JAKIM :-1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM
1)McDonald
2) A&W
3) Secret Recipe
Restoran/syarikat berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal:
1) Victoria Station
2)Kam Lun Tai
3)Lotus
Family Restoran
Restoran/syarikat berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) San Francisco Steakhouse
2)Chicken Rice shop
3)Kiwi Express
Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM.
Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat.
KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarikbalik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.
2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah S/B, syarikat
ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM.
3. Assalamualaikum Terima Kasih Pada yang bertanya,
Mewarnakan rambut dr segi hukum syarak terbagikepada :
1.Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam.Warna hitam hannya harus bagi yang berpenyakit sahaja.
2.Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda.
3.Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua.
4.Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan.
5.Harus mewarnakan rambut dengan izin Suami.
Dari segi ingredient pewarna rambut yg ada dipasaran terbahagi kepada 2 jenis yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut menyerap air atau tidak ??
Pewarna rambut yang dipasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENTDYE.
Mengikut kajian jenis yang Semi-Pamenent Dye adalah jenis yang tidak menyerap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang islam.Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ianya di kilangkan di luar negara. Utk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal utk produk yang diproses di malaysia sahaja .
Wassalam
4. Sehingga kini pengeluar supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha , kebanyakan supplement food dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray,Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalahkerana itu adalah produk import, maka pengedar dan
pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan islam dinegara asal produk tersebut diimport.
5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan/minuman yang disediakan di restoran ini.
6. Soalan : Saya ingin tahu samada semua stall di foodcourt Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yg membezakan gerai yg halal dengan yg tidak halal. saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels,Cinnabon, Al-Marjan, Bong Sen (Vietnamese), Chinoz On the Park, Dome Caf , Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.
Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.
7. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor ), La Boheme
tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.
King’s Confectinery telah mendapat pengesahan halal JAKIM, Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM, manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.
8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernahmendapat pengesahan halal JAKIM.
9. sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.
10. Pernyataan mencampurkan minyak babi untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas, memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.
11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM, maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan/produk di tempat tersebut.
Julai 25, 2008 at 7:51 am
apa maksud HALAL JAKIM
November 7, 2008 at 4:00 am
kfc kt klcc dpt pengesahan x?
November 7, 2008 at 4:03 am
bleh senaraikn halal haram jakim kt malaysia nie…coz sy tgh confuse….
November 11, 2008 at 7:05 am
Buat nurjannah,
KFC walaupun dapat pengesahan halal JAKIM, pendapat peribadi saya ialah lebih baik jauhi kerana ia tersenarai sebagai syarikat yahudi. Memang betul di malaysia ni orang islam yang pegang. Inilah yang dipanggil sistem francais. Sesiapa yg terlibat dlm sistem ini , dia tahu bahawa ada yuran tahunan yg dikenakan bagi membolehkan dia buka restoran francais.. duit itulah masuk akaun syarikat yahudi KFC antarabangsa!
2. Pasal senarai halal haram jakim tu, minta nur jannah ke laman web JAKIM.
Januari 10, 2010 at 8:16 am
Pn/sdri Nurjannah,
Saya setuju dgn pnpdt anda itu. Sekarang ni kita dh mula ada RFC di 4-5 lokasi di seluruh M’sia.Kita tunggu…RFC akan terus berkembang ke serata tempat di M’sia..malah dipersada antarabangsa barangkali.Insyaallah. Jikalau berminat untuk menjadi ahli HPA, emailkan ke amarzo6978@yahoo.com atau alamat Facebook saya just taip Arsinuan Bin Mohamed Arshad. Salam!
Januari 28, 2009 at 1:38 am
as’kum..sy nak tnya..bgaimn pl dgn mknn di hotel2..adakah semua hotel2 d M’sia telah m’dpt sijil halal dr JAKIM
Februari 17, 2009 at 8:39 am
assalamualaikum…saya student uitm segamat.nak menanyakan tentang barangan dlm pelbagi jenis, makanan dan lain2 yang dahulu nye ialah halal, tp sekarang menjadi halal.. boleh sertakan kan tak article2 yg boleh saya refer..
thank you
Mei 5, 2011 at 3:04 pm
masuk kt fb “makanan & minuman yang dicemari kesucian untuk umat islam” byk info bleh didpti disini…
Februari 19, 2009 at 3:00 am
maaf mat, saya tiada artikel berkaitan isu itu. Sila rujuk JAKIM.
