Muqaddimah
Apabila bercakap berkenaan tamadun, umum terbayangkan bangunan-bangunan, kemajuan teknologi, sistem pentadbiran dan kerajaan, dan seumpamanya. di zaman Arab jahiliyah, mereka terkenal dengan suatu bangsa yang tidak mempunyai tamadun kerana tidak ada kerajaan. Bangsa Arab ketika itu bergantung kepada kekuatan puak2 atau suku kaum masing2. Ketika itu, sudah tertegak tamadun yang besar seperti Rom dan Parsi. Mereka mempunyai kerajaan yang memerintah negara. Mereka mampu membina pembangunan fizikal yang membanggakan rakyat mereka. Itulah barangkali yang dianggap tamadun. Tapi tidak ramai yang melihat bahawa di sana ada perkara yang lebih penting daripada pembangunan fizikal iaitu sistem nilai. Dan sistem nilai yang terbaik adalah milik ISLAM.
Lantaran mengkesampingkan sistem nilai inilah yang menyebabkan runtuhnya satu2 bangsa. Ketidakpedulian kerajaan terhadap sistem nilai akan menyebabkan manusia menjadi mangsa pembangunan fizikal yang melahirkan manusia yang tidak berhati perut, tidak pentingkan nilai2 agama, meletakkan kebendaan sebagai keutamaan dalam membuat keputusan baik kecil mahupun besar.
Akibat daripada kecuaian manusia yang bergelar pemerintah dan ulama’, masalah kerosakan sistem nilai yang mengakibatkan gejala sosial yang tidak terkawal, bahkan KRONIK berlaku dengan mendadak dan tanpa kecaknaan pihak berkuasa secara serius. Penyakit apa lagi yang tidak melanda umat di Malaysia? Masalah dadah, arak, judi, pelacuran, HIV/AIDS, hubungan seks remaja, rokok, jenayah, Kemalangan jalanraya, kehidupan yang penuh stres, hutang, rasuah, salahlaku di sekolah, kes juvana, masalah keciciran sekolah, buang anak, bunuh diri, lumba haram, pengangguran, Along, pekerja asing, bahan2 lucah, keruntuhan institusi keluarga dan lain-lain. Semua ini mencatatkan angka yang hebat2 dalam ilmu statistik.
DADAH
Kerajaan seolah2 sangat bersungguh2 dalam memerangi ‘MUSUH NO 1 NEGARA ‘ ini. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk membendung gejala penyalahgunaan dadah sehinggakan sebuah Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan khas untuk menangani masalah ini sejalk tahun 2004. Akta Dadah Merbahaya 1952 dipinda beberapa kali untuk memberi hukuman yang lebih berat kepada pesalah. PEMADAM sendiri pun sudah berumur lebih 30 tahun(1976). Manakala Agensi Dadah pula sudah bertapak sejak 1996. Tapi kenapa masalah ini semakin lama semakin parah? Sudah tentu sesuatu yang tidak kena dengan undang2 atau pelaksanaannya.
Menurut AADK, kerajaan membelanjakan sebanyak 19 juta setahun bagi menampung kos pemulihan seramai 5,200 penagih dadah yang ditempatkan di 28 pusat serenti seluruh negara. Bayangkan wang 19 juta kalau tiada penagih dadah, sudah tentu boleh disalurkan kepada program2 yang lebih bermanfaat untuk pembangunan manusia. kos tersebut akan bertambah sekiranya masalah dadah tidak dapat dibendung dengan segera.
Menurut satu laporan akhbar pada 15 Oktober 2006, dikatakan 10% daripada penagih yang ada sekarang kemungkinan besar akan jadi gila menjelang tahun 2020 akibat daripada mengambil dadah sintetik.
ARAK
Rakyat Malaysia membelanjakan sejumlah 2 bilion setahun untuk air syaitan ini!!Diulangi, 2 bilion setahun!! Banggakah kita mempunyai masyarakat yang ketagihkan arak. Arak boleh menyebabkan masalah-masalah lain timbul seperti keganasan rumahtangga produktiviti menurun, kemalangan jalanraya dan kesihatan yang teruk. Menurut satu kajian, arak merupakan penyebab kedua keganasan rumahtangga di peringkat kebangsaan.
