Berikut disenaraikan link2 soaljawab agama untuk manfaat bersama:

http://www.darulnuman.com/soal/index.shtml

http://soaljawab.wordpress.com/

http://baheis.islam.gov.my/web/musykil.nsf

http://www.suaraulama.com.my/

http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan-kategori.asp

http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=category&sectionid=14&id=31&Itemid=63

http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=index&c=20&sid=417df40185355ef0909bd38fd5d40190

361 Respons to “SoalJawabAgama”

  1. fauzi Says:

    kenapa kita diwajibkan sembahyang? adakah tujuan kita sembahyang?

  2. ibnuabbas Says:

    assalamu’alaikum fauzi.
    Tujuan kita diwajibkan bersolat ialah utk mengingati Allah. Firman Allah yg bermaksud, “Dirikanlah Solat untuk mengingatiKU.”

  3. zai Says:

    assalammualaikum….
    saya ada soalan nak tnya…bolehkakah seorang suami buat korban aqiqah untuk isterinya..?

  4. safima Says:

    salam…saya nak tanya apa hukum memanggil atau menamakan seseoarang dengan nama Allah, spt: qayyum, halim dll… setahu saya, ia perlu didahulukan dengan ABDUL di hadapannya.

  5. ibnuabbas Says:

    Haram menamakan anak dengan nama Allah seperti Malikul Amlak dan Malikul Mulk (Raja Segala Raja) karena itu adalah nama Allah. Jangan memberi nama anak dengan nama-nama Allah:

    Dari Ibnu Umar ra, Nabi bersabda: Nama yang paling disukai Allah adalah Abdullah (Hamba Allah) dan Abdurrahman (Hamba Yang Maha Pengasih) [HR Muslim]

    Dari Abu Hurairah ra.:

    Dari Nabi saw., beliau bersabda: Nama yang paling jelek di sisi Allah adalah seorang yang bernama Malikul Muluk. Ibnu Abu Syaibah menambahkan dalam riwayatnya: Tidak ada malik (raja) kecuali Allah Taala.. (Shahih Muslim No.3993)

    “Hanya milik Allah asmaa-ul husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asmaa-ul husna” [Al A’raaf:180]

    “Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Dia mempunyai al asmaaul husna (nama-nama yang baik)” [Thaahaa:8]

    Sebaliknya Nabi memberi nama-nama Nabi seperti Ibrahim kepada seorang anak.

    Dari Abu Musa ra., ia berkata:

    Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi saw., beliau memberinya nama Ibrahim dan mentahniknya (mengolesi mulutnya) dengan kurma. (Shahih Muslim No.3997)

    Sebaiknya nama adalah Abdul (Hamba) dengan Asma’ul Husna (99 Nama Allah yang baik) seperti Abdullah (Hamba Allah), Abdurrahman (Hamba Maha Pengasih), Abdul Hakim, Abdul Hadi, dan sebagainya:

    Jika memakai nama seperti itu, hendaknya jika kita menyingkat nama anak, panggilah dengan Abdul (Hamba). Bukan memanggilnya dengan nama Allah seperti Hadi, ‘Alim, dan sebagainya. Jika tidak, panggil namanya dengan lengkap seperti Abdul Hadi.

    Dari Sahal bin Saad ra., ia berkata:

    Al-Mundzir bin Abu Usaid, ketika baru dilahirkan, dibawa menghadap Rasulullah saw. Beliau meletakkan di pangkuannya sedangkan Abu Usaid duduk. Lalu perhatian Nabi saw. tercurah pada sesuatu di depan beliau. Maka Abu Usaid menyuruh seseorang mengangkat anaknya dari atas paha Rasulullah saw. dan memindahkannya. Ketika Rasulullah saw. tersadar, beliau bertanya: Mana anak itu? Abu Usaid menjawab: Kami memindahkannya, ya Rasulullah saw. Rasulullah saw. bertanya: Siapa namanya? Abu Usaid menjawab: Fulan, ya Rasulullah saw. Rasulullah saw. bersabda: Tidak, tetapi namanya adalah Mundzir. Jadi, pada hari itu, Rasulullah saw. memberinya nama Mundzir. (Shahih Muslim No.4002)

  6. safima Says:

    assalamualaikum.wbt…
    syukran jazilan kerana menjawab soalan saya y lepas….

    saya ada soalan, apakah hukum bagi orang yang bukan islam masuk kedalam rumah Allah(masjid)
    setahu saya, dulu pelancong yng bukan islam ada had untuk masuk(setakat yang diberi kebenaran shj) tetapi hr ini telah bnyak berlaku pelancong yang bukan islam masuk tanpa ada larangan kemasjid semata-mata untuk mengambil gambar dan sebagainya..mushkil lah…

  7. ibnuabbas Says:

    wa’alaikumussalam…
    Orang bukan Islam harus masuk masjid selagimana ia menjaga adab2 yang ditetapkan. Antaranya menutup aurat. Tidak dibezakan sama ada kafir yahudi, nasrani mahupu penyembah berhala.
    Namun begitu, ada juga ulama’ yg mengharamkannya seperti Umar Abdul Aziz tidak membenarkan org kafir memasuki semua masjid di zamannya.

    Yang jelas haram bagi org kafir ialah masuk Masjidil Haram. Ini jelas disebut dalam al Qur’an surah at Taubah ayat 28 yg bermaksud, “Wahai org2 beriman, Hanyasanya org musyrik itu najis, maka tidak boleh mereka memasuki masjidil haram selepas tahun ini(9 hijrah)”.

    wallahu a’lam

  8. Hafzam Says:

    Salam.
    Tuan saya ingin mengetahui batasan pergaulan antara saya dan isteri saya yang baru dijatuhkan talaq 1.(Masih dalam iddah)

  9. ibnuabbas Says:

    wa’alaikumussalam
    Isteri yg diceraikan dan masih dlm eddah dikira separuh milik. Ertinya;
    1.dia berhak tinggal dlm rumah suami. Haram bagi si suami menghalau dia dari rumah selagimana eddah belum tamat.Firman Allah yang bermaksud: “Hai Nabi, apabila kamu menceraikan istri-istrimu maka hendaklah kamu ceraikan mereka pada waktu mereka dapat (menghadapi) iddahnya (yang wajar) dan hitunglah waktu iddah itu serta bertakwalah kepada Allah Rabbmu. Janganlah kamu keluarkan mereka dari rumah mereka dan janganlah mereka (diizinkan) keluar kecuali kalau mereka mengerjakan perbuatan keji yang terang. Itulah hukum-hukum Allah dan barangsiapa yang melanggar hukum-hukum Allah, maka sesungguhnya dia telah berbuat zhalim terhadap dirinya sendiri. Kamu tidak mengetahui barangkali Allah mengadakan sesudah itu sesuatu hal yang baru”. (Ath-Thalaq: 1)
    2.Wajib taat kepada suami melainkan si suami mengajak ‘tidur’sekali. Seorang suami boleh tidur semula dgn si isteri dgn rujuk kembali.
    3.Tempoh eddah ialah 3 kali suci/quru’. Kalau melepasi tempoh, maka hendaklah si isteri keluar dari rumah. Dlm tempoh eddah, suami wajib tanggung isteri lagi. Kalau rujuk dlm tempoh eddah, maka tak perlu kawin semula. Tapi selepas habis eddah 3 kali suci, kalau mahukan isteri, hendaklah akad nikah yg baharu..

    Wallahu a’lam.

  10. Mohd sahrul Says:

    apakah hukum pemakaian gelang kaki bagi wanita?

  11. ibnuabbas Says:

    Sekiranya gelang kaki itu mempunyai loceng atau yang seumpamanya, maka memakai loceng adalah ditegah oleh syarak kerana bunyi loceng itu menyebabkan tiada malaikat Rahmat mendekatinya. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang dikeluarkan oleh Abu ‘Isa al-Tirmizi yang maksudnya:

    “Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Tiada menyertai malaikat Rahmat bersama jamaah (kumpulan) yang ada di dalamnya anjing dan loceng”

    Firman Allah S.W.T surah An-Nur ayat 31:-

    Maksudnya:
    ”Katakanlah kepada orang-orang perempuan yang beriman supaya mereka menutup pemandangan dan menjaga kehormatannya. Janganlah mereka memperlihatkan perhiasan mereka selain dari yang biasanya nyata kelihatan. Hendaklah mereka tutupkan tudung mereka hingga ke leher dan dada mereka. Janganlah mereka memperlihatkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, bapa mereka, bapa suami mereka, anak -anak mereka, anak-anak suami mereka, saudaranya, anak saudaranya, anak saudara lelaki, anak saudara perempuan mereka dan perempuan -perempuan mereka atau hamba sahaya mereka, atau orang yang mengikut mereka, di antara lelaki yang tiada mempunyai shahwat kepada perempuan, dan juga kepada yang belum ingin melihat aurat perempuan. Janganlah mereka berjalan sambil menggoyangkan kaki mereka supaya dapat diketahui orang perhiasannya. Bertaubatlah kamu sekelian kepadaNya hai sekelian orang yang beriman. Mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan.”

    Dari keterangan ayat di atas jelas dilarang menghentak kaki supaya menarik perhatian terhadap perhiasan yang dipakai. Maka sama juga jika diletak loceng pada rantai kaki dan rantai tangan, ia akan berbunyi dan bunyi akan menarik perhatian org lain. Maka Hukumnya adalah Haram.

  12. Mohd sahrul Says:

    terima kasih

  13. Hafzam Says:

    Syukran kepada tuan di atas penjelasan. Cuma seperkara lagi yang saya kurang jelas, adakah saya boleh duduk serumah bersama dengan bekas isteri (masih dalam eddah) tetapi berlainan bilik?

  14. ibnuabbas Says:

    ya boleh. wanita yg masih dlm eddah masih lagi isteri kita(separuh milik). Tidak wajar kita panggil bekas isteri melainkan selepas eddah.

    wallahu a’lam.

  15. noor Says:

    assalamuailaikum,jika kami remaja telah pun mewarna rambut biar pun dngn pewarna yng suci sebelum mengetahui akan hukum sebenarnya,apakah harus kita mencukur rambut kita?dan bagi kaum wanita,bagaimana caranya?

  16. suriaty binti mohd yusof Says:

    saya sedang hamil 8 bulan, ingin bertanya tentang hukum, syarat dah cara2 akikah. Dan juga bagaimana sekiranya setelah hari ke-7 anak saya dilahirkan (insyaAllah) saya masih tidak mengakikahkan anak saya, apa yang perlu dan seharusnya saya lakukan?

  17. ibnuabbas Says:

    HUKUM AQIQAH=SUNAT MU’AKKAD

    SYARAT=Biasanya berkait dgn binatang yg disembelih.

    Binatang aqiqah itu hendaklah binatang ternakan (na‘am) seperti unta atau yang sejenisnya, lembu atau yang sejenisnya seperti kerbau dan kambing atau yang sejenisnya seperti biri-biri dan kibasy. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

    Tafsirnya: “Dan bagi tiap-tiap umat telah kami syari‘atkan ibadat menyembelih korban supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka daripada binatang-binatang ternak yang disembelih itu”.

    (Surah al-Hajj: 34)

    Seekor unta, lembu atau kerbau itu boleh dikongsi oleh tujuh orang sama ada daripada keluarga yang sama atau yang lain walaupun tidak semuanya bermaksud aqiqah, misalnya ada di antaranya bermaksud aqiqah dan yang lainnya kerana mahukan dagingnya sahaja ataupun daging korban. Ini dijelaskan dalam sebuah hadis:

    Maksudnya: “Kami keluar bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam (dari Madinah) mengucapkan tahlil (Lailahaillallah), dengan berniat untuk mengerjakan haji, maka Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam menyuruh kami berkongsi pada unta dan lembu, setiap tujuh orang daripada kami bagi seekor badanah”.

    (Hadis riwayat Muslim)

    Seekor kambing pula hanya untuk seorang sahaja tidak boleh dikongsikan. Jika dikongsikan seekor kambing itu untuk dua orang atau lebih, maka tidak sah aqiqah tersebut.

    Afdhalnya binatang yang dibuat aqiqah itu yang berwarna putih, kemudian yang berwarna kuning, kemudian yang putih tetapi yang tiada bersih putihnya, kemudian yang sebahagian badannya berwarna putih, kemudian yang sebahagian berwarna hitam, kemudian berwarna hitam semuanya, kemudian yang berwarna merah semuanya.

    Binatang aqiqah itu hendaklah cukup umur, sebagaimana disyaratkan di dalam korban. Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

    Maksudnya: “Jangan kamu menyembelih korban melainkan yang telah musinnah kecuali jika kamu sukar mendapatkannya, maka sembelihlah anak daripada biri-biri.”

    (Hadis riwayat Muslim)

    Adapun musinnah itu ialah ats-tsaniy (yang gugur gigi hadapannya) daripada binatang ternakan unta, lembu dan kambing. Maka ukuran umur bagi binatang aqiqah itu ialah:

    a.Unta yang gugur gigi hadapannya ialah yang telah sempurna umurnya lima tahun dan masuk tahun keenam.

    b.Lembu dan kambing yang gugur gigi hadapannya ialah yang telah sempurna umurnya dua tahun dan masuk tahun ketiga.

    c. Manakala kambing biri-biri dan kibasy memadai yang berumur cukup satu tahun atau yang gugur gigi hadapannya walaupun belum cukup umurnya satu tahun dengan syarat telah melimpasi umurnya enam bulan. (Al-Majmu‘ 8/286-287 dan I‘anah ath-Thalibin 2/518)

    3. Binatang aqiqah itu hendaklah sihat (tidak berpenyakit) dan selamat daripada kecacatan atau aib yang boleh mengurangkan daging atau lemaknya atau anggota lain yang boleh dimakan. Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

    Maksudnya: “Empat perkara yang tidak boleh ada pada binatang korban itu, lalu Baginda bersabda: “Buta yang nyata butanya, sakit yang nyata penyakitnya, tempang yang nyata tempangnya dan yang kurus dan lemah.”

    (Hadis riwayat Abu Daud)

    Daripada hadis di atas dapat difahami bahawa binatang yang tidak sah dijadikan aqiqah itu ialah:

    i. Binatang yang buta atau rosak matanya atau yang tidak dapat melihat sekalipun biji matanya masih ada. Jika matanya itu ada sedikit kecacatan seperti sedikit rabun tetapi ia masih boleh melihat, maka ia sah dibuat aqiqah.

    ii. Binatang yang jelas tempang kakinya yang mana jika ia berjalan bersama-sama sekumpulan kawan-kawan binatang yang lain di padang untuk mencari makan, ia tidak boleh ikut berjalan bersama dengan binatang-binatang itu, bahkan ia tertinggal jauh di belakang. Jika tempangnya itu sedikit iaitu tempang yang tidak menghalang daripada mengikuti kawan-kawannya, maka ia sah dibuat aqiqah.

    iii.Binatang yang nyata sakitnya sehingga menjadikan binatang tersebut kurus dan kurang dagingnya. Tetapi jika sakitnya itu sedikit dan tidak mengurangi dagingnya maka ia sah dibuat aqiqah.

    iv.Binatang yang kurus sama ada kerana sakit, gila atau kurang makan dan sebagainya.

    v. Binatang yang telinganya terpotong walaupun sedikit atau yang tidak bertelinga sejak dilahirkan kerana telah hilang sebahagian anggota yang boleh dimakan dan mengurangkan dagingnya. Tetapi tidak mengapa jika telinganya koyak atau berlubang dengan syarat tidak gugur daripada dagingnya, walaupun sedikit.

    vi.Binatang yang terpotong ekornya walaupun sedikit atau terpotong sebahagian lidahnya atau yang terpotong suatu yang nyata daripada pahanya. Adapun yang dilahirkan tanpa berekor sejak dilahirkannya adalah sah dibuat aqiqah.

    vii. Binatang yang gugur semua giginya sehingga menghalangnya makan rumput. Adapun yang tanggal sebahagian giginya dan tidak menghalangnya makan rumput dan tidak mengurangkan dagingnya (tidak kurus) ia boleh dibuat aqiqah.

    viii.Binatang yang berpenyakit gila atau yang kena penyakit kurap sekalipun sedikit.

    ix.Binatang yang bunting kerana bunting itu mengurangkan dagingnya. (Al-Majmu‘ 8/293-2966 dan Mughni al-Muhtaj 4/520) Bagi binatang yang baharu beranak boleh dibuat korban berdasarkan pendapat Ibnu Hajar dalam Tuhfah dan Ar-Ramli dalam Nihayah, manakala mengikut pendapat Khatib Syarbini dalam Mughni bahawa binatang tersebut tidak memadai dibuatkan korban. (Sabilul Muhtadin 2/213)

    CARANYA:
    Pada hari ketujuh, sembelihkan untuk anak itu binatang ternakan seperti kambing, lembu , unta, kibasy atau seumpamanya. Kalau kambing, sunat 2 ekor untuk anak lelaki, 1 ekor untuk anak perempuan. kalau lembu atau unta, maka memadai 1 bahagian daripada 7 bahagian binatang tersebut. Yang afdhal, 2 bahagian utk anak lelaki dan 1 bhgian anak perempuan.

    Setelah sembelih, sunat dimasak dagingnya. Jangan dipatah2kan tulangnya. Masak dengan manis, dibahagi kepada kaum keluarga, jiran tetangga. Kalau nak panggil orang kenduri aqiqah pun diharuskan. Tetapi yg afdhal ialah agih2kan ke rumah mereka. Kalau ak bahagi daging mentah pun boleh tetapi yg afdhal, masak sebagaimana di atas.

    KALAU TERLEPAS HARI KE7?
    Ada 2 pendapat:
    Pertama, boleh dan masih dikira sunat mu’akkad. seelok2nya, cari hari ke 14, 21, 28 dan seterusnya(gandaan 7). Ini dipegang oleh jumhur ulama’ dan disebut dalam kitab FIqh asSunnah.

    Kedua, adapun pendapat yang muktamad di sisi mazhab Syafie, bagi orang yang mampu, sekiranya dia tidak sempat buat aqiqah pd hari ke7 kerana kesibukan dan lain2, maka bolehlah dibuat pd hari ke 14, 21, 28 dan seterusnya.
    Tetapi sekiranya dia tidak buat kerana tidak mampu(kewangan@menyediakan binatang aqiqah) pada hari ketujuh, maka hukum sunat mu’akkad gugur daripadanya. Sekiranya dia buat juga, maka sembelihan itu menjadi sembelihan biasa. Tidak sah aqiqahnya. Bukan bermakna haram makan dagingnya. Cuma pahala sunat mu’akkad tadi tidak dapat. Ini disebutkan dalam byk kitab as syafi’iyyah seperti kitab Kifayatul akhyar, Iqna’, I’anatut Talibin, mughnil muhtaj dan lain2.

    WALLAHU A’LAM

  18. ZAINUDIN Says:

    APAKAH HUKUM MEMASUKKAN JARI KEDALAM DUBUR ISTERI SEMASA PERSETUBUHAN. ADAKAH TERGOLONG JUGA DALAM KAUM NABI LUT?

  19. ibnuabbas Says:

    SEBELUM JAWAPAN DIBERI, BACA DAHULU HUKUM JIMAK MELALUI DUBUR.

    Islam melarang dan mengharamkan bagi suami yang menjimak isterinya melalui lubang duburnya. Bila terjadi isteri harus berusaha menolaknya sekalipun dia diancam oleh suami dengan berbagai seksaan. Kerana perbuatan yang demikian adalah perbuatan yang sangat terkutuk di sisi Allah. Orang yang berbuat demikian adalah orang yang buruk moralnya dan merendahkan darjat kemanusiaan. Termasuk golongan orang yang zalim serta bersifat seperti binatang. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Terkutuk, terlaknatlah siapa yang mendatangi isterinya dari lubang duburnya” (HR. Ibnu Adi, Abu Dawud dan Ahmad)

    Mengenai cara berjimak terpulanglah kepada kita masing-masing untuk melakukannya asalkan perlu di jaga adab-adab berjimak seperti tidak melalui dubur serta menutup tubuh dengan selimut serta menjaga adab-adab yang lain agar hubungan suami isteri lebih harmoni. Melalui depan atau belakang tidak ada masalah bahkan dalam ayat Al Quran secara jelas menerangkan: “Isteri-isterimu adalah seperti kebun tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah kebun tempat kamu bercucuk tanam itu bagaimana saja yang kamu kehendaki” (Surah Al Baqarah ayat 223)

    MAKA, DISIMPULKAN BAHAWA HUKUM BERSERONOK DGN MANA2 ANGGOTA TUBUH ISTERI ADALAH HARUS, MELAINKAN 2 KEADAAN SAHAJA IAITU KETIKA HAIDH@NIFAS, ATAU MELALUI DUBUR.

    MAKNANYA MEMASUKKAN JARI KE DALAM DUBUR TIDAK HARAM TETAPI BERSALAHAN DENGAN ADAB2 BERJIMAK DALAM ISLAM, KERANA DUBUR BUKAN TEMPAT MENDAPAT KESERONOKAN SEKS. SEKIRANYA INGIN MENGAMBIL JALAN YANG LEBIH BAIK, MAKA TINGGALKAN PERBUATAN ITU KERANA SETENGAH ULAMA’ MENGHARAMKANNYA, DAN SETENGAH MEMAKRUHKANNYA SEBAGAIMANA MAKRUH @ HARAM MENGULUM ATAU MENGHISAP KEMALUAN SUAMI.

    KELUAR DARIPADA KHILAF ADALAH DIGALAKKAN . MAKA JAUHILAH MEMASUKKAN JARI KE DALAM DUBUR ISTERI.

    LEBIH2 LAGI DUBUR IALAH TEMPAT KELUAR NAJIS. MEMEGANG NAJIS TANPA SEBAB TIDAK DIBENARKAN SYARAK.

  20. Hafzam Says:

    Salam..Saya ada ingin mendapat pandangan tuan. Saya seorang bapa tunggal yang tinggal bersama sepasang anak di mana yang pertama berusia 6 tahun.
    Memandangkan masalah kesibukan kerja, saya bercadang untuk mengambil pembantu rumah bagi membantu menguruskan hal-hal di rumah. Bolehkah pembantu rumah (perempuan) tinggal di bawah bumbung yang sama dengan saya? Apakah hukumnya? Harap tuan dapat membantu. Wassalam

  21. ibnuabbas Says:

    Boleh, sekiranya saudara mempunyai anak perempuan yang sudah baligh. Dan elakkan daripada berdua2an dgn pembantu rumah tersebut walaupun ada anak saudara yg berusia 6 thn bersama.

    Ataupun carilah pembantu rumah yang mahram dgn saudara seperti ibu saudara, anak saudara, adik beradik.

    HARAM HUKUMNYA BERDUA2AN DGN WANITA AJNABI WALAUPUN KITA TIADA NIAT JAHAT TERHADAPNYA.

    Sabda Nabi sallallahu alaihi wasallam,
    “Tidaklah seorang lelaki berdua-duaan dengan wanita yang bukan mahramnya kecuali yang ketiga adalah syaitan.”(Tirmizi)

  22. Hafzam Says:

    Syukran

  23. eika Says:

    salam..
    saya ingin b’taya kpd tuan mengenai perhubungan antara wanita dan lelaki yg belum bernikah..saya seorang mahasiswa di sebuah ipta..saya difahamkan di sini bahawa percintaan tidak ada dlm islam (couple)tp bagaimana pula kalau seseorang itu bercinta tp dia tidak pernah bertemu adakah ia blh???

  24. ibnuabbas Says:

    Cinta adalah fitrah manusia lelaki dan wanita. Cinta antara lelaki dan wanita yang bukan mahram ada kaitan dengan nafsu syahwat. Ingatan kepada makhluk akibat cinta yg menyebabkan kita lupakan Tuhan, itulah yang terlarang.

    Bagaimana kita mengukur ingatan kita sama ada kepada Tuhan atau kepada makhluk? Tanyalah diri masing2. apabila kita dibuai nafsu syahwat, atau ingatan terhadap yang tersayang, di saat itulah kita lupakan Allah yang Maha Menyayangi.
    Cara atasinya ialah dengan berkahwin. Sebab itulah Islam amat menggalakkan agar kita permudahkan urusan perkahwinan agar dapat menghindari gejala sosial.

    Bukankah pepatah melayu ada mengatakan bahawa ‘tak kenal maka tak cinta’. Bagaimana mungkin kita ingin berkahwin dengan seseorang itu kalau tak kenal. Maka Islam membenarkan kita mengenali bakal isteri atau suami tetapi dengan batasan2 tertentu. Antaranya diharuskan kita melihat bakal suami atau isteri dengan ditemani oleh mahramnya seperti ayahnya, ibunya, adik beradiknya yang sudah baligh.

    Maka, daripada kenal, berpindah kepada mencintai.

    Dalam kes yg saudari kemukakan, Sudah tentu seseorang yg ingin mencintai ia pasti mengenali yg dicintai walaupun tidak bertemu. Maka mencintai seseorang tanpa berlaku pertemuan dan perhubungan terlarang (termasuklah melalui telefon bimbit atau chatting yg mengandungi perkataan2 yg tidak perlu), ia dibolehkan syarak. Laksanakan pernikahan sebelum syaitan mengheret ke lembah kehinaan.

    Ingatan: berhubung sama ada dgn telefon atau internet hendaklah diasaskan atas keperluan yg dibenarkan seperti bincang ttg kenduri, belanja, persiapan dll. berhubung semata2 bertanya kabar, dah makan ke, dah mandi ke, apa hobi awak, dll seumpamanya tidak termasuk dlm yg dibenarkan syarak melainkan memang ada urusan perkahwinan yg perlu diuruskan, maka bolehlah bertanya khabar ketika itu.

    Wallahu a’lam.

  25. dayah Says:

    apa komen tentang penggunaan nama Allah didalam kitab lain selain dalam Al-Quran….

  26. mmohsha Says:

    Assalamualaikum….

    Yang mana dahulu, Rukun Islam atau Rukun Iman? Jika Rukun Islam dahulu, boleh ke kita ni jadi orang Islam jika tanpa iman? Jika Rukun Iman dahulu, boleh ke kita tinggalkan Rukun Islam dulu supaya kita beriman dahulu, kemudian baru laksana Rukun Islam? Sedikit musykil di sini. Jadi apa approach nya?

    Wassalam

  27. ibnuabbas Says:

    Ambe tertarik dgn tulisan Hamka dalam Tafsir al Azharnya mengenai kalimah Allah. Ambe dah lama baca tafsir tersebut dan cuba sedaya upaya mengingatinya. Katanya kalimah Allah asalnya Al Ilah yang bermaksud ” Tuhan itu”. alif Lam ma’rifat pada ilah itu merujuk kepada Tuhan yang kita semua fahami. Lalu beliau membacakan ayat ” Wala insalal tahum man khalaqassamaawaati wal ardhi layaqulunnallah.” yang bermaksud, ” Dan tatkala mereka ditanya siapakah yang menciptakan langit dan bumi? nescaya mereka menjawab, Allah.” Ayat ini ditujukan kepada musyrikin mekah yang tidak mahu beriman kepada Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam walaupun tahu ALLAH LAH Tuhan yang menciptakan langit dan bumi.
    Lalu beliau mengambil contoh dalam penganut agama lain seperti Kristian, dalam bahasa ingggeris mereka terjemahkan Allah dengan The God (Tuhan itu).

    Ambe pun teringat dalam masyarakat hindu utara, mereka memanggil Baghwan yg bermakna Tuhan. Hamka cuba memberitahu bahawa memang wujud Tauhid Rububiyyah di kalangan orang kafir sekalipun. Namun begitu beliau tidak menafikan kalimah Allah itu merupakan lafaz jalaalah bagi Tuhan kita.

    Berbalik kepada isu penggunaan kalimah Allah bagi agama lain, ia menandakan bahawa memang benar mereka iktiraf apa yg disebut dlm al Qur’an yg bermaksud, ” Katakanlah wahai ahli kitab marilah kepada kalimah yg sama antara kami dan kamu, iaitu Janganlah kita sembah melainkan Allah, dan jangan kita mensyirikkannya dengan sesuatupun;dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah’.”

    Walaupun ramai cendekiawan Islam yang membantah penggunaan Allah dalam agama lain dari Islam seperti dalam Kristian, namun sudut positifnya ialah kita boleh berdakwah kepada mereka kepada agama Tauhid dengan lebih mudah. Tuhan kita adalah tuhan yang sama. Ambe rasa penanya lebih tahu bahawa adanya ayat2 dari kitab2 suci agama lain seperti Veda, Upanishad, Purana, Maha Bharata, Ramayana dan Bhagavad Geeta yang menyebut tentang ESANYA ALLAH JALLA WA ALA.

    Menerima penggunaan ALLAH dalam ajaran mereka tidak bermakna kita iktiraf kesesatan mereka. Orang Arab Kristian sendiri pun guna kalimah ALLAH merujuk kepada Father God.

    Memang hampir tak boleh dinafikan bahawa tujuan mereka menggunakan kalimah ALLAH itu untuk menarik umat Islam agar memeluk Kristian.

    Bayangkan kalau kita menafikan hakikat Tuhan mereka adalah Allah sedangkan dlm ayat di awal tadi sudah disebutkan bahawa kaum musyrik mekah pun mengaku ALLAH lah Tuhan yang menciptakan segala petala langit dan bumi, kita akan semakin jauh dalam berdakwah kepada mereka. Dan tindakan itu jelas bercanggah dgn ayat tadi. Sedangkan kita tahu bahawa “al ‘Ibrah bi umumillafzi, la bi khususi ssabab.” Pengajaran itu dengan umum lafaz (ayat qur’an ), bukannya dengan sebab yang khusus.”

    YANG perlu kita buat ialah perbetulkan konsep ketuhanan yg mereka fahami. Kembalikan mereka kepada agama Tauhid dengan menyampaikan dakwah, lebih2 lagi dlm bentuk fardiah yg tak ramai org kita lakukan.

    WALLAHU A’LAM. Betulkan sekiranya ambe salah….

  28. ibnuabbas Says:

    ia perlu dirujuk kepada dalil naqli.
    Kita akan bertemu dengan hadis sahih mutawatir diriwayatkan dari Umar al Khattab(paling mudah sila rujuk matan arba’in=hadis 40 imam an nawawi, hadis kedua) , yg bermaksud,

    “Dari Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya : Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba mucul di dalam majlis itu seorang laki-laki yang berpakaian serba putih, berrambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW, lalu berkata :
    Sipemuda : Khabarkan aku tentang Islam ?
    Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat – bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta’ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana.
    Sipemuda : Benar katamu.
    ( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya )
    Sipemuda : Khabarkanlah kepada ke tentang Iman ?
    Rasulullah : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya.
    Sipemuda : Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan ?
    Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau.
    Sipemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat ?.
    Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya.
    Sipemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ?
    Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri ; Apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing ( berbangga ) membina bangunan yang tinggi-tinggi.
    ( Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis tersebut ) :
    Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal kau tadi ?
    Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua yang mengetahui.
    Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu.”

    Hadis di atas menjadi bukti eksplisit dari sudut turutan dalam Islam.semua ketiga2 elemen iaitu Islam, Iman dan Ihsan itulah yg dipanggil ad din=agama/cara hidup yg menyeluruh. Nak jadi org beriman , kena mngucap 2 kalimah syahadah dulu.

    Rukun Islam yg pertama mengucap dua kalimah syahadah. Kalau tiada rukun yg pertama ini, bolehkah seseorang itu dipanggil orang Islam? Sudah tentu tidaK. Bahkan dia tidak diiktiraf sebagai orang beriman. Maknanya mana mungkin seseorang itu dipanggil beriman sedangkan syahadah pun tidak ada?

    Rasulullah pernah menjawab apabila seorang arab badwi mengaku beriman, lalu baginda bersabda, bahawa katakanlah aku telah masuk islam, dan iman belum lagi masuk dalam hati2 kamu (iman yg sempurna).

    KESEMPURNAAN AGAMA bagi seseorang ialah apabila dia menggabungkan tiga perkara sebagaimana dlm hadis panjang di atas iaitu Islam(laksana semua rukun), Iman (ada iktiqad semua rukun), dan ihsan(akhlak).

  29. johan Says:

    Assalamualaikum.

    1. adakah seorang bapa perlu aqiqah dahulu sebelum melakukan aqiqah untuk anaknya?

    2. berapakah bahagian lembu untuk aqiqah bagi anak lelaki? 1/7 atau 2/7?

  30. ibnuabbas Says:

    WA ‘ALAIKUMUSSALAM JOHAN.

    1.Seorang bapa boleh buat aqiqah anaknya walaupun diri sendiri belum di aqiqahkan. Tetapi adalah sunat aqiqah dibuat utk diri sendiri sabit dgn satu hadis bahawa Rasulullah meng’aqiqah’kan diri sendiri walaupun telah dewasa.

  31. ibnuabbas Says:

    maaf johan, tertinggal soalan 2. Jwapannya utk anak lelak 2 bahagian sebagai ganti 2 ekor kambing. Hukumnya sunat, dan tidak wajib

  32. Faridah Says:

    Assalmuaalaikum….

    Saya ingin bertanya satu soalan.
    adakah betul saya menamakan anak lelaki saya Muhammad Al-Muhaimi Bin Mohd Piah.

    Terima Kasih

  33. nani Says:

    salam..ustaz saya keliru dengan satu syarikat yang menawarkan tentang satu sistem beli kereta dan sewa kereta itu dengan satu badan… dan syarikat ini akan bagi pada kita upah bulanannya sebanyak rm250.00 sebulan.

  34. prince mike Says:

    apakah tujuan utama khalifah ali bin abu talib meneruskan majlis tahkim?

  35. roziyana Says:

    salam…sy seorang pelajar kejururawatan. tugas kami sebagai nurse memerlukan kami untuk merawat semua pesakit termasuk yang bukan muhrim..tapi, sy ikhlas mengerjakan tugas2 sy. apa hukumnya?jika berdosa, apa yg perlu sy lakukan?

  36. ibnuabbas Says:

    Ejaan yang tepat ialah Muhammad AL MUHAIMIN. Perhatikan betul2, puan tertinggal huruf ‘N’ pada al muhaimi.

    Makna al muhaimin sangat baik krn ia satu drp nama2 Allah yang indah. Kata Ibnu Abbas, ” As syahidu ‘ala khalqihi bi a’maalihim, bi ma’na huwa raqiibun ‘alaihim.” yg maksudnya, ” Yang menyaksikan ke atas makhlukNya dgn amalan/perbuatan2 mereka(yg mereka lakukan), dgn makna Dia laha yg Maha memerhatikan ke atas (perbuatan)mereka.

  37. ibnuabbas Says:

    tambahan jawapan buat Faridah:

    Sebaiknya tambahlah abdul di hadapan muhaimin. Jadi Abdul Muhaimin agar keluar dari khilaf ulama’yg mengatakan haram memberi nama anak dengan nama2 Allah tanpa letak abdul.

  38. ibnuabbas Says:

    buat Roziyana,

    Tugas jururawat merupakan tugas yg sgt mulia. Tapi kemuliaan tugas itu hendaklah diselarikan dgn batasan syarak. Asal hukum sentuhan dgn bukan mahram adalah haram sekiranya dgn sengaja.
    Adapun bagi jururawat, kerja2 harian mereka menyebabkan agak sukar utk elakkan sentuhan, maka ia termasuk dlm perkara umumul balwa(perkara haram tetapi sukar dielakkan krn ada unsur dharurat). Hukumnya dimaafkan dlm agama.

    Namun begitu, hendaklah berusaha bersungguh2 utk elakkan sentuhan dgn memakai sarung tangan dan seumpamanya.

    Kerajaan atau pihak berwajib seperti kementerian kesihatan bertanggungjawab menyediakan jururawat lelaki yg cukup utk merawat pesakit lelaki dan jururawat wanita utk rawat pesakit wanita. Umat Islam di Malaysia seluruhnya terus berdosa krn tidak dapat memenuhi kehendak fardhu kifayah ini.

  39. ibnuabbas Says:

    Prince Mike,
    Tujuan Saiyidina Ali buat MAJLIS TAHKIM adalah utk keamanan umat Islam, kesejahteraan rakyat. Nak tamatkan peperangan antara muslim.

  40. hamba ALLAH Says:

    Salam,

    Adakah semua pendapat ibnu abbas itu benar?

    Ibnu Abbas dan mufassirin awal yang lain tidak mengharamkan istimna’ (onani) , adakah pendapat ini boleh diterima sepenuhnya memandangkan kita tahu bahawa Ibnu Abbas adalah pakar Al-Quran?

    Adakah ulama yang kemudian berhak mempunyai pendapat yang berbeza dengan ibnu abbas tentang ayat al-Quran?

    Adakah pendapat ibnu Abbas tentang Al-Quran itu adalah pendapatnya sahaja atau harus dipegang sebagai yang benar apabila kita tidak menemui tafsir dari quran sendiri atau quran?

    Saya tak tersilap ada pendapat2 ibnu abbas yang tidak seiring dengan sains tetapi ayat quran itu sendiri seiring, adakah kita harus mengikut ibnu abbas atau sains?

    JazakALLAH khaira

  41. ibnuabbas Says:

    “Setiap pandangan yang datang dari seseorang boleh diterima dan boleh juga ditolak MELAINKAN AL MA’SUM RASULULLAH SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM.”-Imam Hasan al Banna dlm usul 20.

