SANTAI


‘Akhirnya tinggal empat ekor’

oleh Raja Hishamuddin Rais | Feb 18, 09 4:03pm

Cerita Satu: Permaisuri sedang duduk di dalam kereta kuda yang bergerak pantas. Kaum tani dan orang kampung sedang membawa belantan, kapak dan sabit mengejar kereta kuda itu. Kuda disebat agar memecut lari sepantas mungkin. Kaum tani menghambat kuat. Akhirnya kuda keletihan, kaum tani datang mengepung. Cerita Dua: Bomoh berjanggut tebal telah mati ditembak di dalam perigi. Di luar rakyat makin berpusu-pusu. Salji semakin turun dengan lebat. Dalam bilik peraduan, Baginda dan Permaisuri sedang memasukkan intan berlian, dinar emas dan dirham perak ke dalam peti besi. Rakyat di luar sedang bersedia menunggu dalam kedinginan salju. Cerita Tiga: Apabila malam mulai gelap, Baginda dinaikkan ke atas kapal menuju Itali. Beberapa orang juak datang mengekor. Kaki-kaki bodek datang untuk mencium tangan. Tidak ramai yang hadir di pelabuhan. Apabila kapal bergerak, peluit pun tidak dibunyikan. Semuanya senyap. Cerita Empat: Telepon berwarna merah berdering. Pembantu presiden mengangkat. Presiden menggeleng-menggeleng kepala tidak mahu bercakap. Di hujung talian Raja Segala Raja sedar saat-saat akhirnya telah sampai. Di lapangan terbang, enjin pesawat Boeing 747 telah lama terpasang hanya menunggu untuk terbang. Cerita satu itu gambaran hari-hari akhir untuk Maria Antoinette permaisuri Perancis yang hingga ke hari ini masih diingati kerana ayat-ayat bodohnya. Apabila kaum tani Perancis kebuluran tanpa makanan dan bangun meminta roti, pemaisuri bangang ini telah berkata: “Kalau tidak ada roti, makanlah kuih”. Setelah ditangkap kerana cuba hendak melarikan diri, si bangang ini telah dibicarakan. Keputusan rakyat – lehernya dipenggal dengan guillotine (alat pemenggal kepala) dalam Revolusi Perancis pada 1793. Sistem feudal beraja dihapus, Perancis bertukar republik. Cerita dua pula saat-saat apabila Rasputin bomoh kesayangan Czarina Rusia telah dibunuh. Rakyat Rusia telah bangun memberontak menentang sistem feudal Czar di negara itu. Keluarga Ramanov yang korup telah cuba lari and menyorok. Mereka ditawan dan akhirnya dihukum mati dalam Revolusi Bolshevik pada 17 Julai 1918. Sistem feudal dihapuskan, Rusia menjadi republik. Cerita ketiga, malam akhir Al-Malik FÄ�rÅ«q al-Awwal, raja Mesir yang dinaikkan ke atas kapal oleh presiden Gammal Abdel Naseer. Raja Faruq telah dihantar ke Rom oleh Revolusi Rakyat Mesir pada 1952. Sistem feudal dihapuskan, Mesir bertukar republik. Cerita keempat pula hari-hari akhir Shah Ahmad Reza Pahlavi Raja Segala Raja. Ahmad Reza telah cuba meminta bantuan dan pertolongan daripada presiden Jimmy Carter. Carter enggan bercakap dengan Ahmad Reza. Pembantu Carter mengatakan kepada Ahmad Reza bahawa presiden sedang berehat di kem David dan tidak mahu diganggu. Pada 11 Febuari 1979, Raja Segala Raja yang agung lagi gagah perkasa ini ditendang keluar oleh rakyat Iran. Sistem feudal dihapuskan, Iran pula menjadi sebuah republik. Inilah contoh-conth berakhirnya sistem feudal apabila Raja, Al-Malik, Shah, Maharaja dan Czar ditendang keluar oleh rakyat. Ada yang dibunuh, dipenggal leher dan ada juga yang dihalau meninggalkan negara. Sistem feudal adalah sistem ekonomi yang muncul di zaman peralihan tamadun manusia – zaman peralihan dari Zaman Liar ke Zaman Feudal. Sistem feudal ini muncul di Asia, Afrika, Eropah dan Amerika Latin. Malah semua tamadun anak semua bangsa dalam dunia ini telah melalui sistem ini. Feudal ialah satu sistem ekonomi di mana yang kuat dijadikan raja dan disembah. Sistem feudal ini bergantung kuat kepada tanah dan hasil ekonomi pertanian. Susuk yang kuat dan mengakui dirinya sebagai raja boleh mengambil, merampas dan merompak tanah-tanah dan hasil tanamam titik peluh kaum tani. Di zaman ini punca pencarian rakyat hanya dengan bercucuk tanam. Gerombolan yang menamakan diri mereka raja ini telah