SOSIAL


‘Universiti Asmara’ dedah gejala seks penuntut IPT

tangkap-basah.jpg

Ibu bapa jauh di kampung membuatkan penuntut pelajar bebas bergaul hingga terjebak dalam gejala sosial

PANTAI Dalam dan Kampung Kerinchi, antara penempatan yang menjadi tumpuan penduduk Melayu di Kuala Lumpur. Hasil pembangunan pesat, kedua-dua kawasan ini dipenuhi rumah pangsa dan kondominium yang sebahagian daripadanya disewa oleh penuntut institusi pengajian tinggi (IPT).

Mereka tinggal menyewa beramai-ramai dan berkongsi kenderaan ke kuliah. Oleh kerana ibu bapa jauh di kampung, mereka bebas bergaul hingga ada yang terbabas kepada gejala sosial dan moral.
Masih ingat lagi insiden berasmara di tangga rumah pangsa? Di situlah kejadian ini berlaku. Malah, bukan kes itu saja, banyak lagi kes penuntut universiti berasmara di kawasan itu dilaporkan sebelum ini.

Topik Universiti Asmara ini dibincangkan dalam Keluarga Di 9 (KD9) pada Rabu lalu bersama pengacara Benjy dan tetamu termasuk Pengetua Pusat Perlindungan Remaja, Kem Bina Insan (Kewaja), Yahaya Mohamed dan Ketua Biro Ikhtisas Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Dr Nur Izura Udzir. Turut menjadi tamu ialah pemimpin pelajar, Mohd Zaid Mohd Idrus dari Universiti Kebangsaan Malaysia UKM).

“Tak dapat tinggal di kolej atau asrama, mereka memilih untuk tinggal di Universiti Asmara!,” kata Benjy.

khalwat.jpg

gambar hiasan sahaja… 

Kisah Zara (bukan nama sebenar) menyedarkan banyak pihak mengenai kelonggaran akhlak remaja walaupun mempunyai pencapaian akademik membanggakan.

Zara berasal dari negeri pantai timur dan mengikuti pengajian kejuruteraan, tetapi disebabkan cinta yang berkobar-kobar, sanggup menyerahkan maruah diri kepada lelaki yang dicintainya.

“Cinta kami dihalang oleh ibu bapa saya kerana mahu saya menghabiskan pengajian dahulu walaupun ibu bapa lelaki itu bersetuju saya berkahwin dengannya,” kata Zara kepada wartawan KD9, Sharifah Nur Syed Ali yang menemuinya di Rumah Kewaja.

Zara kini hamil lapan bulan hasil perhubungan intimnya dengan teman lelaki yang kini tidak dapat dihubungi lagi.

Zara berkata, mereka bebas bergaul kerana dia belajar di IPT yang jauh dari kampung halaman. Apabila ibu bapanya mengetahui nasib anak mereka, Zara dihantar ke Kewaja untuk melahirkan bayi yang kemudian akan diserahkan kepada keluarga angkat.

Di Kewaja, rumah perlindungan yang dikendalikan Yahaya dan isterinya, Ruzitah Baharum, Zara dan remaja lain yang hamil daripada perhubungan luar nikah dilatih menguruskan diri dan menjalani sesi kaunseling bagi membantu mereka kembali ke jalan yang benar serta meneruskan kehidupan selepas melahirkan anak.

Bagi Zara, pengajaran daripada episod pahit dalam hidupnya ini akan dijadikan pedoman pada masa depan.

Sementara itu, seorang lagi remaja senasib, Intan (bukan nama sebenar) hamil selepas sebulan berkenalan dengan seorang lelaki ketika dia menuntut di sebuah politeknik di utara tanah air.

“Sejak awal berkenalan lagi, dia memang banyak kali mencuba untuk melakukan hubungan seksual, tetapi saya tidak benarkan. Bagaimanapun, pada satu malam, saya tidak sedar dia memasukkan pil khayal ke dalam makanan saya.

“Dalam keadaan separuh sedar, saya mendapati dia membawa saya ke rumahnya dan apabila saya sedar keesokan harinya, semuanya sudah terlambat,” katanya ketika ditemui di Kewaja.

Yahaya berkata, sejak beroperasi pada 2003, lebih 100 penuntut wanita IPT yang hamil luar nikah datang mendapatkan perlindungan di Kewaja.

“Kemunculan remaja hamil luar nikah di rumah Kewaja boleh dikatakan ‘bermusim’. Apabila ada perayaan, misalnya, tahun baru seperti baru-baru ini, beberapa bulan akan datang datanglah mereka ini,” katanya.

Katanya, satu punca gejala ini ialah kejutan budaya penuntut yang datang dari luar bandar. Daripada persekitaran terkongkong, mereka yang mendapat kebebasan secara tiba-tiba apabila memasuki IPT dan tinggal beramai-ramai di rumah sewa, mudah dipengaruhi fenomena cinta kampus.

Apabila terlanjur, ramai yang memilih jalan mudah dengan menggugurkan anak secara haram atau membuang bayi.

Selain mendedahkan gejala ini, KD9 mengupas isu kekosongan jiwa remaja yang tiada pengisian positif ketika mereka menuntut di IPT.

Ini berbeza dengan era 80-an yang mana ramai anak muda dipacu oleh perjuangan dan ideologi menerusi pertubuhan seperti Abim dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Satu masa dulu, lagu perjuangan seperti ‘Anak Kecil Main Api’ membakar semangat anak muda termasuk pemimpin pelajar di IPT untuk berjuang demi bangsa dan agama. “Anak muda kini seolah-olah tiada perjuangan, tiada haluan. Sebab itu ramai lebih suka merempit dan terbabit dengan gejala moral yang membimbangkan. Di manakah Abim dalam kemelut sosial ini?” kata Benjy ketika mengajukan soalan kepada Dr Nur Izura.

Dr Nur Izura berkata, Abim masih giat menjalankan pelbagai program pembangunan ummah walaupun kian kurang mendapat pendedahan media.

Katanya, jika diberi ruang yang lebih terutama di IPTA dan IPTS, Abim bersedia mengadakan kegiatan pengisian jiwa dan minda remaja.

TOLONG BACA NIE WAHAI RAKAN2 KU… DEMI MARUAH ANDA ( FRUMACHO )

Hal ini berlaku di suatu tempat di KL..Hari ini selepas waktu pejabat, saya dapat tahu dari kakak ipar saya berkenaan satu cara lain- merogol perempuan. Ianya berlaku pada kalangan kawan kawan dia juga.Pompuan nie kuar ofis dia kira2 lepas waktu pejabat agak2 dekat mlm lah tu dan terjumpa seorang kanak-kanak menangis di tepi jalan.Kesian dgn budak nie…dia hampiri dan tanya budak nie Budak nie bagitau dia, yang dia dah sesat dan minta dihantar balik ke rumahnya. Budak kecik tu kemudiannya menunjukkannya sekeping kertas yang tertulis alamat rumahnya. Kawan kita pompuan nie.. kira berhati mulia,tanpa mengesyaki apa apa terus bawa budak ni ke alamat tersebut.Setibanya di rumah budak itu, kawan kita ni menekan loceng pintu..sejurus kemudiannya dia pengsan lantaran loceng berkenaan disambungkan dengan wayar berkuasa tinggi.
> > > > > > > > > > > > Hari berikutnya apabila dia tersedar, dia berada di sebuah rumah kosong di kawasan berbukit – dalam keadaan telanjang.Kondom ada di mana-mana dengan air mani berhamburan. Tak kurang 20 kondom semuanya. dia langsung tak mengenali penyerangnya. Begitulah jenayah akhir-akhir ini mensasarkan mangsanya. Jika terserempak dengan keadaan sebegini,jangan sesekali turuti kemahuan kanak-kanak itu, sebaliknya hantar jer ke balai polis yang berdekatan.