    Pernyataan di atas jelas menunjukkan pendirian yg benar ttg perkara2 yg diperselisihkan dlm agama. Ini juga meliputi semua sahabat termasuklah Ibnu Abbas r.a. sendiri walaupun beliau didoakan oleh Nabi s.a.w. agar diberikan kefahaman dlm agama, dan kelebihan ilmu tafsir al Qur’an.
    Lalu, bagaimana kita nak bezakan antara pandangan yg betul dan pandangan yg salah dari Ibnu Abbas. Sebenarnya kita tidak berhak utk menentukan sebegitu. Dalam kitab2 fikh umpamanya, sekiranya satu2 pendapat itu dirasakan betul oleh pengarang(ulama2 muktabar), maka ada istilah2 seperti rajih(kuat), muktamad(dipegang), asah(lebih sahih), qaul jadid(pendapat baru)dan qaul qadim(pendapat lama)dlm konteks mazhab as syafi’ie dll. Tiada istilah seperti sesat, pendapat ini haram diikut, bid’ah dilemparkan kepada pendapat2 ulama’ lain yg berbeza hukum, kecuali kepada perkara yang terkeluar dari kesepakatan atau ijma’ ulama’. Itu pun dengan beradab sopan. Contohnya digunakan perkataan “mardud” yg bererti tertolak, “marjuh” yg bererti pendapat yg lemah.

    Sesiapa yg cenderong kpd pendapat Ibnu Abbas, maka ia boleh dikategorikan pengikut mazhab ibnu abbas.

    Jadi,Memang sudah menjadi kebiasaan ada ulama tafsir yg tidak sama pendapatnya dgn ibnu abbas. Itu tidak menjadi kesalahan apabila seseorang memang layak utk mentafsir ayat al Qur’an.

    Adapun contoh hukum onani, maka yg lebih benar ialah hukumnya berdosa. Maaf krn saya tidak pasti Ibnu Abbas ada mengharuskannya. Yg saya tahu Jumhur Ulama’ mengharamkan perbuatan itu. Hanya segelintir sahaja seperti Imam Ahmad bin Hambal dan Ibn Hazm yg mengharuskannya.
    Maka, perkara diatas merupakan satu contoh yg baik bhw ada fatwa ibnu abbas yg mungkin tersilap. Yg penting, kita faham bahawa ianya merupakan ijtihad seorg ulama’ yg layak berijtihad. maka beliau hanya mendapat satu ganjaran bagi fatwanya sekiranya hakikat di sisi Allah, fatwa itu salah.

  42. ibnuabbas Says:

    adapun penemuan sains yg selari dgn al qur’an. maka kita harus menerimanya apabila disahkan oleh saintis yg berwibawa dan beramanah, kemudian diiktiraf pula oleh ulama’2 muktabar walaupun ia bercanggah dgn pendapat ibnu abbas sekalipun. Sekiranya penemuan itu bertepatan dengan dalil sarih dan qat’ie, kemudian di’ijma’kan oleh ulama2, maka wajib kita terima.

  43. Hamba Allah Says:

    JazakALLAH khaira. Saya ada lagi satu soalan.

    Saya mendengar dua jenis panggilan utk kitab hadis yang enam iaitu sunan as-sittah dan sihah as-sittah. Saya hendak bertanya adakah semua imam yang enam ini memandang hadis-hadis yang dikumpulnya shahih ataupun hanya bukhari dan muslim sahaja begitu? Maksud saya lebih jelas lagi ialah adakah imam2 selain shaikhain sengaja mengumpulkan hadith mardud didalam kitab-kitabnya?

    Adakah kitab tahkrij Shaikh Al-Albani hanya mengikut satu jalan takhrij sahaja? Saya difahamkan ulama- hadis berbeza dlm ilmu ar-rijal. Saya pernah melihat dalam kitab Shaikh Wahbah Az-Zuhayli Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuh yang secara adil mengatakan ada tiga pendapat tentang hadith >.yang saya taknak sebut di sini hadis mana satu.< , yang mana beliua kata ada ulama berpendapat hadith itu hadith shahih, manakala ada yang meletakannya hasan dan ada yang meletakkannya dhaif.

    Saya hendak bertanya tentang hadis yang menyebut ikhtilaf dikalangan umatku adalah rahmat itu. Ia telah menjadi dalil dalam kitab usul berlama-lamanya tetapi dijatuhkan ke martabat maudhu’ pada zaman ini. Kenapa boleh berlaku begitu?

    JazakALLAH khaira.

  44. ani Says:

    apakah hukum membaca ayat al-quran yang di jadikan doa setiap hari untuk kegunaan sendiri, sekiranya dalam keadaan keuzuran yang tidak membolehkan seseorang itu membaca atau menghafaz ayat al-quran tersebut.

  45. ibnuabbas Says:

    HAMBA ALLAH,
    ilmu hadis merupakan ilmu yg sangat tinggi nilainya, halus perbicaraannya, dan luas skopnya. Maaf, saya sendiri pun sebenarnya bukan pakar/ahli dlm ilmu ini. Hanya sempat subjek Ulumul hadis sahaja lantaran kecenderungan saya ketika di ipt adalah fiqh.

    InsyaAllah saya cuba memahami dan memberi faham setakat kemampuan yg terhad.

    Soalan pertama :Adakah semua imam hadis yg sittah itu mengumpulkan hanya hadis sahih dlm sunan mereka? Jawapannya , TIDAK. Imam Tirmizi umpamanya, mengkategorikan hadis di dalam sunannya kepada Hasan Sahih, Hasan, dan Dhaif. Hatta sahih bukhari dan muslim sendiri pun ada pengkritik hadis yg menemui ‘syaz’ pdnya. aspek ‘syaz’ menyebabkan sesuatu hadis itu jadi dhaif. Tetapi dhaif nya dari sudut lafaznya sahaja. Ulama’ hadis tidak mempertikaikan bahawa bukhari lah paling halus penelitiannya terhadap syarat perawi.

    Tapi untuk jawab soalan HAMBA ALLAH sama ada imam2 hadis ini sengaja memasukkan hadis mardud dlm sunan mereka? WALLAHU A’LAM. Saya tidak tahu.

    Begitu juga dgn pertanyaan ttg cara takhrij hadis yg dibuat oleh Al Albani, saya tidak tahu. Yang saya tahu, Al Albani tidak mempunyai guru yang khusus dlm ilmu hadis. Beliau seorang yg banyak membaca kitab2 hadis untuk memahami hadis. Adapun disiplin ilmu hadis yang terbaik memerlukan pengajian secara berguru, bertalaqqi, diijazahkan sanadnya.

    Yang ketiga, hadis “ikhtilafu ummati rahmah”. Yang saya tahu paling teruk hadis itu darjatnya dhaif, bukannya maudhu’. Maka kalaupun ia dhaif, bolehlah digunakan sekadar utk fadhilatnya iaitu “rahmah”. Maknanya perbezaan pendapat itu kalau dilihat dari sudut positif, maka ia mrrupakan keluasan rahmat ALLAH kpd umat Islam yg berlatarbelakangkan pelbagai bangsa, adat budaya, iklim, warna kulit dan amalan, yg sudah tentu menghadapi isu dan masalah yg berbeza dari satu tempat ke tempat yg lain. Hadis ini diiktiraf oleh Syeikh Taha Jabir Al Alwani yg merupakan pakar usul fiqh dari Mesir dlm kitabnya “Adabul Ikhtilaf fil Islam”. Banyak hadis2 lain yg menyokong bhw perbezaan pendapat bukan satu perkara yg dikeji.

    KENAPA BERLAKU BEGITU? Saya bimbang ia berlaku kerana ada cendekiawan agama yang membahaskan satu hadis tanpa melalui disiplin ilmu hadis itu sendiri sehinggakan menyebabkan ianya tidak dibaca bersekali dengan hadis2 serta ayat2 al Qur’an yg berkaitan dengannya. Bukan setakat itu sahaja, bahkan ilmu asbabul wurud hadis dan asbabulu nuzul juga perlu untuk tujuan itu.

    Selebihnya, saya tidak layak untuk membincangkan secara detail.

  46. ibnuabbas Says:

    kpd Ani,

    dibolehkan kita membaca doa2 yang mengandungi ayat al Qur’an walaupun dalam keadaan berhadas/uzur dengan syarat kita memang biasa mengamalkannya.

  47. tisya Says:

    salam tuan, soalan saya adakah wajid bagi wanita yang mengandung untuk membayar puasa sekiranya dia meninggalkannya. Adakah cara lain yang membolehkan wanita tersebut membayarnya seperti fidyah.

  48. ibnuabbas Says:

    Tisya,

    Salam. Perempuan yang meninggalkan puasa kerana bimbangkan anak dlm kandungan dan ibu yang menyusu anak bimbangkan anak susuannya tak cukup menyusu, wajib qadha’ dan wajib bayar fidyah secupak bagi setiap hari yang ditinggalkan.

    Tapi kalau ia(yg mengandung atau menyusu ) tinggalkan puasa kerana musafir yg cukup syaratnya utk tinggal puasa, atau kerana sakit yg memudaratkannya kalau meneruskan puasa, maka ia hanya diwajibkan ganti/qadha puasa sahaja, tanpa fidyah.

    *Jawapan dlm mazhab Syafie.

  49. Hamba Allah Says:

    Salam,

    Umum mengetahui bahwa sesiapa yang tidak berpuasa di bulan Ramadhan boleh ditangkap oleh Jabatan Agama. Adakah mana2 dalil yang digunakan Jabatan Agama dalam hal ini? Jika tiada dalil, apakah mereke menggunakan kaedah usul fiqh atau kaedah fiqh dan apakah kaedah2 itu?

    JazakALLAH khaira

  50. ida Says:

    Assalamualaikum ustaz,

    saya ingin tanya satu soalan, ini berkenaan dgn kawan saya dia dah bersuami tapi dalam masa yg sama ada affair dgn laki orang, satu hari laki dia dapat tahu dan ada cakap kat bini dia (kawan saya), kalau masih lagi keluar berdua2an atau berdua2 di dalam kereta atau tempat sunyi maka laki dia kata jatuh talak, tapi kalau kawan saya tu masih lagi keluar tanpa pengetahua suami dia. sekarang ini kalau dia nak keluar dgn laki orang tu mesti ajak seseorang untuk teman kan dia. Apa hukum nya ustaz. minta penjelasan.

    Terima kasih

  51. ibnuabbas Says:

    wa alaikumussalam ida,

    kalau benar lafaznya begitu, maka talak/cerai tidak jatuh/berlaku kerana syarat taklik yg dilafaz ialah BERDUA2AN.

    Tetapi harus diingat perbuatannya keluar dengan laki orang (affair)tetap HARAM dan BERDOSA BESAR!!!

    Wallahu a’lam. wassalam.

  52. ibnuabbas Says:

    soalan no. 52.

    Jabatan Agama Islam guna ta’zir. Tiada hudud yang dinyatakan dalam al Qur’an bagi kesalahan ponteng puasa tanpa uzur syar’ie.
    Saya kira kaedah yg digunakan untuk mewujudkan ta’zir itu ialah Sadduzzara’i’.
    Alasan: kalau dibiarkan orang tidak berpuasa makan di khalayak ramai tanpa kawalan/hukuman, maka ia akan jadi contoh yg tidak baik, dibimbangi ramai ikut.

    Mungkin ada kaedah lain lagi. wallahu a’lam.

  53. ita Says:

    salam, ustaz saya ingin bertanya konsep akiqah..tapi menggunakan lembu.. bolehkan saya mengakikahkan seekor lembu ( untuk anak-anak saya ) dan menyuruh pihak katering memasaknya dan dibuat jamuan untuk masyarakat disekitar rumah saya.

    Pohon penjelasan

  54. Hafzam Says:

    Salam Tuan.
    Baru-baru ni saya mendapat pembantu rumah yang bukan beragama islam tetapi warga indonesia. Bolehkan dia memasak untuk dimakan oleh anak-anak saya? Adakah apa-apa hukum atau dalil mengenai perkara ini? Harap tuan dapat beri penjelasan agar minda saya lebih tenang. Wassalam.

  55. ibnuabbas Says:

    Salam Hafzam.
    Masalah ini boleh dikupas dari 2 sudut:
    Pertama, dari sudut hukum fiqh, Hukumnya harus mengambil pembantu rumah di kalangan bukan Islam dengan syarat beliau tidak menyediakan makanan yang haram buat kita seperti babi dan binatang yang tidak disembelih menurut syarak. Kaedah fiqh menyebut “al aslu fil asyya’ al ibahah” yg bermaksud, “Asal hukum sesuatu itu adalah HARUS”. Ini terpakai untuk perkara2 yg tidak melibatkan ibadah khusus seperti solat, puasa, haji, zakat, baca qur’an dan lain-lain.
    Di zaman Rasulullah s.a.w. pun ada sahabat yang mengambil bukan Islam yg asalnya tahanan perang untuk dijadikan khadam (dekat2 dgn pembantu rumah la tu..), guru mengajar anak2 mereka, dan lain-lain. Bermakna kita boleh mengambil manfaat dari orang bukan Islam selagi mana tidak bercanggah dengan suruhan agama.

    Kedua, dari sudut tasawwuf pula, Islam amat menitikberatkan halal haram , dan syubhah dalam makan minum agar daging yang tumbuh hasil makan minum itu bersih dari perkara haram dan syubhah(samar2). Banyak ulama’ tasawwuf berpesan agar jangan makan dari makanan yang disediakan oleh orang yang tidak mentauhidkan Allah. Bukan setakat itu sahaja, bahkan jangan makan makanan yang disediakan oleh orang yang buat maksiat kepada Allah. Imam al Ghazali pun ada menyebutkan perkara yang sama. Ini kerana ia boleh menggelapkan hati. Dibimbangi lama kelamaan hati menjadi mati kerana itu.

    berdasarkan sudut pandangan kedua ini, seboleh2nya saudara cari pembantu rumah yang beragama Islam. Ia merupakan pilihan kita kerana kita majikan. Lagipun agensi pembantu rumah memberi pilihan sama ada kita mahu yg beragama Islam ataupun tidak. Biarlah anak2 kita dididik oleh orang yang beriman kepada Allah s.w.t.

    Namun begitu, sekiranya saudara seorang yang sangat taat beragama, mempunyai ‘strong will’ dalam arena dakwah islamiyah, maka saudara boleh teruskan dengan pembantu rumah bukan Islam itu, dengan azam agar suatu hari nanti, saudara akan tarik dia untuk memeluk Islam. Itu lebih baik kerana Nabi sallallahu alaihi wasallam pernah bersabda, ” Sekiranya Allah memberi hidayah kepada seorang lelaki dengan sebab kamu, adalah lebih baik bagi kamu dari dunia dan seisinya.”

    Fikirkan keputusan terbaik sesuai dengan kemampuan diri saudara.

    WALLAHU A’LAM.

  56. aida Says:

    hukum seorg isteri yang menyesal dgn perkahwinan dengan suaminya

  57. Angah Says:

    Askum, Sy ade prtnyaan. Apakah hukumnya kita membuat ibadah korban untuk si mati dengan mggunakan duit msjid??

  58. ibnuabbas Says:

    aida,
    Tanda aqidah yang sahih di sisi AHLI SUNNAH WAL JAMAAH ialah Percaya kepada qadha’ dan qadar Allah subhanahu wa ta’ala. Redha terhadap ketentuan Ilahi merupakan kunci untuk kita merasa bersyukur dan puas dengan apa yang terjadi kepada kehidupan kita. Lumrah manusia sentiasa merasa tidak puas dengan apa yang ada. sentiasa mahukan yang lebih baik dalam bab keduniaan.

    Saya tidak tahu apa yang berlaku antara isteri yg dimaksudkan itu dengan suaminya. Tapi sekiranya saya andaikan si suami tidak menunaikan tanggungjawabnya dengan baik, maka REDHA yang saya maksudkan bukan bermaksud menerima kejahatan suami begitu sahaja. Kita dituntut mencegah kemunkaran dengan sedaya upaya kita. Janganlah kita memilih utk mencegah dengan hati sekiranya kita mampu mencegah dengan tangan ataupun lidah. Maka, kalaulah si suami seorang yang melakukan kemunkaran terhadap isteri dan rumahtangganya, maka mengadulah kepada pejabat agama utk selesaikan. Dalam masa yg sama, kita iktiqad kan bahawa semua itu terjadi kerana ia telah ada dalam takdir ilmu Allah. Kita juga disuruh berdoa untuk kebaikan rumahtangga kita.

    Kalaulah ‘menyesal’ itu membawa maksud, “Kalaulah aku tak kawin dengan dia, pasti takkan jadi begini.” Itu haram kerana membuka ruang utk syaitan menggoda kita agar menyesal dgn takdir yang telah berlaku.

    Ksimpulan, seorang isteri tidak seharusnya menyesal dengan perkahwinan bersama suaminya.

    Maaf, kalau jawapan tidak menepati kehendak saudari…

  59. aida Says:

    di awal perkahwinan suami sya curang pda sya.dia suka bermain kayu 3 terutama ketika sya mengandung.bmula dari saat itu sya mula hilang kepercayaan pda dia.byk perangai dia yg sya tidak dpt terima.dia jga tidak berapa mengambil berat ttg ank2.ttg agama pun kurang.sembahyang dia pun tidak sempurna.sbb itu sya rsa menyesal dgn pkahwinan kami.
    skrg,bila sya rsa tertekan.sya mula mencari ketenangan dgn menghubungi bekas kekasih sya.adakah dgn cara ini menunjukkan sya CURANG

  60. ibnuabbas Says:

    Aida,
    Kecurangan suami tidak boleh meng’halal’kan perbuatan isteri utk menghubungi kekasih lama. Seorg perempuan sama ada sudah berkahwin @ tidak, tidak boleh sewenang2nya mempunyai hubungan dgn lelaki bukan mahram. Lebih2 lagi selepas berkahwin. Ia menjadi dosa yang lebih besar!!! Islam menyediakan panduan dlm masalah rumahtangga. Kalau retak yg tak boleh diselamatkan dgn perbincangan suami isteri, Al Qur’an mengajar kita agar melantik wakil di pihak suami(keluarga suami) dan wakil di pihak isteri (keluarga isteri)berjumpa utk berbincang apa jalan penyelesaian. Kalau x selesai juga, maka rujuklah ke pejabat kadi utk berpisah dgn cara baik. Sebaiknya puan rujuk kpd keluarga dahulu. Jgn hubungi bekas kekasih. Itu mengundang bahaya. Mungkin puan hanya berniat utk mengadu semata2 agar dpt ketenangan. Tapi adakah ketenangan itu berkekalan? Sudah pasti tidak. Ketenangan yg berkekalan ialah apabila kita redha dgn takdir yg berlaku disamping berusaha utk mengatasinya dgn cara yg betul/direstui syarak.
    Puan tak perlu rsa menyesal dgn perkahwinan kerana dgn sebab berkahwinlah puan dikurniakan dgn anak2(amanah Allah). Tentu ada hikmah di sebalik kecurangan suami puan. Kalau betullah suami puan curang, dan puan merasakan tidak mampu menyelamatkan perkahwinan puan lagi, mungkin Allah menjanjikan pasangan yg lebih baik buat puan setelah berpisah nanti. Tapi jgn fikir saya menggalakkan perceraian kerana inilah prkara halal yg amat dibenci Allah!

    Saya x pasti perangai mcm mana yg dimaksudkan oleh puan kerana ada yg boleh di’ignore’kan & dn ada yg x boleh dimaafkan. perangai yg melibatkan dosa2 x boleh dimaafkan bahkan wajib kita menegahnya setakat kemampuan. Tapi bersabar atas perangai jahat suami lebih baik daripada bercerai. Kerana ganjaran syurga menanti utk isteri2 yg bersabar dlm keadaan tidak redha akan perbuatan dosa seumpama minum arak, berjudi dll. Hubungilah pihak berkuasa kalau si suami melakukan dosa2 besar itu di hadapan mata.

    Tapi kalau puan disakiti secara fizikal, dicederakan, lebih baik puan buat aduan polis, dan minta fasakh di pejabat agama.

    Jgn puan tambah dosa yg suami buat dgn dosa puan menghubungi kekasih lama semata2 utk mencari ketenangan.

    Mudah2an puan diberikan kekuatan utk hadapi semua itu.

    utk lebih ‘private’, sila hantarkan email ke pkppit@yahoo.com

  61. aida Says:

    terima kasih krn ustaz sudi memberi perhatian pd masalah sya ini..

  62. kamaludin Says:

    sah ke membuat korban untuk simati. contoh seorang anak membuat korban untuk ayahnya yang telah meninggal dunia. Ayahnya tida ada meninggalkan apa2 wasiat untuk berbuat demikian. terima kasih

  63. ibnuabbas Says:

    SaH, DENGAN SYARAT guna duit sendiri. Haram guna duit @ harta peninggalan si mati kerana ia sudah jadi harta pusaka yg wajib difara’idhkan, lebih2 lagi tidak diwasiatkan.

  64. azzam Says:

    salam ustaz, sy nak tanya apa itu wanita ajnabi. sy dengar hukum haram berjabat tangan dengan wanita ajnabi.

  65. jr Says:

    ustaz,apakah hukum jika seseorang itu semasa rakaat keduanya imamnya telah iktidal dan dia baru hendak rukuk.apakah dia mendapat rakaat tersebut??

  66. jr Says:

    saya pernah terbaca,apabila kita rukuk bersama imam,maka kitaakan dapat rakaat tersebut.wslm.

  67. ibnuabbas Says:

    azzam Berkata:
    Januari 3, 2009 at 8:39 am e

    salam ustaz, sy nak tanya apa itu wanita ajnabi. sy dengar hukum haram berjabat tangan dengan wanita ajnabi.
    ……………..
    jAWAPAN:

    Ajnabi secara literal/bahasa ertinya asing. Secara istilahi/syarak ialah orang yang harus kahwin dengan kita. Kalau wanita, maka mereka wajib menutup aurat di hadapan lelaki ajnabi, dan haram bersentuhan kulit. Kalau lelaki, mereka diharamkan melihat kepada aurat wanita ajnabi. Lawannya Mahram iaitu orang yang diharamkan kahwin dengannya seperti ibu bapa ke atas, mertua, adik beradik, anak2 ke bawah, anak2 saudara, ibubapa dan adik beradik susuan, dll.

    kesimpulan, Haram kahwin atas 3 sebab:
    1.hubungan darah
    2.perkahwinan
    3.susuan

    Jadi, ajnabi ialah selain itu. Tapi ada mahram yg masih dikira ajnabi iaitu mahram sementara seperti adik atau kaka ipar. Kita haram kahwin dgnnya selagimana kita belum berpisah dengan isteri atau suami yang menjadi adik beradiknya. Mahram jenis ini jua haram lihat auratnya, berdua2an dan haram bersentuhan kulit dengannya.

  68. ibnuabbas Says:

    jr Berkata:
    Januari 3, 2009 at 12:26 pm e

    ustaz,apakah hukum jika seseorang itu semasa rakaat keduanya imamnya telah iktidal dan dia baru hendak rukuk.apakah dia mendapat rakaat tersebut??
    ……………….

    JAWAPAN:

    Ya, dia dapat rakaatnya.

  69. ibnuabbas Says:

    jr Berkata:
    Januari 3, 2009 at 12:30 pm e

    saya pernah terbaca,apabila kita rukuk bersama imam,maka kitaakan dapat rakaat tersebut.wslm.
    …………………..

    Ya, jika kita sempat rukuk bersama dgn imam pd rakaat pertama kita(dgn kadar ada tamakninah bersama imam), maka kita dapat rakaatnya sekiranya kita ma’mum masbuq.

  70. Shaliza Ahmad Says:

    Assalamualaikum,
    saya nak minta penjelasan bagi aurat wanita di luar solat ketika berhadapan dgn kaum lelaki ajnabi mengikut pendapat yang muktamad dalam mazhab syafi’ie kerna seorang pakar furu syafi’ie dr. houwaida maqdisi halaby mengatakan:
    “Telah sepakat ulama (Ijma’) akan wajibnya mengikut Qaul yang Rajih dalam sesuatu mazhab dan haram mengikut Qaul yang lemah seperti yang dinaqalakan oleh Al-Hafiz Ibn Solah dan Al-Iraqi. Imam Subki pula mengatakan mengikut Qaul yang lemah sama seperti mengikut hawa nafsu yang diharamkan. Dalam hal ini pendapat yang muktamad dan paling rajih dalam mazhab syafi’ie ialah apa yang dipersetujui oleh dua Syaikh iaitu Imam Nawawi dan Imam Rafi’ie. Jika mereka Khilah di utamakan Qaul Imam Nawawi di dikemudiankan Imam Rafi’ie. Kemudian barulah pendapat Jumhur spt yang dikatakan oleh Ibn Hajar dalam Tuhfahnya dan Fathul Mu’in oleh Al-Malibari. Keutamaan hendaklah diberikan kepada pendapat kedua Mujtahid Tarjih ini dan ditinggalkan pendapat 2 yang lain apabila terdapat pendapat Dua Imam dalam sesuatu hal. Berkenaan dgn aurat wanita di luar solat ianya merujuk kepada SELURUH TUBUH BADANNYA termasuk WAJAH dan DUA TANGANNYA walaupun tanpa Fitnah mengikut pendapat yang paling sahih dan arjahh. Ini adalah Qaul Mu’tamad mazhab syafi’ie bagi hal ini spt yang jelas di dalam Rawdhah dan Minhaj. Dan ini telah disahkan oleh Imam As-Subki bahawa muka dan tangan wanita merdeka ialah aurat dalam bab “melihat” tetapi tidak aurat dalam solat. Syeikh Khatib syarbini dalam Mughni menjelaskan pendapat Qahiy iyad yang mengatakan bahawa menutup muka adalah sunnah sahaja adalah pendapat yang dho’if dan ulama berittifaq bahwa wanita dilarang keluar rumah dgn muka yang terdedah (al-saafiraat).”

    Minta penjelasan mengapa “syafi’ie” di malaysia ajar lain daripada syafie yang sebenarnya

  71. Shaliza Ahmad Says:

    Dr. Houwaida menambah lagi: Qaul Mu’tamad ini ialah pendapat yang di tarjih kan oleh dua Imam iaitu Nawawi dan Rafi’ie dan juga termaktub di dalam Al-Fatawa Al-Ramli Fi Furu Al-Syafi’ie …

    minta penjelasan..

  72. Shaliza Ahmad Says:

    Disertakan di sini sumber rujukan yang diberi oleh Sheikhah Dr. Houwaida:-

    Daripada Kitab2 Tafsir Yang Dikarang oleh Ulama Tafsir Bermazhab Syafi’ie:-

    1)تفسير تفسير الجلالين/ المحلي و السيوطي
    { وَقُل لّلْمُؤْمِنَٰتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَٰرِهِنَّ } عما لا يحلّ لهنّ نظره { وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ } عما لا يحلّ لهن فعله بها { وَلاَ يُبْدِينَ } يُظهرن { زِينَتَهُنَّ إِلاَّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا } وهو الوجه والكفان فيجوز نظره لأجنبي إن لم يخف فتنة في أحد وجهين، والثاني تحرم، لأنه مظنة الفتنة، ورُجِّح حَسْماً للباب

    2) تفسير انوار التنزيل واسرار التأويل/ البيضاوي

    { وَقُل لّلْمُؤْمِنَـٰتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَـٰرِهِنَّ } فلا ينظرن إلى ما لا يحل لهن النظر إليه من الرجال. { وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ } بالتستر أو التحفظ عن الزنا، وتقديم الغض لأن النظر بريد الزنا. { وَلاَ يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ } كالحلي والثياب والأصباغ فضلاً عن مواضعها لمن لا يحل أن تبدى له. { إِلاَّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا } عند مزاولة الأشياء كالثياب والخاتم فإن في سترها حرجاً، وقيل المراد بالزينة مواضعها على حذف المضاف أو ما يعم المحاسن الخلقية والتزيينية، والمستثنى هو الوجه والكفان لأنها ليست بعورة والأظهر أن هذا في الصلاة لا في النظر فإن كل بدن الحرة عورة لا يحل لغير الزوج والمحرم النظر إلى شيء منها إلا لضرورة كالمعالجة وتَحَمُّلِ الشهادة.

    Dari Kitab Fiqh Muktabar Mazhab Syafi’ie:-

    1) مغني المحتاج إلى معرفة ألفاظ المنهاج

    ( وَكَذَا وَجْهُهَا وَكَفَّيْهَا ) مِنْ كُلِّ يَدٍ ، فَيَحْرُمُ نَظَرُ رُءُوسِ أَصَابِعِ كَفَّيْهَا إلَى الْمِعْصَمِ ظَهْرًا وَبَطْنًا ( عِنْدَ خَوْفِ فِتْنَةٍ ) تَدْعُو إلَى الِاخْتِلَاءِ بِهَا لِجِمَاعٍ أَوْ مُقَدِّمَاتِهِ بِالْإِجْمَاعِ كَمَا قَالَ الْإِمَامُ ، وَلَوْ نَظَرَ إلَيْهِمَا بِشَهْوَةٍ وَهُوَ قَصْدُ التَّلَذُّذِ بِالنَّظَرِ الْمُجَرَّدِ وَأَمِنَ الْفِتْنَةَ حَرُمَ قَطْعًا ( وَكَذَا ) يَحْرُمُ النَّظَرُ إلَيْهِمَا ( عِنْدَ الْأَمْنِ ) مِنْ الْفِتْنَةِ فِيمَا يَظْهَرُ لَهُ مِنْ نَفْسِهِ مِنْ غَيْرِ شَهْوَةٍ ( عَلَى الصَّحِيحِ ) وَوَجَّهَهُ الْإِمَامُ بِاتِّفَاقِ الْمُسْلِمِينَ عَلَى مَنْعِ النِّسَاءِ مِنْ الْخُرُوجِ سَافِرَاتِ الْوُجُوهِ ، وَبِأَنَّ النَّظَرَ مَظِنَّةٌ لِلْفِتْنَةِ وَمُحَرِّكٌ لِلشَّهْوَةِ ، وَقَدْ قَالَ – تَعَالَى – : { قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ } [ النُّورُ ] وَاللَّائِقُ بِمَحَاسِنِ الشَّرِيعَةِ سَدُّ الْبَابِ وَالْإِعْرَاضُ عَنْ تَفَاصِيلِ الْأَحْوَالِ كَالْخَلْوَةِ بِالْأَجْنَبِيَّةِ

    Disebutkan juga dalam Kitab yang sama:-

    وَنَسَبَهُ الْإِمَامُ لِلْجُمْهُورِ ، وَالشَّيْخَانِ لِلْأَكْثَرِينَ ، وَقَالَ فِي الْمُهِمَّاتِ : إنَّهُ الصَّوَابُ لِكَوْنِ الْأَكْثَرِينَ عَلَيْهِ . وَقَالَ الْبُلْقِينِيُّ : التَّرْجِيحُ بِقُوَّةِ الْمَدْرَكِ وَالْفَتْوَى عَلَى مَا فِي الْمِنْهَاجِ . ا هـ . وَلَوْ عَبَّرَ بِالْفَاءِ كَانَ أَنْسَبَ ، وَمَا نَقَلَهُ الْإِمَامُ مِنْ الِاتِّفَاقِ عَلَى مَنْعِ النِّسَاءِ أَيْ مَنْعِ الْوُلَاةِ لَهُنَّ مُعَارَضٌ بِمَا حَكَاهُ الْقَاضِي عِيَاضٌ عَنْ الْعُلَمَاءِ أَنَّهُ يَجِبُ عَلَى الْمَرْأَةِ سَتْرُ وَجْهِهَا فِي طَرِيقِهَا ، وَإِنَّمَا ذَلِكَ سُنَّةٌ ، وَعَلَى الرِّجَالِ غَضُّ الْبَصَرِ عَنْهُنَّ لِلْآيَةِ ، وَحَكَاهُ الْمُصَنِّفُ عَنْهُ فِي شَرْحِ مُسْلِمٍ وَأَقَرَّهُ عَلَيْهِ . وَقَالَ بَعْضُ الْمُتَأَخِّرِينَ : إنَّهُ لَا تَعَارُضَ فِي ذَلِكَ ، بَلْ مَنْعُهُنَّ مِنْ ذَلِكَ ، لَا لِأَنَّ السِّتْرَ وَاجِبٌ عَلَيْهِنَّ فِي ذَاتِهِ ، بَلْ لِأَنَّ فِيهِ مَصْلَحَةً عَامَّةً ، وَفِي تَرْكِهِ إخْلَالًا بِالْمُرُوءَةِ . ا هـ . وَظَاهِرُ كَلَامِ الشَّيْخَيْنِ أَنَّ السِّتْرَ وَاجِبٌ لِذَاتِهِ فَلَا يَتَأَتَّى هَذَا الْجَمْعُ ، وَكَلَامُ الْقَاضِي ضَعِيفٌ

    Dan juga:-

    وَقَالَ السُّبْكِيُّ : إنَّ الْأَقْرَبَ إلَى صُنْعِ الْأَصْحَابِ أَنَّ وَجْهَهَا وَكَفَّيْهَا عَوْرَةٌ فِي النَّظَرِ لَا فِي الصَّلَاةِ وَإِطْلَاقُهُ الْكَبِيرَةَ يَشْمَلُ الْعَجُوزَ الَّتِي لَا تُشْتَهَى ، وَهُوَ الْأَرْجَحُ فِي الشَّرْحِ الصَّغِيرِ ، وَهُوَ الْمُعْتَمَدُ ؛ لِأَنَّ لِكُلِّ سَاقِطَةٍ لَاقِطَةً

  73. Shaliza Ahmad Says:

    Dari Kitab Minhaj At-Talibin An-Nawawi

    سُنَّ نَظَرُهُ إلَيْهَا قَبْلَ الْخِطْبَةِ وَإِنْ لَمْ تَأْذَنْ ، وَلَهُ تَكْرِيرُ نَظَرِهِ وَلَا يَنْظُرُ غَيْرَ الْوَجْهِ وَالْكَفَّيْنِ ، وَيَحْرُمُ نَظَرُ فَحْلٍ بَالِغٍ إلَى عَوْرَةِ حُرَّةٍ كَبِيرَةٍ أَجْنَبِيَّةٍ وَكَذَا وَجْهُهَا وَكَفَّيْهَا عِنْدَ خَوْفِ فِتْنَةٍ ، وَكَذَا عَنْدَ الْأَمْنِ عَلَى الصَّحِيحِ

  74. Shaliza Ahmad Says:

    قال النووي رحمه الله (ت676هـ) في المنهاج ( وهو عمدة في مذهب الشافعية ) : ” و يحرم نظر فحل بالغ إلى عورة حرة كبيرة أجنبية وكذا وجهها وكفها عند خوف الفتنة ( قال الرملي في شرحه : إجماعاً ) وكذا عند الأمن على الصحيح ” . قال ابن شهاب الدين الرملي رحمه الله (ت1004هـ) في شرحه لكلام النووي السابق : ” و وجهه الإمام : باتفاق المسلمين على منع النساء أن يخرجن سافرات الوجوه ، وبأن النظر مظنة الفتنة ، و محرك للشهوة .. وحيث قيل بالتحريم وهو الراجح : حرم النظر إلى المنتقبة التي لا يبين منها غير عينيها و محاجرها كما بحثه الأذرعي ، و لاسيما إذا كانت جميلة ، فكم في المحاجر من خناجر “اهـ (نهاية المحتاج إلى شرح المنهاج في الفقه على مذهب الشافعي 6/187ـ188)

    Dari Kitab Hadis Fathul Bari Ibn Hajar Asqalani Ash-Shafi’ie:-
    قال ابن حجر في شرح حديث عائشة رضي الله عنها وهو في صحيح البخاري أنها قالت : ” لَمَّا نَزَلَتْ هَذِهِ الْآيَةُ (( وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ )) أَخَذْنَ أُزْرَهُنَّ فَشَقَّقْنَهَا مِنْ قِبَلِ الْحَوَاشِي فَاخْتَمَرْنَ بِهَا ” . قال ابن حجر (ت852هـ) في الفتح (8/347) : ” قوله ( فاختمرن ) أي غطين وجوههن “

  75. Shaliza Ahmad Says:

    Dalam menutup isu ini Dr. Houwaida berkata:
    “Tidak saya nafikan bahawa Mazhab lain berbeza pendapat iaitu ada yang mengatakn muka dan tangan itu bukan aurat selagi ianya aman dari fitnah. Apa yang saya sampaikan di sini ialah Qaul dan pandangan Muktamad di sisi Mazhab Syafi’ie kerna telah jelas bahawa Dua Syeikh (Nawawi & Rafi’ie) sepakat dalam hal ini. Oleh yang demikian pendapat ulama syafi’ieyah lain yang berbeza pendapat dengan dua Imam tersebut tidak di ambil kira dan diabaikan dalam menyebut apa yang Mufta Bihi bagi mazhab syafi’ie, iaitu tidak di kira pakai.”