JUDI
Budaya berjudi sudah semakin diktiraf dalam masyarakat kita. Judi sudah dimaklum secara ‘darurat’ dalam agama bahawa ianya haram. Tetapi berapa ramai umat Islam yang terlibat dengan judi? Baik sama ada judi itu yang HARAM di sisi kerajaan mahupun yang ‘HALAL’. TOTO, MAGNUM 4 DIGIT, PAN SWEEP sudah menjadi perkara biasa di kalangan masyarakat awam. Ada di antara kanak2 yang disuruh beli nombor ekor oleh ibubapanya. Ini amat menjijikkan!!
SIAPA yang tidak kenal GENTING. Itulah antara lokasi yang menjadi kebanggaan kerajaan dan rakyat Malaysia. Genting merupakan antara 10 syarikat judi terbesar di Asia. Itu tidak mengambil kira judi kecil-kecilan yang semakin popular di kalangan penonton tv sekarang ini seperti rancangan Insomnia. Mereka tidak lagi menghormati Institusi agama seperti Jabatan Mufti. Walaupun perkara itu sudah difatwakan haram baik dari Ulama’ luar dan dalam negara, kerajaan masih tetap membenarkan ianya berleluasa.
Bayangkan di Malaysia ini, terdapat 12 buah industri Arak dan judi dan 12 orang Muslim Melayu yang menjadi Ahli Lembaga Pengarahnya. Lebih parah lagi, rakyat Malaysia diheret dalam pelaburan secara langsung dalam Syarikat perjudian melalui KWSP, Lembaga Tabung Angkatan Tenteram Amanah Raya Sdn Bhd, Kementerian Kewangan Malaysia dan Bank Negara Malaysia!!.
PELACURAN
Malaysia dikatakan menjadi destinasi pelancongan pelacuran. sERAMAI 142,000 pelacur di Malaysia. Ini bilangan rasmi, bukannya bilangan sebenar kerana agak sukar untuk mengumpul bilangan sebenar pelacur lantaran kerajaan tidak mrngumpul statistik pelacur. Tetapi jumlah tersebut sudah cukup membayangkan betapa parahnya masalah pelacuran di negara kita. Lebih-lebih lagi apabila timbul isu ‘fatwa’ orang agama dalam kerajaan yang membolehkan melacur dalam keadaan dharurat!!
HIV/AIDS
Pada tahun 2004 sahaja, 4.9 juta pengidap baru HIV dikesan. Ini bermakna , ada 10 orang pengidap baru bagi setiap minit. HIV di Malaysia dikesan bermula tahun 1986 seramai 3 lelaki manakala kes AIDS dan kematian 1 orang.Menjelang taun 2000, dalam tempoh 14 tahun, jumlahnya naik mendadak sebanyak 5107 bagi HI, manakal bagi kes AIDS ialah 1168.
Pada tahun 2004, 60,621 rakyat Malaysia dilaporkan positif HIV sejak kes pertama tahun 1986. Manakala pada tahun 2005, ia naik mendadak kepada 70559 HIV, 10663 AIDS, sementara yang mati kerana AIDS seramai 8179.
Lebih 80% daripada mereka yang mengidap HIV/AIDS adalah di bawah usia 39 tahun.
ZINA
Masalah zina di kalangan remaja sekarang sebenarnya amat menakutkan. Walaupun mereka tahu risiko atau bahaya berzina, mereka tetap melakukannya kerana dorongan hawa nafsu yg tak dapat dibendung lagi. gejolak nafsu tidak mengenal usia, baik muda atau tua, semuanya ada risiko digoda. Hanya orang yang benar2 beriman, dengan bekalan taqwa mereka merempuh kehidupan yang penuh dengan godaan nafsu ini.
Kajian seorang ahli akademik mendapati semua 887 pelajar perempuanyang menuntut di sekolah menengah di sebuah negeri dikategorikan sebagai ‘berisiko tinggi’ kecuali seorang, mengaku pernah melakukan hubungan seks.
Ini merupakan suatu penemuan yang mengejutkan dan menunjukkan kemerosotan mendadak nilai moral remaja perempuan di negara ini.
