Mei 2008


Tajuk :
Dua Perkara Yang Mendatangkan Azab
Hadith :
Ibnu Abbas menceritakan :“Nabi SAW berjalan melalui sebuah kebun di Madinah atau di Mekah. Lalu kedengaran oleh baginda suara dua orang sedang disiksa dalam kuburnya. Maka bersabda Rasulullah SAW :”Keduanya disiksa bukanlah kerana dosa besar.” Kemudian baginda melanjutkan perkataannya, :”Yang seorang disiksa kerana kencing di tempat terbuka) dan yang seorang lagi kerana membuat fitnah supaya orang bermusuh-musuhan.” Sesudah itu baginda menyuruh supaya mengambil pelepah tamar lalu dipatah dua oleh baginda dan diletakkan di atas kedua kubur itu masing-masing satu pelepah. Seseorang pun bertanya:”Ya Rasulullah! Mengapa kamu lakukan seperti itu?” Jawab baginda “Mudah-mudahan kedua-duanya mendapat keringanan selama pelepah tamar itu tidak kering.”

(Bukhari)

Huraian
Sebagai seorang Muslim, aspek kebersihan hendaklah dititik beratkan termasuklah perkara-perkara asas seperti qadha’ hajat (buang air kecil atau besar). Islam selaku agama yang sempurna telah menyediakan tata tertib yang sepatutnya untuk diikuti demi menjamin kesihatan umatnya. Demikian juga dengan bersuci di mana tabiat tidak bersuci sesudah kencing oleh sesetengah orang yang dianggap perkara biasa sebenarnya mendatangkan azab yang amat besar di akhirat kelak sebagaimana yang disebutkan di dalam hadith di atas kerana membuang air tanpa bersuci atau membuang air di tempat-tempat terbuka (di tepi-tepi jalan tanpa bersuci) dilarang oleh Islam kerana ia mencerminkan adab yang kurang sopan selain mendedahkan seseorang itu kepada jangkitan penyakit.
Pohonlah Keampunan Dan Kemaafan Sebelum Terlambat
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: ” Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.”

Riwayat Bukhari

Huraian
Pengajaran hadith:
i) Setiap umat Islam adalah dituntut menyelesaikan segala kesalahan, hutang-piutang dan sebagainya di dunia ini sebelum berpindah ke alam akhirat di mana jika ada apa-apa hak orang lain padanya maka mestilah ia mengembalikannya dan jika tidak dapat dikembalikan hendaklah ia meminta perlepasan daripada pemiliknya.
ii) Termasuk juga hak-hak Allah S.W.T hendaklah diselesaikan seperti mengqadha’kan amal-amal fardu yang pernah ditinggalkan dahulu dan sebagainya.
iii) Sesungguhnya sesuatu perbuatan yang menyakiti hati orang atau makhluk lain akan menyebabkan dosa. Oleh itu kita diseru supaya segera meminta maaf dan bertaubat memohon keampunan selagi ada kesempatan (sebelum ajal mendatang). Jika tidak penyesalan yang amat besar akan ditanggung di akhirat kelak.
ADA SAHABAT HANTAR EMAIL NI. SANGAT MENARIK DAN MENGINSAFKAN DIRI YANG SERBA KEKURANGAN DARI ILMU DAKWAH.
5 tahun menetap di bumi Ireland, tidak sedikit bilangan pertemuan saya dengan Christian missionaries. Tidak sedikit bilangan perbualan yang pernah berlaku antara mereka dan saya. Mereka yang pernah saya temui juga terdiri dari beberapa mazhab dan agama, yang Christian catholic, Christian Protestant, Jehovah Witness dan tidak lupa, Atheist, dan macam-macam lagilah. Saya merasa peluang bertemu dan berbicara dengan mereka itu satu kurniaan Allah yang berharga. These were brilliant and enriching experiences. .
Saya dapat banyak belajar tentang kepercayaan mereka. Dulu saya tak tahu apa-apa tentang Jehovah Witness. Bila sampai Ireland, pertama kali saya dengar pun ialah sebab ada pesakit wanita mengandung beragama Jehovah Witness yang tak mahu doktor masukkan darah ke dalam badannya, walaupun dia banyak kehilangan darah, sampai mati sekalipun. Itu pegangan Jehovah Witness. Bila doktor nak selamatkan nyawanya dan masukkan darah, dia saman dan heret kes itu ke mahkamah.
.
Setiap kali insiden pertemuan dengan para missionaries itu berlaku, ia tidak pernah dirancang. It could happen at anytime, anywhere, usually when i least expect it. Selalu saja mereka mengetuk pintu rumah saya di Corrib Park ini untuk menyampaikan dakyah kristian. Church pun dekat. Tiap-tiap krismas dpt kad dari gereja. Hampir tiap-tiap minggu dapat invitation letter ke church dan envelope untuk masukkan duit derma.
Kadang-kadang mereka bagi pamphlet tentang Jesus. Kadang-kadang mereka siap bawa bible. Kadang-kadang berlenggang sahaja. Maka hakikatnya, saya perlu sentiasa bersedia. Mereka bertanya a lot of provoking questions. Adakalanya mereka juga akan memulakan dakyah kristian dengan mengajak berbincang tentang isu dunia, meminta pandangan saya atau dengan bercerita sedikit tentang Jesus.
.
They are undeniably, charming people. And honestly, i love talking to them! If charm alone can convert people, i would have been converted. But charm is not everything. The theology is not right. Selalunya, missionaries yang datang itu muda-muda belaka. Segak dan kemas. Mungkin lebih kurang saja umurnya dengan saya. Ada juga yang lebih berusia. Namun saya sanjung keberanian mereka, mahu bercakap tentang kristian, mahu bercerita tentang kepercayaan mereka, walaupun nampak saya ini berjubah dan bertudung. I admire their determination. Dan saya tidak kisah untuk bersembang panjang. Saya suka juga untuk berkongsi dengan mereka pandangan saya terhadap Tuhan, terhadap dunia dan kehidupan, dan terhadap masalah manusia hari ini. It is a nice discussion to have.
.
Saya pendengar setia kuliah Allahyarham Syeikh Ahmad Deedat. Bagi kawan-kawan yang tidak kenal siapa Ahmad Deedat, Allahyarham adalah seorang ulama’ dari Afrika, yang mahir Al-Quran dan juga Bible dan seringkali terlibat dalam Interfaith Debate. Saya suka dia. Namun, saya masih ingat dalam salah satu kuliahnya, Allahyarham Syeikh Ahmad Deedat ada menyebut tentang KITA – orang islam Malaysia. Beliau kata orang islam Malaysia ni…
“JELLYFISH! Spineless muslims! Demasculated! “
.
Beliau kata orang kita ni lembik. huhu. Sebab, tak mahu buka mulut. Kita tidak berkongsi tentang Ad-Deen yang haq dan mulia ini pada orang lain, malah selalu menjauhkan. Tambah lagi, masuk masjid pun tak kasi. Kita tidak pernah mahu bercerita kepada 48% rakyat Malaysia yang non-muslims itu tentang Islam yang kita anuti, padahal mereka our dearest friends. Kita lagi suka nyorok. Satu contoh lagi ialah pelajar malaysia oversea yang lunch dengan kawan omputih dan beli sandwich sayur, kemudian kawan omputih itu bertanya,
“Why did you just buy veggies? The chicken tastes great here. Are you vegetarian?”