  76. Shaliza Ahmad Says:

    لكثيرين من أئمتنا كإمام مصر في عصره الشهاب الرملي حيث قال في “فتاويه” المطبوعة بهامش “فتاوى الشهاب ابن حجر الهيتمي” جواباً عن مثل سؤال السائل هنا ما نصه :” إنّ من المعلوم أنّ الشيخين – رحمهما الله – قد اجتهدا في تحرير المذهب غاية الاجتهاد ، ولهذا كانت عناياتُ العلماء العاملين وإشاراتُ من سبقنا من الأئمة المحققين متوجهةً إلى تحقيق ما عليه الشيخان والأخذ بما صّحَّحاه بالقبول والإذعان ، مؤيّدين ذلك بالدّلائل والبراهين ، وإذا انفرد أحدُهما عن الآخر فالعمل بما عليه إمام المذهب النووي ، وما ذاك إلا لحسن النية وإخلاص الطوية “.

    وهذه الميزة التي في الشيخين من حيث اعتماد ترجيحهما وتقديمهما على غيرهما لا تمنع من بلغ مرتبة الاجتهاد كالإمام السبكي أن يخالف اجتهادُه اجتهادَ الشيخين كما هو الواقع في كتب أئمتنا ، لكن الممتنع هو أن يفتي المقلد في مذهبنا بغير معتمد الشيخين أو النووي ويعتبر ذلك هو معتمد المذهب، فهذا هو الممنوع الذي أجمع المتأخرون عليه كما سبق نقله عن الشهاب الرملي ومثله في كلام غيره كابن حجر

    ومما يُظهر لك مدى اعتماد المتأخرين لقول الشيخين أنه نُقل عن الإمام الإسنوي وهو من أكثر أئمتنا اعتراضاً على كلام الشيخين : أنه كان إذا سئل يفتي بما في “الروضة” وإن كان اعترضه في كتابه “المهمات” . قال الشهاب ابن حجر : “وكذلك غيرُه ممن رأيناه فإنه كان يتبع المعترض على الشيخين وعند الإفتاء لا يفتي إلاّ بما قالاه . وهذا هو الحقُّ فلا يسع أحد الآن مخالفته “. اهـ ونقل الإمام الشعراني في ترجمة الحافظ الجلال السيوطي أنه قال :” ولما بلغتُ مرتبة الترجيح لم أخرج في الإفتاء عن ترجيح النووي وإن كان الراجح عندي خلافه “. اهـ

  77. yazri Says:

    as’kum..knp hanya lelaki d wjbkn solat jumaat perempuan x?

  78. ibnuabbas Says:

    syukran dan Jazakillah diucapkan buat Saudari Shaliza Ahmad yg bermurah hati me’naqal’kan pendapat2 Imam2 Mazhab Syafie dlm bab aurat wanita di hadapan ajnabi.

    Kepada pembaca budiman, harap2 dapat buka minda utk mengkaji dgn lebih mendalam berkait isu ini, dlm masa yg sama,jgn cepat menghukum orang yg tidak memakai niqab/purdah itu sebagai tidak syar’ie.

    Apa yg ambe setuju dgn Syaliza ialah memang ustaz2 kita di Malaysia ini jarang yg berpegang dgn pendapat rajih/kuat dlm mazhab shafie dlm bab ini. Mereka pun tidak mendedahkan pendapat yg kuat ini kpd umum. Tapi tetap tidak menjadi salah kpd isteri2 ustaz itu tidak memakai niqab asalkan mereka faham bhw mereka bertaqlidkan kpd pendapat imam mazhab lain drp Shafie. Sama ada mereka ikut kerana dalil atau nafsu, wallahu a’lam. Ambe tidak tahu. Jgn kita su’uzzan…

    Jikalau saudari Syaliza berpegang kpd pendpt muktamad di sisi mazhab Shafie dlm isu aurat ini, ia sgt baik. Itu menandakan kita berprinsip dan berpegang teguh kpd disiplin bermazhab. Tetapi dlm masa yg sama, jgn pula kita ta’asub dgn pendapat itu sehinggakan kita menghukumkan semua pendapat lain di luar mazhab Shafie sebagai sesat ataupun semua muslimah di Malaysia yg tidak memakai niqab sebagai berdosa (cuma mahu memperingatkan tanpa merujuk khusus kepada sesiapa).

  79. Shaliza Ahmad Says:

    Terima kasih utk jawapan… nak tanya gambar orang yang pakai tarbush tu gambar “ibnuabbas” ke?
    wsalam

  80. ibnuabbas Says:

    takkan lah. itukan gambar hasan al banna. ibnuabbas tu gelaran saya sebab saya anak abas.

    ok?

  81. Shaliza Ahmad Says:

    ooh saya tak tahu tu gambar hasan al-banna

  82. Ros Says:

    assalammualaikum ustaz,
    sy ader terbaca yg penyanyi2 prempuan dilaknat Allah dan kepada siapa yg dinyanyikan..sy nak kepastian tentang hal ini..yg mendengar pon dilaknat ??

  83. ibnuabbas Says:

    orang yang mendengar dengan redha atas perbuatannya sama lah dilaknat. Nabi sallallahu alaihi wasallam pernah brsabda yang maksudnya, ” Redha dengan maksiat, adalah (sama)maksiat.”

    Nabi bersabda lagi yg maksudnya, ““Akan terjadi pada umat ini azab berupa pembenaman, penghujanan dan perubahan bentuk (masakh). Iaitu apabila mereka telah meminum khamr, mengambil penyanyi wanita dan memainkan alat muzik.”

    Harus diingat, hukum in melibatkan wanita ajnabi sahaja. Kalau kita dengar ibu, adik beradik, dll mahram, (termasuk isteri), maka hukumnya harus.

  84. az Says:

    terima kasih..kianya berdosa dgr dri penyanyi perempuan??
    ustaz sy nak tanye apa perbezaan air mani,air mazi dan air wadi…antara lelaki dengan perempuan..

  85. Shaliza Ahmad Says:

    As-Salamu’alaikum Ustaz,
    Saya ada dua soalan yang amat memerlukan penjelasan ustaz (lagi sekali, kalau ustaz tak kisah).

    1) Apabila waktu solat Jumaat, suami saya sering sampai ke Masjid apabila jemaah sudah mula memenuhi masjid (belum mula Khutbah) walaupun masih ada ruang-ruang yang kosong di saf hadapan. Atas dasar nak memenuhkan saf hadapan, suami saya terpaksa melangkah bahu ahli jemaah yang “menghalang” saf (ini dilakukan dengan sopan, dia tepuk bahu dahulu baru langkah)….tapi perbuatan suami saya ini tidak disenangi oleh “ahli-ahli” masjid yang mengherdik suami saya dengan mengatakan ianya haram serta memberi dalil2 dan hadis. Saya tanyakan hal ini pada JAKIM yang membenarkan pendapat “ahli” masjid tersebut dan saya bertanya juga Sheikhah Dr. Houwaida Maqdisi Al-Halaby, seorang tokoh ulama wanita Syria pakar Mazhab Syafi’ie yang bukan sahaja telah menghafaz Quran tetapi beberapa kitab muktabar seperti Al-Hawi Lil-Fatawi, Muwatta’ Imam Malik, Minhaj Talibin, dan lain2 lagi. Dia juga fasih 9 bahasa. Jawapan beliau berbeza dgn jawapan JAKIM dan “ahli masjid” berkenaan. Saya sertakan jawapannya:

    “Ya memang pada zahir Hadis-Hadis sahih, haram hukumnya melangkah leher, bahu jemaah lain di dalam Masjid. Ini tidak dinafikan memandangkan ada segilintir Ulama Syafi’ieyah kita yang berpendapat sedemikian seperti Abu Hamid dari Nass Imam Asy-Syafi’ie sendiri yang kemudian dipilih oleh Imam Nawawi dalam Rawdhahnya begitu juga pendapat segolongan besar (Al-Aktharin) ulama kita. Namun jika seseorang itu alim dalam Furu’ Fiqh Syafi’ie serta cermat, tidak semborono atau terburu-buru dalam mengeluarkan fatwa/hukum, dia akan tahu pendapat tersebut bukanlah Qawl Muktamad yang dipegangi kerana pokok kalam Al-Syaikhain, iaitu Imam Nawawi dan Imam Rafi’ie menyatakan ianya Makruh bukan haram sebagaimana yang dijelaskan di dalam Majmu’. Ini kerana wajib berpegang dengan pendapat Dua Syeikh ini apabila mereka bersepakat di dalam sesuatu perkara dan ditinggalkan pendapat-pendapat lain yang bertentangan dengan pendapat mereka. Melangkahi leher tidak dapat dikatakan haram, jika dilakukan untuk memenuhi saf/ruang hadapan yang masih kosong, sedangkan memenuhi saf itu wajib. Orang tersebut boleh melangkahi kira-kira satu atau dua baris depannya dan tidak dihukumkan Makruh menurut apa yang telah dirajihkan dan dijelaskan oleh Ibn Hajar dan juga Al-Malibari di dalam Fathul-Mu’in. Juga tidak dihukumkan Makruh jika Imam solat tidak ada jalan lain menuju ke mihrab atau mimbar masjid kecuali dengan (terpaksa) melangkahi leher/bahu orang lain. Seseorang ustaz/mufti/ahli agama iti perlu memastikan dirinya benar-benar arif akan Istinbat hukum yang betul, usul-nya, qawa’idnya, martabat mujtahid dalam memilih keutamaan hukum…bukan dgn mengikut yang zahir secara hentam keromo. Wallahu’alam.”

    Minta penjelasan ustaz berkenaan perkara ini (PS: Maafkan saya tetapi menerusi pengalaman saya, ulama kita kurang arif berkenaan Furu’ Syafi’ie – kedudukan Imam Nawawi dan Rafi’ie dalam Mazhab Syafi’ie – saya pernah bertanya pada seorang “pakar” penyelidik syariah JAKIM pendapat mana yang perlu diikut dalam mazhab syafi’ie jika ulama syafi’ie khilaf dalam satu perkara. Jawab “pakar” tersebut “Ikutlah pendapat Imam Syafi’ie sendiri kemudian anak murid dia atau yang mana kita rasa kuat.” Saya bawakan jawapan ini pada Syeikhah Dr. Houwaida yang berkata: “Imam Syafi’ie sendiri mempunyai lebih dari satu pendapat dalam satu perkara, orang awam tidak tahu mana yang rajih dan mana yang tidak rajih begitu juga dgn anak murid beliau seperti Muzani di mana di sisi ulama muttakhirin, Qawlnya tidak dikira pakai. Yang benar seperti yang disebut oleh Mujtahid An-Nazzar dan Mujtahid Fatwa kita iaitu Imam As-Subki dan Ibn Hajar: 1) Berhukum menurut apa yang dipersetujui oleh Imam Nawawi dan Imam Rafi’ie
    2) Jika mereka khilaf, utamakan Qawl Nawawi, dikemudiankan Rafi’ie
    3) Kemudian menurut apa yang di rajihkan oleh segolongan besar (Al-Aktharin) ulama kita
    4) Kemudian menurut apa yang dirajihkan oleh yang paling banyak ilmu (A’lam)
    5) Kemudian yang paling wara’

    saya telah banyak bertanyakan tentang martabat mujtahid ini pada ustaz kita (sampai yang famous di TV) pun saya tanya tapi tak seorang pun tahu…..mengapa ya ustaz?

    2) Berkenaan dengan penceramah agama wanita-wanita di TV….Syeikhah Dr. Houwaida dalam syarahan kaum ibu beliau berkata: “Tidak termasuk dalam adab Islam dan Hayaa’ wanita yang muhsanah untuk bersyarah, meninggikan suara di atas podium atau pentas tanpa segan silu menghadap sekumpulan lelaki ajnabi, sambil memampangkan dirinya di khalayak ramai secara sengaja sedangkan wanita digesa untuk sebaik mungkin tidak menjolkan dirinya di hadapan lelaki ajnabi. Walaupun menurut pendapat Mazhab Maliki bahawa wajah wanita itu bukan aurat, tidak bermakna ianya mengharuskan seseorang wanita itu dengan sengaja menonjolkan dirinya di khalayak ramai tanpa uzur syari’ie, lebih2 lagi penceramah2 sekarang ini memakai perhiasan pada wajah dan badan yang jelas haram menurut ittifaq ulama. Adapun suara menurut Mazhab kita (syafi’ie) tidaklah aurat bagi wanita kecuali dalam nyanyian dan bab2 yang menaikkan suara mereka (dalam hal ini bersyarah dihadapan kaum ajnabi tidak dikecualikan dalam pengharaman). Wallahua’lam”

    minta penjelasan ustaz kenapa fenomena islam di malaysia ini sangat pelik?

    wassalam

  86. shaliza Ahmad Says:

    Salaam,
    Oh ya berkenaan mlangkah bahu tu ianya merujuk pada jemaah yang bukan sedang solat tetapi sekadar duduk dan saf2 di hadapan dibiarkan kosong

  87. ibnuabbas Says:

    az Says:

    Februari 24, 2009 at 9:10 am e

    terima kasih..kianya berdosa dgr dri penyanyi perempuan??
    ustaz sy nak tanye apa perbezaan air mani,air mazi dan air wadi…antara lelaki dengan perempuan..
    *********************************
    Jawapannya:

    Mani=cecair keruh yg berbau seperti mayang kurma 2 aloe vera. suci tapi tidak menyucikan di sisi syarak.

    mazi=cecair jernih keluar kerana terangsang syahwat. najis di sisi syarak.

    wadi=cecair jernih seperti mazi juga tetapi keluar kerana keletihan. najis di sisi syarak.

  88. ibnuabbas Says:

    Shaliza Ahmad,

    Memang benar sebagaimana yg saudari naqalkan. Cuma bahagian “Melangkahi leher tidak dapat dikatakan haram, jika dilakukan untuk memenuhi saf/ruang hadapan yang masih kosong, sedangkan memenuhi saf itu wajib.”, Komen saya, memenuhi saf itu wajib di dalam solat, bukannya dalam keadaan masih belum solat. Hukumnya sunat. Kalau benar suami saudari melangkah bahu ketika belum solat, itu tidak mengapa. Ini biasa kita lihat di masjid2. Belum pernah saya mendengar orang mengharamkan melangkah bahu ketika duduk menunggu waktu solat.

    Wallahu a’lam.

  89. az Says:

    ustaz..antara ketiga-tiga air mani,wadi ngn mazi…yg kene mandi wajib hnya air mani kan??

  90. Safina Zainal Says:

    Az,

    Wajib mandi hadas besar (junub) bagi lelaki apabila:

    1) Apabila melakukan persetubuhan samada atau tidak keluarnya air mani (iaitu apabila bertembungnya dua kemaluan).

    2) [Jika tidak melalui persetubuhan] Apabila keluarnya air mani pada tabiienya seperti mimpi atau onani [walaupun ianya haram] atau melihat sesuatu yang memberangsangkan sehingga keluar mani. Pada “tabiie” di sini bermaksud “melalui cara yang biasa berlaku” bukan melalui pembedahan (cthnya doktor mengeluarkan atau menyedut sperma melalui suntikan).

    Air mani tidak dihukumkan najis menurut Mazhab Asy-Syafiie, sedangkan wadi dan mazi hukumnya najis. Yang wajib mandi ialah mani sahaja seperti yang Az sebutkan, mazi dan wadi cukup dgn membasuhnya dan di sunatkan ambil wudhu’. Wallahu ‘Alam

  91. ibnuabbas Says:

    Jazakillah Safina kerana tolong jawabkan soalan Az. Tak payah saya ulangi jawapannya kerana apa yg dijawab Safina sudah tepat.

    Wassalam.

  92. Safina Zainal Says:

    terima kasih kembali IbnuAbbas…saya harap blog ni dapat dimanfaatkan oleh umat islam dalam memperoleh maklumat/jawapan mengikut lunas Islam yang sahih lagi salim (sejahtera) seperti yang dituntut oleh Ahli Sunnah dan mengikut prinsip bermazhab dan selamat drai Firqah-Firqah yang keluar dari Jemaah. Insya Allah.

  93. ibnuabbas Says:

    terima kasih kembali buat safina. safina dijemput untuk sama2 beri sumbangan jawapan kalau sudi kerana kadang2 saya tak sempat nak jawab dek kesibukan dengan tugas2 lain.

  94. ratna Says:

    Assalamualaikum ibnuabbas,

    Say tertarik dgn salah satu jawapan tuan di atas.
    ‘Tapi bersabar atas perangai jahat suami lebih baik daripada bercerai. Kerana ganjaran syurga menanti utk isteri2 yg bersabar dlm keadaan tidak redha akan perbuatan dosa seumpama minum arak, berjudi dll.’
    Saya baru sahaja bercerai dan masih didalam eddah. Dalam tempoh ini saya tahu ada kemungkinan 50/50 suami mengajak saya untuk rujuk semula. Tapi instinct saya lebih kepada dia tidak akan mengajak untuk rujuk.
    Untuk pengetahuan tuan, punca perceraian saya adalah suami suka berhubung melalui chat dengan perempuan lain, seterusnya ajak berjumpa, bersms dgn panggilan sayang tetapi saya tidak pasti adakah sampai tahap tidur bersama. Tetapi suami saya pernah curang beberapa kali di awal perkahwinan kami yang berusia 4 tahun sahaja. Saya telah memaafkannya beberapa kali. tapi dia tetap mengulangi pencarian perempuan2 di luar sana. Alasannya dia tertekan hidup dgn saya dgn berbuat demikian untuk kurangkan tekanan. Saya telah berkali2 meminta dia berbincang sekiranya ada perkara yang tidak memuaskan hati. Tapi nampaknya, dia tidak akan berbuat demikian. sepanjang perkahwinan saya, sorang demi sorang perempuan muncul dalam rumahtangga kami. dengan isteri orang yang masih menunggu kes perceraiannya selesai pun pernah.

    Saya dan mertua telah banyak kali bersemuka dengannya. Akhirnya, kerana terlalu marah dan tidak tahan lagi disakiti, akhirnya saya memohon cerai dan diluluskan oleh mahkamah.

    Bila melihat kepada quote tuan di atas, adakah saya di kira sebagai wanita/isteri yang kurang baik kerana memohon perceraian ini?
    Adakah saya berdosa kerana memohon cerai? Seperti yang ibu mertua saya pernah sarankan, jika saya mahu teruskan perkahwinan ini, saya kena pekakkan telinga, butakan mata dengan perilaku suami saya sehinggalah satu hari nanti suami akan berubah sendiri.
    adakah wajar tindakan saya ini?
    hati saya masih lagi keliru, dan saya berharap akan mendapat jawapan yang sedikit sebanyak meleraikan kekusutan hati saya

    sekian terima kasih
    Wassalam

  95. ibnuabbas Says:

    Ratna,

    Tindakan saudari wajar dan diharuskan dalam syarak. Tiada salahnya. Mudah2an Allah akan kurniakan pasangan hidup yg lebih baik utk saudari.

  96. ratna Says:

    terima kasih atas jawapan tuan.
    Lega sedikit rasanya.
    Bolehkan tuan cadangkan apa2 cara untuk saya hilangkan kesedihan saya dan supaya saya dapat memaafkan suami saya agar hati saya tenang kembali?

  97. sue Says:

    salam..
    1) saya adalah seorang yg bertudung. apakah hukum meluruskan atau kerintingkan rambut niat untuk cantik di mata suami?
    2) adakah saya perlu memakai tudung apabila berdepan dgn abang atau adik ipar dan biras? masalahnya apabila blk kg suami kami tidur di ruang tamu kerana bilik yg tdk mencukupi..

  98. Az Says:

    suami saya lalai dlm menjalankan solat.Dia hanya menunaikan solat apabila dalam kesusahan dan berkehendakan sesuatu.Dia juga gagal menunaikan solat jumaat dengan alasan kesihatan.Saya cuba menasihatkan dia menjalankan tnggungjawabnya memandangkan anak saya dan semakin membesar. Tapi apa yang saya dapat hanya herdikan dan kemarahan dari dia. Saya buntu ustaz. Apakah saya juga menanggung dosa dan bila saya mengandung boleh mempengaruhi sifat anak dalam kandungan.Minta ustaz dapat berikan cadangan atau nasihat untuk melembutkan hati dia,kerana dia juga seorang yg panas baran.Walaubagaimanapun dia seorang suami yang bertanggungjawab dalam memenuhi nafkah zahir dan batin.

  99. Az Says:

    please komen…

  100. Safina Zainal Says:

    JAWAPAN UNTUK SUE:-

    Wa’alaikum As-Salam:-

    1) Meluruskan atau mengeritingkan rambut untuk suami jika ianya tidak kekal (permanent) hukumnya boleh sahaja.

    2) Kaum wanita wajib menutup aurat mereka dalam dua keadaan 1) Ketika solat dan ibadah umrah/haji 2) Ketika berhadapan dengan kaum lelaki yang bukan mahram (kaum ajnabi).
    Dalam Mazhab Syafi’ie dan juga menurut Jumhur (majoriti Fuqaha – iaitu Ulama Fekah), batas aurat bagi wanita dewasa yang merdeka (bukan hamba) terbahagi kepada dua:-
    A) Aurat Dalam Solat: Auratnya ialah keseluruhan tubuh badan KECUALI MUKA dan DUA TANGAN dari hujung jari sehingga pergelangan tangan.

    B) Aurat Di Luar Solat: Auratnya diluar solat ketika berhadapan dengan kaum lelaki yang bukan mahramnya ialah KESELURUHAN TUBUH BADAN TERMASUK MUKA DAN DUA TANGAN walaupun aman atau bebas dari Fitnah syahwat. Ini adalah Pendapat yang Muktamad seperti yang termaktub dan difatwakan dengannya oleh Imam Nawawi, Imam Rafiie, Imam Ramli, Imam As-Subki, Imam Suyuti dan Syeikhul Islam Zakaria Al-Ansari dari kalangan Ulama Syafi’ie. Begitu juga ini adalah pendapat yang dipegang oleh Mazhab Hanbali seperti yang dinukilkan oleh Al-Hafiz Ibn Jauzi, Ibn Qudamah dan Imam Al-Mardawi di dalam AL-Insaf. Mazhab Hanafi berpendapat muka dan tangan bukanlah aurat wanita TETAPI WAJIB bagi mereka menutup muka apabila keluar dari rumah dengan alasan pandangan adalah Mazinnatul Fitnah (Punca berlaku godaan) seperti yang dijelaskan oleh Ibnu Abidin. Hanya Mazhab Maliki sahaja yang tidak mewajibkan wanita menutup mukanya tetapi dihukumkan Sunnah. Syeikhul Islam Zakariya Al-Ansari mengatakan pendapat Mazhab Maliki ini adalah Mardud (tertolak) manakala Syeikh Khatib Syarbini pula mengatakan ianya pendapat yang lemah (Do’if) kerana rata-rata para Fuqaha’ bersependapat bahawa kaum wanita wajib menutup muka mereka apabila ke kluar dari rumah dan persetujuan mereka berkenaan perkara ini dinukilkan oleh Imam Juwaini dan Imam Nawawi di dalam Raudhahnya, manakala Hadis Asmaa’ yang membolehkan membuka wajah dan tangan adalah lemah kerana perawinya tidak terpercaya. Imam Al-Baydhawi mengatakan pengecualian menutup muka dan tangan itu merujuk kepada “dalam solat” bukan diluarnya.
    Walaubagaimanapun hukumnya boleh sahaja Puan Sue bertaqlid (mengikut) Mazhab Maliki dalam hal ini (iaitu hukumnya sunat menutup muka) jika ada masyaqqah (kesukaran yang tidak dapat dielakkan).
    Ipar dan biras adalah termasuk kaum bukan MAHRAM yang wajib bagi kaum wanita menutup aurat mereka ketika berhadapan dengan mereka. Rasulullah SAW mengatakan bahawa: “IPAR ITU ADALAH MAUT” iaitu bahaya mereka lebih dari kaum lelaki bukan mahram yang lain kerana mereka lebih sering berjumpa dengan ipar2 yang lain maka lebih cenderung itu melihat diantara satu sama lain tanpa hajat. Kesemua EMpat Mazhab sepakat dalam hal ini tidak ada yang berbeza pendapat. Oleh itu hendaklah puan menutup aurat (termasuk bertudung) dihadapan mereka.

  101. ibnuabbas Says:

    assalamu’alaikum semua,

    Buat Safina Zainal, jaakillah khairan kathira atas jawapan kpd SUE. Jawapan yg sangat baik.
    ……………..
    Buat Az,
    Maaf sekiranya kelambatan respon ini menyebabkan keresahan di hati puan. Menegur seorang suami memerlukan hikmah yang tinggi. Memang suatu tugas yang amat sukar utk menyedarkan seorang suami yang mengabaikan perintah agama. Apa yang boleh puan cuba ialah meminta pertolongan dengan ahli agama di tempat puan sekiranya ada. Dengan syarat ia merupakan orang yang dihormati dan dikenali oleh suami puan. Jangan sampai suami tahu bahawa puan yg meminta pertolongan itu. Yang lebih baik sekiranya ada ahli keluarga suami yang disegani seperti ayahnya, abangnya, ibunya atau kakaknya yang menjadi ‘role model’ dalam keluarga. Minta bantuan agar menasihati suami puan tentang kewajipan itu. Puan juga boleh sahaja membeli vcd2 kuliah yang disampaikan oleh pnceramah agama tanahair yang menyentuh isu ini. Kekadang ALLAH mahu menguji kesabaran kita dengan sikap suami yg ingkar perintah Allah. Banyakkan bersabar. Allah ada berfirman yg maksudnya,” Dan mintalah pertolongan dengan kesabaran dan bersolat. Sesungguhnya ALLAH bersama2 dgn orang2 yg sabar.” Jangan berputus asa dengan rahmat Allah. Letakkan diri puan antara takut dan harap terhadap Allah. Takutkan azab Allah ditimpakan kita dan ahli keluarga. Harapkan rahmat dan belas kasihan Allah agar ampunkan dosa2 kita sekeluarga. Harap2 Allah buka pintu hati suami puan untuk bertaubat nasuha.
    Puan Az,
    Puan tidak berdosa atas perbuatan suami. Sekiranya mengandung, jaga kandungan baik2. jgn berburuk sangka terhadap ALLAH. Sentiasalah membaca al Qur’an agar mendapat ketenangan jiwa, seterusnya membentuk janin yang baik di sisi ALLAH. Banyakkan berzikir la haula wa la quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘azhim=Tiada keadaan dan tiada daya upaya melainkan dengan (kekuatan)ALLAH yang Maha Tinggi dan Maha Agong. Amalkan walaupun ketika di dapur, di mana sahaja. Ini menjadikan kebergantungan kita kepada ALLAH subhanahu wa ta’ala.

    Wallahu a’lam.

  102. ibnuabbas Says:

    ratna Says:

    Mac 27, 2009 at 5:39 am e

    terima kasih atas jawapan tuan.
    Lega sedikit rasanya.
    Bolehkan tuan cadangkan apa2 cara untuk saya hilangkan kesedihan saya dan supaya saya dapat memaafkan suami saya agar hati saya tenang kembali?
    …………………………..

    Komen
    Sifat pemaaf sangat dipuji dalam Islam. ia salah satu drp sifat mahmudah(terpuji) yg diajar dalam ilmu akhlak/tasawwuf. Antara cara yg diajar dlm ISLAM utk hilangkan rasa dukacita ialah banyakkan bersedekah. Mungkin dgn akal kita yg singkat ini , kita tak nampak relevannya antara sedekah dan ketenangan jiwa. Tapi yakinlah apa yg dijanjikan dalam al Qur’an semuanya benar. Laksanakan sedekah dgn seikhlas mungkin, mengharapkan redha dan rahmat Allah. kemudian, berdoalah kepadaNya agar mencabut rasa dukacita dari diri kita dengan penuh kebergantungan kepadaNYA.

    Setiap kali mahu tidur, istighfar 100x, mohon keampunan atas dosa2 kita yg sedar mahupun tidak. maafkan kesalahan/kesilapan orang lain termasuk suami terhadap kita. Ia penting untuk permudahka keampunan ALLAH kepada kita.

    WALLAHU A’LAM.

  103. Az Says:

    Terima kasih atas pandangan dan nasihat tuan. Semoga Allah membuka hati suami saya.

  104. Editor Says:

    Saya berminat dengan tulisan ibnu abbas, safina zainal dan shaliza Ahmad. Saya harap dapatlah antum semua menghubungi saya pada email saya atau melawat blog saya. Tk.

    1. ibnuabbas Says:

      Salam ta’aruf buat Editor. Alhamdulillah saya dah ziarah blog anda. moga ketemu lagi..

  105. Sayha Says:

    Salam,
    Saya ingin membuat aqiqah untuk anak lelaki saya yg kini sudah berusia 2 thaun 6 bulan.
    Ada pihak yang mengatakan memadai dengan seekor kambing yang besar.
    Bolehkah saya berbuat demikian atau tetap dikenakan 2 ekor bagi anak lelaki?

    Terima kasih.

    1. ibnuabbas Says:

      aqiqah bagi anak lelaki sunat dibuat 2 ekor kambing.bukannya wajib. Maknanya, sah aqiqah anak lelaki puan walaupun dgn seekor kambing.

  106. nora Says:

    assalamualaikum…

    1. ibnuabbas Says:

      wa ‘alaikumusalam

  107. rose Says:

    assalammualaikum..
    saya nk bertanya apakah hukum memakai lotion bkn berjenama Islam sperti jhnson babay lotion dan apakah hukum dalam menunaikan solat??sah atau tdk?

    1. ibnuabbas Says:

      soal jenama sama ada islam atau tidak bukan soalnya. Yang penting bahan itu sendiri 2 zatnya sama ada terdiri daripada kandungan yang haram atau tidak.
      Lotion Baby johnson setahu saya merupakan produk yahudi. adapun kandungannya saya tidak pasti. Maka kita masukkan produk ini dalam kategori syubhah kerana ada keraguan padanya. Untuk pengesahan lebih lanjut, saudari bolehlah rujuk kepada JAKIM.

      Ulama’2 dunia menyeru kita umata Islam agar boikot produk Yahudi untuk melemahkan ekonomi zionis Israel.Itu sahaja yg kita mampu lakukan dari kejauhan ini.

      Wallahu a’lam.

  108. Yan Says:

    Assalamualaikum……..

    Sy ada 1 kemushkilan. Apa hukumnye seorang isteri/suami menghisap @ mengkulum kemaluan suami/isteri mereka?

    Adakah ia halal dalam melakukan persetubuhan mengikut cara Islam.

    Bagi sy, perbuatan tersebut tidak bermoral & lebih mengikut cara barat. Dan perbuatan ini telah menjadi ikutan pasangan suami isteri zaman sekarang untuk memuaskan nafsu masing2.

    Bolehkah pihak tuan menerangkan dgn lbh jelas tentang hukumnya.

    Wassalam…..

    1. ibnuabbas Says:

      Ulama berselisih pendapat pada menyatakan hukum mengulum kemaluan suami @ menghisap kemaluan isteri. Masalah ini tidak banyak dibincangkan dalam kitab2 fikh kerana perlakuan ini tidak dikenali di zaman dahulu. Sekarang, oleh kerana dunia menjadi kampung kecil, global village, maklumat2 luar negara menjadi mudah didapati melalui internet. Dunia tanpa sempadan pada hari ini menyebabkan masuknya budaya asing/barat dengan mudah termasuklah dalam aspek perlakuan seks.

      Mengulum atau menghisap kemaluan bukan dari budaya timur dan bukan juga dari budaya Islam. Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam diriwayatkan oleh A’isyah bhw baginda tidak melihat kemaluan A’isyah dan A’isyah r.a. juga tidak melihat kemaluan NABI ketika berjimak. Dan tidak ada dicatatkan dalam mana2 hadis bahawa Nabi menghisap kemaluan isteri2nya, dan tidak pernah dicatat juga isteri2nya mengulum kemaluannya.

      HUKUMNYA:

      Sebahagian ulama’ mengharuskan perlakuan tersebut kerana tidak ada larangan secara sarih/jelas tentang perkara itu.

      Sebahagian pula memakruhkannya kerana ia terkeluar daripada adab2 dalam berjimak.

      Sebahagian pula mengHARAMkannya dengan alasan pada kemaluan itu ada air mazi, dan ianya adalah najis. Maka dibimbangi najis mazi terkena mulut atau ditelan.

      Yang terbaik ialah tinggalkan apa yg meragukan kita dan buat yang diyakini halal. دع ما يريبك الى ما لا يريبك Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda yg maksudnya, ” Tinggalkan apa yg meragukan kamu kpd apa yg tidak meragukan kamu.”

      WALLAHU A’LAM

  109. maria low Says:

    Assalamualaikum,

    Saya amat tertarik membaca artikel dan ulasan Ustazah Safina berkenaan aurat wanita begitu juga dengan penjelasan oleh saudari shaliza ahmad dan juga IbnuAbbas. Saya seorang muallaf dan sedang membuat kajian berkenaan islam dalam banyak perkara….melalui penelitian saya, memang betul apa yang diutarakan oleh saudari shaliza ahmad. IbnuAbbas menerangkan bahawa menutup muka bagi wanita tidak diwar-warkan oleh para ustaz di Malaysia ini….izinkan saya memberi pendapat kerana saya sendiri berpurdah setelah membuat kajian mendalam tentang hal ini…pana pendapat saya guru2 agama di Malaysia ini sudah “lali” dgn pendapat muka dan tangan bukanlah aurat wanita walaupun pada hakikatnya menurut pendapat yang paling benar di sisi mazhab kita syafiie ianya adalah aurat…mungkin para guru agama kita di malaysia ini di dedahkan dgn pendapat ini semenjak awal lagi dan mereke sangka itulah pendapat mazhab syafiie…begitu juga dengan hal zakat fitrah menurut segolongan besar ulama ianya wajib dibayar dalam bentuk makanan ruji (staple food) bukannya wang….dan ramai orang di malaysia ini menyangkakan inilah pendapat mazhab syafiee sedangkan ianya tidak….begitu juga dengan soal berbilang jumaat dalam suatu mukim yang mana ianya tidak sah dalam mazhab syafiie tapi perkara ini tidak diketahui oleh orang kita dan guru agama juga sama ada tidak tahu ataupun buat tak tahu…jadi saya rasa persoalannya ialah pendedahan kepada furuk mazhab sudah menjadi goyah sekarang ini di malaysia (berbdanding dgn dahulu)…saya bukan mengkritik tapi sekadar memberi pendapat…soalan saya buat ustazah safina dan ibnuabbas…..
    – Apakah hukum wanita bebas keluar bekerja tanpa hajat yang darurat, ada yang beralasan membantu suami, dan lain-lain lagi….pada hemah saya jika Rasulullah SAW melihat wanita zaman sekarang bebas keluar tanpa halangan pasti Baginda akan melarangnya…

    Maria Low

    1. ibnuabbas Says:

      Islam membenarkan isteri bekerja tetapi semua kebenaran tadi adalah diikat dengan syarat-syaratnya.

      Keharusan ini termasuk dalam umum ayat Allah SWT iaitu :-

      للرجال نصيب مما اكتسبوا وللنساء نصيب مما اكتسبن

      Ertinya : “Bagi lelaki bahagian yang ia usahakan dan bagi wanita bahagian yang ia usahakan” ( An-Nisa : 32 )

      Nabi SAW pula telah menyebutkan bahawa :-

      ما أكل أحد طعاما قط خيرا من أن يأكل من عمل يده

      Ertinya : “Tiada seorang pun yang makan lebih baik dari orang yang makan hasil dari tangannya sendiri” ( Riwayat, Al-Bukhari, no 1966, Fath Al-bari, 4/306)

      Disebut juga dalam sebuah hadith dhoif :

      من بات كالاًّ من عمل يده بات مغفورًا له

      Ertinya : Sesiapa yang tidur dengan keletihan dari kerja tangannya sendiri, ia tidur dalam keadaan diampunkan oleh Allah SWT” ( Riwayat Ibn ‘Asakir & At-Tabrani ; Al-Haithami dalam Majma Az-Zawaid : Ramai perawinya tidak aku kenali )

      Justeru, bekerja dan mencari nafqah adalah wajib bagi lelaki yang tiada sebarang keuzuran tubuh dan aqal bagi menanggung isteri dan keluarganya manakala wanita pada asasnya, hukum Islam meletakkannya untuk berperanan di rumah dan keluarga bagaimanapun wanita tidak dilarang bekerja di luar rumah jika terdapat keperluan serta mampu menepati syarat-syarat yang ditetapkan Islam. Isu ini tidak dibincangkan meluas di zaman Nabi atau sahabat kerana terlalu kurang keperluan untuk itu pada zaman tersebut ( Nizam Al-Usrah, Dr Uqlah Al-Ibrahim, 2/280)

      mesejSejarah Wanita Bekerja di Zaman Nabi

      Kebanyakan wanita di zaman Nabi dahulu tidak bekerja di luar rumah dan hanya bekerja di sekitar rumahnya sahaja. Cuma sebahagian waniat islam adakalanya bertugas di luar rumah sekali sekala berdasarkan keperluan.

      Ummu Atiyah sebagai contoh yang bertugas menguruskan jenazah wanita Islam di Madinah, merawati lelaki yang cedera di medan peperangan disamping itu menyediakan makanan buat pejuang-pejuang Islam.