Februari 22, 2009 at 10:56 am
sya ingin bertanya mengenai coklat ferrero rocher itu halal atau haram dimakan
Februari 23, 2009 at 10:40 am
TIADA TANDA HALAL. HUKUMNYA SYUBHAH…Nabi sallallahu alaihi wasallam pesan agar kita jauhi perkara syubhah.
Februari 25, 2009 at 8:44 am
macam na nak pastikan sama ada sesuatu produk makanan tue halal atau x?sebab kadang2 ada tanda halal yg bukan dari jakim jadi saya terkadang terkeliru dengan logo halal asli dan logo halal tiruan?
Februari 26, 2009 at 12:25 pm
horlick boleh diminum atau tidak
Mei 31, 2009 at 5:05 am
setakat ini, tiada maklumat sampai kpd saya yg mengatakan bhw Horlick mengandungi bahan haram atau meragukan. Cuma saya sendiri sudah lama tidak menggunakannya atas dasar syarikatnya ada kaitan dgn Yahudi.
Terpulanglah kpd anda menilainya.
Mei 29, 2009 at 10:39 am
saya nak tahu tentang prodak makanan coklat
crispy yang ada logo halal tetapi baru2 ni saya mendapat tahu tentang kod makanan yang ada di dalam coklat crispy ini tidak halal (E476)atau adakah dia mempunyai kod yang sama tetapi bahan-bahan yang digunaka adalah halal?
Mei 31, 2009 at 5:03 am
YA, Memang kod itu ada pada pembalut Crispy. Maklumat yg saya pernah terima hanya melalui sms dan email. Maklumat itu mendakwa bahawa ianya merupakan lemak babi. Sejauh mana kebenarannya, saya tidak pasti. Yang pasti, ia sudah masuk dalam bab syubhah. Maka, jalan yg terbaik ialah kita tinggalkan Crispy yg syubhah itu.
Untuk lebih kepastian, sila hubungi JAKIM bagi pengesahan sijil halalnya. Takut2 palsu ataupun sudah ‘expired’.
Jun 8, 2009 at 3:19 pm
ubat gigi sekarang ni mana satu yang halal, sebab dengarnye banyak yang tak halal atau orang cina punye. contohnye ubat gigi najwa, mu’min dan sebgainya. terlalu byk khabar anginlaa..
Jun 29, 2009 at 7:52 am
yg saya tahu ubat gigi mukmin milik Cina Muslim. saya difahamkan Najwa pun milik Muslim.
Jgn terlalu waswas. Kalau tiada cerita2 /khabar2 yg tidak baik. Produk tersebut pula ada tanda halal, maka pakailah. Kata Nabi, “Tinggal apa yg meragukan, dan pergi kepada yg tidak meragukan/yakin.”
Yg ragu ialah perasaan kita yg kata “Halal ke?” Dan yg yakin ialah barang tersebut memang bukan drp barang haram. Kalau memang sah barang tersebut terbukti haram seperti kita nampak dia proses lemak babi depan mata, maka barulah haram…
Jun 9, 2009 at 2:19 am
Salam:)
Boleh tak disenaraikan senarai syarikat2 Yahudi dan produk-produk di Malaysia yang dihalalkan dan diharamkan oleh JAKIM dan PPIM?
Jun 28, 2009 at 5:38 pm
Baja Daripada Tahi Babi
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan
Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke – 2
Tarikh : 12 Mei 1981
Keputusan Muzakarah :
” Berdasarkan nas daripada kitab tersebut di atas mesyuarat Jawatankuasa Fatwa telah memutuskan seperti berikut –
( a ) Bahawa baja yang diperbuat daripada tahi babi adalah najis mughalazah, sementara hukum menggunakannya sebagai baja adalah harus serta makruh
( b ) Bahawa makanan ayam yang diproses daripada bahan-bahan yang bercampur dengan najis seperti darah lembu , darah babi dan lain-lain adalah harus atau halal. ”
Apa pendapat tuan ibnuabbas terhadap fatwa ini yang dikeluarkan oleh jawatankuasa tersebut?
Artikel ini saya perolehi dari laman halal.gov.
Ogos 10, 2009 at 4:14 am
Kalau benar lah fatwa itu, maka ia menggunakan hujjah dari mazhab Hanafi melalui kaedah istihalah.