Dalam satu kajian yang dibuat oleh seorag pakar psikologi dari UKM, beliau mendapati ada 7 daripada 31 responden mengaku melakukan seks seawal usia belum mencecah 15 tahun! Dalam satu temuramah rancangan TV3, seorang gadis di sebuah pusat pemulihan swasta ditemubual, mengakui mula mengenali perilaku seks melalui vcd lucah yang ditonton bersama dengan ahli keluarganya(ibubapa sekali) dan gadi tersebut mengakui terlalu gian dengan seks sehinggakan berkata bahawa ia memikirkan tentang seks setiap kali melihat lelaki termasuklah yang menemubualnya!!
Antara faktor lain yang menyuburkan seks bebsa ialah wujudnya sub budaya di kalangan remaja kini. golongan yang dipanggil Punk, Skinhead, Black Metal dan Gothik merupakan sebahagian sub budaya yang wujud di Malaysia dan dianuti oleh muda mudi, terkenal dengan perlakuan seks bebas apabila berlaku perhimpunan atau pertemuan pada hujung minggu di lokasi2 yang ditetapkan.
ROKOK
Bilangan kematian yang disebabkan oleh rokok secara rasminya adalah seramai 10,000 setahun. mengikut data yang dikeluarkan oleh kerajaan, seramai 4.6 juta rakyat Malaysia adalah perokok. Bayangkan lebih 20% rakyat Malaysia adalah perokok. Majoriti perokok adalah golongan remaja dan belia. Ini yang membimbangkan kerana bayangkan orang yang bakal mewarisi negara ini suatu masa nanti terdiri daripada golongan perokok atau orang yang berpenyakit jantung, paru2 dan yang diakibatkan oleh rokok.
JENAYAH
Sila teliti statistik PDRM di bawah:
1.5 orang dibunuh setiap hari
4.7 orang dirogol setiap hari
68.2 pecah rumah berlaku setiap hari
23.6 kereta dicuri setiap hari
141.3 motosikal dicuri setiap hari
41.3 rompakan berlaku setiap hari.
Kalau pembaca budiman teringat, pernah masuk surakhabar bahawa ada remaja berumur belasan tahun ditangkap bersama beberapa orang yang lain kerana merompak.
Jenayah bunuh anak sendiri juga tak kurang berlaku di negara kita. Lupakah kita kisah seorang ibu membunuh 2 anak Muhammad Aliff Haqii , 6 tahun dan Muhammad Aliff Hazmi 17 bulan dengan menjerut mereka ketika tidur di Batu Maung, P.Pinang pada Februari 2007 lalu?
Beberapa hari sebelum itu, seorang bapa mencekik anaknya yang berumur 10 dan 9 tahun. beliau kemudian membunuh diri.
Pada 22 Februari tahun yang sama pula seorang bapa berketurunan India didakwa membunuh anaknya yang berusia 2 tahun dengan mendang dan memukulnya.
Banyak lagi insiden bunuh diri yang tercatat dalam sejarah Malaysia.
Kisah pilu Nurin Jazlin Jazimin, 8 tahun bukanlah isu baru, malah negara telah merakamkan tujuh tragedi sedih yang telah melibatkan kanak-kanak Malaysia yang tidak berdosa yang dirogol dan dibunuh kejam.
Pada Disember 2004, seorang kanak-kanak malang ditemui orang ramai dalam keadaan menyayat hati dan sedang menangis di tepi sebuah tangki air di sebuah semak di Kampung Chendering, Kuantan. Mangsa dipercayai menjadi korban nafsu seorang lelaki yang dipercayai berusia dalam lingkungan 40-an dalam semak di kampung itu kira-kira pukul 8.30 malam.
Sehari sebelum itu, mayat Siti Syazwani, 9 pula ditemui mati 100 meter dari rumahnya- dirogol dan dibunuh oleh seorang pekerja asing Indonesia.Mayatnya ditemui mati dalam parit di ladang kelapa sawit Tikam Batu, Sungai Petani dengan hanya berbaju kurung, tersembam ke dalam parit sedalam 2 meter.
Kisah setrusnya begitu menggemparkan negara, sehingga rata-rata masyarakat mecadangkan pelakunya dibunuh atau dikasi kemaluannya lantaran tindakan mereka terhadap Nurul Huda Abd Ghani,Murid Tahun 4 yang dirogol dan diliwat bergilir-gilir oleh tiga lelakidi Pondok Pengawal Stesen Janakuasa TNB Kg. Pekajang, Gelang Patah, Johor Bharu pada 17 Januari 2004.
