KEPENGGUNAAN


Now is Open at Sungai Petani ( Kedah )

100% halal – Syarikat Bumiputra, menggunakan ayam Organic

Restoran Radix Fried Chicken. Boleh lihat Metro ruangan Bisnes Isnin 25 hb Feb 2008

HPA buka restoran

Oleh Zainuddin Zain
zainuddin@hmetro.com.my


HPA Industries Sdn Bhd (HPA) melangkah setapak lagi dalam visinya menyediakan produk halal dan berkualiti kepada orang ramai apabila membuka restoran pertamanya, Radix Fried Chicken (RFC), semalam.



Syarikat jualan langsung (MLM) milik Bumiputera itu antara terbesar di negara ini yang terkenal dengan jenama Kopi Radixnya, membuka cawangan pertama RFC di Lagenda Heights, bersebelahan Village Mall di Sungai Petani, Kedah.



Pengarah Urusannya, Ismail Ahmad, berkata HPA mensasarkan membuka 20 cawangan RFC menjelang akhir 2009.



Menurutnya, syarikat itu menawarkan sistem francais kepada 500,000 ahlinya di Malaysia untuk membuka cawangan RFC di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.


“RFC adalah jawapan kepada pelbagai masalah yang membelenggu masyarakat kebelakangan ini, terutama ayam yang dikhuatiri disuntik vaksin haiwan seperti babi yang bukan saja haram kepada umat Islam, tetapi berbahaya kepada kesihatan manusia keseluruhannya.



“Di RFC, kami menggunakan ayam organik yang diternak sendiri HPA yang dijamin bebas daripada vaksin kerana menggunakan herba sebagai makanannya seperti daun mambu, kunyit dan Tongkat Ali.



“Pada masa sama, semua produk digunakan di dalam RFC adalah keluaran HPA yang berasaskan herba dan bebas daripada bahan kimia termasuk sos, minuman dan lain-lain,” katanya ketika majlis pelancaran RFC, semalam.



Selain ayam goreng asli dan pedas yang menggunakan ramuan herba terpilih, RFC juga menyediakan pelbagai set makanan lain termasuk burger, sosej, kentang goreng dan putar, sayur bermayonis dan ais krim.



RFC turut menyediakan minuman Kopi Radix, Cola Radix, Sarsi Radix selain jus roselle dan mangga.

websitebackdrop.jpgwebsitebackdrop.jpg

Alhamdulillah, Bank Isla menyedari kesilapan meletakkan syiling berjata Yahudi kepada syiling yang kabur tiada lambang apa-apa!! Bank Islam menjawab isu Logo barunya dengan baik. Di bawah ini disertakan salinan surat jawapan tersebut:

 bank_islam1.jpg

bank_islam2.jpg

Sila perhatikan syiling sebelah kanan header PEWANI.

banner_pewani.jpg

Ambe harap umat Islam sentiasa berhati-hati dalam tindakan masing-masing sama ada dalam bentuk individu atau organisasi supaya kita tidak jadi ejen yahudi dan musuh-musuh Islam yang lain sama  ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Kepada BIMB, Janganlah kecil hati dan berlapang dadalah dalam masalah ini. Allah tidak mengenakan dosa bagi orang yang melakukan sesuatu yang bercanggah dengan prinsip Islam dengan tidak sengaja sebagaimana sabda Nabi sallallahu alaihi wasallam yang bermaksud: ” Allah ta’ala tidak mengambil kira atas umat  aku(Muhammad) perkara yang tidak disengajakan, dan yang terlupa, dan yang dipaksakan ke atasnya.”

Wallahu A’lam.

