Jumaat lepas saya tunaikan tanggungjawab menyampaikan kuliah maghrib mingguan di sebuah surau sebagaimana biasa. Kuliah saya di surau tersebut satu-satunya pengajian menyentuh fiqh. Surau dan masjid lain, biasanya membicarakan kitab hadis atau aqidah. Itupun atas permintaan Jawatankuasa surau itu sendiri. Berbezanya kuliah saya di surau tersebut, jamaah surau sentiasa kemukakan soalan-soalan fiqh berkaitan tajuk yang dibincangkan. Kekadang mencabar minda saya yang masih muda dengan ilmu fiqh ini.
Kitab yang saya gunakan ialah Terjemahan Fiqh Manhaj Mazhab Syafie karangan Dr Mustafa Bugho, Mustafa Khin dan Dr Ali Syarbaji. Bagusnya kitab ini kerana ia disertakan dengan dalil2 qur’an dan hadis. Waaubagaimanapun, saya sentiasa terpaksa mengulangkaji dengan menyemak kitab2 yg lebih tebal dan detail seperti majmuk syarah muhazzab, sabila muhtadin, furu’ masa’il, fathul mu’in untuk berhadapan soalan2 yg bakal diterima waktu berkuliah.
Jadi, Jumaat lepas, saya menyambung kuliah yang masih berlegar dalam bab mandi yang diwajibkan. Tiba pada bab mandi kerana berlaku kematian, saya mengingatkan jamaah surau bahawa akan ada satu bab khusus membincangkan tentang jenazah pada masa akan datang, dengan hasrat ahli jamaah tak payahlah tanya terlalu detail dalam bab itu.
Tapi memandangkan sikap ahli jamaah surau yang suka bertanya menyebabkan saya tidak mampu menyekat pertanyaan2 mereka. Antara soalan yang ditanya ialah;
1. Ada orang kata selepas memandikan jenazah, tak boleh lagi sentuh kulit jenazah itu takut batal wudhu’, betulkah?
Jawapannya: Yang batal wudhu’ ialah orang yang hidup, bukannya orang yang sudah mati. Itupun orang yang tertentu sahaja. Kalau anak, adik beradik, ibu bapanya dan orang2 yang tidak batal wudhu’nya jika bersentuh kulit ketika hidup. Adapun isteri dan ajnabi yang berlainan jantina, sudah tentu batal wudhu’ orang yang menyentuh.
2.Ada ustaz yang kata solat jenazah tak wajib ada wudhu’. betulkah?
Jawapannya: Tidak betul. Setakat yang saya tahu, tidak sah solat apa sekalipun tanpa wudhu’. Tak tahulah ulama’ mana yang dia ambil pendapat itu. Kena tengok kitab dahulu…
Ada beberapa soalan lagi yang saya lupa. Yang menarik ialah soalan kedua. Saya teringat ada seorang Ustaz muda yang sedang meningkat naik namanya, sentiasa dijemput menyampaikan ceramah2. Asalnya dari Besut. Pernah saya tonton secara kebetulan berada di sebuah kedai makan yang memasang vcd ceramah ustaz yang dikenali sebagai Ustaz Budak dari Besut (bukan Ustaz Budak dari Kelantan). Dalam pada beliau sampaikan ceramah, beliau ada menyebut bahawa solat jenazah tak payah ada wudhu’. Sudah menjadi lumrah dalam diri saya apabila ada masalah dalam agama yang saya sendiri musykil, saya akan rujuk kitab2 untuk mencari jawapannya.