Setakat yg saya tahu, Dlm mazhab Syafie, kalau ia a yg merupakan perkara yg berlaku sekali sekala, maka dimaafkan. Tetapi kalau memang makanan ayam itu memang sengaja diproses dgn bahan campuran darah babi secara tetap atau rutin, maka ia diharamkan. Ini samalah seperti isu perut babi yg diberi makan kpd ikan keli ternak beberapa tahun lalu. Ada ulama’ memfatwakan ianya haram.
Jun 29, 2009 at 3:35 am
Salam,
Statement “tidak pernah mendapat pengesahan halal drpd JAKIM” is it referring that d restaurant never apply halal status from JAKIM atau mmg JAKIM tidak mengeluarkan status halal for the restaurant.
Diharap dapat penjelasan lebih lanjut. Terima kasih.
Jun 29, 2009 at 7:41 am
saya rasa lebih baik saudara rujuk kpd laman web jakim sendiri utk bertanyakan hal ini.
Jun 29, 2009 at 8:37 am
Saya ada menerima email daripada seorang rakan yang memaklumkan senarai E-Kod Untuk Emulsifier Lemak Babi seperti berikut :
1 E100 16 E280 31 E434 46 E482
2 E110 17 E300 32 E435 47 E483
3 E120 18 E301 33 E436 48 E491
4 E140 19 E325 34 E440 49 E492
5 E141 20 E326 35 E441 50 E493
6 E153 21 E327 36 E470 51 E494
7 E160 22 E334 37 E471 52 E495
8 E161 23 E335 38 E472 53 E542
9 E210 24 E336 39 E473 54 E570
10E213 25 E337 40 E474 55 E572
11E214 26 E422 41 E475 56 E631
12E216 27 E430 42 E476 57 E635
13E234 28 E431 43 E477 58 E904
14E252 29 E432 44 E478 59 E920
15E270 30 E433 45 E481
Sekarang ni setelah mengetahui kod-kod ini hampir semua barang makanan yg ingin dibeli saya semak terlebih dahulu bahan ramuannya. Yang mengejutkan saya coklat cadburry (coklat kegemaran rakyat malaysia terutamanya saya) yang mempunyai tanda halal pun mempunyai kod ini. Kemudian saya dapati, hampir semua makanan yang dijual dipasaran memang mempunyai kod ini di dalam ramuan makanan. Mohon penjelasan lanjut mengenai kod emulsifier babi ini.
Ogos 10, 2009 at 4:18 am
Saya pun menggunakan kod tersebut sebagai panduan sebagai langkah berhati2. Coklat Cabbury mmg benar mempunyai salah satu kod tersebut. Kalau x silap, E 471.
Untuk lebih info saya rasa lebih baik saudara rujuk JAKIM.
Jun 29, 2009 at 1:06 pm
Baja Daripada Tahi Babi
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan
Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke – 2
Tarikh : 12 Mei 1981
Keputusan Muzakarah :
” Berdasarkan nas daripada kitab tersebut di atas mesyuarat Jawatankuasa Fatwa telah memutuskan seperti berikut –
( a ) Bahawa baja yang diperbuat daripada tahi babi adalah najis mughalazah, sementara hukum menggunakannya sebagai baja adalah harus serta makruh
( b ) Bahawa makanan ayam yang diproses daripada bahan-bahan yang bercampur dengan najis seperti darah lembu , darah babi dan lain-lain adalah harus atau halal. ”
Apa pendapat tuan ibnuabbas terhadap fatwa ini yang dikeluarkan oleh jawatankuasa tersebut?
Artikel ini saya perolehi dari laman halal.gov.
Julai 2, 2009 at 1:40 am
saya ada dengar tentang beberapa produk penapis air yang mengandungi tulang2 babi..betulkah berita ini dan apakah nama produk tersebut..terima kasih
Ogos 10, 2009 at 4:21 am
mEMANG BENAR kebiasaan penapis air / mineral pot menggunakan tulang binatang. ada yg tulang lembu, dan ada yg guna tulang babi. apa2 tulang sekalipun, ianya merupakan najis (bangkai) sekiranya tidak disembelih. Cuma bezanya mughallazah dgn mutawassitah shj…
Julai 9, 2009 at 3:04 am
Assalamualaikum…
KFC di Teluk Intan, halal ke tak?