 

Bank Islam Malaysia Berhad merupakan bank Islam pertama di Malaysia yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Tetapi sedarkah anda sejak akhir-akhir ini, ada beberapa cerita yang tidak baik berkenaan bank tersebut? Antaranya logo baru Bank Islam yang dikatakan seolah-olah menjadi “BAN ISLAM” yang membawa maksud “HARAMKAN ISLAM” atau “GAMkan ISLAM”.

bankislam_logo.gif

Terbaru, header laman web Bank Islam pula yang menjadi  kritikan kerana berlatarbelakangkan lmbang jata Yahudi!!!Sila perhatikan imej di bawah ini:

bankislam-b.jpg

Selepas ini, agaknya apa pula kontroversi yang akan berlaku…Apa nak jadi dengan Malaysia ni…..

Antibiotik & Kisah nya

Assalamualaikum,

Ramai ibu bapa yang meminta saya menulis tentang antibiotik. Antibiotik menjadi subjek yang sangat penting di dalam bidang perubatan sehingga kini. Sejak ia dijumpai oleh saintis Perancis Alexander Fleming pada tahun 1928 (sebelum itu dijumpai oleh seorang pelajar perubatan dari German pd 1896 – tapi tak popular), Penicillium yang merupakan produk dari sejenis kulat didapati berjaya membunuh pelbagai bakteria. Penicillin kemudiannya digunakan secara meluas ketika perang dunia ke 2 sebagai rawatan utama.

    

Sehingga kini berpuluh-puluh antibiotik digunakan secara meluas di seluruh dunia. Antibiotik boleh dibahagikan kepada kesannya yang membunuh bakteria (bactericidal) atau kesan yang merencatkan aktiviti bakteria (bacteriostatic). Kedua-duanya memberi kesan untuk melumpuhkan bakteria daripada merebak di dalam badan.

Sesuai dengan kesannya, antibiotik hanya berkesan untuk membunuh bakteria dan bukan virus. Virus biasanya menyebabkan batuk, sakit tekak, selsema dan sakit badan. 80% sakit tekak dan selsema adalah disebabkan virus. Virus biasanya akan hilang dengan sendirinya selama 7 hari hingga 14 hari walaupun tanpa penggunaan antibiotik.

Sebagai contoh – Denggi ialah sejenis virus, jadi tiada antibiotik apa pun di dalam dunia ini yang boleh membunuh virus denggi. Ia akan hilang dengan sendirinya selepas 10 hari, tetapi perawatan yang lain seperti mengawal hidrasi tubuh dan pemerhatian kadar platelet diperlukan. Kenapa tiada antibiotik digunakan untuk merawat denggi? Ya, kerana denggi ialah sejenis virus. (pandaaaii….. 🙂 )

Sekiranya semua doktor memberikan antibiotik kepada pesakit yang mempunyai sakit tekak dan selsema, dan semua pesakit mengambilnya, ini bermakna 80% daripada antibiotik tadi yang tidak memberi apa-apa kesan kepada virus adalah satu pembaziran, sia-sia malah boleh mendatangkan bahaya kepada tubuh.

Kenapa Perlu Berhati-Hati Mengambil Antibiotik?

1. Antibiotik boleh menyebabkan alahan. Alahan boleh jadi sedikit seperti urticaria iaitu timbul ruam gegata di seluruh badan sehingga ke alahan yang teruk seperti kulit melecur dan sesak nafas.

2. Antibiotik mempunyai kesan sampingan. Antibiotik boleh menyebabkan kesan sampingan kecil seperti loya, pening, muntah dan cirit birit sehingga ke yang teruk seperti kerosakan buah pinggang, usus dan hati, pekak dan sawan. Steven Johnson Syndrome adalah satu kesan sampingan kepada beberapa jenis antibiotik berasaskan sulfa. Ia menyebabkan keadaan kulit seperti terbakar dan juga menyerang kawasan seperti mulut mata dan lidah. Kesan sampingan ini boleh membawa maut.
3. Antibiotik sebagai bom nuklear. Bukan semua bakteria di dalam badan adalah jahat. Bakteria baik di dalam usus sebagai contoh Lactobacillus, memenuhi usus supaya bakteria jahat seperti Clostridium Difficile tidak dapat memenuhi ruang tersebut. Malah ada bakteria di usus yang boleh membantu penghadaman dan menghasilkan sejenis vitamin yang membantu manusia. Begitu juga contohnya dengan kawasan vagina wanita. Bakteria baik yang terbunuh boleh menyebabkan “Candida”, sejenis kulat senang membiak di kawasan itu.