 
 P/S: Hantarlah kepada rakan-rakan wanita anda.. selamatkan mereka.Jangan biar naluri keperihatinan mereka mendatangkan bahaya pada mereka sendiri

Muqaddimah

Apabila bercakap berkenaan tamadun, umum terbayangkan bangunan-bangunan, kemajuan teknologi, sistem pentadbiran dan kerajaan, dan seumpamanya. di zaman Arab jahiliyah, mereka terkenal dengan suatu bangsa yang tidak mempunyai tamadun kerana tidak ada kerajaan. Bangsa Arab ketika itu bergantung kepada kekuatan puak2 atau suku kaum masing2. Ketika itu, sudah tertegak tamadun yang besar seperti Rom dan Parsi. Mereka mempunyai kerajaan yang memerintah negara. Mereka mampu membina pembangunan fizikal yang membanggakan rakyat mereka. Itulah barangkali yang dianggap tamadun. Tapi tidak ramai yang melihat bahawa di sana ada perkara yang lebih penting daripada pembangunan fizikal iaitu sistem nilai. Dan sistem nilai yang terbaik adalah milik ISLAM.

Lantaran mengkesampingkan sistem nilai inilah yang menyebabkan runtuhnya satu2 bangsa. Ketidakpedulian kerajaan terhadap sistem nilai akan menyebabkan manusia menjadi mangsa pembangunan fizikal yang melahirkan manusia yang tidak berhati perut, tidak pentingkan nilai2 agama, meletakkan kebendaan sebagai keutamaan dalam membuat keputusan baik kecil mahupun besar.

Akibat daripada kecuaian manusia yang bergelar pemerintah dan ulama’, masalah kerosakan sistem nilai yang mengakibatkan gejala sosial yang tidak terkawal, bahkan KRONIK berlaku dengan mendadak dan tanpa kecaknaan pihak berkuasa secara serius. Penyakit apa lagi yang tidak melanda umat di Malaysia? Masalah dadah, arak, judi, pelacuran, HIV/AIDS, hubungan seks remaja, rokok, jenayah, Kemalangan jalanraya, kehidupan yang penuh stres, hutang, rasuah, salahlaku di sekolah, kes juvana, masalah keciciran sekolah, buang anak, bunuh diri, lumba haram, pengangguran, Along, pekerja asing, bahan2 lucah, keruntuhan institusi keluarga dan lain-lain. Semua ini mencatatkan angka yang hebat2 dalam ilmu statistik.
DADAH

penagih.jpgKerajaan seolah2 sangat bersungguh2 dalam memerangi ‘MUSUH NO 1 NEGARA ‘ ini. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk membendung gejala penyalahgunaan dadah sehinggakan sebuah Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan khas untuk menangani masalah ini sejalk tahun 2004. Akta Dadah Merbahaya 1952 dipinda beberapa kali untuk memberi hukuman yang lebih berat kepada pesalah. PEMADAM sendiri pun sudah berumur lebih 30 tahun(1976). Manakala Agensi Dadah pula sudah bertapak sejak 1996. Tapi kenapa masalah ini semakin lama semakin parah? Sudah tentu sesuatu yang tidak kena dengan undang2 atau pelaksanaannya.

Menurut AADK, kerajaan membelanjakan sebanyak 19 juta setahun bagi menampung kos pemulihan seramai 5,200 penagih dadah yang ditempatkan di 28 pusat serenti seluruh negara. Bayangkan wang 19 juta kalau tiada penagih dadah, sudah tentu boleh disalurkan kepada program2 yang lebih bermanfaat untuk pembangunan manusia. kos tersebut akan bertambah sekiranya masalah dadah tidak dapat dibendung dengan segera.

Menurut satu laporan akhbar pada 15 Oktober 2006, dikatakan 10% daripada penagih yang ada sekarang kemungkinan besar akan jadi gila menjelang tahun 2020 akibat daripada mengambil dadah sintetik.

ARAK

arak.jpg Rakyat Malaysia membelanjakan sejumlah 2 bilion setahun untuk air syaitan ini!!Diulangi, 2 bilion setahun!! Banggakah kita mempunyai masyarakat yang ketagihkan arak. Arak boleh menyebabkan masalah-masalah lain timbul seperti keganasan rumahtangga produktiviti menurun, kemalangan jalanraya dan kesihatan yang teruk. Menurut satu kajian, arak merupakan penyebab kedua keganasan rumahtangga di peringkat kebangsaan.

JUDI

judi.jpg Budaya berjudi sudah semakin diktiraf dalam masyarakat kita. Judi sudah dimaklum secara ‘darurat’ dalam agama bahawa ianya haram. Tetapi berapa ramai umat Islam yang terlibat dengan judi? Baik sama ada judi itu yang HARAM di sisi kerajaan mahupun yang ‘HALAL’. TOTO, MAGNUM 4 DIGIT, PAN SWEEP sudah menjadi perkara biasa di kalangan masyarakat awam. Ada di antara kanak2 yang disuruh beli nombor ekor oleh ibubapanya. Ini amat menjijikkan!!

SIAPA yang tidak kenal GENTING. Itulah antara lokasi yang menjadi kebanggaan kerajaan dan rakyat Malaysia. Genting merupakan antara 10 syarikat judi terbesar di Asia. Itu tidak mengambil kira judi kecil-kecilan yang semakin popular di kalangan penonton tv sekarang ini seperti rancangan Insomnia. Mereka tidak lagi menghormati Institusi agama seperti Jabatan Mufti. Walaupun perkara itu sudah difatwakan haram baik dari Ulama’ luar dan dalam negara, kerajaan masih tetap membenarkan ianya berleluasa.

Bayangkan di Malaysia ini, terdapat 12 buah industri Arak dan judi dan 12 orang Muslim Melayu yang menjadi Ahli Lembaga Pengarahnya. Lebih parah lagi, rakyat Malaysia diheret dalam pelaburan secara langsung dalam Syarikat perjudian melalui KWSP, Lembaga Tabung Angkatan Tenteram Amanah Raya Sdn Bhd, Kementerian Kewangan Malaysia dan Bank Negara Malaysia!!.

PELACURAN

pelacur.jpg Malaysia dikatakan menjadi destinasi pelancongan pelacuran. sERAMAI 142,000 pelacur di Malaysia. Ini bilangan rasmi, bukannya bilangan sebenar kerana agak sukar untuk mengumpul bilangan sebenar pelacur lantaran kerajaan tidak mrngumpul statistik pelacur. Tetapi jumlah tersebut sudah cukup membayangkan betapa parahnya masalah pelacuran di negara kita. Lebih-lebih lagi apabila timbul isu ‘fatwa’ orang agama dalam kerajaan yang membolehkan melacur dalam keadaan dharurat!!