Hah. Kalau malas, cakap sajalah “Yes“. Habis cerita. Tetapi sebenarnya kita bukan beriman dengan prinsip vegetarian, bukan? Hakikatnya kita beriman dengan prinsip Islam, halal atau tidaknya ayam itu. Tetapi selalu kita tidak mahu cakap. We are being ‘jellyfish’ at that time. Lembik. Syeikh Ahmat Deedat was right!
.
Tidak cukup dengan itu, kalau orang datang tanya tentang islam, kita jadi tak tentu arah. Kalau missionaries apa-apa datang, lagilah, kita terus cabut lari. Kenapa? Scared of holy water?
.
One of the biggest FACTOR, Syeikh Deedat said, is actually because we do not know our own Quran well. We don’t know what to say. Some of us don’t even understand what we read (kitalah tu kan – malaysian muslims). Ada antara kita yang tidak tahu pun maksud Surah Al-fatihah. Ada yang faham dan tahu terjemahannya, tapi nak cerita to our dearest Chinese, Indians or Irish friends, lain tahunlah.
.
Kalau kita menyangka akhlak yang baik itu sudah cukup untuk berdakwah, kita silap. As i’ve mentioned before, charm alone is not enough. Rasulullah saw mempunyai akhlak yang terlalu sempurna, tetapi baginda tetap berdakwah beria-ria, bermati-matian menyampaikan. Akhlak yang baik memang penting, tetapi akhlak saja tidak cukup untuk mengajak orang lain, jika ia tidak disertai dengan kesediaan kita bercerita tentang islam. Jauh dari cukup. We need to speak up.
.
Saya benar-benar terasa bila Allahyarham Syeikh Ahmad Deedat melabel ‘JELLYFISH’ pada kaum saya, pada orang islam negara saya. Tetapi saya tidak mampu menafikannya. Saya sendiri selalu menjadi Jellyfish bila berhadapan dengan para missionaries. I was always caught unprepared. Saya tidak tahu ayat Al-Quran apa yang boleh saya ceritakan. Kalau tahu pun, saya tak tahu English translation nya pula. Terjemahan English ayat Quran yang suruh pakai tudung pun saya tak hafal. Namun isu sebenar ialah saya yang tak confident. So when people provoke, i tend to fumble.
.
Kerana itu pertemuan yang berulang-ulang kali dengan Christian Missionaries adalah bermanfaat bagi saya. It builds me up. Syeikh Ahmat Deedat suruh kita bersedia. Kenali Al-Quran kita dan baca terjemahan. Hafal sedikit terjemahan English, lagi-lagi untuk Muslims living in the western world, katanya. Saya ingin mengambil nasihatnya. Saya ingin hafal English Translation beberapa ayat Al-Quran. I will be more prepared the next time i meet those charming Christian missionaries. Kali ini saya tidak mahu sekadar berdialog berkongsi pendapat dengan mereka. Saya mahu fasih, saya mahu jawab dengan baik, saya mahu kongsi ayat-ayat from my Holy Book. InshaAllah.

Enough jellyfishing!
http://ar_rumaisa. blogs.friendster .com/halwa_ hati/.
~moga Allah mencucuri rahmat buat Allahyarham Syeikh Ahmad Deedat. Al-fatihah.