Selain itu bulan yang sama,Haserawati Saridi, 10- dirogol dan dibunuh ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Menggatal, Sabah.
Pada 6 November 2002 pula Siti Nurliyana Shamimi Rosdi, 2- diculik, dirogol dan dibunuh, dijumpai dalam keadaan bogel pada jam 9 pagi di tebing Sungai Kedah, 500 meter dari rumahnya di Kampung Seberang Terus.
Ada kesan koyak pada kemaluan mangsa, selain lebih 40 kesan luka pada badan dan pendarahan dalam otak mangsa, dipercayai akibat dipukul dengan benda keras.
Dua remaja berusia 19 tahun pula telah merogol kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun sehingga terkeluar usus ketika merompak keluarga mangsa di rumahnya di Taman Maluri, Kepong 13 Ogos 2001.
Dan akhir pada 23 Oktober 2000,Nur Shuhada, 6 ditemui mati dalam tangki air di bumbung bangunan kediaman 3 tingkat jenis town house di Selayang dalam keadaan separuh bogel dan lebam pada muka dan tangan.
Masyarakat Malaysia diseru supaya melindungi kanak-kanak daripada manusia gila yang sedang berada dimana-mana yang sentiasa mengundang kecelakaan maruah dan nyawa anak-anak kita.
RASUAH
Rasuah semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini. Bukan kerana sebelum ini tidak ada atau kurangnya orang terlibat dalam gejala rasuah. Tetapi sikap pemimpin sebelum ini lebih suka melindungi maklumat-maklumat rasuah yang melibatkan kes berprofail tinggi. Zaman pemerintahan Pak Lah pula, seolah-olah memberi peluang kepada BPR atau media mendedahkan kes rasuah sebebas-bebasnya. Lalu timbullah pelbagai kes-kes berprofail tinggi di dada akhbar dan media massa yang lain. Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri mengakui bahawa Rasuah di Malaysia sudah jadi satu budaya. Ini bermakna orang ramai sudah tidak segan silu lagi melakukan rasuah.
Pada tahun 14 Februari 2004, akhbar-akhbar melaporkan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan yang ketika itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Rais Yatim mendedahkan 18 lagi kes rasuah yang membabitkan individu berprofil tinggi termasuk menteri, telah memasuki peringkat akhir siasatan. Tetapi isu itu ‘didiamkan’ selepas pendedahan ‘berani mati’ Dr. Rais Yatim itu.
Kedudukan Malaysia dalam indeks rasuah yang dikeluarkan oleh Transparency International yang menunjukkan Malaysia tergelincir ke tangga 37 dunia pada tahun 2004 masih menjadi tandatanya kepada rakyat Malaysia apakah pihak kerajaan serius ingin membanteras rasuah.
KESIMPULAN
Banyak lagi penyakit-penyakit kronik yang hinggap pada batang tubuh Malaysia. Pendedahan fakta2 dan ulasan isu di atas hanyalah sedikit daripada banyak isu2 dan fakta2 yang terkandung dalam batang tubuh Malaysia yang entah kan bila lagi menemui ajalnya…
Inilah akibatnya apabila nilai-nilai agama diabaikan. Jalan penyelesaian untuk mengubati dan merawat penyakit-penyakit tersebut hanyalah satu iaitu ‘KEMBALILAH KEPADA ISLAM YANG SYUMUL. JANGAN LAGI BERPALING KE BARAT, MAHUPUN TIMUR. GENGGAMLAH ERAT2 FORMULA RAWATAN ISLAM YANG TERMAKTUB DALAM AL QUR’AN DAN SUNNAH NABI JUNJUNGAN SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM.’
TAKBIR!!!TAKBIR!!!TAKBIR!!!
September 22, 2007 at 4:44 pm
Salam
Saya telah memetik artikel anda
Terima kasih
Disember 28, 2007 at 1:08 pm
Ambe pung same gok
Februari 16, 2008 at 9:10 am
sila perbanyakkan dokumentasi berkenaan dengan kepincangan remaja.ianya dapat membantu ke arah membuka minda remaja dan ibu bapa khususnya….