      Termasuk juga adalah Rufaydah Al-Aslamiyyah, yang merupakan doktor wanita Islam pertama yang mana Nabi SAW menyediakan sebuah khemah khas di masjid Nabi untuk tujuan rawatan bagi pejuang Islam yang cedera ketika peperangan ‘Khandaq’.

      Demikian juga Ar-Rabaiyyi` bint Mu`awwiz and Umm Sulaim yang bertugas di luar rumah untuk memberi minuman dan makanan kepada pejuang. Ash-Shifa’ binti `Abdullah pula pernah bertugas sebagai guru yang mengajar wanita-wanita islam membaca dan menulis di ketika baginda nabi Muhammad SAW masih hidup.

      Umm Mihjan pula bertugas sebagai pembantu membersihkan masjid nabi sehingga ketika ia meninggal dunia, nabi tercari-carinya dan diberitahu kemudiannya, ia telah meninggal dunia. Sebagai penghormatan, baginda Nabi SAW pergi di kuburnya lalu menunaikan solat jenazah buatnya.

      Selain itu, Khalifah `Umar ibn Al-Khattab juga pernah melantik wanita bernama Ash-Shifa’ untuk menjalankan tugas al-hisbah atau ‘Shariah auditor’ di pasar di ketika itu bagi memastikan ia dijalankan menepati Shariah.

      Semua ini menunjukkan keharusannya, cuma semua keharusan tadi diikat dengan syarat tertentu sebagaimana yang disebut oleh Prof. Dr Md Uqlah Al-Ibrahim antaranya ( Nizam Al-Usrah, 2/282 ; Al-Mar’ah Bayna Al-bayt Wal Mujtama’, hlm 18) :-

      1) Terdapat keperluan : menyebabkan ia terpaksa keluar dari tanggungjawab asalnya (iaitu peranan utama kepada rumahtangga) seperti :-

      a- Kematian suami dan memerlukan belanja kehidupan.

      b- Memberikan bantuan kepada dua ibu bapa yang sangat miskin atau suami yang uzur tubuhnya.

      c- Membantu bisnes suami yang memerlukan banyak tenaga dan kos.

      d- Mempunyai keistemewaan yang hebat sehinggakan kemahiran ini sangat diperlukan oleh masyarakat umumnya.

      2) Mestilah kerja ini bersesuaian dengan fitrah seorang wanita dan kemampuan fizikalnya.

      3) Mestilah keluarnya untuk bekejra dengan menutup aurat dan sentiasa menjauhi fitnah di tempat kerja.

      4) Mestilah kerjanya tidak memerlukannya berdua-duanya dan bercampur baur dengan lelaki.

      Sebagaimana antara dalil yang menunjukkan keperluan untuk tidak bercampur dan berasak-asak dengan kumpulan lelaki sewaktu bekerja adalah firman Allah SWT :-

      وَلَمَّا وَرَدَ مَاء مَدْيَنَ وَجَدَ عَلَيْهِ أُمَّةً مِّنَ النَّاسِ يَسْقُونَ وَوَجَدَ مِن دُونِهِمُ امْرَأتَيْنِ تَذُودَانِ قَالَ مَا خَطْبُكُمَا قَالَتَا لَا نَسْقِي حَتَّى يُصْدِرَ الرِّعَاء وَأَبُونَا شَيْخٌ كَبِيرٌ

      Ertinya : “Dan tatkala ia ( Musa a.s) sampai di sumber air negeri Mad-yan ia menjumpai di sana sekumpulan orang (lelaki) yang sedang meminumkan (ternaknya), dan ia mendapati di belakang lelaki-lelaki itu, ada dua orang wanita yang sedang memegang (ternaknya dengan terasing dari lelaki).

      Musa berkata: “”Apakah maksudmu (dengan berbuat begitu)?”” Kedua wanita itu menjawab: “”Kami tidak dapat meminumkan (ternak kami), sebelum pengembala-pengembala itu memulangkan (ternaknya), sedang bapak kami adalah orang tua yang telah lanjut umurnya” (Al-Qasas : 24 )

      5) Mendapat izin wali atau suami.

      6) Mestilah kerjayanya tidak menyebabkan terganggu dan terhentinya tanggung jawab di rumah terhadap anak serta suami. (Nazarat Fi Kitab As-Sufur, hlm 84)

      7) Tujuan dan niat utama bekerja bukanlah kerana keasyikan dan keghairahan kepada mengumpul harta dan niat semata-mata menyaingi lelaki.

      8) Mestilah berhenti sekiranya terdapat keperluan dan kecatatan dalam pendidikan anak-anak.

      9) Digalakkan ianya dilakukan dalam tempoh tertentu sahaja dan bukan selama-lamanya sehingga pencen. Sepatutnya berhenti sejurus suami mempunyai kemampuan menanggung seluruh keluarga dengan baik. Kecuali jika mempunyai kualiti yang amat diperlukan oleh masyarakat umum.

      Sebagai panduan buat suami isteri bekerja, disertakan keputusan majlis Fiqh Sedunia tentang perkara berkaitan.

      Keputusan Majlis Fiqh Sedunia dalam persidangan yang ke-16 bertempat di Dubai pada 9-14 April 2005 telah membuat ketetapan seperti berikut :-

      1. Pemisahan tanggungan harta di antara suami isteri

      Isteri mempunyai kelayakan sepenuhnya dan hak harta yang tersendiri. Menurut hukum Shariah, isteri mempunyai hak penuh terhadap (harta) yang diusahakan, samada untuk menggunakannya, memiliki sesuatu, membelanjakannya sementara suami tidak punyai sebarang berkuasa ke atas harta isterinya itu. Isteri juga tidak perlu mendapat izin suami dalam pemilikan hartanya itu dan cara belanjakannya.

      2. Nafkah perkahwinan

      Seorang isteri berhak menerima nafkah yang telah ditetapkan mengikut kemampuan suami bersesuaian dengan uruf yang benar juga kebiasaan masyarakat setempat yang diterima syara’. Kewajipan memberi nafkah ini tidak gugur kecuali jika berlaku nusyuz (di pihak isteri).

      3. Isteri keluar bekerja

      *
      Tanggungjawab asas bagi seorang isteri ialah mengurus keluarga, mendidik anak-anak dan memberi sepenuh perhatian terhadap generasi masa depan itu. Walaubagaimanapun, di ketika perlu, isteri berhak untuk bekerja dalam bidang yang bersesuaian dengan tabiat dan kemahirannya menurut uruf yang diiktiraf syara’ dengan syarat hendaklah dia beriltizam (menjaga) hukum-hukum agama.
      *
      Kewajipan suami memberi nafkah kepada isteri yang berkerja tidak gugur menurut Islam, selagi mana tidak berlaku ketika keluarnya isteri tersebut untuk bekerja menyebabkan berlakunya isteri ‘nusyuz’, tatkala itu gugur kewajipan suami memberi nafkah kepada isterinya yang nusyuz.

      4. Isteri turut serta membiayai perbelanjaan keluarga

      *
      Menurut pandangan Islam, dari awal mula lagi, isteri tidak wajib berkongsi peranan membiayai nafkah (perbelanjaan) yang diwajibkan ke atas suami. Suami juga tidak harus mewajibkan isteri membantunya (dengan bekerja).
      *
      Kerelaan seorang isteri untuk turut berperanan membantu perbelanjaan keluarga merupakan suatu perkara dibenarkan menurut pandangan syara’ demi menjayakan makna bantu membantu dan bertolak ansur di antara suami isteri.
      *
      Diharuskan untuk membuat persefahaman dan persepakatan di antara suami isteri akan cara pengurusan pendapatan merkea termasuk pendapatan yang diperolehi oleh isteri.
      *
      Jika keluarnya isteri bekerja memerlukan kos tambahan, maka isteri menanggung sendiri kos tersebut ( seperti pengangkutan dan lain-lain)

      5. Kerja Sebagai Syarat

      *
      Seorang isteri dibenarkan untuk meletakkan syarat pada akad perkahwinannya bahawa ia hendaklah dibenarkan bekerja, apabila suami redha dengan syarat itu, ia menjadi kemestian baginya untuk membenarkan (setelah kahwin). Syarat itu hendaklah dinyatakan secara jelas ketika akad.
      *
      Suami pula harus meminta isteri meninggalkan kerjayanya walaupun sebelum ini ia membenarkannya, iaitu sekiranya meninggalkan pekerjaan itu dibuat atas tujuan kepentingan keluarga dan anak-anak.
      *
      Tidak harus, pada pandangan syara’ bagi seorang suami untuk menjadikan keizinannya kepada isteri untuk bekerja dengan syarat isteri hendaklah membantu perbelanjaan keluarga yang diwajibkan ke atas suami; tidak harus juga suami mensyaratkan isteri memberi sebahagian daripada pendapatannya kepada suami.
      *
      Suami tidak boleh memaksa isteri untuk keluar bekerja.

      6. Perkongsian isteri dalam pemilikan harta

      Apabila isteri benar-benar turut menyumbang harta dan pendapatannya bagi mendapatkan dan memilki rumah, aset tetap atau sebarang projek perniagaan, ketika itu isteri mempunyai hak perkongsian pemilikan terhadap rumah atau projek tersebut mengikut kadar harta yang disumbangkannya.

      7. Penyalahgunaan hak dalam bidang pekerjaan

      *
      Sebuah perkahwinan itu mempunyai beberpaa kewajiban bersama yang patut ditanggung oleh pasangan suami isteri dan ia ditentukan oleh Shariah Islam dengan jelas. Justeru hendaklah perhubungan antara suami isteri dibina adalah landasan keadilan, tolak ansur dan saling menyayangi. Sebarang tindakan yang melangkaui batasan berkenaan adalah haram pada kacamata syara’.
      *
      Seorang suami tidak harus menyalahgunakan haknya sebagai suami untuk menghalang isteri bekerja atau memintanya meninggalkan kerjayanya sekiranya ia hanya bertujuan untuk memudaratkannya (isteri) atau diyakini tindakan itu hanya akan menyebabkan keburukan melebihi kepentingan yang diperolehi.
      *
      Demikian juga halnya ke atas isteri (tidak harus menyalahgunakan keizinan dan hak yang diberikan), iaitu jika ia berterusan dengan kerjayanya hingga menyebabkan mudarat kepada suami dan keluarga atau melebihi maslahat yang diharapkan.
      ………….
      Jawapan di atas diambil dari zaharudin.net yg diterjemahkan dari keputusan Majlis Fiqh dunia.

      Maaf buat Maria krn saya tak sempat nak komen lebih. InsyaAllah lain kali.

  110. Aisyah Says:

    Salam.

    Saya ingin bertanya, bagaimanakah cara seorang isteri (yakni saya) patut menegur suaminya yg suka meninggalkan solat?

    Kalau boleh saya inginkan cara yang betul² memberi kesan yg mendalam pd suami lantas berusaha utk tidak meninggalkannya lagi.

    Suami saya solat tp ikut suka hati dia nak buat atau tidak. Selalunya solat maghrib mmg dia tidak tinggal. Itupun kalau berada di rumah. Kalau berada di luar rumah kemungkinan besar utk tinggalkan adalah tinggi.

    1. ibnuabbas Says:

      Salam.
      Boleh terus tegur secara langsung hinggalah dia berubah. Dlm waktu yg sama, bersabar dan berdoalah agar Allah buka pintu hatinya utk berubah secara total.

      Atau carilah sedara mara, kawan2 dia yg soleh utk tegur dia secara langsung atau tidak langsung. Minta mereka sentiasa ajak dia bersolat di surau@ masjid.

      Ingatlah hidayah milik Allah, bukan milik kita.Kalau Allah izinkan, maka dgn usaha kita itu, Allah buka pintu hatinya. Kalau tidak, maka kita tidak akan disoal lagi di akhirat kelak.

      bersangka baiklah terhadap Allah, mungkin Allah mahu puan dapat ganjaran pahala yg brlipatkali ganda kerana sabar atas sikap suami itu. Ia merupakan ujian buat seorang isteri yg solehah.

      Jgn sekali2 berleter dan marah2. Tegurlah dgn baik dan penuh kebergantungan kpd Allah.

      WALLAHU A’LAM.

  111. SHIFA Says:

    APAKAH TANGGUNGJAWAB SUAMI?

    1. ibnuabbas Says:

      1.Mendidik isteri dengan ajaran agama baik aspek akidah, fiqh terutamanya yg berkait dgn wanita, dan akhlak Islam.
      2.Menjadi pelindung isteri=memastikan keselamatan isteri terjaga.
      3.memenuhi nafkah zahir dan batin

  112. farah Says:

    assalamualaikum,,
    saya ingin bertanya dua soalan,,
    1.dahulu nabi sangat baik,,
    tetapi kenapa ada golongan yang tidak
    suka kepada baginda?
    2.boleh tak orang perempuan yang sudah baligh
    memegang tangan sepupu lelakinya?

    1. ibnuabbas Says:

      wa ‘alaikumussalam

      1.Memang sudah sunnatullah(ketetapan Allah) dlm dunia ini, ada baik dan jahat. ada pertentangan antara hak dan batil. Ada org yg perjuangkan kebenaran, dan sudah tentu ada yg menentang kebenaran. Golongan yg tidak suka kpd baginda merupakan org2 yg menentang kebenaran. Nabi baik dulu, kini dan selamanya.
      2.Perempuan yg sudah baligh boleh memegang tangan sepupunya yg masih kanak2.Kalau sama2 sudah baligh, maka haram hukumnya walaupun sepupu lelaki itu macam adik beradik kerana tinggal serumah contohnya.

  113. farah Says:

    3.boleh tak budak tahap dua couple?

    1. ibnuabbas Says:

      tahap dua tu apa?

  114. Anilzar Says:

    Salam,
    Saya telah buat aqiqah uutuk anak lelaki saya iaitu seekor kambing. Sunat untuk buat 2 ekor kambing @ 2/7 daripada lembu. Saya nak tahu, bolehkah saya buat sebahagian lagi dengan lembu iaitu 1/7. Adakah boleh aqiqah itu dibuat campur iaitu seekor kambing dan 1/7 lembu dan bukan pada waktu yang sama.

    1. ibnuabbas Says:

      Salam.
      Sudah memadai dgn seekor kambing. Tidak perlu lagi buat satu bahagian lembu di waktu yg lain. Ia menyalahi sunnah Nabi s.a.w.

  115. shime Says:

    bapa saya meninggal pada bln 3 yg lepas.
    Semasa pengkebumian. saya turut sama mengcangkul tanah menutup keranda. Soalan saya adakah salah saya seorang perempuan turut sama menguruskan upacara itu.

    1. ibnuabbas Says:

      Urusan pengkebumian hendaklah dijalankan oleh kaum lelaki khususnya kerabat terdekat. Tidak sayugia wanita yg menggali, mahupun menurunkan jenazah ke liang lahad.

      1. Safina Zainal Says:

        As-Salamu’alaikum Shime,
        Hukum asal wanita menziarahi kubur adalah HARAM berdasarkan beberapa Hadis Sahih yang melarangnya, tetapi pada waktu yang lain Nabi SAW membenarkannya kerana ianya dapat membantu mengingati mati. Walaubagaimanapun Jumhur (majoriti) Fuqaha berpendapat “keizinan” yang diberi Nabi SAW itu bukan bersifat Mutlaq bahkan ianya masih dalam kategori “Makruh” dan ini juga pendapat yang Muktamad dalam Mazhab Syafi’ie kita dengan syarat TIDAK BERCAMPUR LELAKI dan WANITA serta Kaum wanita menjaga adab menutup aurat tidak berhias (sama ada pada badan atau pakaian) dan tidak memakai wangi-wangian. Tidak bercampur di sini bermaksud tidak berada dalam satu kumpulan dengan kaum lelaki bahkan terasing. Melihat pada budaya kaum Melayu di Malaysia ini, di mana sering kali berlaku pencampuran (Ikhtilat) lelaki dan wanita serta tidak menutup aurat dengan sempurna, maka hukumnya dengan jelas Haram, manakala turut menggali bersama-sama dengan kaum lelaki dimana ianya dapat dipersaksikan [dipertontonkan] oleh kaum lelaki ajnabi tanpa uzur syari’ie maka hukumnya HARAM TANPA KHILAF.

        Wallahu’alam

  116. rashidah Says:

    antara islam dan iman yg mane kah didahulukan?

  117. Safina Zainal Says:

    Shime,
    Perlu diperingatkan bahawa Hukum Makruh Menziarahi Kubur bagi Wanita merujuk kepada Kubur selain daripada para Nabi, Rasul & Orang-Orang Soleh yang mana hukumnya Sunnah bagi mereka menziarahi kubur-kubur mereka dengan syarat yang ditetapkan. Hukum Makruh bagi wanita menziarahi kubur ini adalah pendapat yang dipegang oleh Jumhur Fuqaha dengan syarat kaum wanita mengikut syarat-syarat syari’ie. Terdapapt satu Qaul Asahh [pendapat yang paling tepat] dalam Mazhab Hanbali bahawa wanita tetap Haram menziarahi kubur kecuali maqam para Nabi dan orang yang soleh, dan ini juga dipilih oleh Ibnu Hazam, tetapi kita berpegang dgn Mazhab Syafi’ie iaitu hukumnya Makruh

  118. Ros Says:

    Salam
    1.Boleh kah seorang perempuan berkahwin dengan lelaki lain sedangkan dia belum habis eddah…waktu datang bulan tidak tentu masa…maksudnya dalam sebulan kadang x datang..kadang dua bulan baru datang period…jika ikut bulan dah melebihi 3 bln tetapi jika ikut datang bulan (period) masih blm 3 kali suci..
    2.boleh kah kawan bayar kan zakat fitrah utk sahabatnya (tidak ada apa2 pertalian persaudaraan hanya sahabat baik)

    1. ibnuabbas Says:

      1.Tidak boleh. Eddah wanita dikira 3 quru'(3 kali suci), bukannya 3 bulan. itu untuk wanita yg menapous. Tidak kira sama ada haidnya teratur ataupun tidak.

      2.Antara syarat wajib zakat fitrah ialah mampu. Maksud mampu ialah mempunyai lebihan harta pada malam hari-raya dan juga siangnya setelah ditolak belanja keperluan diri dan orang-orang yang berada di bawah tanggungannya (termasuklah binatang peliharaannya); meramgkumi belanja makanan, pakaian, sewa rumah dan juga hutang.

      Kesimpulannya, kalau bayarkan zakat untuk sahabat kerana beliau sibuk, bukannya guna duit kita kerana dia tak mampu, maka hukumnya harus. Ini masuk dalam bab wakalah.

      1. Lina Says:

        Salam…saya nak tanya mengenai zakat fitrah…blhkah teman/tunang saya membayar zakat fitrah utk saya (walaupun saya mampu) kerana dia telah mengganggap saya sebagai satu tanggungjawabnya walaupun belum ada sebarang ikatan yg sah (akan mendirikan rumahtangga pd hjg thn ini)

  119. Safina Zainal Says:

    As-Salamu’alaikum Lina,

    Adalah lebih baik dan elok jika tunang saudari membayar zakat fitrah sebagai WAKIL bagi pihak saudari (menggunakan duit Wali saudari iaitu Bapa atau adik-beradik lelaki / duit saudari sendiri) kerana pertunangan bukanlah suatu ikatan sah yang menghalalkan persetubuhan atau berdua-duaan. Tanggapan tunang saudari bahawa saudari adalah tanggungjawabnya walaupun tiada ikatan yang sah, tidak mempunyai sebarang dasar Syarie. Perlu diperingatkan “pertunangan” tidak menghalalkan sesuatu yang haram seperti keluar “dating”, berdua-duaan, bersentuh-sentuhan, berjumpa tanpa uzur syarie, dan lain-lain lagi. Adab bertunang ialah pihak lelaki hanya dibenarkan melihat muka dan tangan wanita tersebut. Dilihat mukanya untuk mengetahui kecantikannya dan dilihat tangannya untuk mengetahui kehalusan tubuh/kulitnya. Selain dari tujuan bertunang, kaum wanita diwajibkan menutup kedua bahagian badan tersebut ketika berhadapan dengan kaum lelaki yang tidak mahram sama ada dikhuatiri timbulnya Fitnah atau tidak, seperti mana yang disepakati Jumhur Fuqaha’ termasuk Ulama Mazhab Syafi’ie kita. Wallahu’alam.

  120. Editor Says:

    Syarat sah zakat adalah niat. Maka zakat fitrah itu sah dengan niat oleh seseorang dan termasuk niat itu dia membayarnya bagi tanggungannya sekali. Bagi yang bukan tanggungan, maksud tadi tunang, boleh tunang anda membayar tetapi memandangkan dia bukan tanggungan maka tidak sah niat dia membayar itu bagi pihak anda. Sah itu hanya jika dia menjadi wakil anda dengan membayarkan zakat anda. Kerana sah zakat orang lain itu jika kita bayarkan maka orang lain itu kena niat dan kita bayarkan. Maksudnya kena dengan izin orang lain itu, baru boleh kita bayarkan. Kalau suka-suka bayar, maka tak sah zakat itu. Kerana tiada niat daripada orang lain itu. Kalau ada niat baru sah. Itu sebab yang terbaiknya, kalau nak bayarkan orang lain, kerana kasihat atau sebagainya, beri sahaja duit tersebut pada orang lain itu dan biar dia bayar sendiri.

    Sekian.

  121. sareena Says:

    salam…
    apakah hukum bersetubuh melalui dubur…?
    adakah ia diketogerikan sebagai liwat?

    1. tozo Says:

      maaf lewat balas. x sedar soalan ni terbiar lama.
      Haram hukumnya bersetubuh melalui dubur. Ya , ia dnamakan liwat. Bertaubatlah sesiapa yg telah melakukannya kerana ia amalan kaum nabi Lut yg dilaknat Allah.

  122. adik Says:

    salam
    apakah hukum membuat kepok bagi orang yang sudah meninggal dunia…

    1. tozo Says:

      maaf, tak faham apa makna kepok. sila jelaskan.

  123. shifa Says:

    assalamualaikum..
    bagaimana cara untuk saya melupakan kesalahan suami saya yang telah membuka rahsia di katil kepada bekas kekasih dia..apakah hukum bagi seorg suami yang berbuat demikian?

    1. tozo Says:

      Wa alaikumussalam.

      Soalan sdri wajar ditujukan kpd pakar kaunseling. Waaubagaimanapun, saya cuba memberi pandangan sekadar kemampuan yg terbatas. Memaafkan seseorang merupakan perbuatan yg sgt mulia. Ttp menyedarkan suami puan terhadap perbuatannya itu juga suatu tuntutan. Hukum seorg suami berbuat demikian adalah haram dan berdosa. Rahsia di katil hanya milik suami isteri walaupun sudah bercerai. Tiada hak utk kita dedahkan rahsia itu kpd sesiapa walaupun kpd pasangan baru. Hendaklah berusaha menyedarkan suami puan bhw Islam sgt mengeji perbuatan itu. Tetapi kalau teguran secara langsung boleh menyebabkan pergaduhan, maka elakkan dan cuba cara lain membeli buku2 agama yg berkaitan dan letaklah di dlm bilik tidur agar beliau perasan. berdoalah agar beliau membacanya dan berubah.

      saya doakan puan berjaya dan bahagia.

      wassalam.

  124. Lina Says:

    salam..
    sy ingin berkahwin tp mendapat tentangan dr phk keluarga.jd sy dan psgn ingin berkawin di Thailand secara senyap sehingga mendapat restu dari phk keluarga (takut terjadi perkara yang tidak diingini).blh kah sy di akad nikah kali kedua utk menjaga hati keluarga krn mereka tidak mengetahui tentang pernikahan sy di Thailand? setahu sy akad hanya sah sekali saja..dan sah ke nikah saya jika saya bernikah di Thailand?

    1. ibnuabbas Says:

      InsyaAllah Nikah di Selatan Thailand sah apabila cukup syarat2 yg membolehkan saudari nikah di sana. Tetapi hati2 takut terlibat dgn nikah sindiket yg byk risikonya. Lebih baik cari jurunikah bertauliah dgn Jabatan Agama di Selatan Thailand. Tetapi apabila kembali ke Malaysia, masih terpaksa didaftarkan dgn Pej Agama tempat saudari. Berterus terang sahaja lah dgn keluarga apabila sampai masanya. tak payah angkat nikah dua kali.Angkat nikah kali kedua boleh dilakukan apabila nikah kali pertama tidak sah. tak cukup syarat.

      wallahu a’lam.

  125. Amin Says:

    Salam,

    Saya berniat utk buat aqiqah utk 2 org anak saya(Perempuan-7thn lebih & Lelaki-3 thn lebih) sempena majlis perkahwinan adik saya. Saya akan membeli seekor lembu dan hanya 3 bhg drpd 7 bhg adalah utk aqiqah. Selebihnya adalah utk jamuan/ kenduri. Soalan saya spt di bwh:

    1)Apakah kita perlu mencukupi 7 bhg tersebut utk melakukan aqiqah?
    2)Apakah hukumya jika keseluruhan daging tersebut dicampur, kemudiannya dimasak & dihidangkan utk jamuan/ kenduri?
    3)Bagaimana caranya utk pastikan supaya daging tersebut (3/7 bhg) tidak dihidangkan utk temamu yg bukan Islam?
    4)Bagaimana jika saya menawarkan 4 bhg lagi kpd saudara2 saya utk membuat aqiqah utk anak2 mereka. Samada bhg tersebut dibayar mengikut kemampuan mereka atau secara percuma. Apakah hukumnya?

    Mohon nasihat drpd pihak tuan. Wassalam

    1. ibnuabbas Says:

      1)Tidak perlu
      2)Harus
      3)Seelok-eloknya, tentukan dahulu bahgian yg diakikah. kemudian, simpan sedikit 4 bhgian daging yg tidak diakikahkan itu utk dimasak khas utk bukan Islam. Apbila penyambut tetamu menyedari kehadiran mereka, maka bolehlah keluarkan lauk yg dimsak menggunakan bhgian daging bukan akikah utk mereka. Kalau saudara merasakan sgt rumit utk melakukan sedemikian, maka bertalfiqlah(berpindah kpd fatwa ulama’ (di luar mazhab syafie)yg mengharuskannya.
      4)Boleh juga ditawarkan kpd saudara2 yg lain. Tidak kira sama ada dibayar ikut kemampuan ataupun secara percuma. Cuma yg seeloknya, niatkan sedekah wang nilaian bahagian lembu kpd adik beradik saudara agar mereka dpt ‘title’ org yg mampu melaksanakan akikah itu.

      Wallahu a’lam

  126. Ahmad Says:

    Saya amat berminat dengan tulisan Shaliza Ahmad mengenai qaul – qaul dalam mazhab syafei…jika saudari mempunyai blog atau penjelasan mengenai qaul-qaul ini tolong email kat saya di miq_azhari@yahoo.com untuk saya lebih memahami apa maksud qaul asoh, sohih, muktamad, dan sebagainya. Kadang-kadang mengenai permasalahan fekah mengenai sesuatu isu penyelesaiannya amat berbeza nukilan setiap ashab syafieyah…ada yang kata boleh dan ada pendapat yang sebaliknya…Macam mana kita nak pilih pendapat ashab syafieyyah yang banyak ini dalam kehidupan sehari-hari?

    soalan kedua … apakah kitab fekah mazhab syafei yang boleh diambil kesimpulan dan pegangan untuk dijadikan panduan tanpa perlu merujuk kepada banyak kitab? Adakah Al-Umm, Mughni Muhtaj, Fathul Muin, Mukhtasor Muzani, Majmuk Nawawi, Minhaju Talibin,Manhaju Tullab atau sebagainya?

    Adakah setiap kitab-kitab fekah aliran mazhab syafie mempunyai maratib atau kedudukan tertentu dalam penentuan hukum? Contohnya kitab ni kata macam nie…. dan kitab lain pula kata lain walaupun sekitar permasalahan yang sama…yang mana perlu dipegangi?

    Kenapa dalam beberapa perkara kita masih pakai qaul qadim imam syafei sedangkan qaul jadid masih ada? Seingat saya dalam 10 perkara kalau xsalah…

    Sesiapa yang ada info tolong bantu saya rungkaikan persoalan fikhiyyah ini…. sesiapa yang ada info…amat berharap.

    1. ibnuabbas Says:

      Salam buat Ahmad,

      Ada satu kitab المعتمد في مذهب الشافعى dikarang oleh Syeikh Muhammad Az Zuhaili(bukan Wahbah az Zuhaili), ada sahabat kata beliau adik syeikh wahbah. Ia himpun segala pendapat2 muktamad dlm fikh mazhab syafie. Ia sangat baik utk dijadikan rujukan.

      Wallahu a’lam.

      1. Ahmad Says:

        Jazakallahu Khaira Jaza`

  127. nazri Says:

    sy slalu ad masalah was2..
    x kira la waktu amik wuduk or takbir..
    cmne nk atasi was2 ye ustaz?
    1 lg,sy ad mslh kua air mazi tibe2..
    kdg waktu smbhyg..
    kdg2 bile sy check pas smyg xde..
    bile da sp smyg cek blk ad plak..
    sy x terangsang pun..
    cmne ustaz?

    1. ibnuabbas Says:

      SALAM NAZRI,

      Masalah yg saudara hadapi dipanggil penyakit waswas. Ia datang dari syaitan. Cuba seboleh2nya jauhi waswas. Jangan dilayan sangat. Ini fenomena biasa yg berlaku kepada umat Islam. Syaitan menyesatkan manusia dengan pelbagai cara. Bagi org yg fasik, mereka terus dilalaikan dgn maksiat yg dilakukan. Bagi org yg taat, mereka dipesongkan dgn cara yg berlainan dari yg melakukan maksiat. antaranya dgn penyakit waswas. Maka hendaklah berusaha bersungguh2 jauhi waswas. Nabi bersabda ان الوسوس من الشيطان yg bermaksud: “Sesungguhnya WASWAS itu daripada syaitan.”

      Penyakit waswas bukan sahaja terkena kpd masyarakat Isam sahaja bahkan ia merupakan penyakit universal. Dalam istilah psikologi, ia dipanggil “Obsessive Compullsion Disorder.”(OCD). Di barat, org yg terkena OCD biasanya org yg sangat2 mementingkan kebersihan sehinggakan mereka membersihkan tangan berulangkali kerana waswas sama ada sudah benar2 bersih atau tidak. mereka rasa dijangkiti kuman apabila terpegang sesuatu. Apabila mandi, mereka mandi dlm tempoh yg sangat lama, luarbiasa. Maka samalah dgn org Islam yg mengambil air wudhu’ berulangkali kerana merasakan tidak rata.

      Pesanan saya, jangan dilayan teruskan dgn sekali ambil wudhu sahaja, insyaALLAH sah.

      Begitu juga dgn takbirarul ihram. Apa yg sebenarnya menyebabkan kita waswas? Adakah kerana kita takut niat belum sempurna dlm hati? Itulah bisikan syaitan agar kita sukar melaksanakan ibadah. Kalau kita waswas niat sudah sempurna atau tidak dek kerana kita bermazhab syafie, maka kita talfiq aja kpd 3 mazhab lain yg menfatwakan harus niat sebelum mengangkat takbir. Qaul dhoif dlm Mazhab Syafie pun membenarkan kita berniat sejurus sebelum takbir. Lalu, ketika takbir tumpukan perhatian kpd kebesaran Allah iaitu makna bagi lafaz Allahu Akbar. InsyaALLAH selamat dari waswas dan sah solat.

      Satu lagi tip,kalau saudara mengamalkan lafaz niat sebelum takbir utk menolong hati berniat, jangan lafaz niat dlm bahasa arab kerana ia utk org arab sahaja. Lafazlah dlm bahasa melayu. Contohnya,”Sahaja aku sembahyang fardhu zohor…”.Ini sekurang2 niat yg wajib (mengandungi qasad taarud dan ta’ayin). Yg lain semuanya sunat sahaja seperti rakaat, ikut imam, menghadap kiblat).

      Setelah atau sedang angkat takbir, akan ada bisikan syaitan kata ‘kena buat semula ni. tak sempurna ni. tak engkap ni. tak sah ni..dll. Jangan layan. teruskan solat macam biasa.

      Mudah2an Allah beri kekuatan kpd saudara lawan bisikan syaitan utk menyesatkan umatnya.

  128. ibnuabbas Says:

    Nazri,

    Satu lagi, tentang air mazi tu, Nabi pernah bersabda,
    Daripada Abi Hurairah (ra) katanya, telah bersabda Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam): “Jika salah seorang dari kamu mendapati sesuatu di dalam perutnya (terasa seperti kentut) lalu ia ragu, apakah keluar atau tidak? Maka janganlah dia keluar dari masjid sehingga dia mendengar suaranya ataupun mencium baunya”.

    [HR Muslim]

    Walaupun dlm hadis tu tak sebut ttg air mazi, ulama’ syafi’iyah membuat satu kaedah berdasarkan hadis pendek yg berbunyi, “دع “ما يريبك الى ما لا يريبكyg bermaksud,”tinggalkan yg meragukan kamu kepada yg tidak meragukan kamu.”

    Dlm kontek masalah tadi, Yg yakin kpd saudara ialah saudara sudah berwudhu’. Yagn ragu ialah keluar mazi tengah laksanakan solat. Kelaur mazi itu bukan suatu keyakinan sehinggalah kita benar2 nampak ‘ain’nya(jisimnya/zatnya). Jadi, tinggal yg meragukan bermaksud saudara wajib tinggalkan perasaan mazi keluar. teruskan solat. InsyaALLAH SAH SOLAT dan selamat dari waswas.

    Tambahan jawapan bagi wudhu pula, Nabi s.a.w. pernah bersabda yg maksudnya, Dari Ubay Bin Ka’ab (ra) bahwa Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda: Sesungguhnya bagi wudhu’ ada syaitan yang dipanggil Walhaan oleh sebab itu takutlah kamu daripada was was air.

    [HR Tarmidzi]

    WALLAHU A’LAM.

  129. Ahmad Says:

    Salam Ust, disini ingin saya mengajukan beberapa kekeliruan yang mungkin ustaz boleh mempermudahkan kefahaman saya mengenainya:-

    1) Apa perbezaan antara sunat dan sunnah ?

    2)Adakah sesuatu itu dikatakan sunnah kerana adanya hadis dan ittiba` kepada Rasulullah SAW?

    3)Bagaimana pula kedudukan hukum “sunat” yang banyak terdapat dalam kitab fiqh? Adakah ia merupakan satu kesimpulan ulama berdasarkan nas yang umum atau sebaliknya?

    4) Bagaimanakah cara ulama` membuat analisa bahawa perkara ini “sunat” dan ini “makruh” bagi ketetapan sesuatu hukum?

    1. ibnuabbas Says:

      salam Ahmad,

      Saya cuba jawab secara ringkas utk kefahaman saudara.

      1)Perbezaan Sunat dan Sunnah: Istilah sunat digunakan oleh org melayu. Dlm kitab arab, sunat dikenali dgn kalimah mandub atau mustahab, ta’rif yg dikemukakan oleh Imam Haramain al Juwaini dlm Matan Al Waraqat: ما يثاب على فعله و لا يعاقب على تركه yg bermaksud: Apa yg diberi ganjaran pahala atas perbuatannya, dan tidak dikenakan balasan/’iqab atas peninggalannya.” Maknanya, buat dapat pahala, tinggal tak dapat dosa.
      Manakala sunnah pula lebih luas drp sunat. Ta’rif Sunnah ialahكل ما صدر على رسول الله من غير القرأن الكريم من قول أو فعل أو تكرير yg bermaksud: ” Setiap perkara yg disandarkan kpd Rasulillah s.a.w. selain al Qur’an, daripada perkataan, perbuatan mahupun persetujuan nabi s.a.w.” Sunnah Nabi terbahagi kpd 2 hukum iaitu wajib dan mandub(sunat). Ada ulama’ membahagikan sunnah kpd 3 hukum: wajib, sunat dan harus. Sunnah yg wajib seperti solat fardhu.Sunnah yg sunat seperti solat2 sunat qabliah,ba’diah dan sebagainya. Sunnah yg harus pd setengah ulama’ ialah memakai jubah dan serban. Mereka namakan sebagai Sunnah Jibiliyyah.

      2)Ya, sesuatu dikira sunnah apabila ada hadis dan ittiba’ drp rasulullah.

      3)& 4)Hukum sunat dlm kitab fiqh ialah hasil penelitian ulama fiqh yg mendalami ilmu hadis. Asal perintah (الأمر)hukumnya wajib kecuali ada hadis menunjukkan sebaliknya. Maka hadis yg bercanggah hendaklah dihimpunkan utk mengetahui hakikat hukumnya di zaman Rasulullah. Ada hadis yg dtg dahulu, dan ada yg dtg kemudian. kaedah fiqh, hadis yg kemudian membatalkan hadis yg dahulu(nasikh mansukh)dlm isu yg sama.Ada hadis yg am dan khas, maka yg khas mendahului ke atas hadis am.

      Ada hadis yg menunjukkan nabi suruh lakukan sesuatu. Asal hukum, wajib laksanakan sebagaimana yg disuruh.Tetapi ia akan jatuh ke darjat Sunat apabila ada hadis lain yg menunjukkan bahawa kekadang nabi tidak lakukannya. Contohnya: Nabi perintahkan agar makan dgn tangan kanan. Tetapi memandangkan ada hadis nabi pernah guna tangan kiri, maka perintah yg asalnya wajib menjadi sunat krn ada hadis yg bercanggah dgn hadis perintah guna tangan kanan.