merompak dan menyamun tanah dan hasil tanaman kaum tani sebagai cara untuk terus mengumpulkan harta kekayaan. Dengan harta kekayaan, mereka mendirikan kota-kota dan istana. Dengan harta kekayaan mereka membesarkan bala tentera, pahlawan dan panglima. Dengan bala tentera, mereka dilihat berkuasa. Untuk mengukuhkan kuasa, pada awalnya telah dimunculkan mitos dan cerita-cerita karut lagi marut untuk menakut-nakutkan rakyat. Ada cerita pedang azimat Raja Arthur, cerita rambut dibelah tujuh helai, cerita keris berasap, cerita geliga naga disimpan dalam istana dan pelbagai cerita karut untuk memastikan bahawa mereka ini dilihat oleh kaum tani memiliki daulat dan kuasa. Malah Raja Jepun dengan bodohnya mengakui bahawa dirinya sendiri adalah wakil Tuhan di muka bumi. Sistem feudal menghadapi persaingan apabila struktur agama muncul. Struktur agama yang menjadi kuasa baru mula mengancam kuasa feudal. Dengan licik sistem ekonomi feudal telah bersekongkol dengan kaum agama untuk terus menipu kaum tani. Ini berlaku beratus-ratus tahun di Eropah, Timur Tengah, China dan India. Dengan kerjasama ini – kaum feudal dan kaum agama – telah berkenduri-kendara sama-sama memperbodohkan dan menakut-nakukan kaum tani. Kaum tani dibodohkan dan dimiskinkan kerana tanah dan tanamam mereka dirampas. Kaum agama menakut-nakutkan kaum tani dengan api neraka. Kaum agama mengeluarkan fatwa menghalalkan sesiapa sahaja untuk dibunuh jika mereka ingkar terhadap kaum feudal. Penipuan ini berjalan beratus-ratus tahun hingga sampai ke Zaman Pencerahan. Di Zaman Pencerahan telah muncul idea dan pemikiran rasional yang berjejak di atas bumi. Ilmu pengetahuan yang dimunculkan di Zaman Pencerahan telah memberi kekuatan baru kepada pemikir dan ahli falsafah. Buku-buku dan kitab-kitab falsafah yang membawa idea rasional mula tersebar luas. Idea bahawa manusia ini sama di mata Yang Maha Esa telah mula sampai kepada kaum tani. Melalui pandangan rasional, kaum tani tidak lagi berasa gerun apabila melihat muka raja atau muka kaum agama. Mitos dan cerita karut-marut telah dikoyak-rabakkan oleh pemikiran rasional. Idea yang dibawa pada Zaman Pencerahan bertokok tambah. Ilmu pengetahuan berkembang. Ilmu sains, ilmu alam, ilmu bumi dan bintang maju dari tahun ke tahun. Ilmu pengetahuan ini membawa kemunculan satu kumpulan baru muncul – kaum Peniaga. Kaum peniaga membuktikan bahawa harta dan kekayaan bukan hanya datang dari hasil tanah dan bercucuk tanam tetapi daripada urusan perniagaan. Dengan ilmu sains dan pengetahun, kaum peniaga mula mendirikan kilang-kilang. Kilang-kilang ini memerlukan kaum buruh untuk membanting tulang. Kaum tani mula meninggalkan tanah untuk bekerja di kilang-kilang. Tetapi kaum peniaga juga tidak jauh ganasnya daripada kaum feudal dalam hal menindas dan memerah tenaga kaum buruh untuk mendapat harta kekayaan. Idea dan falsafah di Zaman Pencerahan terus berkembang. Ahli fikir dan ahli falsafah terus mengajukan idea-idea baru yang mendapat sambutan daripada kaum buruh dan kaum tani. Maka hasilnya berlakulah Revolusi Perancis pada 1789, berlaku Revolusi Amerika pada 1776. Berlakulah Revolusi Bolshevik pada 1917. Semua revolusi ini telah menumpaskan sistem feudal dan membawa mara tamadun anak semua bangsa ke era pencerahan. Pencerahan berjaya membuka mata kaum tani dan kaum buruh untuk melihat bahawa kekayan kaum feudal, kaum agama dan kaum peniaga adalah hasil daripada rompakan tenaga kerja mereka. Epilog: Satu malam di kota Rom, Faroq sedang berpoya-poya bermain daun terup. Faroq dikelililingi oleh gundek-gundek Kavita dan Kaur. Mereka sedang bersantai minum-minum champagne. Kavita dan Kaur gundek Faroq telah bertanya, apakah dia akan pulang ke Mesir untuk menjadi raja kembali. Ini jawapan Al-Malik FÄ�rÅ«q al-Awwal: “Akhirnya dalam dunia ini akan tinggal empat ekor raja sahaja. Raja Diamond, Raja Spade, Raja Kelawar dan Raja Lekuk.”