0175037548
Mac 6, 2008 at 1:32 am
sama-samalah kita merenung bangsa &t.air kita .bertindaklah dari sanubari kita untuk islam dan umatnya yang akan datang.t.q
Mac 11, 2008 at 3:35 am
cara mudah nak menghindarkan masalah sebegini… cukup2 kan lah sembahyang 5 waktu sehari semalam…
“Sesungguhnya, solat itu dapat menghindarkan daripada perbuatan keji dan mungkar…”
dan jgn lupa, fahamkan makna bacaan dalam solat sekali… alritee… assalammualaikum
Mac 11, 2008 at 3:40 am
MALAYSIA ke arah keruntuhan?
ya.. benar apa yang diperkatakan… bila lihat pembangunan material sana sini begitu pesat dibawa kerajaan.. tapi sayangnya pembangunan sahsiah masyarakat pula diabaikan… emm
Apa yang sudah terjadi?
Remaja2 kita sudah tidak tahu malu… melakukan maksiat sana sini..
Keroro
Mac 19, 2008 at 12:19 pm
saya dah membaca artikel ini dan berharap suma orang akan membaca artikel ini agar suma menyedari kepincangan moral dan sosial yang melanda dunia kita hari ini.
Mac 21, 2008 at 5:53 am
janganlah kita mengeji sesama kita. lihat keburukan orang lain utk dijadikan iktibar utk diri sendiri bukan utk dikeji dan dicaci. fikirkan diri sendiri terlebih dahulu. adakah kita sudah cukup sempurna??? renungkanlah
http://www.prepaid4u.net/?id=shah_azwan
Mac 30, 2008 at 5:10 am
saya sedih dengan rakyat negara kita sekarang ni.. hilang semuanya, mana perginay kesopanan kita selama ni.. saya sedih sangat..
April 23, 2008 at 4:15 am
remaja terikut2 dengan budaya barat…
bad for country future..
April 30, 2008 at 10:33 am
As,wr,wb.Kami dari Aceh sedih mendengar, apa yang terjadi di malaysia, karena harapan kami orang melayu menjadi basis, tempat nya islam di negara asia tenggara, karena kalau suku” lain setengah hati terhadap ALLAH,di kasih uang aja bisa pindah agama.Malaysia berani menjadi negara Islam.menerima hukum-hukum ALLAH,Harapan kami orang” sekuler di malaysia harus tidak dipilih untuk memimpin negeri malaysia.kalau tidak hancurlah islam di asia tenggara.di indonesia banyak orang sekuler.wass
Mei 7, 2008 at 11:56 pm
saya amat sedih dan marah apabila terbaca artikel yang berkaitan dadah,rokok,rogol,dan zina.saya berfikir adakah anak-anak itu tidak berfikir bagaimana ibunya melahirkannya ketika dia masih kecil dulu.mengapa harus dia melakukan semua itu.terutama yang melakukan zina!!sepatutnya perwempuan yang melakukan zina ini dihukum seteruk-teruknya.kita seharusnya rapat dengan mereka yang “berisiko ini”gagi yang baik hatinya,nasihatlah mereka.kalau mereka tidak mahu mendengarnya kurung,pukul,dan kalau boleh hantar mereka ke sesuatu tempat yang tidak boleh memberikan mereka kebebasan lagi kerana itulah yang sebaiknya.kita menghukum kerana kebaikan mereka.jangan takut untuk melakukan sesuatu yang akan mendatankan kebaikan.(bagi para ibu bapa).sekian
Jun 8, 2008 at 1:22 am
haha—-terasa lawak pulak naca artikel ni….dah beribu artikel berisi lebih kurang macam ni yg saya lihat(walaupun tak sampai seratus) dan termasuklah buku teks KBSR dan KBSM……
tapi senario yg ditunjukkan ibnu abbas lagi teruk dan menyedihkan!