      Adapun makruh maksud literalnya “dibenci” atau tidak disukai”. Asal hukum larangan ialah haram melainkan ada dalil yg bercanggah dgnnya, menyebabkan ia jatuh ke darjat makruh. Contohnya asal menyimpan patung adalah haram kerana menyerupai orang musyrik penyembah berhala, tetapi pengecualian kpd kanak2 kerana ada hadis yang membolehkannya iaitu anak patung yg menjadi permainan Aisyah r.a. sewaktu masih kecil.

      Soalan saudara Ahmad merupakan soalan usul fiqh. Ia memerlukan huraian yg panjang lebar. InsyaALLAH kalau ada masa, saya buat artikel.

      1. Ahmad Says:

        Terima kasih atas penjelasan ustaz. Saya hargai pengorbanan masa dan usaha ustaz atas komitmen dlm menjawab setiap persoalan yang diutarakan. Syukran. Teruskan usaha ustaz dlm memberi kefahaman berkaitn keagamaan kpd masyrakt. Syukran…Saya tunggu artikel ustaz tu… Insya Allah akn bnyk memberi manfaat kpd semua. Amin,,,

  130. Lina Says:

    saya bertanya bg pihak kawan saya..
    Rin (janda) ingin berkahwin di sabah dgn teman lelakinya (duda) tanpa pengetahuan keluarga..sah ke pernikahan Rin ini kerana tanpa izin wali..dan perlukan Rin mendaftarkan pernikahannya di semenanjung..dan jika berlaku sesuatu yg tidak diingini (mnt dijauhi)..blh kah perkara tersebut di bawa ke mahkamah semenanjung atau mesti ke tempat beliau bernikah?

    1. ibnuabbas Says:

      Untuk pengetahun Lina, kewajipan mendapatkan izin wali hanya terpakai kepada anak dara sahaja(yg belum pernah kahwin). Adapun janda, ia berhak membuat pilihan sendiri walaupun tanpa izin wali.

      Walaubagaimanapun, adalah sunat mendapatkan persetujuan keluarga utk mengelakkan masalah hubungan kekeluargaan di masa hadapan.

      wallahu a’lam.

  131. nor Says:

    salam………….
    saya mempunyai masalah gementar@gemuruh jika menghadapi sesuatu masalah.
    1)bagaimanakah cara mengatasinya dan bolehkah tuan memberi saya ayat2@doa mengatasi masalah gementar@gemuruh.
    2)sy mempunyai anak yg berumur 6bulan dan saya menamakan Muhammad Muhaimin.adakah betul?

    1. ibnuabbas Says:

      SALAM NOR,

      1)Masalah gementar berlaku apabila kita tidak biasa dengan sesuatu. Antara yg diajar oleh guru saya, baca solawat ini; اللهم صل على قلب سيدنا محمد baca 7 kali satu nafas sambil berdiri dengan menjinjingkan kaki(berdiri atas jari kaki), kemudian hembuskan perlahan2 sehingga habis nafas sambil berdiri seperti biasa. InsyaALLAH (jika diizinkan ALLAH) dimaqbulkan.

      2)al Muhaimin salah satu nama Allah yg mulia. Sebaiknya letak Abdul di hadapan. Itu kalau ada al (alif lam)di hadapan. Dalam konteks nama anak puan, muhaimin tanpa al, ada ulama mengharuskannya seperti ali tanpa alif lam.

      Wallahu a’lam.

  132. nor Says:

    maaf…..sy masih ada soalan yg nak ditujukan kpd tuan………
    ayah sy ada menceritakan mengenai adik ipar(perempuan)iaitu adik kpd ibu sy.pada 1 hr…suaminya telah melafazkan cerai keatasnya kerana cemburu dan disaksikan datuk & ayah saya.ketika itu mereka mempunyai seorg anak.sehingga kini mereka tidak tido bersama dan berasingan bilik….dan dkurniakan laie 2 org anak.

    mereka tidak pernah rujuk serta membawa hal ini kepejabat agama.
    Soalannya…………
    1)Apakah hukumnya tinggal sebumbung dan apakah status kepada 2 org anaknya itu?
    2)adakah mereka dikira berzina?
    3)sekiranya mereka ingin merujuk dipejabat agama…..saksinya(datuk telah meninggal),apakah yg mereka perlu buat?
    4)adakah kehidupan mereka diberkati allah dr segi pencarian rezeki & ibadatnya?

    1. ibnuabbas Says:

      Perempuan yg telah diceraikan mempunyai masa edah 3 kali suci(3 kali kitaran haidh). Dalam tempoh itu, suami berhak merujuk kembali. Seorang isteri yg diceraikan dan masih dlm edah, suaminya hendaklah membenarkan dia tinggal di rumah suaminya. Si isteri diharamkan keluar rumah dalam tempoh itu kerana ia masih separuh milik suaminya. Cuma diharamkan tidur bersama selagimana tidak rujuk. Kalau rujuk, walaupun tidak ke pejabat agama, maka sah lah rujuk itu. Peringatan: Cerai dan Ruju’ tanpa ke pejabat agama adalah sah di sisi Islam. Daftar cerai rujuk di pejabat agama hanya formaliti semata2, bertujuan utk jaga maslahat sebab bukan semua yg berkahwin itu alim agama. ada yg jahil…

      Kedua, macamana mereka boleh mempunyai anak selepas lafaz cerai sedangkan puan kata mereka sudah tidak tidur bersama sehingga kini?

      Kalau mereka bersetubuh selepas rujuk dlm tempoh 3 kali suci , maka mereka boleh tidur bersama. Tapi kalau mereka rujuk selepas 3 kali suci, maka ia tidak sah kerana selepas 3 kali suci, suami isteri yg sudah bercerai hendaklah berkahwin semula(aqad nikah baru) sekiranya mahu.

      Maka kalau mereka bersetubuh dlm keadaan belum rujuk, atau sudah habis tempoh edah, maka itu dinamakan berzina.

      Ketiga, kalau mahu ke pejabat agama juga, pergilah walaupun saksi sudah mati. buatlah pengakuan. InsyaALLAH akan diselesaikan dengan cara yang terbaik.

      Keempat, kalau mereka hidup bergelumang dgn dosa zina, sudah tentu rezeki dan ibadah mereka tidak mendapat keberkatan dari Allah walaupun rezeki itu halal sekalipun.

  133. nurinnatrah Says:

    Assalammualaikum……….
    Saya telah berkahwin dan mempunyai seorang anak.suami saya seorang yang lurus dan mudah percaya dengan orang lain.dulu kami pernah hidup susah dan tiada seorang pun yang ingin membantu termasuk adik-beradik serta ibu bapa mertua(belah lelaki).Perkahwinan kami dulu juga tidak disukai oleh ibu bapa suami kerana saya seorang miskin dan ibubapa saya telah bercerai.Sehingga saya telah dibomohkan sehingga saya hilang perkerjaan atas perlakuan ibubapa mertua.Bagaimanapun saya terima dengan hati terbuka dan memaafkan mereka.Kehidupan kami sekerluarga bahagia & senang kerana suami berjaya membuat bisnes tanpa pertolongan orang lain.Masalahnya saya sering bertengkar dengan suami disebabkan saya menegur beliau kerana terlalu percaya dengan adik2nya dan senang menghulurkan bantuan dengan perkara yang x berfaedah.
    Soalan2nya….
    Apakah hukum saya menegur suami.adakah berdosa.sekiranya ‘ya’ apakah yang perlu saya lakukan?
    2)Apakah hukumnya sisuami menyatakan ‘kalo aku hidup susah’,aku tinggalkan kau.Adakah sama dengan lafaz penceraian?
    3)bagaimanakah cara menhilangkan sifat baran dan cara mengatasinya.
    4)Bagaimana cara untuk menenangkan hati?
    Saya berharap ustaz dapat menjawab soalan2 saya.

    Assalammualaikum.

    1. ibnuabbas Says:

      1)menegur sesama manusia adalah kebajikan. Kata Nabi s.a.w. “Agama itu nasihat.” Tiada salahnya puan tegur suami dgn syarat , mestilah dgn cara yg baik, tidak menyakitkan hati suami, dgn lemah lembut, pada perkara yg disuruh syarak. Kalau kita tegur pd perkara yg suami berhak buat, maka ia tidak wajar.Memberi bantuan kpd adik beradik adalah perbuatan yg mulia melainkan suami puan bantu adik beradiknya buat maksiat.

      2)ucapan suami puan itu merupakan lafaz taklik. Kalau suami puan benar2 ‘hidup susah’, maka jatuh satu talak. Berdoalah kepada Allah moga2 ia tidak berlaku.

      3)Punca panas baran antaranya makanan yg bersifat ‘panas’ seperti kari, rempah ratus, dll. Panas baran juga boleh berpunca drp makanan yg haram. Jauhi semua itu. Apabila marah, hendaklah minta berlindung drp syaitan dgn lafaz “a’uzubillahi minassyaitanirrajiim.” Kalau sedang berdiri, hendaklah duduk. Kalau ta hilang, hendaklah berbaring. Kedua, hendaklah berwudhuk, mudah2an sejuk hati..

      4)Ada 5 perkara kena amalkan: Tenangkanlah hati dgn berzikir sebanyak2nya. dekati majlis ilmu, baca Qur’an, berdamping dgn orang soleh/baik2, dan solat malam. Kalau mahu, boleh tambah dgn berpuasa sunat isnin khamis serta banyakkan muhasabah diri(kenang dosa2 diri sendiri, jangan cari kesalahan orang) InsyaALLAH mujarab.

  134. nor Says:

    ustaz,mengenai selawat(masalah gementar)boleh x ustaz terjemahkan dalam bahasa rumi.

    1. ibnuabbas Says:

      “Ya Allah Ya Tuhanku, berilah rahmat ke atas hati penghulu kami Muhammad ”

      atau boleh beramal dengan solawat syifa’

      اللهم صل على سيدنا محمد طب القلوب و دواءها و عافية ألأبدان و شفاءها و نور الأبصار و ضياءها و على آله صحبه و بارك و سلّم

      Terjemahan:
      “Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad s.a.w. yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya”

  135. nurinnatrah Says:

    salam………
    sekira suami saya ingin menarik kata2 beliau ,apakah cara yang patut dilakukan?

    1. ibnuabbas Says:

      Maaf, Lafaz Taklik tidak boleh ditarik balik.

  136. Kina Says:

    salam ustaz..
    saya adalah mualaf…
    sekarang dah x ada sesiapa utk bt rujukan tentang agama..
    bolehkah ustaz ajar saya bagaimana mahu selawat…jika boleh guna tulisan rumi kerana saya kurang fasih dalam tulisan jawi..
    terima kasih

    1. ibnuabbas Says:

      Alhamdulillah Tuhan buka pintu hati Kina utk kebenaran.

      Lafaz solawat banyak caranya. Antaranya:

      1)Paling ringkas(solawat ke atas nabi sahaja)
      Allohummasolli ‘ala Muhammad

      2)Sederhana(solawat ke atas nabi dan keluarganya=orang2 yg beriman)
      Allohumma solli ‘ala Muhammad, wa ‘ala aali Muhammad

      3)Sempurna(solawat ibrahimiyyah)
      Allohumma solli ‘ala Muhammad, wa ‘ala aali Muhammad,
      kama sollaita ‘ala ibrahiima wa ‘ala aali ibrahiim.
      Wa baarik ‘ala muhammad wa ‘ala aali Muhammad,
      kama baarokta ‘ala ibraahiima wa ‘ala aali ibraahiima fil ‘aalamiin.
      Innaka hamiidun majiid.

      1. Kina Says:

        terima kasih ustaz…
        tapi jika ada yg menyuruh saya minum air zam2 dari mekah…
        mereka ada suruh saya baca selawat nabi..jadi selawat yg mana saya perlu baca n elok utk saya amalkan membaca selawat nabi

  137. Kina Says:

    saya ingin sangat belajar menunai kan solat..tapi saya tidak tahu dimana harus saya mempelajarinya..sekarang saya berapa di ipoh..ustaz ada ke tahu tmpt2 utk org mcm saya (dan kawan saya melayu/islam berumur 33 thn) utk belajar agama n solat..

    1. Ibnuabbas Says:

      Jawapan kpd soalan no.141:

      Kina boleh mana2 solawat yg telah dinyatakan. Saya syorkan baca solawat syifa’ dan niatkan agar dgn keberkatan air zam2 itu, mudah2an Allah memberi kesembuhan bagi penyakit fizikal dan rohani sekiranya ada.

      1. Ibnuabbas Says:

        Maaf, yg di atas tu jawapan kpd soalan 140.
        Jawapan kpd soalan 141:
        Yang terbaik, Kina boleh merujuk kpd Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM)utk mengikuti kelas fardhu ain yg dianjurkan. Ada juga badan lain seperti Persatuan Saudara Baru (saya tak pasti di Ipoh ada @ tidak). Kalau di Selangor ada Darul Fitrah. Sesetengah negeri seperti Terengganu ada cawangan Darul Fitrah yg buat program2 agama utk saudara baru.
        InsyaALLAH kalau kita ikhlas dan bersungguh2, Allah akan buka jalan utk mencapainya. ALLAH berfirman yg bermaksud; “Dan mereka yang berjihad(bersungguh2) pada (jalan)kami(ALLAH), nescaya kami(ALLAH)tunjukkan jalan2 kami(ALLAH).”

  138. fitri Says:

    salam ustaz, sy nak tnya bolehkah suami saya mengakikahkan saya, anak lelaki saya yg berumur 8bulan dan adik-bradik saya yang lain. saya mempunyai 2 adik lelaki dan 3 perempuan.suami saya beli seekor kerbau utk diakikahkan.adakah suami saya boleh mengakikahkan kami atau diri sendiri yang perlu akikahkan.

    1. Ibnuabbas Says:

      Harus difahami bhw Asal akikah ialah wali mengakikahkan bayi di bawah tanggungannya. Sekiranya terlepas waktu itu iaitu hari ketujuh, maka boleh hari ke14, ke21 dan seterusnya.

      Hukum sunat mu’akkad akikah akan terangkat apabila usia seseorang sudah memasuki baligh. Di saat itu, ia sunat mengakikahkan diri sendiri sekiranya belum buat di waktu bayi @ kanak2.

      Maka jawapan kpd soalan puan, suami puan tidak boleh mengakikahkan puan. Puan sendiri lah yg mengakikahkan diri sendiri. Soal duit suami puan tidak menjadi masalah. Minta lah suami puan niat sedekah duit utk puan. Kemudian puan niatlah sendiri akikah atas diri sendiri. Sila rujuk artikel akikah dlm blog ini.

      Baca dgn teliti, insyaALLAH faham.

  139. nurinnatrah Says:

    Assalammualaikum….

    ustaz saya cuba terangkan ttg lafaz taklik kepada suami…..beliau membls bahawa dia tak menyesal diatas segala yang diucapkan….dengan alasan untuk mengajar saya ,saya rasa sedih dan tak tahu nak buat apa.Setiap hari saya memikirkan masalah ini dan menangis serta sering tido lewat malam dan mengenangkan nasib diri.Saya takut untuk menghadapinya sekira ianya benar2 berlaku.sya tertekan dan ada masa pemikiran saya menjadi tak waras,saya tak tahu nak mengadu dengan sesiapa ini kerana makayah saya bercerai sejak saya masih kecil.saya dah cukup menempuh dugaan selama 18thn,dengan adik-beradik yg x tentu arah hdup.Saya tahu lelaki kuat dengan keegoan(tak semua ar)tapi perlu berhati2 dengan ucapan.
    Ustaz bantulah saya,bagaimana nak mengatasinya,hdup saya kosong,tak tentu arah

    1. Ibnuabbas Says:

      Perkara tersebut dah terjadi. Seperti yg pernah saya jelaskan, lafaz taklik tak boleh ditarikbalik. Banyakkan bersabar. Tiada org yg tiada dugaan hidup. Puan ada masalah, saya juga ada masalah. Yang penting, Jgn kita salahkan takdir, Jangan kita putus asa. Putus asa tiada dlm kamus org beriman. Nabi Sallallahu alaihi wasallam bersabda yang maksudnya,

      “Tidak masuk syurga orang yg putus asa.”

      Puan,

      Hidup yg kosong berpunca dari kefahaman yg kurang mantap terhadap tujuan manusia dicipta Allah. Ada tiga matlamat kita di dunia:
      Pertama, sebagai hamba Allah. Sebagai hamba Allah , kita wajib iktiqad bahawa kita hidup semata2 utk memperhambakan diri kepadaNya, bukan kepada yg lain. Bukan Hamba kepada Nafsu, bukan hamba kepada Emosi, bukan hamba kepada perasaan, bukan hamba kepada akal…Kita hamba Allah, setiap perkara yg dilakukan mestilah selari dengan maksud kita sebagai hambaNYA.

      Kedua, sebagai khalifah Allah.Yang ni tak payah saya hurai sebab tiada kaitan dgn masalah puan.

      Ketiga, pemegang amanah Allah atas mukabumi. Ini pun tak payah dihurai buat masa skrg.

      Kalau kita faham halatuju kita sebagai orang muslim yg mu’min, nescaya tidak timbul lagi soal ‘hidup yg kosong’ krn setiap perkara yg berlaku merupakan ujian buat kita sebagai hamba ALLAH. Tujuan ujian ialah untuk menguji kita siapakah paling baik amalannya.

      Mudah2an penjelasan ringkas ini memberikan sedikit kekuatan kepada puan untuk meneruskan kehidupan. Banyakkan solat utk dijadikan cahaya kehidupan kita di dunia dan akhirat. Banyakkan puasa utk membentuk sifat sabar dalam diri. Nabi s.a.w. menggambarkan sabar sebagai sinaran yg menerangi hidup kita di dunia dan akhirat. Inilah yg dianjurkan dlm al Qur’an utk orang2 beriman sebagaimana maksud ayat ke45 surah al baqarah:

      “dan mintalah pertolongan (kepada Allah) Dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan Sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang Yang khusyuk;”

      Wallahu a’lam.

  140. shifa Says:

    askum ustaz.
    sya da kemusykilan yg hampir 4 thn sya menanggung.ayah sya meninggal sejak sya berusia 11thn.sejak itu emak,abg dan kakak sya menanggung sgala keperluan sya shingga sya berkawin.
    persoalan sya,sejak sya kawin emak sya tinggal bersama saya.sya dan suami bekerja.skrg sya dikurniakan anak masuk 4 org.dgn tanggungjawab yg berat,sya keliru tanggungjawab sya terhadap suami dan emak.yg mna perlu sya utamakan.masing2 memerlukan perhatian dri sya.terus terang ustas dgn keadaan sya skrg ni,sya tidak mampu mnyempurnakan tanggungjwab sya dgn sempurna.anak2 masih kecil.emak sya tidak mampu utuk melakukan kerja berat.bagaimana utuk sya selesaikan masalah ini.kdg2 sya bergaduh dgn suami disebabkan kurang perhatian terhadapnya.kdg2 sya bergaduh dgn emak jga sbb kurang layanan.SIAPA YANG PERLU SAYA UTAMANKAN ATAU YANG LEBIH BERTANGGUNGJAWAB UNTUK SAYA DAHULUKAN

    1. ibnuabbas Says:

      Salam Shifa’,

      Memang situasi sebegini selalu berlaku kpd pasangan suami isteri yg mempunyai ibu yang tua. Kalau saya di tempat puan pun, saya akan jadi serba salah.

      Namun begitu, Islam sediakan garispanduan buat kita menyelesaikan masalah ini.

      Ketaatan seorang anak adalah kepada ibunya. Tetapi apabila bersuami, ketaatan kepada suami mengatasi ketaatan kepada ibu. Walaubagaimanapun, ia bukan bermakna kebajikan ibu harus dikorbankan. Tanggungjawab menjaga seorang ibu tua terletak di bahu anak2 secara FARDHU KIFAYAH. Kalau kita anak tunggal, maka ia menjadi fardhu Ain. Kalau seorang ibu mempunyai anak lelaki dan perempuan, maka anak lelakilah yg lebih utama drp anak perempuan. Lebih2 lagi kalau anak perempuan sudah berumahtangga. Kalau anak lelaki tidak mampu kewangannya, dan anak perempuan mampu, maka wajib ke atas anak perempuan tanggung makan minum ibunya tetapi ketaatan kdp suami dlm bab perhatian masih lagi tidak gugur.

      Dalam kes puan, saya rasa ia bukan soal kewangan tetapi lebih kpd perhatian. Memang rumit. Puan perlu banyak bersabar dgn kerenah suami dan ibu. Seorang suami yg soleh seharusnya memahami keadaan ini kerana ibu kpd isteri juga merupakan ibu kpd si suami.

      Kalau bertembung antara kehendak suami dgn kehendak ibu dlm perkara yg sama(tidak mendesak) seperti minta dibuatkan air dan sebagainya, maka wajib didahului permintaan suami kerana tidak dinamakan derhaka bagi si anak yg sudah bersuami utk mendahulukan suaminya berbanding ibunya. Kalau ibu puan terasa hati dgn suami puan akibat sikapnya yg menyekat puan daripada berkhidmat utk ibu, maka suami puan berdosa krn melukai hati seorang ibu tanpa hak.

      Ingatlah tiada yg lebih bernilai utk seorang isteri selain drp REDHA SUAMINYA YG DISERTAI REDHA ALLAH.

      Cuba lah minta maaf kpd ibu puan sekiranya beliau terasa hati atau terasa dipinggirkan. Begitu juga cubalah berbincang dgn suami dgn cara terbaik agar suami memahami dilemma puan.

      Semoga berjaya INSYAALLAH.

  141. noraida Says:

    assalamualaikum ustaz.berdosakah anak menegur ibu yang berbuat salah.ibu tidak menerima teguran malah menghukum si anak dan tidak lagi dilayan sewajarnya termasuk menantu.sianak merasakan ibu tidak berlaku adil dgn anak2 yg lain melainkan 2orang anak kesayangan yang selalu menyusahkan ibu dari segi kewangan sejak bujang hingga berkahwin ibu menanggung sara hidup anak tersebut.anak yg menegur ibu simpati dgn kesusahan ibu menoreh getah tapi sanggup menyusahkan diri kerana anak kesayangannya.Walhal siiba.terima kasihu sudah uzur dan sakit2.jadi anak ini berasa hati dan tidak lagi menalipon seperti biasa cuma balik menjenguk ibu tetapi keadaan tidak berubah.malahan wang saguhati yang diberi dipulangkan semula.berdosakah ibu yang tidak adil sama sekali terhadap anak2 dari segi kasih sayang dan hart

    1. ibnuabbas Says:

      Wa ‘alaikumussalam.

      Seorang anak berhak menegur kesilapan seorang ibu tetapi mestilah dengan jalan yg terbaik, tanpa menghiris hati si ibu. Itulah yg diajar dalam Islam. Jangan sampai ibu terluka dgn tindakan anak yg tidak menelefon seperti biasa. Ia juga dikira derhaka.

      Soal kasih sayang yg berbeza antara seorang anak dengan seorang anak yg lain memang lumrah dlm keluarga. Bahkan Nabi sallallahu alaihi wasallam sendiri menunjukkan perbezaan sikapnya terhadap isteri-isterinya. Adil dalam Islam tidak semestinya bermaksud sama sikap kasih sayang yg ditunjukkan terhadap anak2.

      Adil dihitung dari aspek nafkah, bukannya curahan kasih sayang. Namun begitu, Sayugia seorang ibu tidak membeza2kan anak2 berlandaskan kebendaan. Hendaklah perbezaan kasih sayang itu berlandaskan agama.

      Anak2 mempunyai sikap dan perwatakan yg berbeza antara satu sama lain. Sudah tentu cara seorang ibu melayani setiap anak yg berbeza perwatakan dgn cara yg berbeza. Itu bukan bermakna membezakan kasih sayang. Itu menunjukkan kebijaksanaan seorang ibu dlm menangani anak2.

      Mungkin si ibu mahu memberi peluang utk si anak yg masih bergantung kpdnya menjadi lebih baik. Anak yg bermasalah sepatutnya tidak dibuang. Ia sepatutnya diberi perhatian utk berubah.

      Biasanya zaman sekarang, kebanyakan kes ialah melibatkan ibu yg mengutamakan anak yg berharta berbanding anak yg miskin. Tapi sedikit pelik kes saudari kerana si ibu bertindak sebaliknya. Yg banyak menyusahkan itulah yg diberi perhatian. Mungkin ada hikmah di sebalik tindakan si ibu. Cuba fahami betul2. Kata pepatah, “seek to understand first, then to be understood.” Fahami dahulu sebelum minta difahami.

      Ampun dan maaf sekiranya tulisan di atas tidak bertepatan dgn kehendak saudari.

      Pohonlah hidayah Allah dalam menyelesaikan masalah saudari.

      Wallahu a’lam

  142. noraida Says:

    terima ksih ustaz krn sudi menjawab kemusykilan saya.derhakakah anak yang kini tinggal bersama isteri sebumbung dengan ibu berterusan menyusahkan ibu tanpa belas kasihan dan tidak menghormati ibunya yang telah menyarq kehidupannya dari bujang sehingga kini bakal menimang cahaya mata,semua ditanggung ibu sekalipun siibu redha.sianak sihat tapi malas berusaha untuk mengubah kehidupannya.maka saudaranya yang lain tidak meyokong tindakan ibu yang terlalu memanjakannya.siibu marah dan tidak dapat menerima kenyataan yang beliaulah punca sianak tidak tahu menghormati orang lain dengan erti kata lain tiada budi bahasa.tetapi berkeras mempertahankan anak dan menyumpah pula pada anak yang menegur kelak anak2 akan jadi seperti anak manjanya.


    1. 1.Asal hukum seorang anak yg tinggal bersama ibunya walaupun telah beristeri adalah harus.

      2.Kalau si ibu redha menyara hidup anak yg sudah kahwin (dengan syarat si ibu mampu atau berharta), maka tiada halangan di sisi agama.

      3.Soal si anak lelaki yg malas adalah soal lain, yg tiada kaitan dgn kesanggupan si ibu menanggungnya.

      4.Anak2 yg lain boleh menasihati si ibu dgn cara yg TERBAIK, saya ulangi dgn cara YG TERBAIK. JGN SAMPAI SI IBU TERLUKA HATI. Perbuatan salah si ibu bukan tiket untuk kita berkasar bahasa, dan derhaka kepadanya. Hatta kalau si ibu seorang yg bukan Islam sekalipun tetap berbuat baik itu merupakan tuntutan agama.

      5.Sikap si ibu yg berkeras dan menyumpah kpd anak yg menegur merupakan salah si ibu, tetapi tetap tidak boleh menjadi alasan untuk kita menyisihkan, serta menderhakai si ibu.

      WALLAHU A’LAM.

  143. nona Says:

    Assalamualaikum ustaz…
    sy ad masalah was was.. macam mana nak atasi masalah sering mengulang ulang wudhu…sy confius sama ad saya da basuh kepala atau pun tidak bila tiba wktu basuh tlinga…perasaa itu menyebabkan sy sentiasa mengula ulang mende sama.. sy juga mengalami mslh rs x suci memebersihkan kemaluan selepas berhadas menyebabkan sy ulang2 membasuhnya. kdg2 smpai skt dibuatnya akibat terlalu kuat membasuhnya. sy jg akan sentiasa ke toilet apbla nk solat isya..sy tkt kalau keputihan sy kuar time tunggu nk solat isya’. kdg2 sy rs tension. bila sy basuh kemaluan xde ape2 yg kuar. tp kalau x basuh rs x sedap ati..mcm mn sy nk atasi mslh ini ustz? blh x ustz reply kat email sy. maaf kalau menyusahkan


  144. ass.wr.wb.
    pak ustad…sy mau bertanya tentang sholat sunah hajat apakah dapat di laksanakan 4 rakaat langsung dengan satu salam…

    wassalam…

    1. ibnuabbas Says:

      Solat Sunat Hajat 2 rakaat 1 salam. Boleh buat sehingga 12 rakaat tetapi dengan 6 salam, bukan 3 salam. Mungkin ada hujjah dari ulama’ selain Syafi’iyyah. Sila kemukakan. Terima kasih.

  145. azlin azlina borhan Says:

    Assalamualaikum ustaz,

    Saya baru seminggu diceraikan oleh suami dengan talak 2. Byk punca kepada penceraian itu. Soalan saya ialah:- dalam tempoh hanya beberapa hari dari edah saya ini, suami telah berzina dengan “buah hatinya” dan akan berkahwin dalam tempoh sebulan dari edah saya. Bolehkah saya menerima niat rujuknya jika tempoh sebulan itu belum habis dan mereka belum lagi berkahwin.

    1. ibnuabbas Says:

      Keadaan puan masih dlm talak raj’i(boleh ruju’).
      Soal eddah isteri yang dicerai tidak berkait dengan bakal isteri lain kpd suami. Edah puan berjalan seperti biasa iaitu :
      1)3 kali quru'(suci)jika tidak mengandung,
      2)bersalin bagi yg mengandung,
      3)3 bulan bagi yg putus haid,
      4)tiada eddah bagi perempuan yg belum disetubuhi suami.

      Kalau suami puan mahu ruju’, dia hendaklah melafazkannya dalam eddah(tempoh yg disebut di atas).

  146. lina Says:

    saya sudah bertunang dan tunang saya minta saya bersumpah dgn Al-Quran bhw saya tidak berbohong pada beliau padahal saya pernah berterus terang dan bersumpah (secara lisan) yg saya bercakap benar.jika saya bersumpah sambil memegang Al-Quran tapi tidak dgn niat dihati…apakah hukum nya ustaz kerana saya jadi bimbang bermain dgn sumpah2 ni..


    1. Bersumpah sebenarnya bukan suatu budaya yang dianjurkan dalam masyarakat Islam.Ianya hanya perlu dlam keadaan tertentu sahaja. Tetapi sekiranya keadaan memaksa kita bersumpah, maka harus kita melakukannya demi menzahirkan kebenaran dan mencegah kebatilan. Kita yang berani bersumpah harus yakin dengan kebenaran yang kita bawa. Kenapa harus takut dan bimbang? Melainkan kita tahu apa yang kita sumpahkan itu adalah palsu!

      Satu lagi, tidak ada istilah bersumpah dengan memegang al Qur’an sebagaimana sesetengah orang faham. Tetapi ada ulama’ yang mengatakan bahawa sumpah dengan memegang al Qur’an adalah Sah. Sebaiknya kita elakkan kerana tidak ada contoh di zaman Nabi bahawa kalau bersumpah, mesti pegang al Qur’an.

  147. ren Says:

    saya telah diceraikan dgn talak 1 oleh suami semasa saya dlm haid kira-kira 3 minggu yg lepas. bagaimanakan kiraan iddah saya jika tempoh utk sy dtg haid sampai 3 bulan sekali. apakah juga dikira rujuk bagi suami jika selepas menjatuhkan talak disiang hari, dia kembali ke rumah dan bersetubuh dengan saya pada malam hari nya seperti kami masih suami isteri yang sah. harap ustaz dpt menjawab kemusykilan sy ini

    1. ibnuabbas Says:

      Eddah puan adalah 3 kali suci. Jgn kira ikut bulan. kalau 3 bulan sekali, bermakna 3×3=9 bulan tempoh (eddah).

      Kalau jawapan dalam mazhab Syafie, maka tidak sah rujuk dgn cara menyetubuhi isteri tanpa melafazkan rujuk dahulu. Lafaz rujuk boleh dengan sarih mahupun dengan makna yg difahami si isteri. Contohnya : “kita rujuk”(sarih), atau “kita jadi suami isteri semula” atau “kita berbaik”

      Berdosa hukumnya menyetubuhi isteri tanpa dirujuk terlebih dahulu.

  148. ben Says:

    saya nak tanye,boleh tak perempuan yang uzur memegang tafsir al-Quran.

    1. ibnuabbas Says:

      Harus sekiranya jumlah kalimah yg bukan ayat al Qur’an adalah lebih banyak daripada ayat al Qur’an itu sendiri. Juga dengan syarat jangan disentuh ayat al Qur’an di dalamnya.

  149. rinnz Says:

    saya tahu sumpah diharuskan jika keadaan memaksa kita melakukannya demi menegakkan kebenaran. tapi apakah perbezaan dan hukumnya jika kita melafazkan sumpah dengan niat dari hati atau sekadar ucapan dari mulut sekadar ingin memuaskan hati seseorang untuk mengelakkan agar sesuatu yg buruk terjadi jika kita tidak mengucapkannya (seperti putusnya hubungan atau kematian).


    1. Kalau begitu, tak mengapa. Jgn berbohong sudah. Kalau boleh, jgn dibuat main2 isu bersumpah dan ugut kematian. Satu tindakan yg SANGAT BODOH bila ugut kematian.

      Kena pandai terangkan kpd tunang bahawa jgn mudah bersumpah dan minta orang bersumpah

  150. rusli bin mislan Says:

    Assalamualaikum ustaz,soalan saya apakah hukumnya seorang ibu menyumpah2 anaknya sendiri contoh menjadi miskin dan memutuskan silaturrahim hanya kerana si anak tidak menyokong tindakan si ibu yang dianggap si anak tidak relevan memandangkan siibu seorang yang susah tetapi sedia menanggung sara hidup anak kesayangannya.Namun begitu sianak tetap meneruskan menziarahi dan memberi saguhati terhadap siibu namun siibu menolaknya.derhakakah seorang anak menegur seorang ibu dengan cara baik tetapi telah disalah ertikan.sekalipun telah memohon kemaafan dengan si ibu tetapi tetap juga mahu memutuskan silatulrahim.apa yang harus dilakukan kerana bukan seorang tetapi dengan tiga orang anak lelaki juga siibu bertindak sedemikian gara2 tidak menyokong keputusan si ibu.


    1. Tidak dinamakan derhaka sekiranya nasihat ibu dengan perkara yg benar. Kalau benar memang tegur dgn cara yg terbaik, maka dianggap sudah menjalankan tanggungjawab amar ma’aruf nahi munkar. terpulang kepada ibu utk menerima atau tidak kerana Allah berfirman, انك لا تهدي من أحببت و لكنّ الله يهدي من يشاء
      Yang maksudnya, “Sesungguhnya engkau(wahai Muhammad) tidak boleh memberi petunjuk/hidayah kepada sesiapa yg engkau kehendaki(bapa saudaranya Abu Talib), akan tetapi Allah lah yang memberi petunju kepada sesiapa yang Dia kehendaki.”

      Banyakkan berdoa kpd Allah dengan sepenuh hati dan mengharapkan pertolonganNYA. Allah tidak akan mendengar doa hambaNya yg sambil lewa dan tidak bersungguh2 sebagaimana واعلموا أن الله لا يستجيب دعاء من قلب غافل لاه

      Maksudnya: “Dan ketahulilah bahawa Allah tidak menjawab doa daripada hati yg lalai(tidak mengingatiNya)”.

  151. maya Says:

    assalamualaikum..
    saya ingin bertanya tentang batasan pergaulan adik beradik yang sudah baligh.saya sudah berkahwin dan mempunyai adik ipar perempuan yg lebih tua dari saya.saya agak terganggu dgn pergaulan suami dan adik ipar saya..mereka adik beradik,adakah boleh mereka bermesra spt berpeluk cium,mengusap2 telinga,memegang peha samada dgn syahwat atau tidak?dan kadang2 bila saya teringat akan kelakuan mereka saya merasa jijik dan tidak redha apabila suami saya mendatangi saya.adakah suami saya berdosa atau saya tidak patut ambil kisah tentang kelakuan mereka? harap tuan dapat menjawab soalan saya dengan jelas..


    1. Hubungan adik beradik dilandaskan atas pertalian darah. Hukum Islam ada membataskan had yang wajib diikuti antara adik beradik. Di sisi mazhab Syafie, aurat antara adik beradik lelaki dan perempuan ialah antara pusat dan lutut, tak kira sama ada lelaki kepada perempuan, mahupun perempuan kepada lelaki. Atas atau bawah daripada itu adalah harus. Namun begitu, adalah afdhal(lebih baik) bagi perempuan menutup yg di atas(buah dadanya).

      Adapun Menyentuh mahram (termasuklah adik beradik berlainan jantina) adalah HARUS sama ada baligh atau tidak. TETAPI apabila dengan syahwat, maka HARAM hukumnya tak kira sama ada dgn ibu, ibu saudara, adik beradik atau mahram yg lainnya dengan sepakat ulama’.

      Perbuatan bermesra dengan sentuhan dgn adik beradik adalah diHARUSkan selagimana tidak disertai dengan syahwat. Seorang ayah dan ibu berhak mencium anak2nya dgn penuh kasih sayang. Begitulah sebaliknya seorang anak berhak mencium ibubapanya walaupun berlainan jantina dengan penuh kasih sayang. Begitu juga adik beradik. Kecuali memang perbuatan memeluk dan mencium itu tidak dapat ditafsirkan dengan makna lain kecuali atas nafsu syahwat. Maka HARAM HUKUMNYA!! Contohnya cium di mulut, ia di luar urf masyarakat. Maka ada qarinah bahawa ia bukan bermaksud ciuman biasa yg menunjukkan kasih sayang antara adik beradik.