Jawapan yang saya temui dalam Majmuk syarah muhazzab jilid 5, mukasurat 222 hingga 223karangan Imam Nawawi rahimahullah;
“Telah sepakat nas-nas Syafie dan ashab(nya) bahawasanya disyaratkan bagi sahnya solat jenazah akan suci dari hadas, dan suci dari najis pada badan, pakaian, tempat, dan (wajib) tutup aurat dan menghadap kiblat …”(m/s 222)
Dan di sisi mazhab2 ulama’, Imam Nawawi menyebutkan ;
“Telah kami sebut bahawa dalam mazhab kami, solat jenazah tidak sah tanpa taharah, dan maknanya sekiranya boleh berwudhu’, tidak sah (solat jenazah) tanpa wudhu’. Sekiranya tiada air, digantikan dengan tayammum. Dan tidak sah tayammum dalam keadaan ada air walaupun sekiranya takut luput waktu sekalipun. Inilah pendapat Malik(bin Anas), Ahmad(bin Hanbal), Abu Tsaur, dan Ibnul Munzir. Dan Imam Abu Hanifah berkata harus tayammum dalam keadaan ada air walaupun takut luput waktu sekiranya sibuk berwudhu'(kerana panjang masa ambil wudhu’). Dan (pendapat Abu Hanifah) diceritakan juga oleh Ibnul Munzir daripada Atta’, Salim, Az Zuhri, Ikrimah, An Nakha’ie, Saad bin Ibrahim, Yahya Al Ansari, Rabi’ah Al Laith, As Tsauri, al Auza’ie, Ishaq, Ashabur Ra’yi(Ulama2 Hanafiah), dan satu riwayat dari Imam Ahmad. Dan berkata As Sya’bi, Muhammad bin Jarir at Tabari dan puak Syiah bahawa HARUS SOLAT JENAZAH TANPA TAHARAH walaupun dlam keadaan mampu untuk berwudhu’ dan bertayammum kerana ianya(solat jenazah) adalah doa. Berkata tuan kitab al Hawi dan lainnya,”Inilah (pendapat)yang dikatakan oleh As Sya’bi sebagai PENDAPAT YANG BERCANGGAH DENGAN IJMA’, MAKA JANGAN MENILIK KEPADANYA.” (M/S 223).
Cukuplah setakat itu sahaja sebagai bukti bahawa BERSUCI adalah syarat sah solat jenazah. Imam Nawawi berhujjah lagi selepas itu dengan membawa dalil Qur’an dan hadis yang menunjukkan bahawa solat jenazah memang dipanggil solat, bukan setakat do’a yang menjadi hujjah Syiah dan beberapa ulama’ yang sealiran dengan mereka.
PESANAN BUAT USTAZ PENGKULIAH
Sepatutnya kita sebagai ustaz yang mengajar orang awam harus menginsafi bahawa betapa besarnya tanggungjawab kita dalam menyampaikan ilmu yang benar. Jangan pakai hentam semberono sahaja tanpa menyebutkan siapakah yang berpendapat begitu. Ia akan ditanggapi oleh orang awam seolah-olah itulah pegangan kita ahli sunnah wal jamaah. Lebih-lebih lagi dalam masyarakat Malaysia yang masih lagi merasakan mereka mengikuti fiqh Mazhab Syafie. Ingat!! Orang awam jadi sesat kerana guru agamanya sesat!!
YA ALLAH, JAUHIKANLAH AKU DARIPADA TERJEBAK DALAM MENFATWAKAN MASALAH YANG PELIK-PELIK…AMIN.
Disember 1, 2008 at 2:19 am
salam. saya nak tanya bagaimana nak mandikan mayat sekiranya ketiadaan air ? adakah dengan tayammum? atau tak perlu tayammum ? terima kasih atas penjelasa ustaz. mohon dikirm jawapan ke emel saya. maaf kalau menyusahkan ustaz, moga allah beri pahala.
Disember 1, 2008 at 7:16 am
Muhammad ajib,
YA. Kalau tak de air, maka berpindah kepada tayammum sebagai ganti wudhu’.
Disember 14, 2008 at 3:44 pm
trima kaseh ilmunya
Disember 17, 2008 at 5:10 am
Sama2
Mac 21, 2009 at 2:38 pm
bila agk2nya nak bicarakan bab solat..best nie
Mac 22, 2009 at 4:48 pm
insyaAllah kalau ada kelapangan saya akan bicarakan bab solat.
Mei 19, 2009 at 12:57 am
salam…,terima kasih wahai saudara cz dpt b’kongsi 1 ilmu agama. td saudara bgthu yg saudara tlh tgk ceramah ustaz budak dr besut. tp sy musykil sbb sy pun pnh dgr ceramah beliu..die ckp lain tp tuan ckp lain. sbnr nyer die bgth solat jenazah ni mudah n kadang2 x perlu wudhu mengikut mazhab..solat jenazah pun kdng2 rukuk mengikut mazhab lain. jd x payah la kt ckp yg bkn2
Mei 21, 2009 at 5:02 am
masalahnya sesuai ke cerita dlm ceramah mcm tu? Tidak disebut ini pendapat mazhab mana, ini mazhab mana…Tiada mazhab muktabar di sisi ahli sunnah wal jamaah yg kata kena rukuk. Kan keliru tu. Kalau dgn ustaz2 takpa la. Ini dgn org awam yg masih ramai tak reti solat jenazah. Kalau dlm kuliah fiqh boleh tahan lagi. Ini tidak, sebut dlm ceramah umum…Sebab itulah ada org tua yg tanya saya sbb dia keliru. kan keliru tu…..