p/s-jadi ini sudah membuktikan kurikulum pelajaran Malaysia yang “bersepadu” ni tak mampu membentuk modal insan yang berkualiti..hehe
HANYALAH PENDIDIKAN 100% ISLAMIK YANG MAMPU MEMBENTUK MASYARAKAT IDEAL—
walahualam
Jun 25, 2008 at 3:08 am
AYUH SAHABAT-SAHABAT! MARI KITA BANGUN UNTUK BEKERJA MENYELAMATKAN ANAK BANGSA SEKARANG INI JUGA! GUNAKAN TENAGA KESAL, MARAH DAN SEDIH ANDA KE DALAM BENTUK TINDAKAN! LIBATKAN DIRI DALAM KERJA SUKARELA! SETIAP ORANG WAJIBKAN DIRI TERLIBAT DENGAN SATU KERJA AMAL. SETIAP ORANG YANG DAH TERLIBAT WAJIBKAN DIRI MEMPASTIKAN MENGAJAK SEORANG LAGI MENJADI SEPERTINYA! TIDAK GUNA RASA KESAL DAN SEDIH KITA, MELAINKAN HANYA DENGAN BANGUN DAN GERAKKAN AMAL. AYUH SAUDARA SAUDARIKU..
KASIHANI GENERASI MUDA KITA. TENTANG KEJAHATAN AKHLAK DENGAN KEBAIKAN
Jun 25, 2008 at 3:22 am
CAKAP YANG TIDAK DIIKUTI TINDAKAN, HANYA SIA-SIA.
KESAL YANG TIDAK DITERJEMAH KEPADA AMAL,KOSONG JUGA JADINYA.
10 TAHUN DAHULU ORANG2 KITA TELAH BERCAKAP PERKARA SERUPA, NAMUN, TIADA APA YANG DILAKUKAN.
MAKA KINI SETELAH 10 TAHUN, KEADAAN SEMAKIN BERTAMBAH PARAH. JIKA HARI INI KITA BERKATA, DAN TIDAK MELAKUKAN APA-APA, 10 TAHUN LAGI KITA AKAN MENGULANG SKRIP YANG SAMA, TETAPI, MASA ITU, KEADAAN TIDAK AKAN DAPAT DISELAMATKAN LAGI.
70,000 ANAK LUAR NIKAH DI MALAYSIA, 12,000 DI SELANGOR, 142,000 PELACUR(ANGKA RASMI), 4.9 JUTA HIV (2004), SETIAP HARI 1.5 DIBUNUH, 4.7 DIROGOL, 6.8 PECAH RUMAH, 41.3 ROMPAKAN, 141.3 CURI MOTOR, 23.6 KERETA HILANG..
GAMAKKAH KITA BERPELUK TUBUH, DAN BERBICARA LAGI..? AYUHH..SAUDARA SAUDARIKU..ALLAHU AKBAR!!
Jun 25, 2008 at 3:32 am
KESAL, MARAH, KOMEN, MENUDING JARI, SEMBANG, PROTES DAN YANG SEUMPAMANYA YANG KELUAR DARI MULUT DAN JARI JEMARI,
GANTIKAN DENGAN..
BERTINDAK. AMAL. KERJA. BERGERAK. BANGUN. HUBUNG SILATURRAHIM. BINA NETWORKING. KENAL PASTI LAPISAN MANA TARGET AUDIENCE. KENAL PASTI PENYAKIT. JALANKAN PROGRAM PEMULIHAN. TUBUHKAN NGO. MINTA PERUNTUKKAN. PERGI KE JALAN-JALAN.
SEBARKAN FLYERS, BUAT PROGRAM ATTACCH DENGAN MASJID DAN SURAU, BANYAKKAN KEMAH IBADAH, BANYAKKAN REKREASI BERHEMAH, GUNAKAN BLOG, GUNAKAN PENDEKATAN POSITIF, N THINK POSITIF, BERHIKMAHLAH. NAMPAKKAN MODEL2 KEBAIKAN. JADIKAN CONTOH-CONTOH KEBAIKAN DI
ALAM VIRTUE KEPADA PERSEPSI DI MINDA YANG DIASAK BERTUBI.MELALUI NOVEL, CERPEN, DRAMA, TV, KARTUN, T-SHIRT, WEB SITE, MAJALAH, AKHBAR, SURAT, EMAIL, WAYANG GAMBAR DAN APA SAJA YANG BOLEH DENGAN KEPAKARAN YANG ANDA MILIKI.
Jun 25, 2008 at 3:36 am
TUKAR TAJUK INI KEPADA:
MALAYSIA YANG CONTOH ISLAM TERBILANG:
DI TANGAN ANAK-ANAK MUDA YANG BIJAKSANA, BERHEMAH DAN BERJUANG.
