DEMO

kktgn-maybank-demo.gif

Semenjak dua menjak ni, banyak pihak buat demo/piket. kaum Cina di Melaka demo pertahanka BABI mereka. Kakitangan Bank demo pasal tak dapat bonus tahun ni. Kata mereka, “MAYBANK ROMPAK BONUS KAMI”. Ambe ingat lagi zaman belajar u dulu, kami pelajar2 u buat demo pasal kriket yahudi masuk malaysia. Dapat merasa nikmat hidu gas pemedih mata, tambah dengan air asid pelbagai warna….

persoalannya, salahke demo? Negara lain, demo merupakan suatu tindakan yang diiktiraf oleh masyarakat apabila ingin meluahkan perasaan kepada kerajaan. Di negara kita, demo dianggap bukan budaya kita. Budaya kita ialah budaya layu sebab kita bangsa MeLAYU…

Ambe: fizikal layu sebab puasa…….

MEMO

peguam-berarak.jpg

Bila baca berita Bar Council/Majlis Peguam hantar memo beramai2 di Putrajaya, kagum ambe dibuatnya. apa tidaknya, berbelas buah bas angkut peguam ke sana untuk beri sokongan. Pihak polis sekat jalan hinggakan para peguam dan orang ramai berjalan kaki sampai 3.5 km!! Semangatnya. Tapi takde pulak berlaku rusuhan macam di Batu Burok 8 September baru ni…. FRU sana dengan Terengganu lain2 prosedur ke pakai ?Aie…tak kecut perut ke Tun Ahmad Fairuz…

AMBE : suka buah kecut

GOMO

poster_pru_fru.jpg

Gomo ni dialek Terengganu. Maksudnya bertumbuk. Di Batu Burok baru2 ni, kira2nya orang awam gomo la dengan polis. Yang kisah polis preman tembak orang awam tu, pasal kena gomo la tu. lepas tu, dia lari ke FRU, sambil palingg ke belakang, lalu tembak orang tak tentu pasal. Agaknya geram sebab dah kena gomo…tembak aje la.

AMBE: Suka gomo mende lain…….

17 September 2007 lalu, Polis menemui satu beg berisi mayat seorang kanak-kanak berusia lingkungan 8-9 tahun. Ia dikaitkan dengan kehilangan Nurin Jazmin yang berusia 8 tahun pada 20 Ogos lalu. Ibu bapa Nurin dipanggil untuk membuat pengecaman mayat terbabit. Encik Jazmin menafikan bahawa itu merupakan mayat anaknya. Tetapi selang beberapa hari, setelah kajian DNA dibuat, pihak polis mengesahkan bahawa ianya memang Nurin yang dicari-cari selama lebih kurang 3 minggu! Pihak polis hanya menubuhkan skuad pencari pada 3 September lalu. Ini menunjukkan betapa tidak caknanya pihak berkuasa terhadap kes seserius ini.

Persoalan yang timbul, siapakah paling patut dipersalahkan? Polis memberi kebarangkalian ibubapa Nurin mungkin akan didakwa kerana kecuaian menjaga anak. Kata KPN Musa Hasan akta berkaitan memang sudah lama wujud tetapi pihak berkuasa tidak pernah menggunakannya. Tidakkah ini suatu yang pelik? Si pembunuh Nurin belum ditangkap, tiba2 polis sibuk membayangkan dakwaan terhadap ibubapanya. Tidakkah ini suatu yang ironis? Bayangkan kalau Nurin itu anak kita, apa yang kita rasa? Mereka sudahlah dalam keadaan bersedih. Tetiba dikejutkan dengan kemungkinan didakwa.

Patutkah Ibubapa Nurin dipersalahkan atas alasan kecuaian? Mungkin sebahagian masyarakat merasakan ada kebenarannya. Diceritakan Nurin hilang ketika keluar ke pasar malam bersendirian. Kepada ibubapa, tragedi ini menjadi peringatan kepada mereka untuk lebih berhati2 agar tidak membiarkan anak2 keluar bersendirian.

KERAJAAN atau IBUBAPA?

Tugas menjaga keselamatan anak2 adalah tugas ibubapa. Tetapi harus diingat tugas menjaga keselamatan rakyat adalah tugas pihak berkuasa. Umumnya kerajaan dan khasnya pihak polis. Kerajaan sepatutnya menyekat unsur2 yang boleh mendorong masyarakat ke arah perlakuan jenayah seperti bahan bacaan berunsur lucah, vcd2, filem2 \asing yang penuh dengan keganasan dan seks daripada masuk ke dalam negara. Media tv sepatutnya tidak lagi menayangkan cerita2 yang mempunyai unsur jenayah pembunuhan atau seks bebas. Ini semua mempengaruhi masyarakat baik yang kecil mahupun besar. Bayangkan remaja seawal usia 13 tahun sudah terlibat dalam jenayah rogol!!! beberapa tahun lalu, ada kes seks luar tabi’i yang melibatkan remaja belasa tahun melakukan hubungan seks dengan seekor KAMBING!! Ada juga kes pemuda yang merogol nenek tua. Ingatlah nafsu tidak mengenal usia. Lebih2 lagi remaja belia yang diri mereka sedang bergejolak dengan hawa nafsu yang sukar dikawal. Apabila ada rangsangan yang sentiasa ada di sekeliling mereka, perlakuan seks akan mudah berlaku.

Dasar kerajaan yang tidak mementingkan sistem nilai Islam menyebabkan masyarakat hilang arah, sehinggakan berlakunya perkara yang tidak sepatutnya berlaku dalam masyarakat yang dikatakan ISLAM HADHARI. Dalam suasana Pemimpin melaungkan ingin kembalikan kegemilangan Tamadun Islam, berlakunya peningkatan statistik jenayah yang merangkumi semua jenis perlakuan. Daripada rogol, bunuh, rasuah, murtad, penyelewengan, arak, seks bebas dan banyak lagi.

Kalau lah kerajaan pandai menentukan keutamaan dalam menangani isu, nescaya ia akan dapat mengurangkan kadar jenayah di Malaysia.

Lalu, kesimpulannya kerajaanlah yang paling layak dipersalahkan dalam hal ini kerana terlalu sibuk untuk mencapai kegemilangan tamadun kebendaan sehinggakan mengabaikan aspek pembangunan manusia. Akhirnya lahirlah masyarakat yang tidak berperikemanusiaan………..