Pernah sebelum ini ambe siarkan gambar kalimah Allah yang diambil oleh seorang jurugambar di  langit putrajaya. Di bawah ini pula gambar-gambar kalimah Allah yang sempat diambil di KASYMIR.

kalimah-allahd-kasymir.jpg

CANTIK TAK?

kalimah-allahd-kasymir02.jpg

Jelas tanpa ragu2 lagi tertera 4JJI di langit Kasymir.

kalimah-allahd-kasymir03.jpg

Inilah tanda kebenaran Tauhid Rububiyyah Allah yang mentadbir dan mengurus alam semesta.

Ni sebahagian suasana aidilfitri famili ambe.keluargaku01.jpg


bersama Suwandi01

Originally uploaded by faizulabas

Ni gambor ambe bersame kawang2 gi ziaroh Suwandi, mangsa tembakan peluru hidup polis di malam Kejadian Tragedi Batu Burok 8 September lalu.
Beliau kelihatan ceria walaupun sedikit letih. Mudah-mudahan cepat sembuh. Thohurun insya 4JJI.
Allah takdirkan beliau selamat dalam pembedahan mengeluarkan peluru tersebut agar dapat bongkarkan perkara sebenar yang berlaku pada hari kejadian, sekaligus menafikan dakwaan polis bahawa Suwandi dan beberapa lelaki pada hari itu dalam cubaan untuk membunuh polis terbabit.
Apabila ditanya berkenaan dengan pengakuan Cikgu Othman yang membuat kenyataan dalam temubual dengan Malaysiakini, beliau mengiyakan kenyataan Cikug Othman bahawa memang polis berpakaian preman menembaknya dalam keadaan berdiri dan sedang berlari menuju ke sekumpulan FRU.
Bayangkan kalau terjadi pada anda ataupun saudara mara anda. Peluru yang ditembak tidak menembusi tubuhnya bahkan berada hampir dengan jantungnya.
ALLAH MAHA KAYA!! ALLAH MAHA BESAR!!

hari ini dah masuk 19 Ramadhan bersamaan 1 Oktober. lusa masuk 10 hari terakhir Ramadhan yang ramai ustaz canangkan sebagai hari2 pembebasan diri dari api neraka.  Ambe pula ntah berjaya ntah ke tidak Ramadhan kali ni.

hari demi hari berlalu, amalan tak banyak bertambah. Kalau
zaman universiti dulu, baca qur’an satu juz satu hari, kekadang 1 juz setengah. tak sampai sebulan, sempat khatam 30 juzuk. sekarang ni, satu juz sehari belum tentu, kekadang tak baca langsung dalam satu hari. Ya ALLAH, betapa lemahnya diri ini.

