September 2009


Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Bismillahirrahmanirrahim pemula bicara. Alhamdulillah, segala puji milik Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Tajuk pos ini mungkin biasa didengar dan dibaca sekiranya tajuknya tanpa tanda soal(?). Sengaja Penulis letak tanda soal untuk menarik perhatian pembaca. Kini, banyak bahan bacaan yang kita boleh dapat berkaitan tajuk di atas baik berupa buku, artikel, mahupun dalam bentuk VCD. Alhamdulillah masyarakat Islam semakin mudah untuk mempelajari cara solat dengan adanya teknologi yang membantu kerja-kerja dakwah dan penyampaian ilmu Islam. Tetapi sejauh mana benarnya ajaran dalam bahan-bahan bantu mengajar itu menjadi persoalannya. Sekarang, melalui internet pun banyak bahan pembaca boleh dapatkan. Umpamanya melalui klip-klip video dalam youtube. Insan-insan yang rajin dan ikhlas kerana Allah memasukkan video kaedah solat cara Nabi. Kita lihat di bawah ini:

Betulkah begitu? Hadis yang dipetik memang benar sahih tetapi benarkah cara pentafsirannya terhadap cara mengisyaratkan jari telunjuk ketika tasyahhud begitu(minit ke 8.10)? Tidak pernah diketahui mana2 ulama’ muktabar yang mentafsirkan maksud hadis yang berkait isyarat jari telunjuk sebegitu. Sila teliti pula penjelasan Sheikh Abi Ishaq al Howaini yang menaqalkan pendapat Sheikh Al Albani ketika beliau sempat bertemu dan berdialog isu jari telunjuk ketika tasyahhud dgn Al Albani.

Penulis hairan dengan pendirian sesetengah ustaz ‘salafi’ yang sangat ber’kiblat’kan Al Albani, mempertahankan pendapat mereka dalam soal ini sedangkan Sheikh mereka sendiri pun tidak berpendirian begitu. Ini jelas menunjukkan mereka mentafsirkan hadis yang mereka baca dari kitab ‘sifat solat nabi’ Al Albani mengikut fahaman mereka sendiri.

Wallahu a’lam.

al Faqir ilallah

ibnuabbas

SAMBUTAN NUZUL QUR’AN

Hari ini 16 Ramadhan 1430 bersamaan 6 September 2009. Malam ini malam memperingati Nuzul Qur’an. Masyarakat Islam di Malaysia tidak asing lagi dengan istilah arab Nuzul Qur’an kerana ia disambut setiap tahun. Ada negeri tertentu bercuti sempena peristiwa bersejarah itu. Dalam pada masyarakat memperingati peristiwa penuh makna itu, berapa ramai yang benar-benar ,menghayati nuzul Qur’an? Berapa ramai yang sudah khatam al Qur’an di saat ini?

Sedarkah kita kekadang kita lebih mementingkan bahan bacaan lain dari membaca, memperhatikan, menghayati dan melaksanakan perintah ayat-ayat al Qur’an(tadabbur)? Kita lebih selesa membaca surat khabar yang berpuluh mukasurat daripada menghabiskan bacaan 1 juz satu hari yang hanyai ada 10 mukasurat sahaja. Kadang2 Kita lebih percaya berita dalam akhbar daripada berita dalam al Qur’an. Kadang2 kita lebih jadikan akhbar dan buku2 tulisan manusia sebagai panduan kehidupan daripada al Qur’an. Mahu bersosial, rujuk barat.Mahu berekonomi, rujuk barat. Mahu menghukum, rujuk barat juga. Mahu berpolitik pun, rujuk barat juga. tinggallah solat, puasa, zakar haji sahaja yg rujuk Qur’an. Apa nak jadi kepada umat Islam akhir zaman?

Masyarakat hari ini, jangankan nak ikut Qur’an, nak baca pun tak pandai. Yang mahir baca pula, belum tentu faham makna. Yang faham makna pula, belum tentu melaksanakan apa yang disuruh. Yang melaksanakan pula, belum tentu bersungguh2 dalam menghayatinya.

BAGAIMANA SALAFUSSOLEH MENYAMBUT NUZUL QUR’AN

Sebenarnya tiada perayaan khusus yang dibuat sempena nuzul qur’an. Tapi yang pasti, mereka memperbanyakkan membaca al Qur’an berlipatkali ganda melebihi bulan2 biasa. Pernah direkodkan kisah2 ulama’2 besar salaf mengkhatamkan Qur’an di luar kebiasaan kita pada hari ini. Imam az Zuhri dan Sufyan At Thauri khatam berpuluh kali dalam Ramadhan. Imam Syafie dikatakan khatam Qur’an 60 kali di bulan penuh keberkatan ini, sedangkan dalam bulan2 lain ‘hanya’ 30 kali. Imam Qatadah di luar Ramadhan mengkhatamkan setiap tujuh hari, di dalam Ramadhan khatam sampai tiga hari. Demikianlah ulama Ahlus sunnah tidak pernah merayakan Nuzulul Qur’an, namun setiap harinya khatam Al Qur’an ada yang sekali dan ada yang dua kali.

REALITI UMAT ISLAM HARI INI DAN AL QUR’AN

Sementara kita di bulan Ramadhan jika hanya mampu khatam satu kali saja sudah merasa puas dan gembira. Itupun dapat dihitung dengan jari. Kadang2 sesetengah tempat tu, budaya iftor jama’ie/berbuka puasa sempena khatam Qur’an dibuat setiap tahun di surau masjid, tetapi jamaah surau masjidnya tak khatam pun Qur’an. Kekadang di tempat tarawih lapan rakaat, selepas empat rakaat diselitkan dengan tazkirah dari ustaz-ustaz yang dijemput. Ustaz yang dijemput menceritakan betapa besarnya fadhilat mengerjakan amalan sunat di bulan Ramadhan, menyamai ganjaran pahala amalan wajib. Begitu juga menurut ustaz2 yang beri tazkirah, betapa pentingnya kita menghayati al Qur’an sebagai panduan hidup yang syumul. Bayangkan tuan-tuan, bagaimana kita mahu menjadikan al Qur’an sebagai panduan sekiranya kita jarang membacanya? Bagaimana boleh kita kata al Qur’an itu syumul dan komprehensif sedangkan kita didik anak tidak berlandaskan al Qur’an?