InsyaAllah ruangan ini akan memuatkan hadith-hadith riwayat dari Ibnu Abbas dari masa ke semasa.

BAB HAJI 

Dari Atha, dari Ibnu Abbas, ia berkata, Rasulullah saw. bertanya kepada seorang wanita dari Ansar, di mana Ibnu Abbas pernah menyebutkannya, kemudian lupa, kata beliau: Apa yang menghalangi engkau pergi haji bersama kami? Wanita itu menjawab: Tidak ada yang menghalangiku, kecuali karena dua unta kami. Suami dan anaknya pergi haji dengan mengendarai seekor unta dan yang seekor lagi ditinggal untuk diurus, maka aku mengurus unta itu. Beliau lalu bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, maka berumrahlah engkau, sesungguhnya umrah pada bulan tersebut (pahalanya) sebanding dengan (pahala) haji

Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 2201

“Dari Ibnu Abbas ra., ia berkata: Nabi saw. Pernah thawaf di Ka’bah dengan mengendarai unta. Setiap beliau melewati satu sudut, beliau memberi isyarat ke arah sudut itu dengan apa saja yang ada di tangan beliau sambil mengucapkan “ALLAHU AKBAR” (Allah Maha Besar).”
(HR: Bukhari)

“Dari Ibnu Abbas ra bahwasanya Nabi saw lewat, beliau thawaf di Ka’bah bersama orang yang mengikatkan tangannya kepada orang lain dengan berjalan atau jahitan atau barang selain itu, maka Nabi saw memutuskan dengan beliau kemudian beliau bersabda: “Lepaskanlah tangannya.”
(HR: Bukhari)

“Dari Ibnu Abbas ra bahwasanya Nabi saw melihat seseorang yang berthawaf di Ka’bah dengan membawa sebuah kendali atau lainnya, beliau memotongnya.”
(HR: Bukhari)

“Dari Abdullah bin Abbas ra., ia berkata:”Nabi saw datang ke Makkah, lalu beliau thawaf dan sa’I antara Shafa dan Marwah. Dan beliau setelah Thawaf tidak mendekati Ka’bah, sehingga beliau pulang dari Arafah.”
(HR: Bukhari)

“Dari Ibnu Abbas ra. Bahwasanya Rasulullah saw datang ke Siqayah (urusan minum jamaah hajji), dan beliau minta minuman. Maka Abbas berkata: Hai Fadhl, pergilah kepada ibumu, bawalah minuman dan sisinya untuk Rasulullah saw.”Nabi saw bersabda: “Berilah saya minum!” Ia menjawab: “Wahai Rasulullah saw sesungguhnya mereka memasukkan tangannya padanya.” Beliau bersabda: “Berilah saya minum!” Maka beliau minum daripadanya. Kemudian beliau datang ke Zam-zam dimana mereka sedang memberi minumdan bekerja disana. Beliau bersabda:”Kerjakanlah karena sungguh kamu sekalian atas amal shaleh.” Kemudian beliau bersabda: “Seandainya tidak karena kamu terkalahkan niscaya aku turun sehingga aku letakkan tali di atas ini.” Beliau maksudkan beliau dan beliau menunjuk ke belikat itu.”
(HR: Bukhari)

“Dari Ibnu Abbas ra., ia berkata: Saya memberi minum kepada Rasulullah saw dari air zam-zam lalu beliau minum sambil berdiri. Ashim berkata: “Ikrima bersumpah, bahwasanya pada hari itu beliau di atas unta.”
(HR: Bukhari)

“Dari Ibnu Abbas ra; ia berkata : ” Rasulullah SAW bertawaf mengelilingi Baitullah dan bersa’I antara shafa dan marwah, hanyalah dengan tujuan memperlihatkan kekuatannya pada kaum musyrikin.”

“Dari Ibnu Abbas ra. Bahwasanya ia berangkat dari Arafah bersama nabi saw.pada hari Arafah. Nabi saw mendengar bentakan yang keras dan pukulan terhadap onta di belakang beliau, maka beliau mengisyaratkan dengan cemeti kepada mereka seraya bersabda: “Wahai para manusia wajiblah kalian tenang karena kebijakan itu tidak dengan berjalan cepat.”
(HR: Bukhari)

“Dari Ibnu Abbas ra., ia berkata: “Rasulullah saw mengutus aku supaya pergi dari Jam’I (Muzdalifah)di waktu malam (yakni separuh makam kedua).”
(HR: Bukhari)

“Dari Ibnu Abbas ra., ia berkata: “Aku adalah termasuk orang yang didahulukan oleh Nabi saw pada malam Muzdalifah, sebab dianggap tergolong ahli keluarganya yang lemah-lemah.”
(HR: Bukhari)