“Barangsiapa yang bersungguh-sungguh mencari keredhaan Kami,nescaya benar-benar akan ditunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.”
(Surah Al-Ankabut : ayat 69)

MEMPERINGATI 60 TAHUN NAKBAH DI PALESTIN

Maksudnya:

Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya untuk Kami perlihatkan kepadanya ayat-ayat (tanda-tanda) kebesaran Kami, sesungguhnya Dialah Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (Surah al-Isra’: 1)

Sidang Jumaat rahimahullah,

Semalam 15 Mei 2008 genaplah sudah 60 tahun, bumi yang menempatkan Qiblat pertama umat Islam dijajah oleh satu bangsa yang paling angkuh dan paling berkuasa di dunia ketika ini. Bumi Palestin yang telah di buka oleh Amirul Mu’minin Sayyidina Umar r.a. pada tahun 636M yang menjanjikan keamanan untuk semua, akhirnya telah dicemari dengan pelbagai kemusnahan dan kesengsaraan, kemusnahan kepada harta benda, tempat ibadah, akhlak, perasaan, malah nyawa insan yang sudah sekian lama menjadi penghuni tetap di bumi Allah yang diberkati itu. Yang menjadi perhitungan kaum ini hanyalah ‘bagaimana mereka mampu menjadikan insan selain mereka sebagai haiwan tunggangan (Guweim) demi mencapai hasrat mereka.

Sidang Jumaat rahimahullah,

60 tahun Nakbah.. Itulah istilah yang sentiasa bermain dibibir setiap insan yang prihatin mengenai isu Palestin, tanpa mengira siapa mereka. Bagi golongan Zionis mereka merayakan sempena angka 60 tersebut dengan penuh kegembiraan dan keseronokan yang menggambarkan sudah 6 dekat kaum mereka dapat bertapak dan berkuasa di bumi yang dipercayai sebagai ‘bumi yang dijanjikan (أرْضُ الْمِيْعَاد)’ untuk kaum mereka, Manakala golongan Islam yang prihatin mengenai isu Palestin pula menjadikan angka tersebut sebagai satu peringatan bahawa sudah 6 dekat bumi Islam itu dijajah dan diperkosa. Dari itu mereka menjadikan usaha-usaha lepas yang pernah dilakukan dalam membebaskan al-Aqsa sebagai pengalaman dan pengajaran untuk langkah seterusnya dalam perjuangan membebaskam `bumi perjuangan (أرْضُ الرِّبَاط) ini.

Istilah `Nakbah’ mungkin merupakan satu perkataan yang agak asing bagi sebahagian rakyat Malaysia melainkan buat mereka yang benar-benar prihatin mengenai isu umat Islam antarabangsa terutamanya di Palestin. `Nakbah’ bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala `Nakbah Palestin’ merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam buat penduduk asal bumi Palestin, orang-orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Negara Palestin yang selama ini telah dinaungi kedamaian dan keadilan untuk ribuan tahun itu semakin merasai keperitan, kepedihan dan derita yang berpanjangan apabila mereka berada di bawah jajahan dan kongkongan Yahudi Zionis sejak enam dekad yang lalu.

Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat oleh seorang wartawan Hungari, Theodore Hertzl yang merupakan pengasas gerakan Zionis. Kewujudan Pertubuhan Yahudi Antarabangsa (WZO) melalui persidangannya yang pertama di Basle, Switzerland pada 27-29hb Ogos 1897 di bawah pimpinan wartawan tersebut telah membuka era aktiviti politik Zionis, mengorak langkah kepada pembentukan Negara Yahudi di Palestin.

Manakala British pula merupakan sekutu kuat gerakan Zionis sentiasa menyebelahi mereka, telah mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2hb November 1917, dengan memberi jaminan untuk mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa Yahudi di Palestin. Selepas itu berlakulah penghijrahan beramai-ramai secara sistematik yang melibatkan ratusan ribu Yahudi Eropah dan Rusia ke Palestin. Sedikit demi sedikit tanah milik penduduk Palestin dirampas sama ada dengan cara kekerasan mahupun dengan cara penipuan oleh pendatang Yahudi.

Rentetan duka Palestin semakin berpanjangan apabila sidang pleno PBB yang dipengaruhi Yahudi telah mengeluarkan ‘Ketetapan 181’ yang malang pada 29hb November 1947 dengan membahagikan 2/3 tanah Negara Palestin kepada pendatang Yahudi manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan tanah pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah. Ketetapan ini sangat bercanggah dengan prinsip PBB sendiri iaitu untuk melaksanakan ketetapan hak-hak bangsa dari segi kebebasan dan penentuan nasib mereka sendiri.

Ketika Yahudi Zionis erat bekerjasama dengan British dan PBB demi mencapai cita-cita mereka, Liga Negara Arab pula gagal membantu perjuangan rakyat Palestin bagi mempertahankan hak-hak asasi mereka dalam mempertahankan kedaulatan Negara Palestin yang telah mereka diami sejak 4500 tahun lamanya. Penglibatan tentera dari Liga Negara Arab yang digembar-gemburkan itu hanyalah merupakan tragedi apabila mereka telah ditewaskan dengan mudah oleh angkatan tentera pengganas Yahudi yang juga telah meresap ke dalam pimpinan tentera Liga Negara Arab.

Dengan kekalahan yang mengaibkan tentera Arab di dalam peperangan ini dan diikuti dengan penaklukan 78 % bumi Palestin, Yahudi Zionis telah mengumumkan Negara “Israel” pada petang 14hb Mei 1948. British mengundurkan tentera dan pemerintahannya ke atas Palestin apabila Negara Israel yang merdeka diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948.