Julai 31, 2009 at 12:48 am
Salam,Suke Sy merpabahaskan Ttg akidah drpd permslhan furu’masa’il,mungkin ust lebih arif dlm bab permslhan pokok & tiang agama kita(Islam) Apa Pndpt Ust Ttg Ru’yatuLLAH Di sisi Ahlu sunnah wal jamaah..?? sekian
Ogos 3, 2009 at 4:13 am
Ru’yatullah di sisi ahlu ssunnah wal jamaah bermaksud ‘MELIHAT ALLAH BAGI ORANG BERIMAN DI HARI KIAMAT’. Kata Imam Jaafar at Tohawi, “, ورؤية الله حق لأهل الجنة”. mAKSUDNYA;”Dan melihat Allah adalah benar bagi ahli Syurga.”
Ahlus Sunnah wal Jama’ah mengimani bahwasanya kaum Muslimin akan melihat Allah Subhanahu wa Ta’ala pada hari Kiamat secara jelas dengan mata kepala mereka sebagaimana melihat matahari dengan terang, tidak terhalang oleh awan sebagaimana mereka melihat bulan di malam bulan purnama. Mereka tidak berdesak-desakan dalam melihat-Nya.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Sesungguhnya kalian akan melihat Rabb kalian, sebagaimana kalian melihat bulan pada malam bulan purnama, kalian tidak terhalang (tidak berdesak-desakan) ketika melihat-Nya. Dan jika kalian sanggup untuk tidak dikalahkan (oleh syaithan) untuk melakukan shalat sebelum Matahari terbit (shalat Subuh) dan sebelum terbenamnya (shalat ‘Ashar), maka lakukanlah.”
Kaum Mukminin akan melihat Allah Subhanahu wa Ta’ala di padang Mahsyar, kemudian akan melihat-Nya lagi setelah memasuki Surga, sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.
“Wajah-wajah (orang-orang mukmin) pada hari itu berseri-seri. Kepada Rabb-nya mereka melihat.” [Al-Qiyaamah: 22-23]
Melihat Allah Subhanahu wa Ta’ala merupakan kenikmatan yang paling dicintai bagi penghuni Syurga.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (Surga) dan tambahannya.” [Yunus: 26]
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menafsirkan lafazh “jiyadah” (tambahan), pada ayat di atas dengan kenikmatan dalam melihat wajah Allah, sebagaimana diriwayatkan:
Dari Shuhaib Radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Apabila ahli Surga telah masuk ke Surga, Allah berkata: ‘Apakah kalian ingin tambahan sesuatu dari-Ku?’ Kata mereka: ‘Bukankah Engkau telah memutihkan wajah kami? Bukankah Engkau telah memasukkan kami ke dalam Syurga dan menyelamatkan kami dari api Neraka?’ Lalu Allah membuka hijab-Nya, maka tidak ada pemberian yang paling mereka cintai melainkan melihat wajah Allah Azza wa Jalla. Kemudian Rasul Shallallahu ‘alaihi wa sallam membaca ayat ini: ‘Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (Syurga) dan tambahannya.’” [Yunus: 26]
Adapun di dalam kehidupan dunia, maka tidak ada seorang pun yang dapat melihat Allah, kecuali junjungan besar Muhammad s.a.w. pada malam Mi’raj.
Adapun orang-orang kafir, mereka tidak akan bisa melihat Allah Subhanahu wa Ta’ala selama-lamanya, begitu juga di akhirat nanti, sebagaimana firman-Nya:
“Sekali-kali tidak, sesungguhnya mereka pada hari itu benar-benar terhalang dari (melihat) Rabb mereka.” [Al-Mu-thaffifin: 15]
Ayat ini dijadikan dalil oleh Imam asy-Syafi’i rahimahullah dan lainnya bahwa ahli Syurga akan melihat wajah Allah Jalla Jala Luhu. Imam asy-Syafi’i rahimahullah berkata.
“Tatkala Allah menghijab (menghalangi) orang kafir dari melihat Allah dalam keadaan murka, maka ayat ini sebagai dalil bahwa wali-wali Allah (kaum Mukminin) akan melihat Allah dalam keadaan ridha.”
Imam Ahmad rahimahullah pernah ditanya tentang ru’-yatullaah (melihat Allah pada hari Kiamat), maka beliau rahimahullah menjawab.
“Hadits-haditsnya shahih, kita mengimani dan mengakuinya, dan setiap hadis yang diriwayatkan dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan sanad yang shahih, kita mengimani dan mengakuinya.”
September 12, 2009 at 10:43 am
ApAKAH SYARAT SAH SOLAT JENAZAH????
Disember 8, 2009 at 4:54 pm
hilang keliru nak jawab ahli qaryah saya,tq ustaz