      KAWASAN LARANGAN

      Kawasan antara pusat dan lutut merupakan kawasan yg dipanggil sebagai tempat bersedap-sedap. Elok dielakkan sengaja bersentuhan antara adik beradik lelaki dan perempuan.Ia menjadi punca kenaikan syahwat.

      PENDIDIKAN ISLAM

      Sebab itu Islam mengajar agar umatnya mengasingkan tempat tidur antara adik beradik lelaki dan perempuan apabila sudah mencecah usia 10 tahun(wajib).
      Antara hikmahnya bertujuan utk membataskan hubungan antara lelaki perempuan walaupun adik beradik.

      HANYA SATU GOLONGAN YG TIADA BATASAN LANGSUNG DALAM BENTUK HUBUNGAN FIZIKAL IAITU SUAMI ISTERI…

  152. rusli bin mislan Says:

    Terima kasih ustaz kerana menjawab soalan saya.

  153. Ahmad Says:

    Assalamualaikum Ustaz… Terima Kasih atas usaha ustaz menulis artikel tentang usul fiqh…semoga diberi taufiq, hidayah dan anjaran sewajarnya dari Allah SWT. Saya ada satu persoalan ustaz… Seorang gadis yang belum berkahwin telah mengandung, maka ia berkahwin dengan seorang lelaki. Adakah sah akad nikah walaupun gadis itu sedang mengandung? Adakah gadis itu dikira ber’iddah’ walaupun belum pernah berkahwin? Sekiranya dia ber’iddah’ adakah akad kahwin itu sah? Minta penjelasan ustaz…


  154. Ulama’ berselisih pendapat dalam menentukan hukum berkahwin dengan wanita yg mengandung anak luar nikah. Mazhab Syafie, Maliki dan Imam Abu Hanifah mengharuskannya. Maknanya perkahwinan itu sah di sisi syara’.

    Tapi ada syaratnya iaitu kalau benih dlm kandungan adalah milik bakal suaminya, maka mereka boleh bersetubuh setelah nikah. Tetapi kalau benih dlm kandungan bukan milik bakal suami, maka hendaklah menunggu si wanita melahirkan anak, barulah boleh jimak.

    Adapun di sisi Mazhab Hanbali, hukum berkahwin dengan wanita yg mengandung anak luar nikah adalah haram dan tidak sah.

    IDDAH

    Jumhur/Majoriti Ulama’berpendapat bahawa tiada iddah bagi wanita yg mengandung di luar pernikahan yg sah. Adapun Mazhab Hanbali berpendapat bahawa ada iddah walaupun anak yg dikandung itu hasil zina.

    Wallahu a’lam.

    1. Ahmad Says:

      Terima kasih atas jawapan


  155. Assalamualaikum.

    Sebelum saya bertanya, boleh saya tahu adakah saudara bermanhajkan Ikhawan Muslimin yang diasaskan As Syahid Hassan Al Banna yang beriltizam dengan rukum biah dan usul asyrin?

    Saya berhadapan dengan banyak kes suami isteri yang bermasalah kerana berpunca drp isteri didera secara mental dan emosi oleh ibu mertua. Saya pernah terdengar hadis ini tetapi tidak menjumpainya apabila dicari; Soalan saya, adakah terdapat hadis yang melarang atau tidak menggalakkan suami menghimpunkan ibu dan isterinya tinggal sebumbung?

    Terima kasih

  156. rafli Says:

    salam,ustaz baru-baru ini ibu saya telah menerima wang kwsp arwah bapa saya sebanyak rm 22 000 ringgit dan abang saya pula rm 20 000 ringgit soalan saya adakah ibu saya perlu membayar hutang-hutang arwah bapa saya dahulu atau membayar zakat dahulu dan berapakah jumlah zakat yg ibu saya perlu bayar?dan abang saya pula berapa yg perlu bayar?
    Balas

    1. ibnuabbas Says:

      1)Penama KWSP merupakan wasi @ pentadbir kpd wang itu. Ia hendaklah membahagikannya berdasarkan hukum faraidh. Kira berapa hutang yg ada, kemudian bayar hutang tersebut dgn wang kwsp yg dapat. Barulah diagihkan mengikut faraidh kpd yg berhak. saudara ada berapa adik beradik? ada perempuan atau tidak? semua ini kena ambil kira utk bahagikan ikut faraidh.

      2)zakat kwsp sama lah kadarnya dgn zakat yg lain iaitu 2.5%. Cuma saya tak faham kenapa ada dua penama? kalu betul pemahaman saya, maknanya wang bapa rafli berjumlah 42,000. Jumlah yg wajib dikeluarkan zakat ialah RM1,050 sahaja. Ini dengan anggapan bhw beliau tiada hutang. Kalau ada hutang, sila tolak hutang dahulu.

      wallahu a’lam.

      1. rafli Says:

        terima kasih atas jawapan

  157. ucuuu Says:

    salam..
    ustaz,sy hendak memintak pendapat ustaz bagi menerangkn lebih terperinci kepada sahabat saya yg sedang keliru dgn hukum sama ada boleh pegang al-quran semasa period atau pon tidak??
    saya sudah terangkn pd die,tp die masih tidak faham setelah die mmbaca satu article ni,

    [“Berzikir dan Membaca al-Qur’an

    Wanita yang sedang haid boleh berzikir, bertasbih (membaca Subhanalah), bertahmid (membaca alhamdulillah), membaca Bismillah ketika makan dan sebagainya. Boleh juga membaca buku-buku hadis, fiqh (buku agama), berdoa, mengaminkan doa dan mendengar bacaan a-Qur’an.

    Jelas di dalam kitab Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim serta kitab-kitab hadis yang lain bahawa Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersandar di riba ‘A’isyah radhiallahu ‘anha sambil membaca al-Qur’an padahal ‘A’isyah di saat itu sedang haid.

    Di dalam kitab Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim, Umm ‘Athiah radhiallahu ‘anha berkata, Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda menyuruh keluar wanita-wanita dan anak-anak gadis yang berada di dalam rumah kepada solat dua hari raya (Solat Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha) supaya mereka dapat menyaksikan kebaikan dan seruan orang mukmin, dan jauhilah wanita haid daripada mushalla (tempat lapang solat Hari Raya).[Lihat Shahih al-Bukhari – no: 324 (Kitab al-Haid)]

    Juga diharuskan bagi wanita yang sedang haid untuk membaca al-Qur’an dengan cara melihat dengan mata atau menghayatinya dalam hati tanpa menutur dengan lidah. Boleh juga meletak mushaf al-Qur’an di hadapannya lalu melihat ayat-ayatnya dan membacanya dengan hati. Berkata Imam al-Nawawi rahimahullah dalam Majmu’ Syarh al-Muhazzab: Hal ini diharuskan tanpa perselisihan pendapat.

    Adapun membaca dengan lidah bagi wanita yang sedang haid, maka terdapat perbezaan pendapat. Jumhur ilmuan berpendapat ianya dilarang. Imam al-Bukhari, Ibn Jarir al-Thabari dan Ibn al-Munzir berpendapat ia diharuskan. Demikian juga oleh Imam Malik dan Imam al-Syafi’e dalam pendapatnya yang lama. Ini sebagaimana yang disebut oleh Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Fath al-Bari. Imam al-Bukhari mengemukakan sebuah riwayat daripada Imam Ibrahim al-Nakha’e (seorang tokoh tabi‘in) bahawa: “Tidak mengapa jika dibaca hanya satu ayat.”

    Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah membahas persoalan ini dalam kitabnya Majmu’ al-Fatawa, jld. 26, ms. 191 :

    Sejak asal tidak ada larangan daripada al-Sunnah (bagi wanita yang sedang haid) membaca al-Qur’an. Hadis: “Wanita haid tidak boleh membaca sesuatu daripada al-Qur’an” adalah hadis yang lemah (dha‘if) yang disepakati oleh para ahli hadis.

    Lebih dari itu, diketahui wanita-wanita di zaman Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam sedia mengalami haid. Maka jika haram ke atas mereka untuk membaca al-Qur’an sepertimana haram ke atas mereka mendirikan solat, nescaya ia diterangkan oleh Nabi kepada umatnya dan dipelajari oleh para isteri baginda. Hal ini kemudiannya akan tersebar kepada manusia.

    Namun tidak seorang jua yang meriwayatkan pengharaman seumpama daripada Nabi. Maka tidak boleh menghukum ia sebagai haram sedangkan baginda Nabi sendiri tidak pernah mengharamkannya. Justeru apabila Nabi tidak menegah daripada demikian padahal ramai wanita yang haid di zamannya, bererti diketahui bahawa tidaklah haram bagi wanita haid membaca al-Qur’an.

    Di antara perselisihan pendapat ini, yang lebih utama ialah wanita yang sedang haid tidak membaca al-Qur’an dengan lidahnya melainkan jika perlu, seperti guru yang mengajar al-Qur’an, murid yang menduduki peperiksaan dan sebagainya.”]

    persoalan yg sahabat saya tanya lagi, perempuan yang sedang haid boleh membaca Al-quran ataupon tidak?dan adakah mesti bce gnekan lidah atau pon hati?

    harap ustaz boleh mmbantu sy untuk mmberi penerangan yg lebih trperinci kpd sy supaya tidak berlaku kekeliruan kepada sahabat sy itu….
    jzkllah….

    1. ibnuabbas Says:

      Perempuan dalam keadaan haidh boleh baca al Qur’an dalam hati sahaja. Tidak boleh dengan lidah walau perlahan sekalipun.

      Itulah yang benar dan kuat di sisi Mazhab Syafie bahkan jumhur Ulama’.

  158. hairena Says:

    assalamialaikum,,,saya ingin btanyakan soalan ttg eddah.dalam tempoh eddah selama 3bln 1hari saya telah melakukan persetubuhan bsama isteri,d sini adakah saya dan isteri harus bnikah mgunakan wali ataupun hanya mbuat pengesahan d pusat islam?seandainya saya dan isteri terus bjauhan,dan isteri takut kembali kepangkuan saya kerana hasutan keluarga,adakah ianya satu dosa besar…?sedangkan saya telah terangkan pd isteri dan btanyakan soalan ini d p,islam apa yg terjadi tp soalah2 jawapan yg d beri tidak memuaskn ht.saya tllu myayangi isteri saya,harap dapatlah kiranya ustaz terangkan secara terperinci..terima kasih.assalamualaikum.

    1. ibnuabbas Says:

      eddah cerai talak raj’ie adalah 3 kali suci, bukannya 3 bulan. ia mungkin berbeza antara seorang perempuan dengan perempuan lain. kalau saudara rujuk dgn isteri dalam tempoh itu walaupun tidak lapor kpd pejabat agama, maka ia adalah sah di sisi syarak. rujuk tidak memerlukan akad nikah baru. akad nikah diperlukan apabila tempoh eddah telah habis iaitu 3 kali suci bagi yg masih ada kitaran haidh, dan 3 bulan bagi yg sudah ‘pencen’.

      Seorang isteri wajib taat kepada suaminya walau apapun keadaan selagimana suami tidak menyuruh kpd munkar. Isteri saudara wajib kembali kpd saudara kecuali pihak si isteri telah berjaya fasakh’kan nikah saudara kerana perkara tertentu seperti suami mendera isteri, suami penagih dadah, suami penjenayah dsbnya.

      wallahu a’lam.

  159. Abdul Halim Says:

    Assalamualaikum WBT ya ustaz, semoga ustaz sekeluarga diRahmati oleh Allah SWT dan diberikan kesihatan yang baik, insyaAllah.

    Saya tiada soalan, cuma saya nak ucapkan jutaan terima kasih kerana dengan adanya blog ini banyak ilmu dan pengetahuan yang saya dapat untuk dijadikan panduan.

    terima kasih
    – Abdul Halim –

    1. ibnuabbas Says:

      wa’alaikumussalam. terima kasih, jazakumullah..

  160. rafli Says:

    1) salam ustaz,apakah maksud sembahyang Daeim? dan bagaimana caranya?

    2)puasa sunat dengan puasa qada’ boleh kah ditunaikan sekaligus dan bagaimana niatnya?

    1. ibnuabbas Says:

      salam rafli,

      1)Sembahyang daim merupakan satu istilah dalam tasawwuf @ tariqah. Ada pemahaman yg betul dan yg salah berkenaan istilah ini. Maksud daim itu ialah “sentiasa”. Jadi solat daim ialah keadaan di mana seseorang itu sentiasa mengingati Allah s.w.t. walaupun di luar solat. bukankah solat itu bertujuan utk mengingati Allah? Allah berfirman; “أقم الصّلوة لذكري
      yg bermaksud, “Dirikanlah solat utk mengingatiKu.”

      Pemahaman yg salah pula ialah apabila seseorang itu telah mencapai maqam hakikat,maka timbullah istilah sembahyang hakikat @ sembahyang pakai niat sahaja. Alasannya kerana sudah mencapai makam hakikat. Dia sentiasa ingat Allah walaupun di luar solat kerana tujuan solat kan utk ingat Allah. Orang syariat wajib solat macam yg kita buat sekarang kerana mereka tak ingat Allah melainkan dalam solat. INILAH KESESATAN YANG NYATA OLEH SESETENGAH AJARAN TASAWWUF DAN TARIKAT YG SESAT.

      2)Saya berpegang dengan pendapat yang muktamad dalam mazhab syafie bahawa puasa sunat dan puasa qadha’ tidak boleh ditunaikan dgn diniatkan sekaligus.

      wallahu a’lam.

  161. sitie Says:

    Salam……
    saya ingin bertanyakan soalan tentang wali nikah,Abah saya sudah 5 tahun meninggal dunia dan adik perempuan saya akan berkahwin dalam hujung thn ini.saya mempunyai seorang adik lelaki berusia 16 tahun.
    Soalannya: Bolehkah adik lelaki saya menjadi wali nikah bg kakaknya atau kami perlu mencari anak saudara lelaki sebelah keluarga arwah abah untuk mewalikan pernikahan adik saya?.terima kasih.

    1. ibnuabbas Says:

      sitie,

      Adik lelaki sitie lah org yg paling berhak menjadi wali nikah. Tidak perlu mencari anak saudara lelaki sebelah keluarga arwah. ke’wali’an adik lelaki sitie tidak akan gugur selagimana ia masih hidup. Hukum ini berjalan dengan anggapan bahawa adik sitie sudah baligh.

  162. Reshmajan Says:

    Assalamualikum Wbt..ustaz, saya ingin tahu apakah hukumnya seorang suami atau isteri berhubung semula menerusi sms dengan bekas tunang setelah lama tidak berhubung yang pada mulanya bertujuan menanya khabar dan ingin tahu perkembangan..seterusnya adalah juga mengimbau sedikit kisah lampau..hubngan sms berjalan lebih kurang setahun tanpa pengetahuan suami/isteri masing-masing bermula dengan ucapan harijadi. Menerusi sms ini juga digunakan oleh suami/isteri untuk mengambil peluang memohon maaf kepada bekas tunang(yg juga telah berkahwin) dan keluarganya kerana memutuskan pertunangan 23 tahun yang lalu dan berusaha untuk menjalin semula silaturahim antara keluarga yang kebetulan tinggal sekampung. Pada pandangan/pendapat ustaz adakah kemungkinan perhubungan yang sebegini menimbulkan perasaan kasih/sayang/cinta seperti dulu…bagaimanapun terpaksa disembunyikan disebabkan status masing-masing.S. terima kasih.

    1. ibnuabbas Says:

      Dlm Islam, lelaki perempuan yg bukan mahram diHARUSkan berhubung dlm ‘mu’amalah’ seharian. Ada urusan jualbeli, perniagaan, perkhidmatan dsbnya. Berhubung semata2 kerana tanya khabar, lebih2 lagi pernah bertunang, boleh mengundang bencana dlm rumahtangga. Ulama’fikh mengharamkan seorang perempuan yang sudah berkahwin menghubungi lelaki bukan mahram tanpa sebab yg munasabah. Maka, sekadar bertanya khabar dan mengingati kisah silam adalah alasan yg sangat tidak munasabah utk berhubung.

      Bila berhubung, syaitan mula menyuntik jarum ke perasaan masing2. Mulalah hanyut dibelai perasaan kasih sayang cinta palsu ciptaan syaitan.

      Nak jalinkan semula hubungan silaturrahim bukan dgn cara berhubung begitu. pergi sahaja ziarah ke rumahnya dgn suami. Bawa buah tangan. Lakukannya kerana Allah. Mudah2an berjaya.

      wallahu a’lam

  163. aida Says:

    assalamualaikum,
    ustaz.sblum ini sya ada mngemukakan beberapa soalan ttg msalah sy dgn suami.skrg ni sya cma nk tny antara emak dan suami yg mna ptut sya taat dulu.sjak sya kawin emak tgl dgn sya,dan anak sulung sya emak jga untuk buat teman.bila sya ader konflik dgn suami dan sya mengandung anak ketiga (anak ke-2 kembar),kakak nasihat supaya emak tgl dgn dia,memandangkan sya mengalami alahan dan bekerja.ttp emak tdk ssuai tgl dgn anak2 yg lain selain sya dan emak x dpt nk pisah dgn anak sulong sya.kebetulan abg sya mendpt keja di tempat keja sya,dan menyewa umah selang beberapa lorong dri sya.skrg emak tgl dgn dia,tp emak tetap mengambil anak sulong sya sbg teman dia kerana dia takut tuk tgl sorg diumah bila abg bekerja.
    masalah sya skrg,kakak meminta sya untuk mgajak emak tgl dgn sya smula krna menurut kakak emak tak selesa.sjak emak tidak tgl dgn sya,suami mula mnunjukan perubahan dan lbh bertanggungjwb dlm urusan umah tangga. sya serba slh samada tuk mengajak emak atau tidak.memandangkan anak sya bertambah,sya bekerja,suami sya pula bkerja jauh dri umah,emak pulak tidak mampu tuk mgurus mkn minum sndiri.sya rsa tidak berkemampuan utuk menjga emak.ADAKAH SAYA BERDOSA ATAU MENDERHAKA KPDA EMAK BILA TIDAK MAMPU TUK MENJAGANYA.SYA BUNTU UTUK MEMBUAT KEPUTUSAN.

    1. ibnuabbas Says:

      Masalah sebegini biasa berlaku kpd anak perempuan yg berumahtangga. Panduan yg saya berikan sebelum adalah sama sahaja dlm apa jua situasi. Bila berumahtangga. keutamaan ketaatan adalah suami.Kedua barulah ibu. Mengajak emak tinggal kembali bersama hendaklah dibincang dgn suami. Tak boleh buat keputusan sendiri. Byk kes di mana suami atau isteri buat keputusan berseorangan dlm isu begini tanpa berbincang dgn pasangan, menyebabkan rumahtangga bergolak. Lebih2 lagi seorg isteri. Sudah tentu perlukan keizinan suami utk bawa emak tinggal bersama. Kalau suami, ia tak perlu keizinan isteri tetapi tetapi perbincangan dianjurkan.

      Kedua, PUAN TIDAK BERDOSA APABILA TIDAK MAMPU UTK MENJAGA EMAK KERANA ALLAH TIDAK MEMBEBANKAN SESUATU YG TIDAK MAMPU KITA BUAT. Walau bagaimanapun, saya kira lebih elok puan berbincang dgn abang puan bagaimana nk selesaikan isu makan minum emak kalau betullah dia tak mampu uruskan sendiri.

      Alternatif yg ada ialah puan masih boleh menghantar makanan sama ada yg dimasak mahupun yg dibeli kpd emak puan. Lgpun, bukankah rumah puan berhampiran? Tambahan pula anak sulong puan tinggal bersama2 dgn emak puan.

      Walaubagaimana, keputusan hanya di tangan puan, saya hanya mencadangkan. Tidak semestinya yg terbaik. Asas panduan ketaatan sudah diberikan. Tinggal keputusan di tangan puan. Yang penting, buatlah setakat yg termampu utk BERBUAT BAIK KPD ORANG TUA KITA. ITULAH YG DITUNTUT AGAMA.

      wallahu a’lam.

      Kedua, Allah x akan hukum atas perkara yg kita x mampu laksanakan. Kalau puan rasa ia baik utk keluarga puan, maka itulah keputusan yg terbaik walaupun ibu puan tidak selesa di rumah abang.Lebih2 lagi

  164. aida Says:

    terima kasih di atas nasihat ustaz.btul apa yg ustaz kta,tp adakah sya perlu beritahu kpd emak yg sya tidak mampu utuk mengajaknya tinggal dgn sya.buat pengetahuan ustaz,setelah hampir 5thn berkahwin,inilah kali pertama kptsan yg sya buat berdasarkan ketaatan sya kepada suami dan memberi peluang kepada suami untuk merasai hidup berumah tangga..kerana sebelum ini apa sja kptsan yg sya buat adalah mendahului emak berbanding suami. setelah sya kerap melayari website ini dan mendengar soaljawab di televisyen,bru sya sedar bahawa seorg anak perempuan perlu taat kpd suami dahulu sblum emak. walaupn berat hati sya tuk berbuat demikian.

    1. ibnuabbas Says:

      cakap elok2 dgn emak. mudah2an dia faham.

  165. nur Says:

    ustaz..
    apakah kesan yang akan berlaku kapada lelaki yang memakai rantai emas dan mereka memberitahu bahawa memakai rantai emas berkenaan adalah tidak haram ke atas mereka, walaupun disisi agama islam adalah haram bagi lelaki memakai emas dan sutera..

    1. ibnuabbas Says:

      Hukum Haram lelaki memakai emas disebut jelas dalam hadis nabi yg sahih riwayat Bukhari. Ia telah diIJMA’kan oleh Ulama'(sepakat Ulama mengatakan HARAM).

      berdasarkan hadits yg diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud dan An-Nasa’i dgn sanad jayyid, dari Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu ‘anhu, bahwasa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam mengambil sutera dan memegang dgn tangan kanannya, dan mengambil emas serta memegang dgn tangan kiri kemudian beliau berkata :

      “Arti : Sesungguh kedua barang ini hukum haram atas para lelaki dari umatku”

      Ibnu Majah menambahkan dalam riwayatnya, “Dan dihalalkan untuk para wanita umatku”

      Juga berdasarkan riwayat Ahmad, An-Nasa’i dan At-Tirmidzi, yg menshahihkannya, juga diriwayatkan oleh Abu Daud, Hakim dan ia menshahihkannya, diriwayatkan pula oleh Ath-Thabrani yg menshahihkannya, diriwayatkan oleh Ibnu Hazm dan Abu Musa Al-Asy’ari Radhiyallahu ‘anhu, bahwasa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

      “Arti : Dihalalkan emas dan sutera bagi para wanita dari umatku dan diharamkan bagi para lelaki dari umatku”

      Barangsiapa yg mengatakan HALAL perkara yg sudah diIJMA’kan HARAM oleh para ulama’, maka hukumnya terkeluar dari Islam, murtad sekiranya ia termasuk dlm perkara yg diketahui dlm agama secara dharurat seperti solat 5 waktu, puasa, zakat, haji itu kewajipan dlm Islam atau Arak, babi, Zina, Judi, Riba itu HARAM dalam Islam. na’uzibillahi minzalik. Walaubagaimanapun, di tempat di tinggal itu tiada pengajian agama, dia pun tak pernah dengar ada org kata haram pakai emas (rasanya mustahil di Malaysia ni), maka ia tidak jatuh murtad tetapi tetap berdosa kerana memakai benda yg haram dlm keadaan jahil.

      wallahu a’lam.

  166. Idah Jhr Says:

    Salam Ustaz Yg di hormati,
    Saya pernah keguguran 2 kali, kali yang kedua ketika kandungan berusia 4 bulan lebih. Semasa proses D & C dilakukan, doktor mendapati janin telah berkecai semasa dlm kandungan. Perkara sudah lama berlalu, tetapi kadang2 bila teringat, saya rasa rindu akan bayi itu. Soalan: bolehkah saya melihat bayi saya itu di akhirat nanti? Benarkan bayi itu menunggu kita di pintu syurga? Terimakasih atas jawapan ikhlas dari Ustaz.

    1. ibnuabbas Says:

      Idah,
      Bayi yg meninggal dlm kandungan atau di luar kandungan kalau sudah menjangkau usia 4 bulan(120 hari), maka sunat diberikan nama kerana di saat usianya 120 hari, rohnya telah ditiupkan dan dia akan dipanggil dgn nama itu di akirat kelak. dia juga akan dibangkitkan di hari kiamat dan diberi keistimewaan utk memberi syafaat kepada kedua ibubapanya.
      Soalan kedua: Bolehkah melihat bayi puan di akhirat? Ya InsyaALLAH..
      Adakah ia menunggu di pintu syurga?
      Setakat yg saya baca drp bab “السقط و ثوابه drp kitab2 hadis, tidak ada hadis yg menyebutkan ia menunggu di pintu syurga tetapi yg ada ialah ringkasnya bayi itu akan memohon kepada Allah agar memasukkan ibubapanya ke dalam syurga bersama2 dgnnya dan ALLAH memaqbulkannya. Di bawah ini salah satu hadis berkaitan:

      ” و عن أنس بن مالك ـ رضي الله عنه ـ قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : إذا كان يوم القيامة ، نودي في أطفال المسلمين ، أن اخرجوا من قبوركم ، فيخرجون من قبورهم . ثم ينادي ، أن امضوا إلى الجنة زمراً ، فيقولون : يا ربنا ، و والدنا معنا ، فينادي فيهم الثانية ، أن امضوا إلى الجنة زمراً ، فيقولون: يا ربنا ، و والدنا معنا . قال : فيتبسم الرب جل و علا في الرابعة ، فيقول : و والداكم معكم ، فيثب كل طفل إلى أبويه ، فيأخذون بأيديهم ، فيدخلونهم الجنة ، لهم أعرف بآبائهم و أمهاتهم يومئذ من أولادكم الذين في بيوتكم ” . رواه ابن شاهين ، و الحافظ ابن عساكر في ذكر ثواب السقط .
      Maksudnya: Apabila tiba hari kiamat, diseru kepada bayi2 orang Islam,keluarlah kamu daripada kubur kamu. Lalu mereka keluar, kemudian Allah berseru, pergilah kamu ke syurga secara berkumpulan. Lalu mereka berkata, wahai Tuhan kami, ibubapa kami bersama kami? Allah berseru kali kedua, pergilah menuju ke syurga berkumpulan. mereka bertanya kali kedua, ibubapa kami bersama kami? Nabi bersabda, “lalu Allah jalla wa ‘ala tersenyum(yg layak baginya-tiada sesuatupun yg menyerupainya) pada kali keempat, lalu berfirman, ” Ya, kedua ibubapamu bersamamu, lalu dikirimkan setiap bayi itu kepada kedua ibubapa mereka, dan mereka(bayi2) mengambil ibubapa mereka dengan kedua tangan mereka, kemudian mereka memasuki syurga. Bayi2 itu mengenali ayah dan ibu mereka lebih daripada anak2 kamu yg berada di rumah2 kamu”.(riwayat ibnu syahin dan ibnu asakir)

  167. latifah Says:

    salam…ustaz, adakah sorg abg blh jd wali nikah kpd adik perempuannya yg berlainan ibu tp bapa yg sama? bagaimanakah batas prgaulan bg sorg abg & adik perempuan yg sudah dewasa? adakah sorg abg boleh mengucup pipi adiknya yg dh dewasa?

    1. ibnuabbas Says:

      Ya, boleh. Itulah yg selayaknya selepas bapa tiada.

      boleh sebagai tanda kasih sayang adik dan abang, bukan atas dasar nafsu syahwat.

  168. sue Says:

    assalamualaikaum. sy nk tnya apakah perkerjaan bank itu sesuai utk umat islam. maksud saya seperti hong leong bank.

    2. apa pndapat ustaz berkenaan syarikat insurance conventional yg bergabung dgn takaful? contohnya prudential takaful. adakah kita sbgai umat islam boleh mengambil insurance seperti ini ataupun menjadi agen kepada insurance ini? berkatkah duit komisen yg kita perolehi?

    sekian, terima kasih

    1. ibnuabbas Says:

      Isu ini perlu diperhalusi. boleh rujuk kpd yg lebih pakar seperti Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman. Beliau lebih berautoriti.
      Sekadar info yg saya ada, ada dua pandangan. pertama kata HARAM. Kedua, Harus. Yg kata harus memberi alasan bahawa dlm keadaan ekonomi dicengkam sistem riba yg berleluasa, maka harus kerana dharurat utk memajukan sistem ekonomi Islam.

      Isu ini pernah dibincangkan oleh sebahagian ulama’ gerakan Islam negara ini dalam mempersoalkan sama ada HARUS atau tidak menyertai takaful nasional yg asalnya adalah MNI.

      wallahu a’lam.

      1. sue Says:

        terima kasih ustaz..

        saya ada satu sepupu lelaki saya yg mengalami masalah buang air kecil tak lawas. Dari sek men lg dia ada penyakit ini. skrg umurnya br 20 thn. dh bnyk tmpt cuba berubat tp masih sama. masalahnya sekarang dia tidak mahu bekerja kerana penyakitnya itu membuatkannya susah utk menunaikan solat sekiranya dia bekerja. dia seorang yg amat ‘fasi’. kadang2 saya tgk beberapa kali dia mengambil air sembahyang sbb was2. sememangnya dia mengambil masa begitu lama utk menyucikan alat kelaminnya sebelum mengambil wuduk. keadaan inilah yg membuatkan dia tkd mahu bekerja, sedangkan umurnya masih muda. apa pndapat ustaz tntang perkara ini?

  169. ibnuabbas Says:

    sue,
    masalah kencing tak lawas memang isu cabang fekah yg terkenal dlm mana2 kitab. hampir semua kitab fikah menyentuh isu ini. ia dipanggil sulusul baul atau da’imul hadas.
    Hukumnya, dia hendaklah balut atau tampal kemaluannya selepas buang air. dlm konteks zaman sekarang, ada tuala wanita dan lampin pakai buang. pakailah mana2 yg rasa selesa. dalam kitab lama, ulama memberi panduan supaya menggunakan perca kain. maka kalau ia keluar dlm keadaan kita solat, maka solat kita sah, tidak perlu diulang lagi. Cuma ia berkait pula dgn hukum bersuci. Dalam mazhab shafie, sekali berwudhu’ hanya boleh digunakan untuk sekali solat fardhu dan beberapa solat sunat seperti sunat rawatib, tahiyyatul masjid dll.

    Nasihat saya, pesan kpdnya agar jgn dilayan perasaan waswas kerana itu merupakan gangguan syaitan. membasuh kemaluan selepas buang air dlm tempoh yg lama sebenarnya adalah tipudaya syaitan yg mengajar kita agar membazir air. cukup dgn 3 kali basuhan air yg secukupnya. Yg lebih itu adalah drp syaitan. InsyaAllah bersih.
    Satu lagi, panduan ulama’ dlm nk menyelesaikan masalah waswas, sebaik shj habis cuci kemaluan, jgn pedulikan perasaan waswas yg membisikkan “air kencing keluar lagi tu…dll” sehinggalah nyata keluarnya.

    Istibra’

    Air kencing memang terasa kalau masih berada dlm kemaluan kita khususnya lelaki.Untuk memahaminya, saya bagi contoh batang paip. paip air yg telah digunakan, walaupun ditutup, masih ada baki air dlm batangnya. Jadi, kalau dihentak atau digerakkan, sudah tentu terkeluar sedikit air drpnya.Bagi manusia, baki air kencing yg berada dlm batang kemaluan inilah yg terkeluar sedikit ketika kita solat, berjalan dll. Jadi, nabi s.a.w. mengajar kita agar melakukan istibra’ iaitu apa2 perbuatan yg munasabah utk keluarkan baki air kencing itu sebaik selepas buang air.Yg masyhur dalam kitab ialah berdehem tiga kali. Ajarlah sepupu saudari agar beristibra’.

    wallahu a’lam.

    1. sue Says:

      sebelum ni ustaz, dia mmg memakai tuala wanita ketika solat. tapi br2 ni ada org bg tahu pdnya yg memakai tuala wanita utk masalah begini tidak boleh sbb air kencing itu akan mengalir ke tempat lain dan solat jd tdk sah. hanya balutan sahaja yg boleh menghalang air kncing itu dr mengalir ke tmpt lain. apa pandangan ustaz tntang perkara ini?

  170. Nazrahim Says:

    Assalamualaikum wbt..

    Isteri saya telah meninggal dunia baru-baru ini. Kami mempunyai anak-anak lelaki sahaja dan yang paling kecil berumur 6 tahun. Kami juga mempunyai seorang pembantu rumah wanita yang telah bekerja hampir 10 tahun dan duduk serumah dengan kami selama ini.

    Oleh kerana isteri saya sekarang sudah tiada, bolehkah saya dan anak-anak lelaki saya masih duduk serumah dengan pembantu rumah kami sedangkan beliau tiada mahram dengan kami? Jika tidak, apakah yang boleh kami lakukan supaya beliau masih boleh duduk bersama kami memandangkan anak saya yang kecil amat rapat dengan beliau, dan juga kami memerlukan beliau untuk menjaga rumah, pakaian dan makan minum kami?

    Jawapan dan nasihat ikhlas Ustaz di atas kemusykilan kami ini adalah amat dihargai.

    Sekian. Wassalam.

  171. iskandar Says:

    Assalamualaikum, saya ingin bertanya apakah hukum nya kepada sesiapa yang memberi wang semasa hari perkahwinan..(* wang tersebut diberi kepada wakil/bapa pegantin)

  172. ila Says:

    assalammualikum….
    saya dan suami sering bergaduh walaupun dgn perkara sekecil kuam jew….
    1)bagaimanakah cara untuk mengatasinya)

    1. ibnuabbas Says:

      wa alaikumussalam

      maaf, lama tak update. byk tugas…
      buat ila, bak kata pepatah melayu, “Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.” Cuba elakkan drp berfikiran negatif. sering bergaduh walaupun krn perkara kecil biasa berlaku dlm rumahtangga lebih2 lagi di awal perkahwinan. ini berlaku krn suami isteri belum lagi mencapai keserasian dlm komunikasi. soikap faham memahami sgt penting utk elakkan masalah ini.
      Kalau dtg perasaan ingin bergaduh, istighfar byk2 dan letak dlm minda bhw ini ujian buatku dan syaitan cuba mahu porakperandakan hubunganku dgn suami.
      Dlm hal ini, lebih baik isteri mengalah. Bukan krn saya seorang lelaki ttp itulah hakikatnya kalau kita mahu hubungan jadi baik. sifat mengalah penting utk puan berdua. kalau lelaki pula yg mengadu, sudah pasti juga saya akan nasihatkan agar si suami patut mengalah krn mungkin si isteri belum memahami situasi dan perasaan lelaki. Utk puan pula, mungkin belum masanya lagi suami memahami puan. beri lebih masa utk memahami… terimalah keadaan diri masing2 seadanya(yg tak bercanggah dgn syarak).
      sentiasalah berada dlm keadaan berwudhu’ walaupun dlm uzur/datang bulan. ia tetap menajdi sunat. sentiasa isti’aazah(minta berlindung drp syaitan yg direjam).

      wallahu a’lam.

  173. nuraishah Says:

    saya ingin bertanya, bolekah kite makan dan minum didalam rumah yang ade jenazah, jika tidak bole, apakah sebabnya..?

    1. ibnuabbas Says:

      maaf, lama x jawab soalan. lama x buka. kalau buka pun x sempat nk jawab, tutup balik.

      Boleh makan dalam rumah yg ada jenazah. tiada larangan drp Nabi s.a.w.

      Ada kepercayaan dlm masyarakat melayu bhw x boleh makan dlm rumah yg ada jenazah kerana malaikat izrail baru cabut nyawa. Jadi, darah terpercik habis satu rumah. cuma tak nampak kata mereka. Ini satu pembohongan! tiada dalil…

  174. nabilah Says:

    salam tuan..
    saya ingin bertanya tentang satu soalan.
    kita sedia maklum,skrg nie byk laman2 sosial seperti facebook,myspace dan lain2.
    saya musykil,apakah hukum bagi seseorang yang meletakkan status berkahwin tetapi hakikatnya dia belum berkahwin lagi?

    1. ibnuabbas Says:

      tu bohong namanya. kalau sembunyikan status tanpa menyatakan apa2, tu lain…

  175. nabilah Says:

    salam ustaz..
    saya nak tanya.
    apakah hukumnya meletakkan status sudah berkahwin tetapi kebenarannya belum berkahwin?

  176. Anaqi Says:

    SALAM…

    SAYA NAK BERTANYA 1 SOALAN…

    ADAKAH SAH QORBAN ITU,DARI SEORANG YANG BUKAN ISLAM.
    MAKSUD : SEORANG YANG BUKAN ISLAM, MEMBERI SEEKOR LEMBU UNTUK DI QORBANKAN UNTUK ORANG ISLAM.
    ADAKAH QORBAN ITU SAH?DAN APAKAH HUKUMNYA.

    WASALAM.

    1. ibnuabbas Says:

      salamun alaikum.

      Kalau bukan Islam beri lembu, kemudian yg Islam jadikan korban, SAH hukumnya. Yg tak sah ialah Bukan Islam itu niat buat korban lembu itu. kerana syarat sah korban hendaklah yg berniat itu muslim.