Sidang Jumaat rahimahullah,

Umat Islam Palestin kini merintih dan menangis meminta pembelaan dari saudara seakidah sebagaimana mereka pernah merintih dan menangis apabila tentera Salib menakluki Baitul Maqdis pada 4 Julai 1099 sehingga menyebabkan 70.000 muslimin dibunuh dengan kejam tanpa belas kasihan. Kalau dulu, keadaan seperti ini akhirnya dapat diselamatkan oleh Salahuddin al-Ayyubi pada 2 Oktober 1187, iaitu setelah selama 88 tahun bumi suci ini dijajah. Tetapi kini, dimanakah Salahuddin, sebagai pembebas Palestin? dan dimanakah Umar, sebagai pembuka Palestin?. Umat Islam hari ini memerlukan jiwa seperti mereka. Jiwa umat Islam perlu dibangunkan kembali, tanpa mengira sempadan geografi atau keturunan. Jiwa umat Islam seluruh dunia wajib disedarkan sekarang ini, sebagaimana sedarnya jiwa-jiwa umat Islam Palestin untuk membebaskan Baitul Maqdis apabila Intifadhah bermula pada 8 Disember 1987. Jiwa umat Islam perlu dimerdekakan daripada perhambaan kepada hamba, kepada perhambaan hanya kepada Allah Yang Tunggal lagi Maha Perkasa.

Sidang Jumaat rahimahullah,

Sesungguhnya pengganas Yahudi tidak pernah mengenal mangsa, sama ada bayi, kanak-kanak, remaja, lelaki, wanita, yang sempurna anggotanya maupun yang cacat. Malah al-Quran dan juga sejarah telah mencatatkan, bagaimana mereka sanggup membunuh para Anbiya’ daripada kalangan Bani Israel sendiri. Inilah apa yang telah berlaku ke atas Nabi Zakaria dan Nabi Yahya. Mereka juga telah menganggap bahawa merekalah yang telah membunuh Sayyidina Isa a.s. Walau bagaimana pun perkara ini telah dinafikan sendiri oleh al-Quran melalui firman Allah s.w.t.

Maksudnya:

Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: Sesungguhnya kami telah membunuh al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasulullah. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak menyalibnya , tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa)… (Surah al-Nisa’: 157)

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Peranan yang mungkin kita dapat laksanakan bagi menyatakan kebersamaan kita dengan umat Islam Palestin dan juga perjuangan membebaskan Masjidil Aqsa adalah berlegar sekitar tiga paksi penting, iaitu; pengetahuan, perasaan dan praktikal:

PAKSI PENGETAHUAN

1. Kita perlu mengetahui punca berlakunya isu di atas menurut sejarah (dulu dan sekarang), termasuk juga mengetahui latar belakang bumi Palestin dari sudut agama ataupun kebudayaan.

2. Perlu mengetahui hakikat pertembungan kita terhadap Yahudi, bukannya bertitik tolak daripada perasaan benci, dengki atau dendam, tetapi ia adalah bertitik tolak daripada tindak balas terhadap permusuhan yang mereka lakukan dan juga usaha untuk mengembalikan hak umat Islam yang dirampas.

3. Kita perlu mengetahui bahawa isu ini berkaitan dengan semua orang Islam dan juga arab serta perlunya menolak segala salah faham yang berkaitan dengannya.

4. Kita perlu memperbetulkan penggunaan istilah yang terpesong daripada maksud sebenar, yang cuba dimainkan oleh media musuh. Antaranya; istilah pengganas telah mereka gunakan bagi merujuk kepada umat Islam yang berjuang menentang penjajah di Palestin, begitu juga istilah operasi berani mati atau operasi bunuh diri telah diperkenalkan kepada dunia bagi menggantikan istilah sebenar dalam Islam iaitu operasi syahid.

5. Kita perlu mengetahui dan menyedari bahawa ketidak pedulian orang Islam dan arab daripada persoalan akhlak, nilai dan syariah di kalangan mereka adalah bahaya yang mengatasi kekuatan tentera yang ada pada Zionis.

6. Kita perlu memerangi fahaman yang negatif dan logika menyerah tanpa berusaha (mantiq tawaakuli), yang menyebabkan seseorang merasa berpuas hati, mundur ke belakang, hanya mengucap لا حول ولا قوة إلا بالله (tiada daya dan upaya melainkan milik Allah) dan berdoa, tanpa menunaikan kewajipan-kewajipan yang mereka mampu melaksanakannya.

7. Kita perlu menyatakan bahawa jihad mempunyai pelbagai cara, tanpa wujud sebarang pengurangan pahala atau kesannya dibandingkan dengan jihad bersenjata, seperti jihad dengan harta benda, jihad dengan ucapan, memboikot ekonomi musuh dan juga sokongan moral. Sesungguhnya setiap jiwa daripada kalangan umat ini baginya ada peranan dalam kontaks ini. Tidak ada seorang pun mempunyai alasan untuk berundur atau merasa lemah maupun bertangguh.

PAKSI MAKNAWI (JIWA)

1. Mengekang perasaan kecewa atau putus asa dengan merangsangkan harapan yang kuat dalam jiwa umat dengan meletakkan kebergantungan yang kuat kepada Allah s.w.t. serta percaya bahawa adanya di sana kayu ukur yang lain bagi mencapai kemenangan selain daripada kayu ukur biasa dalam bentuk zahir.