Malangnya, antibiotik tidak mengenal musuh. Ia seperti sebuah BOM NUKLEAR. Kawan atau lawan, semuanya disapu, disembelih dan dibunuh dengan kejam. Pembunuhan beramai-ramai tanpa belas kasihan ini ternyata membawa padah. Selepas tiada lagi bakteria yang baik, maka bakteria yang jahat akan bermaharajalela. Jadilah episod cerita koboi bila sherif dah tak ada.

Antibiotik Seperti Harimau Hilang Taring

Apabila antibiotik diambil dan digunakan sewenang-wenangnya, maka Bakteria yang tidak terbunuh oleh antibiotik akan menjalani mutasi. Ia menjadi kebal dan semakin kuat. Bakteria ini akan membiak dan tersebar di kalangan manusia yang dekat dan jauh.

Apa yang berlaku, antibiotik yang sama apabila digunakan tidak lagi berfungsi seperti sebelumnya. Maka, doktor terpaksa menggunakan antibiotik yang lebih kuat kerana yang lama tidak berkesan. Kitaran ini akan menjadi lebih menakutkan. Antibiotik yang kuat ini pula digunakan sewenang-wenangnya. Maka apabila bakteria mula bermutasi dan menjadi kebal, antibiotik yang kuat tadi semakin hilang belangnya. Antibiotik yang lebih kuat lagi digunakan… ia akan berterusan sehingga tiada lagi antibiotik yang berkesan terhadap manusia.

Kos Perubatan Meningkat

Semakin kuat antibiotik digunakan semakin mahal antibiotik tersebut. Anda yang kaya mungkin tak kisah dengan kos antibiotik yang meningkat sekarang. Tetapi buat yang susah, RM 60 untuk 7 biji Augmentin memang memeningkan kepala. Di hospital kos perbelanjaaan rawatan juga semakin meningkat. Ini kerana antibiotik yang kuat tidak mungkin berharga murah. Syarikat farmaseutikal terpaksa membelanjakan jutaan wang untuk menghasilkan antibiotik yang lebih kuat dan siapa yang harus membayar harga itu?

Kenapa Antibiotik Digunakan Sewenang-Wenangnya?

1. Sebelum menuding kesalahan kepada orang lain, lebih baik salahkan diri sendiri dahulu. Doktor seperti saya, kadangkala selalu memberikan antibiotik walaupun tidak perlu. Biasanya General Practioner (GP) di klinik-klinik swasta lebih suka melakukan demikian. Ada beberapa sebab…

a. Satunya mungkin tidak beberapa yakin kepada diagnosis yang dibuat. Terdapat garisan di antara jangkitan bakteria dan virus. Mungkin garisan itu sukar dibezakan untuk sesetengah pesakit.

b. Untuk mengelakkan secondary infection. Jangkitan bakteria di atas jangkitan virus yang sedia ada. (ini alasan yang baik bagi doktor untuk menjual antibiotik)

c. Menghindarkan persepsi buruk pesakit kepada doktor dan klinik. Kalau anda nak tahu, ada jenis pesakit yang mempunyai tanggapan buruk kepada doktor yang tak mahu memberikan antibiotik. “Apalah ini doktor, tarak bagi antibiotik, next time tarak mau datang sini lagi”. atau “ini klinik tak bagus, takda bagi antibiotik”. Hilang seorang pelanggan…

d. Meningkatkan keuntungan dengan memberi antibiotik. Ya, jualan antibiotik boleh menguntungkan. Itu sebab ramai doktor swasta akan memberi antibiotik walaupun dengan sebab-sebab yang tidak logik.