Ogos 10, 2009 at 4:24 am
Tu kena tanya JAKIM sendiri la. saya hanya masukkan artikel senarai produk shj. Ramai yg respon minta penjelasan produk itu dan ini. Saya nasihatkan pembaca yg ingin bertanya, sila rujuk terus kpd laman web JAKIM. Itu lebih berautoriti.
terima kasih.
Julai 27, 2009 at 9:56 pm
Saya keliru dengan loga halal yang terdapat ( ditampal ) d kebanyakan pintu masuk setiap kedai2 makan d JJusco Au2, Tmn Keramat. Logo tersebut bukan seperti logo halal JAKIM. Minta penjelasan agar saya tidak terkeliru dengan logo2 tersebut.
Julai 29, 2009 at 12:42 pm
mAAF, Saya tak sempat lagi nak teliti hal itu. Tak perasan…maklumlah jarang2 ke sana
Ogos 4, 2009 at 7:17 am
saya keliru denganlogo halal DARLIE boleh jelas kan apa perbezaan nya?? kata nya ada di perbuat dari china tetapi di sah kan oleh jakim?? ada 2 logo halal yang mengelirukan saya. ada kah logo halal yang di keluar kan dari china tidah sah..??
Ogos 9, 2009 at 5:36 am
adakah produk dari syariakt nuorico seperti beutisleep,g-lat,neibac5 halal dan mempunyai pengesahan dari jakim????
Ogos 10, 2009 at 4:26 am
Sekali lagi saya ingatkan semua pembaca, blog saya hanya memaparkan artikel berkenaan produk halal berdasarkan sijil yg dikeluarkan JAKIM. Saya bukan bertugas di Bahagian Halal JAKIM. Sila rujuk kpd JAKIM secara terus utk lebih info dan lebih berautoriti
TERIMA KASIH
Ogos 9, 2009 at 12:40 pm
saya ingin mendapat pengesahan dari jakim produk keluaran syarikat Nuorico Sdn Bhd halal di sisi undang-undang
Ogos 10, 2009 at 4:29 am
Hukum hakam secara umum saya boleh komen insyaALLAH. Tapi kalau nak tahu produk ini halal atau tidak, kena tanya sendiri JAKIM. Kalau saudara/i sebut di dlmnya ada bahan alkohol contohnya, maka saya bolehlah jawab berdasarkan hukum fikh. Tapi kalau nak pengesahan, maka blog ini bukan tempatnya.
terima kasih
Ogos 11, 2009 at 8:05 am
macam mana penapis2 di pasaran mendapat sijil halal, sedangkan Jakim sendiri tak ada keluar kan sijil tersebut utk mana syarikat di malaysia.
Ogos 12, 2009 at 3:35 am
kalau betul begitu, mungkin mereka pakai logo tanpa sijil halal, @ buat sijil palsu. Wallahu a’lam. saya x siatsat secara terperinci dgn JAKIM
Ogos 16, 2009 at 8:27 pm
Salam…
Saya ada 2 kemushkilan yang mengganggu fikiran orang-orang Muslim di Taman Tun Sardon, Gelugor:
1.Saya dan beberapa penduduk disini ada bertanya kepada seorang peniaga di Astaka Taman Tun Sardon iaitu Mami Tanjung(bukan nama sebenar), samada mee, kue teaw, tauhu dan banyak lagi benda basah yang digoreng dan dimasak olehnya dibeli dari kedai Cina atau Muslim?
Dia menjawab, “bahan-bahan ni semua kami beli daripada orang Muslim la…” Tapi kami disekitar sini tahu yang dia order bahan-bahan basah dari kedai Cina-tidak ada khinzir.(Pasar bersebelahan dengan astakanya.)
Apakah hukum kepada orang yang berniaga makanan dengan cara menipu pelanggannya dan adakah pendapatan dari perbuatannya ini HALAL?
2.Saya dan penduduk dikawasan Taman Tun Sardon, Gelugor ini mendapati Mami Tanjung(bukan nama sebenar) dan suaminya menjual alat-alat seks seperti zakar tiruan, chinadoll dan bermacam-macam lagi benda yang tak senonoh.
Apakah hukumnya disisi Agama Islam dan apakah nasihat yang baik kepada manusia yang memungut untung dengan cara begini.