HIV/AIDS

pengidap-aids.jpg Pada tahun 2004 sahaja, 4.9 juta pengidap baru HIV dikesan. Ini bermakna , ada 10 orang pengidap baru bagi setiap minit. HIV di Malaysia dikesan bermula tahun 1986 seramai 3 lelaki manakala kes AIDS dan kematian 1 orang.Menjelang taun 2000, dalam tempoh 14 tahun, jumlahnya naik mendadak sebanyak 5107 bagi HI, manakal bagi kes AIDS ialah 1168.

Pada tahun 2004, 60,621 rakyat Malaysia dilaporkan positif HIV sejak kes pertama tahun 1986. Manakala pada tahun 2005, ia naik mendadak kepada 70559 HIV, 10663 AIDS, sementara yang mati kerana AIDS seramai 8179.

Lebih 80% daripada mereka yang mengidap HIV/AIDS adalah di bawah usia 39 tahun.

ZINA

zina.jpg Masalah zina di kalangan remaja sekarang sebenarnya amat menakutkan. Walaupun mereka tahu risiko atau bahaya berzina, mereka tetap melakukannya kerana dorongan hawa nafsu yg tak dapat dibendung lagi. gejolak nafsu tidak mengenal usia, baik muda atau tua, semuanya ada risiko digoda. Hanya orang yang benar2 beriman, dengan bekalan taqwa mereka merempuh kehidupan yang penuh dengan godaan nafsu ini.

Kajian seorang ahli akademik mendapati semua 887 pelajar perempuanyang menuntut di sekolah menengah di sebuah negeri dikategorikan sebagai ‘berisiko tinggi’ kecuali seorang, mengaku pernah melakukan hubungan seks.

Ini merupakan suatu penemuan yang mengejutkan dan menunjukkan kemerosotan mendadak nilai moral remaja perempuan di negara ini.

Dalam satu kajian yang dibuat oleh seorag pakar psikologi dari UKM, beliau mendapati ada 7 daripada 31 responden mengaku melakukan seks seawal usia belum mencecah 15 tahun! Dalam satu temuramah rancangan TV3, seorang gadis di sebuah pusat pemulihan swasta ditemubual, mengakui mula mengenali perilaku seks melalui vcd lucah yang ditonton bersama dengan ahli keluarganya(ibubapa sekali) dan gadi tersebut mengakui terlalu gian dengan seks sehinggakan berkata bahawa ia memikirkan tentang seks setiap kali melihat lelaki termasuklah yang menemubualnya!!

Antara faktor lain yang menyuburkan seks bebsa ialah wujudnya sub budaya di kalangan remaja kini. golongan yang dipanggil Punk, Skinhead, Black Metal dan Gothik merupakan sebahagian sub budaya yang wujud di Malaysia dan dianuti oleh muda mudi, terkenal dengan perlakuan seks bebas apabila berlaku perhimpunan atau pertemuan pada hujung minggu di lokasi2 yang ditetapkan.

ROKOK

Bilangan kematian yang disebabkan oleh rokok secara rasminya adalah seramai 10,000 setahun. mengikut data yang dikeluarkan oleh kerajaan, seramai 4.6 juta rakyat Malaysia adalah perokok. Bayangkan lebih 20% rakyat Malaysia adalah perokok. Majoriti perokok adalah golongan remaja dan belia. Ini yang membimbangkan kerana bayangkan orang yang bakal mewarisi negara ini suatu masa nanti terdiri daripada golongan perokok atau orang yang berpenyakit jantung, paru2 dan yang diakibatkan oleh rokok.

JENAYAH

bunuh.jpg Sila teliti statistik PDRM di bawah:

1.5 orang dibunuh setiap hari

4.7 orang dirogol setiap hari

68.2 pecah rumah berlaku setiap hari

23.6 kereta dicuri setiap hari

141.3 motosikal dicuri setiap hari

41.3 rompakan berlaku setiap hari.

Kalau pembaca budiman teringat, pernah masuk surakhabar bahawa ada remaja berumur belasan tahun ditangkap bersama beberapa orang yang lain kerana merompak.

Jenayah bunuh anak sendiri juga tak kurang berlaku di negara kita. Lupakah kita kisah seorang ibu membunuh 2 anak Muhammad Aliff Haqii , 6 tahun dan Muhammad Aliff Hazmi 17 bulan dengan menjerut mereka ketika tidur di Batu Maung, P.Pinang pada Februari 2007 lalu?

Beberapa hari sebelum itu, seorang bapa mencekik anaknya yang berumur 10 dan 9 tahun. beliau kemudian membunuh diri.

Pada 22 Februari tahun yang sama pula seorang bapa berketurunan India didakwa membunuh anaknya yang berusia 2 tahun dengan mendang dan memukulnya.

Banyak lagi insiden bunuh diri yang tercatat dalam sejarah Malaysia.

Kisah pilu Nurin Jazlin Jazimin, 8 tahun bukanlah isu baru, malah negara telah merakamkan tujuh tragedi sedih yang telah melibatkan kanak-kanak Malaysia yang tidak berdosa yang dirogol dan dibunuh kejam.

Pada Disember 2004, seorang kanak-kanak malang ditemui orang ramai dalam keadaan menyayat hati dan sedang menangis di tepi sebuah tangki air di sebuah semak di Kampung Chendering, Kuantan. Mangsa dipercayai menjadi korban nafsu seorang lelaki yang dipercayai berusia dalam lingkungan 40-an dalam semak di kampung itu kira-kira pukul 8.30 malam.

Sehari sebelum itu, mayat Siti Syazwani, 9 pula ditemui mati 100 meter dari rumahnya- dirogol dan dibunuh oleh seorang pekerja asing Indonesia.Mayatnya ditemui mati dalam parit di ladang kelapa sawit Tikam Batu, Sungai Petani dengan hanya berbaju kurung, tersembam ke dalam parit sedalam 2 meter.

Kisah setrusnya begitu menggemparkan negara, sehingga rata-rata masyarakat mecadangkan pelakunya dibunuh atau dikasi kemaluannya lantaran tindakan mereka terhadap Nurul Huda Abd Ghani,Murid Tahun 4 yang dirogol dan diliwat bergilir-gilir oleh tiga lelakidi Pondok Pengawal Stesen Janakuasa TNB Kg. Pekajang, Gelang Patah, Johor Bharu pada 17 Januari 2004.

Selain itu bulan yang sama,Haserawati Saridi, 10- dirogol dan dibunuh ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Menggatal, Sabah.

Pada 6 November 2002 pula Siti Nurliyana Shamimi Rosdi, 2- diculik, dirogol dan dibunuh, dijumpai dalam keadaan bogel pada jam 9 pagi di tebing Sungai Kedah, 500 meter dari rumahnya di Kampung Seberang Terus.

Ada kesan koyak pada kemaluan mangsa, selain lebih 40 kesan luka pada badan dan pendarahan dalam otak mangsa, dipercayai akibat dipukul dengan benda keras.