2. Pesakit juga bersalah di dalam hal ini. Saya sudah banyak kali menceritakan ada ibu bapa yang terlalu menekan doktor untuk memberi antibiotik. Ada yang masam mencuka bila tak bagi antibiotik. Padahal anak tak ada demam pun, atau hanya sedikit selsema. Jikalau ibu bapa tahu betapa teruknya kesan Steven Johson Syndrome, sejenis lecuran kulit disebabkan alahan antibiotik pasti anda lebih berhati-hati.

“Anak saya takkan baik kalau tak diberi antibiotik”. Ini adalah ayat cliche untuk ibu ayah yang selalu bagi anaknya antibiotik walaupun sedikit demam.

Cara Saya

Anda patut percaya, saya sendiri sebagai doktor, tak pernah memberi antibiotik kepada anak saya yang batuk, demm atau selsema selama seminggu. Saya akan memberinya ubat-ubat yang perlu sahaja, vitamin C tambahan, minum air kosong banyak dan makan banyak buah-buahan. Pada kebiasaannya, selepas seminggu batuk itu akan hilang.

Sekiranya selepas seminggu batuk, dengan adanya demam tinggi dan selsema, saya mungkin akan mulakan antibiotik yang paling rendah. Antibiotik mesti dihabiskan.

Perlu diberitahu di sini… Ubat antibiotik bukanlah ubat demam, atau selsema atau ubat sakit perut. Ia adalah untuk membunuh bakteria dan . Kalau demam, makan lah ubat demam dan kalau selsema makanlah ubat selsema. Antibiotik digunakan sekiranya terdapat jangkitan bakteria.

Doktor, Tolong Bagi Antibiotik Paling Kuat!

“Doktor, saya batuk dan sakit tekak, esok saya ada meeting. Boleh bagi saya antibiotik paling kuat supaya saya boleh pergi meeting esok”.

Pertama sekali saya nak bagi tahu, Allah bagi kita sakit selain daripada ujian dan menghapuskan dosa, ialah untuk memberitahu kita yang badan kita ini perlukan rehat kerana bekerja terlalu kuat. Antibiotik tak boleh membantu anda mengembalikan kesihatan anda seperti sediakala sekiranya anda mengidap jangkitan. Berilah masa untuk badan anda berehat.

Kedua, untuk memberi antibiotik, perlu ada caranya. Mulakan dengan antibiotik yang tak beberapa kuat dahulu. Kemudian baru naik selangkah demi selangkah sekiranya tidak berkesan. Kalau kita nak bunuh seekor nyamuk, janganlah rumah hendak dibakar. Kalau nak bunuh bakteria yang tak beberapa kuat, jangan gunakan antibiotik yang paling kuat. Itu salah cara.

Tujuannya adalah untuk memastikan antibiotik yang paling kuat disimpan untuk menghadapi kuman yang sama kuat juga. Sekiranya kuman biasa pun dah menjadi kebal kepada antibiotik yang paling kuat, apabila tiba kuman yang paling kuat, tiada antibiotik lagi yang boleh digunakan.

Bayangkan, tiada lagi ubat untuk membunuh bakteria… Sedikit luka di kaki pun boleh menyebabkan kematian. Kita seolah-olah kembali ke zaman sebelum Perang Dunia Kedua!!

JAKIM :-1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM

1)McDonald

2) A&W

3) Secret Recipe

Restoran/syarikat berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal:

1) Victoria Station

2)Kam Lun Tai

3)Lotus

Family Restoran

Restoran/syarikat berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) San Francisco Steakhouse

2)Chicken Rice shop

3)Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM.
Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat.

KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarikbalik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah S/B, syarikat

ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM.

3. Assalamualaikum Terima Kasih Pada yang bertanya,

Mewarnakan rambut dr segi hukum syarak terbagikepada :

1.Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam.Warna hitam hannya harus bagi yang berpenyakit sahaja.

