uncategorised


tomoi-ong-bakPetikan Kosmo 12 April 2009.

Sesetengah upacara penamatan latihan seni bela diri tomoi disudahkan dengan ritual menyuap pulut ke mulut penuntut. Pulut itu adakalanya hadir dengan ‘kuasa’ warisan yang akhirnya memakan diri.

“SAYA sering gelisah. Pada waktu malam, jantung berdebar kuat dan badan menjadi panas. Dalam keadaan itu, perkara kecil pun boleh buat saya naik angin. Saya sedar saya semakin menjadi seorang yang pemarah,” ujar lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Kamal, 36.

Pernah satu ketika hentakan siku dan lengan singgah di badan seorang pelayan restoran hanya kerana pelayan itu tanpa sengaja tertumpahkan kuah sup panas di belakang tubuh Kamal. Pelayan lelaki itu terjelepok ke lantai. Kecoh jadinya!

“Mujur isteri saya mententeramkan keadaan. Rayuan isteri buat saya kembali berfikir serta segera meminta maaf kepada lelaki itu. Malah, saya mahu membawanya ke klinik untuk dirawat jika ada kecederaan,” imbasnya yang bernasib baik kes tersebut tidak dilanjutkan ke pihak berkuasa.

Pertemuan dengan Jurnal turut ditemani isterinya, Zalifah. Atas menghormati permintaan, mereka hanya mahu berkongsi cerita tanpa perlu gambar mereka diambil.

Walaupun Kamal mengakui dirinya cenderung untuk mengamuk, jauh dalam hatinya dia sedar bahawa perbuatannya itu salah. Namun, dia sering gagal mengawal perasaan itu.

Kisah sepak terajang di restoran itu adalah salah satu daripada banyak contoh Kamal melepaskan sikap panas barannya.

Baginya, sebarang perkara yang mengejutkan emosi dan fizikalnya umpama satu ancaman buat diri dan keluarga. Semangat pahlawan yang muncul entah dari mana mempengaruhinya agar bertindak!

“Pendek kata, saya pantang dicabar atau dikejutkan dengan sesuatu. Dalam fikiran hanya satu matlamat iaitu untuk menumpaskan lawan, walaupun saya sebenarnya bukan di gelanggang,” kata Kamal yang berloghat Pantai Timur.

Kamal mengakui bahawa dia pernah mempelajari seni bela diri muay thai atau tomoi di kampungnya yang berjiran dengan tanah Siam. Selama lima tahun dia patuh pada tunjuk ajar jurulatihnya yang juga berasal dari seberang sempadan itu.

Seingat Kamal, dialah yang paling gagah di kem tomoi yang disertainya. Ramai lawan mudah ditewaskan di gelanggang. Dalam latihan, sudah banyak batang pokok yang patah-riuk hanya dengan tendangan menggunakan tulang keting. Rasa sakit pula hanya sekejap.

Kamal menjadi orang kesayangan jurulatihnya lantaran sering membawa pulang trofi kejuaraan.

Tanpa berasa hairan tentang tenaga tubuhnya yang tidak mudah surut ketika bertarung, Kamal tidak pula mencurigai tentang perkara-perkara lain.

“Tiga tahun lalu, saya telah berkahwin dan berpindah ke Kuala Lumpur kerana menerima tawaran berkhidmat dengan sebuah pasukan keselamatan. Mengetahui hal itu, jurulatih saya di kampung segera menganjurkan upacara penamatan latihan tomoi.

“Katanya, sebagai satu majlis penghargaan. Antara lain, saya disuapkan pulut kuning olehnya,” kata Kamal yang menyangkakan itu hanyalah ritual biasa.

Menurutnya, kesibukan tugas di Kuala Lumpur tidak memberi peluang kepadanya berlatih tomoi seperti selalu. Lama-kelamaan, bermulalah perubahan ketara dalam dirinya.