Dua remaja berusia 19 tahun pula telah merogol kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun sehingga terkeluar usus ketika merompak keluarga mangsa di rumahnya di Taman Maluri, Kepong 13 Ogos 2001.

Dan akhir pada 23 Oktober 2000,Nur Shuhada, 6 ditemui mati dalam tangki air di bumbung bangunan kediaman 3 tingkat jenis town house di Selayang dalam keadaan separuh bogel dan lebam pada muka dan tangan.

Masyarakat Malaysia diseru supaya melindungi kanak-kanak daripada manusia gila yang sedang berada dimana-mana yang sentiasa mengundang kecelakaan maruah dan nyawa anak-anak kita.

RASUAH

rasuah.jpg Rasuah semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini. Bukan kerana sebelum ini tidak ada atau kurangnya orang terlibat dalam gejala rasuah. Tetapi sikap pemimpin sebelum ini lebih suka melindungi maklumat-maklumat rasuah yang melibatkan kes berprofail tinggi. Zaman pemerintahan Pak Lah pula, seolah-olah memberi peluang kepada BPR atau media mendedahkan kes rasuah sebebas-bebasnya. Lalu timbullah pelbagai kes-kes berprofail tinggi di dada akhbar dan media massa yang lain. Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri mengakui bahawa Rasuah di Malaysia sudah jadi satu budaya. Ini bermakna orang ramai sudah tidak segan silu lagi melakukan rasuah.

Pada tahun 14 Februari 2004, akhbar-akhbar melaporkan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan yang ketika itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Rais Yatim mendedahkan 18 lagi kes rasuah yang membabitkan individu berprofil tinggi termasuk menteri, telah memasuki peringkat akhir siasatan. Tetapi isu itu ‘didiamkan’ selepas pendedahan ‘berani mati’ Dr. Rais Yatim itu.

Kedudukan Malaysia dalam indeks rasuah yang dikeluarkan oleh Transparency International yang menunjukkan Malaysia tergelincir ke tangga 37 dunia pada tahun 2004 masih menjadi tandatanya kepada rakyat Malaysia apakah pihak kerajaan serius ingin membanteras rasuah.

KESIMPULAN

Banyak lagi penyakit-penyakit kronik yang hinggap pada batang tubuh Malaysia. Pendedahan fakta2 dan ulasan isu di atas hanyalah sedikit daripada banyak isu2 dan fakta2 yang terkandung dalam batang tubuh Malaysia yang entah kan bila lagi menemui ajalnya…

Inilah akibatnya apabila nilai-nilai agama diabaikan. Jalan penyelesaian untuk mengubati dan merawat penyakit-penyakit tersebut hanyalah satu iaitu ‘KEMBALILAH KEPADA ISLAM YANG SYUMUL. JANGAN LAGI BERPALING KE BARAT, MAHUPUN TIMUR. GENGGAMLAH ERAT2 FORMULA RAWATAN ISLAM YANG TERMAKTUB DALAM AL QUR’AN DAN SUNNAH NABI JUNJUNGAN SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM.’

TAKBIR!!!TAKBIR!!!TAKBIR!!!

Sehingga kini terdapat lebih 20 juta pengguna telefon selular di negara ini yang menggunakan perkhidmatan disediakan tiga syarikat telekomunikasi iaitu Celcom, Maxis dan Digi.

Pengurus Besar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Jailani Johari berkata, biar pun jumlah pengguna telefon bimbit semakin bertambah, namun kawasan liputannya belum memuaskan terutamanya di luar bandar.

“Oleh itu Suruhanjaya Komunikasi mewujudkan program Time 2A dan Time 2B menara komunikasi yang melibatkan pemasangan menara di kawasan tumpuan termasuk lokasi pelancongan, lebuh raya dan kawasan perindustrian.

“Sebanyak 1,314 menara komunikasi perlu didirikan di seluruh negara bagi mencapai matlamat tersebut yang melibatkan kos keseluruhan kira-kira RM3 bilion,” katanya pada majlis penyerahan kunci program Time 2A dan Pelancaran Program Time 2B Menara Komunikasi di Batu Mengkebang, baru-baru ini.

Pelancarannya disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hadir sama anggota-anggota Exco, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Haji Wan Yahya Wan Salleh, wakil Celcom (M) sdn Bhd, Maxis Broadband Sdn Bhd dan Digi Telecomunication.

Program Time 2A dan Time 2B dilancarkan bagi membolehkan syarikat penyedia perkhidmatan telefon selular berkongsi menara telekomunikasi.

Jailani berkata, Suruhanjaya Komunikasi dengan kerjasama kerajaan negeri melantik sebuah anak syarikat milik kerajaan negeri bagi membina menara komunikasi.

Di Kelantan Infra Quest Sdn Bhd (IQSB), syarikat anak kepada PKINK diberi tanggungjawab oleh kerajaan negeri bagi mengurus, melaksana dan menyelenggara infrastruktur telekomunikasi bermula 2 Oktober 2003.

Manakala Suruhanjaya Komunikasi memberi lesen ‘Network Facilities Provider’ kepada IQSB bagi membina menara telekomunikasi untuk mencapai matlamat kerajaan memperluaskan liputan menjelang 2007.

“Sebanyak 47 menara sudah berjaya disiapkan sehingga 83.9 peratus, di mana 10 daripadanya dibina di jajahan Kuala Krai. Usaha ini mendapat kerjasama baik daripada kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan di sini.

“Projek pemberian perkhidmatan sejagat ini memberi tumpuan di kawasan luar bandar melibatkan sembilan daerah di Kelantan termasuk Jeli, Pasir Mas, Pasir Puteh, Kuala Krai, Tanah Merah, Bachok, Gua Musang dan Machang yang membabitkan kos sebanyak RM36 juta,” ujarnya.

Wan Yahya sebelum itu berkata, perkhidmatan telefon mudah alih sekarang boleh digunakan hampir di seluruh Kelantan termasuk penoreh yang bekerja di kawasan pedalaman.

Menteri Besar pula berharap orang ramai menggunakan kemudahan telefon mudah alih bagi melakukan sesuatu yang tidak bertentangan dengan agama.

“Jangan pula kita gunakan kemudahan telefon bimbit untuk melakukan kerja jahat termasuk mencuri harta milik orang lain,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif IQSB, Haji Mohd Sabri Abdullah berkata, pembinaan menara telekomunikasi ditumpukan di jajahan Kuala Krai, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang bagi membolehkan keseluruhan kawasan di negeri ini mendapat liputan telefon mudah alih.

“Setiap satu menara membabitkan kos kira-kira RM300,000 yang dibina dalam tempoh tiga bulan selepas tapaknya dikenalpasti. Pembinaan 50 menara tersebut membabitkan kos kira-kira RM20 juta.

“Sebanyak 50 lagi menara akan dibina dan dijangka siap akhir tahun ini bagi mencapai matlamat sebagaimana ditetapkan kementerian,” katanya.


