SOALAN:

assalamulaikum ustaz.
terdapat kemusyhkilan di sini. hrp ustaz dpt mmbantu sy.
sy tlh berkenalan dgn seorang ustaz y juga merupakan seorang imam.
kami tlh berkenalan d ym (yahoo messanger). setelah beberapa lama dia melamar sy menjadi isterinya dan sy bersetuju. dlm hukum islam sy tlh dikira sbg tunangnya wlupun tanpa pengetahuan ibubapa sy. namun stlh mengemukakan hajat pd org tua sy, ibu sy terutamanya tidak berkenan dgn ustaz tersebut lantaran dia menggunakan perkataan syg semasa berkomunikasi dgn sy.kata ibu sy, dlm islam tdk boleh menggunakan perkataan syg pd wanita y belum sah sbg isteri krn bole membangkitkan nafsu syahwat. ustaz tersebut pernah meminta izin ibu sy utk menikahi sy , namun ibu sy tlh menuduh ustaz tersebut sbg lelaki y bertopengkan agama utk memikat wanita. sy dipaksa melupakan ustaz tersebut. namun, apkh hukumnya ibu sy menuduh lelaki tersebut dan apkh hukum sekiranya sy berkeras utk mengahwini ustaz tersebut. kerana sy tahu redha ibu bapa itu penting utk keberkatan rumah tangga.
(mira)
wassalam.
terima kasih ustaz.

JAWAPAN:

Islam membataskan pergaulan antara lelaki dan perempuan bukan mahram. Tujuannya adalah untuk menghalang berlakunya dosa-dosa yang berkait dengan pergaulan. Sebab itu dalam al Qur’an ada ayat larangan mendekati zina. Walaupun tidak berzina, mengucapkan kata sayang antara lelaki perempuan yang bukan mahram dikira boleh membangkitkan nafsu syahwat terutamanya kepada si lelaki. Dosa mendekati zina tidaklah sama dengan dosa berzina tetapi jika kita biasakan diri dengan dosa-dosa mendekati zina, akhirnya dibimbangi jatuh ke kancah zina juga.

Setiap ibu bapa sudah tentu inginkan yang terbaik untuk anak-anaknya. Lebih-lebih lagi jika ibu bapa itu yang amat mementingkan agama. Saya tidak tahu sejauh mana ibu saudari menilai lelaki itu. Tetapi sebaiknya berbincanglah dengan keluarga baik-baik. Toleransilah dalam isu ini. Saudari boleh cadangkan agar saudara mara siasat dahulu latar belakang si lelaki dan keluarganya. Ini bertujuan beri kepuasan hati di pihak ibu saudari dan diri saudari sendiri. Sekiranya memang benar dia seorang lelaki yang baik, maka ibu saudari harus menerimanya dengan hati yang terbuka. Begitu juga sebaliknya, kalau saudari dapati bahawa dia seorang yang tidak baik, maka cuba lupakan dia sedaya upaya. Pohonlah pertolongan Allah untuk kuatkan hati saudari dalam menghadapi dugaan perasaan ini.

Mira,
Syurga seorang anak berada di bawah telapak kaki ibunya. Ketaatan kita terhadap ibu bapa dalam keadaan mengorbankan perasaan adalah jauh lebih bernilai berbanding mendapat pasangan hidup yang dicintai. Carilah pasangan hidup yang diredhai Allah dan kedua ibubapa. Tugas asal mencari pasangan hidup anak perempuan adalah terletak di bahu bapa. Tetapi adalah HARUS bagi seorang perempuan yang sudah berkenan dengan mana-mana lelaki untuk memperkenalkan kepada ibubapanya, dengan syarat mestilah berlandaskan syariat. Cubalah elakkan daripada dilamun perasaan ‘cinta’ yang kekadang hanyalah tipudaya syaitan untuk menyesatkan muda mudi yang sedang asyik dilambun ombak cinta dan rindu.

Mira,
Akhir kata, isu ibu mira menuduh lelaki itu sebagai lelaki yang bertopengkan agama untuk memikat wanita, bukan persoalannya di sini. Cubalah menjadi anak yang solehah untuk mendapat keberkatan dalam kehidupan mendatang. Nabi pernah bersabda yang maksudnya; “Redha Allah terletak pada redha kedua ibubapa.”

Maafkan saya sekiranya jawapan ini tidak memuaskan hati Mira. Pengalaman saya memerhatikan kehidupan kenalan-kenalan sudah cukup membuktikan bahawa perkahwinan yang tidak dapat restu ibubapa banyak yang berakhir dengan perceraian. Kalau adapun yang tidak bercerai, hidup mereka tidak senang, sentiasa dilanda masalah.

Wallahu a’lam.