kepercayaan terhadap diri sendiri bermakna tiada perubahan yang mampu dilakukan terhadap kehidupan. Sesuatu yang terjadi di dalam kehidupan mempunyai sebab yang tersendiri. Seseorang manusia tidak akan mengetahui apa yang akan terjadi pada masa hadapan ke atas risiko yang mereka ambil hari ini. Hanya berdasarkan kepercayaan terhadap diri sendiri sahaja yang mampu untuk mengawal perasaan takut. Risiko mempunyai keputusan yang berkemungkinan positif atau negatif. Seseorang tidak akan berjaya menghadapi risiko sekiranya tiada kepercayaan diletakkan dan membiarkan perasaan takut mengawal situasi.
Lakukan perkara yang anda takut– Sekiranya perkara yang anda takut untuk lakukan memberi faedah terhadap diri anda, anda seharusnya mencabar diri untuk melakukannya. Sekiranya ia memberikan keburukan haruslah sebaliknya. Sebagai contoh, anda terlalu takut untuk memberikan pendapat di khalayak ramai. Adakah ketakutan yang sedang dialami memberi faedah atau tidak?? Ketakutan yang sedang dialami hanya akan menyebabkan kehidupan terus menjadi mundur. Cara terbaik untuk mengawal perasaan takut adalah dengan melakukan perkara yang ditakuti. Mungkin pada permulaan perasaan menjadi kurang stabil ketika bercakap dihadapan orang ramai. Tetapi sekiranya ia selalu dilakukan, ia akan menjadi perkara rutin dan tidak mempunyai masalah untuk dilakukan untuk situasi yang seterusnya. Ia akan tidak menjadi masalah untuk seseorang pada masa hadapan dan masalah lain akan muncul dan cuba tangani dengan cara yang sama. Selepas anda melawan sesuatu perasaan, anda akan berhadapan dengan cabaran yang lain pula. Begitulah perjalanan kehidupan bagi seseorang. diambil di sinihttp://www.top5reason.com/index.php/5-cara-untuk-mengawal-perasaan-takut/
Wallahu a’lam.
April 9, 2012
Posted by ibnuabbas under Pelbagai
Tinggalkan Komen
SOALAN:
assalamulaikum ustaz.
terdapat kemusyhkilan di sini. hrp ustaz dpt mmbantu sy.
sy tlh berkenalan dgn seorang ustaz y juga merupakan seorang imam.
kami tlh berkenalan d ym (yahoo messanger). setelah beberapa lama dia melamar sy menjadi isterinya dan sy bersetuju. dlm hukum islam sy tlh dikira sbg tunangnya wlupun tanpa pengetahuan ibubapa sy. namun stlh mengemukakan hajat pd org tua sy, ibu sy terutamanya tidak berkenan dgn ustaz tersebut lantaran dia menggunakan perkataan syg semasa berkomunikasi dgn sy.kata ibu sy, dlm islam tdk boleh menggunakan perkataan syg pd wanita y belum sah sbg isteri krn bole membangkitkan nafsu syahwat. ustaz tersebut pernah meminta izin ibu sy utk menikahi sy , namun ibu sy tlh menuduh ustaz tersebut sbg lelaki y bertopengkan agama utk memikat wanita. sy dipaksa melupakan ustaz tersebut. namun, apkh hukumnya ibu sy menuduh lelaki tersebut dan apkh hukum sekiranya sy berkeras utk mengahwini ustaz tersebut. kerana sy tahu redha ibu bapa itu penting utk keberkatan rumah tangga.
(mira)
wassalam.
terima kasih ustaz.