Semoga Allah SWT memberi hidayah kepada kita semua…
Wasalam…
Ogos 20, 2009 at 2:36 pm
Cik Paria,sebenarnya Mami Tanjung di kenali di seluruh Pulau Pinang dan barang siapa yang tau pasal Mami Tanjung depa tau apa Mami Tanjung meniaga Cik Paria jgn dok buat cerita, Jgn ckp pasal hukum agama kalau diri sendiri x amal. Islam ada pada diri sendiri, jgn dok lagak baik tepuk dada tanya selera. Utk pengetahuan Cik Paria suami saya x lah haaprat sgt, tapi dia x lah tipu duit org buat busines dan dia x pula mengaku jutawan ada kilang kat USA
Ogos 23, 2009 at 3:18 am
boleh bagi tak senarai hotel yang ada sijil halal.
Ogos 26, 2009 at 4:31 am
slm,saya nak tau tentang penapis air yang menggunakan tulang babi..kalau boleh sertakan link atau bukti dan jenama untuk memudahkan saya mengelakkan daripada memebelinya..tq
September 9, 2009 at 11:51 pm
adakah maggi halal..
September 10, 2009 at 3:43 am
Suatu masa dahulu, sebelum sijil halal jakim diperkenalkan, memang sudah ada info daripada Persatuan Pengguna Pulau Pinang bhw Maggi mengandungi bahan yang meragukan. Saya masih ingat ketika menuntut, ketika itu tahun 1993. selepas mendapat info itu, saya sudah tidak beli dan makan maggi hinggalah tanda halal dikeluarkan jakim. Setelah maggi memakai halal jakim, saya masih tidak membelinya atas dasar boikot barangan yahudi.
Kesimpulannya, saya menganggap maggi halal pada zatnya kerana ada tanda halal JAKIM. Sebagaimana saya tegaskan di atas, saya tetap anggap ia haram lighairihi kerana ia produk yahudi.
September 16, 2009 at 5:00 am
Golden Dragon City Restaurant, Kota Permai Golf & Country Club, Kota Kemuning, Shah Alam. Makanannya Halal atau Tidak halal?
November 10, 2009 at 2:19 pm
adakah serbuk ajinomoto halal?
Disember 28, 2009 at 4:12 am
sy was2 dgn kebanjiran kedai mamak di malaysia… adakah semua premis tersebut di iktiraf halal oleh jakim??? kerana kerap kali sy melihat mkanan dihantar oleh org cina spt mee,tauhu,aym,dging,syuran…
Januari 18, 2010 at 7:44 am
salam.
bgmana dgn makann yg mngandungi kod yg xboleh mkn tp sdgkn ia mndpt pngesahan dr JAKIM.cnth;VICO buatan kilang MAESTRO SWISS FOOD di pulau pinang mngndungi E471 tp bila rjuk blik ke jakim syarikat ini mndpt pngsahan hahal dr jakim??
Januari 19, 2010 at 7:32 am
Semak balik E471 itu adakah lemak babi atau lemak binatang yang boleh dimakan dan disembelih.
Mac 28, 2010 at 3:50 am
akum,nk tanya tentang coklat yang disediakan dlm penerbangan MAS.coklat ferrero rosche.tak da tanda halal pd coklat itu.apa status hukum coklat tu?
Mac 28, 2010 at 7:26 am
Tidak Haram tapi syubhah. Sehinggalah jelas kpd saudara kandungannya.
Mac 29, 2010 at 5:16 am
so ,ubat gigi najwa boley pkai lah kn??tp sy ragu2 ngn logo halalnya…
Mac 30, 2010 at 9:32 am
دع ما يريبك الى ما لا يريبك
Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda yg maksudnya: “Tinggalkan apa yg meragukan kamu (dan berpeganglah) kepada apa yg tidak meragukan kamu”.
Tanda logo halal jakim pada ubat gigi najwa itu adalah perkara yg diyakini ada padanya. Apa yg meragukan saudara ialah boleh pakai ke, tidak boleh pakai? sedangkan logo halal sudah ada. Dan tidak ada tanda2 ianya haram. Maka, hukumnya halal. Ambil apa yg anda yakini dan tinggalkan perasaan yg meragukan.
Kalau saudara mahu berhati2/ihtiyat, maka saudara boleh pilih utk tidak menggunakannya. Carilah ubat gigi yg lain…
Hukum sudah jelas, bahawa ianya HALAL.