2.Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda.

3.Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua.

4.Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan.

5.Harus mewarnakan rambut dengan izin Suami.

Dari segi ingredient pewarna rambut yg ada dipasaran terbahagi kepada 2 jenis yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut menyerap air atau tidak ??

Pewarna rambut yang dipasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENTDYE.

Mengikut kajian jenis yang Semi-Pamenent Dye adalah jenis yang tidak menyerap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang islam.Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ianya di kilangkan di luar negara. Utk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal utk produk yang diproses di malaysia sahaja .

Wassalam

4. Sehingga kini pengeluar supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha , kebanyakan supplement food dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray,Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalahkerana itu adalah produk import, maka pengedar dan

pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan islam dinegara asal produk tersebut diimport.

5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan/minuman yang disediakan di restoran ini.

6. Soalan : Saya ingin tahu samada semua stall di foodcourt Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yg membezakan gerai yg halal dengan yg tidak halal. saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels,Cinnabon, Al-Marjan, Bong Sen (Vietnamese), Chinoz On the Park, Dome Caf , Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.

Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

7. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor ), La Boheme

tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.

King’s Confectinery telah mendapat pengesahan halal JAKIM, Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM, manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernahmendapat pengesahan halal JAKIM.

9. sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

10. Pernyataan mencampurkan minyak babi untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas, memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM, maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan/produk di tempat tersebut.

AYAM DINDINGS JUAL BANGKAI KEPADA UMAT ISLAM….

Edisi Nasional METRO: Ayam haram
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

KUALA LUMPUR : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menarik balik sijil pengesahan halal yang diberikan kepada syarikat Dindings Poultry Processing Sdn Bhd berikutan proses penyembelihan ayam di kilangnya meragukan.

Difahamkan antara kesalahan dikesan Jakim iaitu sesetengah ayam disembelih dua kali selepas penyembelihan pertama tidak sempurna dan ada ayam sudah mati sebelum disembelih.

Pengumuman berhubung penarikan balik sijil itu disiarkan dalam laman web Jakim melalui [link]
bertarikh 3 Januari lalu.

Laman web itu yang menjadi rujukan rasmi sijil halal Jakim menjelaskan Sijil Pengesahan Halal Jakim bagi Syarikat Ayam Dindings Poultry Processing Sdn Bhd ditarik balik sehingga diberitahu kelak.

Pengarah Bahagian Kajian Makanan dan Barangan Gunaan Islam Jakim, Che Hassan Fahmi Che Mamat yang dihubungi Harian Metro, petang semalam, mengesahkan mengenai tindakan Jakim itu.

Menurutnya, setiap pemegang sijil halal bertanggungjawab ke atas sebarang penyalahgunaan syarat ditetapkan Jakim.

Dalam kes ini, saya menganggap tindakan menarik semula sijil halal syarikat itu dapat memberi pengajaran kepada industri besar supaya tidak menganggap isu halal sebagai remeh.

Isu ini tidak harus dipandang main-main kerana kesannya amat serius kepada umat Islam di negara ini, katanya yang meminta tindakan Jakim itu tidak perlu dipertikaikan.

Ini kerana Sijil Pengesahan Halal boleh ditarik balik atau ditamatkan tempoh sahnya bila-bila masa apabila didapati ia menyalahi Prosedur Pensijilan Halal Malaysia yang sudah ditetapkan atau terdapat perkara atau cara pengendalian yang meragui dari segi hukum syarak.

Bagaimanapun, Jakim sedia bertolak ansur sekiranya pihak pengurusan syarikat itu membuat rayuan. Terpulang kepada keupayaan mereka untuk membetulkan kesilapan dan meyakinkan semula Jakim berhubung perkara yang menjadi isu.

Rayuan terbabit akan dipertimbangkan oleh Panel Pengesahan Halal Jakim dan penilaian akan dibuat secara teliti bagi memastikan kesalahan itu diperbetulkan, katanya.