“Saya malas bersembahyang dan sering merancang untuk membuat perkara yang tidak elok. Saya bercakap besar dan suka mencari gaduh. Tanggungjawab pada Tuhan dilupakan, apatah lagi tanggungjawab pada keluarga.

“Di mana-mana pun, pasti ada yang cedera saya kerjakan. Saya rasa puas bila tengok orang yang dibelasah meminta dikasihani,” terangnya yang hampir kehilangan kerja kerana sikapnya itu.

Jauh dalam hatinya, Kamal sedar betapa sudah ramai yang menjadi mangsa amarahnya. Isterinya juga tidak terkecuali. Hinggalah akhirnya kesulitan dan kecelaruan perilaku itu sampai ke pengetahuan seorang ustaz yang sudi membantu Kamal. Itupun atas inisiatif rahsia teman-teman sekerja Kamal.

“Ketika bertentang mata, suami saya seperti amat berdendam pada ustaz itu. Dia serta-merta menceceh dalam bahasa Siam dan kemudian membuka buah (langkah) tomoi. Saya seperti tak percaya apa yang dilihat dengan mata sendiri,” kata Zalifah yang turut merancang pertemuan itu dalam senyap.

Enam orang yang berbadan sasa, menurut Zalifah, diperlukan untuk menandingi kekuatan Kamal yang terbit mendadak. Rancak berasak dan bergelut, disertai tekanan ilmu penawar dari ustaz itu, Kamal akhirnya memuntahkan sesuatu.

“Dia tak henti menjerit dan mendengus berat saat direbahkan beramai-ramai. Macam lembu korban, perlahan-lahan dia hilang tenaga dan tidak melawan,” kata Zalifah.

TANPA disertai ritual syirik, tomoi sudah cukup sifatnya sebagai jurus seni bela diri yang menyeronokkan dan menyihatkan fizikal.

“Saya betul-betul tidak sedar apa yang berlaku sepanjang tempoh itu. Saya cuma rasa tubuh semakin lemah, seperti bertarung berjam-jam lamanya dengan lawan yang sangat kuat,” ujar Kamal yang mengakui fikirannya lebih tenang selepas mengikuti siri rawatan bersama ustaz tersebut.

Apabila dikenangkan semula, Kamal teringat tentang hidangan makanan, air mandian wangi dari kolah dan mangkuk tembaga yang diletakkan di sisi kiri dan kanan tempat tidurnya di kem tomoi di kampungnya dahulu. Semua itu disediakan jurulatihnya.

Kamal sempat berpesan, kalau ada sesiapa yang mewarisi ilmu muay thai atau tomoi dan sedang berbangga dengan kemahiran yang ada agar berwaspada dengan perubahan diri. Ilmu kebatinan pasti meminta ‘pulangan’ daripada tuannya.

“Apa yang dimuntahkan?” tanya saya kepada Kamal.

“Awak tak akan percaya. Benda yang dimuntahkan itu kelihatan seperti gumpalan pulut. Sama seperti yang saya makan bertahun-tahun dahulu di kem tomoi itu,” jawabnya.

27 dan 28 baru2 ni ambe ke Kota Bharu kerana memenuhi jemputan ke Persidangan NGO2 ISLAM Kebangsaan yang dianjurkan secara bersama Sekretariat Kongres Umat Islam Malaysia(SKIMA) dengan Kerajaan Negeri Kelantan. Di bawah ini disertakan Deklarasi yang dicapai hasil daripada Persidangan tersebut.

Deklarasi ‘Pemuafakatan Serambi Makkah’

Oleh Mohd Azmi Abdul Hamid

‘Dengan nama Allah Yang Pemurah dan Penyayang’

Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang yang berjuang di jalannya dalam barisan yang teratur umpama bangunan yang tersusun:kukuh (Ash-Shaff:4)

Sesungguhnya (agama Tauhid) Ini adalah agama kamu semua; agama yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, Maka sembahlah Aku. ( Al-Anbiyaa’: 92)