April 1, 2010 at 1:26 am
Menyentuh komen berkaitan laporan BH tempoh hari tentang logo Halal bagi premis berasaskan makanan dan pelancongan dimaklumkan bahawa akta mengenainya telah digubal dengan mengenakan syarat selain bahan halal , peralatan bersih , dan sekurang-kurangnya dua orang tukang masak muslim.
Saya ingin menambah :
-Jika sekiranya berlaku penyelewengan pihak Jakim dan Kementerian hendaklah mengenakan denda yang berat sebagaimana yang berlaku pada sebuah syarikat di Australia hanya disebabkan kesalahan nisbah formula bahan sahaja pun syarikat berkenaan di sita dan dikenakan denda sehingga $270,000.
-Pemantauan dibuat secara berkala dan berterusan dengan mengadakan risikan , penyamaran dan operasi mengejut dengan pengambilan sampel bahan untuk ujian makmal ; micro video zoom bergelombang bunyi jarak jauh sebagai bahan bukti.
-Pastikan Menu masakan langsung tidak menggunakan bahan haram walaupun dengan menggunakan dapur atau peti ais yang berbeza.
-Sepatutnya ketua chef atau sebahagian besar kadar jumlah tukang masak di premis berkenaan terdiri daripada mereka yang berugama Islam yang taat mengerjakan solat. Jika tidak kekalkan langganan untuk mereka yang bukan berugama Islam sahaja.
-Logo Halal pastikan hanya khusus untuk penggunaan pelanggan berugama Islam. Jadi mana-mana premis perniagaan yang ingin menarik kunjungan mereka yang berugama Islam dengan permohonan logo Halal ,hendaklah mematuhi syarat tanpa persoalan.
– Persoalan tentang halal haram hendaklah dihebah dan didedahkan pada peringkat akar umbi bermula daripada kanak-kanak hingga dewasa termasuk bukan Islam dengan menggunakan saluran media semua bahasa di Malaysia.
April 26, 2010 at 3:21 am
Apakah maksud : Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan. Kebiasaan seseorang mewarnakan rambutnya ialah dgn tujuan yg tertentu samaada perubatan atau pun kecantikan peraga diri.
April 26, 2010 at 10:21 am
Kt mana dapat pernyataan itu?
Ulama’ bersepakat bahawa HARUS mewarnakan rambut dari HITAM ke WARNA LAIN. Yang afdhal adalah warna Perang sebagaimana sahabat2 yg mewarnakan rambut dan janggut dengan inai.
Adapun mewarnakan uban dengan warna hitam, Mazhab Syafie mengharamkannya kecuali dalam keadaan tertentu seperti dalam peperangan. Sebahagian ulama’ syafi’iyah seperti Imam Al Ghazali dan Al baghawi mengatakan Makruh mewarnakan uban dengan warna hitam. Ini kerana ia melupakan kita kepada usia kita yang telah tua.
Berdasarkan kepada fatwa ulama2 muktabar, maka boleh difahami bahawa mewarnakan rambut kerana perubatan adalah HARUS. Tetapi HARAM kalau untuk memperagakan kecantikan diri, kecuali si isteri yang mewarnakan rambut untuk kelihatan cantik di hadapan suaminya.
wallahu a’lam.
Jun 4, 2011 at 12:09 pm
Salam. Saya ada kemushkilan tentang mewarnakan rambut terutama uban.Suami saya berusia 46 thn tapi sudah beruban hampir 90%,ramai yg menyangka beliau sudah berusia 50’an.Jadi sekiranya beliau ingin mewarnakan rambutnya hitam semula apakah hukumnya??
Jun 24, 2010 at 1:45 am
lulu nyonya kueh tidak halal kerana menguna kan pekerja myammar yang bukan islam dan supplier yang tidak ada sijil halal,contohnya cucur udang yang di ambil di pasar pudu,bersebelahan gerai jual babi,lobak cake,snow ball,pandan ball,spring roll,lo ma chi,bbq chiken di ambil dari supplier yg tidak ada sijil halal di ss2…
Jun 24, 2010 at 1:51 am
selain itu nasi lemak dan karipap di ambil dari supplier yang masak babi mengunakan kuali yang sama untuk msak sambal nasi lemak dan goreng karipap…berjuang untuk makanan halal…boikot mereka yang degil dan tidak mahu mengikut prosuder halal malaysia!!!
Jun 28, 2010 at 9:22 am
Salam..