Beliau turut mengatakan Jakim boleh menyenaraihitamkan mana-mana syarikat yang gagal mematuhi syarat dan peraturan Prosedur Pensijilan Halal Malaysia.

Sementara itu, menurut sumber Jakim, sepasukan pegawai penguat kuasa Jakim dengan bantuan pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengadakan pemeriksaan mengejut di kilang pemprosesan ayam milik syarikat itu di Kawasan Perindustrian Kampung Aceh, Setiawan, Perak, Rabu lalu.

Katanya, pemeriksaan mendapati terdapat beberapa kesalahan membabitkan proses penyembelihan yang meragukan.

Menurutnya, kesalahan ketara adalah sesetengah ayam disembelih dua kali disebabkan penyembelihan pertama tidak sempurna.

Ini sekali gus membuktikan ayam terbabit haram dimakan. Penyembelihan yang dilakukan dengan pantas itu menyebabkan tidak putus salah satu urat sama ada urat halkum atau urat marikh pada ayam terbabit yang diwajibkan mengikut syarak, katanya.

Justeru, penguat kuasa Jakim segera melakukan soal siasat bergilir-gilir terhadap tukang sembelih ayam yang bertugas di kilang itu untuk mendapatkan penjelasan terperinci.

Sumber itu mengatakan pekerja berkenaan mengaku ada menyembelih ayam dua kali untuk menjimatkan masa berikutan terlalu banyak ayam yang perlu diproses.

Malah, kami turut menemui bukti apabila mendapati ada ayam yang disembelih tidak putus urat leher sepenuhnya.

Selain itu, proses melayikan ayam menggunakan air panas didapati dikawal oleh pekerja bukan Islam. Ini secara langsung melanggari syarat sah penyembelihan untuk haiwan halal yang mewajibkan ia dilakukan oleh individu beragama Islam, katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati terlalu banyak keraguan yang munasabah berikutan penemuan berpuluh ayam yang disembelih dalam keadaan tidak sempurna iaitu haram untuk dimakan oleh orang Islam.

Jakim tidak mempunyai pilihan dan terpaksa menarik sijil pengesahan halal diberi walaupun ia sepatutnya luput pada 14 Disember tahun ini, katanya.

Beliau berkata, syarikat itu tidak sekadar menjadi pembekal ayam siap diproses ke pasar raya utama seluruh negara, malah kepada syarikat makanan segera.

Disebabkan ayam yang diproses syarikat itu mendapat permintaan tinggi, katanya, Jakim sudah menghantar surat rasmi mengenai penarikan sijil pengesahan halal terbabit kepada pasar raya dan syarikat makanan segera.

Surat sama turut dihantar kepada pejabat agama Islam dan pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) setiap negeri.

Pusat beli-belah terkemuka, pasar raya dan pemborong perlu menghentikan serta merta penjualan ayam keluaran syarikat terbabit, katanya.

Berikutan pengumuman Jakim itu, pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melakukan siasatan terhadap 10 pusat beli-belah dan pasar raya utama di ibu kota , semalam.

Mereka mendapati masih terdapat beberapa premis yang menjual produk berasaskan ayam keluaran syarikat terbabit.

Koordinator Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin, berkata tindakan diambil selepas pihaknya menerima pengumuman rasmi melalui laman web Jakim pagi semalam.

Menurutnya, kebanyakan pasar raya utama sudah menghentikan penjualan ayam dari kilang ayam itu di Perak, namun produk siap diproses seperti ayam bersalut tepung dan nugget yang mempunyai logo halal Jakim masih dijual.

Hukuman lebih berat perlu digubal kerana hukuman sedia ada terlalu ringan, katanya yang meminta sudah tiba masanya Akta Halal digubal bagi mengawal kegiatan penyalahgunaan atau penyelewengan sijil halal Jakim.