Ada sahabat yang emailkan….HARGA DAN PENGISIAN KEMERDEKAAN

 

Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan-tuan dan puan-puan, para peminat Mutiara FM yang dimuliakan. Tidak beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut Hari Kemerdekaan negara kita Malaysia yang tercinta bagi kali yang ke-49. (Muhtar: Tahun 2007 ini adalah kali yang ke-50). Lagi sekali kita mengatakan bahawa kita bersyukur kepada Allah SWT yang telah mengizinkan negara yang tercinta ini merdeka daripada cengkaman asing khususnya cengkaman dari Barat.

 

Namun kemerdekaan ada harganya. Harganya terpaksa dibayar oleh pejuang-pejuang kemerdekaan dari kalangan para ulama’, cendekiawan, para intelek dan masyarakat secara amnya iaitu masyarakat majmuk di Malaysia yang sama-sama berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan bagi Malaysia. Kita bersyukur kepada Allah di atas semua ini. Hari ini yang hendak kita tekankan ialah tentang pengisian kepada kemerdekaan itu sendiri. Pengisian berdasarkan acuan kita. Apa yang hendak kita isi selepas kita merdeka. Alhamdulillah Malaysia telah mencapai kemajuan yang pesat. Dalam banyak sudut kita tidak melupakannya. Di sudut ekonomi, pembangunan, infrastruktur, prasarana-prasarana yang kita perlukan alhamdulillah. Kita telah melangkah jauh ke depan dan kita sedang mengejar Wawasan 2020 yang hendak kita capai insya Allah pada tahun yang sama.

 

Semua ini merupakan berita-berita yang menggembirakan. Namun di celah-celah berita yang gembira ini ada kesedihannya. Di celah-celah infrastruktur yang hebat ini ada kejelikannya. Di celah-celah pembangunan yang melibatkan bangunan-bangunan yang besar, tiba-tiba ada pembangunan yang sedikit terabai yang bernama pembangunan insan yang memfokuskan kepada aspek spiritual. Maka sekarang kita mendengar di mana-mana sahaja, kita membaca di dada-dada akhbar, kita melihat sebagai contohnya di Edisi Siasat di NTV7 berita tentang satu budaya baru yang dengan ghairahnya menyerang remaja-remaja kita.

 

Apa nama budaya baru ini tuan-tuan dan puan-puan. Namanya ialah budaya Hedon. Budaya Hedon berasal dari kalimat Hedonisme. Ia merupakan satu doktrin yang menekankan bahawa keseronokan ialah kemuncak kepada kebaikan. Dalam bahasa mudah, kebaikan yang paling tinggi dan hebat ialah seronok. Jadi pada hari ini kita bercakap tentang bahasa seronok, dalam bahasa Inggerisnya bermaksud enjoy, happy dan sebagainya. Itu bahasa yang digunakan dalam budaya Hedon.

 

Jom Taubat

Hiburan sebegini tentunya akan membawa kepada cinta dunia, lupa Akhirat!

 

Mengikut laporan kajian kesihatan seksual dan reproduktif remaja di Malaysia tahun 2003 yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan, kajian ini menunjukkan remaja terutama pelajar sekolah di negara ini aktif melakukan kegiatan seks termasuk hubungan seks di luar nikah. Ini satu berita yang cukup menggerunkan. Kemudian tinjauan Metro hari Ahad baru-baru ini mendapati ada laman-laman web tertentu di negara ini yang berdaftar sebagai laman web seks. Mengikut tinjauan Metro terdapat lebih kurang 1794 ribu ahli yang berdaftar di laman web seks ini. Mereka akan membuat pertemuan, perjumpaan untuk melakukan seks secara berkumpulan dari masa ke semasa.

 

Ini juga berkaitan dengan budaya Hedon. Tambahan dari itu kita juga telah membaca banyak statistik tentang kes penyalahgunaan najis dadah. Sebagai contoh mengikut laporan Berita Harian bertarikh 24 Februari 2005 bersempena dengan Karnival 6 Jahanam anjuran Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan, mengikut laporan ini menunjukkan bahawa pada tahun 2004 sahaja kes penagih dadah telah meningkat 4.53%. Inilah berita-berita yang menyedihkan bila kita bercakap tentang kemerdekaan. Pembanggunan sudah baik tetapi spiritual sedang menjunam. Remaja-remaja kita berada di persimpangan yang membimbangkan. Seks bebas makin berleluasa dan ia dilakukan secara terbuka dan berani sekali. Penyalahgunaan najis dadah peratusnya semakin meningkat dan begitulah seterusnya.

 

Seronokkah kita bila mendengar statistik dan perangkaan ini. Sudah pasti kita tidak seronok. Cukupkah sambutan kemerdekaan sekadar kita bersorak Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!. Cukupkah sambutan kemerdekaan sekadar kita melakukan ekspedisi kemerdekaan pusing Pulau Pinang dengan bendera yang berkibar-kibar kemudian pada esok harinya kita lupa bab solat dan terus dengan agenda seks bebas kita. Tidak cukup!!!

 

Makan Dalam Yang SureDosa

Apakah perasaan ibu bapa mereka? Betapa sedih dan hancurnya harapan ibu bapa mereka yang impikan anak yang soleh dan solehah

 

Tuan-tuan dan puan-puan, bersempena dengan bulan kemerdekaan ini mari sama-sama kita memainkan peranan agar negara kita dimerdekakan daripada gejala-gejala negatif seperti budaya kuning yang saya sebutkan tadi. Ibubapa didiklah anak agar menjadi anak yang soleh dan solehah. Jangan lupa anda sebagai ibubapa, anda memainkan peranan yang amat penting untuk memastikan anak-anak anda berjaya di dunia hingga ke Akhirat. Nasihat yang sama juga saya berikan pada Dr. Danial bin Zainal Abidin sebab dia juga seorang bapa kepada 8 orang anak. Ini peranan yang perlu kita lakukan. Jangan asyik menonton gusti, cari gincu yang mahal lagi terbaik, seronok ke salon yang dapat mencantikkan diri kita. Jangan asyik itu. Bukan tidak boleh tapi jangan asyik sehingga kita melupakan benda yang paling besar ertinya pada kehidupan kita iaitu mendidik anak-anak menjadi hamba Allah yang sebenarnya.

 

Anda dan saya sebagai ibubapa mempunyai tanggungjawab yang besar. Itu yang pertama. Kedua sistem pelajaran atau pendidikan kita. Guru-guru tolonglah belajar tentang bagaimana hendak bercakap dengan remaja-remaja di sekolah. Ada guru-guru yang hanya tahu mengajar tetapi tidak tahu nak berkomunikasi dengan pelajar-pelajar di sekolah terutamanya pelajar remaja. Mereka bercakap kepada remaja dengan menggunakan bahasa bodoh!! bahalol!!, minta maaf tetapi inilah bahasa yang guru-guru gunakan tetapi bukan kesemua guru. Sebahagian ada menggunakan kalimat ini. Guru-guru itu perlu dididik terlebih dahulu tentang cara hendak mendidik remaja-remaja.