2. Menghidupkan perasaan dan sensitiviti terhadap apa yang sedang berlaku di sana, sama ada pencabulan tempat-tempat suci umat Islam, pembunuhan atau pencabulan ke atas kehormatan anak-anak gadis mereka.

3. Menghidupkan ruh jihad dalam jiwa ummah dan memerangi penyakit al-wahn yang diterjemahkan sebagai cintakan dunia serta takutkan mati. Di sinilah lahirnya kepentingan `tarbiyyah’ sama ada untuk individu maupun masyarakat.

4. Perlunya `nafas panjang’ tanpa gelojoh. Apa yang telah berlaku dan sedang berlaku merupakan hasil kesinambungan kerja yang dilakukan dalam tempoh yang panjang. Oleh itu `jalan pengislahan’ juga memerlukan tempoh.

PAKSI AMALI / PRAKTIKAL

1. Menyokong seruan pemboikotan ekonomi ke atas barangan musuh (zionis) dan juga pendokong mereka. Ini merupakan seruan yang telah dikeluarkan oleh Kesatuan Ulama’ Islam Sedunia yang dipengerusikan oleh Prof. Dr. Yusof al-Qardhawi sejak beberapa tahun lepas.

2. Menghulurkan derma dalam apa jua bentuk sekalipun untuk umat Islam Palestin melalui pintu-pintu resmi atau badan-badan NGO yang sedia ada dan diyakini.

3. Mengadakan pameran-pemeran mengenai apa yang berlaku di bumi Palestin, di masjid-masjid, surau-surau, dewan-dewan serbaguna atau sebagainya.

4. Tidak mengabaikan golongan bukan Islam dalam membicarakan dan melibatkan diri dalam isu ini, di atas asas persefahaman bersama dan menyerlahkan dimensi kemanusiaan. Persefahaman ini adalah bertitik tolak daripada kefahaman yang benar, adil dan berdasarkan kemanusiaan.

Sidang Jumaat rahimahullah,

Jika sekiranya bangsa Yahudi dimotivasikan oleh kitab Talmud mereka, umat Islam semestinya dimotivasikan dan dibangunkan jiwa mereka dengan kitab suci al-Quran. Itulah cara dan jalan terbaik bagi memastikan umat Islam terbela dan mendapat haknya serta tidak lagi diperkotak katikkan oleh musuh-musuh Islam. Sesungguhnya kemenangan Islam itu memang pasti akan berlaku, maka beruntunglah bagi mereka yang berusaha untuk mengembalikan semula kegemilangan Islam yang pernah dikecapi sebelum ini.

Allaahumma ya Aziz ya Muntaqim!, satukanlah hati-hati umat Islam dengan ikatan yang satu, demi mempertahankan tanah suci Baitul Maqdis. Berikanlah kepada kami kemenangan yang hakiki dan seterusnya memperoleh kejayaan abadi di Akhirat nanti. Lembutkanlah hati- hati kami untuk sentiasa menghulurkan pertolongan dan bantuan kepada saudara kami di Palestin dan jadikanlah kehidupan kami sebagai secebis perjuangan untuk membebaskan bumi yang tercinta Palestin.

Maksudnya:

Telah dilaknat orang-orang yang telah kafir dari Bani Israil melalui lidah Dawud dan Isa bin Maryam, demikian itu disebabkan perbuatan mereka yang ingkar dan sesungguhnya mereka itu orang-orang yang melampau. (Surah al-Maidah: 78)


Serangan Jantung dan Minum Air Suam< font>

Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantungmasyarakat Cina dan Jepun minum teh panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan .

Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan.
Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.


Petanda Lazim Serangan Jantung
<=pan style=’font-family:Arial;font-weight:bold’> < o:p>

Amaran berkenaan serangan jantung – Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri . Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.

Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, sebarkarlah ia kepada 10 orang lain yang dikenali, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit, tetapi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit.

<>

Sedekah cara sembunyi lebih afdal

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

Al-MaghaRi berkata, ayat ini menunjukkan Allah Maha Mengetahui dengan apa yang dinafkahkan oleh manusia dan akan membalasnya sama ada ia sesuatu perbuatan baik atau jahat. Seterusnya Allah menceritakan jalan dan cara untuk memberi sedekah, sama ada secara sembunyi atau terang-terangan dengan penerangan tindakan manakah yang paling afdal.

Firman Allah SWT: Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu.

Ibn al- Saib berkata, Allah menurunkan ayat 270 daripada surah al-Baqarah kerana sebelum ini orang Islam bertanya, “Hai Rasulullah, sedekah yang sembunyi lebih afdal atau secara terang -terangan?” Lantas turunnya ayat ini.

Al-Baghawi berkata, sama ada kamu zahirkan pemberian atau sembunyikannya, ia tetap sesuatu yang baik bagi kamu dan setiap yang diterima bergantung kepada niat yang benar. Akan tetapi sedekah dengan cara sembunyi adalah lebih baik. Ini berdasarkan hadis yang bermaksud: Sedekah secara sembunyi boleh memadam kemarahan Tuhan.

Mengikut sabda Rasulullah SAW: Orang yang membaca al-Quran yang kuat sama seperti orang sedekah secara terang. Dan orang yang memperlahankan samalah seperti yang sembunyi dalam sedekah.