Dengan ini; Persidangan Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Islam Malaysia di Kota Bharu , Kelantan pada 15-16 Syawal 1428/27-28 hb Oktober 2007 yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim dan Sekretariat Kongres Umat Islam Malaysia (SKIMA) dan disertai 500 orang perwakilan dari 78 Pertubuhan-Pertubuhan Islam peringkat Negeri dan Kebangsaan telah bermuafakat bahawa:

Menyedari bahawa seluruh pendokong Pertubuhan-Pertubuhan Islam sebagai golongan yang lebih dipertanggungjawabkan untuk membela agama Allah. Oleh itu sewajarnya kita terus memikul tanggungjawab memandu, memimpin serta membimbing umat agar jelas dengan visi dan misi untuk membangun bersama Islam dan menghayatinya dalam kehidupan yang diredhoi oleh Allah.

Memahami bahawa tugas Pertubuhan-Pertubuhan Islam amat berat terutama dalam keadaan cabaran semakin bertambah. Para aktivis Pertubuhan-Pertubuhan Islam perlu bersedia dan melengkapkan diri dengan ilmu, kemahiran dan siasah kepimpinan yang diperlukan disamping banyak memahami dan menganalisis permasalahan umat semasa. Pertubuhan-Pertubuhan Islam perlu bijaksana dalam merancang, menjana program tindakan untuk dilaksanakan.

Menginsafi bahawa umat sedang menghadapi berbagai masalah dan cabaran sama ada berbentuk lokal atau global. Sikap ulama dan umat haruslah terus positif bahawa tiada masalah yang tidak dapat ditangani dan diatasi asalkan semangat berjihad dan berkorabn untuk Islam disuburkan . Sikap pertama yang harus dipupuk ialah melihat masalah itu sebagai peluang dan cabaran, bukan penghalang.

Mengingati bahawa dalam Pertubuhan-Pertubuhan Islam masih wujud kelemahan dan kekangan yang perlu diatasi segera, kelemahan tersebut termasuk kekurangan menterjemahkan potensi dan meningkatkan kemahiran beroganisasi, keengganan berjuang dalam wadah Ulama kerana kepentingan masing-masing. Akibatnya berlaku pengabaian usaha membasmi kejahilan umat. Ulama berpecah, umat sengsara dan parah.

Mewaspadai taktik dan rancangan golongan yang memusuhi Islam melalui pelbagai cara sama ada secara terang atau tersembunyi, bersikap lokal, nasional atau global. Maka, para Pertubuhan-Pertubuhan Islam perlu bangkit, bertindak, menyatukan barisan dan menguatkan perpaduan dan intergriti serta berusaha secara jama’i menghadapi tantangan musuh dengan strategi yang lebih berkesan.

Mengambil perhatian bahawa ukuran kejayaan sesuatu usaha Pertubuhan-Pertubuhan Islam bukan terletak kepada semangat dan laungan semata-mata, bukan hanya menghasilkan resolusi demi resolusi tanpa tindakan yang berkesan. Para aktivis, Pertubuhan-Pertubuhan Islam dan pendokong mereka seharusnya berganjak ke suatu paradigma baru yang menekankan strategi bertindak secara rapi , perlaksanaan secara konsisten , mendepani seteru Islam secara berani dan yakin dan membina barisan amilin secara berterusan.

Meneliti bahawa perkembangan muktakhir umat Islam di rantau Palestin, Iraq dan Afganistan terus bergolak angkara tindakan musuh Islam dan kuasa penjajahan disamping kelemahan dalaman umat. Umat Islam seluruh dunia perlu bertindak membantu dan membebaskan saudaranya yang dizalimi.

Mengingati usaha untuk memperkasakan Ummah perlu komitmen berterusan dan dan meningkat. Para aktivis Pertubuhan-Pertubuhan Islam dan anggota mereka serta Ulama dan Umarak perlu membantu dan bekerjasama dalam bidang yang boleh disepakati dan mengelakkan perselisihan yang merugikan umat.