Saya nak bagi tau…memang betul sebelum ini kam lun tai pernah kena tarik sijil halal oleh jakim pada 2005…tetapi telah mendapatkannya semula tahun 2006…isu ini telah lama,..tetapi sampai sekarang masih di perbincangkan.sekadar kongsi pandangan.
Julai 31, 2010 at 8:24 am
assalamualaikum..nak tany ckit penapis air bio aura keluaran syarikat hai o tu halal ke x ye..sbb ad yg kata penapis tu x halal
Ogos 3, 2010 at 1:17 am
saya nak tahu ghee jenama GBB dari australia tu halal ke haram ,ada yang kata haram walaupun ada tanda haram,harap dapat penjelesan sebab nak puasa dan raya banyak penggunaan nya,di kedai
Ogos 3, 2010 at 1:18 am
maaf.kesilapan (ada tanda halal bukan haram)
September 1, 2010 at 7:21 am
salam,
hanya ingin berkongsi pendapat. saya bekerja dia starbucks. starbucks mmg SUDAH mendapat sijil halal. pihak Jakim ada membuat lawatan semasa shift saya dan berdasarkan feedback pihak penilai, produk dan pengendalian kami menepati kriteria halal. list di atas di post pada 2007. mungkin ada sesetengah restoran yg dulu tiada sijil dah dapat sijil halal. apa2 pun refer pd website jakim utk updated list..wallahualam
September 2, 2010 at 5:57 am
salam…
saya masih was-was adakan makanan dalam malaysia ni semuanya halal.Logo halal pun ragu – ragu.Sepatutnya jakim membuat pengesahan yang sepatutnya ke atas barang yang dikeluarkan agar kami sebagai pengguna tidak ada perasaan prasangka.
November 10, 2010 at 5:48 am
sy nk tahu kenape semua kod yg dikeluarkn pihak jakim yg dikatakn mengandungi lemak babi tetap mendapat cop halal dr pihak jakim..pelik sngt d’sbb cop yg dkeluarkn oleh pihak jakim ramai yg da t’tipu..
Mei 6, 2011 at 3:09 pm
betul la pnh ade ustaz ckp kite hidup selama ni umpama memakan 3 ekor babi sepjg hayat sbb byk sbnrnye bnda yg x halal tp kite sapu je sbb kite xpasti and bru dpt tahu.. tq la ye share.. klu dpt ape2 info lg tlg share lg ok.. nmpk sgt admin mmg boikot habis2 brg2 yahudi.
Mei 20, 2011 at 3:24 am
assalam
terima kasih atas semua maklumat yang diberikan semoga semua ini boleh dijadikan ikhtibar…………….tanks
Mei 20, 2011 at 3:26 am
assalamualaikom………………..
thank you atas semua maklumat yang diberikan
Mei 27, 2011 at 5:49 am
saye nak tayer sikit klo kite rse ragu2 kite bleh x mkn?
September 17, 2011 at 3:07 am
kpd sdr n sdri yg prihatin tntg mknn yg halal n haram nie sya syorkan anda sume gunakanlh produk HPA krn tiada yg meragukn di HPA.kita sokong produk muslim n jauhi produk yahudi…utk info trperinci sila layari lmn web HPA.Alhamdulillah,semakin rmai muslim yg sedar n berhati2 trutamanya brkaitan hal makanan…..
Oktober 19, 2011 at 3:51 pm
slm.sy syorkan para pgguna islam yg prihatin bkenaan isu halal haram,sbg jln keluar kpd keraguan yg tk berkesudahan ini,pilihlh produk alternatif keluarn org islm yg tlh terbkti dn trjmin status kehalalnny.sy berikn 1 cth;HPA sebuah syrkt bmptra mslim yg brtgkuslumus mgeluarkn produk berkualiti halaln toyyiba sbg glg gnti kpd lmbakan produk syubhah yg mguasai psrn.produk islam memerlukn sokongn yg tk berbelah bg dpd kt semua.jgn hanya berlegar d sekeliling persoalan mana yg mematuhi piawaian halal @ tdk,sdgkn pd ms yg sm prduk yahudi terus meresapi dn mjadi drh daging kt.sejauh mn kepedulian kt terhdp isu umt islm sejagt?
Mei 29, 2015 at 5:31 am
Ajinomoto halal atau tidak
Julai 27, 2015 at 1:49 am
HARUS