TARGET: 20 TAHUN LAGI, KEADAAN YANG BURUK MENJADI BAIK, RUNTUH MENJADI TERBINA, BUSUK MENJADI WANGI. SEDIH MENJADI GEMBIRA DAN LAPANG.
PERCAYALAH! IA AKAN MENJADI KENYATAAN..!
Jun 25, 2008 at 5:46 am
terima kasih, jazakumullah buat maitak. Harap saudara dapat bimbing kami menyumbang kpd selamatnya anak 2 muda.Kami mohon maitak yang penuh brmotivasi tunjuk saluran mana sesuai utk pembaca2 membantu anak2 muda ke pangkal jalan.
Julai 6, 2008 at 3:33 pm
salam..
sedikit pandangan drpd saya tentang kerosakan,kekacauan yang berlaku ini adalah kerana pendidikan yang diterima oleh setiap lapisan masyarakat tidak menepati ajaran ILAHI yang haq.. hanya dengan kembali kepada ALQURAN DAN ASSUNNAH sahaja jalan penyelesaiaan yg terbaik dan sempurna…
Ogos 19, 2008 at 2:04 pm
Marilah kita hidupkan semula 4 amalan masjid nabawi di zaman rasullullah. moga kita mendapat barkah Illahi.
Ogos 21, 2008 at 7:44 am
salam.kalu bleh tambahkan lg kesan2 masalah sosial.ini akan meningkatkan kesedaran golongan remaja
Ogos 28, 2008 at 1:42 am
wat isi karangan untk b.m..bgus!!..thanx a lot
September 2, 2008 at 3:53 am
jazakumullah atas yg beri komen dan pandangan
September 4, 2008 at 9:55 pm
hurm,,sedih nye..ape nk jd gan owg zmn skarang..
Oktober 19, 2008 at 1:06 am
masyaallah..lihatlah dunia pada hari ini,ia semakin dekat menuju kemusnahan..ayuhlah muhasabah diri kita,jangan saja memandang kisah orang lain sedangkan hidup sendiri pun tunggang langgang..usahlah menggeleng kepala atas kejahatan orang lain,sedangkan diri sendiri lebih teruk dari mereka yang lain…wallahua’lam.
November 25, 2008 at 4:07 am
salam, teruskan usaha, semoga diberkati dan diredhai Allah
Februari 12, 2009 at 9:48 am
bagusss…sangat bagusssssss..us..us..us..
sekian tq..babai…
Mac 13, 2009 at 6:48 am
masya ALLAH..npa lagu2….
klu nk kaitkan ngan teori2,pa yg lebih ideal????? TQ… kep it up!!!!!
Mac 30, 2009 at 1:19 pm
menyeramkan,menaikkan darah dan enginsafkan. namun, apa tindakan kita? apa peranan kita? ibubapa? di mana anakmu? bukan hanya anak kecil, anak remajamu? apa yang sedang mereka lakukan?
April 6, 2009 at 9:14 am
saya rasa benda ni elok kalau disebar dengan lebih meluas.masalahnya sekarang orang ramai lebih berminat dengan gosip artis dan seangkatan dengannya.semoga allah memberkati anda wahai penulis artikel yang budiman.teruskan menulis artikel sebegini.
April 6, 2009 at 9:19 am
semoga anda diberkati allah.teruskan usaha menyedarkan masyarakat.
April 25, 2009 at 6:39 am
bagus2. nnt aku link kan kat blog aku
April 25, 2009 at 9:21 am
salam..klu diizinkn,sy ingin mengambil artikel ini ke blog saya ye???kekuatan sesebuah negara itu dpt dilihat dgn kekuatan remaja2 nya..cube tgk remaja di negara kita?kebanyakannya tewas dgn ghuzwul fikr oleh yahudi laknatullah..mereka tak perlu anta tentera nk hancurkn umat islam..mereka hanya anta rokok,filen,sukan,sex dan juga lagu,abes uamt islam tetipu…masyaallah..dan mende2 ni sgt cpt skali blaku,ble umat islam sndri smakin jauh dgn al quran aptah lg sunnah..rasulullah berkata,kamu tidak akn sesat slagi berpegang pd 2 bende..iaitu al quran dan sunnah..marilah kita kmbali ke zaman kegemilangan islam..kita umat terbaik dlhirkn tok manusia..kerana kita beramar makruf nahi munkar..ayuh bangkit wahai umat islam..byk bdan2 tarbiyah di luar sana menantikn anda,utk trut sama bjuang mengakkn islam..