  177. jamilah Says:

    saya dan suami sama2 bekerja.segala pendapatan dicampurkan dan dikongsi bersama.saya atau suami boleh guna duit bila2 masa perlu.saya ingin tahu adakah suami masih perlu memberi duit nafkah utk saya utk saya walaupun pendapatan kami dah digabungkan dan saya boleh guna bila2 masa saya perlu?

    1. ibnuabbas Says:

      Ya. Asal hukum beri nafkah ialah wajib ke atas suami sama ada gaji besar drp isteri atau lebih kecil. Kalau x beri, ia jadi hutang. Isteri berhak menuntut hutang nafkah itu.
      Tapi kalau suami isteri sudah sepakat utk berkongsi perbelanjaan rumahtangga dgn menggabungkannya walaupun dlm keadaan sudah tahu tanggungjawab suami beri nafkah, maka itu tidak mengapa bahkan si isteri mendapat ganjaran pahala atas perbelanjaan yg diberikan kpd keluarga.

      wallahu a’lam.

  178. yati Says:

    suami buat aqiqah untuk anak. bolehkah suami makan daging aqiqah tersebut?

  179. Siti Rahila Mansur Says:

    Assalamualaikum Ustaz.
    Saya ingin meminta bantuan daripada Ustaz untuk membantu saya menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi oleh suami saya. Baru-baru ini suami saya ada mengalami masalah tekanan perasaan yang mana dia memberitahu saya bahawa fikirannya sering diganggu bisikan hati yang menyuruh dia menceraikan saya. Untuk pengetahuan Ustaz, rumahtangga kami telah berusia lima tahun dan dikurniakan dengan 2 anak. Kehidupan keluarga kami amat bahagia sebelum ini tanpa sebarang masalah. Dorongan cerai itu tidak pernah dilafazkan dengan perkataan. Ianya hanya bermain di dalam hati. Perasaan dan gangguan itu datang tidak kira masa dan menyebabkan jiwa suami saya menjadi tertekan dan sering menangis. Suami saya kini amat phobia dengan perkataan cerai. Dia juga memberitahu saya bahawa dia takut untuk berbual dengan saya kerana khuatir bisikan itu muncul dalam fikirannya. Suami saya menjadi semakin murung dan kurang bercakap. Saya percaya gangguan dan dorongan itu datang daripada syaitan laknatullah.Pelbagai cara telah dilakukan untuk mengatasi masalah jiwa suami saya ini antaranya perbanyakkan zikir dan membaca Al-Quran. Sehinggalah pada petang tadi, jiwa suami saya menjadi sangat tertekan sehinggakan dia berdoa dengan lafaz ” Ya Allah berilah kekuatan kepadaku untuk melupakannya”. Beritahu suami saya lagi ketika doa itu dilafazkan dengan tidak semena-mena terlintas di dalam hatinya ungkapan “lupakan isteriku”. Sedangkan ketika itu dia berdoa memohon bantuan Allah membantunya melupakan segala bisikan dan dorongan syaitan itu. Keadaan menjadi bertambah parah kerana dia menjadi semakin tertekan dengan ayat yang telah dilafazkan tadi. Ini adalah kerana dia khuatir telah jatuh talak ke atas saya. Saya berharap Ustaz dapat membantu saya dan suami mengatasi masalah kami ini. Kami menunggu jawapan dan penjelasan daripada Ustaz

    1. ibnuabbas Says:

      Itu bisikan syaitan. Namanya khatir iaitu lintasan. Lintasan dalam hati ini mainan syaitan utk menyesatkan manusia. Ada yg lebih teruk apabila syaitan cuba bisikkan perkara yg merosakkan akidah. Ia tidak memberi mudarat dan tak memberi apa2 kesan terhadap kita kalau kita x zahirkan dlm bentuk lisan. maknanya selagimana ia bermain dlm hati, maka talak/cerai tak berlaku.
      Jangan terlalu ikutkan perasaan. bykkan berzikir la haula wala quwaata illa billah…
      InsyaALlah akan dipelihara dan dipermudahkan ketaatan kita dan dipermudahkan kita menjauhi maksiat.
      INGAT!!!BISIKAN ITU BUKAN DIKIRA NIAT KITA. NIAT DAN IKTIQAD KITA IALAH YG ADA JAUH DI SUDUT HATI.
      WALLAHU A’LAM

  180. nerd Says:

    Salam ustaz…

    saya ingi bertanya mengenai sumpah laknat…jika seseorang itu mengucapkan “aku sumpah laknat kalau kau mencuri sama ada aku tahu atau tidak, aku tidak akan memaafkan kau sehingga terbuka hati aku untuk memaafkan kau”

    Adakah ini dipanggil sumpah ustaz kerana tidak menyebut nama Allah hanya menyebut “aku sumpah laknat”. Adakah lafaz sumpah ni dikira sah?

  181. nerd Says:

    SALAM USTAZ,

    Saya sudah berkahwin 7 bulan lalu. Satu hari suami mendapati saya telah curang padanya ketika kami bertunang dahulu. Kemudian suami saya meletakkan taklik “kalau awak curang, saya ceraikan awak”. Tetapi curang yang dimaksudkan suami sekiranya saya curang sepenuh-penuh hati ( curang terang-terangan )seperti berbalas sms cinta dengan orang lain, berperasaan dengan org lain, berasmara, berpelukan dan sebagainya.

    Saya akui saya pernah curang ketika bertunang dahulu, tetapi saya dah bertaubat dan saya sangat sayangkan suami saya. Saya juga tahu hukum haram dan berdosa besar sekiranya menduakan suami.

    Tetapi apa yg meragukan saya ialah jatuhkah talak sekiranya saya teringat kekasih lama. Kadang-kadang saya berasa rindu pada kekasih lama. Saya juga kadang-kadang mudah teransang apabila melihat lelaki yang berbadan tegap. Tetapi ianya setakat perasaan sahaja tidak sampai saya bermain cinta atau melakukan perkara yang dimaksudkan oleh suami saya itu. Saya pernah memberitahu suami tentang perasaan-perasaan ini, tetapi suami menyatakan kalau benda2 macam tu dia maafkan…dan suruh saya elakkan rasa2 macam tu..Dia juga tekankan curang yang dia maksudkan seperti yang saya nyatakan di atas.

    Jadi, apakah status saya ustaz? adakah jatuh talak melalui perasaan-perasaan yang saya alami atau pun tidak kerana tidak memenuhi syarat curang yang dimaksudkan suami tadi?

    Tolonglah saya ustaz.

    1. ibnuabbas Says:

      1)Talak tidak jatuh tapi cuba elakkan melihat lelaki tanpa sebab yang diizinkan syarak. Melihat lelaki dengan syahwat hukumnya HARAM. Samalah dengan lelaki melihat perempuan dengan syahwat hukumnya HARAM walaupun menutup aurat.

      2)Elakkan menceritakan kepada suami bahawa puan teringatkan kekasih lama. Ia melukakan hati suami. Lelaki lebih kuat cemburunya daripada wanita.

  182. asri Says:

    salamullahialaikum..
    saya nak minta pandangan macamana nak bagi jawapan yang mantap kepada orang yang melakukan kemaksiatan yang mengatakan saya jadi begini adalah dengan takdir Allah merujuk kepada iman dengan takdir baik dan jahat adalah dari Allah dan hikmah ketiga dari hikam ibnu athoillah.

    1. ibnuabbas Says:

      Itu iktiqad penganut Jabariah, salah satu firqah yang sesat dan terkeluar daripada mazhab aqidah ahli sunnah wal jamaah.

      Usaha/Kasab daripada kita. Kita dapat dosa atau pahala berdasarkan usaha kita. Kalam ketiga ibnu Atoillah berbicara tentang taqdir Allah pada hakikat. Semua baik dan buruk adalah taqdir Allah tetapi pilihan dari kita.
      “Kita hanya merangcang, Tuhan yang menentukan”. Itu yang dikehendaki oleh kalam hikmah ibnu Atoillah yg ketiga.

      Ikhtiar kita adalah taqdir juga. Tidak berikhtiar pun dinamakan taqdir juga. Ingatlah kisah Amirul mukminin Omar al Khattab apabila buat lawatan kerja ke Yaman. Abu Ubaidah al jarrah melaporkan bahawa ada wabak Ta’un sedang melanda Yaman. Lalu Omar al Khattab membatalkan lawatannya dan mahu kembali ke ibu kota. Abu Ubaidah berkata, “Adakah tuan lari dari taqdir Allah?” Jawab Omar, “Ya, Aku lari dari taqdir Allah, dengan taqdir Allah, menuju kepada taqdir Allah.”

      Orang yang membuat dosa lalu mengatakan ini taqdir Allah merupakan orang yang biadab terhadap Allah. Dia menyalahkan Allah atas dosa dan kejahatan yang dia lakukan.

      Ilmu tasawwuf yang dibawa oleh Ibnu Atoillah tidak salah. Tetapi mestilah lengkapkan diri dengan ilmu Tauhid dahulu. Faham dengan baik apa yang dimaksudkan dengan rukun iman yang keenam,”percaya kepada taqdir baik dan taqdir buruk.”

      Kena tahu apa itu Taqdir pada lauh mahfuz, taqdir pada rahim ibu, dan Taqdir pada ilmu Allah.

      Wallahu a’lam.

  183. Izad Says:

    Asallamu alaikum, saya ada soalan,
    1) apa hukun nya seorg mualaf(cina) yg blm memelok agama Islam, tapi masih mempelajari tentang Islam, dan selalu mengucap shahadah waktu sendirian, dan hari2 dia berzikir, apakah dia sudah memasuki Islam dgn sendirinya Ustaz? sdgkan kalau bersyhahadah perlukan saksi?

    2)sahabat saya yg di atas itu, sama org nya (Cina)sewaktu ayah nya sedang nazak, dia membisikan ke telinga ayah nya dua kalimah syhadat, jika ayah nya mengikuti apa yg di ucapkan sahabat saya tu, apa kah syahadah ayah nya di terima ALLAH , ustaz?

    Wasallam
    Izad

    1. ibnuabbas Says:

      1)salah satu syarat sah syahadah ialah ‘SAKSI’. Saksi hendaklah sama ada pemerintah Islam, jamaah atau individu Islam atau wakilnya (pihak berkuasa agama dlm negara, ketua qadhi, qadhi, Imam.
      Di sisi Allah dia sudah Islam apabila dia mengucap 2 kalimah syahadah dan yakin dengan hatinya dgn apa yg diucapkannya itu. Tetapi di sisi hukum syarak, dia belum diiktiraf Islam kerana pihak berkuasa agama tidak tahu. Apabila pihak berkuasa agama tidak tahu, ia akan menyebabkan kesukaran apabila berlakunya kematian. Keluarganya sudah tentu akan menguruskan jenazahnya dengan cara bukan Islam.

      2)InsyaALLAH ucapan itu diterima ALLAH. Dia Islam di sisi Allah walaupun di sisi manusia mungkin tidak.

      Nabi bersabda; “Sesiapa yang akhir kalamnya la ilaha illallah, dia akan masuk syurga.”
      WALLAHU A’LAM.

      1. Izad Says:

        Alhamdullilah,shukran Ustaz Trima kasih,akan saya khabar kan berita ini pada yg empunya diri,insya allah.

        Wasallam
        Izad

  184. nerd Says:

    Terima kasih ustaz atas soalan taklik saya haritu..saya berasa tenang sekarang…dan saya banyak dekatkan diri kepada Allah SWT.

    Bagaimana pula dengan soalan saya yang “sumpah laknat” tu?..pada 31 Disember yang lalu.

    Terima Kasih ustaz

    1. ibnuabbas Says:

      tiada sumpah laknat sebegitu. Laknat daripada Allah kepada sesiapa yg langgar sumpah.
      Dalam Islam, ada sumpah li’an iaitu seorang suami tuduh isterinya berzina. Kalau sumpah itu palsu, maka laknat Allah menimpa si suami.
      Satu lagi, sumpah laknat dalam ayat 61 surah Ali Imran yg maksudnya:
      “kemudian sesiapa Yang membantahmu (Wahai Muhammad) mengenainya, sesudah Engkau beroleh pengetahuan Yang benar, maka Katakanlah kepada mereka: “Marilah kita menyeru anak-anak Kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan Kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri Kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah Dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang Yang berdusta”.

      Ulama’ berdalilkan dgn ayat ini untuk mengharuskan orang beriman mencabar bersumpah laknat untuk membuktikan kebenaran berkait dengan isu agama. Asal asbabul nuzul ialah Nabi s.a.w. mencabar kalau benarlah Nabi Isa itu anak Tuhan, maka mari bersumpah laknat utk buktikan siapa yang benar.

      wallahu a’lam

      1. nerd Says:

        Terima kasih ustaz atas penjelasan ustaz…baru saya faham sekarang…

        Terima kasih

  185. Izad Says:

    Asallamu alaikum Ustaz, apa blh kah saya menghubungi Ustaz secara private, kerana ada beberapa masa’alah yg saya fikir tak blh di tertera kan kan di sini.trima kasih. mohon maaf

    Wasallam

    1. ibnuabbas Says:

      telefon 09 6178591, minta no hp saya

  186. nurul Says:

    Assalammualaikum ustaz….

    Saya tertarik dengan masalah taklik yang dihadapi oleh saudari nerd pada 1 Januari 2011. Sebenarnya saya juga menghadapi masalah yang sama dengan saudari nerd cuma keadaan kami yang berbeza.

    Begini ustaz.Saya telah berkahwin dan dikurniakan seorang cahaya mata. Pada mulanya perkahwinan saya dan suami sangat bahagia, sehinggalah baru-baru ini, suami menjadi seorang yang panas baran, kuat cemburu dan suka menuduh saya yang bukan-bukan.Saya pernah bertanya mengenai perubahan dirinya tetapi saya dimarahi. Puncanya kerana suami saya telah ditugaskan bekerja luar “outstation” dalam jangka masa yang agak lama melebihi sebulan.

  187. nurul Says:

    Assalammualaikum ustaz..

    Saya tertarik dengan masalah taklik yang dihadapi oleh saudari nerd pada Januari 2011. Sebenarnya saya juga menghadapi masalah yang sama dengan saudari nerd cuma situasi kami yang berbeza.

    Begini ustaz. Saya telah berkahwin dan dikurniakan seorang cahaya mata. Pada mulanya perkahwinan saya dan suami sangat bahagia, sehinggalah baru-baru ni, suami menjadi seorang yang panas baran, kuat cemburu dan suka menuduh saya yang bukan-bukan. Saya pernah bertanya mengenai perubahan dirinya tetapi saya dimarahi. Puncanya kerana suami telah ditugaskan bekerja luar “outstation” dalam jangka masa yang agak lama melebihi sebulan. Sebelum ini pun suami sering pulang lewat kerana bekerja. Saya akui suami seorang yang bekerja keras dan sentiasa inginkan yang terbaik untuk kami sekeluarga. Dia juga tidak pernah mengongkong saya jika saya ingin keluar bersama kawan-kawan lain sekiranya saya bosan di rumah. Sebagai isteri saya juga tahu batas-batas pergaulan saya.

    Tetapi, sejak dia pegi “outstation” dia mula mengongkong saya. Dia juga menuduh saya yang bukan-bukan seperti curang di belakangnya sehingga dia meletak taklik

    “KALAU U CURANG PERASAAN ATAU PERBUATAN, I CERAIKAN U”.

    Saya terkejut kerana sehingga tahap itu dia tidak percayakan saya.

    Saya bertanya curang yang macam mana suami saya maksudkan sebab saya tak faham. Suami berkata curang perasaan macam “u bercinta dengan orang lain, sms cinta, rindu-rindula i rindu u u rindu i sume atau curang perbuatan macam u pegang tangan, peluk-peluk, cium-cium curang secara terang-terangan”.

    Sejak peristiwa itu hidup saya sering dihantui perasaan-perasaan seperti terasa RINDU pada teman lelaki lama, SUKA MELIHAT LELAKI KACAK, kadang-kadang saya BERFIKIR kalau ada lelaki lain yang datang yang lebih baik dari suami saya saya perlu memilih antara suami dan lelaki itu. Pendek kata, macam-macam saya fikir ustaz. Tapi hakikatnya saya tahu jodoh yang Allah bagi itu yang terbaik. Saya anggap ini semua dugaan.

    Adakah semua perasaan yang saya rasa di atas ini dikira CURANG PERASAAN ustaz? Tetapi saya tidak bersms cinta jauh sekali berpelukan seperti yang dimaksudkan suami.
    Hanya perasaan macam tu je.

    Apa yang merungsingkan saya kerana perkataan “CURANG PERASAAN itu”yang dilafazkan suami. Adakah TALAK dah jatuh?

    Adakah TAKLIK tu merujuk kepada maksud curang suami? sebab perkataan “CURANG PERASAAN DAN CURANG PERBUATAN” macam umum. Seolah-olah apa yang saya lakukan semua perlu berfikir curang ke tak. Tolongla ustaz, saya betul-betul keliru.

    Saya betul takut dengan STATUS sekarang. Jatuh ke TALAK ustaz.??

    Terima kasih ustaz.

    1. ibnuabbas Says:

      Berdasarkan apa yang puan cerita, talak tidak jatuh kerana puan tidak bercinta dengan sesiapa.
      Adapun perasaan ‘nakal’ yg sering hadir dlm hati puan itu, istighfar banyak2 setiap kali ia hadir. minta berlindung drp syaitan iblis. Baca أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق
      A’uuzu bikalimaatillaahitTaammaati min syarri maa kholaq. ertinya, “Aku minta berlindung dengan kalimah2 Allah yang sempurna daripada kejahatan apa yang diciptakanNya.atau puan boleh baca surah An Nas( qul a’uuzu birabbinnas..)sehingga habis surah.
      Perasaan itu merupakan lintasan syaitan utk memdatangkan waswas dan keraguan kepada puan.

      wallahu a’lam.

      1. nurul Says:

        Alhamdulillah..terima kasih ustaz…saya sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya saya dijauhkan perasaan2 macam tu..saya sayangkan suami…. saya juga berdoa supaya suami saya akan berubah suatu hari nanti…

        Terima kasih ustaz…

  188. bangchik19 Says:

    Salam ustaz, saya ingin membayar fidyah puasa untuk saudara yang telah meninggal.dia telah meninggalkan puasa dengan sengaja selama 30 hari x 22 tahun.berapakah rm fidyah yang perlu dibayar,dan adakah boleh saya menggunakan duit insuran beliau untuk membayar fidyah tersebut?

  189. aishah Says:

    salam ustaz, saya pernah mendengar hadis ada menyatakan kita di larang sama sekali berjumpa bomoh atau org yg mengamalkan ilmu perubatan selain dr menggunakan ayat2 al quran. dia sini saya ingin bertanya, perubatan yg mengamal pergerakan tangan dimana dpt mengetahui/ mengesan adenya syaitan atau bnda2 asing ada atau tidak di dlm badan sesorang,jika ada dia akan cuba menangkap syaitan itu, dan memasukkannya ke dalam botol,pengalaman dr seorang pesakit yg pernah mencuba perubatan ini, selepas dikatakan syaitan di dlm bdnnya sudah di tangkap,sakitnyer terasa hilang dan badanya berasa ringan. mintak ustaz jelaskan bolehkah kite berusaha mengubati penyakit dngn mencuba rawatan sebegini dan adakah perubatan begini ada di dlm agama kita, mintak ustaz jelaskan dengan lebih terperinci.terima ksh ustaz.

    1. ibnuabbas Says:

      kena tahu apa yang dia guna untuk menangkap syaitan tu? ayat al Qur’an kah?

      Ada orang yang diperdaya oleh bomoh yg memang sudah ada pakatan dgn jin syaitan. Lalu syaitan @ jin itu pun berlakon ditangkap.

      Ulama berselisih pendapat pada menyatakan bolehkah manusia menangkap jin atau syaitan? Ada hadis bukhari muslim yg menceritakan bagaimana Nabi s.a.w. pernah menangkap jin ifrit yg mengacaunya ketika solat. Tapi disebabkan baginda teringatkan doa nabi Sulaiman yg memohon kepada Allah agar tidak memberikan kelebihan yang ada padanya kepada orang lain selepas wafatnya.

      Jadi, ulama berselisih pendapat dalam memahami dalil ini. Ada yg berpendapat dengan hujjah hadis inilah menunjukkan memang manusia mampu menangkap jin syaitan apabila diizinkan Allah. Ada juga yang berpendapat bahawa oleh kerana Nabi s.a.w. melepaskan jin ifrit itu, menunjukkan bahawa Allah tidak izinkan sesiapa pun boleh menangkap jin syaitan. Yang mampu dilakukan ialah menghalaunya.

      Wallahu a’lam.

  190. king Says:

    assalamualikum,

    ustaz, saya ada keraguan dlm hubungan suami & isteri semasa berjimak.
    soalanya: Apa hukumnya jika isteri berimajinasikan lelaki lain semasa berjimak dgn tujuan utk mempercepatkan anzal?

    sekian

  191. erin Says:

    Assalammualaikum ustaz……

    Ustaz saya ada soalan yang merunsingkan saya…
    begini ustaz….satu hari saya dan suami berbincang pasal cerai rujuk …ada yang saya tak faham pasal cerai rujuk ni…dan menyebabkan saya bertanya berkali-kali kepada suami saya…

    Entah macam mana disebabkan suami saya dah fed up dia cakap kat saya ” HARUSKAH ABG CERAIKAN AYANG PASTU KITA RUJUK BALIK”.

    Saya terdiam. Suami saya pun tak bermaksud nak ceraikan saya tetapi d terlepas cakap macam tu.

    Soalan saya JATUH KE TALAK USTAZ? Adakah ianya satu LAFAZ cerai atau suami hanya bertanya sahaja. Selepas dari peristiwa tu saya tak tanya soal cerai rujuk ni..saya jadi takut kalau2 suami terlafaz tanpa niat.

    Saya harap ustaz dapat memberi penjelasan pada saya secepat mugkin. Terima Kasih ustaz.

  192. fazhar Says:

    assalamualaikum
    bolehkah saya tahu apakah maksud nama saya?
    Muhammad Fazhar
    telah saya bertanya dengan kebanyakan ustaz saya tetapi tetap tidak mendapat jawapan yang jelas dan kebanyakannya juga tidak tahu.Apakah nama kita ini mampu memberi kesan dalam pembentukan akhlak dan ciri2 seorang insan?
    terima kasih

  193. gaban Says:

    apa pendapat ustaz tentang tangkal… ada kata boleh pakai dgn syarat kita yakin Allah yang sembuhkan pesakit itu..(walaupun tangkal itu dibaca dengan ayat AL-quran.

  194. Izad Says:

    Asalamu alaikum Ustaz, lama juga saya tidak ke website Ustaz, 🙂 harap d kurniakan kesihatan dan ceria slalu pada Ustaz,Insya allah. amiin.

    soalan 1), Wanita yg bkn Islam(masih sgd mempelajari tentang Islam) yg dtg haid, boleh kah mereka membaca muqadam? kerana ingin belajar , ada Ustaz mengatakan ,boleh kalau ingin belajar dan ada Ustazah mengatakan tidak boleh, jadi yg mana satu betul, harap Ustaz dpt bantu saya 🙂

    Soalan 2) boleh kah Wanita uzur(Haid) berzikir lafaz ayat2 al quran dan dlm hati serentak?

    Trima Kasih Ustaz

    Wasallam
    Izad

    1. ibnuabbas Says:

      wa alaikumussalam warahmatullah.

      terima kasih izad.

      1)kalau wanita islam yg haidh tidak boleh membaca dgn berlafaz(kalau dlm hati sepakat ulama membenarkan), maka adalah lebih utama larangannya kepada bukan Islam. Anjurkan supaya dia baca terjemahan. Itu tiada masalah.

      2)tidak boleh

      wallahu a’lam.

      1. Izad Says:

        Alhamdullilah, amiin..Trima kasih Ustaz dgn penjelasan nya,

  195. MASAYU Says:

    Assalammualaikum ustaz

    Saya ingin bertanya… dalam ilmu islam adakah wujud ilmu menarik duit… dan apakah hukumnya?

    1. ibnuabbas Says:

      wa alaikumussalaaam.

      HARAM terlibat dalam ilmu dan amalan menarik duit.

      Ilmu ini menggunakan jin. Dalam al Qur’an jelas tentang bahaya manusia minta pertolongan dgn jin. ia menambah kesesatan seseorang.

      wallahu a’lam.

      wallahu a’lam.

  196. aida Says:

    assalamualaikum ustaz..sya masih menghadapi msalah rumah tangga..emak sya sudah meninggal dunia hampir sthn..tetapi perangai suami sya tetap x berubah..dia makin lalai dgn perintah Allah,tak memberi nafkah dgn ckup..tak bertanggungjawab..sya dah tak sgup nk menanggung..bla sya mintak duit belanja,dia ckp duit x ader,x ckup..sya jga yg terpaksa cari duit lebih tuk tanggung keluarga..keperluan anak2 dah x ader,dia langsung x berusaha tuk membeli tau menyediakan nyer..dengan keadaan sya,bolehkah sya menuntut cerai di mahkamah..bagaimana cara tuk sya berbuat demikian..

  197. ibnuabbas Says:

    dalam suasan kehidupan hari ini yg cukup mencengkam, memang menuntut suami bekerja keras utk tanggung nafkah anak isteri. Itulah punca besar ramai isteri yg keluar bekerja. asal tanggungjawab nafkah makan minum, tempat tinggal anak isteri adalah di bahu suami/lelaki. Tapi apabila berlaku kekangan kewangan yg sangat meruncing, seharusnya suami isteri berbincang baik2 utk selesaikan masalah. Namun begitu, kewajipan menyediakan keperluan asasi atau disebut sebagai dhoruriyat dlm hidup adalah terletak di bahu si lelaki/suami walaupun terpaksa berhutang sekalipun.

    Keputusan nk bercerai suatu perkara yg sangat besar kerana ia melibatkan masa depan anak2. Bayangkan masa depan anak2 tanpa bapanya. biasa kita dengar gejala sosial yg dilakukan oleh remaja dan belia antara faktor besarnya ialah ia datang dari ‘broken family’, keluarga yg bercerai.

    Sabar adalah lebih utama daripada meminta cerai…
    andaikata puan aida sudah bertekad utk minta cerai, apakan daya itu bukan hak saya utk menghalang. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul…fikirlah masak2. minta petunjuk dari ALLAH. saya doakan agar Allah permudahkan urusan puan. tabahlah…

    wallahu a’lam. maaf lambat jawab.

  198. Nurul Ameera Bte Amir Says:

    Salam ustaz. Saya bekerja dengan tujuan membantu suami dalam perbelanjaan rumahtangga. Suami saya hanya memberi wang sebanyak RM150 sebulan untuk belanja rumah. Bolehkah saya membelanjakan wang gaji saya untuk membeli kelengkapan penjagaan muka saya sendiri tanpa keizinan suami? Berdosakah saya sekiranya suami tidak mengizinkian? Akibat dari itu suami saya marah dan tidak mahu bercakap dengan saya. Apakah nasihat ustaz kepada saya.

    Yang benar,

    Ameera Ameer

    1. ibnuabbas Says:

      Wang gaji puan adalah milik penuh puan. Suami tiada hak ke atas wang itu. Puan boleh belanjakan wang tersebut tetapi suami berhak menasihati puan cara membelanjakannya. Kalau puan tak bersetuju dgn cadangannya, puan tidak dikira berdosa. Tetapi sekiranya puan belanjakan pada perkara yang haram, suami berhak melarang dan puan wajib taat. Contohnya kalau alat penjagaan muka yang mengandungi unsur haram atau puan bercadang untuk memakai produk yang bercanggah dengan syarak seperti gincu atau alat2 solekan utk ke tempat kerja, maka adalah wajar suami tidak membenarkan puan belanjakan wang begitu.

  199. khaleed Says:

    as salam..

    Ustaz, sahkah solat orang yang masbuk kepada orang yang sedang solat sunah rawatib tanpa diketahui oleh orang yg pertama tadi?

    Jika tidak sah wajib kah dia membatalkan solatnya dan mengulang balik daripada rakaat yang pertama ?

    terima kasih

  200. azrul Says:

    Assalamualaikum Ustaz……

    Saya ada 2 soala harap Ustaz dapat menjawapnya. Apakah hukumnya seorang suami beronani sekiranya :-

    1. Isteri meninggalkan suami untuk menziarahi saudara jauh dalam tempoh masa yang lama dan pada masa itu si suami tidak dapat menahan nafsunya. Contohnya sejauh 3 buah negeri jaraknya lebih dari 150km dan melebihi tempoh 3 hari.

    2. Si isteri tidak ingin bersama dengan suami melebihi dari 2 minggu atas sebab perselisihan faham dan hasutan dari pihak keluarga si isteri.

    Harap Ustaz dapat memberi pendapat dan pandangan dalam perkara ini.

  201. wanie Says:

    askum ustaz…saye ade persoalan yg ingin ditanya..adakah hukum dosa sekiranya seorang isteri mengunci nafsu suami nye yang suka berlaku curang..

  202. bell Says:

    apabila kakak telah berkahwin dengan abang. bolehkak adik kepada kakak berkahwin dengan adik kepada perempuan (kahwin sesama biras)

  203. Izad Says:

    Asallamu alaikum Ustaz.. sy ada pertanyaan, ada kah nas yg mengatakan , istri harus mengikut kata2 suami?misal kata: kalau suami kata “A” istri mesti menuruti nya? Trima kasih Ustaz

    Wasallam
    Izad

    1. ibnuabbas Says:

      Wa alaikumussalam.

      Sekiranya suami menyuruh sesuatu yg tidak bercanggah dengan syarak, walaupun isteri tidak menyukainya, maka wajib bagi isteri mentaati perintah itu. Antara Hadis2 berkaitan:

      Hadis riwayat Abu Hurairah:

      “Jika aku boleh memerintahkan supaya seseorang sujud kepada orang lain, nescaya akan aku perintahkan seorang perempuan sujud kepada suaminya.”(riwayat Tirmizi)

      Nabi juga pernah menyebut:

      “Apabila seorang perempuan telah mengerjakan sembahyang lima waktu, mengerjakan puasa pada bulan Ramadhan, memelihara kemaluannya, dan taat kepada suaminya, maka masuklah (ke dalam syurga) dari mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki.”
      (Riwayat at Tabarani)

      Al Qur’an pula memberikan panduan bagaimana menangani isteri nusyuz(derhaka). Dalam surah an Nisa’ ayat 34 , Allah menyebutkan:

      “Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) tinggalkanlah (pulaukanlah) mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya).”

      Wallahu a’lam.

  204. ingin mengetahui Says:

    assamualaikum ustaz..
    betulkah sekiranya jika kita ingin memandulkan atau melakukan sunat kepada binatang yg dibela seperti kucing perlu membayar fidyah?

  205. hario Says:

    adakah hadis yg mngatakan Rasullah memberi air kencing unta untuk mengubati penyakit??

    1. ibnuabbas Says:

      Anas bin Malik radiallahu ‘anhu berkata:

      Cuaca Madinah tidak sesuai untuk beberapa orang, maka Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam menyuruh mereka mengikut pengembala untanya dan untuk mereka minum susu dan kencing unta tersebut.

      Maka mereka mengikut pengembala itu dan minum susu serta kencing unta sehingga menjadi sihat semula badan mereka.
      (Diriwayatkan oleh Al Bukhari)

  206. puan shila Says:

    salam uztaz. saya ingin mendapatkan kepastian berhubung talak 3 yang dijatuhkan suami keatas saya di rumah di hadapan anak2 saya berumur 15thn, 14thn dan 11thn. saya dan suami telah berumahtangga di luar (majlis agama narathiwat) selama 7 bulan dan kes permohonan pendafftaran di malaysia juga masih belum selesai setelah permohonan di hantar di pejabat agama. masalah kami : suami saya telahpun beristeri dan saya adalah isteri kedua. semenjak kawin saya didapati sakit terkena ilmu sihir yang setelah disahihkan oleh ramai uztaz, dr dan pengubat tradisional yang beragama islam dimana isteri pertama sejak awal mensihirkan saya malah juga telah mensihirkan suami sejak awal perkahwinan mereka.

    soalan saya : suami saya, seorang yg sgt dikenali kerana kami sekampung, satu sekolah dan satu tmpt mengaji. bila dia berkeadaan normal dia berkelakuan waras dan sembahyang tetapi bila ada tika dia terkena “angin” dalam ketawa juga mampu diam dan mula marah tdk menentu sehingga mengasari malah pernah memukul saya. dan hari yang “angin” pasti akan balik ke rumah isteri pertama dan mengambil masa lama kerumah saya. walaubagaimanapun, jika tiada duit / masalah kewangan pasti cari saya sehingga saya telah melebihi kadar sepatutnya membantu kerana saya berniat membantu suami tetapi ianya bukanlah spt saya sangkakan kerana apa sahaja bantuan saya cuma lah atas kehendak isteri pertama yang boleh saya katakan “idup biar papa asal bergaya”. dalam keadaan normal suami mengatakan dia amat menyayangi saya malah dpd sekolah lagi.

    sejak saya berubat secara islam, maka makin menjadi lah buatan sihir ke atas saya malah semakin hari semakin kuat perlakuan mereka. isteri pertama dibantu oleh ibu dan keluarganya dalam menjalankan sihir dan ilmu songsang yg saya ketahui salah satunya ilmu bathil. dia berjaya pisahkan saya dengan suami, seluruh anggota keluarga, malah kwn2 yang dulunya sgt rapat.

    dalam keadaan sebegini : adakah talak 3 sebutan suami yg dtg kerumah dalam keadaan marah dan menuduh tidak menentu itu jatuh ke atas saya uztaz? saya berharap uztaz dpt bagi pandangan kerana masalah ini membelenggu saya sehingga mengganggu xtvt harian saya. saya seorang ibu tunggal yang tiada ibu bapa.

    terima kasih.

    1. ibnuabbas Says:

      Salam.

      Perkara ini sangat sukar untuk dibuktikan. Buat masa sekarang, tiada peruntukan undang-undang di Mahkamah Syariah utk membuktikan adanya unsur2 sihir dalam masalah yang timbul di antara suami isteri yang datang mengadu.

      Memang pernah ada kes perceraian di bawah pengaruh sihir. Tapi Mahkamah tetap menjatuhkan hukum cerai itu sah kerana sihir tak dapat dibuktikan.

      Dalam perbincangan bab talak, ada dua keadaan di mana talak tidak jatuh iaitu dalam keadaan mabuk dan gila. Sepakat ulama mengatakan bahawa tidak jatuh talak sekiranya Mabuk itu yang tidak disengajakan. Adapun mabuk yang disengajakan seperti sengaja minum arak, kemudian mabuk dan seterusnya menceraikan isteri, ulama; berselisih pendapat dalam hal ini. Jumhur Ulama’ mengatakan jatuh talak.

      wallahu a’lam.

  207. Izad Says:

    Alhamdullilah, Trima kasih di atas penerangan Ustaz… 🙂

  208. Izad Says:

    Asallamu alaikum Ustaz….
    Semoga Ustaz di beri kesihatan dan ceria di samping keluarga tersyg.. 🙂

    Sy ada seorg teman yg bertanyakan pada sy : apa pertalian anak luar nikah dgn datok pada si ibu yg melahirkan anak itu ( datuk adalah ayah kepada wanita yg melahirkan anak luar nikah)

    Trima kasih Ustaz

    1. ibnuabbas Says:

      dia adalah cucu yg sah kpd ayah ibunya kerana anak luar nikah adalah dikira waris kepada harta pusaka ibunya, tetapi tidak daripada bapa biologinya.

  209. Izad Says:

    Asallamu alaikum Ustaz…. Selamat Menyambut Tahun 2012. semoga ALLAH memberkati apa jua yg kita lakukan.. Insya allah. amiin.. Alhamdullilah.. trima kaseh Ustaz di atas penerangan nya.. amiin.

    Wasallam
    Izad

  210. ibnuabbas Says:

    Haram dan berdosa hukumnya memalukan orang yang kurang ilmu agama. Yg seharusnya dibuat ialah yg berilmu membimbing yg jahil.

  211. Izad Says:

    Asallamu alaikum Ustaz. sy ingin bertanya siapa itu Christ dan dalam Islam? trima kasih Ustaz.

    Wasallam
    Izad

    1. ibnuabbas Says:

      Christ atau penuhnya Jesus Christ atau gelarannya Jesus of Nazareth pada fahaman penganut Kristian ialah Tuhan Anak(God the son) yang dijelmakan. Mereka percaya bahawa dia bangkit selepas mati disalib.

      Kita umat Islam percaya bahawa Jesus yang dimaksudkan itu ialah Nabi Isa anak Maryam. Baginda hanyalah seorang Rasul yang diutuskan oleh Allah kepada kaumnya. Baginda diangkat oleh Allah ke langit dan tidak mati, serta akan turun ke bumi bila tiba saatnya nanti, sebagai antara tanda-tanda besar akhir zaman.