Di mana silap hingga tak sempat baca Qur’an ni? Kaedah yang dipakai dulunya,  setiap kali selepas solat fardhu, sekurang2 baca 2 helai mukasurat. Baru boleh habis 1 juzuk satu hari sebab 10 helai resam othmani yang ada sekarang bersamaan 1 juzuk al Qur’an. Tapi sekarang, lepas solat aje, terus pikir urusan kerja dan lain2. Ini yang lemah ni. Kalau zaman bujang dulu boleh puasa sunat, sekarang cukup liat nak puasa sunat melainkan puasa 6 di bulan Syawal. Syawal tahun ni mudah2an mampu habis puasa sunat. Macam manelah nak harapkan al Qur’an sebagai ‘Syafi’an’ iaitu penolong di hari akhirat kelak.

Ya Allah, izinkan ambe bermunajat ke hadrat Mu di hari-hari terakhir RAMADHAN tahun ini. Menghitung dosa2 ambe yang lampau, agar Engkau ampuni segala dosa2 itu…………..

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda yang maksudnya, ” Bersahurlah kerana padanya ada keberkatan”

Ni saja je ambe test post. heran lah , bahagian tepi kanan blog hilang …….Kalau keluar ni, maknanya dah ok balik.

Ambe ambik artikel ni daripada Harakahdaily. Menarik untuk direnungi, lebih2 lagi jawapannya…

Surat terbuka kepada ayahanda Dato’ Seri Anwar dan ayahanda Tuan Guru Hj Hadi

Anakanda di penjara menara gading
Tue | Sep 18, 07 | 2:45:24 pm MYT
Ke hadapan ayahanda Dato’ Seri Anwar dan ayahanda Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi yang dirahmati Allah semuga berada di bawah lindungan Allah hendaknya.Kami tahu ayahanda berdua adalah di kalangan orang-orang terhormat dan aktif dalam perjuangan membela rakyat sehingga sukar untuk menjenguk kami di ’penjara’ menara gading ini!

Siapalah kami insan-insan kerdil yang tidak berapa penting dalam agenda perjuangan ayahanda berdua.

Walaupun ayahanda Dato’ Seri Anwar pernah terpenjara sebagai pejuang rakyat. Namun adakah pengajaran yang dikutip dari Sungai Buloh itu masih belum cukup masak untuk mengesani rasa hati kami di sini? Perlukah ayahanda Dato’ Seri dipenjara sekali lagi?

Bukan apa, supaya ayahanda Dato’ Seri benar-benar ’masak’ dalam menyelami hakikat sebuah penjara. Penjara hakiki bukan pada jasad yang dapat dilihat tetapi pada jiwa sebenarnya.

Seperti mana yang ayahanda Dato’ Seri pernah ungkapkan ”Merdeka hakiki adalah merdeka jiwa bukan merdeka jasad!”

Ayahanda Tuan Guru Dato’ Seri Hj Abdul Hadi pula antara pimpinan yang belum lagi di penjara.

Mungkin kerana itulah ayahanda Tuan Guru pun tak berapa nak ’cakna’ dengan kami di penjara menara gading ini.

Maaf jika terkasar bahasa, anakanda tumpang bertanya, dalam siri-siri ceramah dan ucapan ayahanda Tuan Guru, berapa patah ayahanda Tuan Guru sebut perkataan ’mahasiswa’?

Sikap ’lebih kurang’ dan ’dok cakna’ ayahanda Tuan guru kepada kami mahasiswa, membuatkan kami tidak mengharap sangat kasih sayang dari ayahanda Tuan Guru.

Nak jumpa, bertentang mata dengan ayahanda Tuan Guru pun rasa tak berbaloi. Tak mengapalah, mungkin agenda nak memenangkan Trengganu lebih aula dari membina kami sebagai pewaris kepimpinan masa depan negara agaknya.

Ayahanda Dato’ Seri dan Tuan Guru,

Fahamilah ayahanda berdua, kami sedang dipenjara di menara gading ini. Mengertilah, bukan jasad kami yang sedang terpenjara tetapi jiwa kamilah yang sedang dipenjara Kementerian Pengajian Tinggi.

Pimpinan pembangkang wajar mengerti situasi kami ini.

Alangkah bertuah menjadi pimpinan seperti ayahanda berdua dan pimpinan yang lain. Walaupun pernah terpenjara, namun rakyat tidak menunggu lama untuk membela. Bila terpenjaranya ayahanda Dato’ Seri Anwar, ribuan rakyat bingkas membela.

Untung sungguh menjadi pimpinan. Teriakan ”Reformasi” dan laungan ”Allahu Akbar” dilaungkan, membangkitkan semangat dan dorongan motivasi mendalam di sanubari ayahanda berdua.