“Dari ibnu Abbas ra.bahwasanya Nabi saw memboncengkan Fadhal, lalu Fadhal memberitahukan kepada saudaranya (yakni Abdullah bin Abbas) bahwasanya beliau senantiasa mengucapkan talbiyah sehingga beliau melontar jumrah Aqabah”
(HR: Bukhari)

4 Respons to “Hadith”

  1. ibnuabbas Says:

    baru test pakai shoutbox. dulu masa blogspot menjadi, ni tak tau lah

  2. ibnuabbas Says:

    Tajuk :
    Dua Perkara Yang Mendatangkan Azab
    Hadith :
    Ibnu Abbas menceritakan :”Nabi SAW berjalan melalui sebuah kebun di Madinah atau di Mekah. Lalu kedengaran oleh baginda suara dua orang sedang disiksa dalam kuburnya. Maka bersabda Rasulullah SAW :”Keduanya disiksa bukanlah kerana dosa besar.” Kemudian baginda melanjutkan perkataannya, :”Yang seorang disiksa kerana kencing di tempat terbuka) dan yang seorang lagi kerana membuat fitnah supaya orang bermusuh-musuhan.” Sesudah itu baginda menyuruh supaya mengambil pelepah tamar lalu dipatah dua oleh baginda dan diletakkan di atas kedua kubur itu masing-masing satu pelepah. Seseorang pun bertanya:”Ya Rasulullah! Mengapa kamu lakukan seperti itu?” Jawab baginda “Mudah-mudahan kedua-duanya mendapat keringanan selama pelepah tamar itu tidak kering.”

    (Bukhari)
    Huraian
    Sebagai seorang Muslim, aspek kebersihan hendaklah dititik beratkan termasuklah perkara-perkara asas seperti qadha’ hajat (buang air kecil atau besar). Islam selaku agama yang sempurna telah menyediakan tata tertib yang sepatutnya untuk diikuti demi menjamin kesihatan umatnya. Demikian juga dengan bersuci di mana tabiat tidak bersuci sesudah kencing oleh sesetengah orang yang dianggap perkara biasa sebenarnya mendatangkan azab yang amat besar di akhirat kelak sebagaimana yang disebutkan di dalam hadith di atas kerana membuang air tanpa bersuci atau membuang air di tempat-tempat terbuka (di tepi-tepi jalan tanpa bersuci) dilarang oleh Islam kerana ia mencerminkan adab yang kurang sopan selain mendedahkan seseorang itu kepada jangkitan penyakit.
    Pohonlah Keampunan Dan Kemaafan Sebelum Terlambat
    Hadith :
    Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: ” Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.”

    Riwayat Bukhari
    Huraian
    Pengajaran hadith:
    i) Setiap umat Islam adalah dituntut menyelesaikan segala kesalahan, hutang-piutang dan sebagainya di dunia ini sebelum berpindah ke alam akhirat di mana jika ada apa-apa hak orang lain padanya maka mestilah ia mengembalikannya dan jika tidak dapat dikembalikan hendaklah ia meminta perlepasan daripada pemiliknya.
    ii) Termasuk juga hak-hak Allah S.W.T hendaklah diselesaikan seperti mengqadha’kan amal-amal fardu yang pernah ditinggalkan dahulu dan sebagainya.
    iii) Sesungguhnya sesuatu perbuatan yang menyakiti hati orang atau makhluk lain akan menyebabkan dosa. Oleh itu kita diseru supaya segera meminta maaf dan bertaubat memohon keampunan selagi ada kesempatan (sebelum ajal mendatang). Jika tidak penyesalan yang amat besar akan ditanggung di akhirat kelak.

  3. ibnuabbas Says:

    Hadis riwayat Ibnu Abbas ra.:
    Bahwa Nabi saw. menuju ke kamar kecil lalu aku menyediakan air wudu untuk beliau. Ketika keluar beliau bertanya: Siapakah yang menyediakan air wudu ini? Dalam riwayat Zuhair: Mereka menjawab. Dalam riwayat Abu Bakar: Aku menjawab: Ibnu Abbas. Beliau berdoa: Ya Allah! Jadikanlah ia pandai dalam ilmu agama

    Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 4526

  4. ibnuabbas Says:

    Dari Abu Abbas, Abdullah bin Abbas r.a : ” Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah SAW ( di atas binatang tunggangannya ), lalu sabda baginda : ‘ Wahai anak kecil, sesungguhnya aku telah mengajar kamu beberapa perkataan. Peliharalah ( perintah ) Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu, peliharalah ( kehormatan ) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu. Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata. Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu menafaat, nescaya mereka tidak akan mampu memberi menafaat itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditaqdirkan oleh Allah. Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah ke atas kamu. Telah diangkat kalam ( tulisan ) dan telah kering ( tinta ) buku catitan. ‘

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s