Justeru kata Ibn Kathir, sembunyikan sedekah lebih afdal bersandarkan ayat ini kerana ia lebih jauh daripada berlakunya riak dan membawa kepada penzahiran yang boleh mendatangkan maslahat yang berat seperti manusia mengikut dan bercontoh dalam sedekah.

Sayyid Qutub berkata: “Ayat ini mengandungi dua keadaan sedekah dan setiap keadaan disesuaikan dengan cara penangannya dan kedua-duanya diberi kepujian pada tempat masing-masing dan kedua-keduanya dijanjikan dengan penghapusan dosa.”

Firman Allah SWT: Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu.

Ibn Jauzi berkata, perkataan min (dalam ayat ini) mempunyai maksud daripada mempunyai dua pendapat ulama:

lIa adalah tambahan.

lIa termasuk untuk sebahagian.

Abu Sulaiman al-Dimasqi berkata, wajah hikmah pada demikian itu bahawa hamba-hamba merasa takut dan malu.

Sayyid Qutub berkata: “Kemudian ayat yang berikut merangsangkan di dalam hati mereka perasaan taqwa dan perasaan segan melakukan dosa di satu aspek dan merangsangkan perasaan ketenteraman dan ketenangan di satu aspek yang lain, dan menghubungkan hati mereka dengan Allah tentang niat dan tindak-tanduk mereka dalam segala keadaan”.

Firman Allah SWT: Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.

Ibn Kathir berkata, tiada sesuatu

pun yang sembunyi daripada pengetahuan Allah dan pasti ada yang membalasnya.

Sayyid Qutub berkata: Kita pastilah memerhatikan bagaimana al-Quran memberi bimbingan dan arahan yang panjang lebar mengenai infak dan bagaimana ia menggunakan berbagai-bagai cara galakan dan ancaman mengenainya supaya kita dapat memahami dua perkara (yang penting):

lMemahami betapa jauhnya pandangan Islam terhadap tabiat manusia dan perasaan tamak dan bakhil yang mengongkong jiwa, juga terhadap perlunya tabiat manusia itu digerak dan dirangsangkan secara berterusan supaya ia dapat mengatasi perasaan tamak dan dapat membebaskan dirinya daripada perasaan kikir dan bakhil dan dapat meningkat ke tahap yang luhur yang dikehendaki Allah.

lMemahami tabiat manusia yang dihadapi oleh al-Quran, iaitu tabiat manusia yang wujud di dalam masyarakat Arab yang amat dikenali umum sebagai murah hati dan dermawan, tetapi kemurahan dan dermawan itu adalah bertujuan untuk mendapat kemasyhuran dan sanjungan manusia agar berita-berita kemurahan mereka menjadi berita-berita yang dipindah-pindahkan ke merata perkhemahan.

Oleh itu bukanlah menjadi satu perkara yang mudah kepada Islam untuk mengajar mereka bersedekah dengan ikhlas tanpa mengharapkan semua ini, iaitu bersedekah kerana Allah semata-mata bukannya kerana manusia. Sudah tentu perkara seperti ini memerlukan kepada didikan dan asuhan yang lama, usaha-usaha yang banyak dan seruan-seruan yang berterusan ke arah keluhuran jiwa, keikhlasan dan kebersihan dan semuanya telah berlaku.

Iktibar Ayat:

lSyeikh Sya’rawi berkata, dengan mengkaji ayat-ayat infak kita dapati bahawa Allah menghalal di hadapan nafsu manusia setiap tingkap-tingkap kedekut dan memotong daripadanya setiap jalan yang membawa kepada kebakhilan dengan kurniaan Allah.

lKelebihan sedekah secara sembunyi.

lMengisbatkan sifat Allah dengan Maha Mengetahui.

Ambe baru je dapat sms dari seorang kawan. Bunyinya begini:

Ustaz Harun Din, korang kenalkan? Dalam ceramah dia, ada membaca sebuah artikel yang menceritakan bahawa dunia ni dah nak kiamat. Planet Marikh (planet ke-4 dan paling dekat dengan bumi) telah mengalami pusingan yang terbalik pada bulan September lepas. Maknanya, planet yang dekat dengannya juga (bumi) akan bertukar arah pergerakan dia juga. Maka pada saat itu akan terjadi kejadian matahari tenggelam sebelah timur (tanda-tanda besar kiamat). Ingat, matahari terbit sebelah barat, pintu taubat dah ditutup. Tiada harapan lagi!! Maklumat ni juga telah dihentikan penyebarannya oleh NASA kerana akan menguntungkan pihak Islam. Tolong sebarkan untuk kemaslahatan kita bersama. Wassalam

Dan di bawah ini ambe copy paste kan artikel jawapan kepada isu tersebut:

Oleh:
Ahmad Saifuddin Amran
Tahun 2, Fakulti Perubatan
Jordan University of Science and Technology

Salam. Mesti baca!! And sorry for the interruption. Ustaz Harun Din, korang kenalkan? Dalam ceramah dia, ada membaca sebuah artikel yang menceritakan bahawa dunia ni dah nak kiamat. Planet Marikh (planet ke-4 dan paling dekat dengan bumi) telah mengalami pusingan yang terbalik pada bulan September lepas. Maknanya, planet yang dekat dengannya juga (bumi) akan bertukar arah pergerakan dia juga. Maka pada saat itu akan terjadi kejadian matahari tenggelam sebelah timur (tanda-tanda besar kiamat). Ingat, matahari terbit sebelah barat, pintu taubat dah ditutup. Tiada harapan lagi!! Maklumat ni juga telah dihentikan penyebarannya oleh NASA kerana akan menguntungkan pihak Islam. Tolong sebarkan untuk kemaslahatan kita bersama. Wassalam