Tetapi kami hanyalah mahasiswa! Mahasiswa yang sedang dipasung tangan dan kaki. Siapalah yang hendak melaungkan kata-kata keramat dan perangsang, apatah lagi laungan ”Reformasi dan Allahu akbar”!

Ayahanda Dato’ Seri dan Tuan Guru,

Mengapakah pimpinan pembangkang masih mahu berselindung di sebalik tabir. Menidakkan ”campurtangan” dengan mahasiswa di kampus.

Padahal umum mengetahui, Umno bukan sahaja ‘campurtangan’ malah ‘camputangan dan kaki’ sekali. Malah seluruh pancaindera Umno telah mencampuri seluruh gerak geri mahasiswa. Mahasiswa diperlaku semahunya!

Rayuan kami kepada Dato’ Seri dan Tuan Guru hanya satu.

Isytiharkan penglibatan pembangkang secara terbuka dalam politik kampus!

Bukan sekadar isyhtihar dan habis di situ saja. Malah buktikan kesungguhan ayahanda berdua dalam membantu kami untuk memenangi pilihan raya kampus.

Apa lagi yang hendak diselindungkan? Apa lagi yang hendak difikir-fikirkan? Apa lagi yang hendak ditunggu-tunggu?

Marilah hulurkan tangan, menyambut salam perjuangan dari kami mahasiswa yang bersedia berjuang menegakkan kebenaran dan menentang kezaliman.

Sekarang bukan masa lagi untuk pimpinan pembangkang ’nak jaga imej’ untuk dilihat profesional, kononnya tidak mahu campurtangan urusan mahasiswa. Percayalah sekarang bukan masanya lagi!

Umno secara jelas terlibat secara langsung dalam membantu Aspirasi Umno dalam pilihan raya kampus. Sudah hampir lima tahun mereka bermaharajalela. Diulangi sudah hampir lima tahun!

Siri-siri penglibatan Umno di kampus telah didedahkan dengan bahan bukti yang cukup kukuh dalam akhbar Harakah dan Siasah.

Ayahanda Dato’ Seri dan Tuan Guru,

Apa lagi yang hendak ditunggu?

Sekarang bukan masa untuk kita lakunkan watak-watak ’pijak semut pun tak mati’ hingga kepala kita dihinjak-hinjak!

Sekarang bukan masa untuk menang sorak tetapi mahasiswa dilacurkan!

Sekarang bukan masa lagi untuk mengelak-ngelak supaya digelar negarawan!

Sebagai bukti kasih sayang ayahanda berdua, kami merayu dengan sehina-hinanya, silalah datang menjenguk kami. Jika mereka tidak mengizinkan kedatangan ayahanda berdua, datanglah untuk berceramah di tepi-tepi pagar Universiti.

Buktikan kasih sayang ayahanda berdua kalau masih sudi. Bebaskanlah kami untuk kami bangkit dari belenggu penjara yang ketat ini.

Sila jemput kami dalam perjumpaan tertutup mahupun terbuka. Hidupkan ’dhomir’ kami yang mula hampir nyawa-nyawa ikan ini. Kami mahasiswa sedia gembelingkan tenaga, keringat malah darah untuk bersama ayanhanda berdua dan seluruh pendokong kebenaran.

Namun kalau ayahanda berdua tidak menyahut lambaian kami ini, hanya satu permintaan terakhir kami.

Bersiaplah untuk kamu berdua kafankan dan solat jenazah buat ’dhomir-dhomir’ kami yang sedang nazak ini!

Solatlah jenazah ’dhomir’ kami secara berjamaah bukan nafsi-nafsi.

Seorang jadi imam dan seorang lagi jadi makmumnya. Siapa lagi kalau bukan ayahanda berdua. Dua orang sudah cukup!

Kami menyusun sepuluh jari, memohon kemaafan sekiranya ada kata-kata yang menyinggung perasaan ayahanda berdua. Bahasa anak muda memang payah hendak disusun seindahnya bila semangat sudah kian membara.

Sekian dari kami mahasiswa yang bakal mewarisi perjuangan dan kepimpinan negara suatu hari nanti.

(selanjutnya…)

Laman Berikutnya »