JAWAPAN:
Islam membataskan pergaulan antara lelaki dan perempuan bukan mahram. Tujuannya adalah untuk menghalang berlakunya dosa-dosa yang berkait dengan pergaulan. Sebab itu dalam al Qur’an ada ayat larangan mendekati zina. Walaupun tidak berzina, mengucapkan kata sayang antara lelaki perempuan yang bukan mahram dikira boleh membangkitkan nafsu syahwat terutamanya kepada si lelaki. Dosa mendekati zina tidaklah sama dengan dosa berzina tetapi jika kita biasakan diri dengan dosa-dosa mendekati zina, akhirnya dibimbangi jatuh ke kancah zina juga.
Setiap ibu bapa sudah tentu inginkan yang terbaik untuk anak-anaknya. Lebih-lebih lagi jika ibu bapa itu yang amat mementingkan agama. Saya tidak tahu sejauh mana ibu saudari menilai lelaki itu. Tetapi sebaiknya berbincanglah dengan keluarga baik-baik. Toleransilah dalam isu ini. Saudari boleh cadangkan agar saudara mara siasat dahulu latar belakang si lelaki dan keluarganya. Ini bertujuan beri kepuasan hati di pihak ibu saudari dan diri saudari sendiri. Sekiranya memang benar dia seorang lelaki yang baik, maka ibu saudari harus menerimanya dengan hati yang terbuka. Begitu juga sebaliknya, kalau saudari dapati bahawa dia seorang yang tidak baik, maka cuba lupakan dia sedaya upaya. Pohonlah pertolongan Allah untuk kuatkan hati saudari dalam menghadapi dugaan perasaan ini.
Mira,
Syurga seorang anak berada di bawah telapak kaki ibunya. Ketaatan kita terhadap ibu bapa dalam keadaan mengorbankan perasaan adalah jauh lebih bernilai berbanding mendapat pasangan hidup yang dicintai. Carilah pasangan hidup yang diredhai Allah dan kedua ibubapa. Tugas asal mencari pasangan hidup anak perempuan adalah terletak di bahu bapa. Tetapi adalah HARUS bagi seorang perempuan yang sudah berkenan dengan mana-mana lelaki untuk memperkenalkan kepada ibubapanya, dengan syarat mestilah berlandaskan syariat. Cubalah elakkan daripada dilamun perasaan ‘cinta’ yang kekadang hanyalah tipudaya syaitan untuk menyesatkan muda mudi yang sedang asyik dilambun ombak cinta dan rindu.
Mira,
Akhir kata, isu ibu mira menuduh lelaki itu sebagai lelaki yang bertopengkan agama untuk memikat wanita, bukan persoalannya di sini. Cubalah menjadi anak yang solehah untuk mendapat keberkatan dalam kehidupan mendatang. Nabi pernah bersabda yang maksudnya; “Redha Allah terletak pada redha kedua ibubapa.”
Maafkan saya sekiranya jawapan ini tidak memuaskan hati Mira. Pengalaman saya memerhatikan kehidupan kenalan-kenalan sudah cukup membuktikan bahawa perkahwinan yang tidak dapat restu ibubapa banyak yang berakhir dengan perceraian. Kalau adapun yang tidak bercerai, hidup mereka tidak senang, sentiasa dilanda masalah.
Wallahu a’lam.
April 9, 2012
Posted by ibnuabbas under Pelbagai
Tinggalkan Komen
SOALAN:
Asallamu alaikum Ustaz.. saya ada pertanyaan: apa perhubungan atau pertalian anak saudara tiri dgn makcik tiri? misal nya: saya mempunyai kakak tiri seibu tapi lain bapa, apa pula pertalian anak saya dgn kakak tiri saya? Trimak Kasih Ustaz
Wasallam
Izad
JAWAPAN:
Wa ‘alaikumussalam warahmatullah.
Adik beradik seibu merupakan adik beradik kandung, bukan adik beradik tiri. Hukumnya sama seperti adik beradik seibu sebapa. Begitu juga dengan anak tuan. Kakak seibu Izad adalah ibu saudara kepada anak Izad. Mereka dikira mahram ta’bid (selama-lamanya) kerana pertalian darah.
wallahu a’lam.