Khabar angin tentang dunia hampir kiamat kian bertahun lamanya berlegar-legar di dunia maya. Atas nama menyedarkan orang ramai, ramai antara kita tidak sedar yang sebenarnya kita telah menyebarkan perkhabaran palsu yang sangat dilarang oleh Rasulullah SAW. Bahkan tanpa kita sedari, hal ini boleh mendatangkan keaiban yang besar terhadap umat Islam kerana terang-terangan meninggalkan amalan yang dianjurkan Al-Qur’an iaitu “memastikan kebenaran berita”.

Biarpun yang mengatakannya adalah seorang alim ulama, namun tidak semestinya setiap patah kata yang keluar dari mulut beliau adalah tepat dan boleh diterima. Lebih-lebih lagi jika perkara yang disampaikan itu bukan dari bidang yang dikuasai. Menjadi kewajipan juga menegur kesilapan walaupun di kalangan ulama kerana manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. Bukan saja pemerintah yang perlu ditegur, kadangkala ulama juga.

Alhamdulillah, penghargaan kepada imakubex, salah seorang forumer di portal iluvislam.com yang telah berjaya memperbetulkan kesilapan ini. InshaAllah dalam artikel kali ini, saya akan cuba menghuraikan semudah yang mungkin secara saintifik fenomena yang berlaku. (Saya pohon rakan-rakan aliran fizik untuk perbetulkan kesalahan jika ada)

Retgrograde Motion

Fenomena retrograde motion (peredaran songsang) adalah fenomena semulajadi yang berlaku pada beberapa planet dalam sistem solar kita. Begitu juga yang berlaku pada planet Marikh. Marikh menyongsang setiap 25.6 bulan selama 72 hari. Kebiasaannya, kita akan melihat di langit pada waktu malam bahawa semua planet akan beredar dari Timur ke Barat. Fenomena normal ini dinamakan direct motion atau prograde motion (peredaran biasa). Namun yang demikian, kadangkala juga pergerakan planet dilihat dalam bertentangan arah iaitu dari Barat ke Timur untuk satu waktu yang seketika. Fenomena inilah yang dinamakan retrograde motion seperti yang ditunjukkan dalam video berikut:

Video di atas menunjukkan peredaran Marikh yang dilihat dari Bumi yang mengalami retrograde motion pada tahun 1994-1995. Planet lain yang mengalami fenomena yang sama ialah:

  • Musytari (Jupiter) selama 121 hari setiap 13.1 bulan
  • Zuhal (Saturn) selama 138 hari setiap 12.4 bulan
  • Uranus selama 151 hari setiap 12.15 bulan
  • Neptun selama 158 hari setiap 12.07 bulan

Sistem Ptolemy

Model sistem solar yang dibina Ptolemy (87 – 150 AD) adalah perbaikan berdasarkan model alam semesta Aristotle (384 – 322 BC). Model ini mengandungi beberapa siri bulatan sepusat (concentric sphere) dalam keadaan Bumi menjadi pusat (geocentric). Dalam model ini, Matahari, Bulan dan bintang-bintang beredar mengelilingi Bumi.

Ptolemy menjelaskan, dalam model ini planet-planet beredar secara epikitaran (epicycles) iaitu planet beredar dalam satu bulatan orbit yang kecil dan dalam masa yang sama juga mengelilingi Bumi. Hal ini dapat dijelaskan dalam video yang berikut:

Animasi di atas menunjukkan bagaimana Model Geosentrik Ptolemy menghasilkan peredaran planet secara retrograde motion untuk planet mempunyai orbit di luar orbit Bumi.

(selanjutnya…)

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

Sayyid Qutub berkata: “Ayat-ayat yang lepas telah menjelaskan asas amalan sedekah dan di atas asas-asas inilah ditegakkan amalan sedekah dan dari asas-asas inilah terbitnya amalan sedekah. Asas-asas inilah yang menghendaki agar pemberian sedekah itu dilakukan dengan harta yang paling baik.

“Ia tidak seharusnya dilakukan dengan harta yang kurang mutunya atau harta yang tidak baik yang tidak disukai oleh tuan punya sendiri. Andainya harta yang tidak baik ini dikemukakan kepadanya dalam satu akad jual beli tentulah dia tidak mahu menerimanya kecuali dengan menurunkan harganya. Allah SWT adalah Maha Kaya dari menerima harta sedekah yang tidak baik dan buruk”.

Firman Allah SWT: Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan Allah) sebahagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu.

Ibnu Jauzi mengatakan, sebab turun ayat ini ada dua pendapat:

Pertama: Golongan Ansar mula mendapat hasil tanaman buah kurma yang lebih nescaya ia membawa ke masjid dan menggantungkannya supaya dimakan oleh orang fakir Muhajirin sehingga turunnya ayat ini seperti pendapat al-Bara’ bin ‘Azib.

Kedua: Bahawa Nabi perintah dengan zakat fitrah, tiba-tiba datang lelaki dengan tamar yang buruk lantas turunnya ayat ini. Inilah pendapat Jabir bin Abdillah.