April 26, 2009 at 4:23 pm
salam,
memang menarik ,….
tapi kalau semua org hanya mengeluarkan fakta dan hanya tau mengkritik org lain sampai bila gejala ini tidak berhenti…
apa perlu kita buat? penyelesaian nya kita kena cari pada pangkalnya iaitu kita sendiri…
cukupkah usaha yang kita lakukan..
dan sebenarnya ini adalah BALA kepada ummat manusia…
penulis2 blog seharusnya mencadangkan jln penyelesaian ….
April 27, 2009 at 1:30 pm
Salam…
Mengenai perkara ini mmg lame da djangka oleh ramai orang…seharusnya para mahasiswa mula bergerak kerana golongan inila satu-satunya golongan yng mampu membina balik keruntuhan yang dialami…msia skrang ni kembali menjadi negara yang membangun HANYA dari segi lahiriah dan pembangunan rohani cukuplah dipandang remeh…
Mei 4, 2009 at 1:23 pm
SAYA KATA BAGUS SEBAB DI BUAT SAYA JAUH DARI DADAH DAN LAIN2 LAGI.SEKARANG NIE SAYA SEDANG BUAT BUKU SKRAP PENCEGAH JENAYAH………
Jun 16, 2009 at 3:52 am
Assalamu’alaikum. Syukran anda menjadi sebahagian mujahadah ISLAM. Diharap ramai lagi yang memperjuangkan ISLAM pada akhir zaman ini. Gantikan segala kerosakan ISLAM di Malaysia @ di mana sahaja semampu daya kita. Usaha kuat, doa kuat dan tawakkal kuat kepada ALLAH agar Malaysia ‘tak lama lagi’ diperintah Kerajaan ISLAM yang mendukung AL QURAN dan HADIS sebagai Undang-Undang PIAGAM. Semoga semua pemimpin Muslim @ non Muslim diberi petunjuk bahawa ‘sesungguhnya pada hudud yang ALLAH wahyukan itu, ada padanya kehidupan yang sebenar’terjamin keselamatan dan keamanan.
Julai 13, 2009 at 10:26 am
assalamualaikum wbt…
ana copy entri ini..
halalkan & syukran jazilan…
wassalam…
Julai 16, 2009 at 9:51 am
wa alaikumussalam.
takpa saya halalkan. Sebarkan utk kesedaran masyarakat
Ogos 15, 2009 at 6:40 am
salam,para rkn seperjuanganku yang lain…
10x bace…10x sedih…
kenape xade hukuman di negara ini bg mereka yang mendedahkan aurat?walhal prkra itu wajib!
dri situ kta blh mghlg dr zina,rogol dan sbgainya..
sbgi contoh;umat islam yang xberpuasa pd bulan rmdhn akn dtgkp.
athirah inginkn jawpan balas dr rkn2 semua..
sesungghnya athirah msh bnyak yang ingin belajar tntg agama..
“smkn banyk ak belajar,
semakin ak merasa diriku ini jahil..
semakin bertambah rasa
rendah diri ini kpd-Mu Ya Allah…-_-.
November 11, 2009 at 4:08 pm
bagus….saya suka sgt dgn artikel awak ni.
harap2 dpt menyedarkan sesiapa yg patut
Disember 27, 2009 at 2:47 am
kini satu persatu negara islam telah dihancurkan oleh kebudayaan barat, semoga al mahdi segera datang
Februari 19, 2010 at 11:59 pm
Salam . Saya published artikel ini didalam kerja kursus Pengajian Islam saya . Terima Kasih . Input yang berguna ….
Februari 20, 2010 at 4:24 pm
Sama2.
Julai 21, 2010 at 2:54 pm
saya copy and paste artikel anda utk assignment saya tentang ‘sosial’. dapat full mark. trima kasih.! assalamualaikum.
Julai 22, 2010 at 12:22 pm
alhamdulillah, sama2
September 14, 2011 at 3:58 pm
I am happy I found your web site on ask. Thanks for the sensible critique. My wife and me were just getting ready to do some research concerning this. I’m very happy to see such fantastic information currently being shared freely out there.