Menginsafi bahawa usaha untuk mencerdaskan umat perlu bermula dengan pendidikan dari peringkat paling dasar hingga ke tahap yang tertinggi, membangun intelektual, membina budaya ilmu, budaya Iqra dan menghayatinya dalam kehidupan.

Memahami bahawa status umat masa kini dilihat dari perspektif nasional dan global belum menampakkan kesatuan yang kukuh dan mempunyai kekuatan dari segi rohani, spiritual, dan intelektual Maka usaha berterusan perlu digandakan untuk membantu keadaan yang masih gawat.

Menghayati bahawa tugas murni para aktivis dan pendokong Pertubuhan-Pertubuhan Islam sejak dulu, kini dan selamanya sentiasa berusaha mencerdaskan diri dan umat, menambah ilmu, menegak dan menghayati syariah dan akhlak Islami, melaksanakan amanah Allah serta ikhlas membangun umat secara jama’i.

Maka Kami dari Pertubuhan-pertubuhan Islam Beriltizam dan Bermuafakat:

1. Meningkatkan keberkesanan gerakkerja Pertubuhan-Pertubuhan Islam masing-masing demi menyumbang kepada usaha mendaulatkan Islam di negara ini khususnya dan dunia ini amnya.

2.Menggabungkan seluruh kekuatan antara pertubuhan-pertubuhan Islam dalam suatu saf gertakerja yang lebih tersusun dan berkesan untuk mengangkat martabat umat dalam seluruh bidang kehidupan.

3. Menjadikan pertubuhan-pertubuhan Islam sebagai wadah pemersatu ummat dan benteng mempertahankan izzah serta kesucian Islam dari segala ancaman musuh.

4. Mengikis segala sikap dan amalan yang merugikan ummah dalam mendaulatkan Islam dikalangan wadah-wadah Islam samada dalam tindakan individu atau kumpulan. Seluruh anggota aktivis dan kepimpinan organisasi Islam perlu saling menghormati ,mengukuh dan meningkatkan kerjasama yang efektif demi kecemerlangan Islam.

5. Sentiasa berwaspada dalam menghadapi strategi musuh untuk mengadu domba dan melemahkan organisasi Islam. Semua kepimpinan Islam perlu mengukuhkan persepakatan dalam mengenali gerak geri musuh.

6. Membina suatu imej yang sentiasa menjadikan pertubuhan-pertubuhan Islam sebagai pembawa mesej penyayang, penegak keadilan dalam sosial dan hak demokrasi kepada segenap masyarakat sama ada Islam dan bukan Islam.

7. Sentiasa memberi keutamaan kepada pembinaan syaksiah dan nilai hidup muslim yang sejati melalui pendekatan tarbiyah dan dakwah berkesan kearah mewujudkan model-model masyarakat Islam yang dapat dicontohi.

8. Sentiasa menggerakan usaha untuk menjadi pembela kepada hak masyarakat yang tertindas dan terpinggir dari proses pembangunan demi mengembalikan kesejahteraan dan kesaksamaan sosial.

9. Membina jaringan dan penggabungan sumber tenaga dan material untuk membenteras gejala sosial sehingga ke akar umbi.

10. Mengusahakan gerakerja yang dapat memurnikan kepimpinan politik negara melalui pendidikan awam berkaitan prinsip dan kewajipan politik di dalam Islam.

11. Sentiasa bergabung tenaga dalam mengarus perdanakan proses menggangkat kepimpinan ulama dalam proses pembinaan negara.

12. Menggiatkan usaha yang lebih tersusun, terancang dan berkesan dalam mengukuhkan status dan kekuatan ekonomi ummat dalam seluruh bidang termasuk pertanian, perkhidmatan, perindustrian dan pengeluaran demi melahirkan masyarakat Islam yang mandiri.

13. Sentiasa meningkatkan pengembelengan usaha untuk gerak kempen pembasmian rasuah dan penyalahgunaan kuasa dari segenap peringkat.

Allahu Akbar.

Sekian.

Pengarah,
Persidangan Pertubuhan-pertubuhan Islam MALAYSIA (selanjutnya…)

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!