Maksud nafkah di sini terbahagi kepada dua pendapat:

Pertama: Sedekah yang wajib seperti kata Ubaidah al-Salmani.

Kedua: Sedekah yang sunat.

Adapun berkenaan dengan maksud baik dengan dua pendapat:

Pertama: Yang baik pada lagi bernilai seperti pendapat Ibn Abbas.

Kedua: Yang halal seperti pendapat Abu Ma’qal.

Ibnu Kathir berkata: “Allah SWT perintahkan hamba-hambanya beriman supaya berinfak. Dimaksudkan di sini ialah dengan bersedekah daripada harta yang diusahakan atau buah-buahan dan tanaman dengan memilih yang terbaik kerana Allah tidak terima kecuali yang baik”.

Sayyid Qutub berkata, ia adalah satu seruan umum kepada orang-orang yang beriman di setiap zaman dan dalam setiap generasi. Ia meliputi segala harta kekayaannya yang dapat dicapai oleh daya tenaga; ia meliputi segala hasil pendapatannya dari pencarian yang halal dan baik.

“Ia meliputi segala hasil bumi yang dikeluarkan Allah untuk mereka seperti hasil-hasil pertanian dan bukan pertanian termasuk logam-logam dan minyak petrol. Oleh sebab itulah nas ini meliputi segala jenis harta sama ada harta yang diketahui di zaman Rasulullah atau harta yang baru diketahui (selepas zaman baginda).

“Nas ini tetap meliputi dan merangkumi segala jenis harta, tiada satu harta yang baru ditemui di mana-mana zaman terlepas dari nas ini. Semuanya diwajibkan zakat mengikut nas ini. Adapun kadar-kadar zakat (yang wajib dikeluarkan) maka ia telah dijelaskan oleh al-Sunnah berdasarkan jenis-jenis harta yang terkenal di zaman itu dan di atas kadar-kadar dan dengan jenis-jenis harta inilah diqiaskan dan dihubungkan jenis-jenis harta yang lain yang baru ditemui,” katanya.

Ada beberapa riwayat mengenai sebab diturunkan ayat ini dan tidak mengapa disebutkan di sini untuk menghadirkan hakikat kehidupannya yang dihadapi oleh al-Quran (di zaman itu) dan hakikat usaha yang dicurahkan oleh al-Quran untuk mendidik dan mengangkatkan jiwa manusia ke tahapnya yang wajar.

Ibn Jarir meriwayatkan dengan isnadnya daripada al-Bara’ bin ‘Azib r.a katanya: “(Ayat ini) diturunkan kerana orang-orang Ansar. Dahulu kebiasaan orang-orang Ansar apabila tiba masa memotong buah-buah kurma mereka mengeluarkan dari kebun-kebun mereka tamar-tamar muda yang belum masak lalu mereka gantungkannya di atas tali yang direntangkan di antara dua tiang di masjid Rasulullah SAW.

“Kemudian dimakan oleh orang-orang Muhajirin yang miskin, tetapi ada seorang lelaki sengaja memilih buah-buah tamar yang paling rendah mutunya lalu dimasukkannya bersama tandan tamar yang muda itu dengan anggapan harus membuat begitu”.

Firman Allah SWT: Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu menafkahkan daripadanya.

Sayyid Qutub berkata: “Begitu juga hadis ini telah diriwayatkan oleh al-Bara’ dan katanya: Hadis ini adalah sahih mengikut syarat Imam al-Bukhari dan Muslim, tetapi keduanya tidak mengeluarkan hadis ini.

Ibn Abi Hatim pula meriwayatkan hadis ini dengan isnadnya dari satu saluran yang lain daripada Al-Bara’ r.a katanya: “Ayat ini diturunkan kerana kami, kami adalah tuan-tuan kebun kurma. Setiap orang membawa (mengeluarkan) buah kurmanya (untuk sedekah) mengikut banyak atau sedikitnya. Ia membawa dengan tandanya sekali lalu digantungkannya di dalam masjid. Pada masa itu ahli-ahli al-Suffah tidak mempunyai makanan.

“Apabila seseorang dari mereka merasa lapar dia datang ke tempat itu dan memukul tandan itu dengan tongkatnya lalu gugurlah buah-buah tamar muda dan tamar yang masak dan ia pun memakannya. Di waktu itu ada orang dari kalangan mereka yang tidak suka membuat kebajikan membawa tandan buah-buah tamar yang paling baik dan buah-buah tamar yang rendah mutunya. Ia membawa tandan tamar yang telah patah lalu digantungkannya (di dalam masjid) oleh itu turunlah ayat”.

Firman Allah SWT: Padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan kamu menurunkan harganya.

Al-Bara’ berkata: “Jika seseorang dari kamu dihadiahkan dengan buah kurma seperti yang diberikannya itu tentulah dia tidak akan menerimanya kecuali kerana mengambil mudah atau kerana malu. Selepas itu setiap orang dari kami membawa buah tamar yang baik yang ada padanya”.

Firman Allah SWT: Dan Ketahuilah, bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.

Al-Maghari berkata: “Ketahuilah sesungguhnya Allah kaya dan tidak perlu kepada infak kamu. Tetapi ia memerintahkan kamu dengannya bagi manfaat kamu sendiri. Justeru jangan kamu mendekatkan sedekah kamu kepadanya dengan apa yang tidak diterima daripada keburukan kerana ia adalah yang berhak bagi segala kepujian atas kesempurnaan nikmatnya”.