 

Ketiga kerajaan atau pihak yang berwajib tolonglah jaga media massa. Janganlah disemarakkan aktiviti konsert yang melampau. Semua ini menghancurkan anak bangsa. Ini Dr. Danial sebutkan di bulan kemerdekaan agar kita tidak hanya bersorak merdeka sedangkan di bawah sana kita bukannya merdeka, kita sebenarnya masih belum bebas dengan budaya-budaya yang menghancurkan bangsa, negara apatah lagi agama.

 

Semoga di bulan kemerdekaan ini kita menjadi orang yang bertanggungjawab berdasarkan tuntutan Al-Quran dan juga As-Sunnah. Jangan lupa “Kuntum khaira ummatin uhrijat linnas”. Kata Allah dalam surah Ali-Imran ayat 110 yang bermaksud “Kamu sebaik-baik umat yang dikeluarkan bagi manusia”. Buktikannya. Buktikan bahawa kita sebaik-baik umat bukan seteruk-teruk manusia. Semoga Allah memberikan kekuatan dan kesedaran kepada kita di bulan kemerdekaan ini untuk memainkan peranan yang positif untuk menjadikan Malaysia sebuah negara contoh insya Allah.

 

Sila baca juga: ‘Makan Dalam’ yang SureDosa.. Jom Taubat!

 

Full Time Muslim

Full Time Muslim… There’s no such thing as a Part-Time Muslim

 

ATUK MERDEKA

 

Cucuku..
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?

 

Atukku..
Aku ingin menjadi kayu.

 

Jika kau menjadi kayu
Jadilah kayu golf
Disebut kayu tetapi besi
Diulit Dato’, tauke dan menteri
Jangan kau menjadi tunggul!

 

Cucuku..
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?

 

Atukku..
Aku ingin menjadi pagar.

 

Jika kau menjadi pagar
Jadilah pagar karan
Dipicit suis power berjalan
Dirempuh diusik boleh pengsan
Jangan kau jadi pagar makan padi!

 

Cucuku..
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?

 

Atukku..
Aku ingin menjadi mangkuk.

 

Jika kau menjadi mangkuk
Jadilah mangkuk purba zaman batu
Buruan ahli arkeologi setiap waktu
Membawa bukti tamadun dan ilmu
Jangan kau menjadi mangkuk hayun!

 

Cucuku..
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?

 

Atukku..
Aku ingin menjadi bintang.

 

Jika kau menjadi bintang
Jadilah bintang di langit
Tiada boleh ditukar wang ringgit
Tidak boleh dijolok dikait
Jangan jadi bintang tiga!

 

Cucuku..
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?

 

Atukku..
Aku ingin menjadi seluar dalam.

 

Jika kau menjadi seluar dalam
Jadilah seluar dalam superman
Sarung di luar nampak gentleman
Tiada manusia memberi komen
Jangan kau menjadi seluar dalam model playboy!

 

Cucuku..
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?

 

Atukku..
Aku ingin MERDEKA.

 

Jika kau ingin MERDEKA
Lupakan tentang perarakan di Dataran Merdeka
Simpanlah budget kereta berhias dan pentas lintas hormat
Untuk membeli kayu
Untuk membeli pagar
Untuk membeli mangkuk
Untuk membeli bintang
Untuk membeli seluar dalam
Dan.. Untuk membeli MERDEKA!

 

UJANG
Kuala Lumpur 1992

Wallahu a’la wa a’lam.

Assalamu’alaikum warahmatullah.

Ni Iklan DANA TA’AWUN LAJNAH KEBAJIKAN DEWAN PEMUDA PAS NEGERI TERENGGANU. Saja nak tolong pemuda negeri. DPP Kuala Terengganu pun kena buat juga rasanya…..

Sesiapa yang nak tambah pahala buaty bekalan di Akhirat, sila lah sumbangkan kewangan atau apa sahaja yang bermanfaat untuk individu berkenaan.

DANA TA’AWUN
LAJNAH KEBAJIKAN DPPNT
D/A Setiausaha Lajnah Kebajikan DPPNT
Lot 126, Kg Dusun, Kuala Ibai, Kuala Terengganu
019 915 7330 (Wan Mohd Faizul), 014 8424548 (Ustaz Zul)
Memohon sumbangan daripada muslimin dan muslimat yang ingin menyumbang sama ada dalam bentuk wang tunai , barang-barang keperluan harian, pakaian dll.

Sumbangan ini khusus untuk membantu faqir miskin, mangsa bencana alam, bantuan pelajar miskin, sakit kronik dan lain-lain.

————————————————————————————————

NAMA : ————————————————————————-

ALAMAT : ————————————————————————-

————————————————————————-

NO. TEL : ————————————————————————-

KEPADA :
SETIAUSAHA DANA TA’AWUN DPPNT
LOT 126, KG DUSUN, KUALA IBAI,
20400 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

Bersama-sama ini saya sertakan wang tunai /cek /wang pos/online ke akaun maybank 563064113873 atas nama dana ta’awun dppnt sebanyak RM …………………….. sebagai sumbangan jariah saya.

Yang Ikhlas,

Tarikh : ………………………

……………………………………………….
( )

*Sila hantar keratan ini untuk rekod kami.

ISU PASAR BORONG DARUL IMAN (PBDI), GONG PAUH KUALA TERENGGANU – KENYATAAN BOHONG, FITNAH DAN MENGHINA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU
________________________________________________________________________
1. Latarbelakang
1.1 Pasar Borong Darul Iman (PBDI), Gong Pauh, Kuala Terengganu di tubuhkan dibawah Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu, dan dirasmikan pembukaannya sempena Pelancaran Pelan Induk Petanian Negeri pada 26 September, 2002 (1)
1.2 Tapak asal PBDI adalah tapak jualan hasil tani Agromart, yang diletakkan dibawah kawalan Jabatan Petanian.
1.3 Syarikat KPK Trading Sdn Bhd (KPKTSB) diberikan tanggungjawab untuk menguruskan perjalanan PBDI. (2) dan Persatuan Peniaga-peniaga Pasar Borong (PPPB) ditubuhkan bagi menjaga kebajikan dan kepentingan para peniaga.
1.4 Seramai lebih kurang 400 orang peniaga telah memulakan peniagaan mereka di PBDI dengan membayar sewa tapak. KPKTSB telah mengutip hasil sewaan tapak sebanyak lebih kurang RM 7,000.00 sebulan Selain itu, para peniaga mesti mempunyai lessen peniagaan yang dibayar setiap tahun kepada MPKT.
1.5 Pada akhir tahun 2004, Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) menamatkan khidmat KPKTSB dengan notis selama 3 bulan.
1.6 Pengurusan PBDI diambil alih oleh Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT). Sejak itu, pelbagai kemudahan asas dihentikan dan penyelenggaraan peralatan tidak dilaksanakan.(3) Walaupun MPKT terus mengutip sewaan tapak dan menerima bayaran lessen perniagaan dari para peniaga setiap tahun.
1.7 Pihak PPPB telah menghantar beberapa surat kepada MPKT memohon untuk ditingkatkan kemudahan asas termasuk bekalan air bersih, elektrik dan tempat letak kereta.
1.8 Pada lebih kurang jam 12.30 malam, 18 April, 2007, beberapa 7 buah lot kedai didalam PBDI telah terbakar. Kebakaran yang berlaku boleh dielakkan sekiranya terdapat kemudahan asas PBDI (4)
1.9 Antara yang musnah didalam kebakaran adalah kabel bekalan elektik dan kemudahan tandas awam. Sejak itu, sebahagian peniaga tidak mempunyai bekalan elektrik dan peniaga serta pengunjung PBDI menghadapi kesukaran kerana tidak ada kemudahan tandas.
1.10 Berikutan dari itu, pada 27hb April, satu perjumpaan telah diadakan diantara PPPB dengan MPKT. Pihak MPKT telah membei akujanji akan membina tandas awam yang baru dan membaiki kemudahan awam yang rosak. (5)
1.11 Namun sehingga laporan ini dibuat, belum ada tanda-tanda, atau mana-mana pegawai yang datang mengambil tindakan susulan bagi perlaksanaan akujanji tersebut

