SOALAN:
assalamualaikum ustaz..
saya nak tanya apakah perbezaan antara murtad dan kafir ?? dan berdosa ke jika seseorang itu murtad atau sekiranya kafir??
JAWAPAN:
Wa’alaikumussalam warahmatullah..
Murtad itu istilah bagi orang yang sudah muslim tetapi melakukan perkara-perkara yang menggugurkan Islamnya sama ada dengan perbuatan seperti menyembah berhala, atau perkataan seperti berkata undang-undang Islam adalah lapuk, atau iktiqad(pegangan dalam hati) yang salah seperti meyakini Islam bukan satu-satunya agama yang benar di sisi Allah @ meragui Islam sebagai agama yang benar di sisi Allah. Sekadar menyebut satu dua contoh sahaja. di sana masih banyak perkara2 yang boleh menyebabkan gugurnya Islam seseorang.
Manakala Kafir itu lebih umum merujuk kepada semua yang tidak beriman kepada Allah dan Rasulnya serta rukun2 Iman yang lain.
Dari satu sudut, kafir boleh dibahagikan kepada dua: Kafir Asli dan Kafir Murtad. Kafir Asli ialah mereka yang asalnya sejak lahir adalah kafir. Manakala Kafir murtad ialah yang asalnya beriman tetapi keluar daripada Islam sebagaimana huraian ringkas di atas.
wallahu a’lam.
Tinggalkan Jawapan