  212. Apakah hukumnya seorang ibu memanggil anaknya bodoh dan mengguris hati anaknya?

    1. ibnuabbas Says:

      Seorang ibu tidak harus menyakitkan hati anaknya sebegitu. Ia menjadi seolah-olah doa buat anaknya. Ia juga memberi kesan negatif kepada psikologi anak. Anak-anak yang dididik dengan kata-kata kesat akan memiliki ‘low self esteem’. Ini boleh menyebabkan anak itu sentiasa merasa rendah diri dan berdaya saing di kalangan rakan sebaya.

      Wallahu a’lam.

  213. shina Says:

    Assalamualaikum…

    Saya ingin mendapatkan kepastian…tentang apa yang dikatakan oleh kawan saya…bahawa Nabi ada bersabda…sebuah rumah harus mempunyai 3 buah bilik saja…sekiranya terdapat lebih dari 3 bilik…maka sebuah daripadanya akan dihuni oleh syaitan/makhluk ghaib/hantu yang seumpama dengannya…

    Point yang ingin saya ketahui…benarkah Rasulullah SAW pernah bersabda demikian tentang hal ini…dan yang kedua…benarkah sebuah rumah tidak harus memiliki lebih dari 3 bilik kerana sebuah darinya akan dihuni makhluk lain…

    Terima kasih…Wassalam…

    1. ibnuabbas Says:

      Wa ‘alaikumussalam. Maaf, saya tidak pernah bertemu dengan hadis sedemikian. Cuab tanyakan kepada ustaz atau ulama’ lain. Wallahu A’lam.

  214. Sarafina Says:

    Saya ingin mengetahui apakah hukumnya sekiranya seorang Islam mengambil orang bukan Islam untuk bekerja sebagai pembantu rumah membuat kerja-kerja mengemas rumah dan menjaga anak-anak di rumahnya?

  215. khatijah Says:

    salam ustaz,
    saya sudah berkahwin dan ada seorang anak bru 1 thn. sy tggal berasingan dr ibu bapa sy. sy dan suami jarang melawat ibu bapa saya kerana sy ade seorang abang(penagih) yg tggal bersama orang tua sy. abg sy jd mcm tu sudah berthn2 tp bapa sy tetap tak ambil apa2 tindakan untuk pulihkan dia. malah bapa sy selalu meminjam duit anak2 yg lain atau org lain supaya boleh beri duit kpd abg sy untuk beli dadah. bapa sy bertindak begitu sbb tak mahu lihat abg sy mengamuk2 minta duit. utk pengetahuan ustaz, keadaan abg sy sudah teruk, dia akan buat apa sj utk dptkan duit. dia pernah bergaduh dgn suami sy psl duit. suami sy mmg xnak dtg rumah bapa saya lagi sejak kejadian tu. setiap kali saya dan suami dtg menziarah ibu bapa saya mesti ada berlaku konflik dgn abang saya. suami saya kurang senang dgn bapa saya kerana bapa saya sanggup pinjam duit utk abang sy. saya dan adik beradik sudah banyak kali nasihatkan bapa utk hantar abang sy tu ke pusat pemulihan tetapi dia enggan.
    Dalam 2 thn lepas, sy dan suami pernah buat laporan polis atas keganasan abang sy terhadap ibu bapa saya tetapi bapa saya sanggup ikat jamin dan minta dilepaskan. kejadian ni menambahkan lagi rasa tak senang suami sy kerana bapa saya sendiri yg suruh buat laporan polis.

    Jadi, persoalan saya:
    1) wajarkah bapa saya bertindak begitu kerana dia betul2 sygkan abang sy sehingga x mahu dihantar ke pusat pemulihan?
    2) berdosakah saya dan suami jarang melawat mereka dgn tujuan untuk mengelakkan pergaduhan dgn abg sy?
    3) sy sbg anak perempuan yang telah berkahwin – nak utamakan suami atau ibu bapa yg sentiasa ada masalah dgn keadaan abg yg penagih. saya merupakan satu2nya anak yg tggl berdekatan dgn ibu bapa manakala adik beradik yg lain (semuanya lelaki) tinggal berjauhan.

    Tolong saya ustaz. saya sangat buntu sekarang. saya bimbang saya dikatakan anak yang tak kenang budi ibu bapa padahal semua ini berlaku hanya berpunca dr kelakuan abang saya. bapa saya lebih utamakan dia dr anak2 yg lain.

    terima kasih ustaz.

  216. samia Says:

    Assalamualaikum… Ustaz saya ingin tahu dan ingin bertanya suami saya lafaz cerai talak 3 dalam keadaan marah dengan niat mahu menghalang saya keluar dari rumah keluarganya adakah perceraian itu sah???

    1. ibnuabbas Says:

      Ya, sah lafaz cerai talak tiga walaupun dalam keadaan marah.

  217. lela Says:

    Apakah hukum seorang yg memegang makanan kucing yg tidak halal sedangkn dia baru tahu selepas beberape bulan setelah diberitahu oleh seorg doktor melayu(islam) yg bekerja di klinik haiwan semasa dia merawat kucingnye?

    1. ibnuabbas Says:

      Makanan yang tidak halal ada dua jenis. satu yang boleh disentuh dan satu lagi yang tidak boleh disentuh. Kalaulah makanan kucing itu diperbuat daripada haiwan mughallazah seperti babi, maka hendaklah membasuh tangan dengan 7 kali air mutlak yang salah satu daripadanya dicampur dengan tanah. Tetapi kalaulah makanan tidak halal yang dimaksudkan itu ialah haiwan-haiwan selain babi dan anjing, maka harus memegangnya, dan tidak perlu dibasuh dengan cara membasuh najis mughallazah.

      1. ibnuabbas Says:

        Kalau saya buat andaian makanan itu daripada jenis najis mughallazah, saudari tak perlu membasuh tangan saudari sebagaimana kaedah membasuh najis mughallazah kerana perkara tersebut sudah lama berlaku..

  218. anis tasha Says:

    ahmad dan siti berkahwin…boleh kah adik ahmad dan adik siti berkahwin juga ??????apakah hukum nya???

    1. ibnuabbas Says:

      Boleh, dan Harus hukumnya.

  219. Izad Says:

    Asallamu alaikum Ustaz.. saya ada pertanyaan: apa perhubungan atau pertalian anak saudara tiri dgn makcik tiri? misal nya: saya mempunyai kakak tiri seibu tapi lain bapa, apa pula pertalian anak saya dgn kakak tiri saya? Trimak Kasih Ustaz

    Wasallam
    Izad

  220. puteri Says:

    assalamualaikum ustaz..

    saya nak tanya apakah perbezaan antara murtad dan kafir ?? dan berdosa ke jika seseorang itu murtad atau sekiranya kafir??

    1. ibnuabbas Says:

      Murtad itu istilah bagi orang yang sudah muslim tetapi melakukan perkara-perkara yang menggugurkan Islamnya sama ada dengan perbuatan seperti menyembah berhala, atau perkataan seperti berkata undang-undang Islam adalah lapuk, atau iktiqad(pegangan dalam hati) yang salah seperti meyakini Islam bukan satu-satunya agama yang benar di sisi Allah @ meragui Islam sebagai agama yang benar di sisi Allah. Sekadar menyebut satu dua contoh sahaja. di sana masih banyak perkara2 yang boleh menyebabkan gugurnya Islam seseorang.

      Manakala Kafir itu lebih umum merujuk kepada semua yang tidak beriman kepada Allah dan Rasulnya serta rukun2 Iman yang lain.

      Dari satu sudut, kafir boleh dibahagikan kepada dua: Kafir Asli dan Kafir Murtad. Kafir Asli ialah mereka yang asalnya sejak lahir adalah kafir. Manakala Kafir murtad ialah yang asalnya beriman tetapi keluar daripada Islam sebagaimana huraian ringkas di atas.

      wallahu a’lam.


  221. assalamualaikum ustaz..saya nk tnya…jiran saya selalu memberi buah buahan kepada sya..tp dia bukan islam…malah buah buahan tersebut bukan milikya tp milik majikannya yg juga bukan beragama islam…apakah hukum memakan buah tersebut?

    1. ibnuabbas Says:

      Tidak ada larangan dari hadis mahupun al Qur’an berkenaan larangan menerima buah-buahan daripada non muslim. Asalkan buah itu halal zatnya di sisi syarak, maka harus diterima dan harus dimakan. Masalahnya di sini ialah buah tersebut bukan miliknya. Maka hendaklah dengan penuh sopan memberitahu kepadanya bahawa Islam melarang mengambil sesuatu yang bukan hak kita. Kalau majikannya tahu dan membenarkan beliau mengambil buah tersebut untuk diberi kepada saudara, maka hukumnya HARUS.

      WALLAHU A’LAM. 


  222. assalamualaikum..ustz, sy ada beberapa soalan nak tya pendapat ustz..sy ada seorg adik yg msh bljr dan selama ini setiap kali adik sy minta duit sy akan bagi cuma bulan ini sy xbagi sebab sy kene bayar roadtax dan insurans kereta. disebabkan itu, mak sy marah pd sy dan xpercaya sy xde duit nak bg adik sy sdgkan sy dh terangkan byk kali, sikit sy bolehla bg tp kalau byak, sy xdpt tolong..malangnya, mak sy mmg sgt marah pd sy sehingga mengatakan suami sy penyebab sy xbg duit pd adik sy sedangkan suami sy xpernah menghalang… sy sgt sedih bila mak sy cakap macam2 terhadap suami sy dan sy pertahankannya, sy ckp suami sy xpernah menghalang malah support tapi mak sy xpercaya..sekarang ini, boleh dikatakan seluruh ahli keluarga sy menganggap suami sy control duit sy tapi hakikatnya suami sy xpernah sentuh pun duit sy..sy nak tya, adakah saya anak derhaka kerana membuatkan mak sy terasa sy xbg duit pd adik sy? dan yg ke2, adakah sy derhaka pada mak saya sebab saya pertahankan suami saya? saya harap ustzh dpt bantu sy jawab persoalan ini. sy pernah tya mak sy, nape mak xpernah tel sy walaupun sekali, mak sy jawab kalau dia tel sy, hbsla duit dia sedangkan setiap hari, 3 @ 4 x dia akn tel adik sy..sy sgt sedih dgr mak sy ckp mcm2…

    1. ibnuabbas Says:

      WA’ALAIKUMUSSALAM WARAHMATULLAH.

      Berselisih pendapat dengan ibu bapa atau sesiapa sahaja dalam keluarga kita adalah perkara biasa. Tiada kehidupan manusia yang ‘sempurna’ sehingga tidak pernah berselisih antara satu sama lain. Bak kata pepatah melayu, “Sedangkan lidah lagi tergigit.” Kalaulah betul sebagaimana yang diceritakan, maka memang salah ibu puan yang menuduh yang bukan-bukan. Puan pula tidak dikira derhaka pada ibu kerana mempertahankan yang benar tentang suami puan. Walaubagaimanapun, untuk mengekalkan hubungan yang baik antara puan, suami puan dengan ibu, maka elakkan bicara isu ini lagi. Biarkan ia ditelan masa.

      Sikap suka bersangka buruk merupakan penyakit ramai umat manusia. Ia sukar dibuang. Yang lebih teruk apabila ia membawa kepada tuduhan tanpa bukti. Ini sangat dilarang oleh Allah. Kekadang manusia tidak dapat membezakan manakah fakta dan manakah andaian(sangkaan). Mudah-mudahan Allah bukakan hati ibu puan dan beri kesedaran bahawa apa yang disangkakan itu adalah suatu dosa. Dalam masa yang sama, jangan putuskan hubungan dengannya dengan sentiasa berbuat baik walaupunm hati pun sudah terluka dengan tuduhannya. Banyakkan berdoa dan menyerah

  223. Fakhruddin al-Razi Says:

    Assalamualaikum w.b.t…apakah kaedah terbaik bagi mengatasi penyakit takutkan sesuatu tanpa sebab sehingga menimbulkan perasaan tidak berani untuk melakukan sesuatu kerana takutkan kematian mendatang.sy telah lama mengalami perasaan ini-mohon nasihat

    1. ibnuabbas Says:

      Perasaan takut adalah fitrah manusia. Cuma bagaimana kita uruskan perasaan takut itu agar menjadi ibadah semata-mata. Soalan saudara adalah umum. Jadi saya terpaksa jawab secara umum juga. ‘Takut lakukan sesuatu tanpa sebab’ merupakan sifat yang negatif. Pelik kerana apabila seseorang dilanda perasaan takut, sepatutnya ia datang bersebab. Tidak jelas bagaimana takut datang tanpa ada sebab. Ketakutan yang amat sangat, dihasilkan oleh sikap negatif terhadap apa yang dilakukan dan berlaku.

      Di bawah ini 5 cara mengawal ketakutan.

      Berfikiran positif- 99% perasaan takut yang dihadapi bukanlah disebabkan ianya realiti, ia hanyalah pemikiran sahaja. Fikiran yang selalu memikirkan mengenai kisah lampau, apa akan terjadi, kesan terhadap sesuatu yang dilakukan lebih banyak mendorong untuk berasa lebih takut. Disebabkan pemikiran inilah yang selalu menjadi penghalang untuk mencuba sesuatu yang baru, dan berkemungkinan jika cuba dilakukan, dapat memberbaiki lagi kehidupan. Sebagai contoh yang boleh diberikan adalah sekiranya diberi peluang untuk mengendalikan sesuatu projek syarikat, tetapi berasa takut untuk mengendalikannya kerana kesalahan lampau yang dilakukan telah merugikan syarikat. Untuk mengawal perasaan takut, tidak perlu terlalu memikirkan kisah lampau yang telah dilakukan, sebaliknya terus fokus terhadap tugasan yang diberi dan cuba untuk membuktikan kepada diri sendiri bahawa mampu untuk melakukannya.

      Ketahui punca ketakutan- Mengapakah berasa takut?? Apakah puncanya?? Adakah perasaan takut akan memberikan manfaat atau sebaliknya?? Untuk mengawal perasaan takut, perlu tahu jawapan bagi persoalan di atas. Ini adalah untuk memfokuskan lebih kepada situasi atau keadaan dan bukannya perasaan takut yang dihadapi. Sekiranya terlalu memikirkan perasaan takut, ia tidak akan memberi apa-apa perubahan terhadap kehidupan. Nilai sesuatu situasi itu, sekiranya ia tidak memberi apa-apa faedah, alihkan fokus kepada perkara lain. Tetapi sekiranya perasaan takut itu menjadi penghalang untuk menjadi lebih berjaya, jangan fokuskan kepada perasaan takut itu dan fokuskan kepada matlamat asal yang difikirkan. Jangan sesekali biarkan perasaan takut mengawal keadaan sekirannya sesuatu keadaan itu memberi faedah kepada diri sendiri.

      Sealiran- Apabila anda berasa takut, anda mempunyai pilihan untuk menolak atau sealiran dengan perasaan takut itu. Hasil daripada kajian, seseorang yang berperasaan takut dan cuba mengabaikan, menyembunyikan atau menolak perasaan itu akan menambahkan lagi ketakutan yang sedang dihadapinya. Sebaliknya cara yang terbaik untuk mengawal perasaan takut adalah sealiran dengan perasaan itu. Sealiran bermaksud seseorang itu tidak menolak terus perasaan takut yang dihadapi sebaliknya cuba menghilangkan perasaan itu berperingkat dengan cara mendapatkan keyakinan terhadap diri sendiri. Keyakinan tidak boleh dibina dalam sekelip mata dan ia perlu melalui satu proses. Hilangkan perasaan takut terhadap sesuatu situasi itu berdasarkan keyakinan yang telah dibina dan jangan sesekali menolak terus sesuatu perasaan takut itu kerana ia akan menambahkan lagi perasaan takut.

      Kepercayaan- Kepercayaan terhadap diri sendiri adalah penawar untuk perasaan takut dan ianya amat penting kerana akan menyokong segala perkara yang dilakukan, mengambil berat terhadap diri sendiri, dan untuk perkembangan atau evolusi di dalam kehidupan seseorang. Tiada kepercayaan terhadap diri sendiri bermakna tiada perubahan yang mampu dilakukan terhadap kehidupan. Sesuatu yang terjadi di dalam kehidupan mempunyai sebab yang tersendiri. Seseorang manusia tidak akan mengetahui apa yang akan terjadi pada masa hadapan ke atas risiko yang mereka ambil hari ini. Hanya berdasarkan kepercayaan terhadap diri sendiri sahaja yang mampu untuk mengawal perasaan takut. Risiko mempunyai keputusan yang berkemungkinan positif atau negatif. Seseorang tidak akan berjaya menghadapi risiko sekiranya tiada kepercayaan diletakkan dan membiarkan perasaan takut mengawal situasi.

      Lakukan perkara yang anda takut- Sekiranya perkara yang anda takut untuk lakukan memberi faedah terhadap diri anda, anda seharusnya mencabar diri untuk melakukannya. Sekiranya ia memberikan keburukan haruslah sebaliknya. Sebagai contoh, anda terlalu takut untuk memberikan pendapat di khalayak ramai. Adakah ketakutan yang sedang dialami memberi faedah atau tidak?? Ketakutan yang sedang dialami hanya akan menyebabkan kehidupan terus menjadi mundur. Cara terbaik untuk mengawal perasaan takut adalah dengan melakukan perkara yang ditakuti. Mungkin pada permulaan perasaan menjadi kurang stabil ketika bercakap dihadapan orang ramai. Tetapi sekiranya ia selalu dilakukan, ia akan menjadi perkara rutin dan tidak mempunyai masalah untuk dilakukan untuk situasi yang seterusnya. Ia akan tidak menjadi masalah untuk seseorang pada masa hadapan dan masalah lain akan muncul dan cuba tangani dengan cara yang sama. Selepas anda melawan sesuatu perasaan, anda akan berhadapan dengan cabaran yang lain pula. Begitulah perjalanan kehidupan bagi seseorang. diambil di sinihttp://www.top5reason.com/index.php/5-cara-untuk-mengawal-perasaan-takut/

  224. nur amirah Says:

    assalamulaikum ustaz.
    terdapat kemusyhkilan di sini. hrp ustaz dpt mmbantu sy.

    sy tlh berkenalan dgn seorang ustaz y juga merupakan seorang imam.
    kami tlh berkenalan d ym (yahoo messanger). setelah beberapa lama dia melamar sy menjadi isterinya dan sy bersetuju. dlm hukum islam sy tlh dikira sbg tunangnya wlupun tanpa pengetahuan ibubapa sy. namun stlh mengemukakan hajat pd org tua sy, ibu sy terutamanya tidak berkenan dgn ustaz tersebut lantaran dia menggunakan perkataan syg semasa berkomunikasi dgn sy.kata ibu sy, dlm islam tdk boleh menggunakan perkataan syg pd wanita y belum sah sbg isteri krn bole membangkitkan nafsu syahwat. ustaz tersebut pernah meminta izin ibu sy utk menikahi sy , namun ibu sy tlh menuduh ustaz tersebut sbg lelaki y bertopengkan agama utk memikat wanita. sy dipaksa melupakan ustaz tersebut. namun, apkh hukumnya ibu sy menuduh lelaki tersebut dan apkh hukum sekiranya sy berkeras utk mengahwini ustaz tersebut. kerana sy tahu redha ibu bapa itu penting utk keberkatan rumah tangga.
    (mira)

    wassalam.
    terima kasih ustaz.

    1. ibnuabbas Says:

      JAWAPAN:

      Wa’alaikumussalam warahmatullah.

      Islam membataskan pergaulan antara lelaki dan perempuan bukan mahram. Tujuannya adalah untuk menghalang berlakunya dosa-dosa yang berkait dengan pergaulan. Sebab itu dalam al Qur’an ada ayat larangan mendekati zina. Walaupun tidak berzina, mengucapkan kata sayang antara lelaki perempuan yang bukan mahram dikira boleh membangkitkan nafsu syahwat terutamanya kepada si lelaki. Dosa mendekati zina tidaklah sama dengan dosa berzina tetapi jika kita biasakan diri dengan dosa-dosa mendekati zina, akhirnya dibimbangi jatuh ke kancah zina juga.

      Setiap ibu bapa sudah tentu inginkan yang terbaik untuk anak-anaknya. Lebih-lebih lagi jika ibu bapa itu yang amat mementingkan agama. Saya tidak tahu sejauh mana ibu saudari menilai lelaki itu. Tetapi sebaiknya berbincanglah dengan keluarga baik-baik. Toleransilah dalam isu ini. Saudari boleh cadangkan agar saudara mara siasat dahulu latar belakang si lelaki dan keluarganya. Ini bertujuan beri kepuasan hati di pihak ibu saudari dan diri saudari sendiri. Sekiranya memang benar dia seorang lelaki yang baik, maka ibu saudari harus menerimanya dengan hati yang terbuka. Begitu juga sebaliknya, kalau saudari dapati bahawa dia seorang yang tidak baik, maka cuba lupakan dia sedaya upaya. Pohonlah pertolongan Allah untuk kuatkan hati saudari dalam menghadapi dugaan perasaan ini.

      Mira,
      Syurga seorang anak berada di bawah telapak kaki ibunya. Ketaatan kita terhadap ibu bapa dalam keadaan mengorbankan perasaan adalah jauh lebih bernilai berbanding mendapat pasangan hidup yang dicintai. Carilah pasangan hidup yang diredhai Allah dan kedua ibubapa. Tugas asal mencari pasangan hidup anak perempuan adalah terletak di bahu bapa. Tetapi adalah HARUS bagi seorang perempuan yang sudah berkenan dengan mana-mana lelaki untuk memperkenalkan kepada ibubapanya, dengan syarat mestilah berlandaskan syariat. Cubalah elakkan daripada dilamun perasaan ‘cinta’ yang kekadang hanyalah tipudaya syaitan untuk menyesatkan muda mudi yang sedang asyik dilambun ombak cinta dan rindu.

      Mira,
      Akhir kata, isu ibu mira menuduh lelaki itu sebagai lelaki yang bertopengkan agama untuk memikat wanita, bukan persoalannya di sini. Cubalah menjadi anak yang solehah untuk mendapat keberkatan dalam kehidupan mendatang. Nabi pernah bersabda yang maksudnya; “Redha Allah terletak pada redha kedua ibubapa.”

      Maafkan saya sekiranya jawapan ini tidak memuaskan hati Mira. Pengalaman saya memerhatikan kehidupan kenalan-kenalan sudah cukup membuktikan bahawa perkahwinan yang tidak dapat restu ibubapa banyak yang berakhir dengan perceraian. Kalau adapun yang tidak bercerai, hidup mereka tidak senang, sentiasa dilanda masalah.

      Wallahu a’lam.

      1. nur amirah Says:

        terima kasih, ustaz.
        sy sgt berpuas hati dgn respon bernas y ustaz berikan.
        sekurang2nya sy tahu peranan utama sy skrg.
        lgpun biasanya klu sy ikut pesan mak ayh sy, sy perhatikan urusan sy menjadi sgt lancar & mudah.
        semoga sy mendapat petunjuk Allah. Amin.
        sekali lagi, terima kasih krn sudi luangkan masa utk membaca, memahami dan memberi cadangan pd sy.

  225. fazlin Says:

    Assalammualaikum Ustaz,
    Semoga ustaz berada dalam keadaan sihat dengan izin-Nya. Saya nak bertanya, apakah hukumnya jika sepupu suami iaitu seorang wanita yang sudah baligh dan belum berkahwin, bergambar dengan mesra bersentuhan kulit dengan suami saya?

    1. ibnuabbas Says:

      wa ‘alaikumussalam.

      terima kasih atas doa fazlin.
      Haram hukumnya bersentuhan kuliut antara ajnabi lelaki dan perempuan. Seorang sepupu lelaki dengan sepupu perempuannya termasuk dalam kategori ajnabi(orang asing), bukannya mahram. Ini kerana HARUS hukumnya suami puan berkahwin dengannya.

      Wallahu a’lam.

  226. Mas Muhammad Says:

    assalamualaikum ustaz, salah dan berdosa bersarkah kalau lelaki tidak berkahwin? adakah berkahwin itu wajib?

    1. ibnuabbas Says:

      Nabi saw pernah bersabda yang maksudnya, “Berkahwin itu sunnahku. Maka barangsiapa yang tidak suka akan sunnahku, maka dia bukan di kalanganku.”

      Ulama’ menyatakan bahawa hukum berkahwin asalnya harus. Ia boleh bertukar menjadi Sunat, Wajib, Makruh bahkan haram berdasarkan keadaan dan niat seseorang yang mahu mendirikan rumahtangga.
      Kalau berkahwin untuk aniaya si perempuan, maka haram hukumnya. Kalau berkahwin dalam keadaan sudah cukup syarat, kewangan pun ada, maka sunat hukumnya. Tapi kalau seseorang itu sangat tinggi keinginan untuk berkahwin, sehinggakan kalau tak berkahwin boleh menyebabkan dia lakukan maksiat, ditambah pula kewangan cukup, kemampuan zahir batin ada, maka WAJIB hukumnya berkahwin bagi dirinya.

      wallahu a’lam.

  227. ilaizah Says:

    salam ustaz….sye nak tnye kalau bape saye da becerai dgn ibu sy…tp die tak settle btol2 di mahkamah..boleh kah die menjadi wali saye nanti?

    1. ibnuabbas Says:

      salam. seorang bapa adalah wali kepada anak-anak perempuannya sampai bila-bila sama ada dia bercerai atau sebaliknya.

      wallahu a’lam.

  228. nur afifah Says:

    assalamualaikum ustaz…sy ada 1 soalan~
    sy ada seorang kawan lelaki yang nk masuk islam…tapi sy xpasti dia ni btul2 nk msuk islam ke x…
    sye tnye dia..bila nk msuk islam?
    dia ckp,akhir tahun ni..sbb skrg dia tgh belajar ckit2 sal islam..
    sye tnye blik..dh blajar sampai mne?
    dia ckp basic2 islam dh dia bljar..skrg ni bljar azan n dh bljar baca Al-Quran n skrg ni ustaz yg ajar sruh dia hafal surah kursi..
    mushkilnya disini,boleh ke non-muslim belajar baca AlQuran?? ke perlu masuk islam dlu,bru boleh bljar baca AlQuran?kan AlQuran ni kitab suci..kita yg islam ni pun ambik wuduk sblm baca AlQuran..
    ke dia ni tipu sye ni ustaz?
    harap ustaz sudi balas msj sye ni..

    1. ibnuabbas Says:

      Wa alaikumussalam. Sesiapa sahaja yg menyatakan keinginan untuk memeluk Islam adalah sangat dialu-alukan. Islam tidak mengajar kita menilik apa yang ada di hati mereka. Serahlah kepada Allah. Walaubagaimanapun, seorang gadis perlulah berhati-hati dalam menjalinkan hubungan dengan bukan Islam. Adalah tidak wajar berhubungan dengan mana-mana lelaki ajnabi tanpa alasan syarak yang membenarkannya. Masuk Islam sangat mudah. Tak perlu tunggu setelah belajar setahun, atau tempoh tertentu barulah nak masuk. Masuk dahulu, dan terus belajar tentang fardhu ain dalam keadaan sudah menganut Islam, itu lebih baik kerana kita tidak tahu bila ajal kita tiba.
      Harap saudari dapat berhati-hati dalam hal ini kerana ada juga kes-kes di mana lelaki Kristian berpura-pura kononnya mahu memeluk Islam, kemudiannya menjalinkan hubungan intim dengan gadis yang mahu diperdayakannya. Kemudian selepas meniduri gadis tersebut, diugut dan dipujuknya masuk Kristian. Na’uzubillah..

      wallahu a’lam.

      1. nur afifah Says:

        terima kasih ustaz… 🙂
        hrap kejadian yang ustaz ceritakan diatas tidak berlaku kt saya~
        saya xmudah mempercayai seorang lelaki,tetapi atas dasar dia hendak masuk islam menyebabkan hati saya sangat tersentuh&terharu.. InsyaAllah,Allah akan melindungi saya dari sebarang kejadian yang xdiingini..amin

  229. imah Says:

    assalamualaikum ustaz.saya isteri yg baru diceraikan oleh suami dengan talak 1 dan ketika di ceraikan saya masih dalam haid(hari ke-6)lafaz yg didengar oleh saya ketika itu ialahaku ceraikan talak 1 disebut dengan perlahan tidak sampai 1 jam diceraikan suami merayu dan telah mengakad”abg minta maaf abang tiada niat untuk menceraikan awak dan menga
    jak saya untuk rujuk semula.dengan ikhlas saya terima kembali.persoalannya sah atau tidak kami sebagai suami isteri yg diceraikan dalam haid dan rujuk semula dlm keadaan yang sama tanpapergi kepejabat agama.sah @ tidak dalam islam

    untuk rujuk kembali.saya terima.

    1. ibnuabbas Says:

      Sah lafaz talak itu dan sah juga rujuk walaupun dalam haid Tapi suami puan wajib bertaubat kerana menceraikan isteri dalam keadaan haid. Adalah dinasihatkan agar puan dan suami melaporkan perceraian dan rujuk di pejabat agama utk rekod.

  230. Jue Says:

    Apakah hukumnya seorang isteri mengingati kekasih lamanya dan masih berhubung melalui sms dan bercakap melalui telepon tanpa berniat untuk mencurangi suaminya. Si isteri hanya berhubung dengan kekasih lama sebagai seorang kawan. Tiada apa – apa berbuatan yang melanggar hukum agama berlaku diantara mereka. Tetapi mereka pernah makan tengahari bersama sebagai seorang kawan. Tetapi si isteri itu masih mempunyai perasaan rindu pada bekas kekasihnya. Apakah si isteri itu berdosa kerana mengingati dan merindui kekasih lamanya?

    1. ibnuabbas Says:

      Haram hukumnya bagi seorang isteri SENGAJA mengingati kekasih lamanya seperti melihat gambar lama dengan kekasih. Kalau teringat (tidak sengaja), maka tidak mengapa. Yang penting, jangan dilayan perasaan itu. Cuba sibukkan diri dengan aktiviti bermanfaat untuk agama.. Wallahu a’lam.

  231. Atilia Says:

    Assalamualaikum.. Ustaz, sy nk tya .. Apakah boleh wanita yg sedang haid memegang tafsir al quran?

    1. ibnuabbas Says:

      wa ‘alaikumussalam. Yang dilarang ialah pegang mashaf al Qur’an, bukan tafsir dengan syarat tafsir itu sendiri lebih banyak daripada ayat al Qur’an. wallahu a’lam.

  232. zirul Says:

    asslkm..sy ada soalan..sy bercouple..adakah amlan ibadah sy semasa bercouple tidak diterima oleh Allah??sbb sy tkut sy sentiasa dlm keadaan maksiat

    1. ibnuabbas Says:

      salam. tinggalkan amalan bercouple kerana ia bererti mendekati zina. jangan putus harap dgn Allah. Amal Ibadah yang fardhu wajib diteruskan sama ada kita buat maksiat lain ataupun tidak. bercouple tiada disebut dalam perkara yang membatalkan ibadah tertentu seperti solat. Kalaulah anda berpuasa, perbuatan bercouple itu membatalkan pahala puasa walaupun sah.

  233. MAS Says:

    assalamualaikum ustaz,nak tnya seseorang itu membuat kebajikan seperti bersedekah,tolong orang susah dan sebagainya…dalam masa yang sama seseorang itu tidak menunaikan solat wajib lima waktu…adakah org itu mendapat pahala sedekah atau bagaimanakah keduduan pahala org yg dalam katogeri ini…tq.

    1. ibnuabbas Says:

      Solat merupakan tiang agama. amalan lain tak akan dihisab selagimana solat tak selesai. Nabi pernah bersabda, “Perkara pertama yang dihisab di hari kiamat nanti ialah solat.”

  234. insan redha Says:

    salam ustaz… sy mempunyai pasangan kekasih yang sgt sy sayangi…tapi atas takdir Allh, arwah telah dijemput ilahi sebulan yang lalu.. pada ustaz, apakah hukum saya terus menyayangi dirinya ? selepas solat sy meminta kepada Allah untuk menemukan kami di akhirat kelak dalam keadaan yang baik..walapun saya percaya jodoh, ajal maut semuanya di tangan Allah.. saya sangat merinduinya… saya teringat kenangan2 bersamanya.. saya paling terkilan tidak sempat minta maaf untuk kali terakhir…tapi jauh disudut hati sy sgt menyayangi dirinya..sy takkan dapat melupakan segala jasa arwah kerana arwah seorang lelaki yang baik..arwah selalu yakinkan sy bahwa kami ada jodoh, tatkala teringat kata2 nya hati sy semakin yakin kami akan dijodohkan..malangnya hajat kami tak kesampaian diatas dunia ini.. apa yang perlu saya buat untuk menebus rasa bersalah kepadanya ? memandangkan kami belum sempat bernikah? bolehkan saya berdoa kepada Allah supaya kami dipertemukan atau disatukan di syurga kelak..sebab saya percaya dunia ini bukan lah satu destinasi abadi..tapi akhirat yang kekal pasti… harap ustaz mampu beri jawapan yang terbaik…

    1. ibnuabbas Says:

      salam. Tak salah berdoa untuk dipertemukan di syurga tapi kita tak tahu apa sebenarnya yang terbaik untuk kita. Hanya Allah yang tahu dan memberi sesuai dengan keadaan dan amalan kita. Itu pun kalau masuk syurga. Yang boleh dilakukan ialah banyakkan berdoa untuknya agar diampunkan dosa2 ketika hidup dahulu.

      1. insan redha Says:

        sehingga kini saya masih sayangkan dia ustaz.. saya nk sangat jadi isteri dia di akhirat nanti..lagi satu ustaz..adakah kita akan mengingati antara satu sama lain di akhirat nanti? adakah arwah masih mengingati saya dikala saya mengirimkan doa2 untuknya? satu persoalan yang memuatkan saya tertanya-tanya di dalam fikiran..

  235. J. Says:

    Assalamu’alaikum ustaz,

    1. Bolehkah saya tahu ejaan yang tepat bagi perkataan “Rahmah/Rahma”? Saya ingin menamakan anak saya dengan nama ini tapi saya kurang pasti ejaan yang mana yang menepati maksudnya di dalam Qur’an? Adakah dengan ‘h’ (Rahmah) atau tanpa ‘h’ (Rahma)? 2. Bolehkah ustaz tuliskan perkataan ini di dalam Bahasa Arabnya? Jazaakallaahu Khairan Katsiran!

    1. ibnuabbas Says:

      Wa’alaikumussalam. maaf sekarang saya guna komputer yang tak boleh taip arab. mungkin lain kali insyaAllah.

  236. siti Says:

    assalamualaikum….sy nak tanya,blhkah sya serahkan duit kpd abg kandung untuk bagi pihak byrkan zakat saya,2org adik pompuan N bapa saya??..mohon mnta prtolongan…syukran…

    1. siti Says:

      satu lagi soalan sy….klu kita minta tlg abg kandung byrkan zakat kita,lps tu kita byr blk ngan abg kandung….alasan guna duit abg dulu,sbb tkut x sempat nak g byr zakat…blh kah mcm tu??

      1. ibnuabbas Says:

        Kena tahu dahulu yang dimaksudkan TAK SEMPAT itu merujuk kepada tak sempat masa atau duit?

    2. ibnuabbas Says:

      Zakat ini wajib diserahkan kepada yang berhak iaitu daripada 8 asnaf: Fakir miskin ibnu sabil fi sabilillah yang berhutang amil mu’allaf hamba yg nak dimerdekakan. Kalau mereka di termasuk dalam mana2 satu asnaf ini , maka dibolehkan bahkan sangat digalakkan tetapi dengan syarat pastikan dia bukan di bawah tanggungan kita seperti bapa saudari. Pastikan bapa saudari bukan di bawah tanggungan saudari. Bapa yang fakir miskin adalah usul yang wajib ditanggung secara fardhu kifayah oleh adik beradik. mana2 adik beradik yang senang melaksanakannya, maka terlepas dosa oleh yang lainnya. Ia tidak wajib ditanggung oleh anak yang juga fakir miskin sepertinya.

  237. ibnuabbas Says:

    wa ‘alaikumussalam. 1)Ini termasuk ayat muhkamat, bukan mutasyabihat. 2) isu khuluk: Khuluk boleh dilakukan jika memang ada alasan yang dibenarkan oleh syariat. Namun jika tidak beralasan, maka Nabi saw bersabda, “Wanita manapun yang meminta cerai dari suaminya tanpa ada alasan, haram mencium bau syurga.” (HR Ahmad).

    Sementara, di antara alasan yang membolehkan wanita meminta cerai (khuluk) menurut Imam Syafie rahimahullah adalah jika sang suami memiliki akhlak yang buruk, agama yang buruk, serta tidak menunaikan kewajibannya sebagai suami.

    wallahu a’lam.

  238. Kerol Says:

    Apa hukum perempuan yang disentuh, kenapa ada dua qaul dalam mazhab syafie, al buwaiti naqalkan tak batal wudhu orang yang disentuh sedangkan yang disebut dalam mazhab qadim batal. Bagaimana ulama mazhab kita tarjih ye?

    1. ibnuabbas Says:

      Pendapat muktamad di sisi Syafi’iyyah BATAL wudhu’ menyentuh kulit perempuan bukan mahram tanpa lapik sama ada sengaja atau tidak sengaja. Pendapat DHOIF (lemah) mengatakan TIDAK BATAL.

Tinggalkan Jawapan kepada ibnuabbas Batal balasan