3. Permasalahan Pasar Borong Darul Iman
3.1 Kemudahan Asas yang tidak di selenggarakan dan dipertingkatkan
i. Beberapa kemudahan asas seperti bekalan elektrik, bekalan air bersih, dan lampu jalan tidak diselenggarakan dengan baik malah dipotong terus dari pekhidmatan
ii. Para peniaga, terutamanya peniaga ikan dan ayam menyedut air dari taliair bersebelahan dengan tapak PBDI untuk digunakan bagi tujuan cucian.
iii. Kemudahan tempat letak kereta tidak dipetingkatkan menyebabkan wujudnya lubang-lubang besa yang menjadi lopak air, sekiranya hujan turun.
iv. Para peniaga dan pengunjung terpaksa menumpang, menggunakan tandas di pejabat Pertanian Daerah Kuala Terengganu untuk membuang air.
v. Walaupun ada perkhidmatan mengangkut sampah yang diswastakan oleh MPKT, tetapi cucian longkang dan pembesihan kawasan tidak dilakukan.
3.2 Hala Tuju Pasar Borong
i. Beberapa peniaga telah mengajukan persoalan terhadap kegusaran mereka berkaitan masa depan PBDI.
ii. Kerajaan UMNO/BN Terengganu telah mengumumkan pembinaan sebuah pasar borong baru bernilai RM 5 juta, yang dikatakan akan dibina di Bukit Payong, Kuala Terengganu.(6)
iii. Kebimbangan para peniaga adalah meujuk kedudukan mata pencarian mereka yang akan terjejas, sekiranya PBDI di Gong Pauh ditutup dan mereka tidak diberi ruang niaga di pasar borong yang baru.
iv. Selain itu, para peniaga berpendapat, cadangan tapak pasar borong yang baru adalah terlalu jauh yang akan menimbulkan masalah kepada peniagaan mereka.
3.3 Kepimpinan Persatuan
i. Terdapat beberapa kelemahan didalam kepimpinan PPPB. Selaku Pengerusi PPPB, Pak Mansor didalam ucapannya beberapa kali meminta supaya para peniaga memberikan sokongan kepada pihak persatuan.
ii. Persatuan tidak dapat mengambil alternatif lain dan hanya berharap kepada pihak berkuasa bagi menyelesaikan pemasalahan PBDI, walaupun pemasalahan telah wujud sejak pengambil alihan pengurusan PBDI pada akhir tahun 2004.

4. Pendedahan Oleh TV3
4.1 Pada 5hb Jun, 2007, TV3 melalui siaran berita telah menyiarkan masalah-masalah yang dihadapi oleh para peniaga Pasar Borong secara terperinci.(7)
4.2 Pendedahan dibuat oleh PPPB, ekoran dari kegagalan Kerajaan Negeri mengambil tindakan membaikpulih keadaan PBDI. Antara masalah-masalah yang diutarakan adalah masalah bekalan air dan infrastruktur.
4.3 Pendedahan TV3 telah memberi impak negatif yang besar kepada Kerajaan Negeri Terengganu, terutamanya kepada Menteri Besar (MB), kerana TV3 meminta maklumbalas dari pihak MB secara spontan dan MB gagal memberi jawapan yang konkrit.
4.4 Selain itu, pendedahan isu PBDI menunjukkan kelemahan Kerajaan Negeri kerana masalah-masalah PBDI telah berlanjutan dari tahun 2005, tanpa sebarang tindakan

5. Kenyataan Media Kerajaan Negeri
5.1 Susulan dari pendedahan TV3, Kerajaan Negeri Terengganu telah membuat kenyataan media pada 13hb Jun, 2007. Kenyataan ini dibahagikan kepada tiga bahagian seperti berikut;
i. kenyataan rasmi Unit Komunikasi (UKOM) Negeri Terengganu yang dikeluarkan di Laman Web Kerajaan Negeri Terengganu (8)
ii. kenyataan rakaman percakapan MB ketika sidang media diadakan (9)
iii. kenyataan rakaman percakapan Pengerusi JawatankuasaPerumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Terengganu, Dato’ Ahmad Said ketika siding media.
5.2 Kenyataan rasmi UKOM yang disiarkan melalui laman rasmi Kerajaan Negeri Terengganu adalah seperti yang dimuat turun dibawah;
Terminal Agro RM40 Juta di Bukit Payung

Pasar Borong Gong Pauh yang berkeadaan kurang selesa akan digantikan dengan Terminal Agro yang akan dibina di Bukit Payung.
Oleh: Suriati Ali
Kerajaan Negeri memperuntukkan kira-kira RM40 juta bagi membina pasar borong baru yang dikenali sebagai Terminal Agro di Bukit Payung, Marang.
Pembinaan terminal yang menggantikan Pasar Borong Gong Pauh itu masih lagi dalam perangkaan pelan dan dijangka siap akhir 2009.
Apabila siap kelak ia mampu memenuhi hasrat peniaga terutama mereka yang menjalankan jualan secara borong memperluaskan ruang niaga masing-masing.
Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh berkata, pembinaan Terminal Agro dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi peniaga yang sekarang ini masih menggunakan pasar borong lama iaitu di Gong Pauh.
Katanya, isu kekurangan bekalan air yang dibangkitkan peniaga sebelum ini adalah disebabkan beberapa faktor dalaman yang mana sebelum ini dipegang Yayasan Amal PAS Malaysia.
Katanya, ada di kalangan ahli yayasan itu kurang berpuas hati selepas Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT) mengambil alih pengurusan pasar itu.
“Mereka sanggup bertindak diluar batasan dengan mencabut hampir keseluruhan pili air sehingga menyukarkan peniaga mendapatkan sumber air untuk menjalankan peniagaan masing-masing
“Bagi meredakan keadaan pegawai MPKT telah mengadakan perbincangan bersama peniaga pada 25 April lalu dan dalam perjumpaan itu, MPKT bersetuju membaiki segala kelengkapan yang rosak selain bertindak membersih longkang, surau dan menyusun semula aturan keluar masuk ke pasar itu sementara menunggu Terminal Agro siap,” katanya.
Menurutnya, Kerajaan Negeri turut kesal dengan sikap yayasan itu kerana tiada perancangan teliti bagi memenuhi keselesaan peniaga.
“Demi keuntungan hasil sewa, mereka sanggup membuka ruang kepada 327 individu untuk berniaga walaupun menyedari pasar itu hanya mampu memuatkan 60 ruang niaga,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, di Wisma Darul Iman, hari ini (13 Jun).
Sementara itu, Dato, Seri Idris turut menjawab pertanyaan pemberita yang ingin mengetahui mengenai status sistem pengangkutan keretapi yang ingin diwujudkan di Terengganu.
Katanya, beliau sering membangkitkan isu pembinaan keretapi di Terengganu ketika bermesyuarat bersama Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana memikirkan sistem keretapi perlu bagi menarik pelancong selain dapat menjana ekonomi negeri Terengganu.
Jika diwujudkan ia menjadi pelengkap untuk sistem pengangkutan dan sektor pelancongan selain ada kemudahan pengangkutan lain termasuk Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dan lapangan terbang bertaraf antarabangsa.
Unit Komunikasi Negeri.

5.3 Kenyataan rakaman percakapan MB ketika sidang media adalah seperti dibawah;
“ Isu Pasar Borong Gong Pauh, itu merupakan isu peninggalan PAS. Kalau dahulunya pasar borong ini ada di Cabang Tiga Kuala Terengganu, dan dipindahkan kepada Gong Pauh. Bila dipindahkan kepada Gong Pauh memang ada strateginya supaya diberikan kepada satu persatuan yang dimiliki oleh PAS sendiri. Yang memungut 55,000 (RM) sebulan sebenarnya. Dan dengan cara demikian mereka boleh membuat keuntungan daripada pemindahan pasar borong dari Cabang Tiga ke Gong Pauh. Bila Gong Pauh ini dibina hanya untuk 60 orang peniaga tapi terlajak sehingga 327, dari 60 hingga 327, memang, memangnya kelengkapan tidak mencukupi, bekalan air tidak mencukupi, infrastrukturnya tidak apa ni, apa ni, jalannya tidak ditar, ataupun tidak disimen, jadi banyak perkara lah, bangunan tidak dibina dengan baik, jadi timbul masalah. Dan apabila diserahkan tahun 2005 apabila diserah kepada MPKT timbul lagi masalah apabila kepala paipnya dibuang semua sekali, tidak diserah dengan baik. Jadi inilah dan memang telah kita cuba beberapa kali, tapi inilah isu-isu yang kadang-kadangkala memakan masa. Sama juga isu katakanlah yang ditulis didalam suratkhabar tentang Pusat Penyu di Rantau Abang, Pusat Penerangan, sebenarnya selepas kita mengambil alih, saya dah saya ingat dalam kerajaan negeri kita telah memberi beberapa peruntukan. Memang peruntukan pun kita tidak mencukupi lagi kerana mungkin ada keutamaan yang diberikan kepada pendidikan, kepada kemiskinan, keutamaan tidak diberikan kepada Pusat Penerangan Penyu mungkin. Jadi saya nak mengatakan 3 perkara ini merupakan yang dahulunya tidak sepatutnya kita kebelakang kerana Pusat Penerangan Penyu memang telah ada dahulu, ditinggalkan dibiarkan begitu sahaja oleh kerajaan PAS, ia jadi kita perlu kembali ke tapak yang lama”.
5.4 Kenyataan Dato Ahmad Said menjawab pertanyaan wartawan adalah seperti berikut;
“ Masa dia buat makna dia tubuhkan, purposely dia buat, dia pindahkan daripada Cabang Tiga tu, kerana dia tak boleh control sebab itu dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional dulu, so bila dia pindah ketempat lain sekurang-kurang bila dia buat satu Konsortium Petani Komersial dia dapat hasil dari itu. Kita tengok pun yang mengetuainya pun macam bekas pegawai pertanian negeri, dia pun memang orang kuat PAS, bekas apani Bendahari Risikan Malaysia, Parti PAS Malaysia, orang-orang dia semua, so dia dapat hasil dan dia buat dengan minimum punya kemudahan, jalan tidak tar, surau tidak ada, semua sekali. Sepatutnya tempatkan 60 orang dia muatkan 327, sebab sewanya banyak that’s why dia dapat lebih 55,000 sebulan, hasilnya. (Sewanya) ada 180 ada 150 ada 80 ringgit, macam-macamlah. Cara dia buat macam pasar Kedai Buluh, macam ke kat Hj Hadi begitulah, dengan tiang kayu reja, begitulah dia buat. Itulah pun ‘mentality’ dia orang. Cuba tengok kat Hj Hadi, macamana dia berniaga hari Jumaat, atas tanah, atas gerai-gerai gitulah. Pasal tu kita kerajaan negeri apa ni untuk (nak) buat Pengkalan Agro Base yang baru tu di Bukit Payong Forty Million kita buat. Kita baru buat plan design semua sekali dan akan bentang tak lama untuk keputusan. Cuma masalah kita macam baru ni, perjumpaan telah dibuat dengan Yang Dipertua MPKT, MPKT dah sanggup untuk menyediakan kemudahan-kemudahan, tapi lepas tu dia panggil Wahid Endut pulak. Lepas perjumpaan tu kita hantar air sementara, bekalan sementara, paip masa kita ambil alih dia cabut semua sekali. Itulah ‘mentality’ orang dia, 90% lebih orang dia. Ini yang susahnya kita, macam sekarang ni dia orang tak bayar, sebahagian besar tak bayar sewa dengan MPKT. Bila siap yang baru kita akan pindah. Air sekaang ni kita dah hantar secara sementara, dengan lori”.

6. Pembohongan, Fitnah dan Penghinaan
6.1 Pembohongan, fitnah dan penghinaan telah dibuat didalam kenyataan kerajaan Barisan Nasional/ UMNO Terengganu berhubung isu Pasar Borong Darul Iman.
6.2 Melalui kenyataan UKOM, sebagai media rasmi kerajaan telah melakukan pembohongan dan fitnah, dengan menyatakan bahawa Yayasan Amal Malaysia terlibat didalam kerosakan paip dipasar Borong Darul Iman.
6.3 Didalam kenyataan Dato’ Seri Idris Jusoh, sebagai MB Terengganu, telah menyatakan pembohongan secara borong, bahawa semua masalah-masalah yang ada pada kerajaan Terengganu sekarang adalah masalah yang ditinggalkan oleh kerajaan PAS yang memerintah Terengganu 2000 – 2004. Ini termasuk masalah infrastruktur pasar borong dan juga masalah Pusat Penerangan Penyu di Rantau Abang.
6.4 Dato’ Ahmad Said, dalam kenyataannya menyatakan fitnah kepada PAS bahawa penubuhan Pasar Borong DarulIman adalah bertujuan untuk PAS untuk mengaut keuntungan. Sedangkan syarikat KPK yang mengendali Pasar Borong Darul Iman, tidak ada kena mengena dengan PAS.
6.5 Dato’ Ahmad Said juga menghina rakyat Terengganu, peniaga-peniaga kecil, peniaga-peniaga di pasar mingguan Kg Rusila, Kedai Buluh, Hj Hadi dan orang-orang PAS dengan meletakkan cemuhan, bahawa mereka semua mempunyai ‘mentality’ (pemikiran) yang rendah.

Sekian.